01 October, 2007

BERLAKU ADIL TERHADAP WAHHABI




BERLAKU ADIL TERHADAP WAHHABI
Para ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah perlu bertindak terhadap agama baru Wahhabiyah ini secara adil dan terbaik.
Inilah saranan saya kepada semua pejuang Islam yang telah lama menghidu bau ajaran songsang Wahhabiyah ini yang telah tersebar khususnya di negara kita.
Segala penyelewengan Wahhabiyah dalam hal berkaitan agama perlu ditangani dengan berdalil dan berbukti. Bukan dengan tindakan melulu tanpa apa-apa kajian langsung.

Ketahuilah bahawa penolakan Islam terhadap ajaran Wahhabiyah adalah kerana penyelewengan Wahhabiyah dalam asas akidah yang tidak langsung berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah sebagai contoh Wahhabi sering menyuarakan bahawa "Allah memerlukan kepada duduk dan bertempat di atas Arasy dan kekadang zat Allah pula berada & bertempat dilangit bukan lagi di atas Asray" Rujuk kitab Wahhabi Fathul Majid m/s 356 dan lain-lain.
Ini merupakan penyandaran sifat yang lemah kepada Tuhan yang Maha Gagah.

Begitu juga Wahhabi menyifatkan Allah dengan sifat Al-Khona iaitu Pencela yang bercakap dengan kutukan,hinaan dan perkataan-perkataan yang keji SAHAJA tanpa kebaikan langsung.
Sifat tersebut telah disabitkan oleh Wahhabi kepada Allah dalam kitab yang sama tanpa merujuk kepada mana-mana Hadith nabi pun.Rujuk kitab Wahhabi Fathul Majid m/s 396.
Ini semua adalah sifat yang tidak dinyatakan oleh Allah dan Nabi Muhammad bahkan hanya Yahudi dan Kristian sahaja yang menyifatkan Allah dengan sifat jelek tersebut.

Maka kesongsangan akidah Wahhabi seperti ini perlu ditangani secara adil. Bukan dengan seolah-olah meredhoinya. Sebagai contoh lagi Wahhabi dalam kitab yang sama menbawa Hadith yang bukan sahaja Dhoif bahkan MAKZUB dusta langsung daripada Rasulullah dengan mendakwa Allah Duduk Atas Kerusi.Rujuk m/s 356.
Disisi ulama Islam bukan kesemua yang disandarkan kepada Allah itu adalah sifatNya.

Kerana itu, untuk bertindak memerangi Wahhabi kita perlu berlaku adil dengan erti mengetahui sumber fakta kesongsangan ajaran Wahhabiyah dan meletakkan dalam timbangan syariat yang sebenar, sekiranya kepesongan Wahhabi pada sumber yang kita ada berkaitan pembatalan Islam dan jatuh ke hukum kufur maka perlu dijelaskan tanpa samar-samar atau berkias panjang.
Ini bagi memudahkan umat Islam memahami secara direct bukan dengan kiasan orang nak meminang anak dara.
Tetapi walau bagaimana pun Ahli Sunnah yang menyedari bahaya Wahhabi ini perlu dan mesti ada bukti dimana terletaknya kesalahan dan kesesatan ajaran ini.
Saya bersetuju apabila JAKIM dan jabatan-jabatan agama Islam lain mengharamkan beberapa ajaran yang menyimpang, tetapi alangkah baiknya sekira dinyatakan sekali sumber kesesatan ajaran mereka. Walau bagaimana pun sejak akhir-akhir ini telah mula dijelaskan sumbernya. Permintaan agar sumber itu dijelaskan bukan kerana mempertikai pengharaman ajaran songsang tersebut tetapi hanya mahukan ianya lebih jelas sumber dan dalil serta fakta kenyataan.

NASIHAT KEPADA PEJUANG
Umat Islam yang sayangkan agama murni ini sudah tentu tidak mahukan penyelewengan Islam dilakukan oleh mana-mana pihak pun, samaada dari mereka yang bertaraf mufti atau sesiapa pun. Maka dengan demikian pejuang Islam harus memiliki segala bukti dan mengkaji serta meletakkan di timbangan syariat sebenar dimanakah kesesatan sesuatu ajaran itu.
Penjelasan perihal ajaran Wahhabi perlu dijelaskan dari segi akidah dahulu sebelum hal lain agar orang awam Islam faham mengapa ulama Islam menentang Wahhabi khususnya pentakfiran Wahhabi terhadap ulama dan orang awam itu sendiri.

Abu Syafiq.

No comments:


Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?