27 January, 2009

Ya Allah! Selamatkan Perlis




Ya Allah...
KepadaMu ku memohon...
Demi segala mujahadah para mujahid...
Selamatkanlah bumi Perlis...

Seperti sudah dijangka bahawa yang akan naik menganti adalah bak Obama mengantikan Bush...dua-dua satu kepala walaupun berlainan cara tindakan. Yang mantannya baru dibuang kini pengantinya sama daya dan cara pemikiran. Kekecohan pasti terburai lagi yang jadi mangsa adalah rakyat sejati. Dulunya Perlis Ahli Sunnah Wal Jama’ah Al-Asya’irah pilihan sejati. Kini hampir dikuburkan bak mati. Pastinya tersusun beberapa agenda yang dirasakan mereka amat berapi. Bermula dari seorang yang menuntut di Negara Gaddafi menyuntik jarum membid’ahkan umat islam disambung dengan mantannya yang dibuang itu membawa ajaran yang ‘lebih power’ lagi selain membid’ahkan umat islam ditambah dengan ajaran takfir ulama dan menjisimkan serta menyamakan Allah dengan makhluk.

Ya Allah!
Selamatkan negeri umat Islam ini negeri Perlis…

Penduduknya tidaklah berfahaman tajsim, tabdi’ dan takfir. Tetapi beberapa insan yang mempunyai pengaruh dari pihak atas telah diracuni oleh mereka ‘jalang-jalang’ yang tidak mempunyai maruah diri. Bertopengkan pelbagai nama, pangkat dan lebih busuk lagi mendakwa diri berilmiah dan berfakta sedangkan belambak ajaran Islam diselewengkan olehnya sendiri. Tanya sajelah rakyat Perlis. Berapa ketul yang ikut mereka yang ‘jalang-malang’ tu. Amat sedikit.Tapi kesian juga pada umat Perlis. Mereka tidak boleh buat apa. Apa tindakan yang mereka nak ubah pastinya ada ‘ular’ yang berbisa menanti dalam rumah mereka. Boleh menyebabkan satu keluarga mereka hidup merana. Inilah tindasan dari dalam yang lebih menusuk ke dalam jiwa.


Ya Allah!
Selamatkanlah bumi Perlis ini dari segala fitnah...

Fitnah dan masaalah yang ‘diberakkan’ oleh mantannya yang dibuang dulu masih terasa hangatnya. Bak tahi anjing kurap yang dihidu mereka jua. Buat masaalah pada umat dan baunya lebih busuk dari getah sekerap.
Kini datang pula seorang pengantinya. Sudah pasti mereka berpakat sambil syor-mengesyor pada sebelumnya. Telefon mereka berdering diangkat sambil ketawa kah kah kah…dan berkata Kita Hampir Berjaya! Pesanan ringkas sms juga tidak putus-putus. Perjumpaan sebelum pemergian ke sebuah Negara luar juga telah dirancang.dan disusun. Tidak mahu dilhat orang. Mereka berjumpa di kawasan tertutup gerun dengan satu kelompok. Ahli Sunnah Wal Jama’ah Al-Asya’irah pedih telinga mereka mendengar. Mereka terseksa bila ilmu sifat 20 jadi rujukan. Itu bid’ah ini bid’ah kecuali yang mereka amalkan saja tidak bid’ah walaupun tiada satu ayat atau hadith pun mereka sumberkan. Putar belit putar alam itulah mereka. Kalau yang mantannya manusia yang paling banyak buat masaalah pada umat Islam. Pengantinya yang terbaru ini bagaimana pula?
Emmm..
Mujassim juga kah? Musyabbih juga kah? Bertindak melulu juga kah? Cari populariti juga kah?Suka membid’ah orang juga kah? Suka kafirkan ulama juga kah? Suka mengkafirkan umat Islam juga kah? Suka membawa ajaran baru menyusahkan umat Islam juga kah? Mengherdik jabatan agama Islam juga kah?...eemm..entahlah. Sepastinya mereka ada sama sket itu kepala dengan yang dulu punya kapla.

Ku katakan…
Ya Allah! Peliharalah bumi Perlis ini dari segala bala dan fitnah. Selamatkanlah kami dan negeri-negeri kami yang lain dari segala bencana dan malapetaka.
Amin Ya Robbal ‘Alamin.

1 comment:

Abu Muhammad said...

Allahumma aamiin, aamiin, aamiin, ya Rabbal 'Aalamiin.


Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?