27 July, 2010

Kenyataanku Mengenai Seminar





Baru-baru ini saya sempat hadir ke Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan 2010 bertempat di Dewan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya yang berlangsung pada 20-22hb Julai 2010. Walaupun ia tertulis peringkat kebangsaan tetapi saya menganggap ia seminar peringkat antarabangsa kerana dihadiri pembentangnya dari pelusuk negara.

Banyak pembentangan yang hebat dan tidak terlepas juga wujud pembentang yang karut langsung tidak ilmiah. Pandangan ilmiah berkaitan seminar itu adalah selepas menilai segala fakta yang telus lagi ilmiah. Terima kasih dengan ilmu yang disumbangkan oleh pembentang yang mulia seperti Dr. Syeikh Tarek Lahham (Global University), Dr. Syeikh Salim Alwan (Chairman Darul Fatwa Australia), Dr. Mas’ab al-Khoir Idris al-Said Mustafa al-Idrisi (Qatar University) dan Dr. Muhammad Salim Bin Muhammad Abu 'Asi dari Jamiah Qatar yang amat ilmiah pembentangannya. (rujuk seminar klik sini)

SEORANG PEMBENTANG YANG SAYA KAGUM
Tetapi yang paling saya kagum adalah keberanian dan keikhlasan seorang pembentang dari negara kita sendiri. Beliau merupakan dekan fakulti Usuluddin Universiti Malaya, beliau juga adalah tulang belakang dalam pembikinan seminar ini. Kepujian saya kepada beliau berdasarkan teks rasmi kertas kerjanya berjudul PENOLAKAN AL-ASHA'IRAH TERHADAP HURAIAN TAUHID RUBUBIYYAH DAN ULUHIYYAH MENURUT MUHAMMAD BIN ABD AL-WAHHAB. Di dalam kertas kerja beliau tersebut dinyatakan bahaya pemikiran pembahagian tauhid secara salah iaitu Tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma Wa Shifat yang dihuraikan secara salah oleh Ibnu Taimiah dan Muhammad bin Abdul Wahhab pengasas agama Wahabi perlu dibubar.

Bahkan keikhlasan beliau lebih terserlah apabila di akhir kertas kerjanya itu beliau menyatakan secara jelas bahawa beliau menarik balik kenyataan lamanya sendiri pada tahun 2006 perihal pembahagian tauhid tersebut yang nampak seperti memihak kepada pembahagian tersebut. Sedangkan sekarang apabila beliau telah bergelaf Prof Madya dan banyak mengkaji maka keputusan muktamad dan kenyataan terakhir beliau adalah umat Islam seluruhnya terutama di Malaysia perlu menjauhi ilmu salah pembahagian tauhid kepada 3 itu yang disusun dengan huraian yang salah oleh Ibnu Taimiah dan bapak Wahabi Muhammad bin Abdul Wahhab. Beliau menolak sekeras-kerasnya pembahagian tauhid tersebut kerana huraiannya yang bahaya dan amat menyimpang.

Disini saya letakkan salah satu resolusi rasmi seminar pemikiran Islam tersebut:

ke-5 : نخرج توصية لوزارة الشئون الدينية بأن تحذف من المناهج في المدارس والمعاهد والجامعات تقسيم التوحيد إلى توحيد ألوهية وربوبية وصفة لأن هذا مدخل لتفريق الطلاب والناس ومدخل لتكفير وتضليل أهل السنة والجماعة .

Dikeluarkan usul rasmi kepada Kementerian Hal Ehwal Agama supaya dihapuskan di sekolah-sekolah, pusat-pusat pengajian dan universiti-universiti silibus pengajian tauhid yang salah iaitu tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Aswa Wa Shifah yang juga dihuraikan secara salah kerana ia boleh membawa kepada kepincangan pelajar, masyarakat serta membawa kepada hobi gemar mengkafirkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Wassalam.
Abu Syafiq

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?