19 August, 2010

Wahabi Di Perlis, Perlis DiWahabikan?

Komen Isu Penyelewengan Wahabi Tulisan Dato Hj Nakhaei Ahmad




Baru-baru ini ada orang besar dari Perlis cuba nak takutkan saya dengan tuduhan palsu. Dia dakwa saya telah hukum Perlis sebagai negeri YAHUDI Syaitan KAFIR dan mcm2 lagi termasuk Wahabi. Orang besar itu kata dia sudah beritahu pada Raja Perlis saya cakap pasal negeri Perlis macam tu (PERLIS YAHUDI IBLIS SYAITAN KAFIR WAHABI). Saya terus call orang tersebut dan minta bukti tapi dia tiada bukti. Demikianlah kejahatan orang Wahabi yang melempar fitnah melaga-laga ukhwah Islam. Sehingga orang besar tersebut pun tertipu dengan mainan Wahabi lantas menyebabkan dia renggang dalam menjalinkan hubungan ukhwah dengan Ahl Sunnah lain.


BEKAS MB PERLIS MENGAKU DIRINYA WAHABI DAN MENGAKU AJARAN WAHABI ADA/WUJUD DI PERLIS
Kenapa nak marah bila ulama Islam sebut di Perlis ada manusia yang berfahaman Wahabi? Bukankah memang ada pengamal ajaran Wahabi di Perlis tu? Sebenarnya bekas MB Perlis dulu pun sudah mengaku dirinya sendiri sebagai Wahabi. Bahkan dia sendiri mendakwa di Perlis ada pengamal ajaran Wahabi cuma katanya pengamal ajaran Wahabi di Perlis tidaklah ramai sangat. Untuk mengatakan Perlis tidak ada Wahabi adalah perkara yang tidak realiti kerana beberapa pemimpin utama Perlis pun bangga dan mengaku mereka adalah Wahabi dengan mengatakan "SAYA WAHABI" daripada mengaku diri "SAYA MUSLIM" mereka sendiri ubah dan mengaku "SAYA WAHABI". Wahabi juga mendakwa Allah serupa dengan manusia iaitu Allah duduk atas kerusi, Allah bersifat dengan sifat yang lemah dan buruk dan pelbagai lagi.


BUAT RAJA PERLIS
Warkah terbuka patek buat Raja Perlis agar diadakan perbincangan dengan semua pihak dalam hal ini dan jangan mendengar dari satu pihak sahaja. Ini kerana saya turut difitnah kononnya mendakwa negeri Perlis adalah negeri YAHUDI KAFIR SYAITAN. Sedangkan saya tidak pernah menyatakan sedemikian. Semoga Allah memelihara Tuanku.

Wassalam

17 August, 2010

Fatwa Mufti Selangor & Jabatan Mufti Selangor Perihal Akidah WAHABI





Nombor Rujukan Jabatan Mufti Selangor: ( 90 ) dlm.mufti.sel 500-1.Jld.3 Bertarikh 13 Ogos 2010 / 03 Ramadhan 1431. Jawapan Fatwa Adalah Seperti Berikut:

i- Kepercayaan Allah berjisim dan bersifat duduk bersila atau Allah bertempat adalah kepercayaan atau i'tiqad kaum MUSYABBIHAH (MUJASSIMAH). Dinamakan kaum musyabbih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhlukNya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Di antara i'tiqad sesat mereka yang bertentangan dengan i'tiqad Ahlusunnah Wal Jamaah ialah seperti berikut:

a. Allah bermuka dan bertangan.
b. Allah duduk bersila di atas arasy.
c. Allah berada di langit.

d. Allah bertubuh serupa nur.

I'tiqad seperti di atas adalah bertentangan dengan i'tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah lagi sesat dan menyesatkan kerana Allah tidak boleh sekali-kali diserupakan dengan makhluk (al-Syura ayat 11). I'tiqad ini membawa kepada syirik yang mengeluarkan seseorang daripada Islam.

ii- Amalan bertawassul sama ada dengan nabi atau orang soleh adalah diharuskan kerana pada hakikatnya mereka yang bertawassul itu beri'tiqad segala usaha ikhtiar dan doa yang dilakukan oleh manusia hanya Allah sahaja yang memperkenankannya. (al-Maidah 35)

Sekian, Wassalam.

"BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA"

Saya yang benar,


(MAT JAIS BIN KAMOS)
Pegawai Hal Ehwal islam (Istinbat)
b/p: Mufti Negeri Selangor

12 August, 2010

Ucapan RAMADHAN KAREEM pun BID'AH disisi Wahabi (Asri)

WAHABI YANG SUKA MENGHUKUM BID'AH KE ATAS AMALAN UMAT ISLAM SERING MELATAH TAK TENTU PASAL.




Biasanya bila tiba bulan mulia bulan Ramadhan ada dikalangan umat Islam yang mengucapkan perkataan "Ramadhan Karim", perkataan tersebut adalah harus diucap kerana tiada dalil yang melarangnya lagi pun bukan kita sembah bulan Ramadhan kita sembah Allah. Malangnya Wahabi mengharamkan dan melarang ucapan perkataan tersebut dari diucap oleh mana-mana manusia. Pelik dan ganjil sungguh 'pe'el' tokoh2 Wahabi ni. Kalau diucap "Wahabi Karim" Muhammad Bin Abdul Wahabi KARIM" " Ibnu Taimiah AL-KARIM" ..kita akan dapati Wahabilah orang pertama yang akan menghalalkannya tetapi bila umat Islam ucap " RAMADHAN KARIM" tak blh plak. (Rujuk Fatwa Tokoh Wahabi Ibnu Uthaimien Dalam Kitabnya Fatawa Ibnu Al-'Uthaimien 20 Soalan nom 254).

Manakala kita Ahli Sunnah mengatakan bahawa tiada masaalah menyebut perkataan RAMADHAN KARIM ketika menyambut bulan mulia ini . Ya kerana KARIM bererti MULIA so diharuskan ucapan bahawa bulan Ramadhan ini bulan Mulia...RAMADHAN KARIM. Ini juga kerana Allah ta'ala sendiri menyandarkan perkataan KARIM itu kepada selainnya seperti firman Allah:

الَتْ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ إِنِّي أُلْقِيَ إِلَيَّ كِتَابٌ كَرِيمٌ (النمل:29)
وَكُنُوزٍ وَمَقَامٍ كَرِيمٍ (الشعراء:58)
أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الْأَرْضِ كَمْ أَنْبَتْنَا فِيهَا مِنْ كُلِّ زَوْجٍ كَرِيمٍ (الشعراء:7)
وَظِلٍّ مِنْ يَحْمُومٍ * لا بَارِدٍ وَلا كَرِيمٍ (الواقعة:44)
فَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ (الحج:50)
إِنَّمَا تُنْذِرُ مَنِ اتَّبَعَ الذِّكْرَ وَخَشِيَ الرَّحْمَنَ بِالْغَيْبِ فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ (يّـس:11)
مَا هَذَا بَشَراً إِنْ هَذَا إِلَّا مَلَكٌ كَرِيمٌ (يوسف:31)
وَلَقَدْ فَتَنَّا قَبْلَهُمْ قَوْمَ فِرْعَوْنَ وَجَاءَهُمْ رَسُولٌ كَرِيمٌ (الدخان:17)

Dengan Ini, Saya (Abu Syafiq) Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Dengan Ibadah Yang Lebih Sempurna Dari Ramadhan Sebelum Ini.

RAMADHAN KARIM BUT WAHABI NOT KARIM...hu hu

Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?