30 June, 2007

WAHHABI : MUJASSIMAH ZAMAN KINI

Rasul Dahri: Wahhabi Di Malaysia yang berakidah Allah memerlukan kepada tempat di atas Arasy .




AWASI WAHHABI : GOLONGAN MUJASSIMAH MODEN?

(Satu Penjelasan berdasarkan Hukum Para Ulama)

Oleh: abu_syafiq (012-2850578)


Perlu diketahui bahawa golongan yang paling banyak kesesatan pada hari ini adalah Mujassimah (Yang menyatakan Allah itu berjisim) dan Musyabbihah (Yang menyatakan Allah itu menyerupai makhluk). Golongan Wahhabi adalah mereka yang paling jelas menyamakankan Allah dengan makhluk. Dan ketahuilah bahawa Musyabbihah dan Mujassimah adalah KAFIR.


Oleh kerana golongan sesat ini menyebarkan aqidah sesat mereka kepada orang awam termasuk anak-anak orang islam.
Maka wajiblah kepada kita orang islam yang beraqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak senyap dari mengawasi golongan sesat ini.

Diceritakan bahawa tokey Wahhabi bernama Abdullah bin Hasan cucu kepada Muhammad Bin Abdul Wahhab banyak menyuarakan aqidah sesatnya di Makkah sejak sebelum 70 tahun lalu dengan mengatakan dalam keadaan dia turun dari tangga, katanya :
Allahu Yanzil Kanuzuli Haza ” kata-kata kufur yang bermaksud : “ Allah turun seprtimana aku turun ini ”.

Kenyataan kufur tersebut telah didengar oleh ramai para ulama termasuk Syeikh Ali Bin Abdul Rahman As-Somaly yang tinggal dan mengajar di Makkah.

Maka tidak harus bagi kita umat islam senyap membisu tidak mengawasi orang islam dari ajaran sesat Wahhabi ini. Adakah mengingkari kemungkaran dianggap memecahbelahkan umat islam? Tidak sama sekali!.

Mengkafirkan orang yang amat jelas kekafirannya bukanlah memecahbelahkan saf orang islam, bahkan ianya merupakan penjelasan kebenaran kerana bagaimana kita orang islam berkesedudukan dengan ajaran sesat Wahhabi yang mengkafirkan kita umat islam dan menghalalkan darah seluruh umat islam?!.



PRINSIP WAHHABI


Golongan Wahhabi menganggap sesiapa yang tidak menuruti aqidah mereka yang menjisimkan Allah dan menyamakan Allah dengan makhlukNya maka orang itu dikira kafir dan halal darahnya. Lihat sahaja prinsip utama Wahhabi tesebut seperti yang tertera dalam kitab utama mereka mengatakan :

“ Bunuhlah ahli sufi yang soleh sebelum kamu membunuh yahudi dan majusi ”.

Diantara Wahhabi yang menjelaskan prinsip utama wahhabi adalah “Sesiapa yang tidak mengatakan Allah Duduk dan tidak menuruti aqidah mereka yang menjisimkan Allah dan menyamakan Allah dengan makhlukNya maka orang itu dikira kafir dan halal darahnya ” yang menyatakan prinsip Wahhabi adalah sedemikian seorang ulama Wahhabi bernama Ali bin Muhammad bin Sinan seorang pengajar salah sebuah universiti di Madinah dan pengarang kitab Almajmuk Almufid Min Aqidah At-tauhid.



ULAMA MAZHAB HAMBALI MENJELASKAN PERIHAL WAHHABI


Mufti Mekah bernama Muhammad Bin Abdullah Bin Hamid Al-Hambali An-Najdi menyatakan didalam kitabnya berjudul As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroih Al-Hanabilah.

Dalam kitab tersebut Mufti Mekkah menjelaskan latar belakang 800 orang para fuqoho’ dari mazhab Hambali. Diantara yang diceritakan oleh Mufti mengenai seorang alim mazhab Hambali bernama Abdul Wahhab Bin Sulaiman yang merupakan bapa kepada seorang pengasas ajaran sesat Wahhabi bernama Muhammad Bin Abdul Wahhab.

Mufti menceritakan bahawa bapa Muhammad Bin Abdul Wahhab tidak meredhoi anaknya itu kerana pengasas Wahhabi itu mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak sependapat dengannya bahkan pengasas Wahhabi tersebut menghalal pembunuhan umat islam yang tidak mengikutnya. Sila lihat pada kitab tersebut dimukasurat 276 cetakan pertama di Riyadh.



WAHHABI MEMBUNUH 3000 UMAT ISLAM DI JORDAN

Telah berlaku satu peristiwa yang amat menyayathati umat islam pada 1920an iaitu pembunuhan Wahhabi terhadap umat islam di Timur Jordan. Disitu Wahhabi telah membunuh bukan 3 orang tetapi 3000 orang islam yang tidak mengikut mereka dengan menyembelih umat islam seperti kambing dalam pada penyembelihan itu Wahhabi mengatakan: “Ayuh kita bunuh kafir ini kerana tak ikut kita!”.
Kisah pembunuhan Wahhabi terhadap 3000 umat islam di Timur Jordan ini tertera dikebanyakan perpustakaan di Jordan.



WAHHABI : MUJASSIMAH

(Mujassimah Adalah Golongan Kafir Disisi Seluruh Ulama Islam)

Wahhabi adalah kaum Mujassimah yang menjisimkan Allah. Mujassimah adalah kafir kerana Imam Syafie rodhiyallahu ‘anhu menyatakan :
“ Al-Mujassim Kafir ” kata-kata Imam Syafie itu bermaksud : “ Mujassim (Yang mengatakan Allah itu jisim seperti Wahhabi) adalah kafir ”.

Kenyataan Imam Syafie yang mengkafirkan Mujassimah tersebut diriwayatkan oleh Imam Suyuti dalam kitabnya Al-Asbah Wa An-Nazoir mukasurat 488 cetakan Darul Kutub Ilmiah.

Mari kita lihat kenyataan Imam Ahmad Bin Hambal dan para ulama mazhab Hambali yang mempersetujui kenyataan Imam Ahmad mengatakan :
“ Man Qola Allahu Jismun Faqod Kafar Wakaza Man Qola Allahu Jismun La Kal Ajsam ” kenyataan Imam Ahmad bermaksud : “ Sesiapa yang mengatakan Allah berjisim maka dia telah kafir, begitu juga kafirlah yang mengatakan Allah itu berjisim tapi tak serupa dengan jisim-jisim ”. Lihat Sohibul Khisol diantara ulama mazhab Hambali yang masyhur.

Seorang ulama mazhab Hambali terkenal bernama Muhammad Bin Badruddin Bin Balban Ad-Dimasyqi Al-Hambali dalam kitabnya berjudul Muktasor Al-Ifadat mukasurat 490 menyatakan :
“ Allah tidak menyerupai sesuatu dan sesuatupun tidak menyerupai Allah, sesiapa menyamakan Allah dengan sesuatu maka dia KAFIR seperti mereka yang menyatakan Allah itu berjisim, begitu jugak kafir yang menyatakan Allah itu berjisim tapi tak seperti jisim-jisim ”.

Begitu juga Imam Malik dan Imam Abu Hanifah jelas mengkafirkan golongan Mujassimah.
Mari kita lihat apa yang telah dinukilkan oleh Ibnu Hajar Al-Haitami dalam kitabnya berjudul Al-Minhaj Al-Qowim Syarh Muqaddimah Al-Hadhromiyah :
“ Ketahuilah bahawa Al-Qorrofi dan selainnya telah menukilkan dari Imam Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah rodhiyallahu ‘anhum bahawa mereka semua mengkafirkan mujassimah ”.



WAHHABI MENYEMBAH JISIM YANG BERBETIS

Wahhabi adalah golongan yang amat malang. Ulama islam mengharap sangat sekiranya golongan Wahhabi ini diberikan pemahaman ayat Allah “Laisa Kamithilihi Syai” dalam surah As-Syura ayat 11 yang bermaksud “ Tiada sesuatupu menyerupaiNya”.
Puluhan ulama Wahhabi menyebarkan perkara kufur dengan mengatakan :
“ Allah meletakkan kakiNya yang berbetis kedalam api neraka kemudian mengatakan ada lagi ke? ”.
Lihatlah betapa sesatnya mereka!


WAHHABI MENGATAKAN : NABI MUHAMMAD ADALAH PATUNG BERHALA.

Tidak cukup bagi Wahhabi mengkafirkan umat islam dan menghalalkan darah orang islam yang tidak mengikut mereka.

Wahhabi sejak 8 tahun dimusim haji menyatakan prinsip mereka adalah ¾ orang islam sekarang adalah kafir dan halal darah mereka.Wahhabi juga mengatakan :
“ Kami menjual tasbih ( yang dianggap bid’ah sesat oleh Wahhabi) hanya kepada orang musyrik di tanah haram ini ”. Sudah pasti ramai diantara kita membeli tasbih disana.


Seorang ulama Wahhabi bernama Abu Bakar Al-Jajairy menyatakan dalam Masjid Nabawi di Madinah pada tahun 1993M dengan katanya : “Aku bersumpah bahawa islam tidak akan bangkit selagi patung berhala ini (sonam) tidak dikeluarkan dari masjid ini” sambil tangannya mengarah kepada maqam Nabi Muhammad.

Apakah dosa Nabi Muhammad kepada ulama Wahhabi ini sehingga Wahhabi menamakan Nabi Muhammad itu sebagai berhala?!.



PENUTUP UNTUK KALI INI.

Sesetengah orang menganggap bahawa perbuatan menjelaskan kesesatan dan kekafiran Wahhabi ini adalah suatu yang memecahbelah saf umat islam.

Saudara islam sekalian, ketahuilah! Sekiranya anda memahami betapa bahaya lagi sesatnya ajaran Wahhabi ini maka anda akan lebih sensitif kerana kejahatan dan kesesatan Wahhabi ini amat bahaya.

Kepada yang mengatakan :bagaimana kita menyesatkan orng yang mengucap dua kalimah syahadah?!

Ketahuilah! Walaupun seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah tapi aqidahnya masih kafir lagi sesat dan dia tidak mengenal Tuhannya dengan mengatakan :
“Allah itu berjisim” maka dia bukan islam.

Imam Abu Hasan Al-Asya’ry menyatakan dalam kitabnya berjudul An-Nawadir :
“ Al-Mujassim Jahil Birobbihi Fahuwa Kafirun Birobbihi” kenyataan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary tersebut bermaksud :
“ Mujassim ( yang mengatakan Allah itu berjisim) adalah jahil mengenai Tuhannya, maka dia dikira kafir dengan Tuhannya ”.

Ibn Al-Mu’allim Al-Qurasyi (wafat 725) dalam kitab Najmul Muhtadi menukilkan dari Al-Qodi Husain bahawa Imam Syafie menyatakan :
“ Sesiapa beranggapan Allah duduk diatas arasy maka dia KAFIR ”.

Mari kita lihat pandangan ulama Hanafi.

Syeikh Kamal Bin Al-Humam Al-Hanafi menyatakan dalam kitab mazhab Hanafi berjudul Fathul Qadir juzuk 1 mukasurat 403 pada Bab Al-Imamah :
“ Sesiapa yang mengatakan Allah itu jisim ataupun Allah itu jisim tapi tak serupa dengan jisim-jisim maka dia telah KAFIR ( ini kerana jisim bukanlah sifat Allah )”.

Maka Wahhabi adalah Mujassimah yang beranggapan bahawa Allah itu jisim duduk diatas arasy.
Tidak harus bagi kita senyap dari mempertahankan aqidah islam dan menjelaskan kesesatan ajaran sesat!.

Wassalam.

29 June, 2007

Kenali Syeikh Abdullah Al-Harari








Kerap orang bertanyakan kepada saya mengenai jemaah yang dinamakan sebagai Al-Ahbash. Nasihat saya agar yang bertanya dan semua orang mengkaji sendiri secara ikhlas dan telus. Lihat :

http://alhabashi.info/

28 June, 2007

Hukum Solat Di Belakang Imam Mekah Sekarang











Ketahuilah bahawa solat dibelakang mana-mana imam yg mengetuai sesuatu solat yang sahih adalah dibenarkan oleh syarak islam berdasarkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu:


" Dan kami (ahli sunnah wal jamaah ) berpegang sahnya solat dibelakang muslim walaupun dia pelaku maksiat dan penderhaka selagi tidak melakukan, berkata dan berpegang dengan perkara kufur yang jelas".


Imam At-Tohawi menyatakan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah : Tidak mengkafirkan umat islam dengan dosa yang ia lakukan selagi dia tidak menghalalkannya iaitu tidak melakukan kekufuran.(Lihata Akidah At-Tohawiyah)




Perkara kufur bukan perkara yang hanya boleh kita sangka-sangkan sahaja.

Inikan pula sekiranya disangka terhadap orang yang mengucap dua kalimah syahadah.

Selagi tidak ada kepastian kekufuran seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah itu maka kita tidak seharusnya menghukum kafir ataupun menghukum sebagai mujassimah.




Solat sebagai ma'mum terhadap Imam Mekah sekarang iaitu Abdur Rahman As-Sudauisy.

Dengan kajian daripada Alquran dan Hadith serta menelitian kami setakat ini kami dapati hukum solat dibelakang mana-mana imam dan diberi contohnya disini Imam mekah sekarang adalah diharuskan dan dibolehkan antara faktornya adalah dia (imam tersebut) tidak sabit bagi kami kenyataan jelas yang berbentuk akidah Tajsim ataupun akidah-akidah yang kufur.




Dalam hal ini kami mengikut jejak langkah Nabi Muhammad dalam menghukum apabila seorang sahabat membunuh seorang yang ketika pedangnya dileher untuk dibunuh lantas dia mahu memeluk islam,malangnya sahabat itu telah membunuhnya. Ketika itulah Nabi mengajar agar kita menghukum secara zahir kerana kita tidak mengetahui isi hatinya.(Sohih muslim)


Kami lebih mengikut Nabi kami Muhammad bin Abdullah daripada mengikut mana-mana pendapat yang melulu tanpa bukti serta fakta yang sahih.
Dan inilah pendapat yang kami ambil serta dipersetujui oleh

Syeikh Dr. Salim Alwan
(Pengerusi DarulFatwa)




Wallahu a'lam.




*Sesiapa yang menghukum terhadap Imam Mekah tersebut dengan selain hukum yang kami nyatakan maka sila datangkan bukti yang jelas kerana sekiranya ada bukti yang jelas maka hukum akan dikaji semula.




26 June, 2007

Asri Hina Nabi!?


Asri Hina Nabi!?

Seperti biasa golongan yang sesat pasti gemar menghentam dan menyandarkan perkara yang tidak benar terhadap para ulama dan para ambiya'.

Kini Mohd Asri Zainul Abidin pula menyandarkan satu sifat yang tidak layak bagi para Nabi iaitu 'Nabi Ibrahim mencari-cari tuhan tetapi tidak berjumpa dan akhirnya baru ditemui tuhannya'.

Ini sandaran kepada Nabi yang tidak sepatutnya disampaikan kepada orang awam kerana ia membolehkan orang awam menganggap semua nabi kafir kemudian baru islam macam orang kafir lain yang masuk islam.

Bagaimana seorang yang sering mengaku sebagai Dr seperti Dr seanggakatannya Dr. Aminah Wadud tergamak menyatakan perkara yang tidak layak bagi nabi? subhanallah.
Bertaubatlah wahai asri anak zainul abidin!

Ketahuilah bahawa para nabi termasuk nabi Ibrahim tidak pernah menyembah selain Allah samaada sebelum kenabian dan sesudah kenabian mereka. Manakala riwayat dan pendapat yang mengatakan Nabi Ibrahim (ketika belum baligh dan kecil yang tidak dihukum muslim atau kafir)menyembah matahari dan bintang riwayat itu tidak sohih sama sekali dari Ibnu Abbas mahupun Saidina Ali.
Nabi Ibrahim bukannya tidak mengetahui bahawa Tuhannya adalah Allah bahkan baginda yakin dan tidak pernah pun mensyirikkan Allah.

Ketahuilah juga bahawa nabi Ibrahim tidak 'mencari-cari' Tuhannya iaitu Allah akan tetapi dalam surah Al-Anaam ayat 75-78 menceritakan bagaiman Nabi Ibrahim memerli kaumnya yang menyembah selain dari Allah. Perkataan 'Ini tuhanku' dalam ayat tersebut adalah ayat Istifham Inkari iaitu mengingkari bahawa matahari,bulan dan bintang bukan tuhan aku.

Kita umat islam tidak diharuskan kata nabi Ibrahim 'mencari-cari' tuhannya. bahkan hendaklah kita bersangka baik terhadap para Nabi sekiranya kita mencitai nabi dan bukannya memperlekeh-lekehkan Nabi dengan menyandarkan sifat yang tidak layak bagi nabi seperti yang dilakukan oleh asri anak pak bidin.
( jgn perlekehkan Nabi wahai asri krn mungkin anda pula diperlekekah secara BERFAKTA!)

nah...: Kenyataan Mohd Asri Zainul Abidin Kata Nabi Ibrahim Mencari-cari tuhan.

Dalam artikelnya:

Mengapa Insan Mencari Agama
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=8142&mode=thread&order=0&thold=0

Manusia Dan Agama
Sesiapa sahaja yang memiliki akal yang waras pasti akan mencari hakikat di sebalik kehidupan yang dirasai dan disaksikannya.

Jiwa insan yang sempurna tidak akan terhenti bertanya tentang rahsia kehidupan ini.

Allah telah menfitrahkan insan iaitu memberikan sifat di dalamnya jiwanya perasaan ingin mengetahui. Apatah lagi jika sesuatu itu berkait langsung dengan diri insan itu sendiri.
Berbagai perkara sering kita lihat dalam kehidupan ini, sebahagian daripadanya kita gagal memberikan jawapan yang tepat mengenainya jika tidak dibimbing oleh cahaya petunjuk yang sebenar.
Sebab itu jika diandaikan ada seorang bayi yang dihanyutkan air sehingga ke sebuah pulau yang tiada penghuni dari keturunan manusia.

Sekiranya dia ditakdirkan hidup sehingga dewasa dan akalnya tidak cacat pasti dia sering bertanya dalam dirinya bagaimana dia boleh wujud di alam ini atau hadir ke pulau tersebut. Sekalipun tanpa bimbingan agama dia tetap akan bertanya siapakah yang menjadikan dirinya dan alam yang dia lihat. Mengapa mesti dia hidup.

Perasaan dan jiwanya akan memberontak bertanya tentang hakikat diri. Sehingga akhirnya, jika jiwanya tidak dibimbing dengan hidayah tentu dia akan mengagak objek-objek tertentu yang dikagumi atau digeruninya sebagai punca pergantungan harapan atau dalam kata lain sebagai tuhan dalam kehidupannya.

Begitu bermulanya agama yang tidak dibimbing oleh wahyu sebenar.
Sebabnya ini adalah sifat yang sudah wujud dalam jiwa insan iaitu keinganan mengetahui rahsia alam sekaligus desakan jiwa untuk mencari tuhan.
Allah menggambarkan hal ini di dalam al-Quran melalui WATAK yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim
a.s.,

firman Allah dalam menceritakan kisah ini:
Maksudnya:
Dan demikian itu kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan kami yang terdapat di langit dan di bumi agar dia termasuk di dalam orang-orang yang yakin. Ketika malam telah menjadi gelap dia (Ibrahim) melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: "Ini adalah tuhanku". Tetapi apabila bintang itu hilang dia berkata aku tidak suka kapada yang lenyap". Kemudian apabila dia melihat bulan terbit dia berkata "Ini adalah tuhanku". Namun apabila bulan itu hilang dia berkata: "Sesungguhnya jika tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku tentu aku termasuk dalam golongan yang sesat". Kemudian apabila dia melihat matahari terbit dia berkata, "Inilah tuhanku, ini lebih besar". Namun apabila matahari itu hilang, dia berkata "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu semua sekutukan. Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada tuhan yang mencipta langit dan bumi dalam keadaan cenderung kepada agama yang benar dan aku bukan termasuk dalam golongan yang mempersekutukan tuhan.
[Surah al-An`am ayat 75-79]
Demikian Al-Quran menggambarkan peribadi insan yang waras dan sempurnaan nilai keinsanannya iaitu senantiasa mencari tuhan yang sebenar. Jika insan tidak dibimbing oleh petunjuk dari tuhan yang sebanar maka pasti dia akan tersesat.

---------------



Semoga Allah memberi hidayah kepada mohd asri zainul abidin ini agar tidak menyandarkan penghinaan terhadap para nabi terutama kesyirikan dan kekufuran.

25 June, 2007

Bukti Ajaran Sesat Wahhabiyah ( BERFAKTA BENAR)


Bagaimana Wajah-wajah Ahli Neraka?



Mungkin ade sesetengah wahhabi yg berkata kpd anda…:

“ Siapa Wahhabi?Wahabi tu ape?Skit2 wahhabi…tahu ke ape wahhabi tu?? Tak betullah kata ajaran yg dibawa oleh Muhammad bin abdul wahhab itu wahhabi!!!.ape kena mengena Muhammad bin abdul wahhab dan pengikutnya dgn Wahhab!!i.mana ada mazhab wahhabi!!! Mana ada gerakan wahhabi!!! Tidak ada yg bergelar wahhabi!!.tidak bentul dari segi bahasa bahawa pengiktu Muhammad bin abudl wahhab di gelar WAHHABI..kalau ada pun bukan wahhabi tapi namakanlah Muhammady..!!!”.

Dan berbagai-bagai lagi ayat penafian bahawa mrk adalah puak wahhabi setelah kesesatan mrk jelas tertera dan nyata dalam karangan,ceramah,article mrk.Ketahuilah sebenarnya tok2 ketua wahhabi sendiri mengaku mrk adalah puak wahhabi.

Cuma sejak akhir2 ini setelah ternyata kesesatan mrk mulalah mrk menyorok-nyorok sepeti kebiasaan golongan yahudi.Sehingga ada diantara pembesar dan penyampai ajaran wahhabi di Malaysia skrg ini menulis artikel kononnya dia bukan wahhabi pula…
“saya bukan wahhabi” dan sebagainya.Padahal jelas dlm penulisan dan ceramahnya menyebarkan aqidah wahhabi yg kufur menyatakan ALLAH DUDUK DI ATAS ARASH (seperti Mohd Asri Zainul Abidin)
Ini merupakan aqidah yahudi.Begitu juga jelas dlm kaset2 ceramahnya mengkafirkan sesiapa sahaja yg bertawassul.Serta amat nampak fahaman yg dibawa adalah fahaman WAHHABIYYAH.
Setelah diketahui umum bhw dia adalah wahhabi mulalah dia menulis ( KATAKAN TIDAK PADA WAHHABI).

Sahabat sekalian..Dianatara dalil yg menunjukkan gerakan dan ajaran wahhabi ini diakui kewujudannya oleh ketua2 mrk sendiri. sila rujuk kitab yg mrk sendiri edarkan didlm b.arab berjudul :
“Assheikh Muhammad Bin Abdul Wahhab Aqidahnya Dan Dakwahnya”.
Ditulis oleh Seorang ulamak besar mrk di Qatar bernama Ahmad Ibn Al Butomy Al bin Ali, yg mana kitab ini telah dicetak syarikat cetakan Aljazirah bawah tahqiq Abdul Aziz Bin Baz cetakan kedua pd tahun 1393 yg jelas ternyata didlmnya :
Telah mampu puak WAHHABIYYUN mendirikan daulah mengikut asas-asas ALWAHHABIYYAH”.
Dan dinyatakan juga didlmnya bahawa : “Seluruh ajaran agama islam adalah mengikut AL-MAZHAB AL-WAHHABI”.

Dan ketahuilah bahawa dalam segi bahasa arab adalah dibenarkan nama pengikut satu ajaran tertentu disandarkan kepada nama yg terkenal dalam keluarga si pengasas.

Wassalam.

21 June, 2007

ASRI MENGHIDUPKAN AKIDAH YAHUDI:'ALLAH DUDUK'



AWAS!

AKIDAH YAHUDI IAITU
'ALLAH BERSIFAT DUDUK'
TELAH DIHIDUPKAN DI MALAYSIA INI OLEH MUFTIN WAHHABI MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN.

Penerangan ringkas BERFAKTA oleh :
Abu_syafiq (012-2850578)

Ketahuilah bhw aqidah yg dibawa oleh Wahhabiyah di malaysia dan di luar negara adalah akidah yang bersumberkan Yahudi dan Kristian kafir yang cuba diserapkan dalam masyarakat umat islam demi memecahbelahkan umat islam dan bertujuan agar umat islam menjadi Yahudi dan Nasoro, kemudian bersenang-lenanglah Iblis bersama mereka di neraka kelak!

Inilah Yahudi Kuffar dengan kerjasama penuh dari Wahhabiyah dalam menyesatkan umat islam di tanah air kita ini. Ikti penjelasan berfakta,ringkas dan padat serta telus ini:


- Akidah ' Allah Duduk' Adalah Akidah Yahudi Kafir .
Dalam kitab Yahudi Safar Al-Muluk Al-Ishah 22 Nombor 19-20Yahudi menyatakan akidah kufur di dalamnya :
قال فاسمع إذاً كلام الرب قد رأيت الرب جالسًا على كرسيه و كل جند السماء وقوف لديه عنيمينه و عن يساره
Kata-kata kufur Yahudi tersebut bermaksud :
“Berkata : Dengarlah akan engkau kata-kata tuhan,telahku lihat tuhan duduk di atas kursi dan kesemua tentera langit berdiri di sekitarnya kanan dan kiri” .


- Mohd Asri Zainul Abidin ( Muftin Al-Wahhabi) Turut Berpegang Dan Menyebarkan Akidah Yahudi
' Allah Duduk'.
(
http://www.4shared.com/file/18265337/ece6102c/Di_Mana_Allah_-_Ustaz_Asri_Zainal_Abidin.html )
Dia merupakan seorang yang amat dibanggakan oleh Wahhabi di tanah air kita.
Tapi malangnya sangkaan baik MB Perlis dan kesemua yg mahukan kebenaran adalah tidak tepat apabila jelas Asri ini menyebarkan akidah Yahudi dan akidah kristian kafir serta tidak menyebarkan ajaran islam yang sebenar.
Mohd Asri Mengatakan Allah Duduk Yahudi turut mengatakan Allah Duduk.
TAPI AL-QURAN DAN HADIST NABAWI SYARIF YANG SOHIH TIDAK PERNAH MENYATAKAN ALLAH DUDUK.


- Akidah ' Allah Duduk' Adalah Akidah Kristian Kafir.
Dalam website Kristian kafir : http://www.hesenthisword.com/lessons/lesson5.htm lihat pada :
عاشرا: ذكر عنه ما ورد عن الله في العهد القديم Kristian kafir kata pada nom 7 :
“الله جالس على الكرسي العالي” (اش 6 :1-10) .
Kata kufur tersebut bermaksud : "Allah Duduk Di atas Kursi Yang Tinggi”.


- Wahhabi tidak ketinggalan bersama-sama akidah Yahudi, Asri dan Kristian lantas Wahhabi berakidah yang sama sebijik seperti mereka.
Lihat! Wahhabi Turut Membantu Menghidupkan Kekufuran Kristian Dengan Memalsukan Hadith Nabi :

DALAM KITAB WAHHABI :FATHUL MAJID SYARH KITAB AT-TAUHID
KARANGAN ABDUR RAHMAN BIN HASAN AAL AS-SYEIKHDISOHIHKAN OLEH ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH BIN BAZCETAKAN PERTAMA TAHUN 1992 BERSAMAAN 1413MAKTABAH DARUL FAIHA DAN MAKTABAH DARUL SALAM.

Cetakantersebut pada mukasurat 356 yg tertera kenyatan kufur yg didakwa oleh Wahhabi sebagai hadis ( pada hakikatnya bukan hadis Nabi ) adalah tertera dalam bahasa arabnya berbunyi:


" IZA JALASA AR-ROBBU ‘ALAL KURSI ": إذا جلس الرب على الكرسي

Perkara kufur ini bererti : ” Apabila Telah Duduk Tuhan Di Atas Kursi “.

* Akidah Kristian Kata 'AllahDuduk' ..Wahhabi Pun Kata ' Allah Duduk '.
TETAPI AL-QURAN DAN HADITH SOHIH TIDAK PERNAH MENYATAKAN SEDEMIKIAN!Wallahi tidak pernah!
Bahkan Ulama islam jelas mengkafirkan sesiapa yang menetapkan sifat duduk bagi Allah.
( fatwa ulama islam : siapa berakidah dan kata Allah Duduk maka dia KAFIR :
http://www.islamchina.net/arabic/Fatwa_of_the%20scholars_of_Azhar_arabic.htm )
Imam syafie rahimahullah turut mengkafirkan orang yang berakidah ' Allah Duduk'.


Saudaraku sekalian bangkitlah menetang golongan kuffar ini.

20 June, 2007

Wahhabi Paling Pelik&Jahil Zaman Ini






Namanya :
Fathul Bari Bin Mat Jahya.
Kejahilan Wahhabi pesen (jenis) baru ini telah pun diakui oleh ayah sendiri apabila ditanya mengenainya.

Dato' Mat Jayha bekas mufti Perlis pernah ditanya mengenai anaknya ini iaitu Fathul Bari lantas bapanya mengatakan "dia masih jahil lagi banyak yang perlu dipelajari".


adakah ini benar?

Anda semua nilaikan daripada kenyataan dan ceramah-ceramah songsang selain dia mirip kepada ajaran mengkafirkan serta membid'ahkan umat islam bersembunyi dengan nama Salafiyah pada hakikatnya adalah Wahhabiyah jemaah mentakfirkan umat islam dan ulama islam.

Lihat kejahilannya










16 June, 2007

PM&JEANNE Pernikahan Yg Tidak Sah Disisi Wahhabi?


Pernikahan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi & Datin Seri Jeanne Abdullah adalah tidak sah disisi Wahhabiyah kerana menukar nama dan berdoa di kuburan yang merupakan syirik lagi kufur disisi Wahhabiyah?

09 June, 2007

Kesan-kesan mulia Rasulullah.LAKA YA RASULALLAH!















BERIKUT ADALAH BEBERAPA GAMBAR KESAN-KESAN KEKASIH UMAT ISLAM NABI JUNJUNGAN BESAR KITA MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN SYAIBATUL HAMDI.

HARUS HUKUM BERTABARRUK(MENGAMBIL KEBERKATAN) DENGAN KESAN-KESAN RASULULLAH MENGIKUT CARA DAN TATASUSILA SYARIAT ISLAM.

WAHHABIYAH MENGHARAMKAN UMAT ISLAM BERTABARRUK DENGAN KESAN RASULULLAH BAHKAN MEREKA MENGKAFIRKAN SECARA TERANG-TERANGAN TERHADAP AMALAN INI.
WAHHABIYAH TURUT MENJAGA KESAN-KESAN YAHUDI DAN MENGAGONG-AGONGKANNYA.

NANTIKAN... PEMBONGKARAN
"WAHHABI MENGAGONG-AGONGKAN KESAN YAHUDI"...

05 June, 2007

72 SENARAI KESESATAN WAHHABI

DAPATKAN CARTA 72 HUJJAH AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH TERHADAP WAHHABIYAH :


Sila download (Free):
http://www.darulfatwa.org.au/content/view/14/154/

Anda juga boleh dapati Senarai Hujjah tersebut yang diterbitkan oleh :
Majlis Agama Islam Johor.

Semoga Bermanafaat.amin.

04 June, 2007

BAHAYA HIZBUT TAHRIR

Oleh : Abu-syafiq

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

HIZBUT TAHRIR (HT) Merupakan satu angkatan @ ajaran baru yang bertopengkan politik islam tetapi pada hakikatnya TIDAK menerima pakai hukum islam antaranya isu bersalaman, bercium laki perempuan ajnabiyah bukan muhrim dan bukan suami isteri & yang berjalan menuju zina merupakan tidak haram bahkan harus lagi HALAL bagi Hizbut Tahrir.

HT sering menyebarkan ajaran mereka kepada persatuan2 islam dimalaysia termasuk JAKIM demi merialisasikan impian mereka iaitu kesemua manusia didunia ini WAJIB ikut dan sertai HT.Dengan bertopengkan penegakan sistem Khilafah Islamiyah HT turut bertindak kurang ajar dengan menghukum seluruh umat islam yang bersemangat wataniyah sebagai KAFIR halal darahnya dan juga menghukum KUFUR terhadap semua umat islam di Malaysia dan Indonesia yang beramal dengan demokrasi.
Selainya HT tidak mengutamakan ilmu agama HT turut menerapkan nilai2 penghinaan terhadap para nabi antaranya HT menyandarkan perbuatan syirik terhadap Nabi Ibrahim serta HT turut menghukum nabi Yusuf BERKEHENDAK DAN BERNIAT MELAKUKAN ZINA dengan ZULAIKAH.Dan..dan..dan banyak lagi beribu-ribu kesongsangan ajaran baru Hizbut Tahrir yang tidak sempat diutarakan kesemuanya disini...

Umat islam tidak habis lagi dengan ajaran Mujassimah Moden( yang mengatakan Allah Duduk & Membid'ah-bid'ahkan umat islam )kini umat islam terpaksa menghadapi dengan pelbagai ajaran baru yang bertopengkan islam atau politik islam pula.

Dibawah ini saya menyatakan beberapa kesongsangan dan Hubbut Takfir ( HT ) iaitu gemar&suka menkafirkan umat islam yang wujud dalam ajaran Hizbut Tahrir ( HT ) merujuk kepada kitab asal atau risalah asal puak ajaran baru Hizbut Tahrir yang dipetik dari laman web HT sendiri dan ini bukanlah satu fitnah dan tuan2 boleh rujuk sendiri dari website HT sendiri.

( http://www.hizb-ut-tahrir.org/PDF/AR/ar_books_pdf/Hizb-ut-Tahrir.pdf )

1- HIZBUT TAHRIR MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM.
Hizbut Tahrir Semakin Kurang Ajar Terhadap Islam dan UmatnyaHizbut Tahrir ( HT ) merupakan satu angkatan perpaduan baru yang bertopengkan dengan nama politik islam.
Umat islam memang sedari bahawa Khalifah adalah perlu dan kerja kearah mewujudkan khalifah islam sebenar sememangnya diusahakankan oleh umat islam dan ulamanya dengan cara yang cukup rapi tanpa menghukum kafir terhadap umat islam lain tanpa hak.
HT Mengharamkan Patriotisme Bahkan Mengkafirkan Sesiapa sahaja yang menubuhkannya dan menganggotainya.Dalam kitab mereka ini
http://www.hizb-ut-tahrir.org/PDF/AR/ar_books_pdf/Hizb-ut-Tahrir.pdf
Pada mukasurat 3 jelas HT mengharamkan bahkan MENGKAFIRKAN sesiapa sahaja yang menubuhkan, menganggotai dan menyokong serta bersemangat Patriotisme.
Ini bererti HT telah menghukum KUFUR terhadap semua umat islam di Malaysia dan diluar Malaysia yang mencintai negara sendiri (berbatasan syariat), maka tiada yang muslim di dunia ini bagi HT kecuali puak mereka sahaja.Hari kemerdekaan merupakan hari kekufuran bagi semua umat islam ( inilah tanggapan HT berdasarkan dalam kitab mereka tersebut ).
Nampak gayanya berasa lega sungguh puak HT ini bila dah kafirkan umat islam.

2- HIZBUT TAHRIR MEWAJIBKAN KEATAS UMAT ISLAM MENGIKUT DAN MENGANGGOTAI MEREKA ( walaupun kekadang mereka menafikannya tetapi kitab mereka membuktikannnya).
Wahai umat islam...lihatlah cara pendekatan HT ini dan saya berharap anda jangan tertipu dengan HT yang memang kurang ajar..dahlah tidak berhukum dengan hukum islam bila HT menghalalkan ciuman diantara lelaki dan perempuan dan persalaman antara mereka dalam risalah edaran HT di Tripoly.
Lihat pada perenggan pertama pada mukasurat 6
http://www.hizb-ut-tahrir.org/PDF/AR/ar_books_pdf/Hizb-ut-Tahrir.pdf
Jelas! bahawa HT mewajibkan anda semua menganggotainya dan siapa yang tidak melakukan perkara yang wajib maka dia telah melanggar perintah 'islam' dan akan diazab dalam api neraka Allah.

3- HIZBUT TAHRIR MENGKAFIRKAN SESIAPA YANG BERAMAL,BERSETUJU DAN BERKAITAN DENGAN DEMOKRASI.
Lihat http://www.hizb-ut-tahrir.org/PDF/AR/ar_books_pdf/Hizb-ut-Tahrir.pdf mukasurat 17 jelas bahawa HT gemar menghukum umat islam sekarang ini adalah kafir yang islam hanya HT sebab itu HT mewajibkan ikut mereka..rujuk semula m/s 6
http://www.hizb-ut-tahrir.org/PDF/AR/ar_books_pdf/Hizb-ut-Tahrir.pdf.

4- HIZBUT TAHRIR MENGANGGAP bahawa NABI&RASUL TIDAK MAKSUM ( TIDAK TERPILIHARA DARI KEKUFURAN ).
Mungkin yang maksum disisi HT hanya Taqiyuddin Nabhani.
Ketahuilah bahawa disisi agama islam yang dipelopori oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah berpegang bahawa para Nabi dan Rasul mereka adalah maksum( terpelihari) dari kekufuran,
dosa besar & dosar kecil yang buruk pada SEBELUM kenabian dan kerasulam mereka serta SESUDAH kenabian dan kerasulan mereka. Inilah aqidah islam.
Malangnya HT beranggapan bahawa kemaksuman Nabi & Rasul dari kekufuran dan dosa besar HANYALAH SELEPAS dilantik oleh Allah sebagai nabi atau rasul.
Ini bermakna HT mengharuskan kekufuran berlaku pada Nabi dan Rasul sebelum kenabian sedangkan Allah tidak akan mengutuskan manusia sekeji itu ( iaitu yang melakukan kekufuran).
Laman Hizbut Tahrir membuktikan perkara tersebut
:http://www.hizb-ut-tahrir.org/PDF/AR/ar_books_pdf/Shakhsiyah1.pdf
Lihat pada m/s 137 diakhir perenggan jelas HT mengatakan bahawa para Nabi dan Rasul tidak maksum dan harus melakukan seperti mana manusia lain melakukan ( dari perkara kufur,dosa besar dan selainnya).nak tanya pada HT..taqiyuddin nabhani yang menentang ikhwan muslimin tu maksum ke tak?.

5- HIZBUT TAHRIR MENYANDARKAN SIKAP SYIRIK TERHADAP NABI IBRAHIM.
Saudara seislam sekalian…tidak cukup HT menafikan kemaksuman Anbya' dari kekufuran sebelum kenabian, kini HT sanggup menyandarkan sikap seakan syirik terhadap nabi Ibrahim.Ketahuilah bahawa Nabi Ibrahim tidak pernah bersikap seakan bulan itu tuhan!
Dan Nabi Ibrahim tidap pernah mengadap matahari seolah-olah bersetuju dengan cara pemikiran org musyrik! Tidak dan tidak pernah!Akan tetapi HT telah menyandarkan perkara yang jelek itu terhadap Nabi Ibrahim…subhanallah..Ini juga bukan satu fitnah terhadap HT tapi anda boleh rujuk pada website HT ( http://www.mykhilafah.com/sautun_nahdhah/pdf/sn200615_istimewa_maulidur_rasul_1427_hijrah_mengapa_kita_perlukan_rasul_allah.pdf )Pada risalah mereka SAUTUN NAHDHAH SN652406 mukasurat 2 & 3.

Tidak pernahkan HT memahami firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 67 Allah ta'ala menafikan nabi Ibrahim dari kalangan musyrikin!.

6- DALIL GANJIL HIZBUT TAHRIR MENGHALALKAN MAKAN KHINZIR DEMI UNTUK MENGELAK KEMUDARATAN.
Saya nasihatkan kepada HT agar terus mempelajari ilmu agama dari ahli ilmu agama dan bukannya dari Taqiyuddin Nabhani! Agar anda dapat meletakkan dalil syarak ditempatnya dan bukan pakai tibai saja!Pada website http://www.mykhilafah.com/sautun_nahdhah/pdf/sn200615_istimewa_maulidur_rasul_1427_hijrah_mengapa_kita_perlukan_rasul_allah.pdf& risalah Hizbut Tahrir SAUTUN NAHDHAH SN652406 di mukasurt 3,
Apabila HT menghalalkan makan khinzir untuk mengelak kemudaratan, HT telah mengunakan ayat yang dipesongkan terjemahannya dan tafsirannya.
Cuba lihat bahawa ayat 106 dalam surah An-Nahl cukup panjang, malangnya HT yang tiada amanah dengan ayat Alquran telah meringkaskanya mengikut hawa nafsu mereka.

Kerja meringkaskan ayat Al-quran (sehingga terkeluar dari maksudnya) tidak dilakukan melainkan hanyalah kerja org jahil!Ayat tersebut menyatakan mengenai hukum kekufuran dan org islam yang dipaksa untuk kufur tiada kaitan dengan halal makan khinzir!
Demikian terjemahan sebenar ayat tersebut :
"Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah dia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan atau melafazkan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah dan mereka pula beroleh azab yang besar".
Qias yang digunakan oleh HT sering menyimpang kerana kejahilan mereka!
Adakah HT mahukan sistem khilafah ala meringkaskan ayat-ayat alquran dan dipotong-potong serta memutarbelit ayat-ayat Allah?!!

7- HIZBUT TAHRIR MENYATAKAN NABI YUSUF BERMAKSUD MELAKUKAN ZINA.
Tabarakallah!...apa ini?!Subhanallah…Kejahilan mentafsir Alquran membuatkan HT menyandarkan terhadap nabi Yusuf sifat keinginan melakukan zina terhadap zulaikha.
Saya menyeru agar HT memerangi kejahilan dan pergi belajar balik cara tafsir Alquran sebenar kerana HT telah melakukan jutaan kesilapan dalam Alquran. Adakah kejahilan Alquran asas Hizbut Tahrir bagi menyokong sistem khilafah?!.
Dalam website HT http://www.mykhilafah.com/sautun_nahdhah/pdf/sn200615_istimewa_maulidur_rasul_1427_hijrah_mengapa_kita_perlukan_rasul_allah.pdf pada risalah mereka SAUTUN NAHDHAH SN652406 di mukasurt 4, HT telah menerangkan ayat Alquran dengan salah sehingga menyebabkan HT menyandarkan terhadap nabi Yusuf sifat hendak melakukan seks dengan wanita itu.
Tabarakallah allazi 'assoma ambiyaahu.

8- HIZBUT TAHRIR MENGATAKAN BAHAWA AGAMA PARA NABI TERDAHULU BUKAN AGAMA ISLAM.
Dalam kitab HT berjudul Syakhsiyah Islamiah Juzuk Tiga Usul Fiqh di Mukasurat 406 & 407, http://www.hizb-ut-tahrir.org/PDF/AR/ar_books_pdf/Shakhsiyyah3.pdf
HT telah menafikan Islam sebagai agama para nabi-nabi terdahulu.Ketahuilah bahawa seluruh para Nabi beragama Islam berdalilkan banyak ayat dan bukti lain..antaranya firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 67.Firman Allah bermaksud :
"Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah dia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi dia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang MUSLIM (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah) dan dia pula bukanlah dari orang-orang musyrik".
Cuma syariat iaitu hukum-hakam para rasul sahaja yang berbeza, manakala agama adalah sama iaitu agama Islam yang beriman dengan Allah sebagai Tuhan yang disembah.

Demikianlah beberapa cebis penerangan mengenai bahayanya ajaran Hizbut Tahrir.
Semoga Allah memelihara umat islam dari terpengaruh dengan ajaran Hizbut Tahrir. amin.

Oleh: Abu syafiq

Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?