21 November, 2009

Dr. Asri AJARAN SESAT & PENJENAYAH

Dr. Asri AJARAN SESAT & PENJENAYAH ?






Jika ditanya adakah Mohd Asri Bin Zainul Abidin pembawa ajaran sesat dan juga penjenayah? Jawapannya perlu dinilai secara fakta, bukti dan telus. Sekiranya dengan hanya pernah menjawat jawatan seorang mufti maka dia seolah-olah ma'sum dari kesalahan dan kesesatan, kenyataan ini adalah melampau yang dilarang oleh agama. Rasulullah bersabda : "Setiap dari kalangan kamu diambil kata jika benar dan ditolak jika salah kecuali Rasulullah". Riwayat Tobaroni dan disahihkan juga oleh Al-Iraqi.

SEBAHAGIAN CERAMAH MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN DI NEGERI SELANGOR DILIHAT/DINILAI MEMBIMBANGKAN KEHARMONIAN MASYARAKAT ISLAM DI SELANGOR SEKALI GUS MENJELASKAN ADAKAH DR ASRI BERAJARAN SESAT DAN PENJENAYAH ILMIAH?


PENYELEWENGAN & JENAYAH ILMIAH (1)

1- Dr. Asri tidak mengajar kitab Riyadhu Solihen seperti yang dia sendiri jadualkan tetapi mensyarah hadith Mutasyabihaat yang diterjemahkannya secara zahir dan bilamana ia diterjemahkan secara zahir tanpa displin ilmu aqidah Islam sebenar kan membawa kepada erti Tashbih iaitu menyamakan Allah dengan makhluk. Demikian mengikut pengakuannya sendiri. Ini membuktikan Dr. Asri mengaburi mata masyarakat dengan mendakwa dia mengajar kitab Riyadh Solihen karangan Imam Nawawi tetapi hakikatnya Dr. Asri menyebarkan fahaman yang mirip kepada Tajsim/Tashbih (menyamakan Allah dengan makhluk) mempergunakan hadith Mutasyabihaat yang disyarahkan secara zahir membawa kepada ajaran Tajsim/Tashbih tanpa menilai kesahihan hadith ke tahap mana martabatnya.

Antara kenyataannya adalah:

a. Nabi Muhammad melihat Allah dengan rupa yang cantik di dalam mimpi.
b. Nabi melihat Allah meletakkan tapak tangan Allah di kedua bahu baginda.
c. Nabi merasai/dapati Allah meletakkan tapak tanganNya di antara kedua bahu Nabi.
d. Nabi Muhammad merasai sejukan jari-jemari Allah di dada baginda.

Ulasan: Kenyataan Dr. Asri tersebut yang mensyarahkan secara zahir pada teks Mutasyabihaat kelihatan mirip membawa kepada ajaran Tajsim/Tashbih. Ini akan membawa kesalah fahaman masyarakat awam Islam mengenai aqidah Islam khususnya berkaitan Tuhan.


PENYELEWENGAN & JENAYAH ILMIAH (2)

1- Dr. Asri mendakwa Saidatuna 'Aisyah (isteri Nabi) menolak dan berkata karut atau bohong (kazab) ke atas hadith yang diriwayatkan oleh sahabat Nabi kepada beliau.

*Ulasan: Sedangkan Saidatuna ‘Aisyah tidak pernah mengatakan kepada mana-mana hadith sahih yang diriwayatkan oleh sahabat sebagai bohong! (Kazab) atau karut!.

2- Dr. Asri mendakwa Saidatuna Aisyah mengkritik keras ke atas Abu Hurairah atas hadith Nabi yang diriwayatkan oleh beliau.

3- Amalan menyarung cincin perkahwinan adalah amalan dan iktikad agama kristian bukan Islam.

4- Kelihatan Dr. Asri mengkritik pegawai JAIS dengan kutukan yang tidak beradab.



PENYELEWENGAN & JENAYAH ILMIAH (3):


1- Dr. Asri mengatakan dalam Islam tidak ada solat hajat berjemaah.

2- Dr. Asri mengakui bahawa Mufti Perlis (dia) tiada tauliah mengajar di negeri Selangor.

3- Dr. Asri mengatakan: “ Wahai pegawai JAIS yang datang malam ini kalau u all tahan kuliah mufti (Asri) nanti kita show satu Negara! (nada ugut).

4- Dr. Asri mendakwa pegawai JAKIM menghukum sesat kerajaan Saudi keseluruhannya.

*Ulasan: Sedangkan pegawai JAKIM itu tidak pernah mengatakan sedemikian.

5- Dr. Asri mengakui bahawa ceramah tertutup ini seperti ceramah dirumah menimbulkan sangkaan dan syak wasangka masyarakat .

6- Pengikut Asri pertikai penyedian tempat Sultan Selangor untuk solat di masjid (masjid besar Shah Alam) dan mendakwa penyedia tempat untuk Sultan Selangor disitu adalah seperti penyediakan tempat dipanggung wayang. Pengikutnya mendakwa penggunaan karpet kuning oleh Sultan itu adalah agama Budish bukan Islam.

________________________________

Begitu juga kelihatan Dr. Asri selalu mengunakan fahaman yang mirip kepada Wahhabi pabila menyatakan perihal akidah dalam kes mengisbatkan semua yang disandarkan kepada Allah secara fahaman yang zahir.

Dan Dr. Asri dilihat menghina pengajian Akidah/Tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah apabila mendakwa pengajian tersebut sebagaiFalsafah Bukan Islam/Falsafah Greek. Katanya tentang pengajian Ilmu Aqidah islam (Allah ada, Allah tidak berjisim,...): “ Ianya falsafah Greek ”. (Rujuk Majalah I. Bil 37/Nov 05. Pada tajuk: Apabila Golongan Agama Menyebabkan Agama Menjadi Lemah. Dan Artikelnya dalam Utusan pada 05/08/2007 pada tajuk : Mudahkan). Kenyataan sedemikian adalah dilihat menghina akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sekaligus tidak mengiktiraf ilmu Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

- Dr. Asri mengatakan Imam Ghazali adalah seorang yang lemah ilmu hadith.

- Dr. Asri menghukum ulama dan golongan sufi sebagai sesat juga dengan mengunakan fakta palsu dan bohong yang direkanya sendiri. (Rujuk laman webnya Dakwaan Liwat). Ini adalah mirip kepada fahaman Wahhabi yang menyuruh umat Islam membunuh golongan dan ulama sufi dahulu sebelum memusuhi Yahudi.
Dr. Asri turut mereka-reka fakta bohong kononnya ulama sufi Ibnu Arabi bertemu dengan Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dan saling menghukum sesat antara satu sama lain secara mubahalah maka sufi itu sesatlah disisi Dr. Asri. Hakikatnya Imam Ibnu Hajar lahir selepas lebih 100 tahun tarikh kematian Ibnu Arabi. Maka bilakah pula mereka berdua bertemu lantas saling menyesatkan satu sama lain secara mubahalah?!.

- Didapati Dr. Asi memberi kenyataan di dalamnya terdapat unsur jelas penghinaan kepada Imam Abu Hasan Al-Asy'ary dengan mengaitkan akidah beliau (Imam) serupa dengan ahli falsafah dan ilmu kalam. (Rujuk tulisanya berjudul Imam Syafi'e Antara Tanggapan&Fakta).
Dr. Asri yang sering menghina dan mencerca ilmu kalam mengaitkan pula Imam tersohor Abu Hasan Al-Asy'ary dengan erti lain kononnya berakidah ilmu kalam dan falsafah. Mengaitkan penghinaan ilmu kalam dengan Imam Abu Hasan Al-Asy'ary adalah satu cercaan yang boleh ditujukan kepada seluruh ulama dan umat Islam bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

- Dr. Asri pernah mendakwa dalam kes murtad ia tidak dibunuh. Sedangkan dalam sohih al-Bukhari dan lain-lain menyatakan Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang mengubah agamanya (murtad) maka bunuhlah dia”. Kenyataan Dr. Asri yang mengatakan orang murtad tidak dibunuh terdapat dalam caramahnya di Youtube tetapi telah pun dipadamkan sekarang. Tetapi teksnya pernah tertulis.

Kata Dr. Asri :



"Di dalam sejarah Islam, DIDALAM HADIS TIDAK MENUNJUKKAN NABI BERTINDAK MEMBUNUH MEREKA (orang murtad). Ini MUNGKIN boleh dibuat suatu penilaian bahawasanya orang murtad ini adakah mesti dihukum mati ataupun menghukum mati orang yang murtad ialah tindakan pemerintah dengan PILIHANNYA iaitu takzir. Takzir ini : pemerintah samaada nak jatuhkan (bunuh si murtad) pun boleh, TAK NAK JATUHKAN PUN BOLEH. Maka ada dalam Islam aliran yang menganggap bahawasanya pahaman seperti Ibrahim An-Nakhai'e menganggap bahasawanya orang murtad selagi dia tidak menggungat kestabilan masyarakat Islam, tak mengisytiharkan murtadnya DIA TIDAK DIHUKUM MATI BAHKAN DIBIARKAN. Kerana Nabi pernah membiarkan (tidak bunuh) orang-orang yang menghina baginda PATUTNYA DIJATUHKAN HUKUMAN MATI....".

- Dr. Asri mengatakan solat hajat tidak dilakukan secara berjamaah sedangkan di Malaysia terdapat amalan tersebut. Dan sudah pasti kaedah yang dipegang oleh Dr. Asri bahawa jika satu amalan/ibadah itu tidak dilakukan dizaman Rasulullah maka ia adalah bid’ah yang sesat. Maka secara mafhumnya Dr. Asri menghina solat hajat iaitu solat hajat berjemaah atas dasar ia bid’ah yang sesat.

Demikian sebahagian sahaja penyelewengan dan penjenayahan ilmiah yang dilakukan oleh Mohd Asri Bin Zainul Abidin.

Maka terjawab soalan adakah Mohd Asri Zainul Abidin ini berajaran sesat dan penjenayah?

Lihat video bongkar siapa Asri sebenarnya:



Dr. Asri AJARAN SESAT & PENJENAYAH ?

www.abu-syafiq.blogspot.com (Hp: 012-2850578)

No comments:


Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?