26 August, 2008

Sejarah HITAM Wahhabi Berdasarkan Fakta Sejarah Tulen (3)







FAKTA SEJARAH MEMBUKTIKAN KEZALIMAN WAHHABI DI MEKAH AL-MUKARRAMAH MEMBUNUH UMAT ISLAM BERDASARKAN BUKU SEJARAH WAHHABI SENDIRI

(Edisi Sejarah HITAM Wahhabi Di Mekah Al-Mukarramah)

Setelah Wahhabi menyerang kota Thoif dan membunuh umat Islam dan ulamanya disana. Wahhabi menyerang tanah yang mulia Mekah Al-Mukarramah pula tahun 1803M : 1218H seperti yang dinyatakan oleh pengkaji sejarah Abdullah bin Asy-Syarif Husain dalam kitabnya berjudul Sidqul Akhbar Fi Khawarij Al-Qorni Thaniy 'Asyar. Manakala pengkaji sejarah Wahhabi bernama Uthman Ibnu Basyir Al-Hambaly An-Najdy menyatakan kejadian tersebut berlaku pada tahun 1220H dalam kitabnya Tarikh Najad. Dalam kedua-dua kita sejarah tadi menceritakan kezaliman Wahhabi di tanah suci Mekah antaranya:



KEZALIMAN DILAKUKAN OLEH WAHHABI DI KOTA MEKAH:-

- Pada bulan Muharram 1220H bersamaan 1805M Wahhabi di Mekah membunuh umat Islam yang menunaikan ibadah haji.

- Ibu-ibu penduduk kota Mekah dipaksa menjual harta hak milik masing-masing untuk menebus kembali anak-anak mereka yang masih kecil ditangkap oleh Wahhabi.

- Penduduk Mekah kelaparan kerana keadaan begitu zalim dilakukan oleh Wahhabi sehingga kanak-kanak mati kelaparan berkelimpangan mayat-mayat mereka.

- Pengkaji sejarah & merupakan golongan Wahhabi juga (Uthman An-Najdy) menyatakan bahawa Wahhabi menjual daging-daging keldai dan bangkai kepada penduduk Islam Mekah dengan harga yang tinggi dalam keadaan mereka kelaparan. Sungguh dihina umat Islam Mekah ketika itu.

( RUJUK FAKTA SEJARAH DI ATAS YANG DINYATAKAN TADI DALAM KITAB PENGKAJI WAHHABI SENDIRI BERNAMA UTHMAN IBNU BASYIR AL-HAMBALY AN-NAJDY DALAM KITABNYA BERJUDUL 'INWAN AL-MAJDY FI TARIKH NAJAD JUZUK 1 MUKASURAT 135, RUJUK JUGA KITAB YANG TELAH DISCAN DI ATAS ).

25 August, 2008

Kalimah Tauhid DiHina, Wahhabi Redho (bergambar)







Wahhabi dan beberapa sahabat mereka redho dengan penghinaan ini berdalilkan mereka tidak mengendahkan teguran dari umat Islam. Ramai Wahhabi telah diberitahu dan mereka sendiri tahu kalimah tauhid tersebut (Lailaha Illallah Muhammadur Rasulullah)telah dihina dengan cara diletakkan pada ribuan bola dan dijual dinegara2 eropah.

Wahhabi boleh kafirkan umat Islam yang mencintai Nabi tetapi Wahhabi tidak membuat apa-apa tindakan langsung dengan penghinaan terhadap kalimat tauhid. Subhanallah.

www.abu-syafiq.blogspot.com

23 August, 2008

Sejarah HITAM Wahhabi Berdasarkan Fakta Sejarah Tulen (2)




Lihat Video Pembunuhan Kejam Terhadap Umat Islam Diserata Tempat( klik di atas )


( Edisi Sejarah Hitam Wahhabi Di Kota Thoif )


WAHHABI MEMBUNUH ULAMA ISLAM, FAKTA SEJARAH YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN


-SEMASA KEBANGKITAN WAHHABI DI KOTA THOIF MEREKA TURUT BERTINDAK GANAS TERHADAP ULAMA ISLAM DI KOTA THOIF DAN ULAMA ISLAM YANG BERADA BERHAMPIRAN DENGANNYA TERMASUK ULAMA ISLAM DI MEKAH DAN MADINAH MATI DIBUNUH OLEH WAHHABI BERDASARKAN FAKTA SEJARAH TEPAT.
PADA MASA ITU WAHHABI TELAH MEMBUNUH DAN MENYEMBELIH ULAMA ISLAM TERLALU RAMAI ANTARA ULAMA ISLAM YANG DIBUNUH OLEH WAHHABI ADALAH:

1- MUFTI MEKAH AL-MUKARRAMAH WAKTU YANG SAMA MERUPAKAN SEORANG MUFTI MEKAH DALAM MAZHAB ASY-SYAFI'IYYAH BERNAMA SYEIKH ABDULLAH AZ-ZAWAWI TELAH MATI DIBUNUH OLEH WAHHABI DENGAN KEJAM DIHADAPAN RUMAHNYA DENGAN CARA MENYEMBELIH MUFTI TERSEBUT.

2- SEORANG QODHI (TUAN KADI) BERNAMA ABDULLAH ABU AL-KHOIR JUGA MATI DIBUNUH OLEH WAHHABI KETIKA ITU.

3- SYEIKH JA'FAR ASY-SYAIBY DAN BEBERAPA ULAMA ISLAM BERSAMANYA DIBUNUH OLEH WAHHABI DENGAN CARA PENYEMBELIHAN KEJAM OLEH KETUA DAN BALA TENTERA WAHHABI KETIKA ITU.

KESEMUA PERISTIWA KEJAM TADI BERLAKU PADA TAHUN 1217H BERSAMAAN 1802M.

( Sila rujuk fakta sejarah kekejaman Wahhabi tersebut dalam kitab sejarah yang mu'tadil berjudul Al-Awroq Al-Baghdadiyyah Fi Al-Hawadith An-Najdiyyah karangan ulama sejarah bernama As-Said Ibrahim Ar-Rawi Ar-Rifa'iy pada mukasurat 2-4 percetakan An-Najah di Baghdad Iraq Tahun cetakan 1345Hijriyyah ).

bersambung...

http://abu-syafiq.blogspot.com

21 August, 2008

Sejarah HITAM Wahhabi Berdasarkan Fakta Sejarah Tulen(1)









MEMBONGKAR FAKTA SEJARAH HITAM WAHHABI BERTINDAK MEMBUNUH UMAT ISLAM

( Edisi Sejarah Hitam Wahhabi Di Kota Thoif )

1- WAHHABI MENYERANG KOTA THOIF SETELAH MENAWAN PEMERINTAHAN ASY-SYARIF GHOLIB HAKIM MEKAH PADA ZUL QAEDAH TAHUN 1217H BERSAMAAN 1802M KEMUDIAN WAHHABI MEMBUNUH PENDUDUK THOIF TERMASUK WANITA DAN KANAK-KANAK DAN WAHHABI TURUT MENYEMBELIH BAYI YANG MASIH DIPANGKUAN IBUNYA.
( Rujuk fakta sejarah tersebut dalam kitab berjudul Kasyfu Al-Irtiyab seperti yang telah discan di atas pada mukasurat 18 karangan Muhammad Muhsin Al-Amin dan beliau turut menukilkan kenyataan yang sama dari Mufti Mekah Ahmad Bin Zaini Dahlan )

2- WAHHABI MEMBUNUH UMAT ISLAM DI DALAM MASJID-MASJID & RUMAH-RUMAH DAN WAHHABI BERTINDAK MENGEJAR SESIAPA YANG LARI DARI SERANGAN MEREKA LALU MEMBUNUH KEBANYAKAN MEREKA YANG LARI ITU, WAHHABI JUGA MENGUMPUL SEBAHAGIAN MEREKA TADI DALAM SATU KAWASAN MALANGNYA KEMUDIAN DIPUKUL LEHER MEREKA (BUNUH) DAN SEBAHAGIAN MEREKA DIBAWA OLEH WAHHABI KE SATU LEMBAH BERNAMA WADI ALUJ LANTAS WAHHABI MENINGGALKAN MEREKA DI WADI YANG KOSONG ITU YANG JAUH DARI PERKAMPUNGAN DALAM KEADAAN MEREKA DIBOGELKAN TANPA PAKAIAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN.
( Rujuk fakta sejarah tersebut dalam kitab sejarah berjudul Sofahaat Min Tarikh Al-Jazirah Al-Arabiyah Al-Hadithah pada mukasurat 178 dikumpulkan oleh Dr. Muhammad 'Audh Al-Khatib )

* bersambung... ada 7ribu lagi sejarah HITAM Wahhabi yang akan dibongkarkan dalam blog ini berdasarkan fakta sejarah yang tepat. Nantikan...

www.abu-syafiq.blogspot.com

Wahhabi Buat Kotor Di Masjid Nabi (BERGAMBAR)

WAHHABI BUAT KOTOR TIADA ADAB DI DALAM MASJID NABAWI DAN MAQAM NABI

Wahhabi menuduh umat Islam seperti Jamaah Tabligh dan selainnya sebagai pengotor. Lihat Wahhabi buat kotor dan tiada adab langsung di MASJID NABI.


















www.abu-syafiq.blogspot.com

20 August, 2008

Wahhabi Mengkafirkan Ulama Islam (berbukti)

Oleh: Abu Syafiq (Tel:012-2850578)

WAHHABI MENGKAFIRKAN DAN MENGHUKUM SYIRIK TERHADAP SESIAPA YANG MENTAKWIL AYAT ATAU HADITH AL-MUTASYABIHAT (BERBUKTI)










Di atas adalah buku Wahhabi penyusunnya adalah Al-Jazairy seorang ulama Wahhabi yang pernah menghina amalan Maulid Nabi dengan menyifatkannya lebih teruk dari berzina dengan ibu sendiri. Buku di atas berjudul Aqidah Mu'min pada mukasurat 69 Al-Jazairy Al-Wahhabi telah menghukum sesiapa yang mentakwil sebagai KAFIR DAN MUSYRIK ini termasuk ulama Islam seperti Imam Nawawi, Imam Ibnu Hajar dan selainnya.

Wahhabi memang suka mengkafirkan umat Islam terutama ulamanya. Dengan ini Wahhabi turut mengkafirkan Imam Nawawi, Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dan juga sahabat Nabi Ibnu Abbas yang banyak mentakwil ayat al-Quran dengan erti yang benar.

www.abu-syafiq.blogspot.com

Tuanku Mizan raikan peserta tilawah, Wahhabi Pula Mengkafirkan Ulama




Tuanku Mizan raikan peserta tilawah


Tuanku Mizan Zainal Abidin bersalaman dengan delegasi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa pada majlis makan tengah hari di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa, Kuala Terengganu, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA TERENGGANU 19 Ogos - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan meraikan para peserta dan juri Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa pada majlis makan tengah hari di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa, Pulau Duyong di sini.

Seri Paduka yang diiringi Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud tiba di Restoran Ulik Mayang kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Turut hadir ke majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Majlis tersebut meraikan sebanyak 80 peserta yang terdiri daripada 49 qari dan 31 qariah dari 49 buah negara yang mengambil bahagian dalam majlis tilawah tersebut.

Kira-kira 15 juri tilawah dari 12 buah negara untuk tilawah kali ini turut diraikan di majlis tersebut.

Tuanku Mizan turut mencemar duli bersalaman dengan peserta-peserta sebelum berangkat pulang dari majlis berkenaan.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang menyambut jubli emas tahun ini diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man di sini sehingga 25 Ogos ini.

Majlis tahun ini adalah pertama kali diadakan di luar Kuala Lumpur sejak ia diperkenalkan pada 1960.

Pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai RM15,200 beserta piala dan sijil kepada juara manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima wang tunai RM11,400 dan RM7,600.

18 August, 2008

Dato' Dr Haron Din VS DrMaza: Pencetus Fitnah Mubahalah



Dr. Haron Din persoal mengapa penuduh pula yang bersumpah?
Intan Abdullah | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sat | Aug 16, 08 | 3:57:25 pm MYT
IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Isu liwat yang membabitkan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan merupakan suatu keganjilan. Iklan


Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din kepada Harakahdaily hari ini di Muktamar Tahunan PAS kali ke-54.

"Apa yang berlaku dalam konteks Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan, bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh, tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang menuduh," katanya.

Bahkan tambahnya, pihak yang kena tuduh (Anwar) pula sedang menunggu perbicaraan. Bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu juga bertambah hairan apabila Saiful bersungguh-sungguh meminta Allah melaknat dirinya beserta keluarganya dalam sumpah tersebut.

"Mendengar Saiful melibatkan memohon kepada Allah melaknatinya beserta keluarga dan keturunannya tanpa menyebutkan berapa lama seolah-olah sampai ke hari kiamat, mana ada sumpah yang meminta Allah melaknati keturunan?"

"Tidak sepatutnya keturunan yang akan mewarisi kita dilaknati Allah bersama atas permintaan kita sedangkan mereka (keluarga) tidak melakukan kesalahan," ujarnya. Beliau turut mempertikaikan dalang di sebalik majlis angkat sumpah semalam oleh Saiful.

"Saya tidak nampak ini suatu cara yang sebenarnya berlaku dalam hukum syarak.



Selanjutnya:
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16462&Itemid=1

16 August, 2008

MUBAHALAH (DrMaza)



(GAMBAR HIASAN) APA DIA BUAT DIBELAKANG KHAIRY TU? Soalan tiada bagiku jawapan.



MOHD ASRI MUFTI PERLIS PUNCA FITNAH MAKIN MELANDA KELAM-KABUT KIAN SERABUT

Sidang pembaca sekalian, MUBAHALAH dari segi Islam bukanlah sepertimana yang kita lihat berlaku sekarang pada kes tuduhan Saiful bahawa Anwar Ibrahim telah meliwatnya.Ianya adalah 'terjemahan' MUBAHALAH secara silap dan salah.


Apa Itu Mubahalah?

MUBAHALAH sebenarnya adalah dilakukan pada perkara agama seperti tuntutan Nabi Muhammad agar orang kristian dizaman baginda berMUBAHALAH dengan baginda pada perkara agama. Tidak harus dilakukan MUBAHALAH pada kes peribadi mana-mana insan juga tidak pada kes tuduh-menuduh.

MUBAHALAH sebenarnya bererti: Dua pihak berkumpul bersama ahli keluarga kemudian kedua-dua pihak memohon agar Tuhan melaknat sesiapa yang berdusta antara keduanya pada perkara yang mereka berselisih dalam hal agama.
Definisi MUBAHALAH tadi amat jelas dinyatakan oleh Allah ta'ala sendiri: (maksudnya) “Sesungguhnya bandingan (kejadian) Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka jadilah ia. Kebenaran itu datang daripada Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi di kalangan mereka yang ragu-ragu. Kemudian sesiapa yang membantahmu (Wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, isteri-isteri kami serta isteri-isteri kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta (iaitu:MUBAHALAH)”. (Surah Ali ‘Imran 59-61).

Baca betul-betul ayat al-Quran tadi akan jelas pada kita bahawa MUBAHALAH dilakukan pada perkara agama dan bukan pada perkara dunia atau tuduh-menuduh peribadi samaada berbukti atau tanpa bukti.
Amat jelas dari ayat tadi juga bahawa Nabi Muhammad memohon agar orang kristian berMUBAHALAH dengan baginda pada dakwaan berkaitan agama kristian kononnya Isa itu adalah berlainan ciptaanya dengan Adam dan Isa adalah anak Allah, itulah dakwaan kristian yang ditolak oleh Islam melalui hujjah Nabi Muhammad dan kemudian barulah baginda mencabar untuk bermubahalah.

Hakikat MUBAHALAH dari segi Islam amat jauh beza dengan MUBAHALAH yang 'diterjemahkan' dalam negara kita sekarang khasnya dalan kes Saiful-Anwar ini walaupun hukum MUBAHALAH yang disalah ertikan itu terbit dari lidah insan yang berjawatan dalam badan keagamaan seperti Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin dan selainnya. Kini apa yang berlaku disebabkan dia maka kucar-kacir dalam isu ini berlarutan. Belum lagi diceritakan aqidah Mufti ini yang mirip kepada ajaran Mujassimah. Lagilah masyarakat akan celaru.


Beza Antara SUMPAH Dan MUBAHALAH

Hakikatnya semua orang Islam sedar bahawa sumpah adalah lain dan MUBAHALAH pula adalah lain. Kedua-duanya tidak sama cara dan maksud. Sumpah disebut sebagai HALAF caranya seperti dimulakan kenyataan seseorang itu dengan dia menyebut perkataan Wallahi atau Billahi atau Tallahi (bersumpah dengan nama Allah) dengan maksud apa yang dinyatakana adalah benar (tanpa ada melaknat pihak yang lain).
Manakala MUBAHALAH adalah: Dua pihak berkumpul bersama ahli keluarga (jika ada) kemudian kedua-dua pihak memohon agar Tuhan melaknat sesiapa yang berdusta antara keduanya pada perkara yang mereka berselisih dalam hal agama.
Dan biasanya MUBAHALAH dilakukan pada perselisihan tegar antara pandangan kedua-belah pihak pada perkara berkaitan agama.
Tidak seperti sumpah, ianya lain dan lebih umum.

Malangnya yang berlaku sekarang ini rentetan dari pandangan misteri dan pelik lagi salah yang terbit dari seorang yang berjawatan mufti menyebabkan kucar-kacir dan pergaduhan juga tuduhan berlarutan dan berpanjangan lantas kedengaranlah sekejap 'mubahalah' sekejap 'sumpah' sekejap 'junjung al-Quran' dan pelbagai lagi berpunca dari fatwa 'sesumpah jadian' yang termakan 'sumpahan wahhabi upahan'.

Kemudian apa yang berlaku sekarang ini dalan kes Saiful-Anwar yang mana Saiful telah mendakwa bersumpah dan kononnya BERMUBAHALAH juga tidak tepat dan bukanlah MUBAHALAH dari segi syariat Islam sebenarnya, ini kerana MUBAHALAH sebenar mestilah kedua belah pihak wujud dan ada dalam masjlis tersebut tidak boleh hanya wujud satu pihak sahaja.
Lebih malang lagi, mufti muda itu mengakui pula tindakan persendirian Saiful itu sebagai MUBAHALAH. Bertambah pening masyarakat termasuk jabatan agama yang hadir dalam majlis 'mubahalah' para juhala' itu.
Subhanallaah!

Wassalam.

* Just satu soalan ditanya kepada saya yg sy tiada jawapan...
Benarkah ada mufti muda yang pernah terlibat dalam kes liwat sebelum ini diluar negara dan dalam negara?
Apa pula kaitan dengan idea 'mubahalah' nya?

Sila hantar ke ruang komen.

12 August, 2008

Ibnu Taimiyah Puji Al-Asyairah, Wahhabi Pula Mengkafirkan


BUKU TEKS SEKOLAH WAHHABI MENGAJAR KITA SUPAYA MARI KAFIRKAN UMAT ISLAM. AWAS!


WAHHABI MENGAJAR DISEKOLAH MEREKA BAHAWA AL-ASYAI'RAH ADALAH KAFIR KERANA MENAFIKAN SIFAT ALLAH KUNUNNYA.


Ibnu Taimiyah Memuji Golongan Islam AL-ASYA'IRAH Manakala Semua Wahhabi Pula Mengkafirkan Al-Asya'irah

Berkata Syeikhul IslamWahhabi Ahmad Bin Taimiyah Al-Harrani mengenai golongan Islam iaitu Al-Asya'irah (teksnya):
" Manakala sesiapa yang melaknat ulama-ulama Al-Asya'irah maka si pelaknat itu hendaklah dihukum ta'zir dan kembali laknat itu kepada sesiapa yang melaknat Al-Asyairah juga sesiapa yang melaknat orang yang bukan ahli untuk dilaknat maka dialah yang perlu dilaknat, ulama adalah pendukong cabangan agama dan AL-ASYA'IRAH PULA ADALAH PENDUKONG DAN PEJUANG ASAS AGAMA ISLAM".
Demikan kenyataan Ibnu Taimiyah mengenai Al-Asya'irah.

Teks Ibnu Taimiyah tersebut in arabic dalam kitabnya berjudul Majmuk Fatawa pada juzuk 4 mukasurat12:

وأما لعن العلماء لأئمة الأشعرية فمن لعنهم عزر. وعادت اللعنة عليه فمن لعن من ليس أهلاً للعنة وقعت اللعنة عليه. والعلماء أنصار فروع الدين، والأشعرية أنصار أصول الدين

________________

* Ibnu Taimiyah juga terkenal dengan pandangannya yang berubah-rubah bertukar-tukar seperti akidahnya juga sering berbolak-balik.

Wallahu a'lam.

08 August, 2008

Ibnu Taimiyah Mengkhususkan Amalan Nisfu Sya'ban (mesti baca!)


Di atas adalah kubur Syeikhul IslamWahhabi Ibnu Taimiyah Al-Harrani 661-728H.


Di atas adalah kubur Ibnu Taimiyah yang dihancurkan oleh Wahhabi pada bahagian atasnya kerana menganggap pembinaan kubur seperti itu adalah bid'ah masuk neraka.


Disediakan oleh: Abu Syafiq ( 012-2850578 ) copy-paste secara amanah adalah "halal".

IBNU TAIMIYAH MENGALAKKAN KITA MENGHIDUPKAN NISFU SYA'BAN DENGAN AMALAN YANG KHUSUS

Sememangnya ulama Islam menghormati bulan Sya'ban khasnya pada pertengahannya atau dinamakan sebagai Nisfu Sya'ban. Terlalu banyak kenyataan ulama Islam mengenai kemulian dan amalan khas pada Nisfu Sya'ban kesemuanya adalah benar belaka kecuali beberapa kaifiyat yang tidak digariskan mengikut panduan syarak yang betul. Saya
(Abu Syafiq) pada kali ini tidak mahu menukilkan kenyataan ulama-ulama Islam tersebut tetapi akan dibawa kenyataan ImamWahhabi Syeikhul IslamMereka Ibnu Taimiyah Al-Harrani berkaitan amalan Nisfu Sya'ban.

Wahhabi yang mengkafirkan umat Islam kononnya atas dasar menghidupkan, memuliakan dan mengkhususkan amalan pada Nisfu Sya'ban adalah mengkafirkan juga Syiekh IslamMereka Ibnu Taimiyah walaupun selalau dinafikan. Ini kerana Syeikh IslamMereka Ibnu Taimiyah mengalakkan amalan Nisfu Sya'ban.

Para pembaca pasti akan perasan, bila tiba Nisfu Sya'ban jek Wahhabi akan bergegas lekas untuk menulis di laman internet dan surat khabar menentang dan menolak sekeras-kerasnya amalan yang dilakukan pada Nisfu Sya'ban secara mutlak. Akan tetapi orang yang langsung tidak solat Fardhu dibiarkan tidak pula dinasihat atau ditegur. Ini kerana bagi Wahhabi kesemua orang yg kafir dan orang musyrik adalah mukmin beriman kepada Allah...Inilah unsur Liberal yang wujud dalam perut otak akidah Wahhabi.
--------------------------

1- IBNU TAIMIYAH MENGKHUSUSKAN AMALAN SOLAT PADA NISFU SYA'BAN & MEMUJINYA
Berkata Ibnu Taimiyah dalam kitabnya berjudul Majmuk Fatawa pada jilid 24 mukasurat 131 mengenai amalan Nisfu Sya'ban teksnya:

إذا صلَّى الإنسان ليلة النصف وحده أو في جماعة خاصة كما كان يفعل طوائف من المسلمين فهو: حَسَنْ

Ertinya: " Apabila seorang itu menunaikan solat pada malam Nisfu Sya'ban secara individu atau berjemaah secara KHUSUS sepertimana yang dilakukan oleh sebilangan masyarakat Islam maka ianya adalah BAIK ".

Lihat bagaimana Ibnu Taimiyah sendiri memuji dan mengalakkan amalan khas pada malam Nisfu Sya'ban agar kita menunaikan solat sunat pada waktu itu secara berseorangan atau dilakukan secara berjemaah lantas Ibnu Taimiyah menyifatkan amalan khusus itu sebagai HASANUN iaitu MULIA & BAIK. Manakala solat seratus rakaat dibaca 1000 kali surah Al-Ikhlas yang dilakukan pada malam itu merupakan sesuatu yang tidak warid.

Apa pula kata Jamaah Takfir Al-Wahhabi atas hukum Ibnu Taimiyah tadi?
Mungkin ramai Wahhabi tak percaya. TAK PECAYA? lihat ini lagi...
---------------------------

2- IBNU TAIMIYAH MENGKHUSUSKAN AMALAN SOLAT NISFU SYA'BAN KERANA ADA HADITH MEMULIAKANNYA
Berkata Ibnu Taimiyah pada kitab Majmuk Fatawa jilid 24 juga pada mukasurat seterusnya 132 teksnya:

وأما ليلة النصف - من شعبان - فقد رُوي في فضلها أحاديث وآثار ، ونُقل عن طائفة من السلف أنهم كانوا يصلون فيها، فصلاة الرجل فيها وحده قد تقدمه فيه سلف وله فيه حجة (( فلا ينكر مثل هذا )) ، أما الصلاة جماعة فهذا مبني على قاعدة عامة في الاجتماع على الطاعات والعبادات

Terjemahan kata Ibnu Taimiyah di atas:
" Berkenaan malam Nisfu Sya'ban maka telah diriwayatkan mengenai kemulian dan kelebihan Nisfu Sya'ban dengan hadith-hadith dan athar, dinukilkan dari golongan AL-SALAF (bukan wahhabi) bahawa mereka menunaikan solat khas pada malan Nisfu Sya'ban, solatnya seseorang pada malam itu secara berseorangan sebenarnya telahpun dilakukan oleh ulama Al-Salaf dan dalam perkara tersebut TERDAPAT HUJJAH maka jangan diingkari, manakala solat secara jemaah (pd mlm nisfu sya'ban) adalah dibina atas hujah kaedah am pada berkumpulnya manusia dalam melakukan amalan ketaatan dan ibadat" .

Amat jelas bukti dari kitab Ibnu Taimiyah sendiri bahawa dia mengalakkan amalan KHAS dan khusus pada nisfu Sya'ban.
Tetapi Wahhabi mengkafirkan sesiapa yang mengkhususkan amalan pada Nisfu Sya'ban atas dasar kononnya membawa syariat yang baru.

Apa pula kata Wahhabi kpd Ibnu Taimiyah dalam kes ini?? Dia salah?? Kafir?? Tukang buat bid'ah??! Yallah! keluarkan hukum pada Ibnu Taimiyah seperti mana kamu menghukum umat Islam sebagai kafir, sesat dan bid'ah pada kes yang sama. YALLAH!
---------------------------

3- IBNU TAIMIYAH MENGALAKKAN KITA MENGIKUT AS-SALAF YANG MENGKHUSUSKAN AMALAN PADA NISFU SYA'BAN
Berkata Ibnu Taimiyah dalam kitabnya berjudul Iqtido' As-sirot Al-Mustaqim pada mukasurat 266 teksnya:

ليلة النصف مِن شعبان. فقد روي في فضلها من الأحاديث المرفوعة والآثار ما يقتضي: أنها ليلة مُفضَّلة. وأنَّ مِن السَّلف مَن كان يَخُصّها بالصَّلاة فيها، وصوم شهر شعبان قد جاءت فيه أحاديث صحيحة. ومِن العلماء من السلف، من أهل المدينة وغيرهم من الخلف: مَن أنكر فضلها ، وطعن في الأحاديث الواردة فيها، كحديث:[إن الله يغفر فيها لأكثر من عدد شعر غنم بني كلب] وقال: لا فرق بينها وبين غيرها. لكن الذي عليه كثيرٌ مِن أهل العلم ؛ أو أكثرهم من أصحابنا وغيرهم: على تفضيلها ، وعليه يدل نص أحمد - ابن حنبل من أئمة السلف - ، لتعدد الأحاديث الواردة فيها، وما يصدق ذلك من الآثار السلفيَّة، وقد روي بعض فضائلها في المسانيد والسنن

Terjemahan kata Ibnu Taimiyah di atas:
((" Malam Nisfu Sya'ban. Telah diriwayatkan mengenai kemuliannya dari hadith-hadith Nabi dan kenyataan para Sahabat yang menjelaskan bahawa ianya adalah MALAM YANG MULIA dan dikalangan ulama As-Salaf yang MENGKHUSUSKAN MALAM NISFU SYA'BAN DENGAN MELAKUKAN SOLAT KHAS PADANYA dan berpuasa bulan Sya'ban pula ada hadith yang sahih. Ada dikalangan salaf, sebahagian ahli madinah dan selain mereka sebahagian dikalangan khalaf yang mengingkarinya kemuliannya dan menyanggah hadith-hadith yang diwaridkan padanya seperti hadith
'Sesungguhnya Allah mengampuni padanya lebih banyak dari bilangan bulu kambing bani kalb' katanya mereka tiada beza dengan itu dengan selainnya, AKAN TETAPI DI SISI KEBANYAKAN ULAMA AHLI ILMU ATAU KEBANYAKAN ULAMA MAZHAB KAMI DAN ULAMA LAIN ADALAH MEMULIAKAN MALAM NISFU SYA'BAN, DAN DEMIKIAN JUGA ADALAH KENYATAAN IMAM AHMAD BIN HAMBAL DARI ULAMA AS-SALAF kerana terlalu banyak hadith yang dinyatakan mengenai kemulian Nisfu Sya'ban, begitu juga hal ini benar dari kenyataan dan kesan-kesan ulama As-Salaf, dan telah dinyatakan kemulian Nisfu Sya'ban dalam banyak kitab hadith Musnad dan Sunan ")).
Tamat kenyataan Ibnu Taimiyah dalam kitabnya berjudul Iqtido' As-sirot Al-Mustaqim pada mukasurat 266.

Para pembaca sekalian, perhatikan dan fokuskan pada teks Ibnu Taimiyah di atas mengenai amalan khusus dan kelebihan Nisfu Sya'ban:
1- IANYA ADALAH MALAM YANG MULIA DAN ADA KELEBIHAN
2- ULAMA AS-SALAF MENGKHUSUSKAN MALAM NISFU SYA'BAN DENGAN MELAKUKAN SOLAT KHAS
3- DI SISI KEBANYAKAN ULAMA AHLI ILMU ATAU KEBANYAKAN ULAMA MAZHAB KAMI DAN ULAMA LAIN ADALAH MEMULIAKAN & MEMBERI KELEBIHAN UNTUK MALAM NISFU SYA'BAN, DAN DEMIKIAN JUGA ADALAH KENYATAAN IMAM AHMAD BIN HAMBAL DARI ULAMA AS-SALAF.

Lihat bagaimana Ibnu Taimiyah memuji amalan, mengkhususkan amalan dan memuliakan Nisfu Sya'ban kemudian menyatakan ianya adalah pandangannya, Imam Ahmad bin Hambal, dan ulama As-Salaf serta pandangan ahli ilmu.
Manakala Wahhabi pula mengkafirkan sesiapa yang memuliakan dan mengkhususkan amalan ibadat pada Nisfu Sya'ban kononnya atas dasar itu adalah agama yang baru.

Nah! WAHHABI PUN MENGKAFIR IBNU TAIMIYAH.

Semoga kita meningkkatkan lagi ibadah kita pada bulan Sya'ban yang mulia ini.

www.abu-syafiq.blogspot.com

07 August, 2008

Mufti Mesir TOLAK Wahhabi & Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LIHAT VIDEO



Syeikh Dr. Ali Jum'ah Mufti Mesir menolak ajaran Wahhabi dan Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah antaranya kerana Wahhabi mengharamkan zikir nama ALLAH.

06 August, 2008

Syeikh Hasan Saggaf MENANG Berdebat Dengan Wahhabi (video)

Syeikh Hasan Ali Saggaf Kalahkan Wahhabi Dalam Hujjah.

LIHAT VIDEO RAKAMAN TERSEBUT SECARA LIVE DARI CHANNEL TV AL-MUSTAQILLAH
( klik pada gambar ):



ATAU LIHAT PADA LINK INI: http://www.youtube.com/watch?v=Olm9VLEHrNg

_____________________________________________________________________________________

Intisari dari rakaman video debat tersebut:
Antaranya...

Wahhabi bernama 'Adnan 'Ar'uur(lihat wajah dan matanya ganaz) dalam video tersebut kononnya menafikan Ibnu Taimiyah mengkafirkan umat Islam, Wahhabi itu turut mendakwa Ibnu Taimiyah TIDAK PERNAH mengkafirkan sesiapa.
Lantas Syeikh Hasan Saggaf membawa bukti dari kitab Ibnu Taimiayah sendiri yg menjelaskan Ibnu Taimiyah dalam kitab-kitabnya MENGKAFIRKAN orang sebanyak 917 kali,menghukum orang sebagai KAFIR MURTAD 29 kali, MENHALALKAN DARAH orang sebanyak 19 kali, MESTI DIBUNUH 849 kali, MESTI DIPANCUNG 39 kali.

Dan Ibnu Taimiah juga menghukum BUNUH terhadap sesiapa yang melafazkan niat ketika hendak menunaikan solat...Syeikh Hasan Saggaf membaca kenyataan Ibnu Taimiah tersebut secara live yang tertera dalam kitab Ibnu Taimiah berjuduk Fatawa Kubra Jilid 1 pada mukasurat 1 ternyata Ibnu Taimiah menghukum MESTI DAN WAJIB DIBUNUH sesiapa yang melafazkan niat solat.

Berkata Syeikh Hasan Saggaf lagi...Ibnu Taimiyah membawa fahaman aqidah yang amat pelik tidak langsung berlandaskan al-quran dan al-hadith iaitu Ibnu Taimiah mendakwa ALLAH DUDUK ATAS BADAN NYAMUK...kenyataan tersebut wujud dalam kitab Ibnu Taimiah sendiri. Subhanallah. Begitu juga Wahhabi yang dalam debat tersebut mendakwa ALLAH DUDUK DI ATAS BADAN NYAMUK.

Syeikh Hasan Saggaf turut menjelaskan Ibnu Taimiyah dalam kitabnya Majmuk Fatawa jilid 14 mukasurat 349 berhobi benar mengkafirkan seluruh ulama Al-Aya'irah dan juga mengelarkan dan menamakan Al-Asya'irah sebagai JAHMIYAH BETINA DAN PONDAN MUKTAZILAH.
Lihatlah bahasa yg 'indah' dari idola Wahhabiyah.
Kesemua jamaah yang melampau pastinya ada kaitan dengan Ibnu Taimiyah.

Dan banyak lagi kekalahan Wahhabi dalam perdebatan dengan Syeikh A'lim Hasan Ali As-Saggaf.

www.abu-syafiq.blogspot.com

04 August, 2008

Syeikh Nizar Al-Halabi (Syeikh ASWJ) Mati DiBunuh Oleh Wahhabi Dengan Kejam

LIHAT VIDEO SYEIKH NIZAR ( SYEIKH AHLI SUNNAH ) YANG DIBUNUH DENGAN KEJAM OLEH WAHHABI.



Berkata ulama Islam antaranya Syeikh Syed Ahmad Zaini Dahlan: " Muhammad bin Abdul Wahhab dan pengikutnya apabila mereka kalah dalam perdebatan dengan ulama Islam mereka akan membunuh ulama itu dan sekiranya mereka tidak dapat membunuh ulama Islam tersebut mereka akan mengupah orang untuk membunuh ulama Islam tersebut" Rujuk Al-Umara Fi Biladil Haram.
Demikianlah telah pun terbukti keganasan semua yang berfikrah Wahhabi.

Syeikhy Syeikh Nizar Al-Halabi merupakan seorang ulama Islam yang mengorbankan segala kehidupannya demi kebaikan umat Islam dan menyebarkan ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah sebenar.

Pada 31 Ogos tahun 1995M beliau telah dibunuh oleh pejuang Wahhabi dengan dikhabarkan arahan datang dari Abdur Rahman Ad-Dimasyqiyyah salah seorang penganut ajaran Wahhabi tegar yang kini menetap di Australia dan berulang alik ke Saudi.

Selang beberapa tahun selepas pembunuhan tersebut, dua orang dari pembunuh kepada Syeikh Nizar Al-Halabi tadi telah ditangkap dan ditanya dalam mahkamah: 'adakah benar kamu semua berfahaman Wahhabi?' mereka (pembunuh) menjawab: ' Ya sudah PASTI!'.
Kemudian ditanya: 'Mengapa kamu membunuh Syiekh Nizar Al-Halabi itu?'..lantas Wahhabi yang membunuh Syeikh Nizar tadi menyatakan: ' Kerana dia ( Syeikh Nizar Al-Halabi )menyambut Maulidur Rasul dan berselawat ke atas Rasul'. Kemudian mahkamah Lubnan telah menjatuhkan hukuman ke atas Wahhabi yang membunuh Syeikh Nizar Al-Halabi.

Inilah Wahhabi yang mengkafirkan dan menghalalkan darah umat Islam juga kini mempraktikkannya secara halus.

Awas!
sejarah telah banyak tertulis dengan darah umat Islam yang dibunuh oleh WAHHABI!

Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?