31 May, 2007

IMAM NAWAWI & IBNU HAJAR PUN KAFIR?!

Assalamualaikum.
Oleh: abu_syafiq

Islam dan ulamanya tidak harus dikafirkan seperti yang dilakukan oleh Wahhabi..habis dikafirkan semua.
Mungkin sekiranya Nabi Muhammad masih hidup dimuka bumi ini pun baginda tidak akan terlepas dari dikafiran oleh golongan Wahhabiyah ini.
Tidak mustahil pada suatu hari nanti Allah pun Wahhabi kafirkan...wal iyazubillah.
Wahhabi bukan sahaja mengkafirkan Sultan Solahuddin Al-Ayyubi.
tetapi.... WAHHABI TURUT MENGKAFIRKAN IMAM NAWAWI DAN IMAM IBNU HAJAR AL-ASQOLANY!

Saudara seislam sekali..... Apa dah jadi dengan Wahhabi ni?!!!
aduiii..pesal Wahhabi benci sangat dgn ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ulamanya?! tengok dibawah ini seorang lagi ulama Wahhabi yang menjadi rujukan utama oleh Wahhabi dan kitab2 nya diberi secara percuma ketika kita semua pergi menunaikan umrah dan haji...Wahhabi ini yg bernama Muhammad Soleh Uthaimien menyatakan bahawa :
"IMAM IBNU HAJAR AL-ASQOLANY ( PENGARANG FATHUL BARI SYARAH SOHIH BUKHARY) DAN JUGA IMAM NAWAWI ( PENGARANG SYARAH SOHIH MUSLIM) KATA WAHHABI : NAWAWI DAN IBNU HAJAR ADALAH PEMBUAT KESESATAN DAN NAWAWI SERTA IBNU HAJAR BERAQIDAH SESAT DAN MEREKA BERDUA ADALAH KAFIR"!!.
Inilah makna dakwaan Wahhabi.

BUKTI ; Lihat buktinyapada line yg telah dikuningkan:





















HABIS SEMUA ULAMA ISLAM PUN DIBID'AHKAN OLEH WAHHABI BAHKAN AQIDAH ULAMA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH SEPERTI IMAM IBNU HAJAR AL-ASQOLANY DAN IMAM NAWAWI HABIS DIHUKUM SESAT OLEH WAHHABI.
SIAPAKAH LAGI ULAMA ISLAM YG BELUM DIHUKUM SESAT OLEH WAHHABI?!

JGN BELAJAR DENGAN WAHHABI kerana..


Assalamualaikum..

Oleh: abu_syafiq

Saudaraku seislam.
Kepada Sesiapa yg mendapat tawaran atau terfikir mahu menghantar anaknya atau saudaranya atau dirinya atau sesiapa sahaja ke negara yang mengajara ajaran Wahhabi saya dengan ini menasiahatkan demi kemajuan islam sejagat agar jangan lakukan!

Jangan hantar anak anda belajar dinegara Wahhabi.!

Jangan hantar saudara anda belajar di
negara Wahhabi! jangan dan jangan!

Kecuali mereka yang hendak dihantarkan itu telah mempunyai maklumat tentang bahayanya
ajaran Wahhabi ini dan tahu serta sedar dan pasti akan menghindarkan diri dari ‘termakan’ dengan ajakan ajaran Wahhabiyah!

Ini kerana Wahhabi mengajar anak anda mengkafirkan anda, mengkafirkan umat islam lain dan mengkafirkan pejuang islam termasuk Imam Nawawi, Imam Ibnu hajar Asqolani, Sultan Solahuddin Al Ayyubi pun tak terlepas dari dikafirkan oleh golongan Wahhabi ini serta ulama-ulama islam yang lain turut di bid’ahkan dan dicela oleh Wahhabi.

Sekiranya anda menghantar anak anda belajar dengan Wahhabi dalam keadaan mereka jahil
perihal bahaya Wahhabi maka lihatlah nanti natijahnya anak anda akan pulang dalam keadaan membid’ahkan dan mengkafirkan umat islam termasuk anda yang menghantarnya belajar
disana!.

Ini bukan satu fitnah tapi lihat lah dalam Buku Teks Rasmi yang diajar disetiap sekolah ditempat Wahhabi jelas mengajar kanak-kanak kecil lagi mengkafirkan serta membid’ahkan umat islam. Buktinya:










Buku tersebut merupakan Buku Teks Rasmi mereka pada matapelajaran Tauhid yang diajar oleh Wahhabi di kelas peringkat Menengah iaitu Thanawi ( di ajar sejak pelajar itu di peringkat satu thanawii lagi) Wahhabi mendidik kononnya Ahli Sunnah Wal Jamaah antaranya iaitu Al-Asyairoh dan Al-Maturidiyah adalah golongan KAFIR menafikan sifat-sifat dan nama-nama Allah…Ini lah dakwaan Wahhabi.
DAN WAHHABI TERAPKAN IANYA KEPADA ANAK-ANAK KECIL LAGI SECARA
RASMI DARI MEREKA!

AWAS!
WAHHABI MENGAJAR ANAK ANDA MENGKAFIRKAN SEMUA UMAT ISLAM
TERMASUK………. ANDA!


Wallahu musta'aan.

30 May, 2007

Siri Membongkar Kesesatan Mohd Asri Zainul Abidin

1-MUQADDIMAH

Assalamu'laikum sahabatku semua.


Di akhir zaman kini semakin ramai manusia yang merasakan dirinya alim tentang ilmu agama malangnya dia sebenarnya merupakan perosak islam sedikit demi sedikit dengan menghina tindakan islam.

Benarlah hadith Nabawi riwayat Muslim dalam Sohih Muslim yang bermaksud:
" Diangkat orang yang jahil itu sehingga dianggap alim, kemudian ditanya padanya soalan, lantas dia memberi fatwa sesat tanpa ilmu, maka sesatlah mereka dan menyesatkan yang lain ".

Kepada Allah jua kita panjatkan kesyukuran kerana tidak terpengaruh dengan ajaran Wahhabi ini walaupun di antara mereka yang jahil kini diangkat sebagai Mufti atau
lebih layak digelar sebagai Mufti Wahhabi
( MuftiN Asri : Mohd Asri Zainul Abidin Tukang Buat Kacau-bilau Dan Fitnah ).

MunftiN Asri ini banyak mengunakan ajaran songsangnya untuk diserapkan ke dalam kerajaan malaysia dan rakyatnya.

Berkebetulan satu negeri yang berkobar semangat agamanya telah terpengaruh dengan pembawakan ajaran yang mengelirukan ini sehingga seorang yang jahil bahkan tidakpun berasal dari negeri tersebut telah diangkat sebagai Mufti negeri tersebut.
Disamping sokongan oleh mereka yang berpangkat besar bagi meneruskan penyebaran ajaran baru Wahhabiyah ditanah air kita ini.

Pelbagai cara dan taktik kotor digunakan oleh pendokong ajaran sesat Wahhabiyah ini, antaranya tidak mengaku diri mereka sebagai Wahhabi, bertopengkan secara dusta dengan nama 'salafi' dan 'sunnah'.

Inilah cara yang pernah dimainkan oleh golongan Syia'h sehingga sekarang.
Benarlah islam mengatakan bahawa golongan sesat ini mempunyai persamaan antara satu sama lain walaupun bergaduh di antara mereka.

Saudara seislamku.
Ajaran Wahhabiyah cukup menjijikkan.
Selain berpegang dengan aqidah sesat yahudi dan kristian yang menyatakan
"Allah Duduk Di atas Kursi" ,
Wahhabi juga tidak serik mengkafirkan seluruh umat islam dan menghalalkan darah umat islam.
MuftiN Asri pernah mengkafirkan seluruh umat islam dalam satu sessi ceramahnya bahawa :
"Sebutan memanggil ' ya Muhammad ' adalah syirik dan kafir" .

Ganjil sungguh kenyataan MuftiN Asri ini.
Adakah dengan menyebut 'ya Muhammad' atau 'ya Rasulullah' dikira sebagai musyrik?!
Fatwa apakah ini wahai MuntiN?! Bukankah MuftiN Asri sendiri dan Wahhabi-wahhabi yang lain turut memanggil orang sedemikian?! adakah Muftin Asri dan kuncu-kuncunya dah kafirkan diri sendiri pula?.

Saudara sekalian, ketahuilah bahawa kenyataan tersebut adalah fatwa sesat datang dari
MuftiN Wahabi!
Saya cukup pelik kenapa orang yang sejahil MuntiN Asri ini diangkat sebagai mufti.

Kita sebagai umat islam yang mempunyai asas Al-Quran dan Hadith sepatutnya tidak terpengaruh dengan sorokan bertopeng kelulusan PHD atau Dr. atau apa apa sahaja yang diserapka oleh barat.

Bukankah Dr.Amina Wadud si wanita pening juga bergelar Doktor Falsafah dan merupakan pensyarah di Universiti terkemuka yang berkelulusan PHD dalam bidang agama islam?!

Nah!..tanpa disedari ramai,
MuftiNWahhabi ini walaupun sering di war-warkan sebagai Dr. ( Doktor Falsafah ) tidak ubah seperti sekufu Dr. Amina Wadud dalam menghidupkan bid'h.
Kita sebagai umat islam sepatutnya menimbang mengikut syariat islam berlandaskan Al-quran dan As-Sunnah, bukannya berdasarkan sijil semata-mata.

MuftiN Asri
banyak bertopengkan dengan nama penentang bid'ah, malangnya dia sendiri yang membuat bid'ah
Lihat saja bida'h dan pendustaan yang dihasilkan olehnya dalam aqidah antaranya MuftiN ini menyatakan dalam satu majalah secara dusta:
" Akidah Imam Syafie adalah Allah Duduk".

Sungguh berani si MuftiN ini berdusta terhadap Imam Syafie dan tidak gentar melakukan bid'a dalam akidah.
Dalam Al-Quran dan Al-Hadith tidak pernah menyatakan " Allah Duduk ",
maka mengapa MuftiN Asri ini
menyandarkannya kepada Allah?! ( bersemayam Sedangkan hakikatnya dalam kitab Imam Syafie Al-Wasiyah tidak wujud perkataan tersebut.

Dahulu, MuftiN Asri telah mengeluarkan gesaan baru dan fatwa yang cukup menjijikkan selain akidah Wahhabi yang songsang iaitu menghina tindakan Jabatan Agama Islam dalam membenteras gejala khalwat atau permulaan zina di hotel-hotel.
MuftiN Asri telah berfatwa bahawa : "Tindakan Jabatan Agama Islam merisik bagi membenteras gejala khalwat di hotel-hotel adalah bertentangan dengan islam".

Subhanallah. Siapakah orang atau dalang yang dipertahankan oleh MuftiN Asri ini?!
Kalaulah tindakan Jabatan Agama Islam membenteras gejala khalwat di hotel-hotel tidak dianggap sebagai Nahi mungkar?
apakah yang dianggap sebagai nahi mungkar oleh MuftiN ini?!.
Adakah MuftiN Asri menunggu sehingga zina berlaku di tepi-tepi jalan depan mata baru nak ambil tindakan?!

Kenyataan MuftiN Asri ini amat disokong oleh golongan Liberal atau yang MuftiN Asri
sendiri namakan sebagai Islam Liberal.
Mereka ini gemar mengamalkan perkara terkutuk di dalam hotel-hotel berdasar penangkapan jabatan agama islam.

Kenyataan Muftin Asri tersebuat amat bertentangan dengan konsep islam dan Hadith Nabawi.
Sekiranya islam mengesyorkan amalan merisik dari rumah ke rumah untuk mengamalkan amal ma'ruf seperti pergi ke rumah-rumah yang dirasakan ahli rumah tersebut memerlukan bantuan bagi menghulurkan bantuan yang sememangnya amalan ini dianggap amal ma'ruf dan amalan yang baik,
begitu jugalah tidak salah sekiranya pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Agama Islam merisik tempat-tempat seperti hotel untuk mencegah kemungkaran.

Seperti mana pihak bertanggungjawab tidak menunggu ribuan fakir miskin keluar terpampang depan mata meminta bantuan bahkan pihak bertanggung jawab pergi merisik tempat-tempat yang dirasakan kewujudan mereka untuk menghulurkan bantuan (amal ma'ruf),
Nah!
begitu jugalah Jabatan Agama Islam tidak perlu menunggu maksiat terpampang depan mata baru nak ambil tindakan.
Dan hadith Nabawi riwayat Muslim yang terkenal bermaksud : "Barangsiapa diantara kamu yang mengetahui wujudnya kemungkaran, hendaklah dia mencegahnya".
"Roa" dalam hadith tersebut bererti 'alima iaitu mengetahui. Macama mana nak tahu kalau tidak mencari.

Sekiranya Jabatan Agama Islam tidak merisik untuk menangkap pengkhalwat di hotel-hotel, maka kenyanglah orang yang berduit untuk buat maksiat di hotel-hotel bersama mana-mana pelacur yang diidamkan.
Adakah mereka ini yang dipertahankan oleh MuftiN Asri?!.

Setelah banyak pembentangan ilmiah bahawa bercanggahnya MuftiN Asri
dengan konsep islam dan Hadith Nabi, maka jelaslah tugas dan fatwa Mufti Wahhabi tersebut tidak ubah ibarat
" Menjilat danur demi memuaskan nafsu anjing yang menjaganya".

Inilah tugas Wahhabi. Apa sahaja pangkat yang dipegang pasti akan merosakkan dan memalukan serta menghina islam itu sendiri.

Semoga kita diselamatkan oleh Allah daripada fitnah golongan Wahhabiyyah. Amin ya Robbal ?lamin.

28 May, 2007

KEPENTINGAN AQIDAH & BAHAYA MURTAD




KEPENTINGAN AQIDAH & BAHAYA MURTAD

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, DialahYang Mencipta ‘arasy, langit dan bumi, Dialah jua Pencipta tempat, wujudNyatanpa memerlukan tempat.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita NabiMuhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Di akhir zaman kini kita sering mendengar dan mengetahui telah berlakunya pelbagai perkara yang amat mengecewakan ulama’ islam dan umatnya.
Antaranya berlaku kes murtad yang membabitkan bangsa melayu yang pada satu masa dahulu terkenal dengan keislamannya.

Ulama’ islam mendapati virus murtad ini telah mula merebak kerana kekurangan dalam diri individu muslim itu ilmu aqidah islam sebenar dan kelemahan mengamatinya.
Maka disini akan diperjelaskan secar ringkas berberapa perkara yang berkisar dalam tajuk Kepentingan Aqidah Dan Bahaya Murtad.

Saya membicarakan perkara yang mungkin sesetengah orang menganggap ianya agak mengerunkan sekiranya diutarakan.
Tetapi saya berpendapat sekiranya kepentingan aqidah islam tidak diterapkan dalam generasi islam maka akan lahir suatu hari nanti puluhan ribu yang rosak aqidahnya dalam ertikata lain dikira sebagai murtad.

Kita dapati ramai jua yang tahu peranan masing-masing dalam kes murtad ini dan kepentingan ilmu aqidah untuk diserapkan lagi kepda umat islam, malangnya ramai jua yang mengabaikan tindakan segera atau menganggap ia sebagai suatu yang boleh dilakukan pada masa yang akan datang tanpa disedari semakin hari semakin pupus insan yang mengetahui erti aqidah yang sebenar, semakin hari semakin hilang mutiara ilmu aqidah yang menjadi senjata utama dalam menguatkan serta memajukan lagi taraf insan yang bergelar Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Tidak pernah terdengarkah mereka ini dengan sabda Nabi Muhammad yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Asakir dan Imam Abdary bahawa Baginda pernah bersabda yang bermaksud :
“ Sesungguhnya manusia itu apabila ia melihat (mengetahui) kemungkaran, tiada pula ia merubahkannya maka Allah akan mengumumkan azabNya ke atas semua manusia ”.
Terlupakah insan ini akan kata-kata yang sering diungkap oleh para ulama seperti
Imam Ali Ad-Daqqoq yang bermaksud :“ Senyap dari menyatakan kebenaran merupakan syaitan bisu ”.
Semoga dari nota dan penyampaian ini dapat menguatkan lagi semangat kita dalam memperjuangankan agama Allah. Amin.

1. AQIDAH
1.1. ERTI AQIDAH DAN KAITANNYA DENGAN AMALAN SOLEH.


Aqidah membawa erti pegangan dan kepercayaan seseorang.
Pegangan dan kepercayaan ini pula terbahagi kepada dua iaitu benar atau salah.
Aqidah yang benar merupakan kunci kepada segala penerimaan ibadah.
Tanpa akidahyang benar Allah tidak akan menerima segala amalan soleh.

Sekiranya aqidah seseorang itu salah maka yang akan dicatit hanyalah amalan keburukan maka akan hanya dibalas dengan kebururkan.
Justeru itu perkara yang berkaitan dengan aqidah tidak harus dijadikan gurauan-senda atau diremeh-remehkan.

Hubungan aqidah dan amalan soleh ini berdalilkan firman Allah yang bermaksud:“ Dan barangsiapa melakukan amalan soleh dari kalangan lelaki atau pun wanita dalam ia beriman (beraqidah dengan aqidah yang betul) maka merekalah yang akan dimasukkan kedalam syurga dan tidak akan dizalimi walaupun sedikit”.An-Nisa Ayat 124.

Ayat tersebut jelas menerangkan bahawa apa sahaja amalan soleh yang dilakukan orang lelaki mahupun perempuan, imanlah syarat utama penerimaan dari Allah.
Begitu juga kenyataan dari hadith Nabi yang bermaksud :
“ Semulia-mulia amalan adalan beriman kepada Allah dan RasulNya ( beraqidah dengan aqidah yang betul) ”.H.R. Sohih Bukhari.
Ini menunjukkan bahawa aqidah merupakan sesuatu yang teramat penting dan perlu diutamakan dari masalah-masalah yang lain.

1.2. PARA ULAMA MENGUTAMAKAN ILMU AQIDAH.

Oleh kerana pentingnya ilmu aqidah maka kita dapati seluruh para ilmuan islam akan mengutamakan ilmu aqidah.
Perkara ini dapat dipetik dari kenyataan Imam tertua diantara mazhab empat iaitu Imam Abu Hanifah menyatakan dalam kitab beliau Fiqhul Absot yang bermaksud :
“ Ketahuilah bahawa mendalami ilmu usuluddin (aqidah) itu lebih mulia dari mendalami ilmu feqh ”.
Kenyataan Imam Abu Hanifah tersebut tidak bermakna kita tidak harus mempelajari ilmu feqah langsung akan tetapi Imam Abu Hanifah menerangkan kemulian mempelajari dan mengutamakan ilmu aqidah.
Begitu juga para ulama yang lain mengutamakan ilmu ini seperti Imam yang menjadi pegangan mazhabnya di tanah air kita iaitu Imam Syafie menyatakan yang bermaksud :“ Kami telah mendalami ilmu tersebut (aqidah) sebelum ilmu ini (feqh) ”.

1.3. AQIDAH AHL SUNNAH WAL JAMAAH.

Kesemua aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan al-quran, al-hadith serta ijmak ulama. Ahli Sunnah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang telah dinyatakan oleh Allah ta’ala sendiri di dalam al-quran dan apa yang telah dinyatakan leh Rasulullah di dalam Hadith Sohih baginda tanpa mereka meyandarkan sifat tasybih atau tajsim bagi Allah, merekajuga menafikan sifat duduk, bertempat, berkaki, berbetis, zat yang turun-naik dari langit ke bumi, berada di atas langit, berada di atas ‘arasy, dan sebagainya dari sifat yang tidak layak bagi Tuhan yang mencipta segala makhlukNya.Perkara tersebut kesemua berdasarkan firman Allah di dalam surah
As-syuraayat 11 yang bermaksud :“ Tiada sesuatupun yang menyerupaiNya ”.

Wujudnya Allah tanpa diliputi tempat berdalikan juga dari sabda Nabi Muhammad yang bermaksud :“ Allah telah sedia wujud (azali) dan tiada sesuatupun selain Allah ituazali ”. Riwayat Bukhari dalam Sohih Bukhari.

Ini menunjukkan bahawa Dia sahaja yang wujudnya azali manakala tempat, ‘arasy, langit, dan selainnya bukan azali. Ijmak para ulama yang telah dinukilkan oleh Imam Abdul Qohir Bin TohirAl-Baghdadi dalam kitab Al-Farqu Bainal Firaq halaman 333 cetakan Darul Ma’rifah jelas menunjukkan kewujudan Allah bukanlah berada diatas ‘arasy akan tetapi Allah wujud tanpa diliputi oleh tempat :
“ Dan telah disepakati seluruh para ulama islam bahawaAllah tidak diliputi tempat ”.Demikian ijmak para ulama yang tidak boleh ditolak lagi oleh golongan mujassimah dan musyabbihah.

2. BAHAYA MURTAD
Isu murtad menjadi satu masaalah yang paling utama bagi sesebuah negara islam.
Untuk menyelesaikan kes murtad ini tidak boleh lari dari mengetahui hukum-hakam berkaitan murtad.
Maka mempelajari perkara yang boleh membatalkan islam seseorang adalah perlu sepaya kita tidak terjerus ke kancah murtad dan dapat membantu mengislamkan mereka yang telah murtad. Perlu diketahui bahawa wajibkan keatas setiap orang Islam menjaga aqidahnya di dalam Islam dan melindungi dirinya dari apa-apa yang memusnahkan (merosakkan), membatalkan, dan memutuskan aqidahnya, ini dinamakan sebagai keluar dari Islam iaitu Riddah (murtad).

Imam an-Nawawiyy dan Imam-imam yang lain pernah menyatakan: “Riddah adalah jenis kekufuran yang paling dibenci”.
Telah menjadi satu kebiasaan pada zaman ini dimana seseorang itu dengan secara lalainya menuturkan perkataan-perkataan yang mana membawa mereka keluar dari Islam, mereka tidak menyangka dengan menuturkan perkataan-perkataan itu boleh menjadikan mereka kafir.
Maka terjadi kes-kes murtad yang dia tidak sedar bahawa dia telah pun murtad.
Semua ini berlandaskan apa yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah dalam hadith baginda :
“ Sesungguhnya seseorang itu berkata ia dengan kalimat yang tidak disangkakannya merbahaya, yang mana menyebabkannya menjunam jatuh 70 tahun ke dalam neraka ”.
Yakni, menjunam jatuh 70 tahun ke dasar neraka yang dikhaskan untuk orangkafir.
Hadith ini diriwayatkan oleh At -Tarmizi (hasan) dengan makna yang sama dari hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.
Hadith ini membuktikan bahawa seseorang itu akan menjadi kafir apabila menuturkan perkataan kufurnya walaupun dia Tidak tahu(jahil) tentang hukumnya.
Dalam keadaan marah atau berjenaka. Yakni, tidak semestinya dalam keadaan tenang sahaja seseorang itu akan menjadi murtad apabila menuturkan perkataan kufur.
Ini adalah kerana beradadi dalam keadaan tenang bukanlah menjadi syarat untuk dianggap murtad.
Di dalam keadaan marah pun seseorang itu akan jatuh murtad jika dia menuturkan perkataan kufur. Imam Nasafi pernah berkata yang bermaksud :
“ Jika seorang lelaki marah pada anaknya atau hambanya dan memukulnya dengan teruk, kemudian datang seorang yang lain bertanya kepadanya, ‘kenapa engkau melakukan ini? Tidakkah engkau seorang Islam?’Dengan sengaja dia menjawab,‘tidak!’ , maka dia telah menjadi murtad/kafir.”

Ini juga telah diperkatakan oleh ulama dari mazhab Hanafi dan juga yang lain.
Maka kita perlu menjauhi dan menghindari umat islam dari dari bahaya murtad yang tersebar.

2.1. PERKARA-PERKARA YANG MENYEBABKAN MURTAD.

Tiga perakara yang boleh menyebabkan seseorang itu murtad seperti mana yangtelah diterangkan oleh para ulama :-
1- Kufur I’tiqady.
2- Kufur Fi’ly.
3- Kufur Qauly.
Syarahan
1- Kufur I’tiqady ( kufur disebabkan dari pegangan yang salah )
Contoh-contohnya adalah:a) Ragu-ragu pada Allah atau RasulNya atau Al-Qur’an atau Hari Akhirat atau Syurga atau Neraka atau ganjaranNya atau balasanNya atau perkara yang berkaitan/bersamaan yang mana telah ada ijmak mengenainya.
b) Kepercayaan bahawa dunia ini azali pada jisim dan unsurnya atau cumajisimnya sahaja.
c) Menafikan salah satu sifat dari sifat-sifat Allah yang diketahui telahada ijmak seperti Maha Mengetahui segalanya.
d) Menyifati Allah dari apa yang diketahui oleh ulama tidak menepatiNyaseperti mempunyai jasad.
e) Menghalalkan apa yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai haram seperti zina, liwat, membunuh, mencuri, merompak atau menyamun.
f) Mengharamkan apa yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai halalseperti berjual beli atau nikah.
g) Menafikan kewajipan pada perkara yang diketahui dikalangan umat Islamsebagai wajib hukumnya seperti solat 5 waktu atau salah satu daripada sujud,zakat, puasa, haji atau wudu’.

2- Kufur Fi’ly ( kufur yang disebabkan dari perbuatan )
Contoh-contohnya adalah:
a) Sujud pada berhala atau matahari atau bulan.
b) Sujud kepada makhluk dengan bertujuan untuk menyembahnya.

3- Kufur Qauly ( kufur yang disebabkan dari perkataan )
Contohnya adalah terlalu banyak tidak terhitung darinya. Dinyatakan disini hanya sebahagian darinya :
a) Memanggil kepada seorang Islam yang lain: ‘ Wahai kafir!’ atau ‘WahaiYahudi!’, ‘ Wahai Kristian!’ atau ‘Wahai orang yang tanpa agama!’ dengan makna agama orang yang dikatakan adalah agama yang bersifat kufur atau agamanya adalah Yahudi, Kristian ataupun tanpa pegangan agama tetapi bukan bertujuan untuk menyamakan perbuatan beliau itu dengan perbuatan orangkafir.
b) Mempermain-mainkan salah satu daripada nama Allah , janjiNYA , ancamanNya oleh orang yang sedar ini adalah antara sifat Allah ta’ala.

2.3. TAUBAT MURTAD

Adalah menjadi kewajipan bagi orang yang murtad untuk:
1- Kembali kepada Islam serta merta dengan mengucapkan kalimah shahadah.
2- Meninggalkan segala perkara yang menyebabkan riddah. \
3- Berazam tidak akan mengulanginya lagi sehingga mati. Jika seseorang itu tidak kembali kepada Islam dengan serta merta dengan ucapan kalimah shahadah , maka dia mesti dipaksa untuk mengucapkannya.
Jika dia tidak juga kembali kepada Islam selepas diarahkannya untuk kembali kepada Islam yakni hasil dari penyaksian 2 lelaki yang adil atau dari pengakuan si murtad itu sendiri, maka Khalifah akan membunuhnya (dan initidak bermakna si murtad boleh terkecuali dari dipaksa dengan memeluk agama lain kerana tidak diterima darinya selain dari agama Islam). Ini dilakukan dengan bersandarkan kepada hadith yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermakna:
“ Barangsiapa yang meninggalkan Islam bunuhlah ia”.Maka batal baginya: Puasa, tayammum, nikah (sebelum jimak untuk kali pertama), nikah (selepas jima’ untuk kali pertama) sekiranya dia tidak kembali kepadaIslam didalam waktu ^iddah.
Nikah orang yang murtad(lelaki atau perempuan)adalah tidak sah samada dengan orang yang Islam ataupun dengan orang yang bukan Islam.
Haram hukumnya memakan daging sembelihan orang yang murtad. Si murtad tidak boleh mewarisi harta dan hartanya juga tidak boleh diwarisi.
Sekiranya dia mati, mayatnya tidak boleh (haram) :
Disembahyangkan (sesiapa yang menyembahyangkannya akan menjadi murtad sepertinya), dimandikan , dikafankan atau dikuburkan di tanah perkuburan Islam. Hartanya akan diserahkan kepada fay’ .

Demikianlah mengenai bahaya murtad dan kepentingan ilmu aqidah islam sebenar terhadap umat islam kini.
Semoga Allah menyelamatkan akidah kita.Amin ya Robbal 'alamin.

"Allah Duduk Atas Arasy" : AKIDAH YAHUDI KAFIR.




AKIDAH KUFUR YAHUDIYYAH, NASRONIYYAH, IBNU TAMIAH DAN WAHHABIYAH :”Allah Duduk” .

Ketahuilah bhw aqidah yg dibawa oleh Wahhabiyah di malaysia dan di luar negara adalah akidah yang bersumberkan Yahudi dan Kristian kafir yang cuba diserapkan dalam masyarakat umat islam demi memecahbelahkan umat islam dan bertujuan agar umat islam menjadi Yahudi dan Nasoro,
kemudian bersenang-lenanglah Iblis bersama mereka di neraka kelak!
Inilah Yahudi Kuffar dengan kerjasama penuh dari Wahhabiyah dalam menyesatkan umat islam di tanah aii kita ini :

- Akidah ” Allah Duduk” Adalah Akidah Yahudi Kafir .
Dalam kitab Yahudi Safar Al-Muluk Al-Ishah 22 Nombor 19-20Yahudi menyatakan akidah kufur di dalamnya :
قال فاسمع إذاً كلام الرب قد رأيت الرب جالسًا على كرسيه و كل جند السماء وقوف لديه عنيمينه و عن يساره
Kata-kata kufur Yahudi tersebut bermaksud :
“Berkata : Dengarlah akan engkau kata-kata tuhan,telahku lihat tuhan duduk di atas kursi dan kesemua tentera langit berdiri di sekitarnya kanan dan kiri” .

- Ibnu Taimiah Turut Membantu Yahudi Menyebarkan Akidah Yahudi ” Allah Duduk ” :
Dalam kitab Ibnu Taimiah Majmuk Fatawa Jilid 4 m/s 374 :
إن محمدًا رسول الله يجلسه ربه على العرش معه
Akidah kufur yang bermaksud:
“Sesungguhnya Muhammad Rasulullah, Tuhannya mendudukkannya diatas arasy bersamaNya”.

Tidak cukup dengan itu Ibnu Taimiah turut mengunakan lafaz kufur Yahudi demi menyahudikan umat islam :
Kitab Ibnu Taimiah berjudul Syarh Hadith Nuzul cetakan Darul Asimah :
إذا جلس تبارك و تعالى على الكرسي سُمِع له أطيط كأطيط الرَّحل الجديد
Kata Ibnu tamiah tersebut bermaksud :
” Apabila Tuhan duduk di atas kursi maka akan terdengarlah bunyi seperti kursi baru diduduki”.

* Yahudi Kata Allah Duduk…Ibnu Tamiah Kata Allah Duduk.

TAPI AL-QURAN DAN HADIST NABAWI SYARIF YANG SOHIH TIDAK PERNAH MENYATAKAN ALLAH DUDUK.Wallaahi tidak pernah!

- Akidah ” Allah Duduk” Adalah Akidah Kristian Kafir :
Dalam website Kristian kafir : http://www.hesenthisword.com/lessons/lesson5.htm
lihat pada :
عاشرا: ذكر عنه ما ورد عن الله في العهد القديم

Kristian kafir kata pada nom 7 :
“الله جالس على الكرسي العالي” (اش 6 :1-10) .
Kata kufur tersebut bermaksud :
"Allah Duduk Di atas Kursi Yang Tinggi”.

- Wahhabi tidak ketinggalan bersama-sama akidah Yahudi, Ibnu taimiah dan Kristian lantas Wahhabi berakidah yang sama sebijik seperti mereka. Lihat!

Wahhabi Turut Membantu Menghidupkan Kekufuran Kristian Dengan Memalsukan Hadith Nabi :


DALAM KITAB WAHHABI :FATHUL MAJID SYARH KITAB AT-TAUHIDKARANGAN ABDUR RAHMAN BIN HASAN AAL AS-SYEIKHDISOHIHKAN OLEH ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH BIN BAZCETAKAN PERTAMA TAHUN 1992 BERSAMAAN 1413MAKTABAH DARUL FAIHA DAN MAKTABAH DARUL SALAM.
Cetakan ini pada mukasurat 356 yg tertera kenyatan kufur yg didakwa oleh Wahhabi sebagai hadis ( pd hakikatnya bukan hadis Nabi ) adalah tertera dalam bahasa arabnya berbunyi:


” IZA JALASA AR-ROBBU ‘ALAL KURSI “.

Perkara kufur ini bererti : ” Apabila Telah Duduk Tuhan Di Atas Kursi “.



* Akidah Kristian Kata ” Allah Duduk” ..Wahhabi Pun Kata ” Allah Duduk “.

TETAPI AL-QURAN DAN HADITH SOHIH TIDAK PERNAH MENYATAKAN SEDEMIKIAN!

Wallahi tidak pernah!

Maka jelas bahawa akidah kufur mereka ini adalah sama.
Saudaraku sekalian bangkitlah menetang golongan kuffar ini.

HOBI WAHHABI : KAFIRKAN UMAT ISLAM

WAHHABI MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM DAN ULAMA ISLAM.

Demi Allah! Ini bukan suatu fitnah tetapi suatu pembongkaran ilmiah bertujuan menjaga kesucian islam dan umatnya daripada ajaran songsang mengkafirkan dan menghalalkan darah umat islam untuk dibunuh.

Awas! Anda juga mungkin dikafirkan oleh Wahhabi!.

Sejarah Ringkas Ajaran WahhabiAjaran Wahhabi diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab 1206H yang mendorong pengikutnya mengkafirkan umat islam dan menghalalkan darah mereka.
Sudah pasti manusia yang lebih mengenali perihal Muhammad bin Abdul Wahhab adalah saudara kandungnya dan bapanya sendiri.
Saudara kandungnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab sering memberi peringatan kepada umat islam dizamannya agar tidak mengikut ajaran baru Muhammad bin Abdul Wahhab kerana ajaran itu menghina ulama islam serta mengkafirkan umat islam. (Sebagai bukti sila rujuk 2 kitab karangan Syeikh Sulaiman tersebut: “Fashlul Khitob Fir Roddi ‘Ala Muhammad bin Abdul Wahhab” dan ” Sawaiqul Ilahiyah Fi Roddi ‘Ala Wahhabiyah”).

Bapanya juga iaitu Abdul Wahhab turut memarahi anaknya iaitu Muhammad kerana enggan mempelajari ilmu islam dan beliau menyatakan kepada para ulama: “Kamu semua akan melihat keburukan yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab ini”. ( Sebagai bukti sila rujuk kitab “As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah” cetakan Maktabah Imam Ahmad m/s 275). Demikianlah saudara kandungnya sendiri mengingatkan umat islam agar berwaspada dengan ajaran TAKFIR yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab.

Kenyataan Para Mufti Perihal Wahhabi.
Mufti Mazhab Hambali Muhammad bin Abdullah bin Hamid An-Najdy 1225H menyatakan dalam kitabnya
“As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah” m/s 276 : “Apabila ulama menjelaskan hujah kepada Muhammad bin Abdullah Wahhab dan dia tidak mampu menjawabnya serta tidak mampu membunuhnya maka dia akan menghantar seseorang untuk membunuh ulama tersebut kerana dianggap sesiapa yang tidak sependapat dengannnya adalah kafir dan halal darahnya untuk dibunuh”.

Mufti Mazhab Syafi’e Ahmad bin Zaini Dahlan 1304H yang merupakan tokoh ulama Mekah pada zaman Sultan Abdul Hamid menyatakan dalam kitabnya ” Ad-Durarus Saniyyah Fir Roddi ‘Alal Wahhabiyah m/s 42: ” Wahhabiyah merupakan golongan pertama yang mengkafirkan umat islam 600 tahun sebelum mereka dan Muhammad bin Abdul Wahhab berkata: Aku membawa kepada kamu semua agama yang baru dan manusia selain pengikutku adalah kafir musyrik “.
Sejarah membuktikan Wahhabi telah membunuh keturunan Rasulullah serta menyembelih kanak-kanak kecil di pangkuan ibunya ketikamana mereka mula-mula memasuki Kota Taif. (Sila rujuk Kitab Umaro’ Al-bilaadul Haram m/s 297 – 298 cetakan Ad-Dar Al-Muttahidah Lin-Nasyr).

Wahhabi Menghukum Sesat Dan Membid’ahkan Para Ulama’ Islam.
Wahhabi bukan sahaja mengkafirkan umat Islam dan menghalalkan darah mereka tetapi Wahhabi turut membid’ahkan dan menghukum akidah ulama’ Islam sebagai terkeluar daripada Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Demikian kenyataan Wahhabi :

1- Disisi Wahhabi Akidah Imam Nawawi Dan Ibnu Hajar Al-Asqolany Bukan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Tokoh terkemuka ajaran Wahhabi iaitu Muhammad bin Soleh Al-Uthaimien menyatakan apabila ditanya mengenai Syeikh Imam Nawawi (Pengarang kitab Syarah Sohih Muslim) dan Amirul Mu’minien Fil Hadith Syeikh Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany (Pengarang Fathul Bari Syarah Sohih Bukhari) lantas dia menjawab: “Mengenai pegangan Nawawi dan Ibnu Hajar dalam Asma’ Was Sifat (iaitu akidah)mereka berdua bukan dikalangan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah”. Rujuk kitabnya Liqa’ Al-Babil Maftuh m/s 42-43 soal-jawab ke 373 cetakan Darul Watan Lin-Nasyr.

2- Wahhabi Menghukum Al-Asya’iroh Sebagai Sesat Dan Kafir.
Tokoh Wahhabi Abdur Rahman bin Hasan Aal-As-Syeikh mengkafirkan golongan Al-Asya’iroh yang merupakan pegangan umat islam di Malaysia dan di negara-negara lain. Rujuk kitabnya Fathul Majid Syarh Kitab Al-Tauhid m/s 353 cetakan Maktabah Darus Salam Riyadh.

Seorang lagi tokoh Wahhabi iaitu Soleh bin Fauzan Al-Fauzan turut menghukum golongan Al-Asya’iroh sebagai sesat akidah dan bukan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Rujuk kitabnya Min Masyahir Al-Mujaddidin Fil Islam m/s 32 cetakan Riasah ‘Ammah Lil Ifta’ Riyadh.

3- Wahhabi Mengkafirkan Umat Islam Yang Mengikut Mazhab.
Dan Mengkafirkan Saidatuna Hawa ( Ibu manusia)Wahhabi bukan sahaja menghukum sesat terhadap ulama’ Islam bahkan umat islam yang mengikut mazhab pun turut dikafirkan dan dihukum sebagai musyrik dengan kenyataannya :” Mengikut mana-mana mazhab adalah syirik “.
Dan Wahhabi ini berani juga mengkafirkan Ibu bani adam iaitu Saidatuna Hawa dengan kenyataannya:
” Sesungguhnya syirik itu berlaku kepada Hawa “.
Tokoh Wahhabi tersebut Muhammad Al-Qanuji antara yang hampir dengan Muhammad bin Abdul Wahhab. Rujuk kenyataannya dalam kitabnya Ad-Din Al-Kholis juzuk 1 m/s 140 dan 160 cetakan Darul Kutub Ilmiah.

Saudara Seislamku…!
Berwaspadalah dengan ajaran TAKFIR ini (mengkafirkan umat islam) yang dipelopori oleh golongan Wahhabi!

RAKAMAN MUFTI MESIR HENTAM WAHHABI



MUFTI MESIR DR. SYEIKH ALI JUM’AH MENJELASKAN PERIHAL WAHHABI MENGKAFIRKAN PEMIMPIN ISLAM DAN UMAT ISLAM.
(audio suara)



Assalamu’alaikum.

Setelah seluruh ulama islam bangun menentang ajaran Wahhabiyah yang mengkafirkan umat islam,
kita dapati ramai dikalangan Wahhabi di malaysia kini mengkambinghitamkan jabatan-jabatan agama termasuk mengunakan nama mufti di sebelah utara.
Oleh itu perlulah satu penerangan jelas mengenai ajaran Wahhabiyah ini yang cepat mengkafirkan ulama islam dan umatnya.

Mufti Mesir terkini Syeikh Dr. Ali Jum’ah mengarang kitab yang cukup berakademik dan ilmiah menyanggah ajaran yang dibawa oleh Wahhabiyah, buku beliau tersebut berjudul AL-BAYAN LIMA YASGHULUL AZHAN.
Kitab tersebut boleh dijadikan rujukan yang baik bagi ahli jawatankuasa fatwa negeri-negeri di malaysia dan jabatan-jabatan agama negeri termasuk JAKIM kerana Mufti Mesir tersebut merupakan antara ulama Universiti Al-Azhar dan beliau lebih mengenali ajaran Wahhabiyah daripada kita di tanahair ini.

AUDIO MUFTI MESIR MENYATAKAN AJARAN WAHHABI MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM :
http://www.islamchina.net/arabic/Mufti_Misr_talk_about_wahhabi.htm

Dalam kenyatann Mufti Mesir dalam audio tersebut beliau menjelaskan seperti berikut (terjemahan) :
” Ditanya kepadaku, adakah harus solat di dalam masjid yang ada (dhorih) kubur?.
Ya! sememang solat di dalam masjid wujudnya kubur adalah harus dalilnya kerana solat di dalam masjid Rasulullah adalah harus (wujud didalamnya 3 kubur).
Maka fatwa mengenai solat di dalam masjid dalamnya ada kubur adalah harus kerana hukum solat di dalam masjid Rasulullah telahpun menjadi ijmak muslimun bahawa hukumnya adalah harus. Sekiranya dikatakan hukum itu khas bagi nabi sahaja, itu tidak sohih kerana didalam masjid nabawi terdapat kubur selain nabi Muhammad iaitu kubur saidina Umar dan Saidina Abu Bakar.Maka jawapan dari soalan adakah harus solat di dalam masjid yang ada (dhorih) kubur?.
Maka jawapannya solat di dalamnya adalah harus, masjid juga dibina diatasnya adalah harus dan kubur tersebut adalah harus dan di zaman Rasulullah pernah dibina masjid didalamnya terdapat kubur Abu Basir.

Manakala erti hadith dalam sohih Bukhari yang menyatakan ‘ Allah melaknat Yahudi dan Nasaro yang menjadikan kubur para nabi dan wali sebagai masjid’.
Hadith tersebut bererti yahudi sujud kepada kubur dan bukan sujud kepada Allah, mereka menganggap uzair itu adalah anak Allah dan begitu juga kristian mereka sujud kepada kubur dan beranggapan bahawa Isa itu anak Allah, inilah erti hadith tersebut.
Sekiranya kita pergi ke Batikan ( nama tempat Yahudi ) kita akan dapati bahawa mereka berlumba-lumba sujud kepada kubur-kubur tersebut kemudian mereka tinggalkan.
Makala hukum membina masjid atas kubur (menjadikan didalamnya ada kubur) maka hukumnya adalah harus.
Iman Baidhowi menyatakan demikian adalah antara qurubat iaitu kebaikan mendekatkan diri kepada Allah. Ada beza antara masjid yang diertikan seseorang itu sujud kepada kubur dan dibina di atasnya masjid.

Ada kelompok bernama Wahhabiyah,
satu ketika Wahhabiyah mahu keluar dari pemerintahan Khalifah Uthmaniyah, tapi Nabi menyatakan ‘ Tiada sesiapa boleh keluar dari Khalifah’ (makna Hadith).
Wahhabiyah pun merancang untuk keluar dari khalifah dan meraka dapati caranya adalah dengan mengkafirkan khalifah islam tersebut dan mereka merancang bagaimana nak dihukumkan khalifah tersebut sebagai kafir supaya akhirnya dia dibunuh, perancangan Wahhabiyah mengkafirkan dan menjatuhkan daulah Uthmaniyah berjaya dilakukan dan khalifah terbunuh.
Kemudian Wahhabiyah menjatuhkan Daulah Uthmaniyah dan Wahhabiyah saling tolong menolonag dengan negara kafir Barat dan France, kemudia berlakulah fitnah kucar kacir sehingga kini disebabkan perbuatan Wahhabiyah tersebut.Kami menyatakan wahai seluruh orang muslimin.

Lihat lah apa ulama-ulama islam katakan, lihat kata-kata Imam Baidhowi, lihat kata-kata Imam Ibnu Hajar , lihat kata-kata Imam Syaukani! Ditangan-tangan kita bukti jelas dari kitab-kitab! “. (tamat terjemahan, harap sesiapa yg boleh betulkan lagi terjemahan amatlah dialu-alukan)

* SEKIRANYA ULAMA DAN MUFTI YANG MUKTABAR SENDIRI MENYANGGAH WAHHABIYAH BILA PULA JABATAN-JATABATAN AGAMA NEGERI MAHU BERSUARA?

Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?