03 August, 2007

Nota Ilmiah Israk dan Mikraj


Alhamdulillah, Tuhan Pencipta alam, WujudNya azali abadi tanpa permulaan dan tanpa memerlukan tempat. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad, para sahabat dan ahli keluarga baginda.
Antara peristiwa sejarah hebat yang berlaku pada bulan Rejab ini adalah Isra’ Dan Mi’raj.

Al-ISRA’

Ketahuilah bahawa Isra’ merupakan perkara yang telah sabit (tetap) berdasarkan nas Al-Quran. Berdasarkan dari firman Allah ta’ala yang bermaksud :

“ Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjid Al-Haram menuju ke masjid Al-Aqso yang telah Kami berkati sekelilingnya untuk Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) Kami, dan sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat ”.

Maka wajib beriman bahawa Allah ta’ala telah memperjalankan (mengisra’kan) Nabi Muhammad pada waktu malam dari bumi Mekah ke masjid Al-Aqso dan ulama islam dari kalangan ulama Salaf hakiki, Khalaf, para Muhaddith, para Mutakallimin, para Mufassirin, para Fuqoha dan ulama-ulama islam yang lain telah mempersepakati bahawa berlakunya peristiawa Isra’ terhadap Nabi Muhammad itu adalah dengan ruh dan jasab baginda, dan bukanlah suatu mimpi.



Perkara Ajaib Yang Berlaku Ketika Isra’


Diantara perkara-perkara pelik yang berlaku ketika isra’ Rasulullah adalah Rasulullah melihat kubur Saiyidah Masyitah Binti Fir’aun dan baginda mencium bauan yang amat wangi dari kuburnya.Masyitah merupakan seorang mukminah solehah. Kisahnya, ketika Masyitah sedang menyikat rambut anak Firaun, tiba-tiba sikatnya terjatuh dari genggaman tangannya seraya menyebut : Dengan nama Allah. Lalu anak perempuan Firaun bertanya : Adakah anda mempunyai tuhan selain bapaku? Masyitah menjawab : Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah. Anak Firaun itu berkata : Aku beritahu bapaku? Masyitah menjawab : Beritahulah. Anak Firaun pun memberitahu ayahnya dan Firaun meminta Masyitah kembali kepada agama asalnya. Namun, Masyitah enggan. Mendengar pendirian Masyitah, Firaun pun memanaskan air sehingga benar-benar panas lalu mencampakkan seorang demi seorang anaknya ke dalam didihan air tersebut.

Akhirnya, apabila tiba giliran anaknya yang sedang menyusu di kendongannya, Masyitah menjauhkan diri ( melambatkan penyerahan bayinya ). Masyitah sangat takut, terkejut dan bimbang. Dengan kuasa Allah, bayi tersebut dapat berkata-kata lalu menyebut :
“ Wahai ibuku! Sesungguhnya azab akhirat itu jauh lebih pedih dari azab dunia, usahlah ibu menjauh-jauhkan diri kerana ibu di pihak yang benar ”.
Lalu Masyitah melepaskan bayinya dan Firaun dengan segera mencampakkan bayi itu ke dalam didihan air. Masyitah berkata : Aku mempunyai permintaan iaitu supaya engkau
( Firaun ) mengumpulkan semua tulang dan menanamnya. Firaun berkata : Aku akan melakukannya. Lantas Firaun pun mencampakkan Masyitah ke dalam air didihan itu.

( Nota Penting Berkaitan Al-Isra’ )
1- Barangsiapa yang mengingkari Isra’ maka dia jatuh kafir.
Peristiwa Isra’ telah jelas berdasarkan firman Allah dalam Al-Isra’ ayat 1 dan berdasarkan kisah peristiwa Isra’ dari Hadith Nabawi yang telah diriwayatkan oleh Imam Baihaqi. Maka sesiapa yang mengingkari peristiwa Isra’ setelah dijelaskan dalil kebenarannya maka terkeluar dari Islam.

2- Isra’ berlaku dengan ruh dan jasad Nabi Muhammad.
Peristiwa Isra’ berlaku pada Nabi bukan mimpi bahkan secara yaqozoh iaitu secara jaga dengan ruh dan jasad Nabi sendiri.

Al-Mi’raj
Mikraj merupakan perjalanan yang dimulai dari masjid Al-Aqso di Palestin hingga ke langit yang ketujuh dengan menaiki tangga yang terpaut di antara langit dan bumi mengunakan anak tangga yang diperbuat daripada emas dan perak. Antara tujuan diMi’rajkan Nabi ke langit adalah untuk diperlihatkan keajaiban di alam atas dan bukannya untuk bertemu dengan Allah kerana Allah wujud tanpa tempat.

( Nota Penting Berkaitan Al-Mi’raj )
1- Difardhukan solat lima waktu.
Solat lima waktu telah difardhukan pada malam Mi’raj tersebut juga berdasarkan hadist riwayat Muslim. Nabi Musa menyuruh Nabi Muhammad memohon kepada Allah agar solat yang pada mulanya difardhukan sebanyak 50 solat agar dikurangkan, maka jadilah 5 solat. Ini membuktikan para Nabi memberi manfaat walaupun selepas kewafatan mereka.Apabila Nabi Musa mengatakan pada Nabi Muhammad agar kembali kepada Tuhanmu ianya bererti pergilah ke tempat yang kamu mendengar kalam Allah dan bukannya zat Allah berada disitu.

2- Allah Wujud Tanpa Memerlukan Langit, Arasy dan tempat-tempat lain.
Ketahuilah bahawa tidak ada dalil dari nas Al-Quran mahupun Al-Hadith bahawa Allah memerlukan tempat, bahkan disana pelbagai dalil yang menyatakan bahawa Allah wujud tanpa bertempat seperti firman Allah dalam surah As-Syura ayat 11 yang bermaksud : “Tiada sesuatupun yang menyerupai Dia (Allah)”.

*Penambahan penting :
- Awasi golongan Wahhabi kerana Wahhabi beriktikad bahawa Arash merupakan tempat bagi zat Allah dan kononnya Allah duduk di atas arasy.Lihat kitab WahhabiFathul Majid Syarah Kitabut Tauhid m/s 485, 627, 629.

- Dalil Al-Hadith bahawa Allah wujud tanpa memerlukan tempat adalah sabda Rasulullah yang bermaksud : “ Dan Engkau Ya Allah, Yang Az-Zhohir, maka tiada sesuatu diatasMu, dan Engkau Ya Allah, Yang Al-Bathin, maka tiada sesuatu dibawahMu ”. Sohih Muslim.
Didalam hadith yang sama riwayat Imam Baihaqi didalam kitab beliau yang berjudul Al- Asma’ Wa As-shifat m/s 400 dinyatakan selepas sabda Nabi : “ Maka, jika diatas Allah tiada sesuatu dan dibawahNya pula tiada sesuatu ini menunjkkan bahawa Allah bukan ditempat ”.

- Awasi kitab yang disandarkan kepada Ibnu Abbas berjudul Kitabul Mi’raj kerana terdapat pelbagai kisah yang dongeng dan karut-marut serta hadith palsu. Ketahuilah bahawa Ibnu Abbas tidak menyatakan seperti yang termaktud dalam kitab dusta tersebut.
Disediakan oleh: www.abu-syafiq.blogspot.com

No comments:


Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?