21 May, 2010

Ajalnya Si "Penangguh Ajal" ABUYA?





Kita pernah mendengar satu ketika beberapa tahun sebelum kematian Ashaari Muhammad (ABUYA) Pengasas Al-Arqam dapat dan boleh menangguhkan ajal seseorang. Benarkah dakwaan ini? Sekirannya Abuya dapat menangguh ajal mati seseorang mengapa dia sendiri mati? Ada pula dakwaan mengatakan Abuya belum mati lagi. Saya meminta pihak Abuya agar menjelaskan perkara ini yang diperkatakan dalam satu rakaman dalam VCD berbunyi:

"Sampai masa nak mati, ajal- abuya tahu dulu. Orang ni akan temui ajal sekian sekian masa. Abuya akan tanya; kita ni mati agak agak baik ke jahat?
Kata; mati baik. Tak pe, silalah ambik anak buah aku tu dulu. Tapi kalau jahat abuya minta tangguh dulu. Habis tu macam mana? Gantilah dengan siapa siapapun yang dah ‘siap’. Pengikut-pengikut, anak-anak ke, isteri ke. Ustaz Nizam tu (anak kedua Asaari) patutnya dah lama wafat, tapi abuya bertolak ansur dengan Allah, "Ya Allah bukan senang nak latih orang macam ni. Habis tu ganti? Ambillah Walidah (isteri Asaari yang mandul), lagipun dia tiada anak, bertakwa, Orang rohani. Lagipun kalau dia mati, dia ada peranan di alam Roh. Ganti Walidah. Ganti Ustaz Nizam.
Ha, benda-benda macam tu berlaku. Jadi macam tu berlaku. Kita tak perasan. Mati kitapun ditangguh. Mati kita boleh ditangguhkan. Abuya boleh runding dengan Tuhan supaya mati kita tu selamat".


_________________


Ashaari Muhammad, pengasas pergerakan Al-Arqam, pertubuhan yang diharamkan 16 tahun yang lalu, meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Ipoh, petang 13 mei.

Allahyarham Ashaari, 72, (gambar) yang mengidap jangkitan paru-paru meninggal dunia kira-kira 2.10 petang tadi.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Kampung Pilin, Rembau di Negeri Sembilan untuk dikebumikan.

Ashaari yang juga Pengerusi Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd berada di Ipoh dalam siri lawatan ke rangkaian perniagaan syarikat berkenaan.

Seorang kakitangan syarikat berkenaan, Marzuki Hussein, 57, berkata, Ashaari berada di Ipoh selepas melawat Thailand dan Kedah dan dikejarkan ke hospital Isnin lepas selepas mengadu sakit dada.

Jurucakap hospital berkenaan sementara itu berkata, Ashaari meninggal dunia pada 2.10 petang tadi.

“Ini siri lawatan biasanya ke rangkaian perniagaan Global Ikhwan,” kata Marzuki kepada pemberita selepas jenazah Allahyarham Ashaari disembahyangkan di sebuah banglo milik syarikat itu di sini.

Marzuki yang dipetik Bernama berkata, rumah berkenaan adalah rumah tamu syarikat berkenaan.

Rombongan yang membawa jenazah Allahyarham ke Rembau berlepas dari rumah berkenaan kira-kira 5.30 petang tadi.

Kira-kira 200 pengikut Allahyarham turut berada di rumah berkenaan.

Al-Arqam yang diasaskan oleh Ashaari pada 1968 telah diharamkan oleh kerajaan pada 1994 atas alasan ajarannya didapati menyeleweng.

Ekoran pengharaman pertubuhan itu, Ashaari ditahan bersama beberapa pemimpin kanan kumpulan itu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kemudian beliau dikenakan tahanan rumah di Rawang dan Labuan tetapi dibebaskan pada 25 Okt 2004.

Kerajaan telah mengharamkan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994.

Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam bertentangan dengan akidah dan syariah Islam sekali gus mengakibatkan syirik.

Mesra dikenali sebagai “Abuya” beliau pernah berkahwin lima kali dan mempunyai 34 anak.

Selepas berpisah dengan isteri pertama pada 1985, Abuya berkahwin satu lagi pada tahun 1987 di umur 49 tahun.

Al-Arqam yang diasaskan oleh Ashaari juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya di kalangan pelbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh negara.

Laporan-laporan terdahulu menyebut ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang dikelirukan dan menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah unggul.

Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, dan pertanian.

Pengakuan Ashaari tentang penglibatan dalam penyebaran agama Islam dan kegiatan-kegiatan lain pada 1994 dibuat secara langsung menerusi televisyen.

Bermula dengan 10 hingga 12 orang ahli pada 1968, keanggotaannya kemudian bertambah kepada sekitar 5,000 hingga 6,000 orang, malah ada laporan yang menyebut ia pernah mencecah 10,000 orang.

Namun menurut Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994, Al-Arqam pernah menerima 6,000 pengikut fanatik dan 15,000 orang yang bersimpati.

Aktiviti Darul Al-Arqam bermula pada 1971-72 di Kampung Datuk Keramat di sini tetapi operasinya berpindah ke Sungai Pencala dua tahun kemudian.

Bagaimanapun perkembangan pergerakan itu menjadi perhatian apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesan adanya penyelewengan akidah dalam organisasi itu.

Tindakan ke atas Al-Arqam dikatakan bermula apabila kerajaan mengharamkan buku Aurad Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam pada 1986.

Walaupun pergerakan itu sudah tidak wujud tetapi kegiatan ekonominya berkembang dengan kewujudan Kumpulan Rufaqa.

Dalam pada itu, Allahyarham Ashaari dikebumikan kira-kira 10 malam tadi.

Jenazah tiba menerusi kereta persendirian di Kampung Pilin, Rembau kira-kira 8.30 malam dan pengebumian diadakan di kawasan perkuburan berdekatan dengan surau.

Kira-kira 2,000 orang hadir pada upacara pengebumian.

No comments:


Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?