06 May, 2009

FATWA MUFTI MESIR TERBARU MENGENAI SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI

http://www.ustaz-rasyiq.blogspot.com/




KENYATAAN MUFTI MESIR MENGENAI SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI

Soalan:
Assalamualaikum Ustaz, Saya difahamkan Ustaz pernah berguru dengan Syeikh Dr. Ali Jum’ah Mufti Mesir sekarang. Soalan saya, Apakah pandangan Mufti Mesir tersebut mengenai seorang ulama bernama Syeikh Abdullah Al-Harari dan adakah benar kenyataan negative beliau terhadap Syeikh Abdullah Al-Harari yang disiarkan dalam laman web dan buku Wahhabi?

Jawapan:
Wa’alaikumsalam. Terima kasih kerana menghantar soalan. Pertamanya Ya semasa saya di bumi Mesir dahulu sememangnya saya pernah berguru dengan Syeikh Ali Jum’ah Mufti Mesir sejak sebelum beliau dilantik sebagai Mufti Mesir lagi dan sesudah lantikan. Ketika itu beliau mengajar kitab Al-Hikam karangan Ibnu ‘Atoillah As-Sakandary di Masjid Jami’ Al-Azhar di Bandar Hussein Kaherah , Mesir.

Manakala mengenai pandangan Syeikh Dr. Ali Jum’ah Mufti Mesir mengenai Syeikh Abdullah Al-Harari secara jujur dan amanahnya saya katakana seperti berikut:

Pada 12hb April 2009M bersamaan dengan 16 Rabi’ul Akhir 1430H saya (Ustaz Mohd Rasyiq Bin Mohd Alwi) berkesempatan bersama dalam majlis khas dengan Syiekh Dr. Ali Jum’ah pada jam 9.00pagi bertempat di PNB Darby Kuala Lumpur. Perjumpaan itu adalah setelah perjumpaan di Majlis Maulid bersar-besaran di Masjid Negara Kuala Lumpur pada malam sebelumnya 11hb April 2009M.

Pada pagi 12hb tersebut Syeikh Dr. Ali Jum’ah mengatakan dalam Majlis itu:

Saya sebenarnya telah mengenali Syeikh Abdullah Al-Harari sebelum kamu semua dilahirkan lagi, pada 50an Syeikh Abdullah Al-Harari telah datang ke bumi Mesir dan ulama dan kami menghormati beliau. Ketika Syeikh Abdullah Al-Harari di bumi Mesir beliau sering bersama Syeikh Abdullah Al-Ghumary dalam majlis muzakarah kitab Al-Jam’ul Jawami’. Demikian juga dijelaskan kepada kami oleh Syeikh Soleh Al-Ja’fary. Syeikh Abdullah Al-Harari merupakan seorang yang alim dan hebat dalam menolak hujjah golongan kotor seperti Wahhabi dan selainnya. Ramai ulama yang memuji kehebatan Syeikh Abdullah Al-Harari dalam ilmunya. Antara yang menukilkan dan memuji perjuangan Syeikh Abdullah Al-Harari adalah Syeikh Sa’id Mamduh setelah mentelaah buku karangan Syeikh Abdullah Al-Harari dalam penolak hujjah terhadap Al-Albani. Saya sendiri melihat pujian Syeikh Sa’id Mamduh terhadap Syeikh Abdullah Al-Harari Rahimahullah. Zaman kini penyelewengan ajaran Wahhabi mendahului ajaran-ajaran yang lain kerana mereka mempunyai kewangan untuk meroksakkan masyarakat Islam yang telah terbina sekian lama dengan mulianya oleh para ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah Al-‘Asya’irah. Kami berpegang bahawa Syeikh Abdullah Al-Harari merupakan seorang ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang hebat dan amat mendalami ilmu hadith dan sanadnya. Amatlah berbesar hati dapat bersama dengan anak-anak murid beliau khususnya dalam memartabatkan Ahli Sunnah Wal Jama’ah sebenar di era globaliosasi ini.

Tamat petikan dan rakaman kenyataan Syeikh Dr. Ali Jum’ah mengenai Syeikhul Islam Syeikh Abdullah Al-Harari Al-Habasyi. Pada 12hb April 2009M bersamaan dengan 16 Rabi’ul Akhir 1430H dihadiri secara rasmi antaranya saya (Ustaz Mohd Rasyiq Bin Mohd Alwi) pada jam 9.00pagi bertempat di PNB Darby Kuala Lumpur. Perjumpaan beberapa tokoh ulama pada hari tersebut turut membincangkan perihal masaalah ummat yang lain.

Saya katakan secara ikhlas dan jujur bahawa disini membuktikan bahawa Syeikh Abdullah merupakan tokoh ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang diperakui oleh badan-badan berautoriti dan para ulama Islam.

Manakala nukilan palsu jahat dalam laman website Wahhabi yang menipu daya ulama Islam kononnya Dr. Ali Gumah mengkritik Syeikh Harari adalah tipu daya yang jahat lagi palsu. Manakan tidak. Semasa di bumi Mesir Syeikh Dr. Ali Jum’ah telah mengatakan bahawa: “Saya sebelum ini diberi maklumat tidak sahih mengenai Syeikh Abdullah Al-Harari dan anak-anak murid beliau oleh golongan yang bijak menipu”.
Ketahuilah bahawa nukilan tersebut bukan ditulis oleh Syeikh Dr. Ali Jum’ah tetapi ditulis oleh orang lain dengan memutar-belit beberapa ucapan beliau yang hakikatnya tidak langsung mengutuk Syeikh Abdullah AL-Harari bahkan memuji beliau dan anak-anak murid beliau.

Kredit untuk & dipetik dari:

www.ustaz-rasyiq.blogspot.com

No comments:


Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?