21 July, 2008

Kenyataan Rasmi JAKIM: Wahhabi Adalah Musyabbihah




JAKIM: AWAS! WAHHABI ADALAH MUSYABBIHAH


Rujuk sepenuhnya di :
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/0/333B620BF2A286854825747B003E17EF

Golongan musyabbihah dari zaman dahulu lagi, sebelum kedatangan Ibn Taimiah hinggalah dewasa ini sentiasa bertungkus- lumus untuk menyatakan bahawa Allah Ta’ala ada bertempat dengan menggunakan istilah-istilah yang berbeza. Di kalangan mereka berhujahkan dengan ayat al Quran الرحمن على العرش استوى dengan menafsirkan ayat tersebut mengikut hawa nafsu mereka atau mengikut ulama-ulama musyabbihah wahabiah, dan banyak lagi hujah-hujah mereka yang batil untuk mensabitkan ‘tempat’ bagi Allah.

Mereka(golongan musyabihah) juga mengatakan Allah ada tempat tapi tempatNya bukanlah seperti tempat-tempat makhluk, atau pun tempatNya Dia sahaja yang tahu. …Subhanallah …manusia jenis apakah yang mengatakan sedemikian sehingga ada niat yang jahat untuk mengatakan Allah mempunyai tempat. Dari hujah manakah mereka ambil sehingga boleh menghukumkan orang yang berpegang aqidah ‘Allah ada tanpa bertempat’ ini dari Muktazilah dan Jahmiah?.

Kenyataan yang mengatakan ‘aqidah Allah ada tanpa bertempat’ adalah aqidah Muktazilah’ bererti telah menghukum salah seorang sahabat Nabi iaitu Saidina Ali sebagai muktazilah, kerana beliau telah menafikan ‘tempat’ bagi Allah. Saidina Ali telah berkata:

كان الله ولا مكان

Maknanya: Allah ada tanpa tempat

Status
Selesai - Paparan Web.
Nombor Rujukan
PANEL SJAI 090708
Tarikh Selesai
09/07/2008 12:18 PM

Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM

Rujuk Kenyataan Rasmi JAKIM tersebut sepenuhnya di:
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/0/333B620BF2A286854825747B003E17EF

09 July, 2008

Jawapan Dr. Umar Abdullah Kamil Mengenai Hadith Al-Jariah


Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam pernah mengajukan pertanyaan kepada seorang budak perempuan milik Mua'wiyah bin Al-Hakam As-Sulamy sebagai ujian keimanan sebelum ia dimerdekakan oleh tuannya iaitu Mu'awiyah :

Artinya :

Baginda ( Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wasallam ) bertanya kepadanya :
"Di manakah Allah?"

Jawab budak perempuan : "Di langit."

Baginda bertanya (lagi) : "Siapakah Aku ..?".

Jawab budak itu : "Engkau adalah Rasulullah."

Baginda bersabda : "Merdekakan ia ! .. karena sesungguhnya ia mu'minah (seorang perempuan yang beriman)".

Hadits dikeluarkan oleh Jama'ah ahli hadits.

Macam mana kita nak tafsir hadis ini.Sedangkan kita tahu Allah wujud tanpa memerlukan tempat.Harap yang alim dapat bantu.


Bismillah...Alhamdulillah...Selawat dan Salam buat Kekasih Allah...


Dr Umar Abdullah Kamil menjelaskan:

Hadis tersebut mempunyai banyak turuq (laluan hadis melalui sanad-sanadnya). Ini membuktikan bahawa, matan (lafaz) hadis tersebut diriwayatkan secara makna oleh para perawinya. Oleh kerana itulah, terdapat pelbagai lafaz matan yang berbeza tentang hadis tersebut, sedangkan peristiwa tersebut berlaku sekali sahaja. Ini menunjukkan bahawa, kebanyakkan daripada lafaz-lafaz hadis yang berbeza tentang satu cerita yang sama tersebut, diriwayatkan secara makna hadis oleh perawinya, bukan secara huruf demi huruf atau secara lafaz.

Maknanya, lafaz-lafaz hadis yang lahir dari pelbagai turuq (jalan hadis) tersebut tidak tepat seperti apa yang sebenarnya berlaku pada ketika itu, dan ianya hanya diriwayatkan secara makna, sedangkan lafaz hadis tersebut tidak tepat dengan apa yang berlaku. Ini kerana, mustahil lafaz-lafaz hadis yang berbeza dari pelbagai jalan-jalan hadis yang berbeza, tentang satu cerita yang sama, merupakan lafaz hadis yang asli, kerana boleh jadi, satu sahaja dari lafaz tersebut yang asli, ataupun keswemuanya hanya diriwayatkan secara maknanya sahaja.

Jika kita lihat hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim tersebut, di mana soalan Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam kepada perempuan jariah tersebut tentang di mana Allah? merupakan suatu lafaz dari perawi-perawi hadis yang diambil hadis tersebut oleh Imam Muslim, kerana hadis tersebut diriwayatkan secara makna, di mana, gambaran yang penting dalam cerita tersebut ialah tentang seorang perempuan jariah dimerdekakan oleh Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam, setelah terbukti keislamannya.

Adapun lafaz pertanyaan Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam "di manakah Allah?", dalam hadis riwayat Imam Muslim ini, merupakan suatu pertanyaan yang tidak benar dinisbahkan kepada Nabi Sollallahu 'Alaihi Wasallam, kerana beberapa alasan yang kukuh.

Pertama: Ia bertentangan dengan aqidah Islam seperti yang diajarkan oleh Al-Qur'an dan As-Sunnah, di mana Al-Qur'an menceritakan bahawa, Allah lah yang menciptakan langit dan bumi. Oleh itu, sebelum Allah menciptakan langit dan bumi, jelaslah Allah wujud tetapi tidak bertempat. Jadi, Allah yang bersifat tidak bertempat dan qadim, mustahil mengambil tempat di atas langit setelah kewujudan langit, kerana Allah yang Qadim mustahil mengambil tempat pada yang baharu seperti langit.

Begitu juga dengan Hadis Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam, di mana Baginda Sollallahu 'Alaihi Wasallam menerangkan Allah tetap sama dari sebelum alam wujud sehinggalah setelah wujud.

Jadi, tidak mungkin persoalan di mana Allah, boleh dinisbahkan kepada Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam, sedangkan Baginda Sollallahu 'Alaihi Wasallam lah yang menceritakan tentang kewujudan Allah tanpa bertempat.

Kedua: Adapun jika kita lihat petunjuk hadis tersebut' dari jalan-jalan hadis yang berbeza, dan lafaz-lafaznya yang berbeza, kita akan dapati bahawa, ia mengisahkan di mana Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam cuba bertanya tentang bukit-bukti menunjukkan perempuan jariah (budak perempuan) tersebut sudah memeluk Islam atau belum.

Jadi, persoalan Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam "di mana Allah?" tidak ada kaitannya dalam membuktikan islam atau tidak islamnya seseorang. Ini kerana apabila ditanya tentang di mana Allah, ada di kalangan orang-orang kafir juga yang boleh menjawab Allah di atas langit, kerana kebanyakkan orang-orang kafir musyrik Mekkah mendakwa beriman dengan Allah, namun menyembah selain daripada Allah.

Jadi, adakah soalan, di manakah Allah, dapat membezakan seseorang yang ditanya tersebut adalah seorang muslim ataupun tidak, kerana soalan tidakpun mengandungi unsur-unsur tauhid yang membezakan antara muslim dan kafir.

Jadi, andaian kita bahawa, lafaz persoalan tersebut dari perawi hadis, yang meriwayatkan hadis tersebut secara makna, kerana apa yang ingin disampaikan dalam hadis tersebut, ialah makna hadis tersebut, di mana Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam memerdekakan seorang hamba yang telah memeluk Islam.

Adapun lafaz yang sahih, untuk dinisbahkan kepada Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam, ialah seperti yang terdapat melalui jalan hadis dan yang lain di mana Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bertanya kepada perempuan tersebut: "Adakah kamu beriman kepada Allah?", lantas perempuan tersebut menjawabnya dengan lafaz tauhid, bahawa dia beriman dengan Allah, satu-satunya Tuhan yang selayaknya disembah" dan sebagainya. Maka, inilah lafaz hadis yang sahih untuk dinisbahkan kepada Sollallahu 'Alaihi Wasallam, kerana ianya tidak bertetangan dengan usul Islam dan sampai kepada maksud untuk membuktikan bahawa perempuan itu telahpun memeluk Islam.(Bolehlah rujuk hadis ini, dengan lafaz-lafaz yang berbeza dalam kitab-kitab hadis).

TAMAT.

-Dipetik dari email seorang hambaAllah dan diedit beberapa perkataan seperti S.A.W ditukar kepada Sollallahu 'Alaihi Wasallam kerana nama Allah tidak sepatutnya diringkaskan. Diedit juga beberapa perkataan yang lain tetapi tidak mengubah kepada makna asal.

08 July, 2008

Pandangan Asri Tentang MUBAHALAH Pandangan Yang Entah Apa-apa


MUFTI PERLIS MOHD ASRI YANG TAK TAHU PASAL MUBAHALAH TETAPI MENGADA-GADA BERCAKAP MENGENAINYA.

ISLAM HANYA MENGHORMATI PANDANGAN YANG MENEPATI SYARAK BUKAN PADA PANDANGAN YANG DUNGGU LAGI BERCANGGAH DENGAN ISTILAH HUKUM SYARAK.

Pada asalnya bagi Asri Al-Wahhabi ini mencelah dalam beberapa kes di negara kita ini boleh menaikkan lagi namanya dipesada kemasyhuran. Namun dia tersilap apabila perkara agama yang hendak dikaitkan dengan isu terbabit telah menyerlahkan lagi kejahilan seorang yang bergelar MUFTI seperti Asri Al-Wahhabi.
Kesian mufti-mufti yang lain alim tetapi Asri telah memberi gambaran bahawa jahil pada asas agama pun boleh jadi MUFTI.Perkara ini perlu diperbetulkan!.

Pandangan Asri Al-Wahhabi agar Dato' Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan melakukan Mubahalah dalam isu tuduh menuduh pada jenayah liwat telahpun ditolak oleh insan yang berakal seperti Mufti Perak Dato Harunsani, bekas Mufti Wilayah Perseketuan Dato' Hasyim Yahya dan Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri. JAKIM juga turut menolak fahaman dan pandangan dunggu itu.

Rujuk: http://anwaribrahimblog.com/2008/07/07/mubahalah-tidak-perlu-dilaksanakan-kata-ketua-pengarah-jakim/

Rujuk:
http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15618&Itemid=1

Selainya ianya ditolak oleh 'orang yang ada akal' hukum Islam juga telah lama memberi pengertian Mubahalah sebenar berbeza dengan fahaman cetek Muftary Asri.
Ini kerana tuntutan Mubahalah dilakukan oleh Nabi Muhammad dan sahabat baginda serta ulama Islam pada pertelingkahan dengan golongan yang salah pada perkara agama dan syariat islam BUKAN pada kepentingan sendiri dan BUKAN pada kes tuduh-menuduh!.

* Awas! Mohd Asri turut pemalsukan kenyataan 'nabi bagi wahhabi' Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah. Teks asal Ibnu Qayyim mengenai Mubahalah dalam kitabnya Zad Al-Ma'aad tertera kalimat
إذا قامت عليهم حجة الله
iaitu setelah ditegakkan hujjah Allah (dalil syarak) ke atas mereka. tetapi Asri membuang perkataan Allah disitu maka maknanya menjadi seperti yang Asri sendiri ingin mempublisitikan dirinya secara murah-murahan.

Lihat juga sanggahan ilmiah terhadap Asri dalam hal ini:
http://abu-syafiq.blogspot.com/2008/07/asri-ramai-orang-jahil-pasal-al.html

Wassalam.

www.abu-syafiq.blogspot.com

07 July, 2008

ASRI & RAMAI ORANG JAHIL PASAL AL-MUBAHALAH




MUFTI PERLIS DAN RAMAI WAHHABI JAHIL PASAL AL-MUBAHALAH


Amat memalukan seorang yang bergelar MUFTI memutarbelitkan pelbagai kenyataan agama. Khasnya putaran-belit yang dilakukan berkisar masalah yang amat mudah difahami.
Kemudian diselitkan pula dengan kutukan terhadap ulama juga dibawa fakta palsu langsung tak berdalil.

Mari kita rujuk dan jawap kenyataan pening seorang Wahhabi ini:-

( Sila rujuk kenyaatan Mohd Asri Al-Wahhabi sepenuhnya di:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm )

* Agar jujur dan amanah anda dinasihatkan merujuk teks asal kenyataan Asri Al-Wahhabi juga.


1- Berkata Asri Al-Wahhabi:
" Dalam al-Quran Allah mengajar mubahalah sebagai penyelesaian bagi perbalahan yang tidak diuruskan secara baik dan mengikut peraturan ".

Jawapan/Sanggahan (1):
Takkanlah Nabi Muhammad yang mahu melakukan Mubahalah dengan orang Kristian itu dikatakan Nabi berbalah kerana tidak dapat menguruskannya secara baik??!!
Ini dah menghina Nabi!!

Sebenarnya Mubahalah yang dinyatakan dalam al-Quran bukannya mengajar kita untuk menyelesaikan perbalahan yang tidak diuruskan secara baik seperti yang didakwa oleh Asri Al-Wahhabi, tetapi bertujuan menegakkan kebenaran setelah hujjah diberi kepada pihak yang batil dan bukan untuk menyelesaikan apa-apa perbalahan secara umum.

Buktinya boleh difahami dari ayat surah Aal- Imram ayat 59-61 dan Hadith berkaitan Mubahalah dalam sohih Al-Bukhari serta kisah-kish para ulama berkaitan Mubahalah amat jelas Allah mengajar kita agar melakukan Mubahalah terhadap orang-orang yang sesat atau batil setelah diberikan hujjah dan bukti. Perkara yang sebenar ini amat bercanggah dengan apa yang didakwa oleh Asri Al-Wahhabi.

Amat memualkan apabila kenyataan Asri Al-Wahhabi tadi bercanggah pula dengan apa yang dia sendiri nukilkan dari Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah dalam artikelnya yang sama. Dan tidak pula Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah mendakwa Mubahalah yang diajar adalah untuk penyelesaikan perbalahan yang tidak diuruskan secara baik. Kerana sudah pasti Nabi Muhammad menguruskan apa-apa perbalahan secara baik dan Mubahalah pula adalah cara yang diajar oleh Allah kepada Nabi setelah diberikan hujjah kepada yang dibalahi.

Inilah antara kejahilan Asri Al-Wahhabi tentang MUBAHALAH.



2- Berkata Asri Al-Wahhabi lagi:
" Dalam mubahalah setiap orang akan memohon kelaknatan Allah ke atas dirinya jika dia berada di pihak yang salah. Ini seperti dalam kes tuduh menuduh dalam negara kita sekarang, maka satu pihak diminta menyebut: “Ya Allah! jika aku lakukan apa yang dituduh ke atasku, maka laknatilah aku”. Sementara pihak yang lain menyebut:
“Ya Allah! jika dia tidak lakukan apa yang aku tuduh itu, maka laknatilah aku” ".

Jawapan/Sanggahan (2):
Contoh kesepertian yang diberi oleh Asri Al-Wahhabi amatlah tidak tepat dengan erti Mubahalah sebenar. Pertamanya kerana kes digembar-gemburkan yang berlaku ditanah airkita tersebut tidak dan belum diberikan hujjah oleh mana-mana dari kedua-belah pihak secara rasmi (mahkamah)atau bersemuka dua belah pihak.
Keduanya, Al-Mubahalah sebenarnya bukanlah pada perkara tuduh menuduh seperti yang diberi contoh oleh Asri Al-Wahhabi itu.

Akan tetapi Mubahalah sebenarnya dilakukan pada perselisihan yang berkaitan rapat dan penting dengan syariat Islam, bukan untuk mempertahankan diri sendiri atau marah yang semborono atau kerana perkara dunia.

Amat pelik apabila Asri mengutuk dunia politik dan ahlinya kemudian mengsyorkan tuduh menuduh dalam politik itu diselesaikan dengan cara Mubahalah 'palsu'!!..Sedangkan tiada kaitan langsung antara melakukan Mubahalah dengan kes yang sedang berlaku. Kecuali ini menunjukkan telah terbit orang-orang jahil mengaku alim memberi pandangan bertopengkan agama demi mencari publisiti murahan kemudian menyelitkan dalam kenyataannya perkara-perkara yang palsu lagi batil!.


3- Asri Al-Wahhabi berkata lagi:
" Al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab (tokoh yang dituduh membawa ajaran Wahhabi) pernah mencabar mereka yang menyanggahinya bermubahalah, namun penentangnya enggan ".

Jawapan/sanggahan (3):
Bila seorang Islam memuji Ibnu 'Arabi sebagai Syeikh atau Al-Imam akan kedengaran Wahhabi menuduh si pemuji itu sebagai mulhid,hulul,wahdatul wujud dan pelbagai lagi tuduhan dek hanya kerana menyebut Ibnu 'Arabi sebagai Al-Imam tanpa menyedari bahawa akidah wahdatul wujud dan hulul itu ditolak oleh Ibnu 'Arabi sendiri dan banyak kitab karangan Ibnu 'Arabi dipalsukan juga ditokok-tambah.
Akan tetapi Wahhabi tetap mengkafirkan Syeikh Ibnu 'Arabi dan mengkafirkan sesiapa yang tidak mengkafirkan Ibnu 'Arabi. Tidak tertinggalan juga ramai ulama Islam yang dihukum kafir oleh Wahhabi seperti Imam Hasan Al-Banna, Al-Asya'irah, seluruh ulama Islam dan umatnya habis dikafirkan semua oleh Wahhabi walaupun kekadang mereka akan nafikan dihadapan khalayak ramai demi menjaga kedajalan mereka berbohong dan berputar-belit.

Nah! apabila Mufti Perlis Mohd Asri Bin Abdul Talib ini yang jelas berakidah salah ( Allah Duduk ) dan menghidupkan pelbagai susunan ilmu salah berteraskan agama Wahhabi seterusnya sering menamakan pengasas Wahhabi sebagai AL-IMAM sudah tentunya (mengikut kaedah mereka sendiri) kita juga boleh menamakan si pengkhianat ini sebagai WAHHABI!

Kemudian dakwaan kamu wahai Asri Al-Wahhabi kononnya Muhammad Bin Abdul Wahhab pernah mencabar ulama yang menyanggahinya agar bermubahalah tetapi ulama-ulama itu atau penentangnya enggan...dimana fakta sejarah ini??! siapa nama mereka yang enggan itu???!dalam kitab apa disebut peristiwa itu??!!
Jangan berbelit nanti anda terlilit!

Saya nantikan jawapan ini dari Asri agar kita sama-sama boleh berkongsi maklumat antara kebenaran fakta dan kebohongan Ibnu Abdul Talib!

ATAU...........

kita berdua " BERMUBAHALAH " sahaja!!!



www.abu-syafiq.blogspot.com

05 July, 2008

HIMPUNAN FATWA KEBANGSAAN & JAKIM MENGENAI AJARAN WAHHABIYAH





KENYATAAN JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN & JAKIM MENGENAI
AJARAN WAHHABIYAH


KERAJAAN MALAYSIA MENOLAK DAN MENYEKAT AJARAN WAHHABIYAH BERDASARKAN:

1- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-12 PADA TAHUN 1985,

2- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-14 PADA TAHUN 1985,


3- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-16 PADA TAHUN 1986,

4- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-40 PADA TAHUN 1996,


5- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-42 PADA TAHUN 1997,

6- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-44 PADA TAHUN 1998,


7- MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-14 PADA TAHUN 2000,

8- MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-20 PADA TAHUN 2002,


9- MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-23 PADA TAHUN 2003.

KESEMUA KEPUTUSAN ADALAH MENYEKAT AJARAN WAHHABIYAH KERANA MENGGUGAT PERPADUAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA.


SUMBER DARI:

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

DAN

JAWATANKUASA PENYELARASAN PENYELIDIKAN ISLAM KEBANGSAAN (JAPPIS)

02 July, 2008

Menjawab Tuduhan Palsu Terhadap Syeikh Al-Muhaddith Al-Harari


Oleh: alhanief
Dipetik dari: www.al-islam.proboards84.com
Blog: www.al-hanief.blogspot.com

Alhamdulillah, Wassolatu Wassalam ‘ Ala Rasulillah.

Awwalan, saya mengharapkan sesiapa yang membaca tulisan ini agar menghadirkan keikhlasan dalam diri bertujuan menegakkan kebenaran dan bukan mencari pertelingkahan buruk juga fitnah yang tidak henti-henti. Diharap agar para pembaca mengfokuskan pada setiap tulisan dan jawapan serta mengkaji dan menilai ianya dengan penuh amanah dan jujur.

Keduanya, untuk makluman pembaca, saya akan nukilkan tuduhan-tuduhan terhadap Syeikh Abdullah Al-Harari dari tulisan si penuduh sendiri pada beberapa helaian kertas yang kini ianya ada pada tangan saya ( bukan website atau majalah ) tanpa mengubahnya, kemudian saya akan menjawab tuduhan-tuduhan palsu tersebut secara ilmiah bersumber dari rujukan kitab Syeikh Abdullah Al-Harari sendiri.

Disini juga saya menasihatkan diri saya dan para pembaca bahawa wajib ke atas kita mempelajari ilmu agama dari para ilmuan yang thiqah dan amanah lagi adil agar ilmu yang kita sampaikan jua diberkati Ilahi.
Sabda junjungan besar kita Nabi Muhammad:
" يحمل هذا العلم من كل خلف عدوله ينفون عنه تحريف الغالين وانتحال المبطلين و تأويل الجاهلين".


Jawapan Ilmiah Ke Atas Tuduhan Palsu Terhadap Syeikh Al-Muhaddith Abdullah Al-Harari Al-Habasyi.


Kenyataan Penuduh ( 1 ):

“ Al-Habasyi mendakwa bahawa Jibril yang mengungkapkan lafaz-lafaz al-Quran dan bukan Allah. Maka al-Quran menurut dakwaan mereka adalah bukan kalam Allah tetapi merupakan ibarat daripada kalam Jibril sebagaimana termaktub dalam kitab al-Habasyi
Izhar al-Aqidah al-Sunniyah hal. 591”.

Mari kita rungkaikan ayat penuduh di atas dan menjawabnya secara ilmiah ;-

1- Penuduh memfitnah kononnya Syeikh Al-Habasyi mendakwa al-Quran bukan kalam Allah.

2- Penuduh memfitnah kononnya Syeikh Al-Habasyi dan anak-anak murid beliau mendakwa al-Quran adalah ibarat daripada kalam Jibril.

3- Penuduh mendakwa kesemua kenyataan tersebut di atas termaktub dalam kitab Syeikh Al-Habasyi berjudul Izhar al-Aqidah al-Sunniyyah pada halama 591.


Jawapan ilmiah ( 1 ) :

Setelah mengkaji kitab-kitab Syeikh Al-Habasyi termasuk kitab Izhar al-Aqidah al-Sunniyyah pada setiap halaman didapati tiada satupun kenyataan seperti yang dituduh dalam mana-mana karangan Syeikh Al-Habasyi sama ada secara lafaz ataupun makna.
Tetapi yang wujud amat berbeza dengan apa yang dituduh, yang pastinya kenyataan Syeikh Al-Habasyi bahawa al-Quran adalah Kalam Allah banyak terdapat dalam kitab karangan beliau dan ini teks-teksnya:-

1-
" فقول المؤلف ( الامام الطحاوي ) و ان القرءان كلام الله منه بدا بلا كيفة قولا معناه أن القرءان من الله بدا أي
ظهرأي انزالا على نبيه ".
Erti: “ Kenyataan Imam At-Tohawi : ‘ al-Quran itu merupakan Kalam Allah daripadaNya bada kata-kata tanpa berbentuk’ maknanya al-Quran itu daripada Allah bada iaitu terbit bererti diturunkan ke atas nabiNya ”.

2-
" فقولنا القرءان كلام الله "
Erti: “ Maka kenyataan kita al-Quran adalah Kalam Allah ”.

Kedua-dua kenyataan Syeikh Al-Habasyi di atas tadi tertera dalam kitab beliau Izhar al-Aqidah al-Sunniyyah cetakan ketiga Da Al-Masyari’ tahun 1417H-1997M pada halaman 83.

Ini membuktikan bahawa dakwaan si penuduh adalah dusta.


Begitu juga di dalam kitab Syeikh Al-Habasyi berjudul Bughyah Tolib cetakan ketiga Dar Al-Masyari’ tahun 1416H-1996M pada halam 18 tertera kenyataan Syeikh yang amat bercanggah dengan apa yang difitnah oleh si penuduh dan ini dia teks Syeikh Al-Habasyi:-

Teks Syeikh Al-Habasyi (1) : -
"القرءان والتوراة والإنجيل والزبور وسائر كتب الله إن قصد بها الكلام الذاتي فهي أزلية ليس بحرف ولا صوت وإن قصد بها اللفظ المنزل الذي بعضه بلغة العرب وبعضه بالعبرانية وبعضه بالسُّريانية فهو حادث مخلوق لله لكنها ليست من تصنيف ملَك ولا بشر".

Erti: “ al-Quran, Taurat, Injil Zabur dan seluruh kitab-kitab Allah, sekiranya semua itu dimaksudkan dengan Kalam Allah Yang Zatiy (sifat Kalam Allah) maka ianya adalah azali tiada permulaan dan bukan berhuruf dan tidak juga dengan suara, dan sekiranya di maksudkan semua itu dengan Lafaz al-Munazzal (lafaz yang diturunkan) yang mana sebahagiannya berbahasa Arab,Ibraniyah dan Suryaniyah maka ianya adalah ciptaan Allah tetapi perlu diingatkan bahawa (al-Quran, Taurat, Injil, Zabur dan seluruh kitab Allah) bukanlah dari karangan mana-mana malaikat dan bukan juga karangan manusia”.


2-Teks Syeikh Al-Habasyi (2) : -

فهي عبارات عن الكلام الذاتي الذي لا يوصف بأنه عربي ولا بأنه عبراني ولا بأنه سرياني وكلٌّ يطلق عليه كلام الله"
Erti: Lafaz al-Munazzal itu adalah menunjukkan kalam Allah Yang Zatiy ( sifat Kalam Allah ) yang mana sifat Kalam bagi Allah itu tidak harus dikatakan sebagai bahasa Arab atau bahasa Ibrani atau bahasa Suryani dan ketahuilah bahawa kedua-duanya adalah kalam Allah.

Kenyataan Syeikh Al-Harari tersebut amat jelas beliau beraqidah bahawa al-Quran itu adalah kalam Allah, tidak kiralah apa yang hendak dimaksudkan samaada sifat kalam Allah ataupun Lafaz al-Munazzal, al-Quran tetap kalam Allah.

Berkata Syeikh Al-Muhadditn Al-Harari Al-Habasyi lagi pada hal ini seperti termaktub dalam kitab beliau berjudul Syarhul Qawim Fi Halli Alfaz Sirotul Mustaqim cetakan pertama Dar Masyari’ tahun 1419H-1999M halaman 128 teksnya:

"صفة الكلام القائمة بذات الله تعالى يقال لها كلام الله واللفظ المنزل الذي هو عبارة عنه يقال له كلام الله والإطلاقان من باب الحقيقة"
Erti: “ Sesungguhnya sifat kalam bagi zat Allah ta’ala dinamakan sebagai Kalam Allah dan begitu juga Lafaz al-Munazzal yang menunjukkan kepada sifat kalam Allah dinamakan sebagai Kalam Allah, sandaran kedua-dua itu sebagai Kalam Allah adalah
dari segi hakikat kebenaran”.

Kenyataan di atas merupakan pembuktian bahwa dakwaan penuduh kononnya Syeikh Al-Habasyi dan anak-anak murid beliau mendakwa al-Quran adalah ibarat daripada kalam Jibril (rujuk tuduhan nom 2) merupakan tuduhan yang palsu kerana amat jelas Syeikh Al-Habasyi mengatakan al-Quran itu juga adalah ibarat yang menunjukkan kepada Kalam Allah dan bukan kalam Jibril.

Pada kehematan para pengkaji pastinya amat jelas pendirian dan pegangan Syeikh Al-Habasyi mengenai al-Quran dan bukanlah seperti yang dituduh.
Sekali lagi saya memohon kepada sesiapa yang menuduh dan memfitnah Syeikh Al-Habasyi agar membawa teks asal dari kitab Syeikh sendiri dan bukan dari orang ketiga yang tiada amanah.

* Perkara yang amat memalukan si penuduh adalah apabila penuduh mendakwa kononnya kenyataan Syeikh Al-Habasyi termaktub dalam kitabnya berjudul Izhar al-Aqidah al-Sunniyyah pada halaman 591. Apabila di lihat kesemua cetakan pada buku tersebut tidak adapun sampai halaman 500, bagaimana pula boleh wujud halaman 591?!.
Siapa yang mewahyukan kepada si penuduh?! Ruh Muhammad Bin Abdullah Wahhab ke yang bangkit dari kubur datang memwahyukan kepada si penuduh?! atau kasyaf automatical dari si penuduh sendiri?!.

Sebenarnya halaman kesemua kitab tersebut hanya sampai kepada 371 atau 380 halaman mengikut cetakan-cetakan yang berbeza dan tidak wujud halaman 591!.

Pembaca sekalian, tuduhan palsu itu sebenarnya satu fitnah berbodyguardkan hasad dan dengki terhadap ulama Islam Syeikh Abdullah Al-Harari Al-Habasyi.

Busuk sungguh hati si penuduh terhadap ulama Islam. Lagilah tuduhan tanpa bukti itu pada perkara aqidah.
Ini berbeza dengan tindakan ulama Islam apabila menolak fahaman sesat seperti Syiah & Wahhabi, mereka akan menyatakan secara jelas dan terang dinukilkan secara fakta dan dinilai secara ilmiah tanpa tuduhan dan fitnah walaupun terhadap musuh Islam sendiri.

Amat jelas akibat buruk apabila seseorang itu tidak memahami ilmu aqidah khususnya permasalahan sifat Kalam bagi Allah.
Mereka akan semborono menuduh ulama tanpa memahami perbincangan ulama secara displin ilmu dan jujur.

Ketahuilah antara aqidah Islam adalah Allah ta’ala bersifat Kalam ( berkata-kata ) tanpa huruf dan tanpa suara, manakala kita manusia berbicara dan bercakap mengunakan huruf dan suara. Inilah yang dinyatakan oleh seluruh ulama Islam antaranya Imam Abu Hanifah di dalam kitabnya berjudul Fiqhul Absot :
"ويتكلم لا ككلامنا نحن نتكلم بالآلات من المخارج والحروف والله متكلم بلا ءالة ولا حرف"
Bermaksud: : “ Dan (Allah) berkata-kata tidak seperti kita (manusia) berkata-kata, kita bercakap mengunakan alat-alat dari tempat keluar huruf dan dengan huruf, Allah pula berkata-kata tanpa mengunakan apa-apa alat dan tanpa huruf ”.

Alhamdulillah kerana aqidah kami, Syeikh Abdullah Al-Harari, Imam Abu Hanifah dan seluruh ulama Islam yang lain adalah sama.

* Wa akhiran,
dalam menjawab tuduhan ( 1 ) perlu direnung beberapa perkara.
Yang sepatutnya dilakukan oleh si penuduh dalam hal ini adalah mengawasi orang awam daripada berpegang dengan aqidah Wahhabi
kerana Wahhabi beraqidah salah:
(Allah bersifat kalam dan sifat kalam Allah adalah dengan berhuruf dan suara yang berbeza-beza berlaku pada zat Allah sesuatu yang baharu dan ada kalanya Kalam Allah itu terputus-putus kemudian ada semula kemudian terputus-putus).
Lihat kitab Wahhabi berjudul Kawasyhiful Jaliyah ‘Ala Ma’ani Al-Wasitiyah mukasurat 220 dan kitab Wahhabi Najatul Khalf halaman 25.

Begitu juga Wahhabi memalsukan kitab As-Sunnah dan menyatakan aqidah mereka pada kitab tersebut m/s 77 (terjemahan teks Wahhabi): “ Allah berkata-kata dengan nabi Musa, dan sifat kalam Allah menggunakan mulut Allah, dan peristiwa penyerahan kitab Taurat berlaku dengan tanganNya ke tangan Musa ”.

Adakah Wahhabi hendak samakan Allah dengan bos yang memberi watikah kepada anak buahnya seperti Wahhabi mendakwa Allah lendik duduk atas arasy?!!
Maha suci Allah daripada kata-kata pelampau agama.

Mentahzir dan berjaga-jaga dengan aqidah sesat Wahhabi…inilah yang sepatutnya dilakukan oleh kita dan si penuduh jua. Bukannya memfitnah dengan menuduhkan tuduhan-tuduhan palsu tanpa bukti lagi khianat.

Akan bersambung pada menjawab tuduhan seterusnya…

Allahu Subhanahu Wata’ala A’la Wa A’lam.

Sila komen secara ilmiah di: http://www.al-islam.proboards84.com/index.cgi?board=vs&action=display&thread=65&page=1
www.al-hanief.blogspot.com

Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?