20 August, 2008

Tuanku Mizan raikan peserta tilawah, Wahhabi Pula Mengkafirkan Ulama




Tuanku Mizan raikan peserta tilawah


Tuanku Mizan Zainal Abidin bersalaman dengan delegasi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa pada majlis makan tengah hari di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa, Kuala Terengganu, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA TERENGGANU 19 Ogos - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan meraikan para peserta dan juri Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa pada majlis makan tengah hari di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa, Pulau Duyong di sini.

Seri Paduka yang diiringi Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud tiba di Restoran Ulik Mayang kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Turut hadir ke majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Majlis tersebut meraikan sebanyak 80 peserta yang terdiri daripada 49 qari dan 31 qariah dari 49 buah negara yang mengambil bahagian dalam majlis tilawah tersebut.

Kira-kira 15 juri tilawah dari 12 buah negara untuk tilawah kali ini turut diraikan di majlis tersebut.

Tuanku Mizan turut mencemar duli bersalaman dengan peserta-peserta sebelum berangkat pulang dari majlis berkenaan.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang menyambut jubli emas tahun ini diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man di sini sehingga 25 Ogos ini.

Majlis tahun ini adalah pertama kali diadakan di luar Kuala Lumpur sejak ia diperkenalkan pada 1960.

Pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai RM15,200 beserta piala dan sijil kepada juara manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima wang tunai RM11,400 dan RM7,600.

No comments:


Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?