29 January, 2009

Dr. Uthman El-Muhammady Berakidah SESAT- Juanda Mufti Perlis





MUFTI PERLIS YANG BARU JUANDA JAYA MENGHUKUM TOKOH ULAMA DR. UTHMAN EL-MUHAMMADY SEBAGAI SESAT AQIDAH

Inilah padahnya memilih mereka yang pening menjadi orang yang ada sedikit autority dalam negeri. Habis semua ulama dihentamnya. Dr. Uthman El-Muhammady dikafirkannya dengan menghukum akidah beliau sebagai sesat atas alasan yang entah apa-apa. Mereka yang suka menghukum orang Islam lain sesat dan kafir tidak lain adalah Wahhabi.

Kini Mufti Perlis terbaru Juanda Jaya pula..Lihat dan nantikan ulama mana lagi akan kena tibai dek dia. Pastikan kenyataan ini akan dibuktikan oleh dirinya sendiri.

Untuk pembuktian ..Hubungi saya : 012-2850578

27 January, 2009

Ya Allah! Selamatkan Perlis




Ya Allah...
KepadaMu ku memohon...
Demi segala mujahadah para mujahid...
Selamatkanlah bumi Perlis...

Seperti sudah dijangka bahawa yang akan naik menganti adalah bak Obama mengantikan Bush...dua-dua satu kepala walaupun berlainan cara tindakan. Yang mantannya baru dibuang kini pengantinya sama daya dan cara pemikiran. Kekecohan pasti terburai lagi yang jadi mangsa adalah rakyat sejati. Dulunya Perlis Ahli Sunnah Wal Jama’ah Al-Asya’irah pilihan sejati. Kini hampir dikuburkan bak mati. Pastinya tersusun beberapa agenda yang dirasakan mereka amat berapi. Bermula dari seorang yang menuntut di Negara Gaddafi menyuntik jarum membid’ahkan umat islam disambung dengan mantannya yang dibuang itu membawa ajaran yang ‘lebih power’ lagi selain membid’ahkan umat islam ditambah dengan ajaran takfir ulama dan menjisimkan serta menyamakan Allah dengan makhluk.

Ya Allah!
Selamatkan negeri umat Islam ini negeri Perlis…

Penduduknya tidaklah berfahaman tajsim, tabdi’ dan takfir. Tetapi beberapa insan yang mempunyai pengaruh dari pihak atas telah diracuni oleh mereka ‘jalang-jalang’ yang tidak mempunyai maruah diri. Bertopengkan pelbagai nama, pangkat dan lebih busuk lagi mendakwa diri berilmiah dan berfakta sedangkan belambak ajaran Islam diselewengkan olehnya sendiri. Tanya sajelah rakyat Perlis. Berapa ketul yang ikut mereka yang ‘jalang-malang’ tu. Amat sedikit.Tapi kesian juga pada umat Perlis. Mereka tidak boleh buat apa. Apa tindakan yang mereka nak ubah pastinya ada ‘ular’ yang berbisa menanti dalam rumah mereka. Boleh menyebabkan satu keluarga mereka hidup merana. Inilah tindasan dari dalam yang lebih menusuk ke dalam jiwa.


Ya Allah!
Selamatkanlah bumi Perlis ini dari segala fitnah...

Fitnah dan masaalah yang ‘diberakkan’ oleh mantannya yang dibuang dulu masih terasa hangatnya. Bak tahi anjing kurap yang dihidu mereka jua. Buat masaalah pada umat dan baunya lebih busuk dari getah sekerap.
Kini datang pula seorang pengantinya. Sudah pasti mereka berpakat sambil syor-mengesyor pada sebelumnya. Telefon mereka berdering diangkat sambil ketawa kah kah kah…dan berkata Kita Hampir Berjaya! Pesanan ringkas sms juga tidak putus-putus. Perjumpaan sebelum pemergian ke sebuah Negara luar juga telah dirancang.dan disusun. Tidak mahu dilhat orang. Mereka berjumpa di kawasan tertutup gerun dengan satu kelompok. Ahli Sunnah Wal Jama’ah Al-Asya’irah pedih telinga mereka mendengar. Mereka terseksa bila ilmu sifat 20 jadi rujukan. Itu bid’ah ini bid’ah kecuali yang mereka amalkan saja tidak bid’ah walaupun tiada satu ayat atau hadith pun mereka sumberkan. Putar belit putar alam itulah mereka. Kalau yang mantannya manusia yang paling banyak buat masaalah pada umat Islam. Pengantinya yang terbaru ini bagaimana pula?
Emmm..
Mujassim juga kah? Musyabbih juga kah? Bertindak melulu juga kah? Cari populariti juga kah?Suka membid’ah orang juga kah? Suka kafirkan ulama juga kah? Suka mengkafirkan umat Islam juga kah? Suka membawa ajaran baru menyusahkan umat Islam juga kah? Mengherdik jabatan agama Islam juga kah?...eemm..entahlah. Sepastinya mereka ada sama sket itu kepala dengan yang dulu punya kapla.

Ku katakan…
Ya Allah! Peliharalah bumi Perlis ini dari segala bala dan fitnah. Selamatkanlah kami dan negeri-negeri kami yang lain dari segala bencana dan malapetaka.
Amin Ya Robbal ‘Alamin.

PENJELASAN PENTING ISU MURTAD



Dipetik dari: www.ustaz-rasyiq.blogspot.com

Soalan:
Assalamualaikum. Ustaz…kawan saya pernah menyebut satu perkataan: “Aku bukan muslim”. Adakah dia jatuh murtad sebab sebut perkataan macam tu?

Jawapan:
Wa'alaykumsalam.

MUQADDIMAH

Ketahuilah bahawa dalam agama Islam, seseorang muslim itu boleh terbatal islam dan imannya (murtad) disebabkan antara tiga perkara. Pertama ‘Riddah I’tiqad’: Akidah yang murtad, kedua ‘Riddatul Fi’ly’ : Perbuatan yang murtad, ketiga ‘Riddatul Qauly’: Bicara lidah yang murtad. Ini adalah hukum Islam dan Ijmak Ulama yang tidak harus dipertikaikan lagi dan ia bukan masaalah khilafiyyah. Murtad bererti seseorang yang asalnya Bergama Islam telah dihukum terkeluar dari agama Islam dan bukan muslim lagi dan dinamakan sebagai si murtad atau kafir.


SENARAI ULAMA ISLAM YANG MENJELASKAN PEMBAHAGIAN MURTAD DAN KUFUR ITU TERBAHAGI KEPADA TIGA: KUFUR AQIDAH, KUFUR PERBUATAN DAN KUFUR LISAN.

Bagi memudahkan para pengkaji, dibawah ini disenaraikan sebahagian (sebenarnya banyak lagi) ulama Islam yang telah menjelaskan hukum murtad dan kufur itu mungkin berlaku dengan antara tiga perkara iaitu akidah yang kufur, perbuatan yang kufur dan tutur bicara lidah yang kufur.
Kesemua syirik besar itu adalah kufur dan kesemua murtad juga adalah kufur terkeluar dari Islam.
Senarai sebahagian ulama yang membahagikan kufur kepada tiga:

- Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitamy dalam kitab Fathul Jawad Bi Syarhil Irsyad jilid 2 m/s 298 cetakan Mustofa Al-Baabiy Al-Halaby Kaherah.
- Imam Nawawi Asy-Syafi’e dalam Raudahtul Tolibin pada Kitab Ar-Riddah juzuk 10 m/s91 Cetakan Zuhair Syawisy Beirut.
- Syeikh Al-Hatthob Al-Maliky dalam kitab Mawahibul Jalil Bi Syarh Mukhtasor Kholil cetakan Darul Fikr Beirut.
- Syeikh Muhammad ‘Illaisy Al-Maliky dalam kitab Manhul Jalil Syarh Muktasor Kholil juzuk 9 m/s 205 cetakan Darul Fikr Beirut.
- Al-Faqif Ibnu ‘Abidin Al-Hanafy dalam kitab Raddul Muhtar ‘Ala Ad-Durril Mukhtar pada Bab Riddah jilid 3 m/s 283 cetakan Dar Ihyaul Turath Al-‘Araby Beirut.
- Syeikh Tajuddin As-Subki dalam kitab Tobaqoot Asy-Syafi’eyyah jilid 1 m/s 91 cetakan ‘Isa Al-Baabiy Al-Halaby Kaherah.
- Imam Al-Buhuty Al-Hambaly dalam kitab Syarh Muhtaha Al-Iradaat pada Bab Hukmul Murtad jilid 3 m/s 386 cetakan Darul Fikr Beirut.
- Gabungan Ulama Yaman melalui Maktab At-Tauhid Wal Irsyad Yaman dan diiktiraf oleh ulama-ulama Al-Azhar dan seluruh dunia.
- Dan selain mereka.

Seluruh ulama di atas dan selainnya menjelaskan murtad itu berlaku disebabkan antara tiga perkara iaitu akidah yang kufur, perbuatan yang kufur, dan bicara lidah yang kufur.
Maka sesiapa yag mengatakan: "Aku bukan muslim" maka dalam islam dia dianggap melakukan Riddatul Qauly iaitu dia telah murtad disebabkan tutur bicara lidahnya menyebut perkataan yang menyebabkan dia murtad. Wajib ke atasnya kembali kepada Islam dengan mengucap dua kalimah Syahadah dengan niat memeluk Islam semula.


PENJELASAN

Dalam kesempatan kali ini saya ingin menegur, menasihat dan menolak secara ilmiah beberapa fahaman yang silap pada perkara yang amat bahaya ini. Tujuannya bukan kerana menolak para pengkaji ilmu secara semborono tetapi menilai secara benar dan jujur sesuatu pandangan yang mengunakan nama Islam agar umat tidak bercelaru.
Difokuskan untuk lebih ringkas bagi kali ini pada kes yang ketiga iaitu ‘Riddatul Qauly’: murtad dan kufur yang disebabkan dari perkataan atau lidah.

Dalam islam sekiranya seseorang muslim itu menutur perkataan yang bahaya seperti perkataan yang mempunyai unsur menghina Allah, para Nabi dan para Rasul, menghina Al-Quran, memperlekeh dan mempersenda perkara yang berkaitan dengan tanda-tanda Islam, maka dia telah pun murtad. Sebagai contoh seseorang itu berkata: “Aku musuh Allah”, “Aku tidak takut kepada Allah”, “Al-Quran itu tidak berfaedah”, “Aku bukan orang Islam”, “Allah itu sama dan serupa dengan makhluk” dan selainnya dari perkataan-perkataan kufur maka orang yang menuturkan perkataan tersebut terkeluar dari Islam serta merta dan dihukum sebagai murtad walaupun dia sedang marah atau bergurau atau bermain-main ketika-mana dia menyebut perkataan seumpama tadi. Inilah yang telah dinaskan oleh ulama Islam.

Begitu juga dalam keadaan biasa (tidak mukrah bil qotl) sekiranya seseorang muslim itu menyebut atau menutur dengan lidahnya perkataan yang kufur maka dia jatuh ke dalam hukum murtad sudah tidak muslim lagi walaupun dia tidak mahu keluar dari agama Islam. Sebagai contoh jika itu menyebut perkataan: “Aku bukan orang Islam” maka dia telah jatuh kafir terkeluar dari Islam walaupun dirinya sendiri tidak memilih selain dari Islam itu sebagai agamanya. Samalah hukumnya jika ketika dia menuturkan perkataan kufur tadi dia berkeadaan marah, bergurau-senda, bermain-main atau sengaja dan bukan tersalah cakap.


PENCERAHAN PENJELASAN

Hukum berbeza jika orang itu berkeadaan (mukrah bil qotl) iaitu dipaksa bunuh. Ini dikira dia berada dalam keadaan yang khusus berbeda dengan keadaan biasa.Mukrah Bil Qotl adalah seperti: jika seseorang muslim itu ditangkap oleh orang kafir dalam peperangan kemudian dia dipaksa oleh orang kafir tadi untuk menyebut perkataan “Aku bukan orang Islam” dan jika tidak menyebutnya orang kafir itu memberitahu akan membunuh orang islam tadi. Dalam keadaan ini jika orang islam tadi menyebut perkataan “Aku bukan orang Islam” dan hatinya tidak meredhoi dan tidak setuju dengan perkataan itu maka dia tidak jatuh hukum murtad. Ia berbeza dengan seseorang menyebut perkataan tadi dalam keadaan tidak dipaksa bunuh atau dalam keadaan biasa seperti dalam keadaan bergurau, marah dan selainnya. Ini kerana jika dia menutur perkataan tersebut dalam keadaan selain (mukrah bil qotl) dipaksa bunuh maka dia jatuh murtad.


KENYATAAN YANG SILAP

Terdapat beberapa kenyataan yang silap pada menerangkan isu murtad ini. Antara kenyataan yang salah dan bercanggah dengan syarak adalah:
“Seorang muslim itu tidak dikira murtad terkeluar dari Islam dan tidak boleh dihukum ke atasnya sebagai murtad kecuali dia rela untuk menjadi kafir dan diikuti dengan perbuatan yang kufur”.

Penting!
Kenyataan di atas adalah salah dan bercanggah dengan hukum Islam kerana seolah-olah tidak menghukum murtad kepada seorang yang telah menghina Allah melalui ucapan lidahnya kecuali dia rela hati untuk keluar Islam sedangkan dalam Islam seorang yang menghina Allah dengan lidahnya walaupun dia tidak berniat dan tidak rela untuk keluar dari Islam (murtad) dia tetap dihukum sebagai murtad.

Penting!
Hukum Islam sebenar seperti mana yang telah dijelaskan oleh ulama Islam adalah:
Sekiranya seseorang muslim itu menyebut atau menutur dengan lidahnya perkataan yang kufur maka dia tetap jatuh ke dalam hukum murtad sudah tidak muslim lagi walaupun dia tidak mahu keluar dari agama Islam, walaupun dia tidak rela dirinya menjadi kafir maka dia tetap murtad dan kafir. Sebagai contoh jika itu menyebut perkataan: “Aku bukan orang Islam” maka dia telah jatuh kafir terkeluar dari Islam walaupun dirinya sendiri tidak memilih selain dari Islam itu sebagai agamanya.

Rujuk penjelasan seperti di atas oleh ulama Islam:
- Muhammad Al-‘Abbas Al-Hanafy dalam kitab Al-Fatawa Al-Mahdiyyah Fil Waqoi’il Masyriyyah pada Bab At-Ta’zir War Riddah dan pada Bab Hadul Qozaf Wal Bughot jilid 2 m/s 27.
- Syeikh Mulla ‘Aly AL-Qory dalam kitab Syarh Fiqhul Akbar m/s 165
- Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam Fathul Bary Syarh Sohih Al-Bukhary jilid 12 m/s 300, 301 dan 302.
- Imam An-Nawawi dalam kitab Raudhatul Tolibin jilid 10 m/s 68.
- Syeikh Abu Al-Muzhoffar ‘Aalamakir dalam kitab Al-Fatawa Al-Hindiyyah jilid 2 m/s 261.
- Dan selain mereka.

Awasi murtad yang disebabkan dari lidah dek ucapan yang terkeluar dari Islam.
Semoga Allah merahmati dan memelihara akidah kita.

P/S: Masaalah berkaitan Murtad ini perlulah ditanya kepada yang mahir dalam permasaalahan murtad dan gejalanya. Jangan tanya sebarangan ustaz bimbang jawapan yang kurang tepat menghambat jiwa.

dipetik dari: www.ustaz-rasyiq.blogspot.com

22 January, 2009

JANGAN BELAJAR DI TEMPAT WAHHABI KERANA...

WAHHABI DISELURUH PUSAT PENGAJIANNYA YANG DIBANTU DENGAN DUIT YANG BANYAK MENGAJAR PELAJAR AGAR MENGKAFIKRNA ULAMA ISLAM DAN MEMBID'AHKAN MEREKA

PADA BUKTI DI BAWAH INI WAHHABI MENGAJAR PELAJARNYA AGAR MENGHINA UMAT ISLAM DAN MEMAKI PARA ULAMA ISLAM AL-ASYA'IRAH:

Di atas adalah buku silibus yang diajar oleh seluruh pusat pengajian Wahhabi. Di ajar didalamnya agar pelajar memaki dan menghina serta menghukum sesat terhadap umat Islam dan Ulama Islam Al-Asya'irah.
______


DIBAWAH INI PULA WAHHABI MENGAJAR KEPADA SELURUH PELAJAR CARA-CARA MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM DAN ULAMA ISLAM AL-ASYA'IRAH DAN DINYATAKAN OLEH WAHHABI BAHAWA ULAMA AL-ASYA'IRAH ITU DAN SELURUH UMAT ISLAMNYA ADALAH MUSYRIK KAFIR SESAT MASUK NERAKA:


AWAS! JANGAN BELAJAR DI SEKOLAH DAN PUSAT PENGAJIAN WAHHABI KERANA ANDA AKAN KELIRU TENTANG ISLAM SEBENAR.

19 January, 2009

Mufti Saudi Mengaku Dirinya Maqam Nabi- (terbaru&berbukti)

MUFTI NEGARA SAUDI ARABIA YANG RAMAI MEMPERKATAKAN BANYAK MENYOKONG AMERIKA DAN YAHUDI ZIONIS MENGAKUI DIRINYA SEBAGAI MENGAMBIL-ALIH TEMPAT DAN BERMARTABAT MAQAM KENABIAN. SELAIN MENDAKWA DIRINYA BERMARTABAT MAQAM NABI, MUFTI SAUDI TERSEBUT TURUT MEMBERITAHU DIRINYA SEBAGAI MUFTI ITU LEBIH MULIA DARI PARA SAHABAT NABI DAN PARA TABI'EIN



Bukti Mufti Saudi Mengaku mengambil-alih tempat Nabi:
http://www.okhdood.com/?act=artc&id=3396



MUFTI NEGARA SAUDI ARABIA YANG RAMAI MEMPERKATAKAN BANYAK MENYOKONG AMERIKA DAN YAHUDI ZIONIS MENGAKUI DIRINYA SEBAGAI MENGAMBIL-ALIH TEMPAT DAN BERMARTABAT MAQAM KENABIAN. SELAIN MENDAKWA DIRINYA BERMARTABAT MAQAM NABI, MUFTI SAUDI TERSEBUT TURUT MEMBERITAHU DIRINYA SEBAGAI MUFTI ITU LEBIH MULIA DARI PARA SAHABAT NABI DAN PARA TABI'EIN

Mufti negara Saudi Arabia sekarang yang bernama Abdul Aziz Bin Abdullah Al-Asyeikh (gambar) yang terkenal membawa fahaman Wahhabi sejak beberapa tahun terdahulu kini mengaku dirinya mengambil-alih tempat Nabi Muhammad dan mendakwa dirinya mempunyai kehormatan yang tinggi melebihi para Sahabat Nabi dan para tabi'ien.
Pengakuan tokoh Wahhabi tersebut dinyatakan olehnya sendiri yang dirakamkan pada hari ini 19/01/2009M dalam satu muktamar yang diadakan olehnya dinamakan sendiri sebagai Muktamar Fatwa Wa Dhowabituha di Mekah.

Sebelum ini dilaporkan bahawa anak kepada bekas Mufti Saudi terdahulu Bin Baz telah menolak fatwa-fatwa ayahnya dan menolak fahaman radikal di Saudi yang tentunya dipelopori oleh Wahhabi.
Rujuk Bukti:
( http://abu-syafiq.blogspot.com/2009/01/fatwa-fatwa-bin-baz-tak-boleh-pakai.html )

P/S: Hadith Nabi yang bermaksud: " Ulama itu pewaris Nabi " tidak langsung bererti ulama itu mengambil tempat dan maqam kenabian! tetapi bererti ulama Islam itu penyampai ilmu yang telah disampaikan oleh Nabi secara benar dan amanah.

teks asal: anak_perlis898965457475@yahoo.com.my

FATWA-FATWA BIN BAZ TAK BOLEH PAKAI ! - Anak Bin Baz Sendiri (berbukti)

ANAK KEPADA ABDUL 'AZIZ BIN BAZ MENOLAK FATWA-FATWA YANG PERNAH DIKELUARKAN OLEH AYAHNYA YANG MEMBAWA AJARAN WAHHABI


Rujuk: ( http://www.okhdood.com/?act=artc&id=2724 )




Ahmad bin Abdul Aziz Bin Baz menolak fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh bapanya iaitu Abdul Aziz Bin Baz yang merupakan tokoh besar agama Wahhabi. Apabila anaknya menyedari terdapat banyak pandangan yang pelampau dan radikal terbit dari ramai pendakyah Wahhabi di negara Saudi Arabia beliau (Ahmad) telah mengisytiharkan agar fahaman itu perlu dihapuskan (Rujuk Al-Awsat 2004) dan kini pula anak kepada tokoh ajaran Wahhabi ini menolak fatwa-fatwa yang terbit dari ayahnya Abdul Aziz Bin Baz.

http://www.okhdood.com/?act=artc&id=2724

16 January, 2009

ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT (rakaman)

PENJELASAN AKIDAH ISLAM "ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT" OLEH DR. SYEIKH SALEEM 'ALWAN AL-HASANIY (SEORANG ULAMA BERKETURUNAN RASULULLAH) DITERJEMAH OLEH USTAZ RASYIQ ALWI www.ustaz-rasyiq.blogspot.com


Sila Klik Untuk Dengar

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Alhamdulillah Tuhan Sekalian alam. Alhamdulillah telah memberi hidayah kepada kita semua, jika bukan dengan pemberian hidayah Allah kepada kita, kita semua tidak akan mendapat hidayah kecuali Allah menetapkan hidayah kepada kita.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad Rasulullah,ahli keluarga baginda, para sahabat dan pengikut baginda.

Maka disini Kami katakan:

Wahai seluruh umat Islam!
Ketahuilah sesungguhnya kepercayaan bahawa "Allah ta'ala wujud tanpa bertempat" merupakan akidah junjungan besar kita Nabi Muhammad, para sahabat, ahlil bait baginda dan semua yang mengikut mereka dengan kebaikan.

ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT.

Ini kerana Allah ta'ala tidak memerlukan kepada makhluk-makhlukNya,azali dan abadinya Allah Tidak memerlukan kepada selainNya.
Maka Allah tidak memerlukan kepada tempat untuk diduduki dan tidak merlukan kepada benda untuk diliputiNya dan Dia tidak memerlukan kepada arah. Cukup sebagai dalil pada mensucikan Allah dari bertempat atau berarah itu dengan firman Allah ta'ala yang bermaksud:

" Tiada sesuatupun yang menyerupai Allah".

Sekiranya Allah bertempat maka sudah pasti bagiNya persamaan dan berukuran tinggi lebar, dalam, dan sesuatu yang sedimikian pastinya adalah makhluk dan memerlukan kepada yang lain menetapkan ukuran panjangnya, lebarnya, dalamnya. Demikian tadi dalil 'Allah Wujud Tanpa Bertempat' dari Al-Quran.

Manakala dalil dari hadith Nabi pula adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan selainya dengan sanad yang sohih bahawa Rasulullah (selawat dan salam keatasnya) bersabda yang bermaksud:

"Allah telah sedia wujud (azali) dan selain Allah tiada sesuatupun yang sedia wujud (azali)".

Makna hadith Nabi tadi adalah Allah telah sedia ada pada azal lagi, tidak ada bersama Allah selainNya, air belum ada lagi, udara belum ada lagi, bumi belum wujud lagi, langit belum wujud lagi, kursi belum ada lagi, arasy belum ada lagi, manusia belum wujud lagi, jin belum wujud lagi, malaikat belum ada lagi, masa belum ada lagi, tempat belum wujud lagi dan arah juga belum wujud lagi.

Manakala Allah telah sedia wujud tanpa tempat sebelum tempat dicipta dan Allah tidak sama sekali memerlukan kepada tempat. Inilah yang dinyatakan dari Hadith Nabi tadi. Saidina Ali (semoga Allah meredhoinya) berkata:

" Allah telah sedia ada tidak bertempat dan Allah sekarang juga atas sediakalaNya tanpa bertempat".
Diriwayatkan oleh Imam Abu Mansour Al-Baghdady dalam kitabnya Al-farqu Bainal Firaq.

Dari segi akal, sebagaimana diterima akan kewujudan Allah ta'ala itu tanpa tempat dan tanpa arah sebelum adanya tempat dan arah maka benarlah kewujudan Allah itu setelah mencipta tempat Dia tidak bertempat dan tidak memerlukan arah.
Dalil ini semua, bukanlah menafikan kewujudanNya sepertimana yang dituduh oleh ajaran yang menjisimkan dan menyamakan Allah dengan makhluk pada zaman ini iaitu ajaran Wahhabiyah.

Kita mengangkat tangan ke langit ketika berdoa bukanlah kerana Allah berada dilangit akan tetapi kita mengangkat tangan ke langit kerana langit merupakan kiblat bagi doa, tempat terkumpulnya banyak rahmat dan berkat. Sepertimana kita menghadap ke arah ka'bah ketika solat tidaklah bererti Allah itu berada di ka'bah akan tetapi kerana ka'bah itu kiblat bagi solat. Inilah yang telah dinyatakan oleh para ulama Islam.

Saidina Ali (semoga Allah meredhoinya) turut menjelaskan:
" Akan kembali satu kaum dari umat ini ketika hampir hari kiamat kelak mereka menjadi kafir, lantas sesorang lelaki bertanya: ' Wahai amirul mu'minin! Kekufuran mereka itu disebabkan apa? kerana mengada-adakan sesuatu dalam urusan agama atau mengingkari sesuatu dalam agama?' Saidina Ali menjawab: Kekufuran mereka kerana mengingkari sesuatu dalam agama iaitu mereka mengingkari Pencipta mereka dengan menyifatkan Pencipta itu berjisim dan beranggota". Diriwakan oleh Ibnu Al-Mu'allim Al-Qurasyi dalam kitabnya berjudul Najmul Muhtady Wa Rojmul Mu'tady.
Berkata Imam Zainul Abidin (semoga Allah meredhoinya): " Engkaulah Allah yang tidak diliputi tempat". Diriwayat oleh Al-Hafiz Az-Zabidy.

Imam Abu Hanifah menyatakan dalam kitabnya Fiqhul Absat: " Allah ta'ala telah sedia ada tanpa tempat, Allah telah sedia wujud sebelum mencipta makhluk, dimana sesuatu tempat itu pun belum wujud lagi, makhluk belum ada lagi sesuatu benda pun belum ada lagi, dan Allah lah yang mencipta setiap sesuatu.

Dinyatakan dengan sanad yang sohih oleh Imam Baihaqi dari Abdullah bin Wahb berkata:
" Ketika kami bersama dengan Imam Malik, datang seseorang lelaki lantas bertanya: 'Wahai Abu Abdillah Imam Malik! 'Ar-Rahman 'Alal Arasyi Istawa' bagaimana bentuk istiwa Allah? maka Imam Malik kelihatan merah mukanya kemudian beliau mengangkat wajahnya lantas berkata: 'Ar-Rahman 'Alal Arasyi Istawa' ianya sepertimana yang telah disifatkanNya dan tidak boleh ditanya bentukNya kerana bentuk itu bagi Allah adalah tertolak dan aku tidak dapati engkau melainkan seorang pembuat bid'ah! maka keluarkan dia dari sini".
Manakala riwayat yang berbunyi 'dan bentuk bagi Allah itu adalah dijahili' ianya riwayat yang tidak sohih.

Imam kita Imam Syafie (semoga Allah meredhoinya) telah berkata: " Barangsiapa mempercayai Allah itu duduk di atas Arasy maka dia telah kafir". Diriwayatkan oleh Ibnu Al-Mu'allim Al-Qurasyi dalam kitabnya Najmul Muhtady Wa Rojmul Mu'tadi.

Berkata juga Imam Ahmad bin Hambal (semoga Allah meredhoinya) : " Barangsipa yang mengatakan Allah itu jisim tidak seperti jisim-jisim maka dia juga jatuh kafir".Diriwayat oleh Al-Hafiz Badruddin Az-Zarkasyi dalam kitabnya Tasynif Al-Masami'.

Berkata Imam Ahli Sunnah Wal jamaah Imam Abu Hasan Al-Asy'ary dalam kitabnya berjudul An-Nawadir: " Barangsiapa yang mempercayai Allah itu jisim maka dia tidak mengenali Tuhannya dan sesungguhnya dia mengkufuri Allah".
Maka jelaslah dari kenyataan Imam Al-Asy'ary tadi bahawa kitabnya yang berjudul Al-Ibanah pada hari ini telah ditokok tambah.


Berkata Imam Abu Ja'far At-Tohawi yang mana beliau ini merupakan ulama As-Salaf As-Soleh: " Maha suci Allah dari mempunyai ukuran, penghujung, sendi, anggota dan benda-benda kecil dan Allah tidak diliputi dengan mana-amana arah enam sepertimana makhlukNya".
Beliau berkata lagi: " Barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan sifat-sifat makhluk maka dia jatuh kafir".
Antara sifat makhluk adalah bergerak,duduk diam, turun, naik, bersemayam, duduk, berukuran, bercantum,berpisah,berubah, berada di tempat,berarah, berkata-kata dengan huruf, suara, bahasa dan lain-lain.

Telah dinukilkan oleh Imam Al-Qorofy dan Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitamy dan selainya menukilkan kenyataan bahawa: " Imam Syafie, Imam Malik Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah (semoga Allah meredhoi mereka) berkata bahawa jatuh hukum kufur bagi sesiapa yang berkata Allah itu ber-arah dan berjisim dan benarlah penghukuman Imam-imam tadi".

Wahai seluruh orang-orang muslim.
Kami mengakhiri penjelasan ini dengan ungkapan kaedah yang dinyatakan oleh Imam Ahmad Bin Hambal (semoga Allah meredhoinya): " Segala yang terbayang dibenak fikiranmu maka ketahuilah bahawa Allah tidak sedemikian" . Dan ini merupaka kaedah yang telah disepakati disisi seluruh ulama Islam.

Berkata Imam kita Abu Bakar (semoga Allah meredhoinya): "Merasai diri itu lemah dari membayangi zat Tuhan maka itulah tauhid mengenal Tuhan dan memcari-cari serta membayangkan zat Tuhan itu pula adalah kufur dan syirik".

Alhamdulillah kita berada dalam akidah yang benar ini, memohon kepada Allah ta'ala agar mematikan kita diatas pegangan ini. Amin ya Arhamar Rohimin Wa akhiru da'wana 'anil hamdulillahi robbil 'alamin.

Diterjemah oleh:
Ustaz Rasyiq Alwi www.ustaz-rasyiq.blogspot.com

13 January, 2009

HARAM BOIKOT YAHUDI - Fatwa Wahhabi (BERBUKTI)


WAHHABI PEMBANTU YAHUDI MENGHARAMKAN KEATAS SEMUA UMAT ISLAM MEMBOIKOT BARANG-BARANGAN DARI YAHUDI KERANA AKIDAH YAHUDI 'TUHAN DUDUK BERSILA ATAS KERUSI' SAMA DAN SERUPA DENGAN AKIDAH WAHHABI




FATWA WAHHABI MENGHARAMKAN BOIKOT BARANG-BARANG YAHUDI

Ini Teks Fatwa Wahhabi Melarang Dan Mengharamkan Perbuatan Memboikot Barang Yahudi & Amerika:

" فضيلة إمام جامع / مسجد
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته ... و بعد ...،

تلقيت تعميم فضيلة مدير عام فرع الوزارة بمنقطة مكة المكرمة رقم 5/20/9079/س في 1421/9/1هـ المبني على برقية صاحب السمو الملكي أمير منطقة مكة المكرمة السرية ذات الرقم س/ 703534 في 1421/8/23هـ ( .. لا ندري ما الكلمة هنا .. ) توفر معلومات ( .. ) الإمارة باستمرار تواجد منشورات في بعض المساجد تدعو إلى مقاطعة المنتجات الأمريكية و تطرق بعض خطباء الجوامع ( .. ) تلك المنشورات بالتأييد و مقاطعة المنتجات الأمريكية و قد تضمنت برقية سموه الكريم ما نصه ( يمنع منعاً باتاً توزيع أي نشورات بهذا المفهوم أو التطرق لهذه المواضيع في الخطب فالمنابر لتوعية الناس و تبصيرهم بأمور دينهم لا لإشغالهم بما لا يخصهم في حالة تكراره سوف يحاسب الجميع بما في ذلك المسؤولين طرفكم ) ..،
نأمل الاطلاع و التقيد بذلك و أنكم مسؤولون عما يحدث كل و مسجده .. أعانكم الله .. ،

و السلام عليكم و رحمة الله و بركاته .. ،"

Lihatlah bagaimana Wahhabi menyokong dan membantu Yahudi membunuh umat Islam diseluruh dunia khususnya di bumi Palestin.
Rujuk bukti:
http://abu-syafiq.blogspot.com/2009/01/wajib-bersatu-dengan-yahudi-umat-islam.html


Kemudian Wahhabi mengharamkan umat Islam daripada memboikot apa-apa sahaja barangan Yahudi Amerika kerana bagi Wahhabi; Yahudi telah banyak membantu pembangunan ekonomi dunia dan Agama Yahudi wajib dihormati dan disanjung. Demikian hakikat kenyataan Wahhabi.

AyuH BangKiT Menentang & MembOiKot YAHUDI DAN WAHHABI !!!

07 January, 2009

AYUH BOIKOT YAHUDI & WAHHABI


WAHAI UMAT ISLAM SEDUNIA...
DIWAKTU WAHABI DAN YAHUDI MEMBUNUH UMAT ISLAM DAN ULAMANYA...
MARILAH SAMA-SAMA KITA BANGKIT MENENTANG WAHABI DAN YAHUDI INI...










KEKEJAMAN ZIONIS TERBARU:






www.abu-syafiq.blogspot.com

06 January, 2009

WAJIB BERSATU&BERBAIK DENGAN YAHUDI, UMAT ISLAM PALESTIN WAJIB BERAMBUS - WAHHABI


Gambar Anak-anak Umat Islam Palestin Dibunuh Oleh Sahabat Wahhabi YAHUDI.

WAHHABI TELAH MENGELUARKAN FATWA SESAT MEREKA SUPAYA UMAT ISLAM DI PALESTIN KELUAR DARI TANAH PALESTIN DAN DIBERIKAN BUMI PALESTIN ITU KEPADA YAHUDI DAN WAHHABI TURUT MENAMBAH FATWA SESAT MEREKA AGAR UMAT ISLAM BERBAIK DAN BERSATU DENGAN YAHUDI SELAMA-LAMANYA




( Bukti BinBaz Dan Wahhabi Menyuruh Serta Mengharuskan Berbaik&Bersatu Dengan Yahudi Secara Sementara Dan Berbaik&Bersatu Dengan Yahudi Secara Mutlak Selama-lamanya. Dipetik dari web Binbaz sendiri )

BINBAZ TOK GURU WAHHABI MENYURUH UMAT ISLAM AGAR BERBAIK DENGAN YAHUDI DAN MENGHARUSKAN AS-SULHU BERSATU DENGAN YAHUDI.

Oleh: Abu Syafiq 006-012-2850578
Sememangnya akidah Wahhabi mirip kepada Yahudi ini yang mendakwa Allah Duduk Di Atas Arasy dan kekadang itu akidah mereka berdua Allah Duduk Di Atas Kerusi berdasarkan dari kitab-kitab akidah mereka sendiri yang mewajibkan umat Islam bersama Yahudi bukan sahaja berkerjasama dan bersatu dengan Yahudi bahkan Wahhabi turut mengajak agar umat Islam berpegang dengan akidah Yahudi iaitu Allah Duduk Letih Di Atas Arasy.

Pembongkaran bahaya agama Wahhabi ini bukanlah suatu amalan nawafil yang kalau tinggalkan tak dapat pahala bila buat baru dapat pahala, akan tetapi mengawasi dan menjaga orang awam muslim daripada berpegang dengan agama Wahhabi ini merupakan suatu kewajipan yang tidak dapat dinafikan lagi berdasarkan erti dari puluhan hadith Nabi yang mengesa kita agar mengawasi ajaran songsang dan sesat antaranya sabda Nabi Muhammad yang bermaksud : " Selagi mana kamu mendapati kenyataan sesat orang yang fajir (sesat) maka nyatakan (awasi) kepada orang awam supaya mereka berjaga-jaga ". Al-Mustadrak.

BINBAZ DAN WAHHABI BERKERJASAM DENGAN YAHUDI
Fatwa Binbaz yang merupakan 'nabi' bagi golongan Wahhabi agar umat Islam bersatu dan berbaik dengan Yahudi adalah bertujuan agar umat Islam tidak menentang Yahudi bahkan mesti bersama-sama dengan Yahudi. Itulah natijah daripada fatwa Binbaz mengenai As-Sulhu berbaik dan bersatu dengan Yahudi. Kenyataan dan arahan Binbaz demikian mendapat tentangan hebat daripada ulama sedunia. Binbaz turut menentang Yusuf Qardawi yang mengutuk fatwanya tersebut.

Nah..! Ini lagi bukti yang jelas bahawa Binbaz dan Wahhabi menyuruh,mengharuskan dan mengalakkan umat Islam berbaik dan bersatu dengan Yahudi sedangkan Allah berfirman: " Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali redho (bersetuju) kepadamu sehinggalah engkau menurut agama mereka ".Baqarah 120. Kamu akan dapati mereka yang paling kuat permusuhannya dengan Islam adalah Yahudi.
Buktinya rujuk website binbaz sendiri :

http://www.binbaz.org.sa/index.php?pg=mat&type=article&id=568

Tertera kenyataan tersebut dari Abdul Aziz Bin Baz sendiri:
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على نبينا محمد الصادق الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين، أما بعد:

فهذا إيضاح وتعقيب على مقال فضيلة الشيخ: يوسف القرضاوي المنشور في مجلة "المجتمع" العدد 1133 الصادرة يوم 9 شعبان 1415هـ، الموافق 10/1/1995م حول الصلح مع اليهود، وما صدر مني في ذلك من المقال المنشور في صحيفة "المسلمون" الصادرة في يوم 21 رجب 1415هـ جواباً لأسئلة موجهة إلي من بعض أبناء فلسطين، وقد أوضحت أنه لا مانع من الصلح معهم إذا اقتضت المصلحة ذلك؛ ليأمن الفلسطينيون في بلادهم، ويتمكنوا من إقامة دينهم.

وقد رأى فضيلة الشيخ يوسف أن ما قلته في ذلك مخالف للصواب؛ لأن اليهود غاصبون فلا يجوز الصلح معهم، إلى آخر ما ذكره فضيلته. وإنني أشكر فضيلته على اهتمامه بهذا الموضوع ورغبته في إيضاح الحق الذي يعتقده، ولا شك أن الأمر في هذا الموضوع وأشباهه هو كما قال فضيلته يرجع فيه للدليل، وكل أحد يؤخذ من قوله ويترك إلا رسول الله صلى الله عليه وسلم، وهذا هو الحق في جميع مسائل الخلاف؛ لقول الله عز وجل: {فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا}[1]، وقال سبحانه: {وَمَا اخْتَلَفْتُمْ فِيهِ مِنْ شَيْءٍ فَحُكْمُهُ إِلَى اللَّهِ}[2]، وهذه قاعدة مجمع عليها بين أهل السنة والجماعة.

ولكن ما ذكرناه في الصلح مع اليهود قد أوضحنا أدلته، وأجبنا عن أسئلة وردت إلينا في ذلك من بعض الطلبة بكلية الشريعة في جامعة الكويت، وقد نشرت هذه الأجوبة في صحيفة "المسلمون" الصادرة في يوم الجمعة 19/8/1415هـ الموافق 20/1/1995م، وفيها إيضاح لبعض ما أشكل على بعض الإخوان في ذلك.

ونقول للشيخ يوسف وفقه الله وغيره من أهل العلم: إن قريشاً قد أخذت أموال المهاجرين ودورهم، كما قال الله سبحانه في سورة الحشر: {لِلْفُقَرَاءِ الْمُهَاجِرِينَ الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيارِهِمْ وَأَمْوَالِهِمْ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا وَيَنْصُرُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ}[3]، ومع ذلك صالح النبي صلى الله عليه وسلم قريشاً يوم الحديبية سنة ست من الهجرة، ولم يمنع هذا الصلح ما فعلته قريش من ظلم المهاجرين في دورهم وأموالهم؛ مراعاة للمصلحة العامة التي رآها النبي صلى الله عليه وسلم لجميع المسلمين من المهاجرين وغيرهم، ولمن يرغب الدخول في الإسلام.

ونقول أيضاً جوابا لفضيلة الشيخ يوسف عن المثال الذي مثل به في مقاله وهو لو أن إنساناً غصب دار إنسان وأخرجه إلى العراء ثم صالحه على بعضها، أجاب الشيخ يوسف: أن هذا الصلح لا يصح.

وهذا غريب جداً، بل هو خطأ محض، ولا شك أن المظلوم إذا رضي ببعض حقه، واصطلح مع الظالم في ذلك فلا حرج؛ لعجزه عن أخذ حقه كله، وما لا يدرك كله لا يترك كله، وقد قال الله عز وجل: {فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ}[4]، وقال سبحانه: {وَالصُّلْحُ خَيْرٌ}[5]، ولا شك أن رضا المظلوم بحجرة من داره أو حجرتين أو أكثر يسكن فيها هو وأهله، خير من بقائه في العراء.

أما قوله عز وجل: {فَلا تَهِنُوا وَتَدْعُوا إِلَى السَّلْمِ وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ وَاللَّهُ مَعَكُمْ وَلَنْ يَتِرَكُمْ أَعْمَالَكُمْ}[6]، فهذه الآية فيما إذا كان المظلوم أقوى من الظالم وأقدر على أخذ حقه، فإنه لا يجوز له الضعف، والدعوة إلى السلم، وهو أعلى من الظالم وأقدر على أخذ حقه، أما إذا كان ليس هو الأعلى في القوة الحسية فلا بأس أن يدعو إلى السلم، كما صرح بذلك الحافظ ابن كثير رحمه الله في تفسيره هذه الآية، وقد دعا النبي صلى الله عليه وسلم إلى السلم يوم الحديبية؛ لما رأى أن ذلك هو الأصلح للمسلمين والأنفع لهم، وأنه أولى من القتال، وهو عليه الصلاة والسلام القدوة الحسنة في كل ما يأتي ويذر؛ لقول الله عز وجل: {لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ}[7] الآية.

ولما نقضوا العهد وقدر على مقاتلتهم يوم الفتح غزاهم في عقر دارهم، وفتح الله عليه البلاد، ومكنه من رقاب أهلها حتى عفا عنهم، وتم له الفتح والنصر ولله الحمد والمنة.

فأرجو من فضيلة الشيخ يوسف وغيره من إخواني أهل العلم إعادة النظر في هذا الأمر بناء على الأدلة الشرعية، لا على العاطفة والاستحسان، مع الاطلاع على ما كتبته أخيراً من الأجوبة الصادرة في صحيفة "المسلمون" في 19/8/1415هـ، الموافق 20/1/1995م، وقد أوضحت فيها أن الواجب جهاد المشركين من اليهود وغيرهم مع القدرة حتى يسلموا أو يؤدوا الجزية، إن كانوا من أهلها، كما دلت على ذلك الآيات القرآنية والأحاديث النبوية، وعند العجز عن ذلك لا حرج في الصلح على وجه ينفع المسلمين ولا يضرهم؛ تأسياً بالنبي صلى الله عليه وسلم في حربه وصلحه، وتمسكاً بالأدلة الشرعية العامة والخاصة، ووقوفا عندها، فهذا هو طريق النجاة وطريق السعادة والسلامة في الدنيا والآخرة.

والله المسئول أن يوفقنا وجميع المسلمين - قادة وشعوباً - لكل ما فيه رضاه، وأن يمنحهم الفقه في دينه، والاستقامة عليه، وأن ينصر دينه ويعلي كلمته، وأن يصلح قادة المسلمين ويوفقهم للحكم بشريعته والتحاكم إليها، والحذر مما يخالفها، إنه ولي ذلك والقادر عليه، وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وآله وأصحابه، وأتباعه بإحسان.


Soalan saya (Abu Syafiq):
Yahudi tidak meredhoi kita dan paling kuat permusuhan terhadap umat Islam..Ini firman Allah!
Maka mengapa pula kita diwajibkan oleh Wahhabi agar berbaik dan bersatu dengan Yahudi???! mengapa?! bukankah ini bukti yang kukuh bahawa Wahhabi adalah tentera Yahudi dalam umat Islam?.

-----------------------





ALBANI MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM DI PALESTIN DAN MEWAJIBKAN MEREKA KELUAR DARI PALESTIN


Beginilah citarasa Wahhabi demi mengkafirkan umat Islam khususnya yang ditindas oleh sahabat karib Wahhabi iaitu Yahudi terhadap umat Islam di bumi Palestin.

Albani yang selalu diwar-warkan sebagai seorang yang tahu mengenai Ilmu Mustolah Al-Hadith dia ( Muhammad Nasiruddin Al-Bani ) yang mudah di sebut sebagai Al-Bani telah menghukum umat Islam yang kini berada di bumi Palestin sebagai KAFIR dan ditambah hukumnya oleh Albani sendiri bahawa WAJIB umat Islam yang berada di bumi Palestian untuk keluar dari tanah Dhoffah Al-Ghorbiyyah Palestin dan dari kesemua bumi Palestian.

Rujuk kenyataan ulamak Wahhabi ini iaitu Al-Bani mengkafirkan umat islam di Palestian secara mutlak dan mewajibkan umat Islam keluar dari Palestin dalam Majalah Al-Liwa’ Jordan keluaran tarikh 7/7/1993 m/s 16 dan dalam kitab AlBani sendiriberjudul “Fatawa Al-Bani” m/s 18 Jam’u ‘Ukkashah Abdul Manan cetakan Maktabah At-Turoth dan jugan dalam rakaman ceramah AlBani dirumahnya pada tarikh 22/4/1993 serta surat khabar As-suhuf 1/9/1993.

Penghukuman Albani sedemikian menyebabkan ramai ulama Islam dan pemimpin Islam bangkit menentang diantaranya yang menentang Albani dalam permasaalahan ini adalah Dr. Solah Al-Kholidy yang menyatakan fatwa Albani tersebut merupakan percanggahan dengan As-Sunnah dan Islam itu sendiri. Begitu juga pemimpin Jordan Dr. Ali Al-Faqir Menteri Wizarah Alqouf Jordan turut menentang kenyataan Albani tersebut dan menyifatkannya sebagai YAHUDI.Rujuk As-Suhuf 1/9/1993.

Soalan saya: APAKAH HELAH DISEBALIK INI WAHAI WAHHABI? APAKAH GUNANYA WAHHABI MENGKAFIRKAN DAN MENYURUH SERTA MENWAJIBKAN KEPADA UMAT ISLAM DI PALESTIAN KELUAR TERUS DARI BUMI PALESTIN? ADALAH KAMU SEMUA REDHO BUMI PALESTIN DIRAMPAS OLEH YAHUDI LAKNAT ATAU KAMU SEMUA ADALAH PENDOKONG KEMENANGAN MUSAILAMATUL KAZZAB DAN YAHUDI TERKINI???!!!
BUSUK SUNGGUH BUNYINYA SEORANG YANG PADA PANDANGAN MATA WAHHABI SEBAGAI PAKAR HADITH RUPA-RUPANYA PENYOKONG KUAT PERAMPAS YAHUDI KE ATAS TANAH AMBIYA’ !

www.abu-syafiq.blogspot.com

Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?