25 February, 2009

WAHHABI BUKAN SALAFI !


Hiasan

HAKIKAT DAN REALITI MEMBUKTIKAN WAHHABI TIDAK BERMANHAJ AS-SALAF SEBENAR SAMAADA DALAM AQIDAH MAHUPUN SELAINNYA

Oleh: Abu Syafiq 006 012 2850578

Saya sering terbaca beberapa tulisan yang menyokong atau yang menentang fahaman Wahhabi. Selalu didapati mereka kurang teliti dalam menjelaskan beberapa perkara khususnya bila menyandarkan nama SALAF itu kepada WAHHABI. Menamakan Wahhabi dengan nama yang seiiring dengan
Salafi atau Salaf atau As-Salaf atau Al-Salaf atau Salafiyyah adalah satu kesalahan dari segi makna, istilah, dakwah dan kebenaran. Ditambah lagi tokoh-tokoh agamawan juga menamakan mereka ini (Wahhabi) sebagai Salafi atau yang seiring dengan nama tersebut. Ini semua merupakan satu kesalahan yang perlu diperbetulkan kerana dalam kajian didapati :-

1- Manhja ulama As-Salaf sebenar iaitu ulama Islam yang hidup dalam lingkungan 300Hijriah adalah Tanzih mensucikan Allah dengan persamaan makhluk. Manakala fahaman Wahhabi menyamakan Allah dengan makhluk. Maka Wahhabi tidak layak dilabelkan sebagai Salafi.

2- Aqidah ulama As-Salaf sebenar pada ayat-ayat mutasyabihat dan hadith-hadith mutasyabihat adalah tidak berpegang dengan zahir maknanya tetapi ditolak makna zahirnya dan dinafikan segala perumpaan Allah dengan makhluk. Manakala aqidah Wahhabi adalah berpegang dengan zahir makna ayat-ayat mutasyabihat dan hadith-hadith mutasyabihat yang membawa kepada persamaan Allah dengan makhluk kemudian ditambah lagi Wahhabi menyifatkan Allah dengan seluruh sandaran yang bukan sifat pada hakikatnya. Maka Wahhabi tidak harus dinamakan sebagai As-Salaf.

3- Ulama As-Salaf sebenar adalah ulama Islam yang hidup dalam 3 kurun pertama iaitu ulama yang pernah hidup pada zaman sebelum 300Hijrah. Manakala Wahhabi muncul pada lingkungan 1111Hijrah. Amat jauh perbezaan antara yang benar dan yang batil. Maka Wahhabi tidak boleh dinamakan sebagai Al-Salaf.

4- Dakwah ulama As-Salaf sebenar adalah tidak mengkafirkan umat Islam samaada individu mahupun ramai selagi seseorang itu muslim dan tidak melakukan perkara yang membatalkan keislamannya. Manakala Wahhabi mengkafirkan ulama Islam dan umat Islam tanpa hak secara umum tanpa had habis dikafirkannya. Maka Wahhabi diharamkan daripada mempergunakan nama Salaf.

5- Feqah ulama Al-Salaf adalah tidak jumud dan tidak sempit serta tidak menghukum amalan umat Islam yang mempunyai dalil sebagai bid’ah sesat. Manakala Wahhabi berfeqah secara jumud, sempit dan suka menghukum seluruh amalan umat Islam khasnya yang mempunyai dalil sebagai Bid’ah Sesat dan Syirik. Maka Wahhabi tidak sepatutnya dinamakan sebagai Salafiyyah.

Ya memang terdapat beberapa tokoh yang secara tidak langsung menamakan puak Wahhabi ini sebagai Salafi atau yang seiring dengannya. Kemudian berlaku pula tindakan pada orang awam yang tidak mengkaji secara detail mengatakan Wahhabi itu bermanhaj Salafi.
Hakikat dan kebenarannya adalah Wahhabi amat berbeza dengan ulama Salaf dengan perbeza yang jelas dan jauh bak langit ketujuh dengan bumi ketujuh.
Maka tidak harus, tidak boleh dan haram menyandarkan nama Salafi atau Salaf atau As-Salaf atau Al-Salaf atau Salafiyyah kepada ajaran Wahhabi ini atas sebab yang telah dijelaskan oleh para ulama yang dinotakan di atas tadi.
Tetapi nama yang paling sesuai bagi Wahhabi ini adalah Musyabbih, iaitu yang menyamakan Allah dengan makhluk Mukaffir, iaitu yang mengkafirkan ulama Islam dan umat Islam Mubaddi’, iaitu yang suka menghukum bid’ah ke atas amalan umat Islam yang ada dalil Mujassim, iaitu yang menjisimkan Allah.

*Anda mengetahui hakikatnya jangan perdaya orang awam dengan melabelkan golongan Wahhabi ini kepada ulama yang mulia kerana kemulian dan keberkatan tidak wujud dalam kamus Wahhabi!

Jika ditanya adakah Wahhabi itu Salafi jawab lah :
WAHHABI BUKAN SALAFI WAHHABI ADALAH MUSYABBIH MUKAFFIR MUBADDI’ MUJASSIM. WAHHABIYAH BUKAN SALAFI TETAPI WAHHABIYAH ADALAH MUSYABBIHAH MUKAFFIRAH MUBADDI’AH MUJASSIMAH !

www.abu-syafiq.blogspot.com

21 February, 2009

Menyanggah Rasul Dahri Wahhabi Takfiry (1)




Oleh: Ustaz Abu Syafiq 006 012 2850578

RASUL DAHRI MENGUBAH AYAT ALLAH DAN BERDUSTA TERHADAP IMAM ABU HASAN AL-ASY’ARY

Ketahuilah bahawa kitab Al-Ibanah karangan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary telah banyak ditokok tambah isi kandungannya oleh ajaran Hasyawiyyah dan Musytasyriqin. Oleh itu terdapat dalam isi kandungan kitab Al-Ibanah tersebut berbeza-percanggahan antara satu sama dalam kitab yang sama.
Ya, kitab Al-Ibanah ‘An Usulid Diyanah sememangnya karangan Imam Agong Imam Abu Hasan Al-Asy’ary dan beliau pernah mengarangnya tetapi isi kandungannya telah diubah-ditukar oleh musuh-musuh Islam bertujuan menjauhkan kesatuan aqidah umat Islam bahkan naskhah yang asal amat berbeza dengan apa yang tercetak sekarang. Maka sesetengah penulis tidak teliti dan tidak amanah dalam menukilkan sesuatu lantas menyandarkan sesuatu kenyataan itu kepada Imam Abu Hasan Al-Asy’ary tanpa kajian dan tahqiq. Disamping itu golongan Musyabbihah yang menyamakan Allah dengan makhluk zaman kini mengambil peluang mengunakan teks yang telah diubah-ubah dan ditokok-tambah itu untuk memenangkan dan menyokong aqidah mereka menyamakan Allah dengan makhluk dan mengkafirkan sesiapa yang tidak sehaluan dengan mereka.


Rasul Dahri Mengubah Ayat Allah Dan Berdusta Ke atas Imam Abu Hasan Al-Asy’ary.
Dalam kitabnya berjudul ‘Yang Benar Mazhab Syafie Bukan Wahhabi’ penulisnya Rasul Dahri telah meletakkan pelbagai kenyataan yang diubah oleh dirinya sendiri samaada pada terjemahan juga pada nukilan bertujuan merialisasikan impian aqidah songsangnya yang menyamakan Allah dengan makhluk dan mendakwa kononnya Allah itu jisim. Antara yang diubah oleh Rasul Dahri dalam kitabnya tersebut adalah firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat 16
أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ
yang bermaksud: “Apakah kamu semua merasa aman terhadap siapa yang dilangit”.

Perkataan ‘man’ iaitu ‘siapa’ dalam ayat tadi bererti malaikat bukan bererti Allah berada dan bertempat dilangit.Tidak. Ia berdasarkan kepada ulama Ahli Hadith yang menjelaskannya iaitu Imam Al-Hafiz Al-‘Iraqi dalam Amalinya (kitab) bahawa “Perkataan ‘siapa’ pada ayat tersebut bererti malaikat”. Begitu juga saya (Abu Syafiq) mendapati Al-Qurtubi dalam kitab tafsirnya turut menjelaskan perkara yang sama bila mentafsirkan ayat tersebut. Sekiranya ingin dimaksudkan dari perkataan ‘man’ (siapa) dalam ayat tadi itu adalah ‘Allah’ maka tidak boleh dikatakan keberadaan Allah itu di langit kerana Allah tidak memerlukan langit tetapi memberi erti ‘kerajaan Allah’ BUKAN ‘zat Allah’. Maha suci Allah dari sifat makhlukNya.

Kemudian, yang berada dilangit dan bertempat dilangit bukanlah Allah tetapi para malaikat berdasarkan hadith Nabi bermaksud: “ Tidaklah di setiap langit itu kecuali pada setiap empat jari terdapat banyak para malaikat melakukan qiyam, rukuk atau sujud ”. Hadith Riwayat Tirmizi.

Ketahuilah bahawa tempat tinggal para malaikat yang mulia adalah di langit pada setiap langit penuh dengan para malaikat manakala bumi terkenal dengan tempat tinggal manusia dan jin. Maha suci Allah dari bertempat samaada di langit mahupun di bumi.

Malangnya Rasul Dahri mengubah ayat Allah tersebut sekaligus berdusta ke atas kenyataan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary, buktinya lihat teks kenyataan Rasul Dahri ketika menukilkan kenyataan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary tanpa kajian dalam bukunya berjudul ‘Yang Benar Mazhab Syafie Bukan Wahhabi’ (teks Rasul Dahri) :

“Allah berfirman: Apakah kamu merasa aman terhadap Zat yang berada di atas langit?”.Tamat nukilan dari kenyataan Rasul Dahri.

Sanggahan :
1) Ketika Rasul Dahri menukilkan kenyataan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary dari kitab Al-Ibanah yang telah ditokok tambah isi kandungannya Rasul Dahri telah mengubah firman Allah pada surah Al-Mulk ayat 16 itu. Lihat dan rujuk ayat tersebut dalam al-Quran yang asal tidak terdapat perkataan ‘zat’ dan tidak terdapat perkataan ‘berada’ (maujud) tetapi demi merialisasikan impiannya menyebar aqidah Tajsim dan Tashbihnya maka ayat Allah itu diubah dan ditokok-tambah oleh Rasul Dahri dengan perkataan ‘zat’ sedangkan ia tidak wujud langsung bahkan tiada satupun ulama tafsir mu’tabar mengatakan sedemikian.

2) Apabila dirujuk kepada kitab Al-Ibanah yang dicetak dalam bahasa arab pula didapati perkataan ‘Zat’ itu tidak wujud langsung. Lihat bagaimana kitab Al-Ibanah yang asal telah diubah-ubah kini kitab itu yang mereka ubah sendiri, mereka ubah pula terjemahannya. Menukar-mengubah atas apa yang mereka sendiri ubah-tukar.Subhanallah.

Ketahuilah bahawa kitab Al-Ibanah sekarang ini telah banyak diubah-suai isi kandungannya oleh penjenayah ilmiah seperti Wahhabiyah dan selainnya. Ini hanya secebis antara contoh kitab Al-Ibanah karangan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary diputar-belit dan diubah isi kandungannya oleh Musyabbih Mujassim, mereka turut merubah pelbagai isi kandungan kitab-kitab para ulama lain bagi mencapai impian jahat mereka.


Adakah Kenyataan Rasul Dahri Itu Sesat ?
Cuba perhatikan apabila Rasul Dahri mengubah ayat al-Quran tadi bertujuan dengan niat jahat iaitu menanamkan rangkaian aqidah Tasybih dan Tajsim kepada pembaca.
Fokus saja pada perkataan ‘Zat’ yang ditokok-tambah olehnya dan dimaksudkan oleh Rasul Dahri dari perkataan ‘Zat’ itu adalah ‘Jisim Allah’ ini kerana apabila difokus pada seluruh penulisannya dalam kitab tersebut perkataan ‘ZAT’ diertikan oleh Rasul Dahri sebagai Jisim. Sedangkan Allah tidak pernah memberitahu diriNya itu adalah Jisim.Maha suci Allah dari sifat berjisim. Seterusnya, bila diamati terdapat kenyataan yang amat jelas menjisimkan Allah dan menyandarkan tempat bagi Allah. Lihat pada kenyataannya ‘yang berada di langit’. Bukankah apabila perkataan ‘zat’ itu disandarkan pada perkataan ‘berada di langit’ bererti zat itu bertempat ? Ahli Sunnah Wal Jama’ah menafikan tempat bagi Allah termasuk Al-Albani tokoh Wahhabi menafikan tempat bagi Allah dan Al-Albani sendiri sering berkata : Sesungguhnya sesiapa yang mengubah ayat al-Quran maka dia telah terpesong aqidahnya. Tidak harus ke atas umat Islam berkata : ‘zat Allah berada disuatu tempat atau dimana-mana tempat’ kerana Allah wujud tanpa/tidak memerlukan tempat.

Manakala dakwaan Rasul Dahri bahawa « zat Allah » itu bererti « Jisim Allah » adalah kesalahan dan penyelewengan yang besar bahkan membuktikan bahawa Rasul Dahri ini adalah seorang Mujassim yang menjisimkan Allah. Maka tidak salahlah Rasul Dahri ini dikategorikan dikalangan Mujassim Musyabbih yang menjisimkan Allah dan menyamakan Allah dengan makhluk.

* Saya mengharapkan agar Ustaz Rasul Dahri kembali bertaubat daripada dosa yang amat besar ini. Saya menasihati ustaz atas dasar agama Islam itu adalah nasihat. Demi Tuhan yang mencipta ana dan anta serta makhluk lain... Bertaubatlah wahai Ustaz Rasul Dahri dan tarik balik kenyataan anta yang menokok tambah ayat al-Quran dan berdusta kepada Imam Abu Hasan Al-Asy’ary. Wallahi demi Allah sekirannya ustaz bertaubat dari segala penyelewengan aqidah dan pemalsuan kitab-kitab ulama Islam... ana bersama mereka insan-insan yang bertaubat.

www.abu-syafiq.blogspot.com
006 012 2850578 (Saya bersedia untuk discus/bincang dengan Rasul Palsu)

-Baca tulisan lain mengenai Rasul Palsu:

http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/11/rasul-dahri-anuti-agama-yahudi.html

dan:

http://abu-syafiq.blogspot.com/2009/02/menyanggah-rasul-dahri-wahhabi-takfiry_19.html

19 February, 2009

Menyanggah Rasul Dahri Wahhabi Takfiry (2)






Oleh : Ustaz Abu Syafiq 006 012 2850578

RASUL DAHRI MENIPU IMAM SYAFI’E DAN SAIDINA ALI BIN ABI TALIB DALAM AQIDAH . RASUL DAHRI MENDAKWA SAIDINA ALI SAHABAT NABI MERIWAYAT KATA-KATA IMAM SYAFI’E SEDANGKAN SAIDINA ALI TELAHPUN MENINGGAL DUNIA SEBELUM IMAM SYAFI’E DILAHIRKAN

Pada mulanya saya ikhlas mengkaji buku tulisan Rasul Dahri yang berjudul ‘Yang Benar Mazhab Syafie Bukan Wahhabi’ dan saya mengharap kebenaran akan lebih terpancar dalam diri saya. Malangnya amat menyedihkan apabila saya merujuk banyak kenyataan yang Rasul Dahri nukilkan dalam kitab tersebut terdapat kepalsuan yang jelas dan perubahan pada terjemahan yang jauh bahkan boleh memudaratkan aqidah seseorang muslim itu.
Ingat ! bukan sahaja kepalsuan yang banyak terdapat dalam kitabnya itu bahkan banyak perkara yang dilakukan oleh Rasul Dahri ketika dia menterjemahkan teks kenyataan yang dia nukilkan dari para ulama, diubah teks tersebut dengan terjemahan yang menyimpang serta banyak bersumberkan dari kitab bukan karangan ulama itu sendiri tetapi dikutip dari mereka yang tidak mempunyai sanad. Ya. Bukan kesemua isi kandungannya begitu tetapi kebanyakannya begitulah. Tiada amanah dalam nukilan. Saya sedih apabila mengetahui Ustaz Rasul Dahri ini ada menyampaikan tazkirah aqidah dan sudah pasti berapa orang tertipu dengan kepalsuannya dalam nukilan.
Golongan Musyabbihah yamg menyamakan Allah dengan makhluk sememangnya sering mempergunakan ayat al-Quran, al-Hadith Nabawi dan kenyataan ulama Islam kepada makna yang amat bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.


Rasul Dahri Menipu Imam Syafi’e Dan Sahabat Nabi Saidina Ali Bin Abi Talib Radiyallahu ‘anhu Pada Aqidah Dan Riwayat

Wahhabi akan menguna segala teks yang mereka sendiri palsukan. Kemudian mereka akan katakan : ‘ Tengok ! Imam ini kata begini Imam itu kata begitu’ dan sebagainya dari pembuktian bohong yang direka sendiri oleh mereka bagi merialisasikan impian aqidah Tajsim dan Tashbih tersebar.
Alhamdulillah Allah tidak membiarkan agamaNya dipermainkan oleh golongan sesat ini. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “ Akan sentiasa ada kumpulan dari kalangan umatku menjelaskan kebenaran dan menjawab kesamaran sehinggalah hari kiamat ”. R.Muslim.

Rasul Dahri yang merasakan dirinya dalam kebenaran hakikatnya adalah amat terpesong, dia sering memalsukan kenyataan ulama mu’tabar antaranya Imam Syafi’e.
Lihat pengkhianatan Rasul Dahri pada ulama Islam khasnya bila membicarakan isu aqidah dalam bukunya ‘Yang Benar Mazhab Syafi’e Bukan Wahhabi’.

Dalam kitab tersebut setelah Rasul Dahri menukilkan kenyataan yang disandarkan kepada Imam Abu Hasan Al-Asy'ary dengan terjemahan yang salah kemudian Rasul Dahri menukilkan pula kenyataan yang disandarkan kepada Imam Syafi'e secara palsu ditambah pula dengan terjemahn Rasul Dahri yang menyeleweng. Dahlah nukilan/sandaran kepada Imam Syafi'e itu palsu kermudian Rasul Dahri memutarbelit pula terjemahannya pula.

Saya Abu Syafiq akan menukilkan teks penuh Rasul Dahri dalam kitabnya dan saya akan jelaskan kepalsuan pada sandaran terhadap Imam Syafie itu.

*Perhatian kepada pembaca bahawa aqidah yang disandarkan kepada Imam Syafi'e dibawah ini adalah PALSU dan bukan juga Hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Saidina Ali! serta bukan kata-kata Saidina Ali !. Sila Fokus!

(tek Rasul Dahri):
"- Imam Syafie rahimahullah. Imam Syafie rahimahullah menjelaskan melalui riwayat yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu :
وَاَنَّ لَهُ يَدَيْنِ بَقَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ (بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوْطَتَانِ) وَاَنَّ لَهُ يَمِيْنًا بِقَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ (وَالسَّمَوَاتُ
مَطْوِيَات بِيَمِيْنِهِ) وَاَنَّ لَهُ وَجْهًا بِقَوْلِهِ (كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ اِلاَّ وَجْهَه)...وَاَنَّ لَهُ قَدَمًا بِقَوْلِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمِ (حَتَّى يَضَعَ عَزَّ وَجَلَّ فِيْهَا قَدمَهُ) وَاَنَّ لَهُ اُصْبُعًا بِقَوْلِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (مَا مِنْ قَلْبٍ اِلاَّ هُوَ بَيْنَ اُصْبُعَيْنِ مِنْ اَصَابِعِ الرَّحْمَن) نُثبِتُ هَذِهِ الصِّفَات وَنَنفِي التَّشْبِيْه كَمَا نفِى ذَلِكَ عَنْ نَفْسِهِ تَعَالَى ذِكْرُهُ فَقَالَ (لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ)
"BagiNya dua tangan sebagaimana firmanNya:
(Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka.

BagiNya tangan
sebagaimana firmanNya: Langit digulung dengan tangan kananNya.

Allah mempunyai wajah
sebagaimana firmanNya: Setiap sesuatu akan binasa kecuali WajahNya.

Baginya kaki
sebagaimana sabda Nabi saw: Sehinggalah Dia meletakkan wajah dan KakiNya.

Dia mempunyai jari
sebagaimana sabda Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam: Tiadalah hati itu kecuali antara jari-jari dari jari-jari Ar-Rahman (Allah).

Kami menetapkan sifat-sifat ini dan menafikan dari menyerupakan sebagaimana dinafikan sendiri oleh Allah

sebagaimana difirmankan: (Tiada sesuatu yang semisal denganNya dan Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat)".[11]

Imam Syafie rahimahullah seterusnya menjelaskan:

"Dan Allah Ta'ala di atas 'ArasyNya (Dan 'ArasyNya) di langit”.[12]

Imam Syafie rahimahullah seterusnya menjelaskan lagi:
"Kita menetapkan sifat-sifat (mengithbatkan sifat-sifat Allah) sebagaimana yang didatangkan oleh al-Quran dan yang warid tentangNya dari sunnah, kami menafikan tasybih (penyerupaan) tentangNya kerana dinafikan oleh diriNya sendiri sebagaimana firmanNya (Tiada sesuatu yang semisal denganNya)".[13]

Imam Syafie rahimahullah telah menjelaskan juga tentang turun naiknya Allah Subhanahu wa-Ta’ala:

وَاَنَّهُ يَهْبِطُ كُلَّ لَيْلَةٍ اِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا بِخَبَرِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

"Sesungguhnya Dia turun setiap malam ke langit dunia (sebagaimana) menurut khabar dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam".[14]

Berkata Imam Syafie rahimahullah:

"Sesungguhnya Allah di atas ‘ArasyNya dan ‘ArasyNya di atas langit-".
________

Tamat nukilan kenyataan Rasul Dahri yang memalsukan kata-kata Imam Syafi'e.

* PEMBACA SEKALIAN! KETAHUILAH BAHAWA AQIDAH YANG DISANDARKAN KEPADA IMAM SYAFI'E DI ATAS TADI ADALAH PALSU DAN KETAHUILAH BAHAWA IMAM SYAFI'E TIDAK BERAQIDAH SEDEMIKIAN DAN TIDAK PERNAH BERKATA SEDEMIKIAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIJELASKAN OLEH AZ-ZAHABI.SILA RUJUK KITAB MIZAN AL-'ITIDAL 3/656.


Tujuan saya menukilkan semua aqidah yang disandarkan secara palsu kepada Imam Syafi'e di atas tadi adalah untuk memperingatkan kita semua sekiranya selepas ini Rasul Dahri atau mana-mana Wahhabi termasuk Johari Mat yang menyandarkan aqidah di atas tadi kepada Imam Syafi'e maka ketahuilah bahawa Imam Syafie tidak pernah berkata sedemikian. Itu semua palsu berdasarkan pengakuan/kenyataan Az-Zahabi bahawa aqidah yang disandarkan kepada Imama Syafi'e itu tadi adalah PALSU.Sila rujuk Mizan Al-‘itidal juzuk 3 mukasurat 656.

Satu perkara lagi, kenyataan yang disandarkan secara palsu kepada Imam Syafi'e di atas tadi sebenarnya bukanlah kata-kata yang diriwayatkan oleh Saidina Ali dan Saidina Ali tidak meriwatkan daripada sesiapa pun serta ia bukan kata-kata Saidina Ali pun!

Tetapi kenyataan itu disandarkan kepada Imam Syafi'e secara palsu oleh Rasul Dahri dan buktinya apabila Rasul Dahri menyebut: "Imam Syafie rahimahullah seterusnya menjelaskan..."

kemudian Rasul Dahri mengatakan lagi: "Berkata Imam Syafie..." kemudian Rasul Dahri membawa kenyataan palsu yang disandarkan kepada Imam Syafi'e tadi disamping mendakwa ianya diriwayat oleh Ali bin Abi Talib RADHIYALLAHU 'ANHU.

Demikian adalah antara kesalahan Rasul Dahri bila menukilkan sesuatu. Sebenarnya orang yang meriwayat kenyataan palsu itu bernama Abu Talib Muhammad Bin Ali yang dihukum oleh ulama hadith sebagai "Mughaffal" iaitu seorang yang lalai/lupa dan juga PALSU dan diakui oleh Az-Zahabi ianya palsu. Malangnya Rasul Dahri menganggap Saidina Ali Radhiyallahu 'anhu pulak yang meriwatkannya dari Imam Sayfi'e dan ini adalah salah. Kemudian perhatikan pada nama orang meriwayat kenyataan palsu terhadap Imam Syafi'e itu...dia bernama Abu Talib Muhammad Bin Ali dan BUKAN Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu.


Sanggahan lagi:
1) Lihat bagaimana pendustaan lelaki palsu ini. Rasul Dahri apabila mahu mengambarkan secara palsu kononnya Imam Syafi’e beraqidah seperti dirinya, dia (Rasul Dahri) mendakwa sahabat Nabi Imam Saidina Ali bin Abi Talib meriwayat kata-kata Imam Syafi’e. Amat lucu dan jelas pendustaan Rasul Dahri ini!.

Imam Saidina Ali bin Abi Talib Radhiyallahu ‘anhu hidup dizaman Rasulullah dan meninggal dunia wafat pada tahun 40H sedangkan Imam Syafi’e lahir pada 150H. Bagaimana Rasul Dahri boleh mendakwa Imam Saidina Ali pula meriwayatkan kata-kata Imam Syafi’e?!. 110 tahun beza antara waktu wafat Imam Saidina Ali dengan kelahiran Imam Syafi’e.
Cuba fikir! Saidina Ali meriwayatkan kenyataan Imam Syafi’e??!! Sapa yang dulu hidup?! Sapa yang dulu mati?!
Dan nama ‘Ali bin Abi Talib’ itu dimaksudkan sahabat Nabi Muhammad yang terkenal iaitu suami Saidatuna Fatimah dan bapa kepada Saiduna Hasan dan Husein. Ini kerana Rasul Dahri sendiri meletakkan perkataan “radhiyallahu ‘anhu”. Sila fokus!.

2) Ketika Rasul Dahri menceritakan aqidah Imam Syafi’e (secara palsu) itu, terdapat isi kandungannya yang amat bercanggah dengan aqidah Islam. Tidak mungkin Imam Syafi’e membahagi-bahagikan sifat Allah sebegitu.
Hakikatnya Imam Syafi’e TIDAK PERNAH mendakwa ‘Allah bersifat kaki’, ‘Allah bersifat jari’, ‘Allah bersifat duduk’ dan selainnya daripada sandaran yang hakikatnya bukan sifat bagi Allah.

Ya, golongan Musyabbihah Mujassimah Wahhabiyah sering menyandarkan aqidah itu ke atas Imam Syafi’e, sedangkan riwayat ke atas sandaran itu tidak benar dan tidak sahih. Banyak kenyataan Imam Syafi’e dipalsukan oleh Wahhabi Mujassim Musyabbih.

Aqidah yang disandarkan secara palsu itu ke atas Imam Syafi’e terdapat dalam sanadnya lelaki bergelar Al-‘Asyaary bernama Muhammad Bin Ali Al-‘Asyaary meninggal tahun 452H yang dihukum sebagai ‘Mughaffal’ seorang yang biol/lalai oleh ulama hadith dan dialah yang menyandarkan aqidah itu kepada Imam Syafi’e secara dusta dan palsu.
Kepalsuan itu telah diakui oleh para ulama dan Az-Zahabi dalam Al-Mizan.Sila rujuk Mizan Al-‘itidal juzuk 3 656.

Dan apabila mengkaji sanad aqidah yang disandarkan kepada Imam Syafi’e itu didapati pula ada seorang lelaki lagi bernama Abul ‘Iz Ibnu Kadish Ahmad bin ‘Ubaidillah yang meninggal tahun 526H dan dia merupakan seorang yang suka memalsukan ‘Ma’ruf Bil Wad’’ iaitu terkenal sebagai seorang yang suka memalsukan hadith. Sila rujuk Mizan Al-‘Itidal juzuk 1 mukasurat 118 dan ini membukti riwayat tersebut tidak benar bahkan palsu.

Maka jelas! mereka yang menyandarkan aqidah salah tersebut ke atas Imam Syafi’e adalah dari golongan yang tidak diterima periwayatannya dan aqidah tersebut diakui oleh Az-Zahabi sebagai palsu iaitu ia disandarkan kepada Imam Syafi’e secara palsu dan dusta. Begitu juga aqidah palsu yang disandarkan kepada Imam Syafi'e dinamakan sebagai Wasiat Asy-Syafi'e ianya adalah palsu kerana diriwayatkan oleh seorang bernama Abu Al-Hasan Al-Hakary yang terkenal disisi ulama hadith sebagai PEMALSU (wado'). Sila rujuk Mizan Al-‘itidal juzuk 3 mukasurat 112 dan kitab Zail Tarikh Baghdad juzuk 18 mukasurat 173. Sila ambil perhatian!.

Pepatah arab ( Lau Sallilmna Jadalan),
Sekalipun sanadnya hendak didakwa sahih-benar, tidak mungkin teks Imam Syafi’e sedemikian. Tidak mungkin Imam Syafi’e membahagi-bahagikan sesuatu kemudian mendakwa ianya sifat Allah. Tidak mungkin Imam Syafi’e kata: “ Allah ada kaki, jari, bersemayam yang bererti duduk dan berwajah ”. Tidak mungkin kerana Rasulullah sollahu ‘alaihiwassalam tidak pernah mengatakan itu semua sifat Allah tetapi hanya disandarkan kepada Allah dan ia mempunyai makna bukan pada zahirnya dan perlu diingatkan BUKAN SEMUA YANG DISANDARKAN KEDAPA ALLAH ITU SIFAT ALLAH ( Laisa kullu idhofah huwa sifah). Tidak pernah juga Rasulullah berkata pada para sahabat baginda: “Wahai sahabatku! Ketahuilah sifat Tuhan kamu Allah itu berkaki ,berjari, bertangan, berwajah dan duduk”…Wallahi tidak pernah. Maka aqidah Imam Syafi’e seperti aqidah Nabi Muhammad dan para sahabat tidak membahagi-bahagikan semua sandaran itu sifat!.

* Perhatian! Dalam buku/tulisan Rasul Dahri banyak pemalsuan dari sudut fakta dan perubahan dari segi nukilan terjemahan yang mendorong kepada aqidah yang berbeza dengan aqidah Islam sebenar khususnya dalam tulisan/bukunya berjudul “ Yang Benar Mazhab Syafi’e Bukan Wahhabi ”. Saya menasihatkan Ustaz Rasul Dahri agar bertaubat dan saya hanya mahukan kebaikan terbit dari diri ustaz tidak lebih daripada itu. Imam Syafi’e mengatakan: “Aku tidak berdebat dengan seseorang melainkan aku mahu kebaikan terbit dari lidahnya ”. Bertaubatlah wahai Ustaz Rasul Dahri.

www.abu-syafiq.blogspot.com

006 012 2850578 (saya bersedia untuk discus/bincang dengan Rasul Palsu)

-Baca tulisan lain mengenai Rasul Palsu di:

http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/11/rasul-dahri-anuti-agama-yahudi.html

dan:

http://abu-syafiq.blogspot.com/2009/02/menyanggah-rasul-dahri-wahhabi-takfiry_21.html

17 February, 2009

Al-Albani mendakwa: Nabi Muhammad SESAT. na'uzubillah!





Oleh: Abu Syafiq 006 012 2850578

WAHHABI BUKAN SAHAJA SUKA MENGHUKUM KE ATAS ULAMA ISLAM DAN UMATNYA SEBAGAI SESAT. BAHKAN NABI YANG TERMULIA NABI KITA MUHAMMAD TURUT TIDAK TERLEPAS DIHINA DAN DIHUKUM SEBAGAI SESAT OLEH WAHHABI. AL-ALBANI AL-WAHHABI SEORANG TOKOH WAHHABI TERKEMUKA MENGHUKUM NABI MUHAMMAD SEBAGAI SESAT na'uzubillah. (Rujuk Fatawa AL-ALBANI m/s 432)

Inilah padahnya apabila sifat ghuluw melanda pada diri seorang insan. Mereka akan melampau-lampau dalam banyak perkara. Sedangkan Nabi kita Muhammad kerap mengawasi dari sifat ghuluw (melampau) ini antara sabda baginda bermaksud: "Jangan sama-sekali kamu semua (ghuluw)melampau sesungguhnya telah binasa golongan pelampau sebelum kamu".R.Muslim.

Selain sifat ghuluw itu terdapat faktor lain yang mendorong seseorang itu menghina Nabi Muhammad dan menghukum baginda sebagai sesat iaitu faktor "sengaja menyalah tafsir al-Quran".
Ya, oleh kerana sifat tidak merujuk kepada ahli tafsir al-Quran yang mu'tabar hanya mentafsirkan ayat al-Quran itu mengikut hawa nafsu sendiri maka berlakulah penghinaan kepada Nabi Muhammad dan menghukum baginda sebagai sesat pula. Samalah dengan mereka yang menyamakan Allah dengan makhluk berpunca dari sifat takabbur hanya mentafsir al-Quran mengikut hawa nafsu sendiri dan padahnya mereka berpegang dengan aqidah tashbih menyamakan Allah dengan makhluk seperti Wahhabi, Ayah Pin selainnya.


NABI MUHAMMAD TIDAK SESAT (LAISA DHOL)

Saiduna Nabiyuna Muhammad solllahu 'alaihiwassalam merupakan seorang insan yang paling mulia disisi seluruh umat Islam dan makhluk yang paling mulia disisi Allah. Muhammad bin Abdullah tidak pernah berpegang dengan aqidah yang sesat samaada sebelum kenabian mahupun selepas diturunkan wahyu dan dilantik sebagai nabi dan rasul.
Baginda beriman dengan Allah dan berada atas kepercayaan yang tidak sesat sebelum kenabian dan selepasnya.

Amat melampau bagi mereka sengaja menyalahkan tafsir firman Allah lantas menghukum Nabi Muhammad sebagai sesat dari kebenaran. Ya Allah! segerakanlah balasanMu terhadap mereka yang menghina NabiMu mempergunakan ayatMu secara salah.
Ya saya (abu syafiq) mengatakan: Sesiapa mendakwa Nabi Muhammad sesat dari kebenaran adalah satu penghinaan kepada Nabi Muhammad dan ulama telah bersepakat bahawa sesiapa yang menghina Nabi maka aqidah dalam bahaya.
Manakala tafsir firman Allah dalam surah Ad-Dhuha ayat 7

وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَى

adalah bererti: " Dan didapati pada mulanya engkau dalam keadaan tidak mengetahui segala & seluruhan isi kitab al-Quran dan selainnya kemudian engkau diberi petunjuk kepada mengetahui semua itu".
Dan ia adalah tafsiran yang sama pada firman Allah:

وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَكِنْ جَعَلْنَاهُ نُورًا نَهْدِي بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا

Bererti: " Dan begitu juga diwahyukan kepadamu (muhammad) pengisian dari kami ketika itu kamu (muhammad) tidak mengetahui keseluruhan isi kitab dan keseluruhan ilmu keimanan..."

Maka jelas! bukanlah surah Ad-Dhoha ayat 7 itu memberitahu Nabi Muhammad adalah sesat dari kebenaran. Tidak sama sekali. Nabi Muhammad tidak sesat dari kebenaran samaada sebelum kenabian mahupun selepasnya. Tetapi ia bererti Nabi Muhammad pada permulaannya tidak mengetahui keseluruhan isi kandungan kitab al-Quran kemudian diberi petunjuk dengan diturunkan al-Quran keseluruhannya. Memberi petunjuk tidak bererti Nabi Muhammad sesat dari kebenaran sebelum itu.

Dalam tafsiran yang lain Imam Qurtubi menjelaskan: "ayat itu bererti :Dan didapati engkau tidak sepertimana engkau ketika ini, dan tafsiran lain adalah :Dan didapati engkau berada dalam perkarangan dan kawasan kaum kamu yang sesat maka Allah memberi petunjuk dan jalan keluar".
Lihat! ulama tafsir tidak menyandarkan SESAT ke atas Nabi Muhammad sama sekali bahkan sekiranya hendak dikatakan sesat disitu adalah kaum baginda yang sesat ketika itu bukan nabi yang sesat.
Ini semua membuktikan seluruh ulama tafsir al-Quran yang mu'tabar tidak menghukum nabi Muhammad sebagai sesat dari kebenaran samaada sebelum atau sesudah kenabian. Akan tetapi ayat itu mempunyai tafsiran yang menepati bahasa arab yang tinggi kesusasteraan dan kehebatannya dan boleh dirujuk tafsiran ulama Islam mu'tabar yang lain.

PERINGATAN! Tidak boleh dan tidak harus mengunakan ayat tersebut untuk menghukum nabi Muhammad sebagai sesat dari kebenaran.Tidak boleh sama sekali!.


AL-ALBANI MENGHUKUM NABI MUHAMMAD SEBAGAI SESAT DARI KEBENARAN

Malangnya semua tokoh Wahhabi antaranya Al-Albani telah menghukum ke atas Nabi Muhammad sebagai sesat dan sesat dari kebenaran. Walaupun ulama tafsir telah menjelaskan makna ayat 7 dalam surah Ad-Dhoha tersebut bukan bererti begitu.
Mari kita lihat pada teks kenyataan Nasiruddin Al-Albani Al-Wahhabi yang menghukum nabi Muhammad sebagai sesat:
" Saya katakan kepada mereka yang bertawassul dengan wali dan orang soleh bahawa saya tidak segan sama sekali menamakan dan menghukum mereka sebagai SESAT dari kebenaran, tidak ada masaalah untuk menghukum mereka sebagai sesat dari kebenaran dan ini selari dengan penghukuman Allah ke atas nabi Muhammad sebagai sesat dari kebenaran sebelum nuzulwahyu Ad-Dhuha ayat 7". Rujuk kenyataan oleh Al-Albani tadi dalam Fatawa Al-Albani mukasurat 432.

Lihat bagaimana Al-Albani mempergunakan firman Allah pada bukan tempatnya. Amat jelas Al-Albani menghukum sesat terhadap umat Islam yang bertawassul dan samakan penghukuman sesat dia itu pula dengan penghukuman Allah terhadap nabi Muhammad sebagai sesat dari kebenaran seperti yang didakwa oleh Al-Albani.

Hakikatnya umat Islam yang bertawassul tidaklah sesat bahkan harus amalan tawassul itu.
Sekiranya Al-Albani mahu sangat menghukum mereka sebagai sesat mengapa disamakan penghukumannya dengan firman Allah ta'ala?! dan mengapa Al-Albani mendakwa nabi Mumammad juga sesat dari kebenaran dan jelas lagi terang Al-Albani mengatakan "nabi Muhammad sebagai SESAT (DHOLLUN)! dan ditambah lagi oleh Al-Albani bahawa Nabi Muhammad sesat dari kebenaran! na'uzubillah.

Belagak pandai! ghuluw! pelampau! tidak amanah dalam ilmu! Takfir! Tadhlil! Tabdi'
Itulah pangkat yang selayaknya dengan insan begini. Jika mahu sangat menghukum umat Islam sebagai sesat mengapa nak dikaitkan kesesatan itu pada nabi Muhammad pula?! bukankah engkau sendiri wahai Wahhabi mengucap Wa Asyhadu anna Muhammad Rasulullah?! mengapa menghina Rasulullah pula?! mengapa mendakwa Rasulullah sesat dari kebenaran??! tak kiralah sebelum atau sesudah kenabian. Bukankah ulama tafsir telah menjelaskan?! Apa lagi penghina kamu wahai Wahhabi kepada insan yang mulia ini (Nabi Muhammad)? lalai? sesat? apa lagi?! ...........

Ya Allah! percepatkan balasanMu terhadap penghina nabiMu.

Amin ya Allah

www.abu-syafiq .blogspot.com

08 February, 2009

AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH ( ASWJ )


DEFINISI
AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH ( ASWJ )


Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) adalah:-

* Mereka yang mengikut sunnah iaitu akidah Nabi Muhammad.
* Mereka yang seakidah jamaah para sahabat dan umat Islam.


Sumber dalil Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) adalah:-

1. Al-Quran.
2. Al-Hadith.
3. Al-Ijmak.


Keperluan mengikut Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) kerana:-

* Perintah agama dari sabda Nabi Muhammad.
* Menyelamat dari segala ajaran yang bercanggah dengan ASWJ.


AS-SALAF & AL-KHALAF

Ulama As-Salaf & ulama Al-Khalaf merupakan
golongan mulia Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

•Ciri-ciri ulama As-Salaf:-

1. Hidup dalam kurun 300H.
2. Berakidah tanzih iaitu mensucikan Allah daripada sifat makhluk.
3. Tidak berpegang dengan zahir makna nas Al-Mutasyabihat.


•Ciri-ciri ulama Al-Khalaf:-

1. Hidup selepas kurun 300H.
2. Mentakwil nas Al-Mutasyabihat samaada takwilan ijmali @ tafsili.
3. Menerangkan secara terperinci berkaitan ilmu akidah.


Imam al-Zabidi memperakui ASWJ daripada Asya‘irah dan Maturidiyyah :






ALLAH TIDAK BERSEMAYAM



* TAFSIRAN IMAM ABDULLAH BIN AL-MUBARAK (WAFAT 237)INI ADALAH BUKTI ULAMA AS-SALAF MENTAFSIRKAN ‘ISTAWA’ PADA SURAH TOHA AYAT 5 DENGAN ERTI MENGUASAI
BUKAN DUDUK/BERSEMAYAM


* Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) tidak menyandarkan kepada Allah sifat duduk.
* Allah tidak pernah mensifatkan diriNya duduk, bersemayam atau beranggota.
* Istawa dalam bahasa Arab mempunyai lebih 10 makna.
* Adalah suatu kesilapan yang besar menterjemahkan Istawa kepada bersemayam.
* Bible dan Taurat Muharrafah mengakui Allah bersifat duduk. Islam tidak begitu.
* Aqidah ‘Allah Bersifat Duduk Dan Bertempat Di Atas Arasy ‘ bukan aqidah Islam.
* Bukan kesemua yang disandarkan kepada Allah itu adalah sifatNya.
* Aqidah sebenar Islam ASWJ yang telah disepakati oleh seluruh ulama Islam:

‘ Allah Wujud Tanpa Berbentuk Tanpa Bertempat ’




SYI’AR & LAUNGAN
AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH

اللهُ مَوْجُوْدٌُ بِلاَ مَكَانٍ
( ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT )
( ALLAH EXISTS WITHOUT A PLACE )



www.abu-syafiq.blogspot.com

05 February, 2009

Isu Besar Tempat Sa'ie





PERUBAHAN TEMPAT SA’IE ISU BESAR PERLU DIJELASKAN


Oleh: Abu Syafiq 006 019 3801979

Sebelum ini saya pernah menulis berkaitan perubahan yang berlaku pada tempat sa’ie (Mas’a) yang merupakan syiar Allah dalam beribadatan haji dan umrah. Pada tahun lepas kerajaan Saudi telah bertindak merobohkan tempat sa’ie yang lama (yang sah dinamakan Mas'a) kemudian dibina tempat sa’ie yang baru dan diperluaskan lagi lebarnya satu kali ganda sehingga terkeluar dari landasan ukuran lebar yang ditentukan oleh syarak (dinamakan Tausi'ah)tanpa meneliti kajian yang tepat hanya berdasarkan syubhah yang tertolak.

Pada masa yang sama kita dapati ramai dikalangan pelajar dan pengajar kurang mahir dalam pengkajian pada perubahan yang berlaku di tempat sa’ie lantas mereka tidak mengkaji secara telus hanya menyerah kepada jawapan atau fatwa yang dikeluarkan oleh mana-mana individu atau jabatan dan dukacita didapati beberapa jawapan yang mereka terima itu hakikatnya tidak berdasarkan kaedah feqhiyyah yang tepat bahkan lebih hampir kepada ianya bercanggah dengan Al-Quran, Al-Hadith, Ijma’ dan Qawa’id Fiqhiyyah itu sendiri. Alasan mereka yang mengharuskan perluasan tempat sa’ie dilihat hanya berkisarkan slogan “Memudahkan Jangan Menyusahkan”.
Amat memalukan mereka yang diperakui keilmuannya tidak mengikut disiplin ilmu dalam menuturkan satu hukum sehingga mengharuskan perluasan tempat sa’ie walaupun ianya adalah tawqify (ditetapkan syarak tidak boleh ijtihad).

Apapun berlaku seorang muslim harus merenung, memikirkan dan wajib bertindak dalam memelihari agama yang suci murni ini. Hadith Nabi yang masyhur: “ Sesiapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah ia dengan kuasanya jika tidak dengan lidahnya jika tidak mampu jua maka dengan hatinya ” dan perubahan pada pelebaran tempat sa’ie adalah satu jenayah yang tidak harus dibisukan. Bukan tidak menghormati pemerintah disana tetapi syarak lebih aula lagi utama untuk ditegakkan.

Saya kesal setelah beberapa rombongan haji pulang ke tanah air baru-baru ini ketika sempat saya bertanyakan kepada mereka berkaitan tempat sa’ie. Kebanyakan mereka mengatakan “kami melakukan sa’ie antara Sofa ke Marwah ditempat dan kawasan baru yang dibina dan diperluaskan itu”. Saya sangat sedih kerana perkara ini berkaitan peribadatan mereka sendiri lantas saya perjelaskan kepada mereka isu sebenar dan tindakan susulan bagi menjaga ibadah haji mereka. Bayangkan berapa juta manusia yang pergi haji dan umrah baru-baru ini? Sudah pasti ramai yang tidak tahu terus melakukan sa’ie ditempat yang baru itu. Allah!

Sudah pasti soalan yang timbul. Adakah haji dan umrah mereka tidak sah? Apakah tindakan sewajarnya? Jawapan ringkas yang saya boleh berikan adalah mereka yang melakukan ibadah haji atau umrah ketikama mana mereka melakukan sa’ie itu diluar kawasan sa’ie yang sahih maka hukum bersa’ie mereka itu tidak sah. Inilah yang telah dinaskan oleh Imam Asy-Syafi’e dan para ulama. Sekarang ini yang telah berlaku tempat sa’ie tersebut telah diperlebarkan sehingga terkeluar dari ukuran syarak dan ramai yang melakukan sa’ie dikawasan yang tidak sah itu setelah pemerintah disana memperlebarkan tempat sa’ie (mas’a) sehingga melebihi ukuran lebar syarak. Ada pula yang mendakwa kononnya lebar tempat sa’ie itu tidak pernah ditentukan oleh sesiapa pun lantas dinukilkan beberapa kenyataan para ulama tanpa tadqiq dan tahqiq.

Sedangkan hakikatnya lebar ukuran Sofa dan Marwah itu telah ditentukan oleh ramai ulama berdasarkan sejarah dan sabda Rasulullah sollallahu ‘alaihiwasallam antara mereka Imam An-Nahrawaniy (w 990H) dalam kitab Al-I’lam Bi ‘Alam Baitillihil Haram dan ulama Islam pengaji sejarah yang terkenal Al-Azroqy dalam Akbar Makkah dan lain-lain ulama.
Perlu diingatkan ukuran tempat sa’ie bukanlah perkara ijtihadiy tetapi ianya tauqifiy iaitu tidak boleh seseorang walaupun seorang ulama mujtahid mengubah tempat’ sa’ie tersebut atau diperluaskan sehingga keluasan yang amat besar sepertimana sekarang ini yang berlaku.

Untuk kali ini saya tinggalkan pembaca dengan keputusan Fatwa Saudi sendiri menolak perluasan tempat sa’ie itu sendiri :

KEPUTUSAN RASMI MAJLIS FATWA SAUDI ARABIA BERKAITAN PERLEBARAN TEMPAT SA’IE YANG BARU ITU ADALAH IANYA HARAM DIPERLEBARKAN DAN MEMADAI DENGAN DIBINA BERTINGKAT TINGAT DAN JANGAN DIPERLUASKAN UKURAN LEBARNYA KERANA BERCANGGAH DENGAN SYARAK.
KEPUTUSAN BIL (227) BERTARIKH 22/ 2 1427H.







………

* Walaupu ia fatwa dari negara yang terkenal disana akan kewujudan beberapa orang berfikrah kewahabiyatan mereka. Tetapi pada keputusan tersebut terdapat kebenaran yang telahpun lama jelas dikalangan para tokoh-tokoh ulama Islam yang telah lama mengkaji antaranya Tuan Guru Dr. Syeikh Toha Ad-Dasuqy yang merupakan juga Prof dan Dekan Qism Aqidah Wal Falsafah Kuliyyah Usuluddin Kaherah Universiti Al-Azhar Mesir dan ramai lagi. Fatwa tersebut hanya sekadar susulan sokongan pada kajian yang telah dibuat dan bukan mempersetujui aqidah Wahhabi. Maha suci Allah dari sifat makhluk dan sifat duduk.

Nantikan penjelasan isu penting ini lagi pada penulisan mendatang….

www.abu-syafiq.blogspot.com

04 February, 2009

Ibnu Hajar BERAQIDAH SESAT- Bin Baz & Wahhabi (berbukti)




IMAM IBNU HAJAR AL-ASQOLANY DIHUKUM OLEH KESEMUA WAHHABI SEBAGAI BERAQIDAH SESAT

Bukan anda sahaja yang dikafirkan oleh Wahhabi. Imam yang agong dan hebat pengarang kitab Fathul Bari Syarh Sohih Bukhari yang terkenal ini juga tidak terlepas dihukum sebagai sesat aqidahnya.

Buktinya dalam kitab Wahhabi berjudul: " At-Tanbih 'Ala Al-Mukhalafaat Al-'Aqdiyah Fi Fathil Bary " tajuk buku yang bermaksud Peringatan Ke Atas Penyelewengan Aqidah Dalam Kitab Fathul Bary (karangan Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany)" yang mana buku ini telah mendapat kata-kata aluan dan pujian oleh tokoh-tokoh Wahhabi setelah mereka menelitinya isi kandungannya.

Tajuk buku Wahhabi itu: At-Tanbih 'Ala Al-Mukhalafaat Al-'Aqdiyah Fi Fathil Bary

Dikumpulkan oleh Wahhabi bernama: Ali Bin Abdul Aziz Bin Ali Asy-Syibil.

Buku itu telah diteliti dan diperakui benar dan betul belaka oleh tokoh-tokoh Wahhabi:

1- Abdul Aziz Bin Baz.
2- Soleh Al-Fauzan.
3- Abdullah Bin 'Aqil.
4- Abdul Bin Muni'.
5- Abdullah Al-Ghonimaan.

* Kenyataan Bin Baz Mufti Wahhabi mengatakan: " Kerja menghukum sesat aqidah Ibnu Hajar Al-Asqolany dari bukunya Fathul Bary adalah amalan yang TERBAIK ". Lihat Taqriz dalam kitab di atas.

Lihat bagaimana Bin Baz dan Wahhabi memuliakan amalan menghukum sesat terhadap aqidah ulama Islam.


APA WAHHABI KATA DALAM BUKU ITU?


Dalam kitab Wahhabi tadi mereka telah bersepakat menghukum Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany pengarang kitab Fathul Bary Syarah Sohih Al-Bukhari sebagai:-

1- Tidak beraqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

2- Pembasmi aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

3- Menafikan sifat Allah (nufaat).

4- Suka ta'wil yang sesat.

5- Ikut Al-Asya'irah dan Al-Maturidiyyah yang sesat.

6- Suka bawa bid'ah.

7- Mangharuskan tawassuk syirik.

8- Mengharuskan tabarruk syirik.

9- Sesat.

10- Kafir. (itulah hakikat Wahhabi ingin nyatakan tetapi mereka BERTAQIYYAH).

Demikianlah penghukuman Wahhabi terhadap Imam Ibnu Hajar Al-Aqolany dalam kitab mereka tadi. Ada lagi banyak kenyataan yang jelek dan keji Wahhabi luahkan kepada Imam Ibnu Hajar ini.

* P/S: Wahhabi suka bertaqiyyah iaitu bercakap bohong dan bersumpah bohong. Contoh. Jika anda tanya mereka berdepan perihal Imam Ibnu Hajar dihadapan khalayak ramai Wahhabi akan menjawab Beliau bagus...beliau ok. tapi Wahhabi MENGKAFIRKAN Imam Ibnu Hajar pada hakikatnya. JANGAN TERTIPU DENGAN TAQIYYAH WAHHABI. WAHHABI TURUT MENGHUKUM IMAM NAWAWI SEBAGAI SESAT KEKAL DALAM NERAKA. AWAS!

03 February, 2009

50 Sebab Kenapa JUANDA Tidak Layak Jadi Mufti




50 SEBAB MENGAPA JUANDA JAYA TIDAK LAYAK JADI MUFTI

Muqaddimah.

Setelah mantannya dibuang. Kini gantian dalam percalonan mantan itu sendiri mencuba nasib.

Pangkat Mufti pada asalnya adalah satu amanah dalam Islam yang besar kini menjadi di suatu tempat sebagai trend untuk mengkafirkan ulama Islam, membid'ah amalan yang ada dalil, menghina ulama Islam, menghukum sesat para ulama Islam, mencari kepopularitian, kemasyhuran, menyamakan Allah dengan makhluk, menyebarkan fahaman Tajsim Takfir Tabdi' dan yang paling malang mengubah fakta ilmu agama Islam.

Juanda Jaya berbangsa Melanau berasal dari negeri Sarawak kini dengan jarum-jarum suntikan Wahhabi ke dalam satu barisan pimpinan dikatakan telah dilantik menjadi Mufti satu negeri yang bukan negeri SARAWAK. Amat pelik apabila dia (Juanda) diwar-warkan kononnya sebagai Naib Mufti Sarawak (pada hakikatnya tidak) sepatutnya menjadi Mufti Sarawak lah(tetapi mungkin tidak laku kerana suka bid'ahkan orang) kini menjadi mufti di negeri lain.

Sudah terlebih sangatkan kakitangan di Jabatan Mufti Sarawak untuk diagih-agihkan ke negeri lain diutara semenanjung menjadi pula Mufti di tempat tersebut? Jahil sangatkah ulama Islam dari negeri 'utara tu' sehingga tidak dilantik sebagai Mufti? Ker tunggu yang sorang tu siap PHD? atau disana tersirat taktik Mujassim Mukaffir Mubaddi' yang telah lama 'dibaca' oleh pejuang Ahli Sunnah Wal Jama'ah sebenar. Apapun segalanya telah pun dijangka dan yang akan datang kita dapat 'baca' siapa pula gantian mereka. Yang pastinya kekesalan adalah pada institusi mufti jika dibiarkan trendnya begini akan lenyap kepercayaan umat terhadap mereka. Semua kena.

Wahai mereka yang 'bergaji besar'. Selamatkanlah dan jaga amanah Islam ini. Anda telah merasai banyak kenikmatan. Sedangkan disana ramai yang memperjuangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah mempertaruhkan segala milik mereka mencampakkan segala nikmat dunia yang sementara ini, masa mereka, keluarga mereka, segala harta mereka gadaikan demi memperjuangan amanah Islam ini dengan ilmu mereka yang amat detail dan mantap.Jangan anggap mereka seperti insan-insan yang dungu, jangan samakan mereka dengan orang lemah yang pernah kamu temu. Hormati dan berdakwahlah bersama mereka. Bukan hotel untuk mereka duduki, bukan kereta besar untuk mereka miliki. Mereka hanya mengharap agar insan yang mempunyai autoriti dalam negara ini bangkit bertindak memerangi gejala Musyabbihah Mujassimah Mukaffirah Mubaddi'ah zaman moden ini.

__________


50 SEBAB MENGAPA JUANDA JAYA TIDAL LAYAK JADI MUFTI

Dipermulaan ini dinyatakan 25 sebab mengapa Juanda Jaya tidak layak menjadi Mufti. Ianya berdasarkan fakta & dalil dipetik dari kenyataan Juanda Jaya sendiri dan bukan satu tuduhan juga bukan fitnah.Sila rujuk pada nombor yang telah diberi sebagai bukti dimana kata-kata penyelewengan Juanda Jaya itu dipetik. Manakala 25 sebab lagi akan disiarkan setelah anda merujuk semua bukti yang diberi dan sila bagi respon pada halaman komen.

* PENTING. SILA RUJUK BUKTI BERDASARKAN NOMBOR YANG TELAH DIBERI.


- Rujukan (1): Kenyataan Juanda Jaya dalam pembentangan kertas-kerjanya bertajuk Feqh Munakahaat Dalam Masyarakat Di Malaysia.

- Rujukan (2) : Kenyataan Juanda Jaya dalam pembentangan kertas kerjanya bertajuk Ketokohan Muhammad Bin Abdul Wahhab.

- Rujukan (3): Kertas kerja Juanda Jaya berjudul Al-Syafi'e Antara Keaslian Dengan Salah Faham.

- Rujukan (4): Rakaman Perbualan dengan Juanda Jaya tahun 2008.


Kenyataan dibawah adalah dipetik dari lidah dan tulisan Juanda Bin Jaya:


1- Juanda Jaya mendakwa mazhab Syafi'e tidak adil (1).

2- Juanda Jaya mendakwa Undang-undang perkahwinan Islam Malaysia yang meletakkan perempuan yang berumur kurang dari 16tahun dan lelaki yg berumur kurang daripada 18 tahun agar meminta keizinan dari mahkamah untuk berkahwin...Juanda mendakwa ia bercanggah dengan hukum syarak Islam (1).

3- Juanda Jaya mendakwa undang2 keluarga Islam di Malaysia dalam mentafsir perihal KITABIYYAH adalah tertolak dan tiada dalil walaupun di ambil dari kitab AL-Umm karangan Imam Syafi'e (1).

4- Juanda Jaya mengkritik & mengkondem kitab AL-Umm karangan Imam Syafi'e (1).

5- Juanda Jaya mendakwa si isteri yang telahpun ditalak oleh suaminya masih lagi dikira sebagai isteri kepada lelaki itu secara sah walaupun belum ruju'(1).

6- Juanda Jaya mendakwa Talak Ta'liq tidak jatuh talak walaupun perkara ta'liq itu telah pun berlaku (1).

7- Juanda Jaya menyuruh wanita dilantik Hakim Mahkamah Syariah (1).

8- Juanda Jaya menuduh dalam "Marhaban" ada penyamaan nabi Muhammad dengan Allah (1).Sedang ia sebaliknya.

9- Menghukum Tokoh ulama sebagai sesat (4).


10- Juanda Jaya mengakui bahawa Muhammad bin Abdul Wahhab adalah pengasas & guru besar Wahhabi (2).

11- Juanda Jaya memunsing fakta kononnya Jazirah 'Arabiah tiada ulama Islam tiba-tiba muncul Muhammad Bin Abdul Wahhab menyelamatkan bumi(2).

12- Juanda Jaya mendakwa Muhammad bin Abdul Wahhab belajar dengan Ibnu Taimiah dan Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah sedangkan kedua-keduanya telah mati lebih 500 Tahun sebelum kelahiran Muhammad bin Abdul Wahhab (2).

13- Juanda Jaya mendakwa orang awam yang bertaqlid dengan mazhab adalah sesat (3).

14- Melarang umat Islam mengenali Muhammad Bin Abdul Wahhab daripada kata2 orang lain sedangkan dia sendiri (Juanda) menukilkan kata2 orang2 lain kononnya memuji Muhammad Bin Abdul Wahhab (2).

15- Mendakwa pemikiran Tajdid Islam adalah diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab (2). Sedangkan yang sebenarnya adalah sebaliknya.

16- Mendakwa Qubah di atas kubur itu adalah bid'ah sesat dan khurafat (2). Sedangkan di atas Maqam @ kubur Nabi Muhammad terdapat Qubah.

17- Mengutuk ulama Islam (2).

18- Mengakui Wahhabi menentang Daulah Khilafah Uthmaniyyah (2).

19- Melarang orang awam bertaqlid kemudian mewajibkan pula orang awam bertaqlid (3).

20- Melarang orang awam mengikut pandangan ulama kemudian mewajibkan ia pula (3).

21- Mengharamkan umat Islam mengikut pandangan ulama Mujtahid tanpa dalil waktu yang sama mewajibkan kepada orang awam permindahan ke mana-mana mazhab walaupun tiada dalil (3).

22- Mendakwa kononnya Jazirah Arab beragamakan Bid'ah ketika waktu Muhammad Bin Abdul Wahhab (2).

23- Mendakwa Wahhabi adalah bermazhab Hambaly, mazhab Hambaly adalah Wahhabi (2). Sedangkan hakikatnya Wahhabi mengharamkan mazhab.

24- Mendakwa kononnya seluruh umat negara arab beraqidah sesat ketika zaman Muhammad bin Abdul Wahhab (2).

25- Mendakwa Muhamad Bin Abdul Wahhab adalah kekasih pilihan Allah (2) dan Mendakwa kononnya Muhammad Bin Abdul Wahhab telah dilantik oleh Allah sendiri untuk melaksanakan misi Allah (2). Demikian adalah ghuluw dirinya (Juanda) mendewa-dewakan orang yang dia sendiri tidak kenal.


* Kenyataan-kenyataan yang keluar dari lidah dan penulisan insan sedemikian adalah tidak wajar dilantik sebagai Mufti kerana boleh mengucar-kacirkan keadaan seperti mana berlaku pada sebelum ini.

Nantikan 25 sebab lagi setelah anda menyemak bukti. Hubungi 006 012 2850578 jika ada kemusykilan.


Wassalam.

www.abu-syafiq.blogspot.com

02 February, 2009

CARA MUDAH JADI MUFTI



ANDA INGIN MENJADI 'MUFTI'?

MUDAH SAHAJA.SEKACANG REBUS!
CARANYA SURUH ORANG LAIN BUAT TESIS PHD ANDA. KEMUDIAN BAIK DENGAN NEGERI YANG DIUTARA TU. PUJI SKET MANTAN MUFTINYA YANG KENA BUANG TU YANG DIA SEKARANG DOK SEBAR AQIDAH MUSYABBIH DAN TAKFIR DI EROPAH. KEMUDIAN JANGAN MISS BAGI TALK PASAL WAHHABI. PUJI-PUJI SKET DEPA. CERAMAH SKET2 DI SURAU SAMBIL PUJI SALAFI DAN MAKSUDKAN SALAFI ITU AJARAN WAHHABI.
HUKUM AMALAN MAULID, TAHLIL, BACA YASIN MALAM JUMAAT, KENDURI ARWAH DAN LAIN-LAIN YANG BIASA WAHHABI KATA IA BID'AH PASTU ANDA HUKUM BENDA ITU SEMUA SEBAGAI BID'AH SESAT MASUK NERAKA TAPI BIAR STAY BARU SKET DISERTAI LAWAK-LAWAK BODO.BUAT MACAM MUFTI BARU SEKARANG.

TAPI INGAT! SYARAT UTAMA MENJADI MUFTI WAHHABI ADALAH: SAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK DAN HUKUM ULAMA ISLAM SEBAGAI SESAT.

p/s: neraka 'indah' bg mrk semacam di atas.

01 February, 2009

Jom! Program Mufti Melaka Bersama Ummah




SERTAILAH PROGRAM MUFTI MELAKA BERSAMA UMMAH. MENJELASKAN ISU-ISU SEMASA BERKAITAN AQIDAH DAN ANCAMAN TERHADAP AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH SERTA BAGAIMANA CARA MENGATASINYA.

Tempat: Perkarangan Masjid Kuala Ina Tampin Melaka, Batu 23 Kuala Ina, 73000 Tampin, Melaka Bandaraya Bersejarah.

Tarikh: 06hb Februari 2009M / 10 Safar 1430H

Hari: Jumaat

Masa: 6.00 Petang - 10.00 Malam.

Aturcara:

6.00 ptg: Pameran Jabatan Agama & Jabatan Mufti Melaka

7.00 mlm: Persiapan dan Solat Maghrib

7.30 mlm: Kata-kata aluan YB

7.45 mlm:
Ceramah Isu Semasa & Aqidah Islam Serta Bahaya Ajaran Songsang Oleh: Datuk Wira Hj. Rashid Redza Bin Hj. Md. Saleh Mufti Negeri Melaka & Penceramah Khas Jemputan Jabatan Mufti Negeri Melaka

9.30 mlm: Solat Isyak berjemaah

9.45 mlm: Jamuan Makan

10.00 mlm: Bersurai.


" SEMUA DIJEMPUT HADIR DENGAN BERADAB DALAM MAJLIS ILMU "

"MAKHLUK PEROSAK SEPERTI WAHHABI, SYIAH DAN LIBERAL DILARANG BUAT KACAU. DOK DIAM-DIAM"

* PERCUMA.

_____________________________
Untuk maklumat lanjut sila layari:






http://www.al-azim.com/jmm/main.php

www.al-azim.com

Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?