18 September, 2007

KESILAPAN DI MASJID AL-HARAM



KESILAPAN SOLAT BERLAKU DI MASJID AL-HARAM MEKAH YANG TIDAK DIBETULKAN LAGI.

Oleh: Abu Syafiq ( 012-2850578 )

Setelah saya beberapa kali pernah menunaikan solat di Masjid Al-Haram di Mekah dengan pada mulanya perasaan seronok dan khusyuk kepada Allah kekadang terpanggil untuk menegur secara lisan beberapa kesilapan yang dilakukan oleh kebanyakan pihak Masjid Al-Haram Mekah dan telah pun saya lakukan (menegur) ketika itu berada disana mengerjakan ibadah Umrah khusunya ketika itu saya datang di bulan Ramadhan yang dilakukan solat terawih pada malamnya.

Alhamdulillah pihak yang saya nyatakan ketika itu mereka menerima ianya adalah teguran yang baik dan mereka akui pihak mereka telah melakukan kesilapan (antara mereka bernama Mu’ti Al Asy-Syeikh seperti tuan badannya bagitau pada saya). Tetapi saya tidaklah menulis surat secara rasmi kepada pihak Masjid Al-Haram ketika itu agar mengubah beberapa kesilapan atas anggapan saya pihak Masjid tersebut yang saya jumpa berjanji akan sampaikan kepada pihak atasan Masjid.

Setelah beberapa tahun saya pulang ke tanah air saya dapati kesilapan tersebut masih diteruskan. Inilah yang amat menyedihkan saya.
Antara kesilapan yang dilakukan adalah seperti berikut:
( sebahagian besarnya saya telah nyatakan pada pihak Masjid )

* KESILAPAN DALAM SOLAT YANG DILAKUKAN DI MASJID AL-HARAM, MEKAH
Ketika saya menegur mereka pada masa tersebut, pihak yang mendengar di dalam pejabat terletak di bahagian atas berhampiran tempat Imam solat terawih mereka tersenyum sambil mengangguk-angguk mempersetujui saya.

Antaranya yang saya tegur:

1- Imam Pertama Masjid Mekah Abdur Rahman As-Sudais membaca pada surah Al-Fatihah di ayat 5 pada perkataan ( Na’budu ) dia memanjangkan baris hadapan pada huruf DAL sehingga jelas bacaanya kerap berbunyi ( Na’buduuu ), ini menambah satu huruf yang tidak wujud dalam ayat tersebut iaitu huruf WAW.
Tidak ada satu Imam Qirooat yang muktabar pun membaca seperti As-Sudais pada ayat tersebut.
Kesilapan ini bukan sentiasa dilakukan tetapi amat kerap dilakukan bermakna sekiranya kita mendengar setiap rakaat bacaan Al-Fatihah oleh As-Sudais kita akan dapati 70 peratus daripadanya dia membaca dengan bacaan yang silap tersebut.

Bagi sebahagian orang awam mungkin tidak perasan tetapi pada mereka yang mempelajari Ilmu Qirooat dan bacaan Al-Quran akan ketara jelas kesilapan yang didengari.
Malangnya kesilapan ini masih kerap dilakukan oleh Imam As-Sudais. Begitu juga kesilapan bacaan ini dilakukan oleh Imam Asy-Syuraim Imam kedua.
Saya mengharap agar mereka mengubah dan kepada kita yang menjadi Imam dalam solat agar jangan melakukan kesilapan sedemikian.

Kemudian wujud juga ketidak-tepatan mereka dalam bacaan Al-Fatihah pada sebutan huruf Sod, kekadang itu tidak wujud langsung sifat Sofirnya. Begitu juga pada perkataan terakhir surah Al-Fatihah ( waladhoollien ) As-Sudais kerap membacanya dengan mengangkat lidah secara berlebih-lebihan pada sabdu (syaddah atau tasydid) huruf LAM.

Bagi mereka yang pakar ilmu tajwid akan menyedari ini. Tetapi kesilapan yang menambah huruf adalah amat besar dan itulah yang saya tegur ketika itu.

2- KESILAPAN KETIKA MENYEBUT TAKBIIROOT ( ALLAAHU AKBAR )
“ La Yasih! La Yasih, Khoto’ Khoto’ ” itulah yang mereka lafazkan ketika teguran saya disahut oleh mereka dan berjanji akan mengubahkan secepat yang mungkin.
Kesilapan ini adalah pada sebutan lafaz dalam solat yang pertama dikira sebagai rukun solat iaitu sebutan ALLAAHU AKBAR.
ALLAAHU AKBAR bererti Allah Maha Besar iaitu Maha Agong dan Maha Berkuasa, itulah erti perkataan AKBAR disitu. Tetapi sekiranya perkataan itu dipanjangkan sebutanya pada huruf BA’ sehingga ia berbunyi AKBAAR maka maknanya berubah sama sekali kepada makna yang tidak layak bagi Allah iaitu gendang atau kompang besar. Itulah makna AKBAAR. Sekiranya seseorang itu menyebut ALLAAHU AKBAR maka maknanya betul iaitu Allah Maha Besar akan tetapi sekiranya disebut ALLAAHU AKBAAR (panjang pada huruf ba’) maka maknanya amat menyimpang iaitu Allah Kompang Besar.
Sandaran kompang kepada Allah adalah sandaran yang tidak layak bagi Allah seperti yahudi menyandarkan DUDUK bagi Allah yang mana ianya adalah kufur kerana menyamakan Allah dengan makhlukNya. Maha suci Allah dari sifat yang lemah.

Inilah antara kesilapan besar yang dilakukan ketika solat dilaksanakan di Masjid Al-Haram. Tukang menyebut takbiirot belakang Imam selepas Imam sebut ianya sering melakukan kesilapan itu.

Kesemua berpunca daripada ketidak-telitian mereka dan saya amat pelik mengapa tiada antara mereka sendiri yang menegur sedangkan mereka berbangsa arab, tahu arab dan faham ertinya. Jadi, kepada kita juga agar jangan melakukan kesilapan yang sama.

Perkara kesilapan ini dan yang di atas boleh kita dengar sendiri di TV siaran langsung tengah malam waktu Malaysia setiap bulan Ramadhan.

3- Banyak lagi kesilapan yang dilakukan oleh mereka yang menunaikan solat di Masjid Al-Haram termasuk Imam-imamnya dan di masjid selain Al-Haram disana antaranya (kesilapan mungkin tidak kecil):

-Meletakkan kedua belah tangan atas dada ketika iktidal. Amalan ini tidak pernah diriwayatkan dari Nabi secara khusus. Tiada pula para sahabt Nabi melakukan sedemikian ketika iktidal.

-Kerap membela atau membetulkan jubah luar yang dipakai tanpa apa-apa keperluan dan kekadang itu garis tajam ditengah pada kain serban yang diletakkan atas kepala diusap-usap dengan tangan bagi menajamkan lagi garisan itu ketika solat. Sekalipun kalau mereka menganggap ianya tidak batal tetapi orang kafir, muallaf, kanak-kanak yang melihat akan beranggapan pelbagai tanggapan yang tidak baik terhadap umat islam kerana nampak macam bermain-main bukan beribadah.

-Membaca Al-Quran dengan bacaan yang sengau seolah-olah tiada imam disana yang tidak sengau sehingga amat mengelikan hati saya bagi sebahagian Imam di tanahair kita terikut-ikut bacaan sengau yang langsung tidak menjadi sedangkan mereka tidak pula sengau, Cuma hanya mahu mengikut cara bacaan Imam Mekah yang sengau mereka buat-buat. Padahal Nabi Muhammad bermula dari Jibril dan juga para sahabat Nabi tidak pernah membaca sengau.

-Sering juga antara mereka yang solat disana menganggat kepala mereka memandang ke langit ketika berdoa doa qunut. Ini adalah sesuatu yang ditegah oleh Nabi Muhammad.
Adakah mereka berakidah Allah duduk dilangit?! Nabi dalam Hadis melarang pandang ke langit ketika solat. Kalaulah Allah duduk dilangit kenapa ditegah oleh Nabi yek??!
Ini bererti bahawa Allah tidak bersifat duduk atas langit bahkan akidah Nabi Muhammad adalah Allah wujud tanpa memerlukan tempat seperti Hadith yang diriwayat oleh Muslim dalam sohih muslim pada bab Ma Yuqol ‘Indal Qiyam Minal Naum.
Banyak lagi kesilapan-kesilapan yang perlu diperbaiki.

Waffaqokumullaah bima yuhibbu wa yardhoh.
Oleh: abu-syafiq. ( http://www.abu-syafiq.blogspot.com/ ).

No comments:


Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?