29 June, 2008

Syeikh Muhammad Rasyid Redho KAFIRKAN Wahhabiyah



Syeikh Muhammad Rasyid Redho Tolak & MengKAFIRKAN Wahhabiyah

Syeikh Muhammad Rasyid Redho (gambar di atas) merupakan nama yang tidak asing lagi dipesada sejarah.
Beliau juga turut membicarakan perihal ajaran Wahhabiyah dan menyifatkan Wahhabiyah telah mengunakan pelbagai cara menipu umat Islam untuk merampas tanah arab Hijaz. Dan Syeikh Muhammad Rasyid Redho juga telah meletakkan golongan Wahhabiyah ini sebagai ahli bid'ah yang haram dan Wahhabiyah juga adalah ahli bid'ah yang patut dihukum sebagai KAFIR.

Dan ini buktinya:

1- Berkata Syeikh Muhammad Rasyiq Redho dalam Majalah Al-Manar م 24 pada mukasurat 584:
" Sesungguhnya punca tuduhan Al-Wahhabiyah dengan bid'ah dan kufur adalah kerana kepolitikan, daripada itu umat Islam akan lari dari memerangi mereka supaya mereka dapat menakluki tanah arab Al-Hijaz ".

Ini teks asal beliau dari majalah tersebut:

إن سبب قذف الوهابية بالابتداع والكفر سياسي محض، كان لتنفير المسلمين منهم لاستيلائهم على الحجاز، وخوف الترك أن يقيموا دولة عربية، ولذلك كان الناس يهيجون عليهم تبعاً لسخط الدولة، ويسكتون عنهم إذا سكنت ريح السياسة

Saya ( Abu Syafiq mengatakan: Daripada kenyataan Muhammad Rasyid Redho tadi amat jelas bahawa dia menolak fahaman Wahhabiyah.Dan mari kita lihat kenyataannya dalam kitabnya sendiri pula pasal Al-Wahhabiyah.

2- Berkata lagi Syeikh Muhammad Rasyid Redho di dalam kitabnya berjudul Al-Fatawa pada jilid 3 halaman 996 selepas menyebut jenis-jenis bid'ah :

" Jenis bid'ah yang kelima antaranya adalah bid'ah yang haram dan dihukum kafir seperti bid'ah golongan Ar-Rafidhah dan AL-WAHHABIYAH ".

Dan ini teks asal dari kitab Syeikh Muhammad Rasyid Redho tersebut:
( الصنف الخامس ، ومنها محرمة ومكفرة كبدعة الرافضة والوهابية )

Saya ( Abu Syafiq ) mengatakan: Sebahagian laman web Wahhabi ( Arab & bukan arab ) meletakkan gambar Syeikh Muhammad Rasyid Redho ini dan menyanjungnya.
Ketahuilah wahai insan yang berakal bahawa Syeikh Muhammad Rasyid Redho sendiri tolak dan kafirkan golongan Al-Wahhabiyah.

Semoga Wahhabiyah bertaubat.

www.abu-syafiq.blogspot.com

26 June, 2008

Al-Albany Al-Wahhaby Jahil Bahasa Arab



AL-ALBANY AL-WAHHABY LEMAH BAHASA ARAB


Manusia pemutar belit (Mutanaqid) bernama Nasiruddin Al-Albany Al-Wahhaby merupakan insan yg diagongkan oleh semua Wahhabi seolah-olah semua kata-kata Al-Albany adalah sabda Nabi bahkan lebih daripada itu.

Ketahuilah bahawa Al-Albany Al-Wahhaby ini sering mendhoifkan satu hadith Nabi kemudian esoknya pula dihukum hadith tersebut yang sama sebagai sohih pula begitu juga sebaliknya.
InsyaAllah tulisan buku mengenai pembongkaran tersebut akan diterbitkan dalam dua versi Bahasa Melayu dan Bahasa Urdu.
Diterbitkan dalam versi Bahasa Melayu khas untuk penuntut ilmu di tanah air kita agar tidak terpengaruh dengan dongengan Al-Albany Al-Wahhabi Al-Mujassim (dia kata Allah meliputi alam ini seperti isi telur meliputi kulitnya).

Manakala terbitan dalam versi Bahasa Urdu adalah pemberian khas dari penulis buat ‘pendatang tanpa izin syarak’ ( seperti Aiman Yusuf dan penuntut Jamiah Abu Bakar Karachi yang masih fanatik kepada ajaran Wahhabi ) selain itu versi Bahasa Urdu itu juga khas ditujukan buat manusia Wahhabi yg ‘ tak faham-faham bahasa ’ mungkin Bahasa Urdu mereka boleh faham sikit. Kalau tak faham juga insyaAllah versi Bahasa Tamil, Maldive, Karikutu dan lain2 akan diusahakan sampai Wahhabi boleh kasi itu faham!.


Al-Albani Lemah Bahasa Arab

Bila dirujuk beberapa buah kitab karangan Al-Albany ini didapati terlalu banyak kesilapan dalam bahasa arab apabila ayat itu datang dari dirinya sendiri.
Antaranya:

1- Dalam kitabnya berjudul Silsilah As-Sohihah pada jilid 1 m/s 47 Al-Albany menyatakan:
)لكنهما غير متهمان (

Yang sebenarnya dan sepatutnya mengikut kaedah bahasa Arab adalah:
)لكنهما غير متهمين(

Ini adalah kesalahan bahasa arab yg terbit dari Al-Albany sendiri dan bukan dari pencetak buku kerana ianya diakui sendiri oleh Al-Albany dalam kitabnya Irwa’ Gholilihi.


Kalau tadi 1 antara 389 kesalahan bahasa Arab yang dilakukan oleh Al-Albany dalam kitabnya Silsilah Sohihah, ini pula dalam kitabnya Silsilah Dho’ifah pula jilid 2 m/s 333
Al-Albany menyatakan:
)ان حماد له أوهاما (

Al-Albany telah menterbalikkan amal Inna kepada amal Kaana.
Sebenarnya dan sepatutnya mengikut kaedah Bahasa Arab adalah:
)ان حمادا له أوهام(

Saya mengatakan:
Banyak lagi kesalahan bahasa Arab yg sememangnya disengajakan oleh Al-Albany berdasarkan pengakuannya sendiri dan ramai juga Wahhabi yg tidak tahu bahasa arab tapi mengada cakap arab dan tulis arab.

Bila berdepan dgn org kampong mulalah berlakon macam terrer sangat bahasa Arab.
Tu yang sampai nak cerita pada kawan dia depan orang kampong nak tunjuk pandai Bahasa Arab tapi sebenarnya hampeih terbunyilah suara
أبو أنا أبو أنت, طريق- طريق في رجلي خمس
“ Abu Ana Abu Anta, Torik-Torik Fi rijli Khomsa ”

Yang nak di maksudkan “Ayah Aku Ayah Kamu Berjalan-jalan Di Kaki Lima”
Aduiishh…Huhu..Sedih sedih….

www.abu-syafiq.blogspot.com

19 June, 2008

(berbukti)FATWA WAHHABI: IKHWAN MUSLIMIN, JAMAAH TABLIGH&LAIN-LAIN SESAT,SYAITON & PASTI MASUK NERAKA

JAMAAH TABLIGH KESEMUANYA SESAT MASUK NERAKA!!!

IKHWAN MUSLIMIN KESEMUA SESAT MASUK NERAKA!!!

HASAN AL-BANNA PULA ADALAH SYAITON DAN SESAT MASUK NERAKA!!!


KUMPULAN HAMAS SESAT!, PEMBUAT BID'AH DAN MASUK NERAKA!!!


DEMIKIANLAH KENYATAAN FATWA WAHHABI BUKAN SAHAJA MENGHUKUM JAMAAH TABLIGH & IKHWAN MUSLIMIN SEBAGAI SESAT,MASUK NERAKA DAN SYAITAN TETAPI TURUT MENGHUKUM HUKUMAN YANG SAMA TERHADAP KESEMUA KUMPULAN-KUMPULAN YANG LAIN,



DI ATAS ADALAH KITAB WAHHABI MENGUMPULKAN FATWA TOK GURU MEREKA MENGENAI BEBERAPA GOLONGAN. KITAB ITU BERJUDUL " HAZIHI JAMAAAT MIN AL-ITHNAIN WA SAB'IIN FIRQOTAN "

PADA MUKASURAT 11-12 AMAT JELAS AL-WAHHABI SOLEH FAUZAN, NASIRUDDIN AL-ALBANY DAN SEORANG WAHHABI LAIN BERNAMA BAKAR ABU ZAYD MEREKA MENGHUKUM SESAT TERHADAP IKHWAN MUSLIMIN, HASAN AL-BANNA, TURABIYAH, HASAN TURABY, QUTBIYYAH, SYED QUTB, SURURIYAH, MUHAMMAD SURUR, JAMAAH TABLIGH, MUHAMMAD ILYAS, TURATHIYYAH, ABDUR RAHMAN ABDUL KHOLIQ, AL-HADDADIYYAH, MAHMOUD AL-HADDAD, AL-HABASYIYAH, SYEIKH ABDULLAH AL-HABASYI DAN HAMAS, AHMAD YASIN SERTA JAMAAH-JEMAAH YG LAIN DIHUKUM SECARA JELAS OLEH KESEMUA WAHHABI SEBAGAI SESAT, PEMBUAT BID'AH, SYAITAN! DAN PASTI MASUK NERAKA.

Saya( Abu Syafiq ) Inilah Wahhabi mereka mengkafirkan kesemua orang selain mereka bahkan antara mereka juga saling kafir mengkafir.


DI BAWAH INI ADALAH FATWA AL-WAHHABI ABDUL AZIZ BIN BAZ MENGENAI JAMAAH TABLIGH DAN IKHWAN MUSLIMIN YANG DIHUKUM DAN DIFATWAKAN OLEH AL-WAHHABI BINBAZ SEBAGAI KELOMPOK YANG SESAT, BUKAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN PASTI MASUK NERAKA.


DALAM KITAB WAHHABI DI ATAS BERJUDUL " HAZIHI JAMAAAT MIN AL-ITHNAIN WA SAB'IIN FIRQOTAN " PADA MUKASURAT 9-10 AMAT JELAS AL-WAHHABI BINBAZ MENGHUKUM SESAT TERHADAP JAMAAH TABLIGH DAN IKHWAN MUSLIMIN APABILA MENYATAKAN ANTARA JAMAAH TABLIGH DAN IKHWAN MUSLIMIN ADA YANG KAFIR, PELAKU MAKSIAT DAN PEMBUAT BIDAH. YANG PASTI DISISI WAHHABI DAN IBNU BAZ DALAM FATWANYA INI MENGHUKUM JAMAAH TABLIGH DAN IKHWAN MUSLIMIN BUKAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN SESAT MASUK NERAKA.

SYEIKH KISHK: ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT & TOLAK WAHHABI

SYEIKH ABDUL HAMID KISHK MERUPAKAN SEORANG ULAMA TERKENAL DI TANAH MESIR.
TERKENAL DENGAN GELARAN SYEIKH عبدالحميد كشك


Sila klik di atas dan fokuskan pada minit ke 50 hingga 108. Amat jelas Syeikh Kishk ini menyatakan aqidah Islam bukan Allah di langit, Allah juga bukan di atas Arasy tetapi Allah wujud tanpa bertempat, Dia yang mencipta tempat dan Allah Wujud Tanpa Bertempat.

Bagi ustaz-ustaz melayu kita yang belajar di University Al-Azhar pada tahun 70an hingga 90an amat kenal dengan Syeikh Kishk ini.

Aqidah islam : Allah Wujud Tanpa Bertempat.

09 June, 2008

TERGENANG AIR MATAKU TATKALA MENDENGAR NYA




KEMATIAN PASTI DATANG

Klik Di Atas Untuk Dengar Suara Tuan Guru Syeikh Jamil Halim Mengenai Kematian

06 June, 2008

JOM BER-FORUM BERSAMA ABU SYAFIQ

MARI BERSAMA KITA BERBINCANG



Layari: http://al-islam.proboards84.com/

Demi Kebaikan Islam Sejagat. Kini Blog Abu Syafiq Mengajak Untuk Sama-sama Kita Ber-Forum Demi Kebaikan Islam. Mungkin Wujud Jalan Penyelesaian Untuk Umat Islam Khususnya Di Malaysia.

Untuk Ber-Forum Dan Berbincang Sila Layari:
- http://al-islam.proboards84.com/

- http://al-islam.proboards84.com/

- http://al-islam.proboards84.com/

03 June, 2008

WAHAI AIMAN YUSUF...masihkah kau Wahhabi?

KISAH BENAR BERDEBAT DENGAN WAHHABI


DI ATAS ADALAH GAMBAR TOK GURU WAHHABI DI MALAYSIA YANG MEMPUNYAI PELBAGAI KES BERNAMA AIMAN YUSUF AD-DAQQOQ.



DI ATAS PULA KELIHATAN SEORANG WAHABI 'KADAZAN' BERNAMA ARIF NAZRI DUDUK BERSEBELAHAN DENGAN TOK GURUNYA ALWAHHABI.


KISAH BENAR BERDEBAT DENGAN WAHHABI

Teringat saya dalam 2 tahun lepas berlaku perjumpaan bersama kedua-dua Wahhabi di atas. Perjumpaan itu pada asalnya disusun oleh seorang pelajar melayu UIAM bernama Yusuf.
Pada mulanya Yusuf tu datang bertemu dengan saya dan berhujah sedikit dengan saya sambil membawa fotostat kitab karangan Az-Zahaby berjudul AL-'ULUW.Tetapi dia tak bukak dan tak baca pun kitab tu.
Ini kerana dia telah terpengaruh dengan kedua Wahhabi di atas. Pada masa itu juga bagi saya saudara Yusuf tu baik orangnya & mahukan kebenaran, ini kerana dia menerima akidah Islam bahawa zat Allah tidak dilingkupi oleh tempat dan DIA MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH setelah tamat perbincang.
Peristiwa itu disaksikan oleh beberapa orang dan dirinya sendiri ( Yusuf ) tahu kisah sebenar.
Sekiranya dia kata dia tidak mengucap 2 kalimah syahadah ketika itu, paling kurang dia akui pegangan yang dia pegang sebelum ini (aqidah Wahhabi) adalah salah.

Kemudian apabila disyorkan untuk bertemu sahabat-sahabatnya yang juga terpengaruh dengan akidah Wahhabi, Yusuf pun menyusun perjumpaan pada malam itu juga selepas Isyak.

DEBAT
Susunan perjumpaan tidak lah terlalu rasmi kerana tiada surat, tidak dinyatakan nama panel tukang bercakap,cepat-cepat pada malam tu jugak dan pelbagai lagi. Tempatnya ditentukan di dewan @ bilik besar dalam masjid UIAM Gombak di depan tempat imam.
Majlis tu dipengerusikan oleh Yusuf melayu tu sendiri.

Dua orang wakil dari pihak Wahhabi iaitu Aiman Yusuf Ad-Daqqoq, dia adalah orang bangsa arab Syiria yang tidak belajar dan tidak mengajar di UIAM tetapi stay berulang-alik ke UIAM untuk buat kelas Wahhabi kepada pelajar UIAM tanpa keizinan rasmi dari pihak UIAM, dan seorang lagi Wahhabi 'kadazan' bernama Arif Nazri yang mengaku & mendakwa secara palsu kononnya sebagai Imam Besar Masjid UIAM Gombak, tetapi pada hakikatnya tidak pernah dilantik pun. (Sila lihat gambar mereka di atas).

Maka berlaku lah hujah menghujah. Siapa yang menang tu keputusannya sudah pasti penyokong masing-masing jadi hakim sendiri sebab tiada hakim rasmi. Bila kita tanya puak Wahhabi yang datang waktu debat tu sudah pasti mereka akan kata Wahhabi OK, tetapi bila kita tanya pada orang awam dan penyokong Sunnah Sebenar yang datang pada waktu itu mereka akan kata Wahhabi macam KALAH TERUK.

WAHHABI DAH TAK JADI WAHHABI DALAM DEBAT TU
Ini kerana dalam debat itu Aiman Yusuf mengakui bahawa dia tidak tetapkan (tidak ithbatkan) arah, jihah, penjuru bagi Allah. Bahkan dalam perdebatan itu dia terang-terang mengatakan طلقتها بالثلاثة
yang dimaksudkan "Aku tolak jihah bagi Allah". Saya pasti yang hadir ketika itu amat jelas mendengar bahawa Aiman Yusuf menafikan jihah dan arah bagi Allah.

Paling best bila saya dengar semula rakaman malam tu adalah bila Wahhabi 'kadazan' yang bernama Arif Nazri mengatakan ' Allah Itu Bertempat ' lantas terus Aiman Yusuf marah lalu mengatakan: ' Kami Tidak Sandarkan Tempat Pada Allah...Kita Tidak Katakan Begitu...!
..dengan tegas Aiman Yusuf pulak nafikan tempat bagi Allah tetapi Arif Nazri tu (geng mrk sendiri) kata Allah Bertempat plak..adui...

Pada malam debat tu jelas mereka hentam sama sendiri.
Ini semua ada dalam rakaman dan semua pihak yang rakam pada malam tu boleh dengar sendiri Tok Guru Wahhabi Aiman Yusuf Ad-Daqqoq menafikan jihah, arah, tempat bagi Allah.
Sebenarnya malam itu perbincangan lebih kepada topik ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT dan Pengerusi dengan persetujuan dua pihak bersetuju untuk mengadakan perjumpaan kedua mengenai tajuk WAHHABIYAH.
Perdebatan ditangguh Pengerusi kerana jam telah melebihi 12 malam walaupun kedua ahli panel sanggup bincang sampai pagi.
Kemudian minum-minum salam-salam pastu bersurai.

PERSOALANNYA....BILAKAH PERDEBATAN KEDUA AKAN DIADAKAN SEBABNYA SAYA NAMPAK AIMAN YUSUF WAKIL WAHHABI BERBUAK-BUAK MAHUKAN PERDEBATAN PASAL TAJUK KEDUA TU SETELAH KALAH PADA TAJUK PERTAMA SAMBIL MENGAKUI BAHAWA ALLAH WUJUD TANPA BERJIHAH TANPA BER ARAH.

SYIAH & WAHHABI. Siapa Lebih Bahaya?






Kedua kelompok pelampau agama ini ( Wahhabi & Syiah ) saban kurun menyusahkan umat Islam. Mereka terlalu banyak memburukkan nama dan pandangan terhadap agama Islam di kaca mata dunia. Perang yang berlaku mesti wujud pembunuhan & perbalahan besar antara dua pihak ini. Sebut lah dimana? bagaikan anjing dengan kucing yang selalu bersekedudukan dalam satu kandang.
Syiah ada kesesatan tersendiri. Wahhabi pula terlalu banyak kesesatan yang disebar tetapi tidak dibendung di Malaysia.

Yelah..Syiah dah di haramkan di Malaysia.
Negara kita akan jadi seperti Iraq atau lebih teruk sekiranya puak Wahhabi juga tidak dibendung. Siapa Wahhabi? mesti ada yang bertanya.
Jawapannya..Mufti Perlis tu Wahhabi lah. alaa yang di tulis dia kata dia bukan Wahhabi tu samalah mcm Syiah di Malaysia yang kata kami Ahlus Sunnah. Kedua puak ini penipu belaka.
Buktinya terpampang depan mata kesemua masyarakat yang prihatin hal Syiah & Wahhabi ini amat berterang lagi bersuluh.

Berdasarkan kajian detail dan ilmiah antara Syiah dan Wahhabi ini siapa yang lebih bahaya. Jawapannya berdasarkan 3 keadaan:

1- Lihat secara rambang kedua-duanya bahaya dan perlu ditangani dengan segera. Yelah..sebab kedua-duanya ada penyelewengan aqidah masing-masing.

2- Tengok dari segi pengharaman terhadap Syiah oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan amalan Syiah yang melampau maka Syiah lah lebih bahaya. Lagipun Syiah ada pelbagai kesesatan yang tersendiri.

3- Meneliti kajian secara ilmiah dan kajian lapangan kita akan dapati bahawa Wahhabi lah yang lebih bahaya. Ini kerana sekiranya di matematikkan susunan kesesatan Syiah dan Wahhabi. Wahhabi akan mendapat ranking yang tinggi dalam hal mengucar-kacirkan masyarakat dalam pelbagai hukum agama dan membawa kepada pembunuhan yang jelas serta peperangan terhadap pemerintah secara lebih extrime. Sekarang di Malaysia telah terbukti...di mana sahaja ada Wahhabi di situ ada pertelingkahan tegar.

maybe yang ke 3 itu lebih tepat.

wassalam.

www.abu-syafiq.blogspot.com

02 June, 2008

SYEIKH SYA'ROWY HENTAM&TOLAK WAHHABI

SILA KLIK UNTUK LIHAT VIDEO SYEIKH SYA'ROWY TOLAK WAHHABI DAN MENYIFATKAN WAHHABI YANG NAK BUANG KUBUR NABI SEBAGAI BODOH.


Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?