19 November, 2009

CORETAN KES DR. ASRI (jom pakat ceramah di Perlis)

MENGAPA PENCERAMAH ISLAM DILARANG BERCERAMAH DAN MENYAMPAIKAN ILMU ISLAM DI PERLIS?
SOALAN ITU PERLU DI JAWAB MEREKA DI PERLIS SEBELUM DIPERTIKAIKAN DI SELANGOR.



Silalah buka minda kita. Sekarang geng ajaran Musyabbihah Mujassimah yang mengubah makna ayat Al-Quran kepada makna yang tidak sepatut iaitu geng Wahhabi mempertikaikan keperluan memiliki tauliah yang disyaratkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor di bawah kuasa Sultan Selangor kepada sesiapa yang mahu mengajar secara umum di Selangor.

Dalam kes tauliah tak tauliah ini. Cuma kita renungkan, bagaimana dengan Perlis pulak? mengapa penceramah Islam tidak dibenarkan berceramah di Perlis kecuali ada izin atau TAULIAH?! Soalan ini perlu dijawab oleh semua Institusi Agama di Perlis yang membaca kes Asri ini dalam hal berkaitan Tauliah.

( Sila rujuk Enakmen Nom 29 Seksyen 33 Jenayah Syarak Negeri Perlis di: http://islam.perlis.gov.my/index_files/penguatkuasa.htm )



Mungkin ada geng Wahhabi yang dok di Perlis berkata: "kami tak halang, nak buat ceramah ilmu baik-baik buatlah".

Inilah yag dinamakan sebagai TAQIYYAH, pengkhianat, pendusta, pembohong dan pemutar-belit! Berapa ramai ulama dan para ustaz yang ingin berceramah di Perlis telah dihalang! Bukan sahaja dipertikaikan ketiadaan Tauliah mereka untuk menyampaikan ilmu bahkan terus dihalang TANPA apa-apa sebab pun!. Mengapa ini terjadi di Perlis?! Sekarang kamu pula mempertikaikannya di Selangor!

Lihat bagaimana ulama dari Yaman atau Saudi sendiri dilarang berceramah di Perlis
( Rujuk: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1104&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm&arc=hive )

Dan lihat bagaimana fitnah dilontarkan kepada seorang pegawai JAKIM (Zamihan Mat Zain) dan dilarang berceramah di Perlis bahkan datang ke Perlis pun tidak dibenarkan. Sila fokuskan pada pengakuan Asri sendiri di bawah pada minit ke 1:15-akhir. Siap sebut Menteri Besar pun tak bagi ceramah dan dilarang pegawai JAKIM tersebut.

Kemudian Asri turut menuduh pegawai JAKIM tersebut mengkafirkan sahabat Nabi Mu'wiyah dan menghukum sesat kerajaan Saudi Arabia. Mungkin pegawai JAKIM tersebut tidak bersetuju dengan pandangan dari sebahagian mereka yang mirip kepada Mujassimah dan Musyabbihah Takfiriyah tetapi tidaklah sampai mengkafirkan sahabat Nabi Saidina Mu'awiyah dan menghukum sesat seluruh kerajaan Saudi Arabia.


http://www.youtube.com/watch?v=i9DP5AnE1wg


MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN HINA RAJA-RAJA SAUDI ARABIA
Fokus juga pembaca sekalian!
Asri menuduh pegawai JAKIM tersebut menghukum sesat SELURUH KERAJAAN SAUDI ARABIA. Ini sudah pasti satu fitnah dari Dr. Asri Al-Wahhabi Al-Pendusta dan Al-Pembohong!

Tetapi yang pastinya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin lah yang menghina, mengkritik mengata dengan ucapan kesat terhadap Raja-raja Saudi Arabia. Dr. Asri yang menghina Raja Saudi dengan kata-kata yang kesat bahkan bukan seorang Raja Saudi sahaja semua raja-raja Saudi dihina oleh Asri ini dengan penghinaan yang kesat.

Asri menuduh pegawai JAKIM tersebut menyesatkan SELURUH KERAJAAN SAUDI dan itu tidak benar dan tiada bukti tetapi waktu yang sama Asri lah secara berbukti menghina, mengutuk membangsatkan raja-raja Saudi Arabia. Subhanallah.

Saya (Abu Syafiq) amat terkilan dengan ucapan beberapa orang yang berpengaruh yang menyedari penyelewengan Wahhabi ini tetapi gentar mengutuk tindakan Wahhabi mengkafirkan dan menyesatkan akidah ulama Islam atas dasar tidak mahu menganggu hubungan diplomatik dengan kerajaan Saudi.

Saya katakan. Hubungan diplomatik atau akidah umat yang lebih utama?! Tahukah bahawa Wahhabi menghina akidah Islam dan menghukum sesat akidah ulama Islam seperti guru kepada Asri iaitu Al-Uthaimien yang menghukum aqidah Imam Nawawi dan Imam Ibnu Hajar sebagai sesat dan bukan Ahli Sunnah!. (Rujuk: http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/05/imam-nawawi-ibnu-hajar-pun-kafir.html).

Kemudian sekirannya kita menolak Wahhabi dengan menghukum sebagai ajaran penyeleweng atau sesatpun ianya tetap tidak menganggu hubungan diplomatik antara Malaysia dengan kerajaan Saudi seperti Malaysia dengan Iran dalam kes Syiah.

Berkaitan dengan solat di Masjid Haram di Mekah pula saya katakan Wahhabilah (wahabi di m'sia) yang mengkafirkan Imam Abdur Rahman As-Sudais ini. Ya Wahhabi menghukum amalan tawassul sebagai sesat, syirik dan kufur secara mutlak tetapi Imam di Masjid Haram ini (Sudais) kerap beramal dengan tawassul dalam solatnya dan khutbahnya ketika menjadi Imam di Masjid Al-Haram Mekah.


Nah! Yang mengkafirkan imam Masjid Haram adalah Wahhabi sendiri. Manakala kita Ahli Sunnah Wal Jama'ah sebenar dan tulen mengatakan sah solat dibelakang mana-mana imam yang muslim.

KALAU JAIS TAHAN SAYA SAYA BUAT SHOW SATU NEGARA (NADA UGUT)- KENYATAAN ASRI MEI 2008.
Dr. Asri Al-Wahhabi bukan sekali itu sahaja (1nov09 time ditahan JAIS) mengajar agama di Selangor tanpa tauliah bahkan sejak bertahun-tahun (lebih 4tahun) telahpun mengajar secara terbuka di Selangor khususnya di markaz fahaman mereka di Taman Sri Ukay itu.

Diketahui umum bahawa Dr Asri al-Wahhabi sejak Mei 2008 lagi telah mengetahui bahawa JAIS memantaunya ketika berceramah di Taman Sri Ukay.
Malangnya pada ketika itu suara Dr Asri Al-Wahabi ini lebih lantang dan berkata: " KALAU JAIS TAHAN MUFTI (DR ASRI) KITA BUAT SHOW SELURUH NEGARA!!! ".

Itulah kenyataan Asri Al-Wahhabi ini sejak bertahun sebelum ditahan JAIS baru-baru ini. Agaknya ketika itu dia amat mengharap JAIS menangkapnya kerana ketika itu dia masih bergelar MUFTI PERLIS maka kekecohan yang bakal diplan lebih hebat dan panazs, malangnya dia ditahan selepas dikeluarkan dari menjadi Mufti Perlis lalu dinamakan sebagai BEKAS Mufti Perlis Al-Wahhabi AlMujassim Al-Musyabbih Al-Takfir. Rupanya dia telah rancang kekecohan ini sejak bertahun lamanya.

TAK RAMAI YANG SOKONG ASRI DALAM KES INI
Tokoh ulama-ulama Islam Malaysia tidak menyokong Asri. Memang ada beberapa tokoh yang seakan bersama Asri pada kes terbarunya tetapi mereka pada hakikatnya tidak menyetujui kebanyakan fahaman dan ajaran Asri. Adakah mereka menyokong penghinaan Asri sendiri kepada mereka dengan kata-kata yang kesat?! em Inilah dunia fahaman taktik penyebaran ajaran sesat Wahhabi yang menyamakan Allah dengan makhluk. Tidak kurang juga yang tertipu dan terperdaya termasuk artis yang dihukum oleh Dr. Asri sebagai golongan Jabariah KAFIR. Ya, Asri menghukum artis sebagai golongan Jabariah KAFIR ianya berbukti. Malangnya ada beberapa artis tertipu dengan mainan Asri lantas menyokong Asri. Ini semua menunjukkan dalam ketiadaan ulama yang menyokong Asri kecuali permainan media maka dikutip mereka-mereka yang kurang arif agama pula menyokong Asri termasuk golongan yang kelihatan banyak menentang hukum-hakam Islam seperti yang bernama SIS "sisters in islam" dan sebagainya.

Terlupakah kita dengan kes Dr. Aminah Wadud? Siapa yang berdiri dibelakangnya dan siapa yang berdiri dibelakang Asri.

Renung2kan.

bersambung pada coretan mendatang........selamat membaca dan mengkaji.

www.abu-syafiq.blogspot.com

No comments:


Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?