24 September, 2008

Wahhabi (DrMaza) Samakan Islam Dengan Kristian (BERBUKTI)

WAHHABI DAN BADUTNYA DALAM BANYAK TULISAN MEREKA SAMAKAN AGAMA ISLAM YANG MURNI INI DENGAN AGAMA KRISTIAN YANG BATIL LAGI SALAH. INI ADALAH BUKTI WAHHABI TURUT BERSEKONGKOL DENGAN KRISTIAN KAFIR SELAIN BERAKIDAH MIRIP YAHUDIYAH





-Sebelum ini saya (Abu Syafiq) pernah membongkar dengan bukti bahwa Wahabi Rasul Palsu pernah memuji agama Kristian dan Yahudi dengan dakwaannya kedua agama itu adalah agama Tauhid yang benar, sila lihat:
( http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/11/rasul-dahri-anuti-agama-yahudi.html )

Mohd Asri Bin Zainul Abidin dan Wahhabi lain sering mengajak umat Islam supaya mengakui agama Yahudi dan Kristian. Lihat sahaja dalam ucapanya Wahhabi dan tulisan-tulisan mereka sudah pasti banyak menyokong agama Kristian dan menyindir pula umat Islam dengan gelaran kolot, dunggu dan maki-hamun yang lain.

Dalam buku tulisan Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin yang berjudul Bid'ah Hasanah Istilah Yang Disalah Fahami pada mukasurat 6 Mohd Asri menyatakan Agama Islam ini wajahnya adalah sama dengan agama Kristian, seperti mana agama Kristian itu benar kemudian diubah menjadi bid'ah begitu juga Islam hendak diubah, demikian kenyataan Asri yang amat jelas dia menyamakan agama Islam dengan agama Kristian.

Perhatikan apabila Drmaza mendakwa "wajah Islam cuba diubah seperti mana diubah wajah Kristian" dan renungkan dengan keadaan agama Kristian itu sendiri adakah ia benar sebelum diubah??!
Hakikatnya agama Kristian tidak pernah benar dan walaupun diubah ianya diubah dari tidak benar kepada yg lebih tidak betul!.
(Lihat kitab Asri discan di atas)


Pembaca sekalian....

AGAMA YAHUDI DAN KRISTIAN BUKAN AGAMA TAUHID DARI ALLAH SAMAADA DAHULUNYA ATAU TERKEMUDIAN, TIDAK PERNAH LANGSUNG AGAMA YAHUDI DAN KRISTIAN DIAKUI OLEH ALLAH SEBAGAI AGAMA TAUHID, TIDAK PERNAH, TETAPI MOHD ASRI UFTI PERLIS MENGAKUINYA DAN MENGADA-ADAKAN FAKTA DUSTA LAGI PALSU TANPA APA-APA BUKTI SAMAADA DARI ALQURAN MAHUPUN HADITH NABAWI.

Buktinya Allah berfirman dalam surah Al-Imran memberitahu bahawa agama dari Allah dan agama yang diredhoi olehNya hanyalah agam Islam sahaja, bukan agama Yahudi mahupun Kristian :
85. Dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.

Allah ta’ala menjelaskan lagi dengan firmanNya dalam surah Al-Imran:
19. Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan Yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki Yang ada Dalam kalangan mereka. dan (ingatlah), sesiapa Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.

Minda Mufti www.vs-drmaza.blogspot.com

1 comment:

aryna said...

Assalamualaikum...

kepada ustadz Abu Syafiq, izinkan saya memberikan pandangan peribadi saya. kiranya saya silap, harap perbetulkan.. terima kasih.

pada pemerhatian dan pendapat saya yang fakir ilmu akhirat ini,
dr asri sering memberikan kenyataannya tanpa mnenghuraikan perkara tersebut dengan lebih mendalam, tidak memberikan penjelasan terperinci atau sekurang-kurangnya hendaklah memberikan kenyataan lebih khusus kepada perkara yang disebutkan..

selain itu, penggunaaan perkataan yang tepat juga turut diabaikan dan beliau tidak berhati-hati dalam memilih perkataan yang sesuai utk memberikan kefahaman kepada masyarakat yang mendengar dan membaca tulisan beliau yang majoriti adalah orang2 awam yang juga bukan setaraf pengetahuan ilmu para ulamak.

sebagai contoh yang ketara dalam kes ini, seharusnya dr.asri menyebut agama SAMAWI (iaitu agama yg dibawa oleh nabi2 yang diturunkan kitab oleh ALLAH) tanpa diubah dan pengubahan tersebut dilakukan setelah nabi2 tersebut wafat (atau diangkat oleh ALLAH).

kerana itu menyebut perkataan kristian telah menyeleweng jauh dari fakta yang perlu disampaikan hingga kelihatan menyebut agama kristian adalah agama yang dibawa nabi Isa AS yg benar terdahulu yang telah diselewengkan (walhal benar fakta tuan abu syafiq bahawa kristian tidak pernah benar dan tak akan benar sampai bila2 pun!).

bahkan perumpamaan begini yang digunakan untuk agama2 benar yang telah terpesong juga pada saya adalah TIDAK SESUAI dalam menyampai maksud sebenar dalam keterangan beliau kerana maksud kandungan yg ingin disampaikan adalah bidaah hasanah, iaitu perkara yang dikatakan " ibadah yg ditokok tambah yg Nabi tak buat",

jadi perumpamaan golongan bidaah hasanah ini sama sekali TIDAK BOLEH dan tidak dapat DISAMAKAN dengan kristian maupun yahudi. kerana perumpamaan yang diberikan oleh dr.asri ini adalah sama dengan mengatakan golongan2 yang mengamalkan "BIDAAH HASANAH" adalah SAMA dengan KRISTIAN dan YAHUDI.Nauzubillah minzaliq!(SubhanaALLAH...!!!!)
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

لا إله إلاّ أنت سبحانك إنّي كنت من الظالمين


begitu juga apabila mengatakan bahawa orang2 kafir boleh memakan daging korban. hal ini tidak dijelaskan secara terperinci atau setidak-tidaknya perlu menjelaskan memberikan orang2 kafir bagaimanakah yang layak menerima daging korban tersebut.. (namun, hal ini sewajarnya tidak boleh disebut oleh seseorang individu, sekalipun mufti hatta ulamak.

hanya yang layak dikeluarkan oleh majlis fatwa sendiri kerana perkara sebegini boleh menimbulkan pelbagai kecelaruan dan bantahan dari banyak pihak kerana isu ini perlu dilihat dari segi struktur ekonomi negara, sistem pengagihan dana kepada rakyat dan masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama)

contoh yang lain, saya baca satu artikel baru2 ini di utusan malaysia di mana seorang ustadz yang saya percaya berfahaman wahabi, telah membuat kenyataan berkenaan perkara2 tidak membatalkan puasa..
sayang sekali, beliau tidak memberikan penjelasan lebih kepada kenyataan2 beliau yang membolehkan melakukan perkara2 yang dikatakan kepercayaan "karut" masyarakat kita.

Contoh seperti, dibolehkan menggosok gigi pada bila2 masa di siang hari samada mguna ubat gigi atau tidak. Sayang, beliau tidak menjelaskan sekiranya kita menelan ubat gigi yang digunakan, atau merasa ubat gigi tersebut hingga ke kerongkong, maka boleh terbatal puasa.

begitu juga tidak dijelaskan perkara2 yang menjadi makruh dan perkara2 yang boleh mengurangkan pahala puasa.

Sekiranya tidak dijelaskan perkataan TAPINYA, atau NAMUN,
ramai yang akan mengambil mudah dan meremehkan perkara2 begini..

maka ramailah golongan yang akan mengambil kesempatan kerana perkataan "ter" yang dimaafkan oleh ALLAH.. Walhal, ada perkara2 tersebut yang boleh dielakkan atau dilakukan pada malam hari, namun kerana ingin mengambil kesempatan utk "ter" yang dimaafkan maka terjadilah Islam yang sangat "mudah" ini hingga fadhilat dan matlamat sebenar berpuasa tidak sampai ke jiwa orang2 yang berpuasa tersebut.

beginilah yang saya nampak apabila kenyataan2 yang sering dikeluarkan melalui media oleh dr.asri dan penyokong2 beliau.

Mungkin kerana motto mereka Islam itu mudah yang telah disusahkan oleh ulamak2 tradisional terdahulu.
SubhanaALLAH...

kalau iya pun Islam mudah, janganlah dihalang perkara2 yang baik yang diamalkan oleh umat Islam yang mendapat ganjaran baik dari ALLAH..
janganlah juga meninggalkan perkara2 yang penting utk shortcut kan ibadah dan akidah umat Islam..


و أفوّض أمري إلى الله إنّ الله بصير بالعباد

"dan aku menyerahkan urusanku kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Melihat akan hamba-hambaNYA.
(QS. Al-Mukmin [40]:44)

wallahualam.


Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?