30 November, 2009

WAHHABI (Drmaza&Uthaimien) MENGKAFIRKAN RAJA SAUDI

Wahhabi (Drmaza&Uthaimien) Mengkafirkan Raja Saudi?

VIDEO (LIHAT PADA MINIT 1) RAJA SAUDI RAJA ABDULLAH BERDOA MENGHADAP SECARA JELAS KEPADA KUBUR NABI. AMALAN INI SEMUA WAHHABI SEPAKAT ADALAH KAFIR SYIRIK BESAR TERKELUAR DARI ISLAM (MURTAD) SESIAPA YANG MELAKUKANNYA.-FATWA WAHHABI


Bekas basi Muftary Perlis Mohd Asri Zainul Abidin yang suka menghina Raja Saudi Arabia dengan penghinaan yang buruk tidak beradab kini menonjolkan siapa dirinya berguru dengan Wahhabi Muhammad Soleh Al-Uthaimien yang menghukum KAFIR dan SYIRIK BESAR ke atas sesiapa yang berdoa menghadap maqam Nabi Muhammad. Raja Saudi 'Malik' Abdullah secara jelas berdoa menghadap maqam Nabi Muhammad dan ini secara maknanya Mohd Asri dan gurunya Al-Uthaimien mengkafirkan Raja Saudi Raja Abdullah seperti kebiasaan Mohd Asri menghina raja-raja Saudi dengan kutukan dan hinaan yang amat buruk.

GAMBAR RAJA SAUDI RAJA ABDULLAH BERDOA MENGHADAP KUBUR NABI DAN AMALAN INI DIHUKUM OLEH KESEMUA WAHHABI SEBAGAI KAFIR DAN SYIRIK BESAR. LIHAT BAGAIMANA WAHHABI MEMPERDAYAKAN KERAJAAN DAN RAJA SAUDI ARABIA UNTUK MENYEBARKAN KESESATAN MEREKA (WAHHABI). RAJA ABDULLAH RAJA SAUDI PUN DIKAFIRKAN OLEH WAHHABI SAUDI.


FATWA WAHHABI MENGHUKUM AMALAN BERDOA MENGHADAP KUBUR NABI ATAU MANA-MANA KUBUR SEBAGAI KAFIR SYIRIK BESAR. RAJA ABDULLAH RAJA SAUDI MELAKUKANNYA. INI JELAS WAHHABI SEPERTI AL-UTHAIMIEN GURU KEPADA MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN MENGHUKUM RAJA SAUDI SEBAGAI KAFIR SESAT. WAHHABILAH YANG MENGKAFIRKAN KERAJAAN SAUDI ARABIA.


Terjemahan kata Wahhabi Al-Uthaimien guru kepada Mohd Asri: " perbuatan menghadap kepada Rasulullah ketika berdoa adalah SYIRIK BESAR KELUAR DARI ISLAM" - Fatwa 1416

TAUHID 3 SERANGKAI?- Bid'ah Wahabi Lagi?



Tauhid tiga serangkai disyariat dalam Islam?

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

MINGGU ini kita menyambung kembali persoalan tauhid tiga serangkai yang telah pun diberikan lontaran awal pada dua minggu lepas. Sebelum soalan pertama dilontarkan mengenai tauhid tiga serangkai atau tauhid tiga bahagian yang diformulasikan atau direka oleh Ibnu Taimiyyah ini,

sebaiknya kita melihat dahulu secara ringkas definisi yang diberikan kepada ketiga-tiga tauhid ini.

Tauhid rububiah didefinisikan dengan makna mengesakan Allah pada ciptaan, pemerintahan, takdir, pentadbiran dan perbuatan-Nya serta dalam memberikan suatu kesan.

Manakala tauhid uluhiah didefinisikan dengan makna mengesakan Allah dalam hal peribadatan tanpa mengambil seorang manusia pun bersama Allah sebagai sembahan.

Tauhid Asma' dan Sifat pula didefinisikan dengan makna mengesakan Allah pada apa yang dinamakan dan disifatkan dengan diri-Nya, sebagaimana yang terdapat di dalam kitab-Nya atau yang didapati daripada lidah nabi-Nya yang telah menetapkan dengan apa yang telah ditetapkan bagi diri-Nya.

Dalam membincangkan pembahagian ini, maka perkara utama yang perlu dipersoalkan dan bincangkan ialah adakah pembahagian ini telah dinaskan oleh syarak dan terdapat dalil-dalil yang menunjukkan ke atasnya? Adakah pembahagian ini merupakan perkara yang disyariatkan ataupun perkara baru yang dicipta (bidaah)?

Persoalan ini, mengandungi beberapa jawapan:

Jawapan Pertama

Ibnu Taimiyyah yang merupakan pereka pembahagian tauhid ini mendakwa dirinya bermazhab Hanbali.

Namun Imam Ahmad ibnu Hanbal r.a. sendiri, yang dikatakan menjadi tempat sandaran bagi orang-orang yang melakukan pembahagian tauhid bidaah ini, tidak pernah menyatakan bahawa tauhid itu mempunyai beberapa bahagian; tauhid rububiah, tauhid uluhiah dan tauhid asma' dan sifat.

Beliau juga tidak pernah menyatakan bahawa sesiapa yang tidak mengetahui tauhid uluhiah, tidak dikira makrifatnya tentang tauhid rububiah kerana tauhid rububiah ini telah diketahui oleh orang musyrikin.

Sesungguhnya akidah Imam Ahmad ibn Hanbal r.a telah disusun di dalam kitab-kitab karangan pengikutnya. Misalnya, di dalam kitab biografinya yang ditulis oleh Ibnu Jauzi dan lain-lainnya, tidak terdapat langsung pembahagian tauhid rekaan ini. Maka dari manakah Ibnu Taimiyyah mengambil tauhid ini?

Jawapan Kedua

Tidak berkata walau seorang daripada Sahabat-sahabat Nabi r.a: "Sesungguhnya tauhid itu ialah tauhid rububiah dan tauhid uluhiah, dan sekiranya seseorang tidak mengetahui tentang tauhid uluhiah, maka tidak dikira makrifahnya tentang tauhid rububiyyah kerana tauhid rububiah ini telah diketahui oleh orang musyrikin".

Justeru, saya mencabar kepada setiap orang yang mempunyai ilmu yang mendalam, supaya menaqalkan kepada kami pembahagian yang diada-adakan ini daripada sahabat-sahabat Nabi r.a, sekalipun dengan mengemukakan satu riwayat yang lemah.

Jawapan Ketiga

Tidak terdapat dalam sunnah Nabi SAW yang luas dan menjadi penjelas kepada kitab Allah, sama ada dalam kitab-kitab hadis sahih, sunan-sunan, musnad-musnad dan mu'jam-mu'jam yang menyebut bahawa Nabi SAW pernah bersabda dan mengajar sahabat-sahabatnya, bahawa tauhid itu terbahagi kepada tauhid uluhiah dan juga rububiah yang telah diketahui oleh orang musyrik.

Sekiranya berkumpul jin dan manusia bersama-sama mereka untuk menetapkan bahawa pembahagian ini adalah datang daripada Nabi SAW dengan isnadnya, sekalipun dengan isnad yang lemah, nescaya mereka tidak akan mampu untuk mendatangkannya walaupun dengan satu jalan.

Jawapan Keempat

Telah tercatat dalam sunnah yang banyak, bahawa dalam dakwah Rasulullah SAW mengajak manusia kepada Allah, Baginda SAW menyeru mereka ke arah penyaksian kalimah syahadah: Tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Baginda SAW juga mengajak mereka meninggalkan penyembahan berhala.

Di antara hadis yang paling masyhur menyebut tentang perkara ini ialah hadis Muaz ibnu Jabal r.a. Ketika beliau diutuskan oleh Nabi SAW ke Yaman, Baginda SAW bersabda kepadanya: Serulah mereka kepada penyaksian "Bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah". Sekiranya mereka mentaatinya, maka hendaklah kamu khabarkan kepada mereka bahawa diwajibkan ke atas mereka solat lima waktu sehari semalam. (riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya)

Diriwayatkan oleh pengarang kitab Sunan dan Ibnu Hibban, bahawa seorang Arab Badawi memberitahu Rasulullah SAW bahawa dia telah melihat anak bulan. Lantas Rasulullah SAW memerintahkan supaya berpuasa dan Baginda SAW tidak menyoalnya melainkan tentang pengakuannya terhadap kalimah syahadah. (diriwayatkan oleh Abu Daud, al Nasaei, al Tirmizi dan lain-lain)

Sekiranya tauhid itu terbahagi kepada tiga bahagian sebagaimana yang mereka perkatakan, maka sudah tentulah Nabi SAW menyeru sekelian manusia kepada tauhid uluhiah yang tidak mereka ketahui dan bukannya tauhid rububiah kerana mereka telah mengetahuinya.

Demikian juga, perlulah Baginda SAW bersabda kepada Muaz r.a, "Serulah mereka kepada tauhid uluhiah," dan Baginda SAW bertanya terlebih dahulu kepada orang Arab Badawi yang melihat anak bulan Ramadan, "Adakah kamu mengetahui tentang tauhid uluhiah dan perbezaan di antara tauhid ini dengan tauhid rububiah, dan adakah kamu mengetahui tauhid asma' dan sifat?"

Jawapan Kelima

Di dalam kitab Allah yang ternyata tidak dicemari dengan kebatilan, tidak membezakan di antara tauhid uluhiah dan tauhid rububiah.

Begitu juga tidak dikatakan kepada mereka: Sesiapa yang tidak mengetahui tauhid uluhiah tidak dikira imannya, bahkan dia adalah lebih kafir daripada Firaun dan Haman. Tetapi Allah SWT memerintahkan dengan kalimah tauhid secara mutlak sebagaimana firman Allah SWT kepada Nabi-Nya dalam surah Muhammad ayat 19: Ketahuilah, bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah. Begitu jugalah dengan keseluruhan ayat tauhid yang disebut di dalam al-Quran.

Sekiranya kamu kehendaki, maka bacalah surah al-Ikhlas yang menyamai sepertiga al-Quran. Adakah kamu mendapati di dalamnya ayat yang membezakan di antara uluhiah dan rububiah sebagaimana yang mereka sangkakan?

Jawapan Keenam

Melalui pembahagian yang direka ini, memberi kefahaman kepada kita, seolah-olah Allah masih belum lagi menyempurnakan agama-Nya. Kemudian, datang seseorang yang kononnya untuk menyempurnakan agama Allah yang masih lagi mempunyai kekurangan dan menjelaskan tentang tauhid dan pembahagiannya kepada manusia pada kurun ke-7 Hijrah.

Pada kurun ini, lahirnya pembahagian tauhid uluhiah, rububiah, asma' dan sifat yang dicetuskan oleh Ibnu Taimiyyah (661- 724 H). Seolah-olah semua umat tidak mengetahui tentang apa yang diperkenalkan oleh pemuka-pemuka pembahagian tauhid rekaan ini.

Selepas kita mengetahui jawapan daripada soalan pertama ini, yakinlah kita dengan sempurna bahawa tauhid ini tidak mempunyai sumber yang sah daripada al-Quran dan hadis.

Ia menunjukkan bahawa pembahagian ini hanyalah rekaan semata-mata. Persoalan kedua akan dikemukakan pada minggu hadapan, insya-Allah.

Dipetik dari UTUSAN:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm




Mengapa tauhid tiga serangkai?

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

SEJAK kemasukan Islam ke Tanah Melayu, umat Islam di negara ini kuat berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang disusun atau diformulasikan oleh dua tokoh terbesar dalam bidang ilmu tauhid iaitu Imam Abu al Hasan al Asy’ari r.a

dan Imam Abu Mansur al Maturidi r.a. Perkara ini telah ditegaskan oleh ulama ulung Tanah Melayu, al Allamah Sheikh Abdullah Fahim.

Beliau juga menyatakan bahawa ia telah menjadi ijmak ulama di Tanah Melayu.

Antara kenyataannya berbunyi: “Tuan-tuan sedia maklum beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu seMelaya ini dari peringkat ke bawah hingga peringkat ke atas; awam-awam, kadi-kadi, ulama-ulama, menteri-menteri, hingga Raja-raja sekalian mereka itu bermazhab dengan mazhab al Imam al Syafi’e r.a ijma’an (ijmak), tiada seorang pun yang bermazhab lain daripada mazhab Syafi’e. Usuluddin atas perjalanan Abi al Hasan al Asy’ari r.a. Diambilkan dari Syuruh dan Hawasyi Ummu al Barahin dan Jauharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu”.

Di dalam kitab ini, pendekatan Sifat 20 digunakan bagi memahami permasalahan ketuhanan. Pendekatan ini juga diguna pakai di kebanyakan negara-negara Islam yang berpegang dengan akidah ASWJ seperti di Mesir, Syria dan Morocco.

Ia juga menjadi silibus di kebanyakan universiti di dunia Islam termasuklah universiti Islam terulung di dunia, Universiti al Azhar al Syarif.

Sejak doktrin ini diguna pakai di negara kita, kita berupaya mengecapi nikmat keamanan beragama dan ketamadunan negara. Tidak seperti negara-negara Islam lain yang memakai acuan yang bercanggah dengannya seperti aliran fahaman Syiah, Muktazilah, Musyabbihah dan sebagainya.

Tidak timbul di dalam doktrin Sifat 20 ini soal-soal kepincangan dan percanggahannya dengan akidah ASWJ yang tulen.

Namun, setelah ratusan tahun pendekatan ini digunakan tanpa sebarang masalah dalam menjaga kemurnian tauhid dan akidah umat Islam, timbul desas-desus yang mengatakan bahawa ia diambil dari Falsafah Greek.

Malah, tidak lagi sesuai dijadikan sebagai pendekatan dalam pembelajaran ilmu Tauhid. Sementelahan itu juga, pendekatan tauhid tiga serangkai yang dirumuskan oleh Ibnu Taimiyyah menjadi pengganti Doktrin Sifat 20.

Usaha-usaha untuk menukar pendekatan tauhid tiga serangkai ini dalam kurikulum pendidikan negara juga nampaknya begitu pantas dilakukan.
Lebih pantas! Dapatkan 4G P1 W1MAX

Persoalannya, kenapakah tiba-tiba pendekatan ini pula yang perlu dipilih sebagai pengajaran ilmu tauhid di negara kita? Adakah pendekatan Sifat 20 mengandungi unsur-unsur yang mengelirukan atau terseleweng dari iktikad ASWJ?

Adakah pembahagian tauhid tiga serangkai ini telah dinaskan oleh syarak dan terdapat dalil-dalil yang menunjukkan ke atasnya? Apakah kita pasrah sahaja dengan pendapat yang mengatakan doktrin Sifat 20 yang kita pegang dan pakai selama ini bukan tauhid yang benar tetapi diambil dari fahaman falsafah Greek.

Jika begitu, semua orang yang berpegang dengan Tauhid 20 mengikut ajaran yang salah dan sesat. Apakah boleh kita terima penyesatan ini yang melibatkan nenek moyang kita, para ulama kita dan majoriti umat Islam di seluruh dunia?

Dibawa Rasullulah SAW

Kita telah sedia maklum, bahawa akidah ASWJ yang diketahui secara umum ialah akidah yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan diikuti oleh sahabat-sahabat baginda.

Tidak kedapatan langsung, perkataan yang terkeluar daripada Rasulullah SAW dan sahabat baginda yang menyebut tentang tauhid yang digembar-gemburkan oleh pengikut Ibnu Taimiyyah dan Wahhabi ini.

Begitu juga dalam metodologi ASWJ yang telah disusun oleh pelopornya, Imam Abu al Hasan al Asy’ari r.a dan Imam Abu Mansur al Maturidi r.a, tidak pernah menggariskan tauhid ini dalam ruang lingkup akidah ASWJ.

Apa yang kita dapati tauhid ini telah ditimbulkan dan direka oleh Ibnu Taimiyyah dan dikembang biakkan pula oleh anak-anak muridnya sehingga ke generasi Muhammad ibn Abdul Wahhab. Dalam erti kata lain, tauhid inilah yang menjadi pegangan golongan Wahhabi secara khusus.

Sejak dahulu lagi hinggalah ke hari ini, telah terdapat banyak penentangan dan penolakan yang diutarakan oleh ulama terhadap Tauhid 3 Serangkai ini.

Oleh yang demikian, kita melihat di dalam kitab-kitab penulisan ulama ASWJ, terdapat banyak butiran lanjut mengenai penolakan mereka terhadap tauhid yang direka cipta ini.

Jika kita menyoroti dari perspektif ulama tersebut, kita mendapati ulama al Azhar telah bersetuju mengeluarkan kenyataan tentang kesalahan tauhid ini yang sebenarnya telah direka dan dicipta oleh orang-orang yang terkeliru dengan maksud sebenar ayat al-Quran dan hadis.

Justeru, kenapa pula kita perlu memakai pendekatan Tauhid 3 Serangkai yang mengandungi kepincangan dan telah ditolak oleh ulama kecuali Ibnu Taimiyyah dan pengikut-pengikutnya?

Untuk lebih jelas lagi, di bawah ini disenaraikan beberapa cendekiawan dan sarjana Islam dan kitab penulisan mereka yang mengandungi penolakan terhadap ajaran tauhid rekaan ini:

*Al ‘Allamah al Mufassir al Muhaddith Sheikh Yusof al Dijwi RA, Ahli Lembaga Majlis Ulama Besar al Azhar.

Beliau mengeluarkan fatwa penolakan al Azhar terhadap tauhid rububiah dan uluhiah. Kenyataannya ini dipaparkan dalam Majalah Nur al Islam edisi tahun 1933 yang merupakan lidah rasmi al Azhar pada masa itu.

Fatwa yang dikeluarkannya ini, turut dipersetujui oleh ulama al Azhar yang lain tanpa adanya sebarang bangkangan. Sehingga hari ini, fatwa tersebut masih lagi segar. Ini dapat dilihat dalam beberapa majalah yang diiktiraf oleh al Azhar. Antaranya, di dalam majalah al Muslim. Al Muhaddith al ‘Allamah Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim r.a telah mengeluarkan kembali fatwa ini dalam majalah tersebut.

*Al Muhaddith al ‘Allamah Sheikh Salamah al Qudha’i al ‘Azzami al Syafi’i r.a dalam kitabnya al Barahin al Sati’ah fi Raddi b’ad al bida’ al Syai’ah.

Kitab ini telah mendapat pengiktirafan dan pujian daripada muhaddith pada zaman tersebut iaitu al ‘Allamah Sheikh Muhammad Zahid al Kauthari r.a.

*Al Allamah al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani, ulama besar di Mekah al Mukarramah dan bekas tenaga pengajar Masjid al Haram yang diakui ilmunya oleh ulama pada zaman ini.

Beliau telah menulis penolakannya terhadap tauhid ini dalam kitabnya Huwallah. Bahkan beliau menyarankan kerajaan Arab Saudi supaya mengkaji semula pengajaran tauhid ini di institusi pengajian rendah, menengah dan Tinggi di dalam Muktamar Hiwar al Watoni di Mekah yang diadakan pada 5/11/1424 hingga 9/11/1424. Ia disebut di dalam kertas kerja beliau yang bertajuk al Ghuluw.

*Mufti Besar Mesir, Prof. Dr. Ali Jumu’ah.

Beliau turut menyentuh masalah ini di dalam laman web beliau ketika menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya. Iaitu, tentang seorang pemuda yang mengkafirkan seluruh penduduk kampung kerana bertawassul dengan mendakwa orang yang bertawassul tergolong dalam golongan musyrikin yang beriman dengan tauhid rububiah tetapi tidak beriman dengan tauhid uluhiah.

Beliau menolak sekeras-kerasnya pembahagian tauhid ini dengan mengatakan bahawa pembahagian tauhid ini adalah perkara rekaan yang tidak pernah datang dari Salafussoleh tetapi orang pertama yang menciptanya ialah Sheikh Ibnu Taimiyyah.

Beliau juga menyatakan bahawa pendapat yang menyatakan bahawa tauhid rububiah sahaja tidak mencukupi bagi keimanan seseorang adalah pendapat yang diadakan-diadakan dan bercanggah dengan ijmak kaum Muslimin sebelum Ibnu Taimiyyah.

*Prof. Dr. Muhammad Sa’id al Ramadhan Bouti, Ulama Kontemporari Dunia Islam dari Syria.

Beliau menyatakan dengan tegas bahawa pembahagian tauhid ini adalah bidaah dalam Seminar Pengurusan Fatwa Negara-negara Asean anjuran Universiti Sains Islam Malaysia pada pada 16 hingga 17 April 2005 di Hotel Nikko Kuala Lumpur.

*Prof. Dr. Isa ibn Abdullah Mani’ al Himyari - Mantan Pengarah Jabatan Waqaf dan Hal Ehwal Islam Dubai.

Beliau telah menulis mengenai kepincangan pembahagian tauhid ini di dalam kitabnya yang bertajuk ‘al Fath al Mubin fi Bara’at al Muwahhidin min ‘Aqaid al Musyabbihin.

*Al ‘Allamah Abu Abdullah ‘Alawi al Yamani dalam kitabnya Intabih Dinuka fi Khatorin.

Kitab ini telah mendapat pujian dari lima ulama besar Yaman.

*Al ‘Allamah Abu al Hasanain Abdullah ibn Abdur Rahman al Makki al Syafi’i, ulama besar Mekah.

Beliau juga telah membahaskan masalah ini di dalam kitabnya al Qaul al Wajih fi Tanzih Allah Taala ‘an al Tasybih.

*Dr. Sheikh Yusof al Bakhur al Hasani salah seorang ahli fatwa di Kanada juga telah menulis risalah mengenainya.

*Sheikh Sirajuddin Abbas seorang ulama unggul Indonesia, juga menghuraikan masalah ini yang ditulis dalam versi Melayu dalam kitabnya Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

Beliau dengan tegas menyatakan bahawa tauhid ini merupakan iktikad rekaan puak Wahhabi dan bukannya iktikad ASWJ.

Dalam satu petikan, beliau menyatakan: Kaum Wahhabi mencipta pengajian baru ini bertujuan untuk menggolongkan orang-orang yang datang menziarahi Makam Nabi SAW di Madinah, orang-orang yang berdoa dengan bertawassul dan orang yang meminta syafaat Nabi SAW serupa dengan orang kafir yang dikatakan bertauhid rububiah itu.

*Al ‘Allamah Muhammad al ‘Arabi ibn al Tabbani al Hasani, Tenaga Pengajar di Masjid al Haram.

Beliau juga turut menulis kepincangan tauhid ini di dalam kitabnya Bara’ah al Asy’ariyyin min ‘Aqaid al Mukhalifin.

*Dr. Umar Abdullah Kamil, sarjana dan pakar ekonomi Arab Saudi serta ahli eksekutif Universiti al Azhar.

Beliau pernah membentangkan kebatilan konsep Tauhid 3 Serangkai ini di dalam Seminar Perpaduan Ummah dan Pemurniaan Akidah anjuran Kerajaan Negeri Pahang pada 25-26 Ogos 2006 dan di Multaqa 3 Ulama Mekah al Mukarramah yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Johor pada 20 Februari 2008.

Kertas kerja tersebut telah diterbitkan oleh Sekretariat Penjelasan Hukum Berkenaan Isu-isu Aqidah dan Syariah Majlis Agama Islam Johor.

Beliau turut membahaskan kepincangan pembahagian tauhid ini di dalam kitabnya yang bertajuk Kalimah Hadi’ah fi Bayan Khata’ al Taqsim al Thulasi li al Tauhid (Perkataan yang tenang dalam menjelaskan kesalahan pembahagian yang tiga bagi ilmu Tauhid).

*Al Allamah Abdur Rahman Hasan Habannakah al Maidani.

Beliau juga telah menulis masalah ini secara khusus di dalam kitabnya yang bertajuk Tauhid al Rububiah wa Tauhid al Ilahiyyah wa Mazahib al nas bi al Nisbah Ilaihima.

Ulama-ulama ini telah lama melakukan pengkajian dan penelitian rapi terhadap tauhid tiga serangkai ini.

Kepada pembaca yang prihatin dan bijaksana sebaik-baiknya mendapatkan keterangan lanjut dari kitab-kitab ini terlebih dahulu sebelum berani membuat kesimpulan dan melontarkan pendapat di khalayak ramai.

Asas sahih

Perkara agama apatah lagi berkaitan dengan akidah tidak boleh dibuat kesimpulan sebarangan tetapi perlu merujuk kepada asas yang sahih.

Untuk mempertahankan agama tidak cukup bermodalkan semangat juang dan sijil menjela-jela semata-mata sehingga kita terpekik dan terlolong tidak kena pada tempatnya tetapi memerlukan kemantapan ilmu, kecemburuan terhadap penodaan yang dilakukan ke atas agama dan umatnya, keikhlasan kepada Allah dan hati yang disinari cahaya oleh Allah.

Ibnu Taimiyyah dan pengikut-pengikutnya didapati telah menjadikan konsep pembahagian tauhid ini sebagai batu loncatan untuk mengkafirkan umat Islam.

Mereka telah mengkafirkan orang-orang yang bertawassul dengan Rasulullah SAW dan wali-wali, orang-orang yang menziarahi kubur dan sebagainya dengan dakwaan orang yang melakukan pekerjaan tersebut bertauhid dengan tauhid rububiah sahaja tetapi tidak tidak bertauhid dengan tauhid uluhiah.

Mereka menyamakan tauhid yang dimiliki oleh orang-orang yang melakukan pekerjaan ini sama dengan orang musyrikin yang menjadikan berhala sebagai sampingan mereka dengan Allah.

Apakah pernah ketika Rasulullah SAW berdakwah, Baginda SAW mengatakan kepada orang yang memeluk Islam kamu telah mempunyai tauhid rububiah tetapi masih belum memiliki tauhid uluhiah?

Apakah boleh kita katakan orang bukan Islam juga mempunyai tauhid seperti orang Islam atau ahli tauhid?

Objektif tauhid Asma’ dan Sifat digembar-gemburkan untuk menyandarkan kepada Allah SAW makna perkataan tangan, mata, bersemayam, ketawa, turun dan sifat penyerupaan yang lain kepada makna yang hakiki yang dikenali di sisi makhluk.

Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sifatkan kerana yang demikian itu menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya.

Sehubungan dengan ini, umat Islam diseru agar sama-sama berfikir dan meneliti dengan hati yang lapang dan dada yang terbuka rasional perkara ini.

Kita seharusnya berbangga dengan ramainya bilangan umat Islam dan berusaha menambah bilangan umat Islam tetapi sebaliknya kita sendiri yang mengecilkan lagi kuantiti umat Islam yang semakin hilang kualitinya hanya kerana permasalahan uluhiah dan rububiah yang sengaja ditimbulkan.

Tidak ada suatu perkara yang lebih buruk daripada mengkafirkan orang Islam yang menyebut kalimah tauhid Laa ilaaha illallah dan mentasdiqkannya di dalam hati.

Banyak kemusnahan yang berlaku di negara-negara Islam disebabkan oleh perkara ini. Kita sendiri telah menyaksikan dengan mata kepala kita bagaimana persengketaan umat Islam telah mencetuskan kelemahan dan kemusnahan terhadap negara-negara Islam seperti di Afghanistan, Yaman, Lebanon, Syria, Mesir dan sebagainya.

Semoga persengketaan dan kehancuran ini tidak terjadi di negara kita Malaysia yang tercinta ini. Justeru, sewajarnya pembahagian ini dibentangkan di atas meja perbincangan secara ilmiah dan profesional serta berlandaskan kepada usul kitab dan sunnah.

Ini hanyalah lontaran awal dari hasil penelitian kami yang dirujuk kepada sumber-sumber yang sahih dan tokoh-tokoh ulama yang berkeahlian. Insya-Allah, penerangan lanjut mengenai tauhid ini akan dikeluarkan pada keluaran akan datang.

Bahan-bahan yang bakal dipersembahkan banyak merujuk kepada kitab penulisan Imam al Haramain al ‘Allamah Ibnu al ‘Arabi al Tabbani bertajuk Bara’ah al Asy’ariyyin. Ia telah diringkaskan oleh al Allamah Prof. Dr. Isa ibn Abdullah Mani’ al Himyari, Mantan Pengarah Jabatan Waqaf dan Hal Ehwal Islam Dubai di dalam kitabnya yang bertajuk ‘al Fath al Mubin fi Bara’at al Muwahhidin min ‘Aqaid al Musyabbihin.

Dipetik dari Utusan:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1116&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive

24 November, 2009

Wahhabi Fatwakan Kepala Dr. Yusuf Qardawi Wajib DiPancung -Uthaimien

SOLEH AL-UTHAIMIEN AL-WAHHABI MEMFATWAKAN BAHAWA DR. YUSUF QARDAWI WAJIB DIPOTONG KAPALANYA (DIBUNUH)

Rujuk video dibawah:



* DR. MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN ADALAH ANAK MURID DAN ANAK DIDIK SOLEH AL-UTHAIMIEN AL-WAHHABI.

21 November, 2009

Dr. Asri AJARAN SESAT & PENJENAYAH

Dr. Asri AJARAN SESAT & PENJENAYAH ?






Jika ditanya adakah Mohd Asri Bin Zainul Abidin pembawa ajaran sesat dan juga penjenayah? Jawapannya perlu dinilai secara fakta, bukti dan telus. Sekiranya dengan hanya pernah menjawat jawatan seorang mufti maka dia seolah-olah ma'sum dari kesalahan dan kesesatan, kenyataan ini adalah melampau yang dilarang oleh agama. Rasulullah bersabda : "Setiap dari kalangan kamu diambil kata jika benar dan ditolak jika salah kecuali Rasulullah". Riwayat Tobaroni dan disahihkan juga oleh Al-Iraqi.

SEBAHAGIAN CERAMAH MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN DI NEGERI SELANGOR DILIHAT/DINILAI MEMBIMBANGKAN KEHARMONIAN MASYARAKAT ISLAM DI SELANGOR SEKALI GUS MENJELASKAN ADAKAH DR ASRI BERAJARAN SESAT DAN PENJENAYAH ILMIAH?


PENYELEWENGAN & JENAYAH ILMIAH (1)

1- Dr. Asri tidak mengajar kitab Riyadhu Solihen seperti yang dia sendiri jadualkan tetapi mensyarah hadith Mutasyabihaat yang diterjemahkannya secara zahir dan bilamana ia diterjemahkan secara zahir tanpa displin ilmu aqidah Islam sebenar kan membawa kepada erti Tashbih iaitu menyamakan Allah dengan makhluk. Demikian mengikut pengakuannya sendiri. Ini membuktikan Dr. Asri mengaburi mata masyarakat dengan mendakwa dia mengajar kitab Riyadh Solihen karangan Imam Nawawi tetapi hakikatnya Dr. Asri menyebarkan fahaman yang mirip kepada Tajsim/Tashbih (menyamakan Allah dengan makhluk) mempergunakan hadith Mutasyabihaat yang disyarahkan secara zahir membawa kepada ajaran Tajsim/Tashbih tanpa menilai kesahihan hadith ke tahap mana martabatnya.

Antara kenyataannya adalah:

a. Nabi Muhammad melihat Allah dengan rupa yang cantik di dalam mimpi.
b. Nabi melihat Allah meletakkan tapak tangan Allah di kedua bahu baginda.
c. Nabi merasai/dapati Allah meletakkan tapak tanganNya di antara kedua bahu Nabi.
d. Nabi Muhammad merasai sejukan jari-jemari Allah di dada baginda.

Ulasan: Kenyataan Dr. Asri tersebut yang mensyarahkan secara zahir pada teks Mutasyabihaat kelihatan mirip membawa kepada ajaran Tajsim/Tashbih. Ini akan membawa kesalah fahaman masyarakat awam Islam mengenai aqidah Islam khususnya berkaitan Tuhan.


PENYELEWENGAN & JENAYAH ILMIAH (2)

1- Dr. Asri mendakwa Saidatuna 'Aisyah (isteri Nabi) menolak dan berkata karut atau bohong (kazab) ke atas hadith yang diriwayatkan oleh sahabat Nabi kepada beliau.

*Ulasan: Sedangkan Saidatuna ‘Aisyah tidak pernah mengatakan kepada mana-mana hadith sahih yang diriwayatkan oleh sahabat sebagai bohong! (Kazab) atau karut!.

2- Dr. Asri mendakwa Saidatuna Aisyah mengkritik keras ke atas Abu Hurairah atas hadith Nabi yang diriwayatkan oleh beliau.

3- Amalan menyarung cincin perkahwinan adalah amalan dan iktikad agama kristian bukan Islam.

4- Kelihatan Dr. Asri mengkritik pegawai JAIS dengan kutukan yang tidak beradab.



PENYELEWENGAN & JENAYAH ILMIAH (3):


1- Dr. Asri mengatakan dalam Islam tidak ada solat hajat berjemaah.

2- Dr. Asri mengakui bahawa Mufti Perlis (dia) tiada tauliah mengajar di negeri Selangor.

3- Dr. Asri mengatakan: “ Wahai pegawai JAIS yang datang malam ini kalau u all tahan kuliah mufti (Asri) nanti kita show satu Negara! (nada ugut).

4- Dr. Asri mendakwa pegawai JAKIM menghukum sesat kerajaan Saudi keseluruhannya.

*Ulasan: Sedangkan pegawai JAKIM itu tidak pernah mengatakan sedemikian.

5- Dr. Asri mengakui bahawa ceramah tertutup ini seperti ceramah dirumah menimbulkan sangkaan dan syak wasangka masyarakat .

6- Pengikut Asri pertikai penyedian tempat Sultan Selangor untuk solat di masjid (masjid besar Shah Alam) dan mendakwa penyedia tempat untuk Sultan Selangor disitu adalah seperti penyediakan tempat dipanggung wayang. Pengikutnya mendakwa penggunaan karpet kuning oleh Sultan itu adalah agama Budish bukan Islam.

________________________________

Begitu juga kelihatan Dr. Asri selalu mengunakan fahaman yang mirip kepada Wahhabi pabila menyatakan perihal akidah dalam kes mengisbatkan semua yang disandarkan kepada Allah secara fahaman yang zahir.

Dan Dr. Asri dilihat menghina pengajian Akidah/Tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah apabila mendakwa pengajian tersebut sebagaiFalsafah Bukan Islam/Falsafah Greek. Katanya tentang pengajian Ilmu Aqidah islam (Allah ada, Allah tidak berjisim,...): “ Ianya falsafah Greek ”. (Rujuk Majalah I. Bil 37/Nov 05. Pada tajuk: Apabila Golongan Agama Menyebabkan Agama Menjadi Lemah. Dan Artikelnya dalam Utusan pada 05/08/2007 pada tajuk : Mudahkan). Kenyataan sedemikian adalah dilihat menghina akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sekaligus tidak mengiktiraf ilmu Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

- Dr. Asri mengatakan Imam Ghazali adalah seorang yang lemah ilmu hadith.

- Dr. Asri menghukum ulama dan golongan sufi sebagai sesat juga dengan mengunakan fakta palsu dan bohong yang direkanya sendiri. (Rujuk laman webnya Dakwaan Liwat). Ini adalah mirip kepada fahaman Wahhabi yang menyuruh umat Islam membunuh golongan dan ulama sufi dahulu sebelum memusuhi Yahudi.
Dr. Asri turut mereka-reka fakta bohong kononnya ulama sufi Ibnu Arabi bertemu dengan Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dan saling menghukum sesat antara satu sama lain secara mubahalah maka sufi itu sesatlah disisi Dr. Asri. Hakikatnya Imam Ibnu Hajar lahir selepas lebih 100 tahun tarikh kematian Ibnu Arabi. Maka bilakah pula mereka berdua bertemu lantas saling menyesatkan satu sama lain secara mubahalah?!.

- Didapati Dr. Asi memberi kenyataan di dalamnya terdapat unsur jelas penghinaan kepada Imam Abu Hasan Al-Asy'ary dengan mengaitkan akidah beliau (Imam) serupa dengan ahli falsafah dan ilmu kalam. (Rujuk tulisanya berjudul Imam Syafi'e Antara Tanggapan&Fakta).
Dr. Asri yang sering menghina dan mencerca ilmu kalam mengaitkan pula Imam tersohor Abu Hasan Al-Asy'ary dengan erti lain kononnya berakidah ilmu kalam dan falsafah. Mengaitkan penghinaan ilmu kalam dengan Imam Abu Hasan Al-Asy'ary adalah satu cercaan yang boleh ditujukan kepada seluruh ulama dan umat Islam bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

- Dr. Asri pernah mendakwa dalam kes murtad ia tidak dibunuh. Sedangkan dalam sohih al-Bukhari dan lain-lain menyatakan Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang mengubah agamanya (murtad) maka bunuhlah dia”. Kenyataan Dr. Asri yang mengatakan orang murtad tidak dibunuh terdapat dalam caramahnya di Youtube tetapi telah pun dipadamkan sekarang. Tetapi teksnya pernah tertulis.

Kata Dr. Asri :



"Di dalam sejarah Islam, DIDALAM HADIS TIDAK MENUNJUKKAN NABI BERTINDAK MEMBUNUH MEREKA (orang murtad). Ini MUNGKIN boleh dibuat suatu penilaian bahawasanya orang murtad ini adakah mesti dihukum mati ataupun menghukum mati orang yang murtad ialah tindakan pemerintah dengan PILIHANNYA iaitu takzir. Takzir ini : pemerintah samaada nak jatuhkan (bunuh si murtad) pun boleh, TAK NAK JATUHKAN PUN BOLEH. Maka ada dalam Islam aliran yang menganggap bahawasanya pahaman seperti Ibrahim An-Nakhai'e menganggap bahasawanya orang murtad selagi dia tidak menggungat kestabilan masyarakat Islam, tak mengisytiharkan murtadnya DIA TIDAK DIHUKUM MATI BAHKAN DIBIARKAN. Kerana Nabi pernah membiarkan (tidak bunuh) orang-orang yang menghina baginda PATUTNYA DIJATUHKAN HUKUMAN MATI....".

- Dr. Asri mengatakan solat hajat tidak dilakukan secara berjamaah sedangkan di Malaysia terdapat amalan tersebut. Dan sudah pasti kaedah yang dipegang oleh Dr. Asri bahawa jika satu amalan/ibadah itu tidak dilakukan dizaman Rasulullah maka ia adalah bid’ah yang sesat. Maka secara mafhumnya Dr. Asri menghina solat hajat iaitu solat hajat berjemaah atas dasar ia bid’ah yang sesat.

Demikian sebahagian sahaja penyelewengan dan penjenayahan ilmiah yang dilakukan oleh Mohd Asri Bin Zainul Abidin.

Maka terjawab soalan adakah Mohd Asri Zainul Abidin ini berajaran sesat dan penjenayah?

Lihat video bongkar siapa Asri sebenarnya:



Dr. Asri AJARAN SESAT & PENJENAYAH ?

www.abu-syafiq.blogspot.com (Hp: 012-2850578)

19 November, 2009

CORETAN KES DR. ASRI (jom pakat ceramah di Perlis)

MENGAPA PENCERAMAH ISLAM DILARANG BERCERAMAH DAN MENYAMPAIKAN ILMU ISLAM DI PERLIS?
SOALAN ITU PERLU DI JAWAB MEREKA DI PERLIS SEBELUM DIPERTIKAIKAN DI SELANGOR.



Silalah buka minda kita. Sekarang geng ajaran Musyabbihah Mujassimah yang mengubah makna ayat Al-Quran kepada makna yang tidak sepatut iaitu geng Wahhabi mempertikaikan keperluan memiliki tauliah yang disyaratkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor di bawah kuasa Sultan Selangor kepada sesiapa yang mahu mengajar secara umum di Selangor.

Dalam kes tauliah tak tauliah ini. Cuma kita renungkan, bagaimana dengan Perlis pulak? mengapa penceramah Islam tidak dibenarkan berceramah di Perlis kecuali ada izin atau TAULIAH?! Soalan ini perlu dijawab oleh semua Institusi Agama di Perlis yang membaca kes Asri ini dalam hal berkaitan Tauliah.

( Sila rujuk Enakmen Nom 29 Seksyen 33 Jenayah Syarak Negeri Perlis di: http://islam.perlis.gov.my/index_files/penguatkuasa.htm )



Mungkin ada geng Wahhabi yang dok di Perlis berkata: "kami tak halang, nak buat ceramah ilmu baik-baik buatlah".

Inilah yag dinamakan sebagai TAQIYYAH, pengkhianat, pendusta, pembohong dan pemutar-belit! Berapa ramai ulama dan para ustaz yang ingin berceramah di Perlis telah dihalang! Bukan sahaja dipertikaikan ketiadaan Tauliah mereka untuk menyampaikan ilmu bahkan terus dihalang TANPA apa-apa sebab pun!. Mengapa ini terjadi di Perlis?! Sekarang kamu pula mempertikaikannya di Selangor!

Lihat bagaimana ulama dari Yaman atau Saudi sendiri dilarang berceramah di Perlis
( Rujuk: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1104&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm&arc=hive )

Dan lihat bagaimana fitnah dilontarkan kepada seorang pegawai JAKIM (Zamihan Mat Zain) dan dilarang berceramah di Perlis bahkan datang ke Perlis pun tidak dibenarkan. Sila fokuskan pada pengakuan Asri sendiri di bawah pada minit ke 1:15-akhir. Siap sebut Menteri Besar pun tak bagi ceramah dan dilarang pegawai JAKIM tersebut.

Kemudian Asri turut menuduh pegawai JAKIM tersebut mengkafirkan sahabat Nabi Mu'wiyah dan menghukum sesat kerajaan Saudi Arabia. Mungkin pegawai JAKIM tersebut tidak bersetuju dengan pandangan dari sebahagian mereka yang mirip kepada Mujassimah dan Musyabbihah Takfiriyah tetapi tidaklah sampai mengkafirkan sahabat Nabi Saidina Mu'awiyah dan menghukum sesat seluruh kerajaan Saudi Arabia.


http://www.youtube.com/watch?v=i9DP5AnE1wg


MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN HINA RAJA-RAJA SAUDI ARABIA
Fokus juga pembaca sekalian!
Asri menuduh pegawai JAKIM tersebut menghukum sesat SELURUH KERAJAAN SAUDI ARABIA. Ini sudah pasti satu fitnah dari Dr. Asri Al-Wahhabi Al-Pendusta dan Al-Pembohong!

Tetapi yang pastinya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin lah yang menghina, mengkritik mengata dengan ucapan kesat terhadap Raja-raja Saudi Arabia. Dr. Asri yang menghina Raja Saudi dengan kata-kata yang kesat bahkan bukan seorang Raja Saudi sahaja semua raja-raja Saudi dihina oleh Asri ini dengan penghinaan yang kesat.

Asri menuduh pegawai JAKIM tersebut menyesatkan SELURUH KERAJAAN SAUDI dan itu tidak benar dan tiada bukti tetapi waktu yang sama Asri lah secara berbukti menghina, mengutuk membangsatkan raja-raja Saudi Arabia. Subhanallah.

Saya (Abu Syafiq) amat terkilan dengan ucapan beberapa orang yang berpengaruh yang menyedari penyelewengan Wahhabi ini tetapi gentar mengutuk tindakan Wahhabi mengkafirkan dan menyesatkan akidah ulama Islam atas dasar tidak mahu menganggu hubungan diplomatik dengan kerajaan Saudi.

Saya katakan. Hubungan diplomatik atau akidah umat yang lebih utama?! Tahukah bahawa Wahhabi menghina akidah Islam dan menghukum sesat akidah ulama Islam seperti guru kepada Asri iaitu Al-Uthaimien yang menghukum aqidah Imam Nawawi dan Imam Ibnu Hajar sebagai sesat dan bukan Ahli Sunnah!. (Rujuk: http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/05/imam-nawawi-ibnu-hajar-pun-kafir.html).

Kemudian sekirannya kita menolak Wahhabi dengan menghukum sebagai ajaran penyeleweng atau sesatpun ianya tetap tidak menganggu hubungan diplomatik antara Malaysia dengan kerajaan Saudi seperti Malaysia dengan Iran dalam kes Syiah.

Berkaitan dengan solat di Masjid Haram di Mekah pula saya katakan Wahhabilah (wahabi di m'sia) yang mengkafirkan Imam Abdur Rahman As-Sudais ini. Ya Wahhabi menghukum amalan tawassul sebagai sesat, syirik dan kufur secara mutlak tetapi Imam di Masjid Haram ini (Sudais) kerap beramal dengan tawassul dalam solatnya dan khutbahnya ketika menjadi Imam di Masjid Al-Haram Mekah.


Nah! Yang mengkafirkan imam Masjid Haram adalah Wahhabi sendiri. Manakala kita Ahli Sunnah Wal Jama'ah sebenar dan tulen mengatakan sah solat dibelakang mana-mana imam yang muslim.

KALAU JAIS TAHAN SAYA SAYA BUAT SHOW SATU NEGARA (NADA UGUT)- KENYATAAN ASRI MEI 2008.
Dr. Asri Al-Wahhabi bukan sekali itu sahaja (1nov09 time ditahan JAIS) mengajar agama di Selangor tanpa tauliah bahkan sejak bertahun-tahun (lebih 4tahun) telahpun mengajar secara terbuka di Selangor khususnya di markaz fahaman mereka di Taman Sri Ukay itu.

Diketahui umum bahawa Dr Asri al-Wahhabi sejak Mei 2008 lagi telah mengetahui bahawa JAIS memantaunya ketika berceramah di Taman Sri Ukay.
Malangnya pada ketika itu suara Dr Asri Al-Wahabi ini lebih lantang dan berkata: " KALAU JAIS TAHAN MUFTI (DR ASRI) KITA BUAT SHOW SELURUH NEGARA!!! ".

Itulah kenyataan Asri Al-Wahhabi ini sejak bertahun sebelum ditahan JAIS baru-baru ini. Agaknya ketika itu dia amat mengharap JAIS menangkapnya kerana ketika itu dia masih bergelar MUFTI PERLIS maka kekecohan yang bakal diplan lebih hebat dan panazs, malangnya dia ditahan selepas dikeluarkan dari menjadi Mufti Perlis lalu dinamakan sebagai BEKAS Mufti Perlis Al-Wahhabi AlMujassim Al-Musyabbih Al-Takfir. Rupanya dia telah rancang kekecohan ini sejak bertahun lamanya.

TAK RAMAI YANG SOKONG ASRI DALAM KES INI
Tokoh ulama-ulama Islam Malaysia tidak menyokong Asri. Memang ada beberapa tokoh yang seakan bersama Asri pada kes terbarunya tetapi mereka pada hakikatnya tidak menyetujui kebanyakan fahaman dan ajaran Asri. Adakah mereka menyokong penghinaan Asri sendiri kepada mereka dengan kata-kata yang kesat?! em Inilah dunia fahaman taktik penyebaran ajaran sesat Wahhabi yang menyamakan Allah dengan makhluk. Tidak kurang juga yang tertipu dan terperdaya termasuk artis yang dihukum oleh Dr. Asri sebagai golongan Jabariah KAFIR. Ya, Asri menghukum artis sebagai golongan Jabariah KAFIR ianya berbukti. Malangnya ada beberapa artis tertipu dengan mainan Asri lantas menyokong Asri. Ini semua menunjukkan dalam ketiadaan ulama yang menyokong Asri kecuali permainan media maka dikutip mereka-mereka yang kurang arif agama pula menyokong Asri termasuk golongan yang kelihatan banyak menentang hukum-hakam Islam seperti yang bernama SIS "sisters in islam" dan sebagainya.

Terlupakah kita dengan kes Dr. Aminah Wadud? Siapa yang berdiri dibelakangnya dan siapa yang berdiri dibelakang Asri.

Renung2kan.

bersambung pada coretan mendatang........selamat membaca dan mengkaji.

www.abu-syafiq.blogspot.com

17 November, 2009

Asri Hina Umat Islam, Pelajar Islam & Keturunan Syed

Asri Hina Umat Islam, Pelajar Islam & Keturunan Syed

Bekas Mufti Yang Hingusan? Bercakap Macam ...........(namakan)


http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6014578.asp


Dr. Asri Hina Umat Islam, Pelajar Islam & Keturunan Syed


http://www.youtube.com/watch?v=wdPcL22AsiY

13 November, 2009

ULAMA ISLAM SANGGAH ASRI WAHHABI




ULAMA ISLAM SANGGAH MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN


(1) Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin dalam tulisannya Mengapa Insan Mencari Agama di ruangan Pelita Ilmu, Risalah Tauhid, Majalah i, April 2003 berkata:
“Ada pula yang apabila menemui seseorang yang baru menganut Islam atau ingin memahami Islam maka dia mengatakan: “Engkau wajib menghafal sifat dua puluh dengan perbahasan falsafahnya jika tidak iman engkau tidak dikira sah dan solat kau juga tidak bermakna…

Ini semua adalah contoh golongan yang menyusahkan manusia mendekati dan memahami Islam dengan cara yang jelas dan diterima.” Intaha.

Sanggahan:

1. Dakwaan Dr. Mohd Asri di atas tanpa sebarang bukti yang menunjukkan kejadian yang didakwa itu benar-benar berlaku seperti dengan data-data orang yang berkata sebegitu, masa dan tarikh kejadian dan tempat kejadian. Di sini, Dr. Asri cuba secara halus dan seni untuk menjauhkan umat Islam dari pengajian tauhid Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah al-Asha^irah al-Maturidiyyah.

2. Jikalah kejadian itu benar-benar berlaku, maka kata-kata itu tidak diungkapkan oleh orang alim dalam pengajian sifat dua puluh tetapi diungkapkan oleh peribadi yang jahil. Ini kerana jelas dalam kitab pengajian sifat dua puluh tidak mewajibkan ke atas setiap mukallaf untuk menghafal sifat dua puluh tersebut, bahkan mereka diwajibkan (fard ^ayn) agar mempelajari dan mengetahui sifat-sifat tersebut beserta dalil aqli. Adapun untuk mendalami dan mahir ilmu tauhid Ahlis-Sunnah al-Asha^irah al-Maturidiyyah ini dengan menguasai segala dalil naqli dan dalil aqli, maka itu hukumnya fard kifayah. Menghafal merupakan salah satu cara untuk menjadikan seseorang itu pakar dalam sesuatu bidang, termasuk bidang ilmu tauhid ini. Oleh itu, menghafal segala dalil itu bukanlah satu perkara fardu ke atas setiap mukallaf, bahkan diwajibkan ke atas sesebuah masyarakat Islam di suatu kampung atau mukim atau daerah atau negeri atau negara agar segolongan yang menghafal segala dalil dan hujah iaitu yang pakar dalam ilmu ini secara mendalam. Jelaslah di sini pengajian ilmu tauhid pada tahap fard ^ayn tidak menyusahkan dan tidak rumit. Malah, apa jua ilmu yang dituntut secara mendalam memanglah suatu yang rumit dan susah terutama kepada orang awam.


(2) Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin dalam tulisannya Apabila Golongan Agama Melemahkan Agama dalam ruangan Fikrah, Majalah i, November 2005, hlm. 36 berkata:
“Jika pun dibincangkan persoalan akidah, mereka dipengaruhi falsafah Greek lama yang kadangkala perbincangannya tidak membawa sebarang kekuatan kepada akidah, bahkan membawa kepada kepenatan akal dan kecelaruan. Ini seperti sifat Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya. Kemudian diikuti dengan falsafahnya yang memeningkan. Sehingga guru yang mengajar pun tidak faham.

Untuk mengelak guru dipersoalkan pelajar, guru itu akan berkata: “Siapa banyak bertanya maka lemah imannya...”. Maka akidah sebenar hilang dalam kepincangan perbahasan falsafah warisan Greek dan Yunan.” Intaha.

(3) Dr. Mohd Asri berkata dalam temubual wartawan Berita Harian Tuan Nazuri Tuan Ismail yang bertajuk Akidah luntur punca masyarakat Islam mundur. Ilmu tauhid cetek, pemikiran ulama dipengaruhi falsafah Greek sebabkan iman muslim celaru, dalam ruangan Soal Jawab, Berita Minggu, Ahad 14 Januari 2007 hlm. 12:
“Umat Islam juga mudah dipengaruhi falsafah Greek lama yang kadangkala perbincangannya tidak membawa sebarang kekuatan kepada akidah, bahkan membawa kepada kepenatan akal dan kecelaruan. Ia seperti sifat Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya. Kemudian diikuti dengan falsafahnya yang memeningkan. Sehingga guru yang mengajar pun tidak faham.

Untuk mengelak guru dipersoalkan pelajar, guru itu akan berkata: “Siapa banyak bertanya maka lemah imannya”. Maka, akidah sebenar hilang dalam kepincangan perbahasan falsafah warisan Greek dan Yunan.” Intaha.

Sanggahan:

1. Dengan kesarjanaannya sepatutnya Dr. Mohd Asri mengemukakan analisa perbandingan falsafah Greek lama dengan pengajian tauhid al-Asha^irah al-Maturidiyyah. Kemudian barulah buat kesimpulan bahawa pengajian tauhid mereka dipengaruhi falsafah Greek lama jika benarlah begitu. Oleh itu, selayaknya dakwaan Dr. Mohd Asri itu dianggap suatu fitnah ke atas al-Asha^irah al-Maturidiyyah!!

2. Dr. Mohd Asri menyatakan di atas: “…yang kadangkala perbincangannya tidak membawa tidak membawa sebarang kekuatan kepada akidah…”. Oleh kerana masalah yang cuba diutarakan oleh Dr. Mohd Asri adalah masalah “kadangkala”, maka ini bukanlah suatu isu besar untuk dibahaskan sehingga seolah-olah beliau cuba secara halus dan seni untuk mengajak umat Islam meminggirkan atau membuang pengajian tauhid al-Asha^irah al-Maturidiyyah.

3. Adakah dengan dinyatakan bahawa Allah ada lawannya tiada dan selanjutnya, lalu dikatakan bahawa ini kecelaruan dan memenatkan akal? Sedangkan ini suatu yang jelas bahawa kata antonim (kata yang berlawanan makna) bagi kalimah ada ialah tiada dan selanjutnya… Jadi, siapakah yang membawa kecelaruan dalam isu ini? Sebenarnya, dalam pengajian tauhid al-Asha^irah al-Maturidiyyah tidak ada kata-kata Allah ada lawannya tiada dan selanjutnya, bahkan yang ada ialah Allah wajib ada dan Allah mustahil tiada dan selanjutnya kecuali dalam beberapa kitab kecil atau risalah ringkas.

4. Sewajarnya orang yang tidak faham tidak layak menjadi guru dalam apa jua ilmu pun, apatah lagi dalam ilmu tauhid! Dakwaan Dr. Mohd Asri di atas sepatutnya beserta dengan bukti yang menunjukkan guru tersebut benar-benar wujud seperti nama guru tersebut, tempat kejadian dan tarikh dan masa kejadian supaya dia dapat dihalang dari mengajar orang lain tentang perkara yang dia sendiri tidak faham. Jika tidak, maka itu sekadar cerita rekaan Dr. Mohd Asri sebagai pendekatan halus untuk mencampakkan pengajian tauhid Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah dari umat Islam. Jikalah guru yang tidak faham itu benar-benar wujud, maka kemungkinan dia bukan dari kalangan ulama al-Asha^irah al-Maturidiyyah dan mereka menyamar sebagai guru yang mengajar ilmu tauhid sebagai cara halus untuk menimbulkan kekeliruan dan keraguan terhadap ilmu tauhid tersebut.

5. Adakah Dr. Mohd Asri mahu mengatakan bahawa ulama muktabar yang berpegang dengan pendekatan ilmu kalam tidak mengajar aqidah tauhid yang sebenar atau beliau mahu mengkafirkan mereka? Adakah Dr. Mohd Asri menganggap selama ratusan tahun aqidah tauhid yang telah pun disampaikan oleh para ulama ke seluruh kepulauan Melayu bahkan seluruh dunia bukan aqidah sebenar? Adakah Dr. Mohd. Asri menganggap bahawa umat Islam di seluruh dunia ini tidak berpegang dengan akidah sebenar kecuali mereka yang mengikut ajaran Wahhabiyyah yang diasaskan oleh Muhammad ibn ^Abdul-Wahhab?

(4) Dalam ruangan Pena Mufti dalam Utusan Malaysia yang bertajuk Mudahkan pendekatan Islam, jangan ekslusifkannya, Ahad 5 Ogos 2007 Dr. Mohd Asri menyatakan:
“Pendekatan yang menyukarkan ini berlarutan sehingga dalam pengajian aqidah. Sesetengah perbincangan dipengaruhi falsafah lama yang kadang-kala tidak membawa kekuatan kepada akidah, bahkan kepada kepenatan akal dan kecelaruan.
Ini seperti Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya. Kemudian diikuti dengan falsafahnya yang memeningkan. Sehingga guru yang mengajar pun tidak faham. Untuk mengelak guru dipersoalkan pelajar, guru itu akan berkata: “Siapa banyak bertanya maka lemah imannya…”.
Maka tidak hairanlah jika yang baru menganut Islam kehairanan bertanya: Mengapa Tuhan itu ada, selepas lawan maka Dia sudah tiada? Akidah sebenar hilang dalam kepincangan perbahasan falsafah.
Akidah Islam adalah bersih dan mudah difahami. Bacalah al-Quran dan al-sunah, lihatlah perbincangan akidah dalam kedua sumber agung itu, sangat jelas dan tidak berbelit. Dalam hanya beberapa ayat seperti isi al-Ikhlas, al-Quran menyerlahkan konsep akidahnya, tidak perlu menyukarkan.” Intaha.

Sanggahan:

1. Sekali lagi Dr. Mohd Asri nengemukakan dakwaan tanpa sebarang bukti. Dr. Mohd Asri hanya sekadar berprasangka buruk dengan berkata: “Maka tidak hairanlah jika yang baru menganut Islam kehairanan bertanya: Mengapa Tuhan itu ada, selepas lawan maka Dia sudah tiada?. Ini sekadar “jika” bukannya benar-benar berlaku. Kemudian, kata-kata ini: Mengapa Tuhan itu ada, selepas lawan maka Dia sudah tiada?.." Ini mungkin suatu rekaan Dr. Mohd Asri yang mungkin juga menjadi unsur kecindan atau jenaka yang cuba diselitkan dalam tulisannya dan adalah satu pendekatan halus dan seni untuk mencemuh pengajian tauhid Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah al-Asha^irah al-Maturidiyyah. Dakwaan Dr. Mohd Asri ini dapat disangkal dengan bukti yang telah dilaporkan di ruangan Nur Ilahi, berjudul Bekas Pembantu Paderi Katolik Kagum Dengan Sifat 20 dalam majalah al-Islam Julai 2009, halaman 39:
“…Di ulang tahun kelahirannya, Alif menerima hadiah berupa sebuah buku yang bertajuk Sifat 20. “Saya berasa terlalu gembira menerima hadiah itu. Bagaikan orang dahaga diberikan air sememangnya saya benar-benar ingin mengetahui dan mengenali sifat-sifat Allah. Sebaik sahaja saya membaca buku tersebut, hati saya berasa begitu kagum sekali dengan Allah. Rupanya baru saya tahu Allah itu esa dan tunggal tidak seperti Kristian yang berpegang kepada konsep triniti. Saya hayati sifat-Nya dan saya bandingkan dengan Jesus dan ternyata Allah itu Maha Suci dan Maha Agung”, katanya.” Intaha.


Sebenarnya sifat-sifat wajib bagi Allah, sifat-sifat mustahil bagi-Nya dan sifat harus bagi-Nya yang dibicarakan dalam pengajian tauhid Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah adalah ringkasan bagi keseluruhan isi ayat-ayat al-Quran yang membicarakan sifat Allah taala. Ulama Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah seperti al-Imam Abul-Hasan al-Ash^ari dan para pengikutnya al-Asha^irah serta al-Imam Abu Mansur al-Maturidi dan para pengikutnya al-Maturidiyyah telah membuat ringkasan ini sebagai usaha untuk memudahkan umat Islam memahami tauhid yang terkandung dalam al-Quran. Hanya segelintir manusia yang mampu membaca dan lebih-lebih lagi memahami keseluruhan ayat al-Quran. Pengajian aqidah secara kalam di sisi Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah al-Asha^irah al-Maturidiyyah tidak mengubah kandungan ajaran aqidah Islam, tidak menyukarkan atau mengaburkan pengajian aqidah tauhid, bahkan tidak meminggirkan al-Quran dan al-Sunnah. Bahkan, pengajian tauhid Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah itu mengambil intipati atau isi al-Quran dan al-Sunnah itu sendiri. Oleh sebab bukan semua mampu menghafaz dan menguasai semua ilmu yang terkandung dalam al-Quran dan al-Hadis, maka sebahagian ulama Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah menyusun ilmu aqidah yang ada dalam kedua-dua sumber tersebut dalam bentuk sistematik bagi memudahkan orang awam memahami aqidah dengan lebih cepat dan tepat. Sebagaimana ilmu hukum hakam yang telah disusun oleh ulama mujtahidin dalam bentuk sistematik berbentuk kitab bagi memudahkan orang awam memahami cara ibadah dan mualamah dengan betul seperti yang dianjurkan dalam al-Quran dan al-Sunnah. Hal yang sama juga berlaku kepada ilmu-ilmu Islam yang lain seperti ilmu usul fiqh contohnya adanya penyusunan perbahasan tentang ijmak dan qiyas, ilmu al-Quran contohnya adanya penyusunan ilmu tajwid dan qiraat dan ilmu al-Sunnah contohnya dengan penyusunan ilmu mustalah hadis dan al-jarh wal-ta^dil. Adakah semua ilmu yang disusun oleh para ulama muktabar ini boleh dianggap membelakangkan al-Quran dan al-Sunnah? Tentu sekali tidak! Bahkan usaha penyusunan ilmu-ilmu Islam itu seperti ilmu tauhid adalah suatu usaha untuk memudahkan umat Islam memahami al-Quran dan al-Sunnah dan juga menjaga ketulenan ajaran yang terkandung dalam kedua-dua sumber utama tersebut…


Lihatlah meskipun ilmu-ilmu yang berkaitan al-Quran misalnya seperti ilmu tajwid, ilmu qira’at, ilmu tafsir dan seumpamanya itu bukanlah ilmu fard ^ayn yang biasanya mampu dipelajari oleh segolongan manusia yang mempunyai daya akal yang kuat, ia tetap disusun oleh ulama muktabar bagi memudahkan para penuntut memahami al-Quran dan al-Sunnah. Maka apatah lagi ilmu aqidah tauhid yang bertahap fard ^ayn, sewajarnya disusun agar dapat mudah dan cepat difahami oleh semua orang yang semestinya tahap akal mereka berbeza-beza?..


(5) Terkini, Dr. Mohd Asri mengulangi lagi fitnahnya yang sama dalam Mingguan Malaysia, Ahad 6 Jun 2009:
“Akidah adalah teras Islam. Akidah Islam itu mudah dan jelas. Semudah dan sejelas akidah dalam Surah al-Ikhlas. Sesiapa yang membaca al-Quran seperti Surah al-An'am akan mendapati kejelasan akidah Islam. Ia tidak berbelit-belit seperti sukatan yang mengajar sifat Allah dengan menghafal; Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta. Ramai yang muallaf dan bukan muallaf tidak jelas mengenai akidah dan mudah 'menukar agama' walaupun menghafal sukatan ini. Ini kerana sukatan tersebut adalah ajaran falsafah yang tidak sekukuh akidah yang mudah dan jelas yang diajar oleh al-Quran dan al-Sunnah. Kita perlukan tajdid dalam hal ini.”. Intaha.

Sanggahan:

1. Apakah yang berbelit-belit dalam pengajian aqidah secara ilmu kalam? Kalaulah ungkapan Allah ada lawannya tiada dan seterusnya itu berbelit-belit adalah suatu pembohongan dan fitnah semata-mata! Ungkapan “Allah ada lawannya tiada” dan seterusnya itu adalah dalam bentuk bahasa yang mudah, amat jelas dan tak berbelit-belit pun. Namun, perlu diingatkan bahawa semua ilmu hendaklah diambil secara talaqqi termasuk ilmu tauhid bagi mengelak salah faham dan kekeliruan.

2. Sepatutnya Dr. Mohd Asri membuat kajian tentang faktor muallaf dan bukan muallaf ramai yang tidak jelas mengenai aqidah dan mudah tukar agama walaupun menghafal sukatan pengajian aqidah secara ilmu kalam Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah dan kemukakan kes dan statistiknya jika benarlah mereka menghafal sifat-sifat tersebut!

WaLlahu a^lam…

Rujukan: http://www.al-dununiyy.blogspot.com/

10 November, 2009

ASRI BAPAK SETAN- PAS & PKR

DR. ASRI BAPAK SYAITON- IJMA' PAS & PKR











05 November, 2009

MUFTI PERLIS HINA JAIPs


JUANDA MENGAJAR DISURAU. ADA TAULIAH KE TU?


JUANDA KUTUK PENAHANAN ATAS ISU TAULIAH/KEBENARAN


DI BAWAH INI PULA ENAKMEN JENAYAH SYARAK PERLIS YANG MENGHALANG DAN BERTINDAK KEPADA PENGAJAR TANPA TAULIAH


MUFTI PERLIS SEKARANG JUANDA JAYA YANG MENERUSKAN AGENDA DR. ASRI MENYEBARKAN FAHAMAN PELIK MENGHINA ENAKMEN YANG WUJUD DALAM JENAYAH DALAM SYARAK 1991 NEGERI PERLIS SENDIRI.

Sebelum ini (03.11.09) Mufti Perlis mengatakan: Isu tauliah mengajar agama adalah isu lapuk yang diwarisi sejak zaman penjajah.

Abila kita melihat pada Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perlis sendiri mengamalkan tindakan mendenda dan mempenjarakan sesiapa yang mengajar di negeri Perlis tanpa kebenaran/tauliah sepertimana termaktub pada Enakmen Nom 29 Seksyen 33 Jenayah Syarak Negeri Perlis. Malangnya Juanda Jaya mengatakan isu tauliah adalah lapuk yang diwarisi sejak zaman PENJAJAH. Kenyataan itu adalah termakan pada dirinya sendiri.

Amat pelik golongan ini mengutuk Enakmen yang ada dalam negeri mereka sendir demi menegakkan benang yang basah dalam kes penahanan Dr. Asri oleh JAIS.

SEMUA MUFTI MALAYSIA TOLAK ASRI & SOKONG JAIS

KENYATAAN MUFTI PAHANG DAN MUFTI PERAK TOLAK ASRI


Mufti Pahang sokong tindakan Jais

KUANTAN - Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin ketika menyampaikan ceramah agama di sebuah banglo di Selangor.

Katanya, Dr Mohd Asri didakwa cuba mengelirukan masyarakat Islam melalui pertikaian mengenai amalan-amalan sunat yang dilakukan umat Islam sebelum ini, di dalam ceramah yang disampaikan.

“Pahang sudah menyedari perkara berkenaan dan tahun lalu, Jaip tidak membenarkan tokoh ulama (Dr Mohd Asri) itu mengadakan ceramah, di sini atas dasar itu.

“Kita tidak mahu masyarakat terkeliru dengan ceramah yang disampaikan mengenai amalan-amalan sunat yang sering dilakukan sebelum ini dan beliau seharusnya menghormati amalan yang diamalkan setiap negeri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam.

Abdul Rahman berkata, itu tidak bermakna setiap penceramah perlu mendapat tauliah terlebih dahulu sebelum menyampaikan ceramah di negeri.

“Selagi mereka tidak mempertikaikan perkara sedemikian, tidak timbul masalah dalam soal tauliah atau tidak. Yang penting, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) memandang serius isu berkenaan bagi mengelak berlaku kekeliruan terhadap fahaman dan amalan yang dilakukan.

“Kita mempunyai amalan yang dilakukan mengikut dalil yang sahih merujuk kepada kitab yang diperakui.

“Kita juga tidak mempertikaikan ilmu yang beliau ada, namun pendekatan yang digunakan itu, menggambarkan beliau mahu memecah-belah masyarakat dengan isu sensitif dalam ceramah yang disampaikan,” katanya.

Katanya, Jaip juga sudah mengenal pasti beberapa pihak yang mempunyai niat seumpama itu ketika menyampaikan ceramah di negeri ini.

“Jaip sedang mengawasi pihak yang berkemungkinan cuba menyebarkan fahaman yang cuba mengelirukan masyarakat Islam dan penguat kuasa Jaip juga sudah bersedia untuk mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya pihak berkenaan meneruskan aktivitinya.

“Saya berharap, masyarakat peka dan tidak keliru sekiranya terdapat pihak yang tampil dan cuba menyampaikan dakwah bertujuan untuk mengelirukan dan mempertikaikan amalan yang diamalkan sebelum ini,” katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/com/content/story5569563.asp



Asri wajar ditahan, tidak ikut undang-undang

IPOH - Kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak sepatutnya dijadikan isu dan dipertikaikan.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tindakan itu adalah wajar kerana bekas mufti itu secara terang-terangan tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan dalam pentadbiran agama negara ini.

Menurutnya, sebagai sebuah negara berperlembagaan yang memberi kuasa kepada pentadbir-pentadbir agama seperti Jabatan Agama Islam, Majlis Agama dan Mahkamah Syariah menjalankan tugas, penangkapan terhadap mana-mana individu yang mengajar agama tanpa pentauliahan adalah wajar.

"Saya pelik kenapa orang ramai riuh rendah, termasuk orang-orang atasan yang mendukung negara. Perkara ini tak perlu jadi isu.

"Saya juga pelik kenapa Dr Mohd Asri tidak ambil berat dengan amaran yang dibuat Jais sebelum ini, tak ada tauliah memang tak boleh tapi dia tak endahkan," katanya kepada Sinar Harian semalam, mengulas isu penangkapan bekas mufti itu Selasa lalu.

Mengenai pentauliahan, Harussani berkata, semua pihak perlu akur dengan perlembagaan dan enakmen berkaitannya yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap negeri serta telah disahkan oleh raja-raja.

Menurutnya, enakmen berkenaan sudah diselaraskan di seluruh Malaysia supaya terdapat kawalan dari segi penyebaran agama di setiap negeri.

"Tak ada (tauliah) memang salah, tak ada siapa pun yang berkecuali termasuk saya sendiri. Jika saya hendak berceramah di negeri lain, saya juga mohon tauliah, ibarat kita mohon lesen sama seperti bidang profesional lain yang perlu ada lesen," katanya.

Beliau berkata, semenjak Islam berada di Malaysia, Mazhab Shafie adalah pegangan umat Islam dan atas dasar itu perlembagaan dalam undang-undang Islam negara ini berperanan mengawal jika terdapat ajaran-ajaran yang bertentangan dihebahkan.

"Negara kita ada prinsip lima rukun negara, kalau tak guna salah satu daripadanya, tak betullah.

"Situasi negara kita sekarang sudah teruk dengan momokan isu politik, cukuplah dengan hal itu sahaja jangan sampai hal-hal agama pula jadi tak betul," katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/com/content/story5570667.asp

03 November, 2009

Dr Maza Suka Menghukum Sesatkan Ulama Islam Dengan Fakta Bohong




MOHD ASRI ABDUL TALIB & ZAINUL ABIDIN GEMAR MENGHUKUM SESAT KE ATAS ULAMA ISLAM SECARA MELUAS DI MEDIA-MEDIA DENGAN MENGUNAKAN FAKTA BOHONG&PALSU.

1- DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN SUKA MENGHUKUM GOLONGAN ULAMA ISLAM SUFI SEBAGAI SESAT AKIDAHNYA.

2- DR. MOHD ASRI MENGHUKUM ULAMA ISLAM SEPERTI IBNU ARABI SEBAGAI SESAT SECARA UMUM.

3- MOHD ASRI MEMBAWA FAKTA PALSU APABILA MENGHUKUM ULAMA ISLAM SEBAGAI SESAT.

4- ASRI MENIPU MASYARAKAT ISLAM DENGAN MEMBAWA FAKTA BOHONG DEMI MERIALISASIKAN IMPIANNYA MENGKAFIRKAN ATAU MENGSESATKAN ULAMA ISLAM YANG TIDAK DISUKAINYA.

5- ASRI MEMBOHONGI SEJARAH DENGAN MEMALSUKAN KENYATAAN KONONNYA IMAM IBNU HAJAR AL-ASQOLANY SALING MENYESATKAN IMAM IBNU ARABI SECARA YAQAZAH DAN BERJUMPA SEDANGKAN MEREKA BERDUA TIDAK PERNAH BERTEMU.


Kata Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (MINDA TAJDID) :
" ulamak Al Abbas pernah melakukan mubahalah, begitu juga Ibnu Hajar Al-Asqalani (penyusun kitab Bulughul Maram) pernah mencabar pendapat kesesatan ahli sufi Ibnu Arabi dengan mubahalah apabila pertengkaran mereka melarat sampai ke pengetahuan Sultan. “Ketika itu, Ibnu Hajar dan Ibnu Arabi bermubahalah di mana dia berkata kalau Ibnu Hajar berada di atas petunjuk Allah, Allah akan laknat aku dan begitu juga jika dia berada di atas kesesatan Allah."


Dipetik dari kenyataan Mohd Asri sendiri di laman webnya: http://drmaza.com/home/?p=314

Sanggahan saya (Abu Syafiq):

Jelas Mohd Asri suka menyesatkan ulama Islam bahkan menghukum golongan sufi sebagai sesat secara meluas di media-media. Ini jelas membawa kepada fahaman pelampau kelak generasi akan suka menghukum ulama Islam seperti ahli sufi sebagai sesat secara sembrono.

Kemudian dalam sejarah membuktikan Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani lahir pada 773H dan Imam Ibnu Arabi wafat meninggal tahun 638H iaitu sudah pasti kedua-duanya tidak pernah bertemu bahkan beza antara kelahiran Ibnu Hajar dengan jarak kematian Ibnu Arabi adalah 135tahun. Maka bila pula mereka berdua bertemu kemudian saling menyesatkan satu sama-lain seperti dakwaan Asri yang terkenal membawa fakta palsu dan bohong??! Ini boleh menjelaskan bahawa Asri akan mengkafirkan dan menyesatkan mana-mana ulama yang tidak disukainya dengan mendatangkan fakta palsu dan bohong.

02 November, 2009

HORMATILAH YAHUDI- Dr.Maza





MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN MINTA UMAT ISLAM HORMATI YAHUDI WAKTU YANG SAMA DIA MENGHINA JABATAN AGAMA ISLAM

Mohd Asri Bin Zainul Abidin (atau nama asal ayahnya yang diubah setelah dia sendiri mengharamkannya iaitu Abdul Talib) beliau iaitu Dr. Mohd Asri kelihatan jelas cuba mengajak manusia menghormati Yahudi. Dalam masa yang sama Mohd Asri tidak menghormati Institusi dan Jabatan Agama Islam bahkan menghina Jabatan-jabatan agama Islam dengan begitu meluas di media-media. Cubalah pembaca budiman renung seorang lelaki ini sanggup menghina orang yang Islam bahkan menghina Jabatan Islam waktu yang sama menyuruh umat Islam agar menghormati Yahudi. La Haulawala Quwwata Illa Billah.

-Umat Islam Dan Jabatan Islam Asri Hina. - Orang Yahudi Pula Asri Suruh Diberi Penghormatan. Subhanallah.

Inikah pejuang yang dibanggakan oleh SIS? oleh parti politik di Malaysia yang berani dan sanggup berjuang dengan nama Islam nan adil? Ketahuilah anda semua telah ditipu oleh lelaki ini. Jangan terperangkap dengan jerat Musyabbihah Mujassimah Takfiriyah.

PENGHINA INSTITUSI&JABATAN AGAMA ISLAM DITANGKAP

MINDA TAJDID PENGHINA INSTITUSI&JABATAN AGAMA ISLAM DITANGKAP


02.11.2009 KUALA LUMPUR: PENGHINA INSTITUSI-INSTITUSI DAN JABATAN-JABATAN AGAMA ISLAM IAITU Mohd Asri Zainal Abidin ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tengah malam tadi kerana disyaki mengajar tanpa tauliah.

Beliau ditahan di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 100 pengikut.

Apabila pasukan Jais memasuki premis berkenaan sekumpulan lelaki cuba menghalang anggota penguat kuasa menahannya.

Anggota Jais dikatakan memasuki banglo berkenaan kira-kira jam 9 malam dan kelihatan membawa Dr Mohd Asri keluar pada jam 12.10 ke Balai Polis Hulu Klang.

Antara kenyataan Mohd Asri adalah: "Jabatan Yang Paling LEMBAB Di Malaysia Ini Adalah Jabatan Agama Islam" (Rujuk: Majalah MILENIA, Januari 2007, Bil 53, m/s 18) dan pelbagai penghinaan lagi yang dilemparkan oleh Mohd Asri ke atas Jabatan Agama Islam dan Institusi agama Islam di Malaysia dengan pelbagai kutukan secara umum dimuatkan dalam keratan akhbar dalam kalumnya dan juga majalah-majalah. Jelas Mohd Asri mempergunakan akhbar dan majalah untuk menghina Jabatan-jabatan agama Islam. Tidak perlu diberi ruang kepada si penghina Jabatan Agama Islam ini lagi selepas tangkapan ini dibuat.

Dilaporkan jam 9pagi nanti Mohd Asri akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Gombak Timur, Keramat atas kes tersebut.

JABATAN-JABATAN DAN INSTITUSI-INSTITUSI AGAMA ISLAM DI MALAYSIA YANG DINAUNGI OLEH YANG DIPERTUAN AGONG SULTAN MALAYSIA TELAH DIHINA OLEH DR. MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN BEKAS MUFTI NEGERI PERLIS.

ULAMA ISLAM AHLI SUNNAH WAL JAMAAH YANG BUKAN WAHABI MENYERU UMAT ISLAM AGAR MEMPERTAHANKAN JABATAN DAN INSTITUSI AGAMA ISLAM DI MALAYSIA INI DARI MEREKA YANG MENGHINA JABATAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSI AGAMA ISLAM SEPERTI MOHD ASRI BIN ABDUL TALIB TERSEBUT.


Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?