16 December, 2010

Raja Perlis Pilih Mufti Bodoh Hadis? Juanda Palsukan Hadis Nabi




Saya amat simpati dengan pihak istana Raja Perlis kerana sering (tanpa sedar hakikat) telah tertipu dengan golongan Wahabi yang jenis pelampau dan tidak amanah pada agama Allah. Lantas berlaku pemilihan mufti perlis dilantik dengan lobian pihak tertentu yang juga terpengaruh dengan fahaman Wahabi yang melampau seperti juga mantannya sebelum ini. Waktu yang sama saya menghormati pihak istana sana walaupun saya bukan berasal dari negeri indera kayangan itu. Cuma monopoli beberapa pihak dalam menyebarkan ajaran songsang mereka dengan mempergunakan nama istana amatlah jelas kemunafikan mereka.

Contohnya Mufti Perlis sekarang yang bukan orang Perlis pun yang juga ditolak oleh beberapa pegawai agama ditempat kerja lamanya dahulu yang lebih mengenalinya. Banyak sebab Juanda Jaya (kata orang namanya macam jalanraya Petaling Jaya kawasan disko) ini tak layak jadi Mufti Perlis bahkan pendakwah sekalipun malangnya dengan beberapa penyusunan pihak tertentu seperti mereka yang berfahaman Wahabi maka pihak istana seolah terpaksa mengambilnya menjadi mufti negeri itu walaupun dia seorang yang suka menghukum sesat ulama dan umat Islam serta cepat menghukum orang lain sebagai ahli bid'ah lagi sesat dengan membuta tuli tanpa dalil langsung.

Kini Mufti Perlis tersebut Juanda Jaya telah berani mengubah banyak perkara agama termasuk menukar hadith Nabi bagi memenangkan maksudnya yang salah menjerumus kepada penyandaran perbuatan nabi seolah dia (juanda) tahu isi hati, segala maksud Nabi dan ilmu2 ghaib.

Berkata Juanda Jaya Mufti Perlis dalam mengajak umat Islam menghormati Yahudi Zionis waktu yang sama dia (juanda) dalam banyak kenyataan2 sebelum ini menghentam dan tidak menghormati langsung ulama Islam (Yahudi dia hormati Ulama Islam Dia Hentam &Laknat Plak)katanya:

"Nabi Muhammad SAW bangun bagi menghormati jenazah seorang penganut Yahudi yang lalu di hadapannya".

Dakwaan Juanda itu kononnya Nabi Muhammad bangun untuk dan bertujuan MENGHORMATI jenazah Yahudi yang mati dalam keyahudiannya adalah dakwaan jahat, menipu lagi palsu ke atas Nabi Muhammad termasuk amaran keras dalam hadith Nabi yang bermaksud: "Sesiapa yang menipu keatasku maka layaklah baginya neraka". Riwayat Bukhari (106).

ٍSiapa kata tujuan Nabi bangun apabila berlalu jenazah yahudi itu adalah untuk menghormati penganut Yahudi yang mati dalam kekufurannya itu?!

Ya, setakat "bangun" memang ada hadith pernah dinyatakan dan terdapat huraian oleh ulama hadith dalam masaalah tersebut sehingga ia membawa kepada beberapaa hukum dalam mazhab tetapi bangun dengan tujuan MENGHORMATI jenazah kafir itu adalah tidak betul. Kita juga menanam/mengkuburi mayat orang kafir (bila perlu) tetapi ia tidak bermakna kita menghormati si yang telah mati dalam kafir itu.
Amat sedih Wahabi menghukum sesiapa yang berdiri dikubur Nabi atau bangun menghormati guru agama sebagai HARAM dan SESAT tetapi menghukum pula perbuatan bangun pada jenazah yang mati kafir dengan tujuan menghormatinya sebagai SUNNAH NABI pulak!..Wahabi agen Yahudi!.

Jika adapun yang mengatakan sedemikian maka ianya tertolak dengan keras kerana

1- Nabi tidak pernah pun menyatakan tujuan bangunnya baginda pada jenazah yahudi itu adalah untuk menghormati penganut Yahudi yang mati dalam kufur itu. Jika dirujuk pada banyak hadith dan syarahan berkaitan peristiwa tersebut jelas dinyataka oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk ulama hadith bangunnya baginda adalah antaranya bertujuan menghormati malaikat yang mencabut nyawa bukan untuk hormati yahudi yang mati kafir!. Rujuk syarah hadith tersebut oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani dalam Kitab Fathul Bari yang dikafirkan Wahabi.

2- Ulama Salaf sebenar termasuk ulama Mazhab Empat tidak pernah mengalakkan/mensunatkan umat Islam bangun ke atas jenazah Yahudi atau kafir dengan TUJUAN dan QASAD menghormati jenazah si orang yang mati kafir itu. Inikan pula hendak mendakwa tujuan bangunnya Nabi itu adalah untuk penghormatan si mati dalam kekufuran seperti dakwaan Mufti Perlis Juanda Joyo Wahabi ini.

So, apa tujuan Mufti Perlis memalsukan hadith Nabi ini? terjelas ianya adalah jika tidak untuk menjadi umat Islam menghormati Yahudi waktu yang sama saling membenci sesama muslim ianya adalah untuk menegakkan pendapatnya yang kolot ala Wahabi pelampau!.

salaf_perlisu0867785654@yahoo.com

No comments:


Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?