25 February, 2009

WAHHABI BUKAN SALAFI !


Hiasan

HAKIKAT DAN REALITI MEMBUKTIKAN WAHHABI TIDAK BERMANHAJ AS-SALAF SEBENAR SAMAADA DALAM AQIDAH MAHUPUN SELAINNYA

Oleh: Abu Syafiq 006 012 2850578

Saya sering terbaca beberapa tulisan yang menyokong atau yang menentang fahaman Wahhabi. Selalu didapati mereka kurang teliti dalam menjelaskan beberapa perkara khususnya bila menyandarkan nama SALAF itu kepada WAHHABI. Menamakan Wahhabi dengan nama yang seiiring dengan
Salafi atau Salaf atau As-Salaf atau Al-Salaf atau Salafiyyah adalah satu kesalahan dari segi makna, istilah, dakwah dan kebenaran. Ditambah lagi tokoh-tokoh agamawan juga menamakan mereka ini (Wahhabi) sebagai Salafi atau yang seiring dengan nama tersebut. Ini semua merupakan satu kesalahan yang perlu diperbetulkan kerana dalam kajian didapati :-

1- Manhja ulama As-Salaf sebenar iaitu ulama Islam yang hidup dalam lingkungan 300Hijriah adalah Tanzih mensucikan Allah dengan persamaan makhluk. Manakala fahaman Wahhabi menyamakan Allah dengan makhluk. Maka Wahhabi tidak layak dilabelkan sebagai Salafi.

2- Aqidah ulama As-Salaf sebenar pada ayat-ayat mutasyabihat dan hadith-hadith mutasyabihat adalah tidak berpegang dengan zahir maknanya tetapi ditolak makna zahirnya dan dinafikan segala perumpaan Allah dengan makhluk. Manakala aqidah Wahhabi adalah berpegang dengan zahir makna ayat-ayat mutasyabihat dan hadith-hadith mutasyabihat yang membawa kepada persamaan Allah dengan makhluk kemudian ditambah lagi Wahhabi menyifatkan Allah dengan seluruh sandaran yang bukan sifat pada hakikatnya. Maka Wahhabi tidak harus dinamakan sebagai As-Salaf.

3- Ulama As-Salaf sebenar adalah ulama Islam yang hidup dalam 3 kurun pertama iaitu ulama yang pernah hidup pada zaman sebelum 300Hijrah. Manakala Wahhabi muncul pada lingkungan 1111Hijrah. Amat jauh perbezaan antara yang benar dan yang batil. Maka Wahhabi tidak boleh dinamakan sebagai Al-Salaf.

4- Dakwah ulama As-Salaf sebenar adalah tidak mengkafirkan umat Islam samaada individu mahupun ramai selagi seseorang itu muslim dan tidak melakukan perkara yang membatalkan keislamannya. Manakala Wahhabi mengkafirkan ulama Islam dan umat Islam tanpa hak secara umum tanpa had habis dikafirkannya. Maka Wahhabi diharamkan daripada mempergunakan nama Salaf.

5- Feqah ulama Al-Salaf adalah tidak jumud dan tidak sempit serta tidak menghukum amalan umat Islam yang mempunyai dalil sebagai bid’ah sesat. Manakala Wahhabi berfeqah secara jumud, sempit dan suka menghukum seluruh amalan umat Islam khasnya yang mempunyai dalil sebagai Bid’ah Sesat dan Syirik. Maka Wahhabi tidak sepatutnya dinamakan sebagai Salafiyyah.

Ya memang terdapat beberapa tokoh yang secara tidak langsung menamakan puak Wahhabi ini sebagai Salafi atau yang seiring dengannya. Kemudian berlaku pula tindakan pada orang awam yang tidak mengkaji secara detail mengatakan Wahhabi itu bermanhaj Salafi.
Hakikat dan kebenarannya adalah Wahhabi amat berbeza dengan ulama Salaf dengan perbeza yang jelas dan jauh bak langit ketujuh dengan bumi ketujuh.
Maka tidak harus, tidak boleh dan haram menyandarkan nama Salafi atau Salaf atau As-Salaf atau Al-Salaf atau Salafiyyah kepada ajaran Wahhabi ini atas sebab yang telah dijelaskan oleh para ulama yang dinotakan di atas tadi.
Tetapi nama yang paling sesuai bagi Wahhabi ini adalah Musyabbih, iaitu yang menyamakan Allah dengan makhluk Mukaffir, iaitu yang mengkafirkan ulama Islam dan umat Islam Mubaddi’, iaitu yang suka menghukum bid’ah ke atas amalan umat Islam yang ada dalil Mujassim, iaitu yang menjisimkan Allah.

*Anda mengetahui hakikatnya jangan perdaya orang awam dengan melabelkan golongan Wahhabi ini kepada ulama yang mulia kerana kemulian dan keberkatan tidak wujud dalam kamus Wahhabi!

Jika ditanya adakah Wahhabi itu Salafi jawab lah :
WAHHABI BUKAN SALAFI WAHHABI ADALAH MUSYABBIH MUKAFFIR MUBADDI’ MUJASSIM. WAHHABIYAH BUKAN SALAFI TETAPI WAHHABIYAH ADALAH MUSYABBIHAH MUKAFFIRAH MUBADDI’AH MUJASSIMAH !

www.abu-syafiq.blogspot.com

2 comments:

Hamba Allah said...

Assalammualaikum ustaz,

Untuk pengetahuan anta, ana selalu mengikuti informasi dari blog anta ni. Rasanya besar sungguh bakti anta ni.
Bab wahabi ni sebenarnya da semakin parah dalam masyarakat sekarang ni. Yang jadi lagi menakutkan jarum fahaman mereka ni menyusup masuk kedalam semua lapisan dan status ekonomi rakyat. Itu yang parah tu. Kalau yang nak terselamat pun insyaallah bagi mereka yang ada menghadirkan diri mengaji pondok, menadah kitab pada mudir pondok.
Alhamdulillah, allah beri taufiknya kepada ana, untuk menemui tempat pengajian pondok. Ana masih setahun jagung dalam menuntut ilmu di pondok. Masih baru belajar. Ustaz di pondok tempat ana mengaji tu, acap kali memperingatkan akan tipu daya dan bahayanya fahaman wahabi ni.
Alhamdulillah juga dengan belajar ilmu, ana rasa sangat sensitif dengan gejala fahaman wahabi ni, implikasi merosakan akidah amat MENAKUTKAN.
Semoga usaha ustaz dan rakan-rakan dalam menegakkan AKIDAH AHLI SUNNAH yang sebenar dirahmati allah sentiasa. Mudah-mudahan kita berjaya membetulkan akidah saudara seislam kita.
Moga allah berikan kejayaan kepada kita di dunia dan di akhirat.

Assalammualaikum.
Wallahu a'lam

hanifsalleh said...

Alahamdulillah, Ust.Abu Syafiq tidak pernah gentar dan takut utk. mendedahkan penyelewengan puak Wahabi ini.Sama-samalah kita terus menyokong dan membantu menyampaikan apa2 informasi yang ditulis oleh Ust Abu Syafiq,Ust.Mahfuz,Ust.Zamihan dan lain2 agar umat Islam tidak tertipu dengan putar belit Pak-Pak Wahab.Dlm. TV3 pun dah ajar cara solat Wahabi tapi ditukar namanya kpd. cara solat Nabi.Di sekolah2 diadakan kem solat bestari cara wahabi.Aduh rosaklah anak2 kita nanti diajar cara Wahabi solat.


Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?