28 June, 2007

Hukum Solat Di Belakang Imam Mekah Sekarang











Ketahuilah bahawa solat dibelakang mana-mana imam yg mengetuai sesuatu solat yang sahih adalah dibenarkan oleh syarak islam berdasarkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu:


" Dan kami (ahli sunnah wal jamaah ) berpegang sahnya solat dibelakang muslim walaupun dia pelaku maksiat dan penderhaka selagi tidak melakukan, berkata dan berpegang dengan perkara kufur yang jelas".


Imam At-Tohawi menyatakan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah : Tidak mengkafirkan umat islam dengan dosa yang ia lakukan selagi dia tidak menghalalkannya iaitu tidak melakukan kekufuran.(Lihata Akidah At-Tohawiyah)




Perkara kufur bukan perkara yang hanya boleh kita sangka-sangkan sahaja.

Inikan pula sekiranya disangka terhadap orang yang mengucap dua kalimah syahadah.

Selagi tidak ada kepastian kekufuran seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah itu maka kita tidak seharusnya menghukum kafir ataupun menghukum sebagai mujassimah.




Solat sebagai ma'mum terhadap Imam Mekah sekarang iaitu Abdur Rahman As-Sudauisy.

Dengan kajian daripada Alquran dan Hadith serta menelitian kami setakat ini kami dapati hukum solat dibelakang mana-mana imam dan diberi contohnya disini Imam mekah sekarang adalah diharuskan dan dibolehkan antara faktornya adalah dia (imam tersebut) tidak sabit bagi kami kenyataan jelas yang berbentuk akidah Tajsim ataupun akidah-akidah yang kufur.




Dalam hal ini kami mengikut jejak langkah Nabi Muhammad dalam menghukum apabila seorang sahabat membunuh seorang yang ketika pedangnya dileher untuk dibunuh lantas dia mahu memeluk islam,malangnya sahabat itu telah membunuhnya. Ketika itulah Nabi mengajar agar kita menghukum secara zahir kerana kita tidak mengetahui isi hatinya.(Sohih muslim)


Kami lebih mengikut Nabi kami Muhammad bin Abdullah daripada mengikut mana-mana pendapat yang melulu tanpa bukti serta fakta yang sahih.
Dan inilah pendapat yang kami ambil serta dipersetujui oleh

Syeikh Dr. Salim Alwan
(Pengerusi DarulFatwa)




Wallahu a'lam.




*Sesiapa yang menghukum terhadap Imam Mekah tersebut dengan selain hukum yang kami nyatakan maka sila datangkan bukti yang jelas kerana sekiranya ada bukti yang jelas maka hukum akan dikaji semula.




No comments:


Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?