24 December, 2010

Saya Syiah- Asri Wahabi



SYIAH & WAHABI BERPAKAT BURUKKAN NAMA DAN KEADAAN UMAT ISLAM

Mohd Asri Bin Abdul Talib bekas Mufti yang dibuang merupakan seorang Syiah+Wahabi
(pengakuan asri sendiri: semasa di Jordan) Asri masa kat Kolej Islam Klang, dia join syiah dan jadi pendokong syiah di KIK, kemudian masa pergi jordan dia jumpa dengan gang wahabi, jadilah dia wahabi pula.... kesian dia tu... :'(

Semasa sebelum ke Jordan, katanya dulu dia dari kumpulan JIM (Jemaah Islah Malaysia) kemudian bila sampai di Jordan di join gang PAS, menjadi pemimpin utama pas di Jordan, ttp semasa tahun 1995 kena tendang dari PAS kerana telah menyebabkan Persatuan Pelajar Malaysia Jordan (PPMJ) dibubarka dek kerenah Asri

22 December, 2010

Penyelewengan Juanda Jaya (tukang khawarijkan org)


* PENTING. SILA RUJUK BUKTI BERDASARKAN NOMBOR YANG TELAH DIBERI.

- Rujukan bernombor (1): Kenyataan Juanda Jaya dalam pembentangan kertas-kerjanya bertajuk Feqh Munakahaat Dalam Masyarakat Di Malaysia.

- Rujukan bernombor (2) : Kenyataan Juanda Jaya dalam pembentangan kertas kerjanya bertajuk Ketokohan Muhammad Bin Abdul Wahhab.

- Rujukan bernombor (3): Kertas kerja Juanda Jaya berjudul Al-Syafi'e Antara Keaslian Dengan Salah Faham.

- Rujukan bernombor (4): Rakaman Perbualan dengan Juanda Jaya tahun 2008.


Kenyataan dibawah adalah dipetik dari lidah dan tulisan Juanda Bin Jaya:


1- Juanda Jaya mendakwa mazhab Syafi'e tidak adil (1).

2- Juanda Jaya mengkritik & mengkondem kitab Al-Umm karangan Imam Syafi'e (1).

3- Juanda Jaya mendakwa si isteri yang telahpun ditalak oleh suaminya masih lagi dikira sebagai isteri kepada lelaki itu secara sah walaupun belum ruju'(1).

4- Juanda Jaya menuduh dalam "Marhaban" ada penyamaan nabi Muhammad dengan Allah (1).Sedang ia sebaliknya.

5- Menghukum Tokoh ulama sebagai sesat (4).

6- Juanda Jaya mengakui bahawa Muhammad bin Abdul Wahhab adalah pengasas & guru besar Wahhabi (2). Wahabi pula menafikannya.

7- Juanda Jaya membohongi fakta kononnya Jazirah 'Arabiah tiada ulama Islam tiba-tiba muncul Muhammad Bin Abdul Wahhab menyelamatkan bumi(2).

8- Juanda Jaya mendakwa Muhammad bin Abdul Wahhab belajar sendiri dengan Ibnu Taimiah dan Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah (2). Sedangkan hakikatnya kedua-keduanya telah mati lebih 500 Tahun sebelum kelahiran Muhammad bin Abdul Wahhab.

9- Juanda Jaya mendakwa orang awam yang bertaqlid dengan mazhab adalah sesat (3).

10- Mendakwa Qubah di atas kubur itu adalah bid'ah sesat dan khurafat (2). Sedangkan di atas Maqam @ kubur Nabi Muhammad terdapat Qubah.

11- Mengakui Wahhabi menentang Daulah Khilafah Uthmaniyyah (2).

12- Melarang orang awam bertaqlid dengan mana-mana mazhab(3).

13- Melarang orang awam mengikut pandangan ulama Islam (3).

14- Mengharamkan umat Islam mengikut pandangan ulama Mujtahid waktu yang sama Juanda mewajibkan kepada orang awam permindahan ke mana-mana mazhab walaupun tiada dalil (3).

15- Mendakwa kononnya seluruh umat & ulama negara arab beraqidah sesat ketika zaman Muhammad bin Abdul Wahhab (2).

* Juanda Jaya al-Wahhabi ini turut mendakwa bahawa Muhamad Bin Abdul Wahhab adalah kekasih pilihan Allah (2) dan Mendakwa kononnya Muhammad Bin Abdul Wahhab telah dilantik oleh Allah sendiri untuk melaksanakan misi Allah (2). Demikian adalah ghuluw dirinya (Juanda) mendewa-dewakan orang yang dia sendiri tidak kenal.



www.abu-syafiq.blogspot.com

18 December, 2010

Asri Maki JAIS Isu Tolak Syiah. Tapi JAIS Senyap&Takut?

ASRI ITU WAHABI & SYIAH




Baru-baru Jabatan Agama Islam Selangor & Pihak Berkuasa Agama Selangor telah menahan lebih kurang 200 orang pengikut Syiah dalam serbuan ke tempat ajaran mereka yang sememangnya Syiah ini ditolak di Malaysia. Ya bagus penahanan itu dan pihak berkuasa termasuk JAIS tidak melakukan keganasan langsung sekadar hanya menyekat ajaran mereka yang telah difatwakan sesat dengan jelas. (boleh rujuk pada akhbar dan e-fatwa)



Tahukah anda bahawa Asri juga menyokong Syiah? Selain Syiah beramal dengan mut'ah yang kini adalah zina, Syiah juga menghalalkan liwat ke dubur dan Asri Wahabi ini kerap dan selalu membawa fatwa yang sama dengan mendakwa kononnya ulama Sunnah halalkan liwat pada dubur dan perkara ini diakui oleh anak-didiknya yang direkrut menjadi pemikir yang terrorist. (boleh cari bukti dalam blog ini)

Wahabi juga berpakat dengan Syiah agar mengucar-kacirkan islam yang tulen dengan melakukan peperangan sesama mereka supaya nama Islam nampak buruk kerana orang luar (bukan Islam) tidak lagi memandang keburukan itu terbit dari salah satu ajaran yang hanya mengaku Islam tetapi agar terus dihukum Islam secara total itu jahat&kotor lantas akan berkuranganlah orang bukan Islam untuk memeluk Islam. Inilah rangkaian dan startegik licik jahat golongan Wahabi dengan Syiah mereka berganding bahu dalam memburukkan nama Islam dan umat Islam.

Apabila pihak JAIS baru-baru ini menangkap pengikut Syiah Asri Wahabi telah memaki hamun Jabatan Agama Islam Selangor & Pihak berkuasa agama kerana menangkap Syiah dan Asri menyifatkan pula JAIS & Pihak Berkuasa Agama sebagai pengganas dan taliban kerana menyekat ajaran Syiah.


Umat Islam perlu mengetahui dan berhati-hati kerana Wahabi kini berkerjasama dengan Syiah demi memburukkan nama Islam. Paparan kononnya mereka saling tidak setuju antara satu sama lain adalah lakonan demi merialisasikan impian mereka iaitu Islam ini hancur dengan apa cara&gaya pun.

____________________________________________

APA ITU SYIAH?

Tidak harus mengikut ajaran Syiah samaada di Selangor atau dimana sahaja. Mereka bukan Ahli Sunnah. Sila baca penjelasan di bawah pasal SYIAH;



1. LATAR BELAKANG

Kebangkitan fahaman Syiah secara meluas di Malaysia bermula dari kemenangan revolusi Islam yang diketuai oleh Ayatullah Al-Khomeini di Iran pada tahun 1979 dan menjadikan Iran sebagai Republik Islam. Atas nama kerajaan Islam itulah rakyat Malaysia telah memberi sokongan tanpa menyedari orang-orang Iran yang berfahaman Syiah telah menyebarkan fahaman mereka dengan meluasnya di Malaysia.

2.1 Penyebaran fahaman Syiah di Malaysia dilakukan melalui beberapa cara :

a) Lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia yang di susuli dengan kempen dan penerangan fahaman mereka serta lawatan pelawat-pelawat Malaysia ke Republik itu.

b) Melalui pelajar-pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar ke Republik itu dengan diberi biasiswa dan kemudahan asas yang secukupnya atau melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia yang membuat lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia.

c) Memberi hadiah berupa buku fahaman Syiah kepada perpustakaan-perpustakaan umum seperti perpustakaan universiti, masjid dan toko-toko buku yang terkenal.

2.2 Di Malaysia terdapat 3 kumpulan Syiah yang berkembang beberapa tahun lalu :

a) Syiah Tayyibi Bohra (Dawood Bohra)

Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia dikenali sebagai golongan yang memiliki kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Klang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjid sendiri dengan jumlah pengikut dianggarkan 200 hingga 400 orang.

b) Syiah Ismailiah

Kumpulan ini dikenali dengan nama kedai Perbhai yang bergerak di Lembah Klang. Bilangan pengikutnya lebih kecil dari kelompok Bohra.

c) Syiah Ja’fariyah @ Imamiah Ithna Asyariah

Kumpulan ini dipercayai mula bertapak di Malaysia pada tahun 1979. pengaruh ajaran dan fahaman ini menular melalui bahan bacaan dan individu seperti pensyarah IPT. Beberapa buku utama Syiah telah dijadikan rujukan dan telah diterjemah dalam Bahasa Melayu. Pengikut kumpulan ini dianggarkan 300 hingga 500 orang.

2. PERKEMBANGAN SYIAH DI SELANGOR

Berdasarkan kajian dan siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis, Syiah di Negeri Selangor dikategorikan seperti berikut :

3.1 Pusat Pengajian Tinggi

Beberapa buah Pusat Pengajian Tinggi telah dikenal pasti menjadi sasaran Syiah bergerak iaitu Universiti Malay, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa dan Institut Teknologi Mara.

3.2 Orang Awam

Hasil penyiasatan JAIS bersama Polis dan JAKIM didapati beberapa orang penyebar fahaman ini telah bergerak cergas dalam kelompok kecil untuk berkempen dari rumah ke rumah. Di antara individu yang telah dikenalpasti ialah Syed Jaafar bin Abdul Hamid Al-Sagof, beliau didapati menyebarkan fahaman ini di Taman Permata dan Taman Melor di Hulu Klang.

3.3 Menubuhkan Persatuan

Terdapat usaha-usaha kumpulan ini menubuhkan persatuan untuk mengembangkan fahaman Syiah kepada orang ramai yang dikenali dengan nama “Darul Husaini” tetapi pendaftaran ditolak pada 19September 1992 atas nasihat MAIS dan JAKIM.

4 PENYELEWENGAN SYIAH

Berikut adalah antara cirri-ciri ajaran Syiah yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah:

4.1 Imam Adalah Maksum

Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia, kedudukan mereka sama seperti nabi-nabi. Pada iktiqad mereka Imam memelihara syariat dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal 72.

4.2 Kemunculan Imam Mahadi Bersama Orang Yang Telah Mati

Golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahadi untuk menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aishah, Hafsah, Muawiah dan lain-lain lagi.

Fakta ini dijelaskan dalam kertas Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al- Muzaffar, hal 83

4.3 Berpura-Pura

Mengikut aqidah Syiah, al-Taqqiyah ialah menunjukkan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali dalam masaalah arak dan menyapu khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku Al-Usul Min Al-Kafi juz 2 oleh Abu Jaafar Muhammad bin Yaakub bin Ishak al-Khulaini al-Razi. Hal

4.4 Menyanjung Saidina Ali Secara Keterlaluan

Syiah menyanjung Saidina Ali secara berlebih-lebihan hingga disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Al Khulaini. Jld.1.Hal. 197

4.5 Menghalalkan Nikah Mut’ah

Golongan Syiah menghalalkan Nikah Mut’ah. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Man La Yahduruhu Al- Faqih oleh Abu Jaafar Muhammad bin Ali bin Hussain Bahawiah Al-Qanuni. Juzu’ 1 hal 358

4.6 Menambah Syahadah

Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W. Perkara ini dinyatakan didalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Khulaini, Juzu’1, hal 441

4.7 Menolak Hadis Yang Diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadis Mutawatir.

Golongan Syiah juga menolak semua hadis yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun hadis itu sampai kepada darjat mutawatir. Mereka hanya berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Bait sahaja. Pegangan ini disebut dalam buku Aslu Al Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad Al Husain Ali Kasyif Al-Ghita’, hal 149

4.8 Menolak Ijmak Ulama’

Golongan Syiah tidak menerima pakai Ijmak Ulama’ buktinya mereka menolak perlantikan Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Malah mereka berpegang kepada pendapat-pendapat Imam mereka, kerana ijmak pada mereka adalah kesalahan, sedangkan pendapat Imam adalah maksum. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Imam Waliyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi, hal 51


4.9 Menolak Qias

Golongan Syiah juga menolak Qias kerana beramal dengan qias akan merosakkan agama. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Aslu al- Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita’, hal 149:


4.10 Mengubah ayat al-Quran

Dipercayai Syiah telah menambah beberapa ayat dalam al-Quran yang bukan dari ayat Al-Quran sebenar. Sila rujuk: m_syiq@yahoo.com untuk maklumat lanjut.


4.11 Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharam

Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan mnyeksa tubuh badan sempena 10 Muharam bagi menangisi kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira’, Baina al-Syiah wa al-Tasyayu’, oleh Doktor Musa al-Musawi. Hal 98:


4.12 Menghina Isteri-Isteri Nabi.

Golongan Syiah juga menghina isteri-isteri nabi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Tuhfah al-‘Awam Maqbul oleh Syed Manzur Husain, hal 330



4.13 Mengharuskan Jama’ Sembahyang Dalam Semua Keadaan

Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhu iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahan (Fiqh Lima Mazhab diantara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hilliyyah terjemahan Prof Madya Dr.Lutpi Ibrahim(thn. 1993) hal. 36:

Ja’fari: harus menjamakkan diantara sembahyang Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak sama ada di dalam musafir ataupun hadir tanpa sebab

4.14 Sembahyang Duha Adalah Bid’ah.

Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim. Hal 31 :

Ja’fari : sembahyang Duha adalah bid’ah. Para imam mazhab empat ianya sunat. Lantaran itu mereka menyalahi sunnah Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh al-Humaidi dalam al-Jami’ Baina al-Sahihain daripada Marwan al-‘Ajali, dia berkata: aku berkata kepada Ibn Umar “anda mengerjakan sembahyang Duha? Dia menjawab: “tidak”. Akupun bertanya lagi, Abu Bakr? Dia menjawab: “tidak”. Humaidi pula meriwayatkan dari Aisyah di dalam Musnad Aisyah, dia berkata sesungguhnya Nabi S.A.W tidak pernah mengerjakan sembahyang Duha. Abdullah b. Umar juga berkata, “Sembahyang Duha adalah bid’ah dari segala bid’ah


5 Terakhir

KEPUTUSAN

"Keputusan berdasarkan kajian termasuk kajian luar dapat disimpulkan bahawa fahaman Syiah didapati menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam yang menganut fahaman ini hendaklah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar”

_____________________________

ASRI SUKA SYIAH
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/asri-tahan-200-pengikut-syiah-bukti-malaysia-tuju-era-talibanisasi/
Asri: Tahan 200 pengikut Syiah bukti Malaysia tuju era talibanisasi
December 18, 2010
KUALA LUMPUR, 18 Dis - Bekas mufti Perlis mendakwa penahanan sekitar 200 pengikut Syiah oleh agensi agama di Gombak dekat sini Rabu lalu, tanpa sebarang tanda zahir mereka melakukan keganasan, bukti Malaysia menuju ke "era talibanisasi."
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, walaupun tidak bersetuju dengan ajaran Syiah tetapi tindakan pihak berkuasa menafikan kebebasan mengamalkan apa yang diyakini seseorang menunjukkan Malaysia menuju negara "ala Taliban."
Pengikut-pengikut itu termasuk rakyat tempatan dan asing dihadapkan di mahkamah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
"Walaupun saya secara peribadi tidak bersetuju dengan ajaran Syiah bahkan sering mengkritik dan berhujah dengan mereka, namun saya tidak dapat menerima pendekatan kerajaan Malaysia yang kononnya demokratik yang menafikan kebebasan rakyat untuk mengamal apa yang mereka yakin selagi tidak menggugat keselamatan awam.
"Malaysia cuba menjadi negara 'ala Taliban' yang hanya membenarkan satu aliran sahaja," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Asri juga menegaskan, sudah ada trend "tiada keterbukaan" dan agensi-agensi pihak berkuasa pula tidak mengamalkan perbincangan ilmiah terlebih dahulu."
Justeru kata Asri, jika trend itu berterusan beliau bimbing keadaan negara akan tegang dan unsur-unsur keganasan akan timbul.
"Ini biasanya meletus di negara yang hak bersuara selalu dinafikan. Mungkinkah kerajaan mempunyai agenda tersendiri dalam hal ini?" katanya lagi.
Malah menurut Asri, dalam era globalisasi pendekatan hujah dan ilmu hendaklah mendahului pendekatan kuasa dalam isu-isu hak rakyat.
"Hujah ditentang oleh hujah, bukan hujah ditentang oleh kuasa," katanya lagi.
Laporan Khamis lalu menyebut pihak berkuasa Malaysia mengesan kegiatan satu ajaran Syiah tegar, yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan, bergerak aktif di negara ini berikutan penahanan 200 pengikut dan dua ketua kumpulannya.
Dua ketua kumpulan itu termasuk seorang warga Iran telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat semalam dan dibebaskan dengan jaminan.
Para pengikut lain juga telah dibebaskan dengan jaminan Jais dan akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.
Kumpulan yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves dekat sini malam Rabu lalu, menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.
Kumpulan itu dilapor menyebar fahaman memukul badan sendiri menggunakan rantai sehingga berdarah sebagai tanda menyucikan dosa pada setiap 10 Muharam.
Ia dikatakan antara 23 penyelewengan agama diamalkan oleh kumpulan ajaran sesat itu yang dikenali sebagai Hauzah Ar Ridha Alaihissalam.
Kumpulan faitu dikesan sudah dua tahun menjalankan kegiatan mereka di tingkat empat rumah kedai berkenaan.
Dalam serbuan sepasukan penguat kuasa Jais, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.
Sebahagian pengikutnya yang ditahan merupakan pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi, peguam dan kakitangan kerajaan.
Pengikutnya terdiri daripada 75 lelaki dan 35 wanita tempatan, enam wanita dan tiga lelaki warga Indonesia, dua wanita Myanmar serta masing-masing seorang lelaki Pakistan, Myanmar dan Iran, manakala selebihnya kanak-kanak.
Ia merupakan penahanan terbesar melibatkan pengikut ajaran yang didakwa sesat dicatatkan di Selangor setakat ini.
Jais percaya ajaran tersebut turut tersebar di negeri-negeri lain.

16 December, 2010

Raja Perlis Pilih Mufti Bodoh Hadis? Juanda Palsukan Hadis Nabi




Saya amat simpati dengan pihak istana Raja Perlis kerana sering (tanpa sedar hakikat) telah tertipu dengan golongan Wahabi yang jenis pelampau dan tidak amanah pada agama Allah. Lantas berlaku pemilihan mufti perlis dilantik dengan lobian pihak tertentu yang juga terpengaruh dengan fahaman Wahabi yang melampau seperti juga mantannya sebelum ini. Waktu yang sama saya menghormati pihak istana sana walaupun saya bukan berasal dari negeri indera kayangan itu. Cuma monopoli beberapa pihak dalam menyebarkan ajaran songsang mereka dengan mempergunakan nama istana amatlah jelas kemunafikan mereka.

Contohnya Mufti Perlis sekarang yang bukan orang Perlis pun yang juga ditolak oleh beberapa pegawai agama ditempat kerja lamanya dahulu yang lebih mengenalinya. Banyak sebab Juanda Jaya (kata orang namanya macam jalanraya Petaling Jaya kawasan disko) ini tak layak jadi Mufti Perlis bahkan pendakwah sekalipun malangnya dengan beberapa penyusunan pihak tertentu seperti mereka yang berfahaman Wahabi maka pihak istana seolah terpaksa mengambilnya menjadi mufti negeri itu walaupun dia seorang yang suka menghukum sesat ulama dan umat Islam serta cepat menghukum orang lain sebagai ahli bid'ah lagi sesat dengan membuta tuli tanpa dalil langsung.

Kini Mufti Perlis tersebut Juanda Jaya telah berani mengubah banyak perkara agama termasuk menukar hadith Nabi bagi memenangkan maksudnya yang salah menjerumus kepada penyandaran perbuatan nabi seolah dia (juanda) tahu isi hati, segala maksud Nabi dan ilmu2 ghaib.

Berkata Juanda Jaya Mufti Perlis dalam mengajak umat Islam menghormati Yahudi Zionis waktu yang sama dia (juanda) dalam banyak kenyataan2 sebelum ini menghentam dan tidak menghormati langsung ulama Islam (Yahudi dia hormati Ulama Islam Dia Hentam &Laknat Plak)katanya:

"Nabi Muhammad SAW bangun bagi menghormati jenazah seorang penganut Yahudi yang lalu di hadapannya".

Dakwaan Juanda itu kononnya Nabi Muhammad bangun untuk dan bertujuan MENGHORMATI jenazah Yahudi yang mati dalam keyahudiannya adalah dakwaan jahat, menipu lagi palsu ke atas Nabi Muhammad termasuk amaran keras dalam hadith Nabi yang bermaksud: "Sesiapa yang menipu keatasku maka layaklah baginya neraka". Riwayat Bukhari (106).

ٍSiapa kata tujuan Nabi bangun apabila berlalu jenazah yahudi itu adalah untuk menghormati penganut Yahudi yang mati dalam kekufurannya itu?!

Ya, setakat "bangun" memang ada hadith pernah dinyatakan dan terdapat huraian oleh ulama hadith dalam masaalah tersebut sehingga ia membawa kepada beberapaa hukum dalam mazhab tetapi bangun dengan tujuan MENGHORMATI jenazah kafir itu adalah tidak betul. Kita juga menanam/mengkuburi mayat orang kafir (bila perlu) tetapi ia tidak bermakna kita menghormati si yang telah mati dalam kafir itu.
Amat sedih Wahabi menghukum sesiapa yang berdiri dikubur Nabi atau bangun menghormati guru agama sebagai HARAM dan SESAT tetapi menghukum pula perbuatan bangun pada jenazah yang mati kafir dengan tujuan menghormatinya sebagai SUNNAH NABI pulak!..Wahabi agen Yahudi!.

Jika adapun yang mengatakan sedemikian maka ianya tertolak dengan keras kerana

1- Nabi tidak pernah pun menyatakan tujuan bangunnya baginda pada jenazah yahudi itu adalah untuk menghormati penganut Yahudi yang mati dalam kufur itu. Jika dirujuk pada banyak hadith dan syarahan berkaitan peristiwa tersebut jelas dinyataka oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk ulama hadith bangunnya baginda adalah antaranya bertujuan menghormati malaikat yang mencabut nyawa bukan untuk hormati yahudi yang mati kafir!. Rujuk syarah hadith tersebut oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani dalam Kitab Fathul Bari yang dikafirkan Wahabi.

2- Ulama Salaf sebenar termasuk ulama Mazhab Empat tidak pernah mengalakkan/mensunatkan umat Islam bangun ke atas jenazah Yahudi atau kafir dengan TUJUAN dan QASAD menghormati jenazah si orang yang mati kafir itu. Inikan pula hendak mendakwa tujuan bangunnya Nabi itu adalah untuk penghormatan si mati dalam kekufuran seperti dakwaan Mufti Perlis Juanda Joyo Wahabi ini.

So, apa tujuan Mufti Perlis memalsukan hadith Nabi ini? terjelas ianya adalah jika tidak untuk menjadi umat Islam menghormati Yahudi waktu yang sama saling membenci sesama muslim ianya adalah untuk menegakkan pendapatnya yang kolot ala Wahabi pelampau!.

salaf_perlisu0867785654@yahoo.com

12 December, 2010

Menteri&Orang Kerajaan Pergi Haji Guna Duit Rakyat? Belagak Pula



Ramai yang baru pulang dari menunaikan haji menceritakan perilaku sombong belagak kebanyakan kakitangan kerajaan / petugas khas yang dibayar elaun apabila mempergunakan nama 'bertugas' di Mekah/Madinah sambil menunaikan haji. Tiada masaalah mereka bertugas sambil menunaikan haji tetapi mengapa sombong, belagak, semua mahu layanan VVVIP macam raja plak.

Persoalannya. Mereka pergi kesana guna duit siapa? Duit kerajaan atau duit yang diputar-putar agar menampaknya mereka layak guna duit dan kouta itu? jika begitu mengapa kerajaan yang sepatutnya membela rakyat menghalang rakyat yang belum berkesempatan menunaikan haji dek kouta sistem yang ditakzibi. Dengan nama kouta haji kemudian menipu dan memperbodohkan rakyat dengan menghalang sehingga yang mampu daripada menunaikan haji atas alasan kouta yang sistemnya telah dihipokritkan.

Saya nak tanya. Mana2 menteri termasuk menteri dalam hal ehwal Islam, YB2 termasuk pembangkang, dan mereka2 yang mengiringi mereka dan sesiapa sahaja yang dapat pergi haji secara percuma tanpa mengunakan sedikitpun duit mrk sendiri mereka itu pergi haji guna DUIT SIAPA? duit rakyat? duit yang khas diperuntukkan untuk mereka dari kerajaan? Apapun hasil jawapan mereka... mengapa RAKYAT TIDAK DIDAHULUKAN? mengapa ramai rakyat belum dapat pergi menunaikan haji termasuk yang tidak mampu mengapa tidak dibantu.

Ketahuilah jika perkara ini tidak diendahkan serta tidak diambil tindakan drastik yang lebih tersusun sistemnya maka tahun hadapan juga akan lebih ramai orang kerajaan, YB2 dan petugas khas yang dibayar oleh kerajaan atau Tabung Haji akan pergi dengan lebih belagak, sombong, layanan VVVIP berbanding rakyat yang miskin mengumpul duit saban hari tak cukup2 bila dapat pergi kesana layanannya biasa aje. Samakan juga taraf layanan rakyat dan 'oran2 khas' itu!.

Yang paling jahat adalah yang dapat pergi haji guna duit rakyat kemudian belagak plak disana! semoga Allah memberi hidayah pada mereka dan jika mereka enggan membuang perangai sombong/belagak mereka dengan itu baru kita doakan semoga Allah mencelakakan mereka dihadapan mata rakyat!
Inna akramakum 'indallahi atqokum.

07 December, 2010

Sambutan Maal Hijrah Kufur&Bid'ah Disisi Wahabi



Intipati Daripada Hijrah Yang Utama Adalah: Berjuang Agar 'Kalimah' (dakyah) Kafir Itu Hina (tidak diikut) Dan Agar 'Kalimah' Allah (agama Allah) Itu Dijulang&Diikut.
وَجَعَلَ كَلِمَةَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ ٱلسُّفْلَىٰ وَكَلِمَةُ ٱللَّهِ هِىَ ٱلْعُلْيَا وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
.

Wahabi & Orang Kafir Yang DiTabal Sebagai ...Tokoh Ma'al Hijrah Merupakan Insan Yang Paling Bangsat Tak Tahu Malu!. Masing2 Kedua Mereka Akan Kata Kita Tak Setuju Dengan Islam (krn dia kafir) Dan Tidak Setuju Dengan Perayaan Ma'al Hijrah (kerana ia bid'ah) Tapi Terima Trofil&Anugerah Itu Krn Dapat Duit Dan Kemasyhuran. Wahabi=Kafir 2x5. BinBaz Wahabi Fatwa Sambutan Ma'al Hijrah Adalah BID'AH SESAT masuk neraka! Bodoh Sungguh Bagi Anugerah Ma'al Hijrah Pada Kafir&Wahabi. Ni keje Org Wahabi Dlm JAKIM. Malangnya Ulama pula SENYAP...

Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?