29 September, 2008

Fatwa Sesat Wahhabi Pasal Raya (DrMaza): TAKBIR RAYA MASUK NERAKA & BID'AH SESAT (berbukti)

WAHHABI MENGHUKUM UMAT ISLAM YG MELAUNGKAN TAKBIR RAYA SEBAGAI SESAT, AHLI BID'AH, MASUK NERAKA




Kesemua umat Islam di masjid-masjid, surau-surau ketika tibanya hari raya mereka akan mengumandangkan takbir raya seperti biasa kita dengar sejak bezaman dan bertahun lalu. Ianya adalah tidak salah dan tidak bercanggah dengan Islam bahkan bukan bid'ah kerana melaungkan takbir raya dilakukan dizaman Nabi Muhammad.

Paling malang Wahhabi menghukum amalan takbir raya sebagai BID'AH, SESAT, MASUK NERAKA.Rujuk fatwa Wahhabi yang telah discan di atas dan rujuk juga laman rasmi Wahhabi yang MENGHUKUM TAKBIR RAYA SEBAGAI SESAT, BID'AH DAN MASUK NERAKA.
( http://www.binbaz.org.sa/mat/8690 )

wa wa wa.

Macam neraka dia (wahhabi) yang punya.

27 September, 2008

Fatwa Sesat Wahhabi(DrMaza): MELANCAP TAK BATAL PUASA



KESEMUA WAHHABI MENGHALALKAN 'ISTIMNA', BERONANI, MELANCAP SECARA MUTLAK DAN WAHHABI MENDAKWA IA TAK MEMBATALKAN PUASA



Ada satu cerita yang telah jadi nyata...

Ini antara 3 fatwa rasmi Wahhabi yang sesat dan jijik berkaitan hukum-hakam puasa Ramadhan, bukti-bukti fatwa sesat Wahhabi ini ada pada saya,
FATWA SESAT DARI WAHHABI BERKAITAN PUASA DI BULAN RAMADHAN:
1- WAJIB makan-minum disiang hari dibulan puasa (Ramadhan) walaupun tak sakit dan selainnya.
2- LIWAT tidak membatalkan puasa walaupun yang diliwat itu adalah pelacur.
3- MELANCAP beramai-ramai lelaki dan perempuan sampai keluar air mani pun tidak membatalkan puasa walaupun perkara tersebut dilakukan dalam Ka'bah.


Demikian antara fatwa rasmi Wahhabi yang bercanggah dengan ajaran Islam. Selain fatwa akidah mereka yang seleweng dengan mendakwa Allah Duduk Atas Kerusi, Wahhabi turut menyebarkan fatwa-fatwa sesat mereka di atas sepanjang bulan Ramadhan ini di kampung-kampung termasuk rakyat Kadazan, utara dan seluruh pelusuk dunia. Wahhabi melakukan konvoi beramai-ramai menyebarkan ajaran sesat mereka tersebut.
Awas! jangn terpengaruh kerana Wahhabi menghidangkan keenakan nafsu syahwat semata-mata.



Onani / Melancap Di Siang Ramadhan TIDAK BATAL Puasa Walaupun Sengaja - Fatwa Terbodoh Wahabi Zaman Kini. Rujuk Di Atas Al-Albani Dlm Kitabnya Tamamul Minnah m/s 418.

24 September, 2008

Wahhabi (DrMaza) Samakan Islam Dengan Kristian (BERBUKTI)

WAHHABI DAN BADUTNYA DALAM BANYAK TULISAN MEREKA SAMAKAN AGAMA ISLAM YANG MURNI INI DENGAN AGAMA KRISTIAN YANG BATIL LAGI SALAH. INI ADALAH BUKTI WAHHABI TURUT BERSEKONGKOL DENGAN KRISTIAN KAFIR SELAIN BERAKIDAH MIRIP YAHUDIYAH





-Sebelum ini saya (Abu Syafiq) pernah membongkar dengan bukti bahwa Wahabi Rasul Palsu pernah memuji agama Kristian dan Yahudi dengan dakwaannya kedua agama itu adalah agama Tauhid yang benar, sila lihat:
( http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/11/rasul-dahri-anuti-agama-yahudi.html )

Mohd Asri Bin Zainul Abidin dan Wahhabi lain sering mengajak umat Islam supaya mengakui agama Yahudi dan Kristian. Lihat sahaja dalam ucapanya Wahhabi dan tulisan-tulisan mereka sudah pasti banyak menyokong agama Kristian dan menyindir pula umat Islam dengan gelaran kolot, dunggu dan maki-hamun yang lain.

Dalam buku tulisan Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin yang berjudul Bid'ah Hasanah Istilah Yang Disalah Fahami pada mukasurat 6 Mohd Asri menyatakan Agama Islam ini wajahnya adalah sama dengan agama Kristian, seperti mana agama Kristian itu benar kemudian diubah menjadi bid'ah begitu juga Islam hendak diubah, demikian kenyataan Asri yang amat jelas dia menyamakan agama Islam dengan agama Kristian.

Perhatikan apabila Drmaza mendakwa "wajah Islam cuba diubah seperti mana diubah wajah Kristian" dan renungkan dengan keadaan agama Kristian itu sendiri adakah ia benar sebelum diubah??!
Hakikatnya agama Kristian tidak pernah benar dan walaupun diubah ianya diubah dari tidak benar kepada yg lebih tidak betul!.
(Lihat kitab Asri discan di atas)


Pembaca sekalian....

AGAMA YAHUDI DAN KRISTIAN BUKAN AGAMA TAUHID DARI ALLAH SAMAADA DAHULUNYA ATAU TERKEMUDIAN, TIDAK PERNAH LANGSUNG AGAMA YAHUDI DAN KRISTIAN DIAKUI OLEH ALLAH SEBAGAI AGAMA TAUHID, TIDAK PERNAH, TETAPI MOHD ASRI UFTI PERLIS MENGAKUINYA DAN MENGADA-ADAKAN FAKTA DUSTA LAGI PALSU TANPA APA-APA BUKTI SAMAADA DARI ALQURAN MAHUPUN HADITH NABAWI.

Buktinya Allah berfirman dalam surah Al-Imran memberitahu bahawa agama dari Allah dan agama yang diredhoi olehNya hanyalah agam Islam sahaja, bukan agama Yahudi mahupun Kristian :
85. Dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.

Allah ta’ala menjelaskan lagi dengan firmanNya dalam surah Al-Imran:
19. Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan Yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki Yang ada Dalam kalangan mereka. dan (ingatlah), sesiapa Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.

Minda Mufti www.vs-drmaza.blogspot.com

23 September, 2008

Wahhabi (DRMAZA) mengkafirkan Ibnu Batutah




MUFTI PERLIS MOHD ASRI BIN ABDUL TALIB DAN KESEMUA WAHHABI MENGKAFIRKAN SYEIKH IBNU BATUTAH



Wahhabi(DrMaza) akan mengkafirkan sesiapa sahaja yang menolak Ibnu Taimiah termasuk Syeikh Ibnu Batutah pun habis dikafrikan oleh Wahhabi. Seolah-olah Ibnu Taimiah ma'sum seperti Nabi disisi Wahhabi. Wahhabi juga bermain 'taqiyyah' seperti Syiah iaitu Wahhabi mengkafirkan Ibnu Batutah kemudian berbelit pula. Lihat bukti di atas antara teks Wahhabi (DrMaza) mengkafirkankan dan menghukum syirik terhadap Ibnu Batutah (Pengarang Rehlah Ibnu Batutah) atas dakwaan kononnya Ibnu Batutah mengakui perkara syirik.

11 September, 2008

WAHHABI(DRMAZA): SYEIKH 'ALAWI MALIKY KAFIR MUSYRIK




WAHHABI MEMANG TERKENAL DENGAN SIFAT SUKA MENGKAFIRKAN ULAMA ISLAM

Wahhabi dengan bertunjakkan DRMAZA dan bersembunyi di belakang nama Mufti Perlis amat gemar mengkafirkan ulama. Antara ulama yang dikafirkan oleh Wahhabi adalah Syeikh Syed Muhammad 'Alawi Al-Malikiy (gambar).

Kenyataan2 Wahhabi ketika mengkafirkan Syeikh Sayyid Muhammad 'Alawi Al-Malikiy:
1- Wahhabi mendakwa Syeikh Muhammad 'Alawi Al-Malikiy sebagai SYAITAN TOGHOUT.
2- Menghukum Syeikh Muhammad 'Alawi Al-Malikiy sebagai KAFIR.
3- Menghukum Syeikh Muhammad 'Alawi Al-Malikiy sebagai TARIKAT SESAT.
4- Menghukum Syeikh Muhammad 'Alawi Al-Malikiy sebagai MUSYRIK.
5- Wahhabi mendakwa beliau sebagai JAHIL, SESAT dan pelbagai lagi hukum yang dilontarkan terhadap Syeikh Muhammad 'Alawi Al-Malikiy ini dengan penghukuman yang menjelaskan Wahhabi sememang jamaah takfiriy.

( Rujuk fatwa Wahhabi mengkafirkan ulama Syeikh Muhammad 'Alawi Al-Malikiy tersebut pada keputusan fatwa mereka (wahhabi) bernombor 86 pada 11hb 11 1401H pada kali ke 16 di Thoif Syawal tahun 1400H )

09 September, 2008

ASRI MUFTI PERLIS 'MAKI HAMUN' JAKIM & MAJLIS FATWA

MUFTI PERLIS MOHD ASRI BIN ABDUL TALIB YANG MENGHARAMKAN UMAT ISLAM MENUKAR NAMA BAPANYA TETAPI DIA SENDIRI MENUKAR DAN MENGUBAH NAMA BAPANYA DARIPADA ABDUL TALIB KEPADA ZAINUL ABIDIN TELAH MENGHINA DAN 'MEMAKI HAMUN' INSTITUSI BADAN KEAGAMAAN JAKIM DAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN




Kenyataan Asri Al-Wahhabi menghina ulama Islam dan badan agama rasmi:
1- Mendakwa ulama Islam yang menegurnya sebagai buruk.
2- Mengutuk Ketua Pengarah JAKIM sebagai tidak sesuai jadi pengarah.
3- Menganggap JAKIM kerjanya hanya buat laporan polis tidak ada kerja lain.
4- Mendakwa JAKIM macam orang biasa.
5- Mengutuk dan 'memaki' JAKIM secara terbuka sedangkan dia mampu menegur dgn baik (call dll).
6- Mengaku dirinya MALAS dalam tugasan.
7- Mengaku tidak menghadiri mensyuarat fatwa kerana malas.
8- Mengaku segan menghadiri mensyuarat fatwa kerana malas.
9- Menghadiri program kepartian.
10- 'Memaki' JAKIM dengan menanggap JAKIM tiada hak.
11- Mengaku bergerak atas prinsip dan prinsip Asri adalah mengkafirkan ulama Islam.
12- Menuduh JAKIM kononnya mendakwa dirinya ujub sedangkan JAKIM hanya bimbang sifat ujub dalam dirinya.
13- banyak lagi.

KITA SOKONG JAKIM 'ROTAN' ASRI MUFTI WAHABI !!!




MUFTI PERLIS MOHD ASRI BIN ABDUL TALIB INI PERNAH MENGHINA ILMU AQIDAH ISLAM YANG MENAFIKAN JISIM BAGI ALLAH, KINI MUFTI PERLIS INI
BIADAB PADA SELURUH INSTITUSI AGAMA ISLAM DAN SELURUH MUFTI DI MALAYSIA.


SOKONG KETUA PENGARAH JAKIM AJAR ASRI WAHHABI TU! SOKONG KP JAKIM DATO' WAN MENTA'DIB MENGAJAR ADAB PADA BUDAK KACAU BILAU BUDAK FITNAH TU!

TERIMA KASIH JAKIM!


Utusan melaporkan Mohd Asri AlWahhabi akan di 'rotan' oleh KP JAKIM:

Jakim pertahan tindakan terhadap Raja Petra

PUTRAJAYA 7 Sept. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertahankan tindakannya membuat laporan polis terhadap Raja Petra Kamaruddin berhubung artikelnya dalam blog Malaysia Today yang didakwa menghina Islam dan Rasulullah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz berkata, laporan polis terhadap penulis blog itu amat perlu untuk membendung kegelisahan di kalangan orang Islam yang berasa tersinggung apabila kesucian agama mereka dihina.

Beliau berkata, dengan laporan polis itu, tidak bermakna Jakim tidak boleh berdialog dengan penulis blog itu bagi memperbetulkan akidah dan fahamannya.

"Kami mengambil langkah pentadbiran sesuai dengan kedudukan Jakim sebagai sebuah agensi Pusat untuk mencegah dan membendung kegelisahan di kalangan rakyat terutama orang Islam.

"Jadi saya menolak andaian sesetengah pihak kononnya langkah yang diambil oleh Jakim ini sebagai tidak tepat sebaliknya perlu berdialog dengan penulis blog tersebut,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan Mingguan Malaysia hari ini yang memetik Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin sebagai berkata, tindakan empat agensi Islam termasuk Jakim membuat laporan polis terhadap Raja Petra adalah tidak tepat.

Mohd. Asri sebaliknya menegaskan, Jakim sepatutnya mengadakan sesi dialog dengan Raja Petra bagi memperbetulkan akidah dan fahamannya terhadap Islam sebagai langkah pertama bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Dalam hubungan ini, Wan Mohamad berkata, Jakim bersedia pada masa bila-bila masa untuk mengadakan sesi dialog dengan mana-mana pihak dan selama ini pihaknya memang sering mengadakan dialog seumpama itu.

Justeru, tegas beliau, Asri seharusnya merujuk terlebih dahulu kepada pihaknya berkaitan perkara tersebut dan tidak menyindir rakan-rakan sejawatan secara terbuka kerana ia satu langkah tidak beretika.

Beliau yang secara terbuka menegur mufti muda itu berkata, forum terbaik bagi Asri untuk menyampaikan kritikan adalah melalui Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang dianggotai mufti-mufti yang jauh lebih berpengalaman.

"Masalahnya beliau kerap tidak hadir dalam muzakarah tetapi beliau lebih senang menghadiri program yang lebih beliau sukai dan berorientasikan hizbiah (kepartian).

"Jadi sudah tiba masanya mufti tersebut ditakdib (diperadabkan), bimbang nanti dia terbelenggu dengan sifat ujub, rasa pandangannya hebat sehingga ada kecenderungan merendah-rendahkan orang lain,'' katanya.


Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0908&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm

www.vs-drmaza.blogspot.com

06 September, 2008

(PENGIKTIRAFAN RASMI) YADIM: AL-MUHADDITH SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI PEJUANG AHLI SUNNAH WAL JAMAAH SEJATI

YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM) AKUI SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI ADALAH ULAMA ISLAM YANG PAKAR ILMU HADITH & PEJUANG AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH SEJATI JUGA SEORANG ULAMA ISLAM YANG TERAMAT BIJAK






KENYATAAN DIBAWAH INI DIPETIK DARI SUMBER RASMI YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM)
http://www.yadim.com.my/Ulama/UlamaFull.asp?offset=5&Id=204


Pejuang Ahli Sunnah Wal Jamaah sejati
05 September 2008

Dunia Islam baru-baru ini kehilangan sebutir permata yang selayaknya menjadi role model kepada kita semua. Jasanya terhadap Islam memang tidak terhitung kerana sikapnya yang zuhud dan tidak mahu bermegah-megah dengan tindakannya selain sentiasa mengorbankan diri untuk kepentingan masyarakat.

Lelaki alim kelahiran Harar, Ethiopia pada 1910 bersamaan 1328 Hijrah ini gigih memerangi begitu banyak dakyah palsu dan ajaran songsang dalam masyarakat. Meskipun paling menonjol dalam usahanya menetang gerakan Wahabi, namun Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari sebenarnya memberi sumbangan yang jauh lebih banyak.

Beliau adalah seorang yang alim, pakar dalam ilmu Feqah dan kuat berhujah menentang golongan-golongan yang terpesong dari landasan Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Paling jelas, seorang yang zuhud dan bertaqwa, ketika lahir, beliau dinamakan Abdullah. Manakala bapanya ialah Muhammad bin Yusuf bin Abdullah bin Jamei’.

Dilahirkan di Bandar Harar pada tahun 1910 bersamaan 1328 Hijrah dan dibesarkan di rumah yang penuh dengan kasih sayang pada ilmu agama. Beliau diberikan didikan agama yang mendalam sejak kecil dan telah menghafal al Quran ketika berumur 7 tahun.

Beliau membesar dengan menghafal ilmu-ilmu agama selain mendalami ilmu hadith dengan sanadnya sekali hinggakan telah berjaya diijazahkan meriwayat hadis nabi pada usia yang begitu muda.

Oleh kerana begitu terserlah kepintaran dan kebijaksanaan beliau, selain pengetahuan ilmu agama yang nyata begitu dalam, beliau telah dilantik menjadi Mufti Harar pada usia yang cukup muda, belum pun mencecah 18 tahun.

Selain sibuk menimba ilmu , zaman muda beliau juga dipenuhi dengan perjuangan untuk membebaskan Somalia daripada penjajahan British dan Itali.

Selepas berjuang membantu membebaskan bumi Somalia, ulama ulung ini mengembara ke desa-desa dan ke bandar-bandar di seluruh pelusuk bumi Syam untuk menyampaikan ilmu-ilmu Islam yang berguna dan bermanfaat serta mengajarnya berteraskan metodologi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari mempunyai perwatakan dan peribadi yang sangat baik, justeru tidak hairan jika ramai yang mengungkapkan kata-kata ”walaupun kulitnya hitam, namun hatinya putih”.

Sifat mulianya ini menyebabkan beliau diterima dengan baik oleh semua lapisan masyarakat di Syam, tanpa mengira latar belakang mereka.

Satu perkara yang membezakan beliau dengan para pejuang yang lain ialah kebijaksanaannya menyampaikan dakwahnya serta cara ia ditujukan kepada masyarakat umum.

Walaupun tegas dalam pendirian serta dakwahnya, ia tidak menyakiti dan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak menyebabkan beliau tidak pernah ditahan atau dimasukkan ke penjara seperti rakan-rakan seperjuangan, contohnya Ibn Taimiyah dan Sayyid Qutb.

Pada tahun 1950 bersamaan dengan 1370 Hijrah, beliau telah pergi ke Beirut, Lubnan dan di sambut oleh ulama-ulama di sana seperti Syeikh Taufiq al Hibry. Kedatangannya di Lubnan juga adalah untuk mengajar dan membetulkan dalah faham umat tentang Islam.

Beliau telah pergi meninggalkan kita pada subuh hari kedua umat Islam berpuasa iaitu 2 Ramadhan 1429 Hijrah bersamaan 2 September 2008, selepas waktu subuh di Beirut, Lubnan. Jenazahnya ulama tersohor ini disembahyangkan oleh ribuan umat Islam di Masjid Burj Aby Haidar, Beirut

Jasad beliau kemudiannya disemadikan berhampiran Masjid Burj Aby Haidar. Takziah kepada keluarganya. Kita sesungguhnya telah kehilangan seorang tokoh Ahli Sunnah wal Jamaah yang terkemuka. Al Fatihah untuk beliau...

* Sumber YADIM: http://www.yadim.com.my/Ulama/UlamaFull.asp?offset=5&Id=204

04 September, 2008

YADIM & DATO' NAKHAIE: SYEIKH AL-HARARI SEORANG AL-MUHADDITH & TA'ZIAH BUAT PENCINTA ULAMA

PENGERUSI YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM) AL-FADHIIL DATO' MOHD NAKHAIE BIN HAJI AHMAD MENYIFATKAN SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI SEBAGAI AL-MUHADDITH DAN MENGUCAPKAN TA'ZIAH ATAS PEMERGIAN BELIAU KE RAHMATULLAH








Kenyataan Pengerusi YADIM Dato Nakhaie:

"
Kepada As Syeikh Husam Khorokirah
Jamaiyyah Al Masyarie Al Khairiah
Beirut
Lubnan

Tuan,

SEKALUNG TAKZIAH

Dengan penuh rasa kesedihan dan dukacita, kami telah menerima berita pemergian Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari Al-‘Abdary Rahimahullah ke rahmatullah pada tanggal 2 Ramadhan.

Bagi pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), terimalah ucapan ta’ziah dengan sepenuh ikhlas dari kami.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau serta ditempatkan di dalam syurga bersama para ambiya dan solihin.

Yang benar,

DATO’ HAJI MOHD NAKHAIE HAJI AHMAD

Pengerusi,
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ".


* Sumber dipetik dari perutusan khas rasmi dalam bahasa Inggeris yang dihantar oleh Dato Hj Nakhaie Bin Hj Ahmad Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia kepada wakil rasmi Jam'iyyah untuk diserahkan kepada Jam'iyyah Al-Masyari' Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah Beirut Lubnan pada Khamis, 4hb September 2008, jam 1:46pm waktu Malaysia. (rujuk scan di atas)

MUFTI PAHANG MENGAGUNGKAN & MEMUJI PERJUANGAN SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI RAHIMAHULLAH







MUFTI PAHANG DARUL MAKMUR SOHIBUS SAMAHAH DATO' HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI OSMAN MEMUJI PERJUANGAN SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI, MENYIFATKAN BELIAU SEBAGAI AL-MUHADDITH DAN MENGUCAP SEKALUNG TA'ZIAH ATAS PEMERGIAN BELIAU KE RAHMATULLAH


Kenyataan Mufti Pahang SS Dato' Abdul Rahman:

" Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Pada tanggal 2hb Ramadhan 1429H bersamaan 2hb Sept 2008M telah kembali ke rahmatullah seorang ulama bahkan pejuang Islam iaitu Syeikh Abdullah Al-Harari. Saya menyifatkan Syeikh Abdullah Al-Harari sebagai seorang ulama Al-Muhaddith pakar hadith yang sukar dicari ganti setelah pemergian beliau.Beliau merupakan ulama yang tidak gerun dengan musuh Islam dek kerana hujjah-hujjah dan dalil sentiasa berada dalam gengaman ulama seperti beliau. Saya sendiri dan mewakili seluruh umat Islam di Negeri Pahang Darul Makmur Malaysia merasai sedih dan mengucapkan ta'ziah kepada ahli keluarga dan anak-anak muridnya di atas pemergian As-Syeikh Al-Muhaddis Abdullah Al-Harari Al-Habasyi. Semoga Allah menempatkan beliau bersama para Ambiya', syuhada' dan solihin ".

* Sumber dipetik dari perutusan ta'ziah yang dihantar sendiri oleh SS Dato' Abdul Rahman Mufti Negeri Pahang kepada wakil rasmi Jam'iyyah Al-Masyari' Al-Khoiriyyah Al-Islam Beirut Lubnan pada hari Rabu, 3hb Sept 2008M, jam 12:52TGH-MLM waktu Malaysia.

PERUTUSAN KHAS UCAPAN TA'ZIAH & PUJIAN OLEH TIMBALAN MUFTI SELANGOR






PERUTUSAN KHAS UCAPAN TA'ZIAH DAN PUJIAN OLEH:
SOHIBUL FADHILAH DATO' ABDUL MAJID BIN OMAR TIMBALAN MUFTI SELANGOR DARUL EHSAN MALAYSIA DI ATAS PEMERGIAN AL-MUHADDITH SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI KE RAHMATULLAH



Kenyataan Dato' Timbalan Mufti Selangor:

" Saya sendiri amat berdukacita apabila mendapat berita tentang kembalinya Al-Muhaddith Asy-Syeikh Abdullah Al-Harari ke rahmatullah. Jasa beliau pastinya terlalu tinggi buat umat Islam zaman ini yang dahagakan ilmu Islam tulen. Syeikh Abdullah Al-Harari merupakan ulama Islam yang berjuang sehingga ke akhir hayatnya. Saya mohon kepada Allah agar mencucuri rahmat ke atas ruhnya. Ta'ziah juga diucapkan dari saya dan Jabatan Mufti Selangor amnya buat ahli keluarga beliau dan seluruh pendukung ilmu Ahli Sunnah Wal jamaah ".

* Sumber dipetik dari perutusan khas yang dihantar sendiri oleh Sohibul Fadhilah Dato' Abdul Majid, Timbalan Mufti Selangor kepada wakil rasmi Jami'yyah Al-Masyari' Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah pada hari Rabu 3hb September 2008 bersamaan 3hb Ramadhan 1429H, jam 12:43TGH-MLM.

SEKALUNG TA'ZIAH DARI JABATAN MUFTI TERENGGANU

SEKALUNG TA'ZIAH DI ATAS PEMERGIAN AL-MARHUM SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI DARI SELURUH WARGA JABATAN MUFTI TERENGGANU DARUL IMAN






Kenyataan Ta'ziah Jabatan Mufti Terengganu:

" Maka kami bersama kesemua kakitangan Jabatan Mufti Negeri Terengganu Malaysia mengutuskan setinggi-tinggi ucapan ta'ziah ke atas ahli keluarga dan anak-anak murid insan yang telah meninggalkan kita Al-Marhum Asy-Syeikh Abdullah Al-Harari semoga Allah memuliakan jenazahnya, kami turut mengucapkan ta'ziah buat kerajaan negara Lubnan, dan sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali. Kami semua mendoakan agar ruh Syeikh Abdullah Al-Harari bersama-sama para ambiya', para syuhada' dan orang-orang yang soleh.
Telah disemak perutusan sekalung ta'ziah ini di Jabatan Mufti Terengganu pada hari khamis bersamaan 4hb Ramadhan 1429H ".

* Sumber dipetik dari perutusan ta'ziah rasmi dari Jabatan Mufti Negeri Terengganu yang diwakili dan ditulis oleh Naib Mufti Negeri Terengganu Negara Malaysia Sohibul Fadhilah Ustaz Abdul Halim Bin Awang (arabic)diberi kepada wakil rasmi Jam'iyyah Al-Masyari' Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah untuk dipanjatkan kepada ikhwah muslimin di Lubnan. Diterima pada Khamis, 4hb September 2008, jam 16:05pm waktu Malaysia.(lihat scan)

PERUTUSAN KHAS UCAPAN TA'ZIAH & PUJIAN OLEH MUFTI JOHOR DAN RAKYAT JOHOR






PERUTUSAN KHAS UCAPAN TA'ZIAH DAN PUJIAN OLEH:
SOHIBUS SAMAHAH DATO' ASY-SYEIKH AL-HAJ NOOH BIN GADOT MUFTI NEGERI JOHOR TURUT MEWAKILI SELURUH RAKYAT JOHOR DARUL TAKZIM DI ATAS PEMERGIAN AL-MUHADDITH AL-WALI SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI KE RAHMATULLAH



Ucapan Dato' Mufti Johor:

" Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim. Siang hari Selasa bersamaan 2hb Ramadhan 1429H baru ini umat Islam dikejutkan dengan pemergian ke rahmatullah seorang tokoh ulama Islam yang berani mempertahankan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah beliau adalah Al-Muhaddith Al-Allamah Asy-Syeikh Abdullah Al-Harari terkenal dengan Al-Habasyi rahimahullah.
Dengan ini saya, keluarga saya, Jabatan Mufti Johor dan seluruh umat Islam di Negeri Johor memohon semoga Allah subhnanahu wata'ala melimpahkan keampunan ke atas ruh Syeikh Abdullah Al-Harari dan menempatkan beliau bersama ruh muslimin, para syuhada', para ulama, para muttaqin dan para ambiya'.
Ta'ziah juga saya ucapkan buat ahli keluarga, para penuntut dan anak-anak murid beliau yang gigih mempertahankan aqidah Islam dengan huja-hujah yang kental. Saya sendiri mengenali dan mengetahui perihal Syeikh Abdullah Al-Harari Al-Habasyi dengan baik berdasarkan kitab-kitab dan karangan-karangan beliau yang cukup hebat. Kepakaran beliau dalam ilmu hadith pula membuktikan bahawa beliau merupakan seorang ulama Al-Muhaddith dan juga merupakan seorang wali dan pejuang yang mempertahankan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Semoga Allah merahmati beliau dan ditempatkan didalam syurga firdaus. Rahimakallah ya Syeikh Abdallah Al-Harari ".

* Sumber ucapan SS. Dato' Mufti Johor tersebut dipetik daripada perutusan khas beliau sendiri bertulis dan berlisan juga mengunakan bahasa arab yang dituturkan oleh beliau sendiri kepada wakil rasmi Jam'iyyah Al-Masyari' Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah Beirut Lubnan pada hari Khamis, 4hb September 2008, jam 11:00am waktu Malaysia.

PERUTUSAN KHAS UCAPAN TA'ZIAH & PUJIAN OLEH KETUA PENGARAH JAKIM ATAS PEMERGIAN SYEIKH AL-HARARI







PERUTUSAN KHAS UCAPAN TA'ZIAH DAN PUJIAN OLEH:
DATO' WAN MOHAMAD BIN DATO' SHEIKH ABDUL AZIZ KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) DI ATAS PEMERGIAN AL-MUHADDITH SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI KE RAHMATULLAH


Ucapan Ketua Pengarah JAKIM Dato' Wan Mohamad :

" Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari merupakan insan yang soleh dan mulia, pemergian beliau juga pada bulan yang mulia (Ramadhan), benarlah ungkapan 'orang yang mulia kembali kepada Allah pada bulan yang mulia'. Ta'ziah saya ucapkan untuk ahli keluarga, anak-anak murid dan seluruh pengikut Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari Rahimahullah.- Wan Mohamad KP JAKIM " .

* Sumber ucapan dipetik daripada perutusan khas yang dihantar sendiri oleh KP JAKIM kepada wakil rasmi Jam'iyyah Al-Masyari' Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah pada Rabu, 3hb September 2008, jam 11:07pm waktu Malaysia.

03 September, 2008

Jutaan Menunaikan Solat Jenazah Buat SYEIKH AL-HARARI







Ucapan Dari Pengerusi Persatuan Islam

Sumber:- http://www.alzoa.com

شيع عصر أمس ودفن بجوار مسجد برج ابي حيدر
وفاة الشيخ عبد الله الهرري مؤسس »جمعية المشاريع «

الشيخ الهرري في صورة نادرة له

خلال التشييع في برج أبي حيدر أمس (مصطفى جمال الدين)

غيب الموت فجر امس العلامة الشيخ عبد الله الهرري المعروف بـ»الحبشي« في منزله في بيروت، عن عمر ناهز الثامنة والتسعين. وصلي على جثمانه في مسجد برج ابي حيدر عقب صلاة العصر، ووري الثرى في عقار مجاور للمسجد.
وقد نعاه رئيس جمعية المشاريع الشيخ حسام قراقيره في بيان قال فيه: »باسمي وباسم إخواني في جمعية المشاريع الخيرية الاسلامية وعموم طلاب ومريدي العلامة الشيخ عبد الله الهرري في لبنان والبلاد العربية وأفريقيا وأوروبا وآسيا وأستراليا والاميركيتين، أنعي إلى الشعب اللبناني والمسلمين في لبنان وعموم الامة الاسلامية في مشارق الارض ومغاربها، الولي الصالح والمربي الفاضل رجل العلم والتقوى والورع والزهد والتواضع العلامة الفقيه المحدث الشيخ عبد الله الهرري المعروف بالحبشي«.
واعتبر قراقيرة »أن رحيل الولي الصالح العلامة الشيخ عبد الله الهرري خسارة للامة الاسلامية جمعاء وخسارة للعلم وللعلماء، وخسارة للجمعيات والهيئات والمؤسسات الاسلامية التي تعرف فضل العلم والعلماء، والحاجة الى امثال هذا العالم الكبير، خصوصا في هذا الزمن العصيب«.
أضاف: »وأنتم يا إخواني ويا أحبائي طلاب ومريدي العلامة المحدث الشيخ عبد الله الهرري في لبنان وكل أرجاء المعمورة، أسأل الله ان يلهمكم الصبر والسلوان، وأن يسدد خطاكم ويوفقكم الى الخير، وييسر لكم سبل الاستفادة والانتفاع مما تركه لنا العلامة الشيخ عبد الله الهرري، رحمه الله، من مؤلفات ونصائح وإرشادات هي زاد علمي وذخائر نافعة يجدر بنا التمسك بها والعمل بمقتضاها، وكذلك التزام نهج جمعية المشاريع الخيرية الاسلامية التي كان يمدها بأمداد نظراته ونصائحه، والتي قال عنها: إن توجيهات الجمعية توجيهاتي«.
سيرة الراحل
ووزعت الجمعية نبذة عن الراحل جاء فيها ان العلامة المحدث الشيخ عبد الله ولد في مدينة هرر في بلاد الحبشة حوالى سنة ١٩١٠ ميلادية. والده محمد بن يوسف بن عبد الله بن جامع الهرري الشيي العبدري. نشأ في بيت متواضع محبا للعلم ولأهله، فحفظ القرآن الكريم استظهارا وترتيلا وإتقانا وهو صغير السن، وأقرأه والده كتاب المقدمة الحضرمية، وكتاب المختصر الصغير في الفقه، وهو كتاب مشهور في بلاده. وعكف على الاغتراف من بحور العلم فحفظ عددا من المتون في مختلف العلوم، ثم اولى علم الحديث اهتمامه فحفظ الكتب الستة وغيرها بأسانيدها حتى انه أجيز بالفتوى ورواية الحديث وهو دون الثامنة عشرة.
تلقى العلوم والمعارف الدينية من عدد كبير من العلماء والمشايخ في بلاد الحبشة والحجاز والشام، منهم الشيخ محمد عبد السلام الهرري، والشيخ محمد سراج الجبرتي مفتي الحبشة، والشيخ محمد عمر جامع الهرري، والشيخ ابراهيم أبو الغيث الهرري، والشيخ يونس الحبشي، والشيخ أحمد البصير، والشيخ شريف الحبشي، والشيخ عبد الرحمن الحبشي.
اجتمع بالشيخ المحدث القارئ أحمد عبد الرحمن الجبرتي الحبشي شيخ القراء في المسجد الحرام، فأخذ عنه القراءات واستزاد منه في علم الحديث فقرأ عليه وحصل منه على اجازة، ثم أخذ من الشيخ داود الجبرتي القارئ، ومن الشيخ المقرئ محمود فايز الديرعطاني الدمشقي وجامع القراءات السبع وذلك لما سكن دمشق. وأمّ مكة فتعرف على علمائها كالشيخ السيد علوي المالكي، والشيخ أمين الكتبي، وحضر على الشيخ محمد العربي التبان، واتصل بالشيخ عبد الغفور الافغاني النقشبندي فأخذ منه الطريقة النقشبندية. ورحل بعدها إلى المدينة المنورة واتصل بعلمائها فأخذ الحديث عن الشيخ المحدث محمد بن علي الصديقي البكري الهندي الحنفي وأجازه، ثم لازم مكتبة عارف حكمت والمكتبة المحمودية مطالعا منقبا بين الاسفار الخطية مغترفا من مناهلها فبقي في المدينة مجاورا سنة. واجتمع بالشيخ المحدث ابراهيم الختني تلميذ المحدث.
أما إجازاته فأكثر من أن تدخل في عددها وأسماء المجيزين.
ثم رحل إلى بيت المقدس في أوائل العقد الخامس من القرن الماضي، ومنه توجه الى دمشق فاستقبله اهلها بالترحاب، لا سيما بعد وفاة محدثها الشيخ بدر الدين الحسني رحمه الله، فتنقل في بلاد الشام بين دمشق وبيروت وحمص وحماه وحلب وغيرها من المدن، ثم سكن في جامع »القطاط« في محلة »القيمرية« في دمشق، وأخذ صيته في الانتشار فتردد عليه مشايخ الشام وطلبتها وتعرف على علمائها، واستفادوا منه وشهدوا له بالفضل وأقروا بعلمه، واشتهر في الديار الشامية بقلب »خليفة الشيخ بدر الدين الحسني« و»محدث الديار الشامية.
وأخذ الاجازة في الطريقة الرفاعية من الشيخ عبد الرحمن السبسبي الحموي، والشيخ طاهر الكيالي الحمصي، والاجازة في الطريقة القادرية من الشيخ أحمد العربيني والشيخ أحمد البدوي السوداني وغيرهما.
قدم إلى بيروت اوائل الخمسينيات فاستضافه كبار مشايخها امثال الشيخ القاضي محيي الدين العجوز، والشيخ المستشار محمد الشريف، والشيخ عبد الوهاب البوتاري امام جامع البسطا الفوقا، والشيخ أحمد اسكندراني إمام ومؤذن جامع برج أبي حيدر ولازموه واستفادوا منه. ثم اجتمع بالشيخ عبد الرحمن المجذوب وبالشيخ توفيق الهبري وعنده كان يجتمع بأعيان بيروت. كما اجتمع بالشيخ مختار العلايلي رحمه الله أمين الفتوى السابق الذي أقر بفضله وسعة علمه وهيأ له الاقامة على كفالة دار الفتوى في بيروت ليتنقل بين مساجدها مقيما الحلقات العلمية وذلك بإذن خطي منه.
وتتضمن تصانيفه وآثاره اكثر من ٢٥ كتابا ومؤلفا.
تتقبل الجمعية التعازي بالراحل، يومي الثاني والثالث في مركزها الرئيسي في برج أبي حيدر من العاشرة صباحا إلى السادسة عصرا للرجال، وللنساء في قاعة ثانوية الثقافة الاسلامية في الطريق الجديدة ـ مقابل المخفر من العاشرة صباحا الى الرابعة بعد الظهر.

--------------

www.abu-syafiq.blogspot.com

02 September, 2008

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI dalam kenangan

UCAPAN TA'ZIYAH DARI USTAZ ABU SYAFIQ AL-ASY'ARY BUAT PENCINTA ULAMA ISLAM
---------------------------------------

Satu Penghormatan Dari Anak Muridmu Khas Buat Tuan Guru Yang Mulia... AL-FATIHAH




ULAMA ISLAM, PEJUANG MUJAHID MENOLAK SEGALA BID'AH SESAT KHASNYA BID'AH AQIDAH,
PENJAGA AQIDAH, MUJAHID KEATAS AHLI BID'AH SEPERTI WAHHABI DAN SELAINNYA,
BERANI MEMPERTAHANKAN AQIDAH YANG BENAR, WALI, SOLEH, AHLI ZUHUD, SUFI HAKIKI,
PENCINTA PARA NABI, MEMPERTAHANKAN ULAMA ISLAM SEBENAR,
PENEGAK AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ZAMAN KINI, PENCARI REDHO TUHANNYA MEMALING REDHO MANUSIA YANG DIBENCI TUHANNYA, PEJUANG YANG HANYA UNTUK DAN DEMI TUHANNYA, SEORANG YANG AMANAH DALAM ILMU DAN NUKILANNYA,
TELITI DALAM SEGALA PENULISANNYA,PENYINAR ILMU AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AL-ASYAIRAH, 'HURRAS AQIDAH' IAITU PENJAGA AQIDAH ISLAM GELARANNYA, ASY-SYAFIE' MAZHABNYA, AL-QODIRIY DAN AR-RIFAI'Y TORIQOTNYA, HUJJAHTUL ISLAM DAN MUJADDID FI ZAMANIHI, SESIAPA YANG MENGENALI BELIAU BENAR-BENAR MAKA DIA PASTI MENGENALNYA DENGAN PENUH KEHORMATAN, SESIAPA YANG TIDAK MENGENALI BELIAU MAKA SAYA KATAKAN BELIAU
MERUPAKAN SYEIKHUL ISLAM SEBENAR AL-MUHADDITH SYEIKHI ABDULLAH AL-HARARI AL-'ABDARY RAHIMAHULLAH.....

Syeikh Al-Muhaddith Abdullah Al-Harari Al-Habasyi telah meninggal dunia & kembali ke rahmatillah hari ini Selasa 2hb Ramadhan 1429H : 2hb 9 2008.
selepas waktu subuh tadi waktu Beirut, Lubnan. Jenazahnya yang mulia disembahyangkan oleh ratusan ribu umat Islam di Masjid Burj Aby Haidar Beirut Lubnan petang tadi waktu asar time Beirut Lubnan dan jutaan umat Islam diseluruh pelusuk dunia turut menunaikan solat jenazah ghoib buat Syeikh Al-Mujahid Abdullah Al-Harari kemudian jasadnya disemadikan berhampiran Masjid Burj Aby Haidar. Rahimakallah ya Syeikhy....

Pemergianmu satu kehilangan yang besar buat umat Islam pencinta sunnah sebenar.

Al-Fatihah....









TAKDIR ALLAH MENENTUKAN
KAU PERGI JUA
DUHAI ATQIYAA' AKHFIYAA'
MAULANA AS-SYEIKH ABDULLAH AL-HARARY AL-HABASHY

KEBERADAANMU TIADA RAMAI YANG MENYEDARI
SEDANG ILMUMU TELAH SAMPAI KE DADA-DADA MEREKA

KAU DIFITNAH,DITOHMAH DIHINA
HANYA SAHAJA KERANA
MEMPERTAHANKAN AQIDAH SUCI
DARI DINODAI TANGAN-TANGAN KEJI
MUSUH-MUSUH ISLAM

JASA DAN BUDIMU PADA UMMAH
TIADA TERJUMLAH
TANPA MENGHARAPKAN KEMASYHURAN
JAUH SEKALI BALASAN DUNIAWI

DEEN AL-HANIEF KAU PERTAHANKAN
AQIDAH KAU PERJUANGKAN
TUTUR-BICARAMU BERHIKMAH
CORETANMU BERTINTAKAN ILMU
HUJJAHMU DURI-DURI TAJAM
DI HATI AL-WAHHABY

HARI INI KAU PERGI JUA
MENINGGALKAN JAUH PENJARA DUNIA
YANG PENUH NODA DAN DOSA
MENUJU JANJI-JANJI ALLAH
BUAT HAMBANYA YANG IKHLAS

PERGIMU YA SYEIKHI TIADA BERGANTI
MOGA RUHMU DITEMPATKAN ALLAH
DI KALANGAN PENGHUNI FIRDAUSI

www.abu-syafiq.blogspot.com

Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?