19 February, 2009

Menyanggah Rasul Dahri Wahhabi Takfiry (2)






Oleh : Ustaz Abu Syafiq 006 012 2850578

RASUL DAHRI MENIPU IMAM SYAFI’E DAN SAIDINA ALI BIN ABI TALIB DALAM AQIDAH . RASUL DAHRI MENDAKWA SAIDINA ALI SAHABAT NABI MERIWAYAT KATA-KATA IMAM SYAFI’E SEDANGKAN SAIDINA ALI TELAHPUN MENINGGAL DUNIA SEBELUM IMAM SYAFI’E DILAHIRKAN

Pada mulanya saya ikhlas mengkaji buku tulisan Rasul Dahri yang berjudul ‘Yang Benar Mazhab Syafie Bukan Wahhabi’ dan saya mengharap kebenaran akan lebih terpancar dalam diri saya. Malangnya amat menyedihkan apabila saya merujuk banyak kenyataan yang Rasul Dahri nukilkan dalam kitab tersebut terdapat kepalsuan yang jelas dan perubahan pada terjemahan yang jauh bahkan boleh memudaratkan aqidah seseorang muslim itu.
Ingat ! bukan sahaja kepalsuan yang banyak terdapat dalam kitabnya itu bahkan banyak perkara yang dilakukan oleh Rasul Dahri ketika dia menterjemahkan teks kenyataan yang dia nukilkan dari para ulama, diubah teks tersebut dengan terjemahan yang menyimpang serta banyak bersumberkan dari kitab bukan karangan ulama itu sendiri tetapi dikutip dari mereka yang tidak mempunyai sanad. Ya. Bukan kesemua isi kandungannya begitu tetapi kebanyakannya begitulah. Tiada amanah dalam nukilan. Saya sedih apabila mengetahui Ustaz Rasul Dahri ini ada menyampaikan tazkirah aqidah dan sudah pasti berapa orang tertipu dengan kepalsuannya dalam nukilan.
Golongan Musyabbihah yamg menyamakan Allah dengan makhluk sememangnya sering mempergunakan ayat al-Quran, al-Hadith Nabawi dan kenyataan ulama Islam kepada makna yang amat bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.


Rasul Dahri Menipu Imam Syafi’e Dan Sahabat Nabi Saidina Ali Bin Abi Talib Radiyallahu ‘anhu Pada Aqidah Dan Riwayat

Wahhabi akan menguna segala teks yang mereka sendiri palsukan. Kemudian mereka akan katakan : ‘ Tengok ! Imam ini kata begini Imam itu kata begitu’ dan sebagainya dari pembuktian bohong yang direka sendiri oleh mereka bagi merialisasikan impian aqidah Tajsim dan Tashbih tersebar.
Alhamdulillah Allah tidak membiarkan agamaNya dipermainkan oleh golongan sesat ini. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “ Akan sentiasa ada kumpulan dari kalangan umatku menjelaskan kebenaran dan menjawab kesamaran sehinggalah hari kiamat ”. R.Muslim.

Rasul Dahri yang merasakan dirinya dalam kebenaran hakikatnya adalah amat terpesong, dia sering memalsukan kenyataan ulama mu’tabar antaranya Imam Syafi’e.
Lihat pengkhianatan Rasul Dahri pada ulama Islam khasnya bila membicarakan isu aqidah dalam bukunya ‘Yang Benar Mazhab Syafi’e Bukan Wahhabi’.

Dalam kitab tersebut setelah Rasul Dahri menukilkan kenyataan yang disandarkan kepada Imam Abu Hasan Al-Asy'ary dengan terjemahan yang salah kemudian Rasul Dahri menukilkan pula kenyataan yang disandarkan kepada Imam Syafi'e secara palsu ditambah pula dengan terjemahn Rasul Dahri yang menyeleweng. Dahlah nukilan/sandaran kepada Imam Syafi'e itu palsu kermudian Rasul Dahri memutarbelit pula terjemahannya pula.

Saya Abu Syafiq akan menukilkan teks penuh Rasul Dahri dalam kitabnya dan saya akan jelaskan kepalsuan pada sandaran terhadap Imam Syafie itu.

*Perhatian kepada pembaca bahawa aqidah yang disandarkan kepada Imam Syafi'e dibawah ini adalah PALSU dan bukan juga Hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Saidina Ali! serta bukan kata-kata Saidina Ali !. Sila Fokus!

(tek Rasul Dahri):
"- Imam Syafie rahimahullah. Imam Syafie rahimahullah menjelaskan melalui riwayat yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu :
وَاَنَّ لَهُ يَدَيْنِ بَقَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ (بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوْطَتَانِ) وَاَنَّ لَهُ يَمِيْنًا بِقَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ (وَالسَّمَوَاتُ
مَطْوِيَات بِيَمِيْنِهِ) وَاَنَّ لَهُ وَجْهًا بِقَوْلِهِ (كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ اِلاَّ وَجْهَه)...وَاَنَّ لَهُ قَدَمًا بِقَوْلِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمِ (حَتَّى يَضَعَ عَزَّ وَجَلَّ فِيْهَا قَدمَهُ) وَاَنَّ لَهُ اُصْبُعًا بِقَوْلِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (مَا مِنْ قَلْبٍ اِلاَّ هُوَ بَيْنَ اُصْبُعَيْنِ مِنْ اَصَابِعِ الرَّحْمَن) نُثبِتُ هَذِهِ الصِّفَات وَنَنفِي التَّشْبِيْه كَمَا نفِى ذَلِكَ عَنْ نَفْسِهِ تَعَالَى ذِكْرُهُ فَقَالَ (لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ)
"BagiNya dua tangan sebagaimana firmanNya:
(Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka.

BagiNya tangan
sebagaimana firmanNya: Langit digulung dengan tangan kananNya.

Allah mempunyai wajah
sebagaimana firmanNya: Setiap sesuatu akan binasa kecuali WajahNya.

Baginya kaki
sebagaimana sabda Nabi saw: Sehinggalah Dia meletakkan wajah dan KakiNya.

Dia mempunyai jari
sebagaimana sabda Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam: Tiadalah hati itu kecuali antara jari-jari dari jari-jari Ar-Rahman (Allah).

Kami menetapkan sifat-sifat ini dan menafikan dari menyerupakan sebagaimana dinafikan sendiri oleh Allah

sebagaimana difirmankan: (Tiada sesuatu yang semisal denganNya dan Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat)".[11]

Imam Syafie rahimahullah seterusnya menjelaskan:

"Dan Allah Ta'ala di atas 'ArasyNya (Dan 'ArasyNya) di langit”.[12]

Imam Syafie rahimahullah seterusnya menjelaskan lagi:
"Kita menetapkan sifat-sifat (mengithbatkan sifat-sifat Allah) sebagaimana yang didatangkan oleh al-Quran dan yang warid tentangNya dari sunnah, kami menafikan tasybih (penyerupaan) tentangNya kerana dinafikan oleh diriNya sendiri sebagaimana firmanNya (Tiada sesuatu yang semisal denganNya)".[13]

Imam Syafie rahimahullah telah menjelaskan juga tentang turun naiknya Allah Subhanahu wa-Ta’ala:

وَاَنَّهُ يَهْبِطُ كُلَّ لَيْلَةٍ اِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا بِخَبَرِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

"Sesungguhnya Dia turun setiap malam ke langit dunia (sebagaimana) menurut khabar dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam".[14]

Berkata Imam Syafie rahimahullah:

"Sesungguhnya Allah di atas ‘ArasyNya dan ‘ArasyNya di atas langit-".
________

Tamat nukilan kenyataan Rasul Dahri yang memalsukan kata-kata Imam Syafi'e.

* PEMBACA SEKALIAN! KETAHUILAH BAHAWA AQIDAH YANG DISANDARKAN KEPADA IMAM SYAFI'E DI ATAS TADI ADALAH PALSU DAN KETAHUILAH BAHAWA IMAM SYAFI'E TIDAK BERAQIDAH SEDEMIKIAN DAN TIDAK PERNAH BERKATA SEDEMIKIAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIJELASKAN OLEH AZ-ZAHABI.SILA RUJUK KITAB MIZAN AL-'ITIDAL 3/656.


Tujuan saya menukilkan semua aqidah yang disandarkan secara palsu kepada Imam Syafi'e di atas tadi adalah untuk memperingatkan kita semua sekiranya selepas ini Rasul Dahri atau mana-mana Wahhabi termasuk Johari Mat yang menyandarkan aqidah di atas tadi kepada Imam Syafi'e maka ketahuilah bahawa Imam Syafie tidak pernah berkata sedemikian. Itu semua palsu berdasarkan pengakuan/kenyataan Az-Zahabi bahawa aqidah yang disandarkan kepada Imama Syafi'e itu tadi adalah PALSU.Sila rujuk Mizan Al-‘itidal juzuk 3 mukasurat 656.

Satu perkara lagi, kenyataan yang disandarkan secara palsu kepada Imam Syafi'e di atas tadi sebenarnya bukanlah kata-kata yang diriwayatkan oleh Saidina Ali dan Saidina Ali tidak meriwatkan daripada sesiapa pun serta ia bukan kata-kata Saidina Ali pun!

Tetapi kenyataan itu disandarkan kepada Imam Syafi'e secara palsu oleh Rasul Dahri dan buktinya apabila Rasul Dahri menyebut: "Imam Syafie rahimahullah seterusnya menjelaskan..."

kemudian Rasul Dahri mengatakan lagi: "Berkata Imam Syafie..." kemudian Rasul Dahri membawa kenyataan palsu yang disandarkan kepada Imam Syafi'e tadi disamping mendakwa ianya diriwayat oleh Ali bin Abi Talib RADHIYALLAHU 'ANHU.

Demikian adalah antara kesalahan Rasul Dahri bila menukilkan sesuatu. Sebenarnya orang yang meriwayat kenyataan palsu itu bernama Abu Talib Muhammad Bin Ali yang dihukum oleh ulama hadith sebagai "Mughaffal" iaitu seorang yang lalai/lupa dan juga PALSU dan diakui oleh Az-Zahabi ianya palsu. Malangnya Rasul Dahri menganggap Saidina Ali Radhiyallahu 'anhu pulak yang meriwatkannya dari Imam Sayfi'e dan ini adalah salah. Kemudian perhatikan pada nama orang meriwayat kenyataan palsu terhadap Imam Syafi'e itu...dia bernama Abu Talib Muhammad Bin Ali dan BUKAN Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu.


Sanggahan lagi:
1) Lihat bagaimana pendustaan lelaki palsu ini. Rasul Dahri apabila mahu mengambarkan secara palsu kononnya Imam Syafi’e beraqidah seperti dirinya, dia (Rasul Dahri) mendakwa sahabat Nabi Imam Saidina Ali bin Abi Talib meriwayat kata-kata Imam Syafi’e. Amat lucu dan jelas pendustaan Rasul Dahri ini!.

Imam Saidina Ali bin Abi Talib Radhiyallahu ‘anhu hidup dizaman Rasulullah dan meninggal dunia wafat pada tahun 40H sedangkan Imam Syafi’e lahir pada 150H. Bagaimana Rasul Dahri boleh mendakwa Imam Saidina Ali pula meriwayatkan kata-kata Imam Syafi’e?!. 110 tahun beza antara waktu wafat Imam Saidina Ali dengan kelahiran Imam Syafi’e.
Cuba fikir! Saidina Ali meriwayatkan kenyataan Imam Syafi’e??!! Sapa yang dulu hidup?! Sapa yang dulu mati?!
Dan nama ‘Ali bin Abi Talib’ itu dimaksudkan sahabat Nabi Muhammad yang terkenal iaitu suami Saidatuna Fatimah dan bapa kepada Saiduna Hasan dan Husein. Ini kerana Rasul Dahri sendiri meletakkan perkataan “radhiyallahu ‘anhu”. Sila fokus!.

2) Ketika Rasul Dahri menceritakan aqidah Imam Syafi’e (secara palsu) itu, terdapat isi kandungannya yang amat bercanggah dengan aqidah Islam. Tidak mungkin Imam Syafi’e membahagi-bahagikan sifat Allah sebegitu.
Hakikatnya Imam Syafi’e TIDAK PERNAH mendakwa ‘Allah bersifat kaki’, ‘Allah bersifat jari’, ‘Allah bersifat duduk’ dan selainnya daripada sandaran yang hakikatnya bukan sifat bagi Allah.

Ya, golongan Musyabbihah Mujassimah Wahhabiyah sering menyandarkan aqidah itu ke atas Imam Syafi’e, sedangkan riwayat ke atas sandaran itu tidak benar dan tidak sahih. Banyak kenyataan Imam Syafi’e dipalsukan oleh Wahhabi Mujassim Musyabbih.

Aqidah yang disandarkan secara palsu itu ke atas Imam Syafi’e terdapat dalam sanadnya lelaki bergelar Al-‘Asyaary bernama Muhammad Bin Ali Al-‘Asyaary meninggal tahun 452H yang dihukum sebagai ‘Mughaffal’ seorang yang biol/lalai oleh ulama hadith dan dialah yang menyandarkan aqidah itu kepada Imam Syafi’e secara dusta dan palsu.
Kepalsuan itu telah diakui oleh para ulama dan Az-Zahabi dalam Al-Mizan.Sila rujuk Mizan Al-‘itidal juzuk 3 656.

Dan apabila mengkaji sanad aqidah yang disandarkan kepada Imam Syafi’e itu didapati pula ada seorang lelaki lagi bernama Abul ‘Iz Ibnu Kadish Ahmad bin ‘Ubaidillah yang meninggal tahun 526H dan dia merupakan seorang yang suka memalsukan ‘Ma’ruf Bil Wad’’ iaitu terkenal sebagai seorang yang suka memalsukan hadith. Sila rujuk Mizan Al-‘Itidal juzuk 1 mukasurat 118 dan ini membukti riwayat tersebut tidak benar bahkan palsu.

Maka jelas! mereka yang menyandarkan aqidah salah tersebut ke atas Imam Syafi’e adalah dari golongan yang tidak diterima periwayatannya dan aqidah tersebut diakui oleh Az-Zahabi sebagai palsu iaitu ia disandarkan kepada Imam Syafi’e secara palsu dan dusta. Begitu juga aqidah palsu yang disandarkan kepada Imam Syafi'e dinamakan sebagai Wasiat Asy-Syafi'e ianya adalah palsu kerana diriwayatkan oleh seorang bernama Abu Al-Hasan Al-Hakary yang terkenal disisi ulama hadith sebagai PEMALSU (wado'). Sila rujuk Mizan Al-‘itidal juzuk 3 mukasurat 112 dan kitab Zail Tarikh Baghdad juzuk 18 mukasurat 173. Sila ambil perhatian!.

Pepatah arab ( Lau Sallilmna Jadalan),
Sekalipun sanadnya hendak didakwa sahih-benar, tidak mungkin teks Imam Syafi’e sedemikian. Tidak mungkin Imam Syafi’e membahagi-bahagikan sesuatu kemudian mendakwa ianya sifat Allah. Tidak mungkin Imam Syafi’e kata: “ Allah ada kaki, jari, bersemayam yang bererti duduk dan berwajah ”. Tidak mungkin kerana Rasulullah sollahu ‘alaihiwassalam tidak pernah mengatakan itu semua sifat Allah tetapi hanya disandarkan kepada Allah dan ia mempunyai makna bukan pada zahirnya dan perlu diingatkan BUKAN SEMUA YANG DISANDARKAN KEDAPA ALLAH ITU SIFAT ALLAH ( Laisa kullu idhofah huwa sifah). Tidak pernah juga Rasulullah berkata pada para sahabat baginda: “Wahai sahabatku! Ketahuilah sifat Tuhan kamu Allah itu berkaki ,berjari, bertangan, berwajah dan duduk”…Wallahi tidak pernah. Maka aqidah Imam Syafi’e seperti aqidah Nabi Muhammad dan para sahabat tidak membahagi-bahagikan semua sandaran itu sifat!.

* Perhatian! Dalam buku/tulisan Rasul Dahri banyak pemalsuan dari sudut fakta dan perubahan dari segi nukilan terjemahan yang mendorong kepada aqidah yang berbeza dengan aqidah Islam sebenar khususnya dalam tulisan/bukunya berjudul “ Yang Benar Mazhab Syafi’e Bukan Wahhabi ”. Saya menasihatkan Ustaz Rasul Dahri agar bertaubat dan saya hanya mahukan kebaikan terbit dari diri ustaz tidak lebih daripada itu. Imam Syafi’e mengatakan: “Aku tidak berdebat dengan seseorang melainkan aku mahu kebaikan terbit dari lidahnya ”. Bertaubatlah wahai Ustaz Rasul Dahri.

www.abu-syafiq.blogspot.com

006 012 2850578 (saya bersedia untuk discus/bincang dengan Rasul Palsu)

-Baca tulisan lain mengenai Rasul Palsu di:

http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/11/rasul-dahri-anuti-agama-yahudi.html

dan:

http://abu-syafiq.blogspot.com/2009/02/menyanggah-rasul-dahri-wahhabi-takfiry_21.html

6 comments:

hanifsalleh said...

Salam Abu Syafiq.
Terlalu banyak pendustaan Rasul Dahri mengenai Imam Syafi'e.Malah Rasul Dahri juga mempromosikan solat Rasullullah s.a.w dengan menggoyang2kan jari telunjuk sewaktu tahiyyat spt. cacing.Tahil dan kenduri arwah semuanya dibedal bida'ah yg. sesat oleh Rasul Dahri.Maulid Nabi juga dikatakan sesat olehnya.Kini Rasul Dahri mempromosikan vcd tentang di mana Allah dgn. penipuan yg amat jelas menggunakan nama Imam Abu Hasan Al-Asy'ari r.a.Beliau mengatakan Allah berada di langit sambil tangannya juga menunjuk ke langit.Begitu juga Rasul Dahri mengizinkan umat Islam memakai barangan dari kulit babi.Semakin rosak aqidah umat Islam dek penipuan Rasul Dahri.Kita minta pihak berwajib menangkap Rasul Dahri kerana berceramah di Malaysia tanpa tauliah.

Tuan Rumah said...

Rasul Dahri telah ditangkap banyak kali oleh Jabatan Agama Islam Johor dan buku-buku tulisannya yang penuh karut marut tu diharamkan oleh KDN Kementerian Dalam Negeri. Dia juga byk berdusta ke atas aqidah Imam Abu Hanifah. Senang kata Rasul Palsu Suka Berdusta!

Anonymous said...

rasul dahri pernah di tangkap di kampung melayu majidi johor bahru kerana menyebarkan aqidah sesatnya..rumah saya dekat je dengan rumah dia..dia memang manusia paling bodoh saya pernah jumpa..suka menafsir alquran dan hadis mengikut nafsu dia..memutar belitkan kenyataan ulama..memang dajjal betul kau ni rasul dahri..

hanifsalleh said...

Ana bersama Al-Fadhil Ust. Mahfuz Muhammad di Masjid Jamek Senawang,N.Sembilan pada 27/2 yg. lalu.Sambil Ust. Mahfuz berceramah dan ana menjual kitab2 maka 2 orang SB datang merisik tentang Rasul Dahari.Khabarnya Special Branch ini nak bertindak menangkap Rasul Dahari yg. secara senyap2 di bawa masuk oleh individu tertentu berceramah di sebuah rumah kedai di Senawang.Nampaknya kerja membenteras Rasul Dahari ini lebih mudah dengan SB jika pihak jabatan agama tak bertindak.Syabas Special Branch yang faham akan bahayanya aqidah yg. di bawa oleh si Rasul pendusta ini.

Anonymous said...

anda sgt bagus dalam komen tntang rasul dahri ini(saya pn baru tahu kewujudan dia ini)..

tetapi saya mncabar anda berbuat serupa pada kitab shahih muslim, anda kaji semua janganlah sampai tggal sehuruf pun, mgkin anda akan jumpa yg seakan2 seperti rasul dahri ini.

anda beranikah mgeluarkan artikel seperti ini andai ada jumpa apa yg saya katakan itu? carilah hadis2 dari abu hurairah, abdullah bin umar, anas bin malik, abdullah bin mas'ud..

anda kajilah ikut nasihat RASULULLAH SAW, yg mnyuruh kita mengenal hadis mgikut AL QURAN. Baginda melarang kita mgikut hadis2 yg terang2 berlawanan dgn AL QURAN.

nasihat saya kajilah dgn akal yg sihat dan KITABULLAH, jgn pula dikaji dgn ustaz2 jakim yg keluar fatwa ikut suara pemerintah pula.. sebab mereka2 ini kalau betul nak menegakkan islam, sudah tentu istri2 pemimpin dh pakai tudung (contoh plg mudah dari beribu2 contoh tntang ustaz2 kerajaan yg jadi ustaz untuk isi perut dari tegakkan agama sendiri)..

SELAMAT MGKAJI..

luqman al-jawa said...

salam...malas nk komen banyak tntng ustaz Rasul Dahri...tp nk komen kpd hanifsalleh, enta berkata:" Terlalu banyak pendustaan Rasul Dahri mengenai Imam Syafi'e.Malah Rasul Dahri juga mempromosikan solat Rasullullah s.a.w dengan menggoyang2kan jari telunjuk sewaktu tahiyyat spt. cacing."

ana rse ana ada jmpe satu hadith yang mana Rasulullah menggoyangkan jarinya semasa tahiyyat, cbe cek blk...dan ada juga satu hadith Nabi yang mnyatakan Nabi solat tnpa menggerakkan jari, kedua-dua hadith tersebut sama kuat, ianya ada terdapat dalam ilmu mukhtalif hadith, mohon betulkan jika ana salah maklumat....


Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?