02 January, 2008

SHAHIDAN KASSIM...MB Perlis Wahhabi?




( GAMBAR HIASAN "BERMAKNA". BERSALAMAN LELAKI-PEREMPUAN ADALAH HARAM )

Kepeningan memilih cara dan jalan dakwah menyebabkan seseorang itu tiada nilai mulia disisi syarak dek memilih ajaran dan kelompok yang sering mengkafirkan ulama Islam serta menghalalkan darah umat Islam.

Dato’ Seri Shahidan Kassim yang merupakan Menteri Besar bagi negeri Perlis sekarang turut terpedaya dengan dakyah Wahhabiyah yang telah ditolak oleh seluruh ulama Islam termasuk jabatan-jabatan agama Islam di setiap negeri di Malaysia juga termasuk kebanyakan pegawai agama di negeri Perlis sendiri serta rakyat negeri Perlis yang menolak ajaran Wahhabi kerana Wahhabi sering mengkafirkan, membid’ahkan ulama Islam dan umat Islam.
Dato’ Panglima Mat Jahya mantan Mufti Perlis sendiri mengakui ajaran membid’ahkan umat Islam serta mengkafirkan umat Islam merupakan ajaran yang melampau. Disamping itu beliau menolak ajaran Tajsim yang menjisimkan Allah kononnya Allah itu duduk di atas kerusi dan sebagainya sepertimana yang didakwa oleh Wahhabi mujassim.

Malangnya MB Perlis yang mungkin mahukan kebenaran tersasar dalam pemilihan kelompok dianggap olehnya sebagai puak yang benar lagi tulen kononnya. Akan tetapi hakikatnya Wahhabi merupakan pembawa ajaran yang menjisimkan Allah dengan mengataka Allah bersifat mulut, telinga dan selainnya.
MB Perlis tersebut turut mengakui secara terang-terangan sememangnya dia bersama-sama dengan puak Wahhabi.
Selain itu, dengan terpedayanya MB Perlis terhadap ajaran Wahhabi menyebabkan beliau sering menyebarkan beberapa kenyataan palsu yang langsung tidak beretika ilmiah, sebagai contoh antaranya:

MB Perlis mengakui beliau bersama Wahhabi sedangkan Wahhabi ditolak oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana menjisimkan Allah dan mengatakan Allah Duduk Atas Kerusi, Allah ada mulut, telinga dan Allah itu sendiri adalah JISIM.

MB Perlis mendakwa orang arab dizaman Muhammad Bin Abdul Wahhab tidak ambil tahu langsung tentang Al-Quran. Ini merupakan dakwaan palsu kerana ramai ulama Islam di zaman tersebut sepertimana yang tertera ditinta fakta sejarah.

MB Perlis mendakwa Imam Syafie ditumbuk perutnya sampai mati dan kemudian dihukum bunuh. Ini dakwaan yang langsung tidak berasas juga tidak amanah dalam menyampaikan sesuatu oleh kerana semangat yang merapu.

MB Perlis mendakwa Muhammad bin Abdul Wahhabi tidak menentang perkara yang besar dan berat dia hanya menentang syirik. Kalau syirik bukan perkara yang besar dan bahaya apa yang bahaya wahai MB?

MB Perlis mendakwa pada zaman Muhammad Bin Abdul Wahhab orang di MADINAH sembahyang empat imam. Ini adalah kenyataan dan dakwaan karut lagi marut.

MB Perlis mengakui Muhammad Bin Abdul Wahhab penyusun strategi perang. Ketahuilah bahawa ramai umat Islam yang terkorban dibunuh oleh pelampau Wahhabi dan ini tidak menunjukkan kebaikan bagi Muhammad bin Abdul Wahhab sehingga MB sanggup menyokong perjuangan palsu MBAW.

MB Perlis mendakwa Kerajaan Islam Uthmaniyyah membiarkan Madinah dan Mekah ke tangan kafir barat. Ini juga dakwaan yang tidak berasas.

MB Perlis mengatakan kubur kepada adik saidina Umar Bin Khattab diroboh oleh Muhammad bin Abdul Wahhab.
Rasulullah tidak pernah merobohkan kubur umat Islam, maka kalau dah tahu Muhammad bin Abdul Wahhab tu buat bid’ah kenapa ikut dia? Ikutlah Rasulullah.

Dan terlalu banyak lagi dakwaan yang palsu terbit darinya berpunca ikutan terhadap ajaran Wahhabi.
Demikian bahayanya apabila seorang terpengaruh dengan ajaran Wahhabi.

Semoga Allah memberi lapangan hidayah kepada Dato’ Seri Shahidan Kassim
dengan kembali kepada ajaran Islam Salafussoleh yang benar bukan Wahhabi yang menjisimkan Allah.

anak_perlis3866@yahoo.com

No comments:


Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?