31 August, 2007

TUANKU MIZAN SESAT DISISI WAHHABI?




AGONG DAN PM MALAYSIA ADALAH AHLI NERAKA
DISISI WAHHABI

Telah menjadi satu kewajiban membenteras ajaran Tajsim Wahhabi yang menyembah jisim khayalan mereka kononnya duduk di atas Arasy.
Wahhabi turut mengkafirkan serta membid’ahkan habis-habisan segala amalan yang dilakukan oleh Yang Dipertua Agong Malaysia kerana kerap mengadakan majlis tahlil dan yang terbaru majlis tahlil sempena Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-50 di Masjid Negara pada 29 Ogos 2007.

Amalan majlis tahlil yang dilakukan oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin tersebut hakikatnya adalah berpaksikan serta berdalilkan ayat-ayat Al-Quran dan Hadith Nabawi secara umum( Rujuk Surah Al-Imran ayat 191, Al-Baqarah ayat 152, Al-Ahzab ayat 35, 41, 42 dan Hadith Nabi riwayat Bukhari nom 6408, riwayat Muslim nom 6780, riwayat Tirmizi nom 3600).

Selain itu amalan tersebut tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Hadith walaupun secara spesifiknya tidak dilakukan oleh Nabi Muhmmad dan bukan kesemua yang tidak dilakukan oleh Nabi itu adalah dicela bahkan banyak perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad tetapi dilakukan oleh umatnya seperti solat terawih berjemaah seluruh malam bulan Ramadhan dan mengkhatamkan bacaan Al-Quran di dalamnya seperti yang berlaku di Masjid Al-Haram Mekah Al-Mukarramah.
Perkara tersebut tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad akan tetapi ianya amat baik kerana ada dalil yang mengharuskannya serta ianya tidak bercanggah dengan agama Islam.
Inilah antara bukti bahawa bukan semua perkara agama seperti majlis tahlil yang tidak dilakukan oleh Nabi adalah bid’ah sesat, bahkan majlis tersebut dapat membantu umat islam duduk di majlis keberkatan daripada berada ditempat maksiat seperti majlis ajaran sesat Wahhabi dan lain-lain.

Demikian ringkas kejelasan dalil bahawa amalan majlis tahlil adalah diharuskan.
Malangnya Wahhabi menghukum sesat terhadap amalan majlis tahlil seperti yang dilakukan oleh Yang di-Pertua Agong Malaysia Tuanku Mizan Zainal Abidin, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi , Tim. Perdana Menteri Najib Tun Razak dan lain-lain pemimpin termasuk orang agamawan.
Ianya berpunca daripada penolakan Wahhabi terhadap fahaman ayat Al-Quran dan Hadith Nabi sehingga Wahhabi menghukum terus terhadap pengamalan majlis tahlil sebagai pembuat bid’ah yang sesat dan akan dihumban ke dalam neraka dan itulah seruan utama Wahhabi:
(‘pengamal majlis tahlil adalah pembuat bid’ah sesat dan dihumban dalam neraka’).

Antara Wahhabi di Malaysia yang jelas menyatakan kesesatan majlis tahlil seperti yang dilakukan Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Abdullah Ahmad Badawi adalah:
1- Pengerak Persatuan An-Nida
2- Mohd Asri Zainul Abidin
3- Rasul Dahri
4- Abdullah Yasin
5- Radhi Abdullah
Dan pelbagai lagi dari Wahhabi yang menyebarkan ajaran mereka di Malaysia ini samaada yang mengaku atau malu termasuk warganegara asing seperti India, Bangladesh, Indonesia dan lain-lain.

Untuk mengetahui siapa lagi yang menyebarkan ajaran sesat Wahhabi di Malaysia ini, sila rujuk mereka yang mengkaji perkara ini secara ilmiah dan terbuka
* Peringatan: Setiap kajian dan penjelasan yang anda terima hendaklah dinilai secara telus dan teliti serta ilmiah bersama semangat mempertahankan agama Islam.

Sesungguhnya penghukuman sesat oleh Wahhabi terhadap majlis tahlil seperti yang dilakukan oleh Tuanku Mizan dan Dato’ Seri Abdullah Badawi adalah satu penghinaan, pemburukan, pengkucar-kaciran dan pendustaan terhadap agama Islam.

Semoga pimpinan Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Yang Di-Pertua Agong Malaysia diberi ‘inayah oleh Allah juga kekuatan bagi membanteras ajaran Wahhabi yang menghukum sesat semua rakyat jelata dan baginda.

20 August, 2007

BUKTI WAHHABI KAFIRKAN ULAMA SALAF




WAHHABI KAFIRKAN ULAMA SALAF

Oleh: Abu Syafiq ( 012-2850578)



MUQADDIMAH RINGKAS
Apabila sasterawan dan ilmuan islam mentafsirkan firman Allah ta’ala dalam surah Toha ayat 5: “Ar-Rahman (Allah) Istawa Atas Arasy” dengan tafsiran ‘Istawa’ itu diertikan dengan ‘Istaula’: ( Menguasai tanpa didahului dengan perebutan), kesemua Wahhabi bangkit mengkafirkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mentafsirkan atau mentakwilkan sedemikian. Kononnya atas dasar tafsiran ‘Istawa’ tersebut kepada ‘Istaula’ adalah menafikan sifat Allah.


Padahal hakikatnya Wahhabilah yang mengubah erti firman Allah tersebut dengan menta’yikan ertinya ‘Allah Duduk Di Atas Arasy’ dan kenyataan Wahhabi sedemikian amatlah bertentangan dengan akidah islam dan amat bertepatan dengan akidah yahudi.( Rujuk pentakfiran & pengubahan ayat oleh Wahhabi terhadap takwilan dan tafsiran Ahli Sunnah dalam kitab mereka: Syarah Al-Aqidah Al-Wasatiyah oleh Tok Guru Wahhabi Muhammad Al-Uthaimien, Al-Kalimat Al-Hisan oleh Wahhabi Abdul Hadi Wahby, Bid’ah oleh Rasul Dahri dan ramai lagi ).

HARUS TAKWIL ‘ISTAWA’ KEPADA ‘ISTAULA’
Bagi ulama islam yang mentakwilkan ayat Mutasyabihaat dengan Takwilan Ijmaliah, mereka telah mendusuri tafsiran ayat-ayat tersebut berdasarkan bahasa arab yang tulen.
Perkataan ‘Istaula’ dalam bahasa arab datang dengan makna: ‘Qoharo’ iaitu menguasai.
Allah ta’ala sendiri mensifatkan diriNya sebagai Al-Gohir iaitu Maha Menguasai. Firman Allah dalam surah Al-An’aam ayat 18 yang bermaksud: “Dan Dialah(Allah) Maha Menguasai Ke Atas HambaNya”. Perkara ini bukanlah merubah ayat lafaz Al-Quran mahupun merubah maknanya bahkan ianya merupakan satu penerangan ayat berdasarkan tafsiran ayat dengan ayat Allah yang lain dan ini adalah kaedah tafsir yang paling utama.


Apabila takwilan atau tafsiran ‘Istawa’ kepada ‘Istaula’ dimuatkan oleh para ulama tafsir dan ulama hadith juga, hendaklah difahami bahawa ‘istaula’ ketika itu bererti: menguasai (tanpa didahului dengan pergaduhan dan perebutan) dalam erti yang lebih mudah ianya telah diertikan dengan maksud ‘Qoharo’ : menguasai, ini sesuai dengan firman Allah yang mensifatkan diriNya sebagai Maha Menguasai berdasarkan firmanNya dalam surah Ar-Ro’d ayat 16 yang bermaksud: Dan Dialah(Allah) Maha Esa Yang Menguasai”.
Tidak ada kesalahan mentakwilkan ‘Istawa’ kepada erti Menguasai kerana Allah dah sifatkan Ia sebagai Maha Menguasai.

ULAMA SALAF TAKWIL ‘ISTAWA’ KEPADA ‘ISTAULA’
Terlalu ramai ulama islam zaman salaf muktabar (hidup sebelum 300H) yang mentakwilkan firman Allah dalam surah Toha ayat 5 dengan erti ‘Istaula’ iaitu: Menguasai. Antaranya:
1- As-salafi Abdullah Bin Yahya Bin Al-Mubarak yang meninggal pada tahun 237H menyatakan dalam tafsir beliau berjudul Ghoribu Al-Quran Wa Tafsiruhu m/s 113 cetakan Muassasah Ar-Risalah Beirut katanya: “ Firman Allah: ‘Arrahman ‘ala arasyi istawa’ istawa bererti istaula(menguasai)”.
2- Imam Abu Ishaq Ibrahim As-Sarri Az-Zajjaj yang meninggal tahun 311H dalam kitab tafsir beliau berjudul Ma’ani Al-Quran Wa I’robuhu jilid 3 m/s 350 cetakan Alam Al-Kutub Beirut katanya : “ Makna Istawa adalah Istaula (menguasai)”.
3- Imam Abu Mansur Al-Maturidi yang hebat terkenal dengan Imam Ahli Sunnah Wal Jamaah meninggal tahun 333H dalam kitab beliau berjudul Ta’wilaat Ahlu Sunnah jilid 1 m/s 85 cetakan Al-Kaherah menyatakan: “ Firman Allah dalam surah Toha ayat 5 antaranya Istawa bererti Istiila’ (menguasai)”.


Inilah diantara ulama salaf sebenar dapat dijelaskan bahawa mereka mentakwil istiwaAllah bererti istaula iaitu menguasai. Maka kemanakah pengkafiran Wahhabi terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah kononnya atas dasar Ahli Sunnah mentakwilkan ‘Istawa’ kepada ‘Istaula?! Adakah ulama-ulama salaf seperti di atas dan yang lain juga adalah kafir disisi Wahhabi kerana mereka mentakwil?!
Jawapannya sudah tentu Wahhabi mengkafirkan ulama salaf kerana Wahhabi adalah penghidup akidah yahudi: ‘Allah Duduk’.

AZ-ZAHABI KAFIRKAN AKIDAH ‘ ALLAH DUDUK’
Wahhabi dan selain mereka yang menta’yinkan makna ‘Istawa’ dengan bersemayam atau duduk, hakikatnya mereka tidak langsung berlandaskan kaedah tafsiran sebenar samaada tafsiran ayat dengan ayat ataupun tafsiran ayat dengan hadith. Bahkan kenyataan ‘Allah Duduk’ merupakan satu kekufuran sepertimana yang telah dinyatakan dan dijelaskan oleh Az-Zahabi dalam kitabnya berjudul Al-Kabair m/s 157 cetakan Dar Kutub Al-Arabi Beirut. (Sila rujuk demi menilai kebenaran). Wahhabi yang berakidah ‘Allah Duduk’ fanatik terhadap Az-Zahabi pun tidak sedar bahawa Az-Zahabi sendiri kafirkan akidah ‘Allah Duduk’.

Bertaubatlah wahai Wahhabi, Asri, Rasul Dahri dan lain-lain.

Semoga Allah memberi kemenangan terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memperjuangankan agamaNya yang murni ini.

15 August, 2007

WAHHABI INGKAR KENABIAN ADAM


WAHHABI MENGINGKARI KENABIAN ADAM
(Satu Jawapan Ilmiah Ringkas Berlandaskan Al-Quran, Al-Hadith Dan Ijmak )
Oleh: Abu Syafiq (012-2850578)
Assalamu’alaikum.

MUQADDIMAH PENTING
Sesungguhnya kejahilan golongan Wahhabi terhadap asas akidah islam mendorong mereka lebih jahil dalam permasaalahan islam yang lain.

Selain Wahhabi di Malaysia berpegang dengan akidah Yahudi iaitu “Allah Bersifat Duduk Dan Betempat” mereka turut menyebarkan fahaman bid’ah sehingga memecah-belahkan masyarakat islam di tanah air kita.
Antaranya mengenai kenabian dan kerasulan Adam ‘alaihissalam sehingga mereka mengingkari dan menafikan kenabian serta kerasulan Nabi Adam.
Subhnallah…! betapa juhala’nya Wahhabi ini.
( Lihat penafian kenabian dan kerasulan Nabi Adam oleh Wahhabi dalam kitab mereka berjudul Al-Iman Bil Ambiya’ Jumlatan oleh Abdullah Bin Zaid cetakan Maktabah Islami Beirut juga dalam kitab Wahhabi berjudul Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaa’ah oleh Tok Guru Wahhabi bernama Muhammad As-Soleh Al-Uthaimien cetakan Saudi Arabia mukasurat 18 dan banyak lagi dalam kitab-kitab rujukan utama Wahhabi menafikan kenabian Adam ‘alaihissalam)

Sebelum ini telah dijelaskan bahawa pasangan Nabi Adam selaku isteri baginda dan ibu kepada seluruh umat manusia iaitu saidatuna Hawwa’ merupakan seorang yang beriman kepada Allah dan tidak mensyirikkan Allah sama sekali.
Malangnya kesemua Wahhabi mengkafirkan ibu manusia ini dengan mengkategorikan saidatuna Hawwa’ sebagai perempuan musyrik.
(Rujuk: http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/05/hobi-wahhabi-kafirkan-umat-islam.html)Subhanallah…! Mengapa ke tahap ini wahai Wahhabi?!


DALIL JELAS DAN NYATA ADAM ADALAH NABI DAN RASUL
Saudara seislamku, telah sedia maklum bahawa Adam merupakan bapa utama kepada seluruh manusia juga adalah seorang Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah bahkan diturunkan kepadanya hokum-hakam yang memperjelaskan lagi akan kenabian dan kerasulan baginda.

Ini amat diketahui oleh masyarakat islam kita di Malaysia dan selainnya, akan tetapi Wahhabi datang bertujuan memecah-belahkan ilmu agama islam demi merialisasikan impian Yahudi dan kuncu-kuncunya maka Wahhabi mengelirukan umat islam, sedangkan kenabian Adam ‘alaihissalam telah jelas merupakan satu ijmak sepertimana yang dinukilkan oleh Imam Abu Mansur Al-Baghdadi (429H) dalam kitabnya berjudul Usuluddin cetakan Istanbul m/s 187:
“ Telah berijmak kesemua para ahli sejarah islam bahawa nabi yang pertama adalah Adam ‘alaihissalam dan nabi terakhir adalah Nabi kita Muhammad ”.
Beliau turut menyatakan dalam kitab yang sama m/s 159 :
“ Muslimun telah bersepakat bahawa Nabi Adam adalah rasul yang pertama diutuskan”.

Maka jelaslah bahawa kenabian dan kerasulan Adam ‘alaihissalam merupakan ijmak dan diketahui akannya oleh para alim dan orang awam islam.
Atas dasar apakah pula Wahhabi menafikan kenabian Adam?! Ada ayat Al-Quran menafikan atau Hadith menolak Adam sebagai nabi?! Puas juga Wahhabi mencari dalil agar membenarkan penafian mereka tersebut.Sudah pasti mereka tidak menemuinya.

AL-QURAN & A-HADITH MENUNJUKKAN KENABIAN ADAM
Dalam surah Al-Maidah ayat 27,28 dan 29 merupakan dalil atas kerasulan Adam dan menunjukkan bahawa anak-anaknya ketika itu berada dibawah syariat yang diturunkan oleh Allah kepada baginda.Ini juga berdasarkan Hadith Nabi:
“ Tidaklah seseorang itu membunuh manusia secara zalim lantas ke atas anak Adam (Qobil) tanggungan dari sebahagian darahnya”.Hadith riwayat Bukhari dalam kitab Al-Janazah.
Sekiranya Nabi Adam tidak diutuskan maka bagaimana dicatat dosa keatas anaknya Qobil?Ini bererti bahawa Nabi Adam diutuskan sebagai nabi dan rasul.Lebih jelas lagi apabila Nabi Muhammad bersabda ketika ditanya oleh seorang lelaki:‘ Adakah Adam itu nabi?’ lantas baginda menjawab: “ Ya!( Adam adalah Nabi)..”.
Hadith riwayat Ibnu Hibban dalam Sohihnya juzuk 8 m/s 24.

Ibnu Hibban meriwatkan bahawa Abu Zar bertanya kepada Nabi Muhammad: ‘ Wahai Rasulullah siapakah rasul yang pertama?’ Lantas baginda menjawab:
“ Adam” dan Abu Zar bertanya lag:i ‘Adakah Adam merupakan nabi yang diutuskan?’ nabi Muhammad menjawab:“ Ya…”.
Rujuk Al-Ihsan Bitartib Sohih Ibnu Hibban juzuk 1 m/s 287-289.
Maka demikian amat jelas bahawa Adam adalah Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah taa’ala.

Perbuatan baginda memakan buah yang dilarang oleh Allah di dalam syurga ianya tidak menafikan kenabian mahupun kerasulan kerana para nabi dan rasul maksum pada perkara kufur, syirik, dosa besar dan dosa kecil yang jelas kejelekannya seperti mengintai aurat orang lain dan tersebut tidak dilakukan oleh nabi Adam.

Manakala firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 164 dan surah Al-Ahzab ayat 7 langsung tidak menunjukkan penafian akan kenabian dan kerasulan Nabi Adam ‘alaihissalam kerana telah diketahui umum sebelum Nabi Nuh pun ada nabi Idris ‘alaihissalam.

Manakala pula kenyataan hadith dalam Hadith Bukhari diceritakan bahawa sebahagian manusia di hari kiamat kelak datang kepada Nabi Nuh lantas mereka berkata:
“ Engkaulau rasul pertama diutus kepada ahli bumi” ianya bermakna Nabi Nuh merupakan rasul pertama diutuskan kepada kabilah yang pelbagai dan para nabi sebelum baginda tidak sama seperti keadaannya dengan baginda.
Berkata Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitab beliau Fathul Bari juzuk 1 m/s 9:
“ Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 163 tidak menunjukkan bahawa Nabi Adam ‘alaihissalam itu bukan nabi bahkan hadith As-Syafaat akan diperjelaskan kenabian Adam”.

HUKUM MENGINGKARI KENABIAN ADAM
Sesiapa yang mengingkari kenabian Adam ‘alaihissalam adalah kafir terkeluar dari agama islam dan mesti merujuk dan kembali kepada agama islam serta-merta dengan mengucap dua kalimah syahadah.Nah! Keatas Wahhabi yang mengingkari kenabian Adam ‘alaihissalam perlu kembali kepada Islam!.

Hukum tersebut amat patut dan sesuai kerana Wahhabi yang mengingkari kenabian dan kerasulan Adam ‘alaihissalam telah bercanggah dengan Al-Quran, Al-Hadith dan Ijmak serta perkara yang ma’lum minaddin bidhoruroh ( diketahui umum ).
Demikian sebahagian ulama yang menyatakan kekafiran sesiapa yang menafikan kenabian Adam ‘alaihissalam :

1- Dalam kitab Fatawa Al-Hindiyah oleh Abu Al-Muzaffar ‘Alamakir cetakan Dar Ma’rifah Beirut dinyatakan: “ Jatuh kafir sesiapa yang ragu akan kenabian Adam”.
2- Dalam Kitab Al-Fiqh Akbar oleh Imam Abu-Hanifah pensyarahnya Mulla Ali Qori menyatakan: “ Nabi pertama adalah Adam ‘alaihissalam berdalilkan Al-Quran, Al-Hadith dan Ijmak, barangsiapa mengingkarinya maka dia telah kafir”.
3- Ibnu Hazim dalam kitab Maratibul Ijmak cetakan Dar Kutub Ilmiah Beirut juga ada menyatakan bahawa : “ Pengingkar akan kenabian Adam adalah disepakati akan kekufuran si pengingkar tersebut”.

Jelaslah bahawa Wahhabi bukan sahaja songsang dari segi asas akidah mengenai ketuhanan bahkan mengenai kenabian juga mereka turut jahil dan Wahhabi menyebarkan kejahilan tersebut sehingga menghuru-harakan umat islam.
Akan diperjelaskan nanti kejahilan dan kekufuran Wahhabi terhadap para sahabt Nabi pula. Wallahu ‘alam.

Semoga bertaubat wahai Wahhabi.

05 August, 2007

ASRI HINA AKIDAH ISLAM

( Gambar Hiasan)

MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN HINA AKIDAH ISLAM.
oleh: Abu Syafiq ( 012-2850578 )

Assalamu'alaikum.
Saya pernah bertanya kepada beberapa orang sahabat graduan Universiti Madinah, ada dengar kenyataan Mohd Asri bawa fahaman yahudi 'Allah Bersifat Duduk' tak?.

Saya terperanjat apabila jawapan yang saya terima adalah "Asri tu sesat la ustaz, malas kami nak layan dia sebab banyak ceramah dan penulisan dia MENYUSAHKAN pemahaman orang nak masuk islam, apakan tidak! banyak kepalsuan yang disampaikan oleh Asri tu ustaz!".

Subhanallah...

Sememangnya Mohd Asri Zainul Abidin hanya syok sendiri. Kerana itulah kita dapati tulisan-tulisannya sering di ulang pada tempat yang sama.

Setiap ahad ada sahaja artikelnya yang sama. Isi kandungan adalah sama dengan sebelum-sebelumnya di surat khabar yang sama. Semuanya sama sahaja. Saya pun boring (bosan) nak beli surat khabar Utusan Mingguan edisi ahad. Rasanya dah berbulan tak beli.
Orang bertanya pada saya, kenapa ustaz tak jawab kenyataan sesat Asri tu?.
Saya kata kesesatan Asri tu amat jelas. Kalau budak-budak belajar kat IPTA antaranya macam di UIAM yang beraliran salaf dah malas nak layan Asri sebab pentakfiran dan membid’ahkan umat islam sering keluar dari mulut dan tulisan Mohd Asri tu. Benarlah Hadith Nabi dalam Sohih Bukhary menyatakan :
“Orang-orang kafir yang menyebarkan ajaran songsang lebih buruk dan jelek dari ulat yang makan najis”.

Maka menjawab dengan ringkas permintaan mereka agar ditulis pembongkaran kepalsuan Mohd Asri saya katakan:

Wujud penyelewengan Mohd Asri pada pelbagai perkara akidah.
( Sila rujuk http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/06/asri-menghidupkan-akidah-yahudi-allah.html dan : http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/06/asri-hina-nabi.html )
dan banyak lagi tulis oleh sahabat yang terjelas kepada mereka kepesonggan Mohd Asri ini.
ASRI DAH KETANDUSAN HUJJAH LANTAS HINA AKIDAH ISLAM ( Mesti Baca )
Ini bukan satu tuduhan tapi merupaka pembongkaran berfakta, berhujjah, berdalil dan penilaian ilmiah islamiah berdasarkan kajian yang rapi tanpa fanatik terhadap kebatilan.

Dalam utusan hari ini bertarikh 5 ogos 2007 (http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm) pelbagai pengulangan kenyataan yang sama Mohd Asri yang diulang beberapa kali oleh dirinya sendiri.

Mungkin dia mahukan respon dari orang ramai malangnya tiada yang lakukan kerana kesemua umat di Malaysia ini dah bosan mendengar cacian dan kutukan serta pentakfiran juga penjelasan yang menyusahkan lagi menyempitkan terbit dari Mohd Asri Zainul Abidin.
Disini saya akan nyatakan beberapa sahaja cebisan daripada tulisanya tersebut yang memualkan dan jelas bercanggah dengan islam:

- Mohd Asri menyatakan:
Umat Islam juga mudah dipengaruhi falsafah Greek lama yang kadangkala perbincangannya tidak membawa sebarang kekuatan kepada akidah, bahkan membawa kepada kepenatan akal dan kecelaruan. Ia seperti sifat Allah, ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya.

Saya menyatakan:
Kenyataan Mohd Asri tersebut telah pun diulang banyak kali dalam keratan akhbar dan majalah oleh dirinya sendiri. Mungkin dia mahukan respon daripada ustaz-ustaz yang mengajar ilmu akidah. Malangnya para tokoh ustaz tidak mahu layan kerana amat terserlah kejahilan Asri dalam ilmu akidah yang cukup basic dan mudah. Dalam hal ini, biarlah saya memjawab dan memberi respon demi menjelaskan kebenaran moga-moga Mohd Asri bertaubat kepada Allah.

Muftari Mohd Asri Hina Ilmu Akidah Islam Lagi.
1- Fokus pada kata-kata penghinaan Asri diatas terhadap ilmu akidah islam: “Ia seperti sifat Allah, ada lawannya tiada”.

Saya mengatakan:
Subhanallah..
Asri sanggup menghina pengajian akidah islam ini?!
Saya nak bertanya pada Asri dan Wahhabi lain. Mana lafaz dari Al-Quran dan Al-Hadith yang kata “ Allah Wujud”?! Saya nak lafaznya dari Al-Quran?Mana?!
Ya..sememangnya lafaz harfiyah sebijik macam itu tidak ada dalam nas, maka adakah kita dilarang mengatakan “Allah Itu Wujud”??! kononnya atas dasar nas Quran dan Hadith tak sebut?!
Tidak…kita tidak dilarang kata ‘Allah wujud’. Bahkan makna dan erti Allah wujud (ada) terpampang dalam surah Ibrahim ayat 10: “ Tidak ada keraguan pada (kewujudan) Allah”. Dan bersumberkan ayat Alquran inilah maka pengajian akidah seperti itu diterapkan. Malangnya Muftari Mohd Asri pula menghina ilmu akidah itu yang bersumberkan daripada ayat Allah ta’ala sendiri.

Nah!...samalah juga bentuk pengajian tauhid sedemikian, sememangnya wujud dalam akidah islam walaupun lafaz secara harfiyahnya tidak disebut dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Ianya sama dengan penerangan basic ilmu Bahasa Arab yang wujud perkataan Mubtada’, Khobar dan sebagainya. Lafaz tersebut memang Al-Quran dan Nabi tidak ajar akan tetapi makna amat jelas dan mudah difahami bahkan membawa kepeda pemahaman nas Al-quran dan Al-hadith yang tepat.
Apabila ulama islam menyatakan antara sifat Allah itu adalah ‘ada’, tidak salah untuk mengatakan lawan kepada perkataan ‘ada’ adalah ‘tidak ada’. Ini juga untuk membawa kepada keyakinan ilmu akidah agar tidak terhilang rasa keyakinan akan kewujudan Allah ketika insan itu lalai.
Bukankah ianya selain membawa kepada akidah yang jitu bagi umat zaman ini ianya juga mendorong penjagaan akhlak ketika membelakangi orang ramai. Oleh kerana tidak mempelajari ilmu tauhidlah antara faktor orang berkhalwat yang dipertahankan oleh Asri atas penangkapan mereka. Orang yang paling gembira ketika Asri mengkritikan tangkapan khalwat oleh jabatan agama islam adalah syaitan dan pengkhalwat-pengkhalwat itu sendiri.
Anda telah membuka peluang maksiat secara besar-besaran wahai Asri.

2- Fokus pada kata-kata penghinaan Asri diatas terhadap ilmu akidah islam: “dengar lawannya pekak”.

Saya mengatakan:
Ini merupakan penghinaan Asri terhadap Hadith Nabawi. Bukankah Nabi Muhammad sendiri yang mengajar bahawa Allah bersifat Maha mendengar dan tidak bersifat pekak?! Sandaran dusta Wahhabi kononnya Asri ini pakar Hadith amatlah memualkan.
Memadai hujjah dalam hal ini berlandaskan sabda Nabi yang dipetik oleh ulama dalam pengajian akidah islam yang bermaksud:

“ Sesungguhnya kamu semua (umat islam) tidak memohon kepada Tuhan yang pekak mahupun Tuhan yang tidak ada, sesungguhnya kamu semua memohon kepada Tuhan yang mendengar dan yang menerima doa”. Riwayat Bukhari dalam Sohih Bukhari daripada Abu Musa Al-Asy’ary. Hadith ini juga amat masyhur dan tiada kedhoifan.

Lihat! Nabi sendiri kata:‘Allah mendengar dan tidak pekak’.
Nah! Bagaimana pula Muftary Asri kata itu adalah akidah kufur falsafah Yunan?!! Adakah nabi Muhammad membawa akidah kufur wahai Asri?! Sudah pasti jawapan Asri adalah Ya! Memang Nabi Muhammad bawa akidah kufur falsafah Yunan katanya. Nauzubillahi minzalik!

3- Fokus pada kata-kata penghinaan Asri diatas terhadap ilmu akidah islam: "Umat Islam juga mudah dipengaruhi falsafah Greek lama yang kadangkala perbincangannya tidak membawa sebarang kekuatan kepada akidah, bahkan membawa kepada kepenatan akal dan kecelaruan. Ia seperti sifat Allah, ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya".

* Perhatikan pada Asri menghina pengajian ' Allah Tidak Berjisim'.
Saya mengatakan:
Asri menghina pengajian akidah islam sedemikian. Bahkan Asri menghukum sebagai akidah kufur falsafah Yunan yang bukan islam. Tetapi ulama islam tidak seperti Asri.
Imam Ahmad Bin Hambal yang merupakan ulama islam Salaf mengatakan Allah tidak berjisim. Imam Abu Hanifah juga merupakan ulama Salaf pun kata Allah tidak berjisim. Bahkan mereka menyatakan Allah tidak berjisim pada kenyataan dan buku karangan akidah mereka sendiri.
Imam Ahmad Bin Hambal Kata Allah Tidak Berjisim:
Dalam kitab Iktiqod Imam Ahmad pada mukasurat 7-8 dinayatakan : “ Tidak harus menyandarkan jismiyyah kepada Allah kerana Allah tidak berjisim”.
Imam Ahmad juga menyatakan:” “ Sesiapa yang mengatakan Allah itu jisim ataupun Allah itu jisim tapi tak serupa dengan jisim-jisim maka dia telah KAFIR ( ini kerana jisim bukanlah sifat Allah )”.

Imam Abu Hanifah Kata Allah Tidak Berjisim:
Dalam kitab akidah Imam Abu Hanifah yang masyhur berjudul Fiqhul Akbar menyatakan:
إثباتُهُ بلا جسمٍ
“ Dan hendaklah menetapakan bahawa Allah tidak berjisim”.

Imam Abu Hasan Al-Asya’ry menyatakan dalam kitabnya berjudul An-Nawadir :
“ Al-Mujassim Jahil Birobbihi Fahuwa Kafirun Birobbihi” kenyataan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary tersebut bermaksud :“ Mujassim ( yang mengatakan Allah itu berjisim) adalah jahil mengenai Tuhannya, maka dia dikira kafir dengan Tuhannya ”.
Imam As-Syafie Kata Allah Tidak Berjisim:
Ibn Al-Mu’allim Al-Qurasyi (wafat 725) dalam kitab Najmul Muhtadi menukilkan dari Al-Qodi Husain bahawa Imam Syafie menyatakan :“ Sesiapa beranggapan Allah duduk (berjisim) diatas arasy maka dia KAFIR ”.

Dan ramai serta jutaan ulama islam lagi yang menyatakan akidah islam antaranya adalah Allah Tidak Berjisim.
Maka mengapa Asri mengkafirkan akidah islam ini lantas menganggap iainya merupakan akidah kufur falsafah Yunan tidak islam! Mengapa begini wahai Asri!?!

Kepada Mohd Asri, kunukilkan kenyataan Dr. Yusuf Qardawi sendiri yang mengatakan bahkan mengajar kepada orang awam bahawa Allah Tidak berjisim:
Berkata Dr. Yusuf Qardawi dalam Majalah Mujtama', Bilangan 1370, Tarikh 25 Jamadul Akhir/1420 Bersamaan 5/10/1999M
Yang mana majalah tersebut dibaca oleh orang yang alim dan masyarakat umum:
فليس مما يوافق الكتاب والسنة جمعها في نسق واحد يوهم تصور ما لا يليق بكمال الله تعالى ، كما يقول بعضهم : يجب أن تؤمن بأن لله تعالىوجها ، وأعينا ، ويدين ، وأصابع ، وقدما ، وساقا ، .. إلخ ، فإن سياقها مجتمعة بهذه الصورة قد يوهم بأن ذات الله تعالى وتقدس كلٌّ مركب من أجزاء ، أو جسم مكون من أعضاء ..ولم يعرضها القرآن الكريم ولا الحديث الشريف بهذه الصورة ، ولم يشترط الرسول لدخول أحد في الإسلام أن يؤمن بالله تعالى بهذا التفصيل المذكور .
Erinya: " Maka bukanlah dikira sebagai perkara yang dipersetujui oleh Al-Quran dan As-Sunnah dengan mengumpulnya dalam satu bahagian membawa kepada gambaran yang tidak layak bagi kesempurnaan Allah ta'aal seperti yang dilakukan oleh sebahagian orang mereka mengatakan: Wajib beriman bagi Allah itu wajah, mata, dua tangan, jari, kaki, betis dan lain-lain.
Ini kerana kenyataan seperti ini mengambarkan kesilapan
yang besar bagi zat Allah itu bercantuman dengan bahagian-bahagian ataupun ianya membawa kepada Allah itu berjisim”.

Lihat! Yusuf Qardawi sendiri menghalang kaedah yang dilakukan oleh Wahhabi kerana ianya membawa kepada sangkaan yang salah.
Yusuf Qardawi pun bimbang akidah Allah berjisim itu bahkan dia berhabis-habisan melarang sandaran jisim kepada Allah kerana Allah tidak berjisim.

Nah! Dimana kamu wahai Muftari Mohd Asri dalam penilaian ilmu akidah dan para ulama salafussoleh?!

Pembaca sekalian. Pada fokus nombor 1 Asri telah menghina pengajian akidah islam
yang bersumberkan Al-Quran. Pada focus nombor 2 jelas Asri tidak beriman dengan Hadith Nabi bahkan menentang dan menganggap sebagai falsafah Grekk kafir dan focus yang ketiga Asri sendiri menyandarkan kepada para ulama islam dan Yusuf qardawi sebagai penyebar akidah kufur falsafah Greek.
Semoga Allah memberi hidayah kepada Mohd Asri Zainul Abidin ini. Amin
Disediakan oleh: abu syafiq ( 012-2850578 )

04 August, 2007

INI DIA AKIDAH ASY-SYATIBY


INILAH AQIDAH SYEIKH ASY-SYATIBY (w790) YANG DIPERGUNAKAN KATA-KATANYA PADA BAB BID'AH OLEH WAHHABY.


Oleh: abu_syafiq ( 012-2850578 )


Sememangnya Wahhabi ketandusan ilmu apabila menolak serta mengkafirkan akidah sebenar ' Allah Wujud Tidak Memerlukan Tempat'. Ini terbukti apabila Wahhabi seperti Asri dan Rasul Dahri mengambil penerangan bid'ah yang dihuraikan oleh As-Syatiby sambil 'mempergunakan' demi merialisasikan impian dan kepentingan mereka lantas mengkafirkan keseluruhan umat islam serta membid'ahkan ulamaknya.


Penerangan yang diterangkan oleh As-Syatiby berkaitan bid'ah merupakan satu usaha terbit dari hasrat yang murni oleh beliau. Namun persilisihan pandangan beliau dengan ulama muktabar yang lain dalam permasaalahan bid'ah tersebut tidak harus dikambinghitamkan oleh Wahhabi.

Ini kerana akidah Syeikh As-Syatiby tidak langsung bertepatan dengan akidah Wahhabi yang mirip kepada yahudiyah apabila Wahhabi menyebarkan fahaman Yahudi iaitu 'Allah Bertempat Dan Bersifat Duduk'.


Wahhabi diluar negara termasuk di Malaysia ini seperti Asri dan Rasul Dahri serta kuncu-kuncu hingusannya mengkafirkan umat islam yang berakidah dengan akidah yang betul iaitu 'Allah Wujud Tanpa Bertempat' secara langsung mereka mengkafirkan akidah Syeikh As-Syatiby sendiri yang juga berakidah sedemikian.


Ketahuilah bahawa Syeikh As-Syatiby ( Abu ishak Ibrahim Bin Musa As-Syatiby wafat 790) yang antara karangannya kitab Al-I'tisom dan Al-Ifaadaat Wa Al-Insyaadaat merupakan seorang ulama yang berpegang dengan akidah islam dalam manhaj Ahli Sunnah Waljamaah mengikut method Al-Asya'iroh dan Al-Maturidiyah. Ini amat jelas seperti yang dinyatakan oleh beliau sendiri dalam kitab Al-I'tisom yang 'dikambinghitamkan' oleh Wahhabi dalam penjelasan Bid'ah. Sememangnya perangai Wahhabi sebegini, mereka mempergunakan kenyataan ulama yang mereka sendiri kafirkannya pula. Subhanallah.


Antara kejelasan akidah Syeikh As-Syatiby ini adalah seperti yang dijelaskan dalam kitabnya berjudul Al-Ifadaat Wa Al-Insyadaat pada bilangan 11-Ifadah : Al-Isyarah Lil Baiid Bi Ismi Al-Isyarah Al-Maudhu' Lil Qorib mukasurat 93-94 nasnya:

إفادة

سألني الشيخ الاستاذ الكبير الشهير أبو سعيد فرج بن قاسم بن لُب التغلبي أدام الله أيامه عن قول ابن مالك في "تسهيل الفوائد" في باب اسم الإشارة :"وقد يغني ذو البعد عن ذي القرب لعظمة المشير أو المشار إليه"، فقال: إن المؤلف مثَّل عظمة المشير في الشرح بقوله تعالى:{وما تلك بيمينك يا موسى} [سورة طه/17] ولم يبين ما وجه ذلك، فما وجهه؟ ففكرت فلم أجد جوابًا. فقال: وجهه أن الإشارة بذي القرب ههنا قد يُتوهم فيها القرب بالمكان، والله تعالى يتقدس عن ذلك، فلما أشار بذي البعد أعطى بمعناه أن المشير مباين للأمكنة، وبعيد عن أن يُوصف بالقرب المكاني، فأتى البعدُ في الإشارة منبهًا على بُعدِ نسبة المكان عن الذات العلي وأنه يبعد أن يحلَّ في مكان أو يدانيه



Saya terjemahkan sebahagian nukilan As-Syatiby dalam perguruannya bersama As-Syeikh Al-Ustaz Al-Kabir Abu Saiid dan As-Syatiby menghukum serta menganggap ianya adalah antara faedah-faedah ilmu yang agong ( إفادة )


1- هاهنا قد يتوهم فيها القرب بالمكان، والله تعالى يتقدس عن ذلك

Terjemahannya: "Disini mungkin tersangka satu sangkaan yang tidak benar(waham) kedekatan Allah dengan bertempat sedangkan Allah ta'aala mahasuci dari sedemikian (bertempat)".


Saya menyatakan:
Ini merupakan diantara persetujuan As-Syatiby berkaitan akidah yang benar 'Allah Tidak Dilingkungi Oleh Tempat' selain beliau beraliran Asya'irah dalam akidah (seperti juga termaktub dalam kitabnya Al-i'tisom yang tidak berpegang zohir ayat mutasyabihaat).
Malangnya pula Wahhabi mengkafirkan atau kekadang itu hanya menghukum sesat sahaja terhadap golongan Al-Asyairoh. maka apakah mereka katakan pada As-Syatiby ini?! kafir??! sesat?!!atau salah akidah??!


2: في الإشارة منبهاً على بعد نسبة المكان عن الذات العلية، وأنه يبعد أن يحل في مكان أو يدانيه

Terjemahannya: "Padanya isyarah menunjukkan tidak menyandarkan tempat bagi Allah zat yang maha agong, dan sesungguhnya mahasuci Allah dari diliputi oleh tempat atau bersentuhan dengan tempat".


Saya menyatakan: Ini merupakan satu perkara yang dianggap faedah besar disisi Syeikh As-Syatiby sehingga beliau meletakkan dalam Ifadahnya.

Saya nasihatkan kepada Wahhabi, kuncu-kuncu yahudi dan sesiapa sahaja yang mempergunakan penerangan As-Syatiby agar mengambil juga keterangan akidah oleh beliau seperti di atas dan jangan mengkafirkan akidah benar tersebut atau menyesatkannya.

Sesungguhnya Allah Maha suci dari bertempat dan tidak bersifat duduk.


Wallahu 'alam.


03 August, 2007

Nota Ilmiah Israk dan Mikraj


Alhamdulillah, Tuhan Pencipta alam, WujudNya azali abadi tanpa permulaan dan tanpa memerlukan tempat. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad, para sahabat dan ahli keluarga baginda.
Antara peristiwa sejarah hebat yang berlaku pada bulan Rejab ini adalah Isra’ Dan Mi’raj.

Al-ISRA’

Ketahuilah bahawa Isra’ merupakan perkara yang telah sabit (tetap) berdasarkan nas Al-Quran. Berdasarkan dari firman Allah ta’ala yang bermaksud :

“ Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjid Al-Haram menuju ke masjid Al-Aqso yang telah Kami berkati sekelilingnya untuk Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) Kami, dan sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat ”.

Maka wajib beriman bahawa Allah ta’ala telah memperjalankan (mengisra’kan) Nabi Muhammad pada waktu malam dari bumi Mekah ke masjid Al-Aqso dan ulama islam dari kalangan ulama Salaf hakiki, Khalaf, para Muhaddith, para Mutakallimin, para Mufassirin, para Fuqoha dan ulama-ulama islam yang lain telah mempersepakati bahawa berlakunya peristiawa Isra’ terhadap Nabi Muhammad itu adalah dengan ruh dan jasab baginda, dan bukanlah suatu mimpi.



Perkara Ajaib Yang Berlaku Ketika Isra’


Diantara perkara-perkara pelik yang berlaku ketika isra’ Rasulullah adalah Rasulullah melihat kubur Saiyidah Masyitah Binti Fir’aun dan baginda mencium bauan yang amat wangi dari kuburnya.Masyitah merupakan seorang mukminah solehah. Kisahnya, ketika Masyitah sedang menyikat rambut anak Firaun, tiba-tiba sikatnya terjatuh dari genggaman tangannya seraya menyebut : Dengan nama Allah. Lalu anak perempuan Firaun bertanya : Adakah anda mempunyai tuhan selain bapaku? Masyitah menjawab : Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah. Anak Firaun itu berkata : Aku beritahu bapaku? Masyitah menjawab : Beritahulah. Anak Firaun pun memberitahu ayahnya dan Firaun meminta Masyitah kembali kepada agama asalnya. Namun, Masyitah enggan. Mendengar pendirian Masyitah, Firaun pun memanaskan air sehingga benar-benar panas lalu mencampakkan seorang demi seorang anaknya ke dalam didihan air tersebut.

Akhirnya, apabila tiba giliran anaknya yang sedang menyusu di kendongannya, Masyitah menjauhkan diri ( melambatkan penyerahan bayinya ). Masyitah sangat takut, terkejut dan bimbang. Dengan kuasa Allah, bayi tersebut dapat berkata-kata lalu menyebut :
“ Wahai ibuku! Sesungguhnya azab akhirat itu jauh lebih pedih dari azab dunia, usahlah ibu menjauh-jauhkan diri kerana ibu di pihak yang benar ”.
Lalu Masyitah melepaskan bayinya dan Firaun dengan segera mencampakkan bayi itu ke dalam didihan air. Masyitah berkata : Aku mempunyai permintaan iaitu supaya engkau
( Firaun ) mengumpulkan semua tulang dan menanamnya. Firaun berkata : Aku akan melakukannya. Lantas Firaun pun mencampakkan Masyitah ke dalam air didihan itu.

( Nota Penting Berkaitan Al-Isra’ )
1- Barangsiapa yang mengingkari Isra’ maka dia jatuh kafir.
Peristiwa Isra’ telah jelas berdasarkan firman Allah dalam Al-Isra’ ayat 1 dan berdasarkan kisah peristiwa Isra’ dari Hadith Nabawi yang telah diriwayatkan oleh Imam Baihaqi. Maka sesiapa yang mengingkari peristiwa Isra’ setelah dijelaskan dalil kebenarannya maka terkeluar dari Islam.

2- Isra’ berlaku dengan ruh dan jasad Nabi Muhammad.
Peristiwa Isra’ berlaku pada Nabi bukan mimpi bahkan secara yaqozoh iaitu secara jaga dengan ruh dan jasad Nabi sendiri.

Al-Mi’raj
Mikraj merupakan perjalanan yang dimulai dari masjid Al-Aqso di Palestin hingga ke langit yang ketujuh dengan menaiki tangga yang terpaut di antara langit dan bumi mengunakan anak tangga yang diperbuat daripada emas dan perak. Antara tujuan diMi’rajkan Nabi ke langit adalah untuk diperlihatkan keajaiban di alam atas dan bukannya untuk bertemu dengan Allah kerana Allah wujud tanpa tempat.

( Nota Penting Berkaitan Al-Mi’raj )
1- Difardhukan solat lima waktu.
Solat lima waktu telah difardhukan pada malam Mi’raj tersebut juga berdasarkan hadist riwayat Muslim. Nabi Musa menyuruh Nabi Muhammad memohon kepada Allah agar solat yang pada mulanya difardhukan sebanyak 50 solat agar dikurangkan, maka jadilah 5 solat. Ini membuktikan para Nabi memberi manfaat walaupun selepas kewafatan mereka.Apabila Nabi Musa mengatakan pada Nabi Muhammad agar kembali kepada Tuhanmu ianya bererti pergilah ke tempat yang kamu mendengar kalam Allah dan bukannya zat Allah berada disitu.

2- Allah Wujud Tanpa Memerlukan Langit, Arasy dan tempat-tempat lain.
Ketahuilah bahawa tidak ada dalil dari nas Al-Quran mahupun Al-Hadith bahawa Allah memerlukan tempat, bahkan disana pelbagai dalil yang menyatakan bahawa Allah wujud tanpa bertempat seperti firman Allah dalam surah As-Syura ayat 11 yang bermaksud : “Tiada sesuatupun yang menyerupai Dia (Allah)”.

*Penambahan penting :
- Awasi golongan Wahhabi kerana Wahhabi beriktikad bahawa Arash merupakan tempat bagi zat Allah dan kononnya Allah duduk di atas arasy.Lihat kitab WahhabiFathul Majid Syarah Kitabut Tauhid m/s 485, 627, 629.

- Dalil Al-Hadith bahawa Allah wujud tanpa memerlukan tempat adalah sabda Rasulullah yang bermaksud : “ Dan Engkau Ya Allah, Yang Az-Zhohir, maka tiada sesuatu diatasMu, dan Engkau Ya Allah, Yang Al-Bathin, maka tiada sesuatu dibawahMu ”. Sohih Muslim.
Didalam hadith yang sama riwayat Imam Baihaqi didalam kitab beliau yang berjudul Al- Asma’ Wa As-shifat m/s 400 dinyatakan selepas sabda Nabi : “ Maka, jika diatas Allah tiada sesuatu dan dibawahNya pula tiada sesuatu ini menunjkkan bahawa Allah bukan ditempat ”.

- Awasi kitab yang disandarkan kepada Ibnu Abbas berjudul Kitabul Mi’raj kerana terdapat pelbagai kisah yang dongeng dan karut-marut serta hadith palsu. Ketahuilah bahawa Ibnu Abbas tidak menyatakan seperti yang termaktud dalam kitab dusta tersebut.
Disediakan oleh: www.abu-syafiq.blogspot.com

02 August, 2007

MENJAWAB SOALAN MENGENAI RASUL DAHRI



Soalan dipetik dari komen :

abdussalam Inst. Al-Khadem KL said...
As'kum.
Bila saya ziarah blog ust abu syafiq ini saya dpti pelbagai kritikn seakan2 dilmprkn kepada ust2 yang saya sehingga skrg masih menghadiri pngajiannya.
Sbgi contoh Ustaz Rasul Dahri.Beliau seorg yg brgiat kuat mnympaikan apa yg blog ini kritik.
Untuk pengetahuan umum..Ust. Rasul Dahri pengajian yg selalu juga mmboringkn, mungkin disbbkn pnympaian suaranya yg agak gagap dan kurng menarik serta jarang dpt difahami ilmiahnya..
so .... saya mahu brtanya pd blog ini mengenai Ust Rasul Dahri. Apa pandangn antum mengenai beliau?Ini jugk krn org tua saya prnh melrng saya menghadiri pngajiannya krn dia dikatakan seorg yg membosankan serta suka dan cpt menghukum bert.dan bnrkah kitb2nya diharamkan oleh kesemua majlis agama islam?diharap tuan punya blog membantu saya.
wassalam...

Abduss Salam Inst. Al-Khadem.
------------------------------------------------------------------------------------------------


Dijawab oleh Abu Syafiq:
Assalamu'alaikum.
Pertama sekali sy ingin memohon maaf kerana tidak dapat kerap berada di blog ini atas urusan diluar. Sy pun tidak sangka sambutan yang amat memberangsangkan.
Secara ringkas bagi menjawab soalan yang ditanya maka sy menyatakan bhw kita perlu menilai seseorg itu dari aspek akidahnya.

Sekiranya akidah ia benar dan tidak brcanggah dgn islam waktu yang sama mengaku sebagai muslim maka kita tidak harus mengkafirkannya atau mengeluarkan dia dari insan bergelar muslim. Akan tetapi sekiranya terdapat kejelasan yang wadih(terang) akan kepesongan akidahnya maka disitu barulah trbuka ruang lingkup hukum sama-ada dia telah jatuh murtad atau tidak.

Mengenai soalan Abdussalam dari Kl seperti di atas tadi mengenai Rasul Dahri seorang warganegara BUKAN malaysia yang kita dapati kerap menghidupkan akidah songsang lantas mencipta ajaran baru yang tidak langsung bertepatan dengan Al-quran dan Al-sunnah bahkan Rasul Dahri sering menyelitkan akidah asas Yahudiyah antaranya fahaman sesat' Allah Duduk' sedangkan Alquran tidak pernah menyandarkan sifat JALIS (duduk) bagi Allah dan hadith juga tidak menyatakan sedemikian.

Tetapi disana ada kalimah ISTAWA yang disandarkan oleh Allah pada diriNya. Apabila kita kaji berdasarkan hadis dan fahaman bahasa arab maka didapati bahawa ISTIWA ALLAH bukan dan tidaklah bererti JALIS (duduk) bahkan dinyatakan sebagaimana yang dinyatakan olehNya sendiri iaitu 'istawa alal arasy' tanpa bersifat duduk mahupun bertempat dan tidak berbentuk..inilah akidah Nabi dan ulama salaf serta kesemua ulama islam sebenar.

Ya..sememangnya buku karangan Rasul Dahri telah diharamkan di tanah-air kita.
Lihat pewartaan buku Rasul Dahri diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan

Masakan tidak diharamkan kerana buku dan ceramah Rasul Dahri penuh dengan penyebaran ajaran baru iaitu menghidupkan akidah yahudi.
Antara sebab diharamkan artikel,kenyataan, buku dan segalanya yang salah terbit dari Rasul Dahri adalah:-

1- Rasul Dahri membawa fahaman akidah Yahudi yang jelas kesesatannya iaitu fahaman ' Allah Bersifat Duduk '.
2-Rasul Dahri menetapkan tempat bagi Allah dan Allah itu bertempat. Sedangkan Allah tidak pernah menyatakan Dia bertempat. Manakala 'istawa' bila disandarkan kepada Allah tidaklah bererti duduk mahupun bertempat.
3-Rasul Dahri memuji agama Kristian sebagai agama yang benar disisi Allah. Sedangkan Allah dan RasulNya Nabi kita Muhammad tidak pernah menyatakan sedemikian.

4-Rasul Dahri menganggap bahawa agama Yahudi itu adalah agama Allah yang suci lagi mulia. Sedangkan kebenarannya adalah agama Yahudilah yang menentang Islam bahkan Yahudi membunuh para Ambiya(nabi-nabi).

5-Rasul Dahri mengkafirkan sesiapa sahaja yang berakidah ' Allah Tidak Memerlukan Tempat'. Sedangkan itu adalah akidah islam yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad sendiri dalam Hadith baginda riwayat Muslim dalam Sohihnya pada bab Ma yuqol Indal Qiyam....

Banyak lagi kepesongan, kesongsangan dan kesesatan yang jelas disebarkan oleh Rasul Dahri ini di tanah-air kita malaysia dan diluar malaysia.
Saya mengajak Rasul Dahri untuk berdebat pada segala masaalah akidahnya yang songsang seperti di atas dan selainnya.

Wassalam.

Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?