26 June, 2007

Asri Hina Nabi!?


Asri Hina Nabi!?

Seperti biasa golongan yang sesat pasti gemar menghentam dan menyandarkan perkara yang tidak benar terhadap para ulama dan para ambiya'.

Kini Mohd Asri Zainul Abidin pula menyandarkan satu sifat yang tidak layak bagi para Nabi iaitu 'Nabi Ibrahim mencari-cari tuhan tetapi tidak berjumpa dan akhirnya baru ditemui tuhannya'.

Ini sandaran kepada Nabi yang tidak sepatutnya disampaikan kepada orang awam kerana ia membolehkan orang awam menganggap semua nabi kafir kemudian baru islam macam orang kafir lain yang masuk islam.

Bagaimana seorang yang sering mengaku sebagai Dr seperti Dr seanggakatannya Dr. Aminah Wadud tergamak menyatakan perkara yang tidak layak bagi nabi? subhanallah.
Bertaubatlah wahai asri anak zainul abidin!

Ketahuilah bahawa para nabi termasuk nabi Ibrahim tidak pernah menyembah selain Allah samaada sebelum kenabian dan sesudah kenabian mereka. Manakala riwayat dan pendapat yang mengatakan Nabi Ibrahim (ketika belum baligh dan kecil yang tidak dihukum muslim atau kafir)menyembah matahari dan bintang riwayat itu tidak sohih sama sekali dari Ibnu Abbas mahupun Saidina Ali.
Nabi Ibrahim bukannya tidak mengetahui bahawa Tuhannya adalah Allah bahkan baginda yakin dan tidak pernah pun mensyirikkan Allah.

Ketahuilah juga bahawa nabi Ibrahim tidak 'mencari-cari' Tuhannya iaitu Allah akan tetapi dalam surah Al-Anaam ayat 75-78 menceritakan bagaiman Nabi Ibrahim memerli kaumnya yang menyembah selain dari Allah. Perkataan 'Ini tuhanku' dalam ayat tersebut adalah ayat Istifham Inkari iaitu mengingkari bahawa matahari,bulan dan bintang bukan tuhan aku.

Kita umat islam tidak diharuskan kata nabi Ibrahim 'mencari-cari' tuhannya. bahkan hendaklah kita bersangka baik terhadap para Nabi sekiranya kita mencitai nabi dan bukannya memperlekeh-lekehkan Nabi dengan menyandarkan sifat yang tidak layak bagi nabi seperti yang dilakukan oleh asri anak pak bidin.
( jgn perlekehkan Nabi wahai asri krn mungkin anda pula diperlekekah secara BERFAKTA!)

nah...: Kenyataan Mohd Asri Zainul Abidin Kata Nabi Ibrahim Mencari-cari tuhan.

Dalam artikelnya:

Mengapa Insan Mencari Agama
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=8142&mode=thread&order=0&thold=0

Manusia Dan Agama
Sesiapa sahaja yang memiliki akal yang waras pasti akan mencari hakikat di sebalik kehidupan yang dirasai dan disaksikannya.

Jiwa insan yang sempurna tidak akan terhenti bertanya tentang rahsia kehidupan ini.

Allah telah menfitrahkan insan iaitu memberikan sifat di dalamnya jiwanya perasaan ingin mengetahui. Apatah lagi jika sesuatu itu berkait langsung dengan diri insan itu sendiri.
Berbagai perkara sering kita lihat dalam kehidupan ini, sebahagian daripadanya kita gagal memberikan jawapan yang tepat mengenainya jika tidak dibimbing oleh cahaya petunjuk yang sebenar.
Sebab itu jika diandaikan ada seorang bayi yang dihanyutkan air sehingga ke sebuah pulau yang tiada penghuni dari keturunan manusia.

Sekiranya dia ditakdirkan hidup sehingga dewasa dan akalnya tidak cacat pasti dia sering bertanya dalam dirinya bagaimana dia boleh wujud di alam ini atau hadir ke pulau tersebut. Sekalipun tanpa bimbingan agama dia tetap akan bertanya siapakah yang menjadikan dirinya dan alam yang dia lihat. Mengapa mesti dia hidup.

Perasaan dan jiwanya akan memberontak bertanya tentang hakikat diri. Sehingga akhirnya, jika jiwanya tidak dibimbing dengan hidayah tentu dia akan mengagak objek-objek tertentu yang dikagumi atau digeruninya sebagai punca pergantungan harapan atau dalam kata lain sebagai tuhan dalam kehidupannya.

Begitu bermulanya agama yang tidak dibimbing oleh wahyu sebenar.
Sebabnya ini adalah sifat yang sudah wujud dalam jiwa insan iaitu keinganan mengetahui rahsia alam sekaligus desakan jiwa untuk mencari tuhan.
Allah menggambarkan hal ini di dalam al-Quran melalui WATAK yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim
a.s.,

firman Allah dalam menceritakan kisah ini:
Maksudnya:
Dan demikian itu kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan kami yang terdapat di langit dan di bumi agar dia termasuk di dalam orang-orang yang yakin. Ketika malam telah menjadi gelap dia (Ibrahim) melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: "Ini adalah tuhanku". Tetapi apabila bintang itu hilang dia berkata aku tidak suka kapada yang lenyap". Kemudian apabila dia melihat bulan terbit dia berkata "Ini adalah tuhanku". Namun apabila bulan itu hilang dia berkata: "Sesungguhnya jika tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku tentu aku termasuk dalam golongan yang sesat". Kemudian apabila dia melihat matahari terbit dia berkata, "Inilah tuhanku, ini lebih besar". Namun apabila matahari itu hilang, dia berkata "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu semua sekutukan. Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada tuhan yang mencipta langit dan bumi dalam keadaan cenderung kepada agama yang benar dan aku bukan termasuk dalam golongan yang mempersekutukan tuhan.
[Surah al-An`am ayat 75-79]
Demikian Al-Quran menggambarkan peribadi insan yang waras dan sempurnaan nilai keinsanannya iaitu senantiasa mencari tuhan yang sebenar. Jika insan tidak dibimbing oleh petunjuk dari tuhan yang sebanar maka pasti dia akan tersesat.

---------------



Semoga Allah memberi hidayah kepada mohd asri zainul abidin ini agar tidak menyandarkan penghinaan terhadap para nabi terutama kesyirikan dan kekufuran.

5 comments:

Anonymous said...

Heranlah mcm mana Mufti muka monyet ni boleh dilantik jadi Mufti Perlis. Tolong story sikit...

Anonymous said...

Aku sokong dia ni. Dia ni bagus dan berterus terang tanpa takut-takut.

muhammad said...

sy bukn pnyokong sapa2, tp sy seru smua umat islam supya adil, waras, n brtindak dg tenang, tnpa dipengaruhi emosi trtentu. dibimbangi kita trsalah tafsir n trsilap ckp n menzalimi org lain. wallahu alam.

baik, perhatikan smula betul2 n tenang2 firman Allah yg dipetik dr artikel asri bertajuk: "mengapa insan mencari agama" yg saudara nukilkn di atas:

"Dan demikian itu kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan kami yang terdapat di langit dan di bumi agar dia termasuk di dalam orang-orang yang yakin. Ketika malam telah menjadi gelap dia (Ibrahim) melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: "Ini adalah tuhanku". Tetapi apabila bintang itu hilang dia berkata aku tidak suka kapada yang lenyap". Kemudian apabila dia melihat bulan terbit dia berkata "Ini adalah tuhanku". Namun apabila bulan itu hilang dia berkata: "Sesungguhnya jika tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku tentu aku termasuk dalam golongan yang sesat". Kemudian apabila dia melihat matahari terbit dia berkata, "Inilah tuhanku, ini lebih besar". Namun apabila matahari itu hilang, dia berkata "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu semua sekutukan. Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada tuhan yang mencipta langit dan bumi dalam keadaan cenderung kepada agama yang benar dan aku bukan termasuk dalam golongan yang mempersekutukan tuhan."
[Surah al-An`am ayat 75-79]

--brdasarkn firman Allah ni, bukankah nabi ibrahim pn pd mulanya 'mncari' tuhan 'sebenar'(bdasarkn kata2 nabi ibrahim pd pkataan yg sy 'bold'kn dlm firman Allah tu)? lalu, stelah ibrahim menganalisis n brfikir tajam brknaan kjadian2 yg dia prhatikn tu, brulah dia mbuat kputusan bahwa smua itu buknlah tuhannya yg hakiki. sbb tu, stiap kali fenomena tu hilang dia mnjwb: "Tetapi apabila bintang itu hilang dia berkata: aku tidak suka kapada yang lenyap". Demikian antra andaian awal ibrahim, sblum dia mbuat analisis, lalu akhirnya mbuat kputusan "aku tidak suka kpd yg lenyap(ini bukn tuhanku)"..

--klu saudara nk kata bahwa asri mdakwa ibrahim mcari tuhan, n asri memperlekehkn nabi ibrahim, maka bukankah nada Allah dlm firmanNya di ats juga seakan 'memperlekeh' nabiNya dg mceritakn bahwa ibrahim berkata: "ini adalah tuhanku" sewaktu malam. --sy menanti komen n syarah saudara bknaan firman Allah ini.

Tuan Rumah said...

Ayat Allah tersebut TIDAK beerti nabi Ibrahim pernah mencari-cari tuhan sebenar. Ini kerana baginda telah diberikan kepandaian dan mengenal Tuhannya sebelum dilantik sebagai nabi lagi. Ayat terjemahan yang anda bold kan itu adalah dari nas bahasara arab yang dipanggil sebagai ISTIFHAM INGKARI iaitu nabi Ibrahim menyebut perkataan " ini adalah tuhanku" bererti ini bukan tuhanku seperti kamu wahai kaumku mendakwanya. Allah tidak mmperlekehkan nabiNya tetapi ramai yang jahil bahasa arab dan ilmu tafsir alquran lantas mengada-adakan kenyataan yang hakikatnya bercanggah dgn firman Allah yang mereka pergunakan itu.
Syukran

LPPTKA-BKPRMI said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?