19 December, 2011

Diskusi SUNNI-SYIAH



DISKUSI ILMIAH BERADAB AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH & SYIAH MALAYSIA

TARIKH : 24.12.2011 (SABTU) MASA: 7.15 MALAM
TEMPAT : DEWAN MASJID AL-SYUJA’AH, MERLIMAU, MELAKA. BERHAMPIRAN POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA.

HADIR BERAMAI-RAMAI


Assalamu'alaikum. Alhamdulillah wassolatu wassalam 'ala saidina Muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi ajma'in.

Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim saya (Abu Syafiq) menjemput semua tokoh-tokoh syiah melayu malaysia untuk hadir berdiskusi dengan saya berkaitan ajaran Syiah demi kebaikan bersama. Diskusi ini mestilah beradab dan berilmiah. Sebelum ini beberapa 'ustaz' syiah melayu malaysia tidak beradab dan memekik terlolong dan membuat kacau. Saya tidak mahu ia berulang lagi.

Maka saya menjemput seluruh tokoh Syiah Melayu Malaysia untuk hadir pada masa dan tempat tersebut juga anda semua boleh menghubungi saya untuk persetujuan dan maklumat lanjut (019-3801979).

Kehadiran Syiah secara sembunyi-sembunyi menyorok-nyorok amatlah dikesali kerana tujuan saya adalah untuk kebaikan dan bukan kejahatan. Jika ada sesuatu yang tidak sepatutnya maka kita (sunni-syiah) boleh berdiskusi secara terbuka atau tertutup kelak. Sila jaga adab dan usah terpekik terlolong memaki dan usah mengkafirkan para sahabat Nabi lagi.

Semua muslimin dan muslimat sunni dijemput hadir.
Wassalam. (Abu Syafiq) 019-3801979

15 December, 2011

Imam2 Syiah. 12 ke 13?!



Oleh: Abu Syafiq ISLAM vs Wahhabi & Syiah.

Agama Syiah di Malaysia dan seluruh dunia mempercayai rukun agama mereka yang utama diakui mereka sendiri adalah mempercayai keimaman dan kekhalifatan 12 orang yang disebut sebagai Imam Ithna 'Asyariah (imam 12). Mereka bukan sahaja meletakkan imam 12 tersebut sebagai pemimpin dan mak'sum tetapi bagi Syiah sesiapa yang tidak beriman dengan imam-imam 12 itu sebagai khalifah maka orang itu dianggap sebagai sesat akidahnya kerana tidak berimana dengan rukun agamanya.

12 orang yang dianggap Syiah itu sebagai imam/khalifah adalah:

1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
(beliau disisi Syiah dan juga disisi Sunni bukanlah anak Rasulullah dan bukan anak Saidatuna Fatimah tetapi merupakan suami kepada Saidatuna Fatimah)

Kemudian anak-anak keturunan beliau;

2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)

Syiah turut mengakui imam-imam 12 tersebut dilantik sebagai khalifah oleh Allah sendiri melalui nabi Muhammad secara berwasiat, maka disisi Syiah nama-nama imam diatas tadi memang tepat dan tiada ragu-ragu lagi.

Ok. Sekarang dan buat kali ini mari kita rungkai satu persatu.
Pertamanya kita hurai bilangannya dahulu dengan merujuk dari kitab utama Syiah Imamiah Ithna'ashariah (imam 12) sendiri bagi menjelaskan benarkah imam-imam itu bilangannya dua belas orang atau pun tiga belas orang. Ini kerana disisi Syiah beriman dengan 12 imam tersebut merupakan rukun utama agama Syiah. Isu bilangan ini perlu diperjelaskan dahulu kerana jika kita nak solat subuh pun kita perlu tahu solat subuh itu berapa rakaat 2 atau 3 rakaat. Maka apabila jelas solat subuh itu 2 rakaat maka kita pelajari yang lain pula. Ilmu matematik yang basic juga amtlah perlu diamalkan disini.

Adakah Akibat Kerap Bermut'ah Syiah Terkeliru Bilangan Imam-imam Mereka?

(1) Kitab utama Syiah berjudul Al-Kafiy oleh Al-Kulainiy pada juzuk 1 mukasurat 532 pada bab 12 Imam/Nas Ke Atas Mereka, pada hadith/riwayat berkaitan bernombor 9 menyebut:

"...Abdullah Al-Ansariy berkata: Aku bertemu dengan Fatimah 'alihassalam dan ditangannya terdapat papan tertulis nama-nama mereka yang diwasiatkan dari anak keturunannya, Maka aku mengirakan bilangan dua belas yang terakhirnya adalah al-qaim 'alaihissalam, tiga dari mereka bernama Muhammad dan tiga dari mereka bernama Ali".



Cuba perhatikan betul-betul dari riwayat Syiah diatas jelas menunjukkan disisi Syiah yang dikira sebagai Imam-imam 12 itu adalah dari anak keturunan Saidatuna Fatimah Binti Muhammad Rasulillah. Maka 12 imam itu adalah dari darah keturunan anak atau cucu-cicit dan silsilah daripada Fatimah.

Persoalannya disini adalah... Saiduna Ali Bin Abi Talib (wafat 40H) itu mahu dikira sebagai apa? anak Fatimah ke atau anak cucu-cicit Fatimah ke atau suaminya?! Pelik dan ganjil tiada sesiapun samaada dari Sunni atau Syi'ie mengatakan Saidina Ali bin Abi Talib itu adalah anak atau cucu cicit kepada Saidatuna Fatimah. Ya Ali Bin Abi Talib itu adalah suami kepada Fatimah Binti Muhammad Rasulillah dan bukan anak atau cucit Saidatuna Fatimah.

Nah! Apabila riwayat Syiah tadi jelas menunjukkan kononnya 12 imam yang diwasiatkan Rasulullah itu adalah dari hasil anak cucu-cicit dan keturunan Saidatuna Fatimah dan apabila kita buat kiraan yang amat basic dan terpandai maka menjadi hasilnya (mengikut riwayat Syiah itu tadi) 12 orang Imam itu adalah anak keturunan Fatimah dan dicampur lagi seorang iaitu Saidina Ali Bin Abi Talib sebagai suami Fatimah maka pastinya menjadi 13 orang bilangannya dan bukan lagi 12 orang.

Seorang tokoh terbesar Syiah berkata kepada saya:
"Alaa..Itu riwayat yang disebut oleh Abdullah Al-Ansariy dan dia bukan ma'sum. So mybe Al-Ansariy yang menceritakan riwayat di atas bersama Fatimah itu tersilap kot pasai dia tidak ma'sum".

Saya (Abu Syafiq) katakan: First riwayat tadi adalah dipetik dari buku utama yang diakui Syiah sendiri. Keduanya dalam kitab utama Syiah itu sendiri menyebut kononnya Rasulullah yang ma'sum itu sendiri bersabda:
" Aku dan dua belas (12) orang anak keturunanku dan engkau wahai Ali merupakan kekuatan bumi iaitu ikatan-menguatkannya dan gunungnya, kerana disebabkan kami maka bumi ini kukuh dan tidak hancur melenyapkan penduduknya, maka apabila perginya (12) dua belas orang anak keturunanku maka hancurlah bumi dan penduduknya...". Rujuk Kitab utama Syiah berjudul Al-Kafiy oleh Al-Kulainiy pada juzuk 1 mukasurat 534 pada bab Dua Belas Yang DiNaskan Ke Atas Mereka, pada hadith/riwayat berkaitan bernombor 17.

Dan riwayat dalam kitab dan halaman yang sama menyebut kononnya Rasulullah bersabda: "Daripada 12 orang anak keturunanku itulah yang akan menjadi pemimpin....".

Maka jelas dari kitab utama Syiah sendiri banyak dan kerap mendakwa para imam yang telah dinaskan dan telah ditetapkan itu adalah berbilang (12) dua belas orang sahaja dan 12 orang itu kesemuanya adalah dari keturanan anak Nabi Muhammad melalui perkahwinan Saidatuna Fatimah binti Muhammad dengan Saiduna Ali Bin Abi Talib.


Sedar atau tidak, 12 imam yang dianggap Syiah itu samaada tidak mencukupi atau terlebih. Samaada 11 atau 12 atau 13 orang. Jika dikira seperti diatas...anak keturunan dari Saidatuna Fatimah yang dinyatakan nama mereka oleh Syiah sendiri bilangan sebenarnya adalah 11 orang sahaja dan bukan 12 orang. Jika apabila dicampur dengan Saiduna Ali bin Abi Talib suami Saidatuna Fatimah itu barulah menjadi 12 orang tetapi Syiah sendiri mendakwa 12 orang pemimpin/imam itu adalah dari anak keturunan baginda dan sepastinya Saidina Ali Bin Abi Talib BUKAN anak keturunan baginda bahkan beliau suami kepada Fatimah dan bukan anak Fatimah.

Syiah pening wajib berfikir sejenak. Saiduna Ali bin Abi Talib itu antara imam 12 atau tidak? Berapa bilangan imam 12 dari keturunan anak cucu Nabi Muhammad itu? 11 ke 12 ke 13 ke?

Fikir2kanlah kepeningan Syiah.

Untuk sambungan sila follow Facebook ini : Klik Sini

12 December, 2011

Contohilah Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah


Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah Negeri: Terengganu Tempoh: 12. Disember. 2006 – 12. Disember. 2011.

Seorang yang amat disukai ramai. Seorang yang beradab, baik akhlaknya, ceria peribadinya. Walaupun muda tetapi cukup dihormati. Kehebatannya baginda kelihatan tampak jelas dari segenap segi. Seorang muslim hebat dimata dunia tetapi kerap kelihatan di masjid-masjid akan wajahnya. Low profile. Seronok bila bersama duduk di majlis baginda menjadikan diri kita merenung sambil hati berkata-kata lihatlah seorang Agong begitu tawadhuk dan rendah diri walaupun dia orang besar dan terbesar negara. Bagaimana dengan kita? rakyatnya yang biasa-biasa ini. Tidak salah jadikan baginda ikutan dan qudwah yang baik kerana baginda juga menjadikan Nabi Muhammad sebagai qudwah hasanah pertama dan utama. Pencinta ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Seorang yang berilmu dan cinta agama. Selama saya hidup bagindalah Yang Dipertuan Agong yang paling saya kagumi tidak lupa juga yang lain memang hebat juga.

Memiliki permaisuri yang amat menawan. Bertudung cantik wajah berseri rupa. Permaisuri Tuanku Nur Zahirah seorang yang jelas kelihatan ayu jiwa dan raga. Akhlaknya sehebat baginda suami tercinta. Selalu senyum kepada rakyat jelata. Rendah diri tawaduk walaupun permaisuri kepada ketua negara.

Kuletakkan tiga perkara. Perlu direnung oleh seluruh pemimpin dan seluruh rakyat jelata:

1- Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah kuat agama berjiwa rakyat dan tawaduk serta rendah diri. Contohilah ia dan teruskan mencontohi yang baik.

2- Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah menjalankan tugas dengan penuh ketekunan dan terbaik dan bergaul dengan orang ramai dengan cukup harmonis. Contohilah padanya.

3- Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah menutup aurat dengan cara yang amat menawan. Contohilah ia wahai pemimpin dan seluruh rakyat jelata. Lihatlah isteri-isteri kamu yang mengaku muslimah pakailah tudung jangan takabbur dan sombong dan baginda berdua mencitai Ahli Sunnah Wal Jama'ah maka cintailah ulama Islam sebenar.

Wassalam

Abu Syafiq 019 3801979

09 December, 2011

Pembohongan Si Fathul Bari Al-Wahhabi Al-UMNO


Pembohongan Ularmak Muda (wahhabi) UMNO ke atas Hadith / Athar Sahabat / Saidina Umar Bin Al-Khattab

Oleh: anak-anak murid Al-Fadhil Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary

Pada awalnya kami ingin mengajak/memujuk Ustaz Abu Syafiq untuk bertemu berdiskusi ilmiah dengan seorang kanak-kanak Wahhabi pemalsu hadith/athar bernama Fathul Bari seorang ahli UMNO yang mendukung sekular. Tetapi setelah kami melihat rakaman diskusi sebelum ini berlaku antara Ustaz Abu Syafiq dengan dua orang Wahhabi bernama Fadhlan Othman (UMNO) dan Hafiz Firdaus sambil menilai secara jujur kami dapati Fadhlan Othman yang juga merupakan ularmak muda (wahhabi) UMNO teramat tidak ilmiah dan tidak amanah juga Hafiz Firdaus yang kelihatan jahil Bahasa Arabnya, kedua-duanya dinilai para ilmuan sebagai tiada ilmu dan amat jahil.

Pembaca boleh lihat rakamana diskusi tersebut disini/dibawah ini dan kemudian teruskan ikuti bahagian-bahagian seterusnya:


Diskusi yang ingin disusunkan antara Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary dengan Wahhabi UMNO Fathul Bari Mat Jahya adalah diskusi ilmiah dan beradab secara face to face. Namun setelah diberitahu/dibuktikan oleh guru-guru Ahli Sunnah Wal Jamaah yang lain bahawa Fathul Bari ini seorang yang gemar memutar belitkan hadith/athar maka ia kelihatan amat sukar untuk diadakan kerana berbincang dengan seorang pengkhianat ilmu sememangnya tidak seperti berbincang dengan mereka yang ada dan amanah dalam ilmu walaupun terdapat perbezaan pendapat.

Terlalu banyak kami dapati Fathul Bari Al-Wahhabi ini memalsukan teks2 hadith/athar tetapi untuk kali ini kami hanya akan memaparkan satu sahaja kerana yang satu ini ada kaitan dengan perbincangan guru kami Ustaz Abu Syafiq dan nama beliau juga disebut kepada Fathul Bari Al-Wahhabi dalam rakaman dibawah. Rakaman dibawah adalah diambil dari pendukung ajaran Wahhabi UMNO yang bernama AbuAqif seorang kanak-kanak ikutan Wahhabi dan channel Fathul Bari sendiri, pun begitu kami tidak edit dan tidak mengubah serta membiarkan sahaja ia dipaparkan terus dari mula rakaman dibuatnya sehingga akhir agar semua pembaca dapat menilai sendiri kejahatan Wahhabi dan ketidak amanahan mereka yang dipetik sumbernya dari mereka sendiri.



Kami akan jelaskan pemalsuan Al-Wahhabi Fathul Bari Al-UMNO pada hadith/athar dibawah ini dan sila perhatikan dengan teliti:

1- Pada permulaan kelihatan Fathul Bari menafikan sifat DUDUK (julus) bagi Allah kerana tiada ayat Quran dan juga tiada Hadith Nabi yang menyifatkan Allah dengan sifat JULUS (duduk) itu. Kita Ahli Sunnah mengatakan: Ya ! kerana itulah akidah Islam mengatakan Allah TIDAK bersifat dengan sifat duduk/julus itu kerana ia juga tidak diwar-warkan oleh ulama Salaf Soleh juga dinafikan juga akan sifat DUDUK bagi Allah itu oleh ulama Khalafus Soleh.

2- Pada minit 01:15 sehingga 02:40 Fathul Bari Al-Wahhabi mendakwa kononnya disana terdapat riwayat HADITH dan ATHAR dari Saidina Umar Bin Al-Khattab yang berbunyi: "Apabila Allah subhanahu wata'ala DUDUK di atas ARASY maka bergeserlah ARASY itu seperti bergesernya besi".

Kami katakan: Pertamanya sifat DUDUK/JALASA itu BUKAN sifat Allah disisi seluruh ulama dan umat Islam. Kedua riwayat yang dikatakan Saidina Umar menyebut :" Apabila tuhan duduk di atas KERUSI" adalah riwayat yang mungkar kerana terdapat beberapa 'illah/sebab antaranya orang yang dikatakan meriwayatkan ia dari Saidina Umar itu bernama Abdullah Bin Khalifah dan dia adalah seorang yang tidak dikenali dan lemah. Maka ia riwayat yang tidak harus digunakan pada akidah berkaitan sifat Allah.

Kemudian Fathul Bari Al-Wahhabi mendakwa dengan dakwaan yang jauh menyimpang. Dia mendakwa kononnya Saidina Umar sebut : "Allah DUDUK di atas ARASY" sedangkan dalam periwayatan yang tidak sahih itu sendiri menyebut bukan atas ARASY tetapi atas KERUSI.

Guru kami Al-Fadhil Ustaz Abu Syafiq berkata apabila kami menanyakan kepada beliau hal ini beliau berkata dengan nada tegas:

" Wallahi ! Demi Allah ! Tidak ada satupun riwayat daripada Saidina Umar Al-Khattab yang menyebut Allah Duduk Atas ARASY ! Wallahi tidak ada! Wahhabi memang pembohong ke atas para sahabat Nabi ! dan Wahhabi BUKAN Ahli Hadith! Saya cabar Wahhabi berikan satu sahaja riwayat yang mengatakan Saidina Umar sebut Allah Duduk di atas ARASY".

Maka pembohongan Fathul Bari ini jelas apabila mendakwa ada riwayat dari Umar yang menyebut kononnya Allah Duduk Di atas Arasy, sedangkan riwayat palsu dan tidak sahih itu yang disandarkan oleh musuh-musuh Islam kepada Saidinia Umar itu sendiri bukan berbunyi begitu tetapi "di atas KERUSI" dan bukan "di atas ARASY". Kami juga katakan tidak benar sama sekali akidah yang mendakwa Allah duduk di atas KERUSI dan juga tidak benar sama sekali akidah yang mendakwa Allah duduk di atas Arasy. Kedua-duanya tetap tidak benar.

Jadi jelas si Fathul Bari ini tidak amanah dalam menukilkan hadith/athar dan dia sememangnya tidak layak berdiskusi ilmiah dengan sesiapa pun kecuali dia bertaubat kepada Allah.

Jika ditanya dimana Allah? Ulama Salaf Menjawab: Allah Ada TANPA Bertempat



Jika Ditanya Dimana Allah? Ulama Salaf antaranya Imam Abu Hanifah (80H-150H):

1- Allah tiada Kaif(bentuk) bagiNya,

2-Sifat-sifat Khabariyyah bagi Allah itu Bukan Anggota,

3-Jika ditanya dimana Allah? Jawablah: Allah Ada TANPA Bertempat,

4- Tiada bagi Allah Aina (dimana),

5- Siapa yg kata api neraka itu akan fana' (terpadam) maka dia KAFIR.-

Rujuk Al-Fiqh Al-Absat M/S 56-57 oleh Imam Salaf Abu Hanifah Rahimahullah.

Zat Allah BUKAN Berada Dimana-mana. Allah Ada Tidak Memerlukan Kepada satu tempat atau dua tempat atau mana-mana tempat pun!

Sila Layari FaceBook Abu Syafiq klik Sini

08 December, 2011

UMNO Yang Masukkan Syiah Ke Malaysia?

UMNO Yang Masukkan Syiah Ke Malaysia?

Tanpa disedari. Tanpa muhasabah diri kita tidak akan terasa apa-apa kesan atas perkara yang pernah kita lakukan. Isu Syiah dan Bahaya Wahhabi masih lagi hangat dibualkan di medan-medan majlis Ilmu, seminar-seminar, media pelbagai jenis. Namun sedarkah kita tindakan kita yang lalu menghasilkan keburukan sekarang ini?

Kerajaan Malaysia dibawah parti UMNO dilihat seolah telah menghalalkan Syiah di Malaysia satu ketika dahulu melalui Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dengan mengiktiraf beberapa ajaran Syiah sebagai ajaran yang TIDAK SESAT dan boleh diamalkan. Tahukah anda kesan daripada fatwa ini walaupun ia telah diubah kini? Adakah ia sama apa yang akan berlaku ke atas ajaran Wahhabi yang diakui Majlis Fatwa itu? Ikuti jawapan serta berikan pandagan anda di :
FaceBook Bahaya Syiah Dan Wahhabi Klik Sini

07 December, 2011

Diskusi Ilmiah Isu Ahli Sunnah & Wahhabi


Sila rujuk bahagian seterusnya di link Youtube


ADMIN

Sikap Si Pengkhianat: MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN. Saya pernah berdiskusi dgn geng Yahudi bbrp tahun yg lampau. Dlm diskusi ilmiah itu saya bw bbrp hujjah& bukti menyebabkan mrk mengaku kalah walaupun ia bukan debat. Mjlis itu saya keseorangan tiada pembantu. Mrk lengkap dgn bodyguard&kamera rakaman. Tp bila sy mohon rakaman itu disiarkan mrk enggan atas alasan trtentu katanya. Inilah sikap pengkhianat. Saya tidak akan 'berkerja sama' lg dgn pengkhianat!





Sambung status sy psl PENGKHIANAT. Peristiwa brtahun lalu itu mnyebabkan Yahudi terus menyembunyikan kebenaran.Pabila sy mohon byk kali utk disiarkn mrk dkwa sy bw bukti kitab x betul. Sedang mrk mengiyakan ketika majlis itu kemudian mrk hanya berikn kpd sy cd kosong tanpa ada satupun slot rkmn. Mrk memang pembohong! Sy nasihatkn kpd pndkwh usah brkerjasama lg dgn syaitan brtopengkn manusia itu




Masih psl PENGKHIANAT. Pd mulanya sy sangkakan mrk (yahudi) brsikap ilmiah bradab krn beza usia sy dgn mrk mrk lbh tua 20tahun dr sy.Malangnya sangkaan itu x bnr krn mrk msih ckp belakang tanpa hujah&x brakhlak.Lbh baik sy brdiskusi dgn org yg brilmiah&bradab.

29 November, 2011

1433H Tahun Baru Azam Baru Pendakwah Ahli Sunnah



Oleh : Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary 006-019-3801979

Assalamu'alaikum warah matullahi wabarakatuh para pembaca budiman semua.

Sesungguhnya Islam adalam agamaku, Allah adalah Tuhanku, Muhammad bin Abdullah itu Rasulullah dan Nabiku.

Tiada kemanisan hidup yang hakiki melainkan berada dalam Iman dan Islam yang sebenar. Agama yang mudah dan haq. Matlamat yang cerah dan jelas. Dihiasi dengan para sahabat, ulama dan awliya.

1- Ilmu merupakan darjat yang tinggi disisi Ilahi. Antara azam yang perlu wujud pada setiap pejuang Islam khususnya Ahli Sunnah Wal Jama'ah adalah meningkatkan lagi ilmunya yang benar itu dengan mempelajari ianya secara bertalaqqi dan berguru dan kemudian menyampaikan kepada semua orang termasuk yang dianggap musuh mahupun peminat. Jika sebahagian kita boleh/tidak bermasaalah untuk duduk berkongsi ilmu dengan orang bukan Islam yang jelas memusuhi umat Islam maka mengapa tidak bagi kita yang mengaku sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk sama-sama berkongsi ilmu.

2- Adab merupakan juga sesuatu yang meningkat-ningkat. Kita lihat sebahagian kecil remaja dihadapan orang tua mungkin mereka kurang beradab atau sesatun yang diharapkan. Namun ia akan meningkat adab dan akhlaknya pabila ilmu dan umur remaja tersebut meningkat sehari demi sehari. Begitu juga kita dan orang lain. Semoga dengan menjaga adab-adab terutama dalam berlaku kekhilafan antara kita dan orang lain maka adab dan akhlak amat wajar ditingkatkan lagi.

3- Taubat sesuatu yang amat perlu dalam kehidupan manusia yang tidak maksum ini. Kesalahan dan ketelanjuran mesti harus terus diinsafi dan diperbaiki. Kepada Allah jua pengharapan dan penyerahan. Semoga kita terus mengayuh 'basikal' dan mendayung 'perahu' kehidupan ini dengan Iman,Islam dan Ihsan bersama ilmu sebenar dengan displin yang diri yang mantap.

Wallahu Musta'aan....

13 November, 2011

Tawaran Diskusi Ilmiah


FaceBook Abu Syafiq klik sini

DISKUSI ILMIAH PENUH BERADAB ANTARA: USTAZ ABU SYAFIQ (SUNNI) DENGAN : www.al-fikrah.net, Mohd Aizam Bin Mas’od & www.al-ahkam.net (WAHHABI?)

TAJUK : ISU AHLI SUNNAH, WAHHABI & SYIAH

TARIKH : 17. NOV. 2011 (KHAMIS) JAM: 9.30 PAGI

TEMPAT : YAYASAN RESTU, KOMPLEKS TAMAN SENI ISLAM SELANGOR, SEKSYEN 10 SHAH ALAM (SEBELAH MASJID NEGERI SELANGOR).

WAKIL RASMI DARI al-fikrah.net, al-ahkam.net dan Aizam Mas’od SILA HUBUNGI 019-3801979 UNTUK HADIR JANGAN TAKUT KERANA INI UNTUK KEBAIKAN
DATANG BERAMAI-RAMAI


PENTING DIBAWAH INI:

Assalamu'alaikum.

Saya (Abu Syafiq) dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim mengajak 3 penjuru golongan yang diperkatakan sebagai Wahhabi untuk berdiskusi secara ilmiah dengan saya pada tajuk Ahli Sunnah Wal Jama'ah, Wahhabi Atau Syiah Yang Lebih Bahaya Di Malaysia? atau apa-apa sahaja tajuk terutama akidah.

Saya mewakili Ahli Sunnah Wal Jama'ah Malaysia mengajak mereka berdiskusi pada tajuk tersebut. Pelawaan saya ini adalah secara umum dan rasmi.

1- Kepada www.al-fikrah.net sila datangkan ketua anda atau orang atasan anda yang rasmi. Saya tidak suka bergaduh hanya berbincang untuk kebaikan.

2- Kepada www.al-ahkam.net juga dipersilakan ownernya untuk datang berdiskusi atau wakil rasmi anda. Saya tahu anda semua cuba berilmiah dan bersederhana maka ayyuh kita lebih merapatkan hubungan dari merenggangkannya.

3- Kepada Tuan Mohd Aizam Bin Mas'od anda amat-amat dialukan untuk datang berdiskusi. Jangan takut dan anda boleh bersedia awal kerana anda diperkata seorang yang suka memperbanyakkan alasan untuk tidak datang. Wallahu 'alam.

Jika anda dari tiga (3) penjuru ini tidak hadir secara rasmi maka saya tidak mahu isytiharkan anda semua sebagai pengecut untuk bertemu&berdiskusi bagi kebaikan bersama. Kelak dibimbangi semua orang akan isytiharkan siapa anda semua pengecut atau tidak.

INGAT! Ini bukan perdebatan bertujuan pergaduhan tetapi ia hanya diskusi ilmiah yang penuh peradaban.

Sila nyatakan segera kehadiran anda semua dengan menghubungi handphone saya di talian 019-3801979 (jangan sms sahaja mesti call).

Datanglah beramai-ramai...

Berani kerana benar! Takbir!


UNTUK FACEBOOK USTAZ ABU SYAFIQ : klik sini

11 November, 2011

SMS Buat www.al-fikrah.net


ADMIN-

SMS panjang daripada Ustaz Abu Syafiq menyatakan maksud seperti berikut:

Assalamu'alaikum. Saya (Abu Syafiq) sebelum ini telah banyak kali bahkan sekian lama mengajak para pencinta ilmu berdiskusi atau berdebat atau berbincang dengan saya terutama pada isu Akidah, Ahli Sunnah Wal Jamaah dan selainnya. Mungkin bagi mereka wujud beberapa sifat atau sangkaan yang tidak sepatutnya sedangkan ia boleh diselesaikan dengan perjumpaan-perjumpaan dan diskusi ilmiah beradab.

Maka atas nama cintakan kebenaran saya (Abu Syafiq) mengajak dan menyeru kepada pemilik, orang utama, atau sesiapa sahaja secara rasmi dari laman portal WWW.AL-FIKRAH.NET untuk berbincang atau berdiskusi ilmiah dan beradab dengan saya demi mencari kebaikan bersama.

Untuk makluman semua, saya tidak mengenali mereka dan tidak mengetahui apa ajaran mereka kerana saya tidak ke laman-laman yang membawa ajaran yang dikatakan pelik tetapi seperti yang dimaklumkan oleh beberapa sahabat kepada saya bahawa mereka sama sahaja dengan WWW.AL-AHKAM.NET yang membawa fahaman yang diperkatakan orang sebagai WAHHABI. Wallahu 'alam.

Setelah saya mempelawa WWW.AL-AHKAM.NET untuk berdiskusi dengan saya sejak sekian lama malangnya tiada jawapan dari mereka kini saya menawarkan diskusi ilmiah beradab bagi golongan yang dikatakan serupa dengan laman tadi.

Kepada pemilik atau orang atasan rasmi dari portal WWW.AL-FIKRAH.NET, dengan ini saya mengajak anda semua bertemu dan berbincang secara ilmiah serta beradab dengan saya pada tajuk Akidah, Ahli Sunnah dan lain-lain tetapi oleh kerana masa saya terlalu terhad saya hanya membuka tawaran ini (buat masa ini) sehingga 30.Nov.2011 dan mengikut masa-masa yang sesuai dari itu antara kedua belah pihak secara perbincangan dan format.

-Hubungi Ustaz Abu Syafiq segera di talian 006 -019- 3801979. (Ustaz Abu Syafiq akan berada di luar negara selepas awal Disember 2011

Wassalam. Berani kerana benar.

09 November, 2011

Bertaubatlah Wahai Aizam Mas'od



Assalamu'alaikum.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya memohon agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM memintan Mohd Aizam Bin Mas'od agar bertaubat kepada Allah kerana ;

1- Aizam Mas'od telah mendakwa Allah itu bersifat KAKI dan Allah itu BERKAKI. Sedangkan perkataan "Qodam" apabila disandarkan bukanlah ia bererti Allah itu bersifat kaki atau berkaki. Maha suci Allah dari bersifat makhluk berkaki. Malangnya Aizam Mas'od dengan jelas mendakwa sifat bagi diri dan zat Allah itu adalah KAKI.

Mantan Ketua Pengarah Jakim Dato Wan Mohamed dengan jelas menyatakan sesiapa yang mendakwa Allah itu berkaki maka ketahuilah bahawa itu bukan Allah kerana KAKI itu bukan sifat bagi Allah. Kenyataan Mantan KP JAKIM ini amat sesuai dengan displin ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ia juga dapat menjawab tohmahan orang kafir kononnya umat Islam menyembah sama seperti mereka berhala berkaki cuma ia tiada/tidak nampak.

Kenyataan Aizam bahawa sifat bagi zat Allah itu berkaki boleh didengari sendiri dengan jelas dalam tazkirahnya di surau-surau seperti dalam rakaman bertarikh 12.5.2011 pada minit 22:00 - 22:30 ketika mana dia (Aizam) mengajar sebuah kitab yang jelas cenderung kepada pemikiran TAKFIR dan Wahhabi berjudul Al-Iman Arkanuhu Haqiqatuhu Nawaqidhuhu karangan Muhammad Naim Yasin yang jelas didalamnya mengkafirkan sesiapa yang mentakwil istawa bagi Allah itu sebagai menguasai dan juga mengkafirkan takwilan ayat-ayat lain walaupun secara hak.
Sedangkan ulama Salaf sendiri seperti Ibnu Mubarak mentakwilkan istawa bagi Allah dengan erti Menguasai. Mengapakah sampai terlalu MELAMPAU mengkafirkan pula sesiapa yang mentakwilkan ayat mutasabihaat tersebut. Nah! buku inilah yang diajar oleh Aizam di surau-surau disamping disana terpadat banyak penyelewengan yang amat jelas.

2- Aizam Mas'od juga mendakwa Allah bersifat MENIPU secara mutlak tanpa di'qaid'kan dengan membalas tipu daya orang musyrik ke atas orang Islam. MAKAR itu bukanlah sifat bagi Allah yang boleh diitlaqkan begitu sahaja sehingga menampakkan MENIPU & TIPU itu adalah sifat mutlak bagi Allah. Yang dimaksudkan dalam ayat bukan menetapkan sifat MAKAR itu bagi Allah tetapi dengan makna Allah membalas mereka orang kafir di atas tipu daya mereka kepada umat Islam.

Aizam MAs'od juga mendakwa sifat Allah itu adalah TERTARIK HATI, TURUN, DATANG, BERSEMAYAM secara HAKIKI. Sedangkan jika disebut semua tadi sebagai sifat Allah secara HAKIKI maka ia jelas boleh membawa kepada TASHBIH menyamakan Allah dengan makhluk.

Aizam Mas'od juga setuju dengan kenyataan bahawa Allah itu BERSIFAT SAMSENG. Semua ini boleh didapati dalam tazkirahnya ketika menyebarkan ajarannya di surau-surau bertarikh rakaman 12.5.2011 bermula pada minit 33:00 - 45:10.



3- Aizam Mas'od juga dengan mempergunakan nama Pegawai Penyelidikan Akidah JAKIM telah membuat banyak majlis-majlis sulit tersembunyi dikumpulkan pegawa-pegawai agama lalu menebarkan fitnah dalam pembentangan tersebut bahawa ulama Islam dan ramai umat Islam sebagai sesat dan sebagainya. Aizam Mas'od dalam program2 tertentu itu menuduh kononnya ulama-ulama Islam menghalalkan riba, menkafirkan sahabat Nabi dan pelbagai tohmahan palsu tanpa bukti. Sudahlah ulama-ulama Islam itu dihina dan dituduh dalam majlis2 tersebut kemudian tuduhan itu pula tiada bukti bahkan hanya sekadar fitnah mahu memburuk-burukkan ulama Islam. Inilah Aizam Mas'od yang kini menjaja jawatannya sebagai orang besar JAKIM tetapi menghina dan menuduh ulama Islam TANPA BUKTI.

Kenyataan Aizam tersebut boleh didapati pada file kajian akidah JAKIM dan saya amat sedih apabila kajian dikaji atas nama Penyelidikan JAKIM tetapi TANPA BUKTI kukuh kemudian menuduh/memfitnah pula.

Dan banyak lagi penyelewengan pegawai JAKIM ini yang sering menjaja dirinya sebagai orang besar JAKIM. Saya memohon agar orang yang benar-benar besar dalam JAKIM terutama Ketua Pengarah JAKIM agar meminta Aizam Mas'od ini bertaubat dengan taubat nasuha atas kenyataan-kenyataannya yang bahaya pada akidah dan menghina ulama dan umat Islam dengan tuduhan tanpa pembuktian sehingga apabila ditanya dimana bukti2nya maka dijawab bukti memang tiada yang ada cakap-cakap orang sahaja.

Bertaubatlah Wahai Aizam Bin Mas'od ! Apalah nak jadi dengan kau nih!

Sekian.

Oleh: PENGARAH PENYELIDIKAN BERBUKTI. Untuk bacaan sebelum klik SINI

03 November, 2011

Diskusi Buku Al-Ibanah (Imam Al-Asy'ariy)



DISKUSI BUKU: AL-IBANAH ‘AN USUL AD-DIYANAH (Karangan Imam Abul Hasan Al-Asy’ariy) Antara Fakta Dan Pemalsuan

TARIKH : 4. 11. 2011 ( JUMAAT )
MASA : 7.30 MALAM
TEMPAT : MASJID KUBAH KUNING BATU 10 CHERAS, KL. Datang beramai2..

02 November, 2011

SEMINAR AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH



SEMINAR AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

TARIKH : 3. NOV. 2011 ( KHAMIS )
TEMPAT : GRAND BALLROOM, ARAS 2, MITC AYER KEROH, MELAKA.
MASA : 10.45 PAGI – 11.45 PAGI
PENDAFTARAN : 8.00 PAGI ( PERCUMA )
DATANG AWAL DAN LUNCH BERSAMA.


Rujuk: KLIK DISINI

Silakan hadir demi cinta kepada Allah dan Akidah Islam.

01 November, 2011

Buku Asri Wahhabi Sesat


Klik DISINI Untuk Tayangan Video

Semua Muslimin dan Muslimat Ahli Sunnah Wal Jamaah BUKAN Wahhabi Dijemput Ke:

CERAMAH PERDANA AHLI SUNNAH: MEMBONGKAR KESESATAN BUKU ASRI “MENGEMUDI BAHTERA PERUBAHAN MINDA”

TARIKH : 2 / 11 / 2011 ( RABU )
MASA : 7.30 MALAM
TEMPAT : MASJID AL-BAKRI SEKSYEN 32 SHAH ALAM, SELANGOR. Datang jangan tak datang…


_________________________

Di akhir zaman kini semakin ramai manusia yang merasakan dirinya alim tentang ilmu agama malangnya dia sebenarnya merupakan perosak islam sedikit demi sedikit dengan menghina tindakan islam.

Benarlah hadith Nabawi riwayat Muslim dalam Sohih Muslim yang bermaksud:
" Diangkat orang yang jahil itu sehingga dianggap alim, kemudian ditanya padanya soalan, lantas dia memberi fatwa sesat tanpa ilmu, maka sesatlah mereka dan menyesatkan yang lain ".

Kepada Allah jua kita panjatkan kesyukuran kerana tidak terpengaruh dengan ajaran Wahhabi ini walaupun di antara mereka yang jahil kini diangkat sebagai Mufti atau
lebih layak digelar sebagai Mufti Wahhabi
( Mohd Asri : Mohd Asri Zainul Abidin Tukang Buat Kacau-bilau Dan Fitnah ).

Asri ini banyak mengunakan ajaran songsangnya untuk diserapkan ke dalam kerajaan malaysia dan rakyatnya.

Berkebetulan satu negeri yang berkobar semangat agamanya telah terpengaruh dengan pembawakan ajaran yang mengelirukan ini sehingga seorang yang jahil bahkan tidakpun berasal dari negeri tersebut telah diangkat sebagai Mufti negeri tersebut.
Disamping sokongan oleh mereka yang berpangkat besar bagi meneruskan penyebaran ajaran baru Wahhabiyah ditanah air kita ini.

Pelbagai cara dan taktik kotor digunakan oleh pendokong ajaran sesat Wahhabiyah ini, antaranya tidak mengaku diri mereka sebagai Wahhabi, bertopengkan secara dusta dengan nama 'salafi' dan 'sunnah'.

Inilah cara yang pernah dimainkan oleh golongan Syia'h sehingga sekarang.
Benarlah islam mengatakan bahawa golongan sesat ini mempunyai persamaan antara satu sama lain walaupun bergaduh di antara mereka.

Saudara seislamku.
Ajaran Wahhabiyah cukup menjijikkan.
Selain berpegang dengan aqidah salah yang menyatakan

"Allah Duduk Di atas Kursi" ,

Wahhabi juga tidak serik mengkafirkan seluruh umat islam dan menghalalkan darah umat islam.

Asri pernah mengkafirkan seluruh umat islam dalam satu sessi ceramahnya bahawa :

"Sebutan memanggil ' ya Muhammad ' adalah syirik dan kafir" .

Ganjil sungguh kenyataan Asri ini.
Adakah dengan menyebut 'ya Muhammad' atau 'ya Rasulullah' dikira sebagai musyrik?!
Fatwa apakah ini wahai Asri?! Bukankah MuftiN Asri sendiri dan Wahhabi-wahhabi yang lain turut memanggil orang sedemikian?! adakah Asri dan kuncu-kuncunya dah kafirkan diri sendiri pula?.

Saudara sekalian, ketahuilah bahawa kenyataan tersebut adalah fatwa sesat datang dari
bekas Mufti Wahabi!
Saya cukup pelik kenapa orang yang sejahil Asri ini diangkat sebagai mufti.

Kita sebagai umat islam yang mempunyai asas Al-Quran dan Hadith sepatutnya tidak terpengaruh dengan sorokan bertopeng kelulusan PHD atau Dr. atau apa apa sahaja yang diserapka oleh barat.

Bukankah Dr.Amina Wadud si wanita pening juga bergelar Doktor Falsafah dan merupakan pensyarah di Universiti terkemuka yang berkelulusan PHD dalam bidang agama islam?!

Nah!..tanpa disedari ramai,
Asri ini walaupun sering di war-warkan sebagai Dr. ( Doktor Falsafah ) tidak ubah seperti sekufu Dr. Amina Wadud dalam menghidupkan bid'h.
Kita sebagai umat islam sepatutnya menimbang mengikut syariat islam berlandaskan Al-quran dan As-Sunnah, bukannya berdasarkan sijil semata-mata.

Asri banyak bertopengkan dengan nama penentang bid'ah, malangnya dia sendiri yang membuat bid'ah
Lihat saja bida'h dan pendustaan yang dihasilkan olehnya dalam aqidah antaranya Asri ini menyatakan dalam satu majalah secara dusta:
" Akidah Imam Syafie adalah Allah Duduk".

Sungguh berani si MuftiN ini berdusta terhadap Imam Syafie dan tidak gentar melakukan bid'a dalam akidah.
Dalam Al-Quran dan Al-Hadith tidak pernah menyatakan " Allah Duduk ",
maka mengapa Asri menyandarkannya kepada Allah?! Sedangkan hakikatnya dalam kitab Imam Syafie Al-Wasiyah tidak wujud perkataan tersebut.

Dahulu, Asri telah mengeluarkan gesaan baru dan fatwa yang cukup menjijikkan selain akidah Wahhabi yang songsang iaitu menghina tindakan Jabatan Agama Islam dalam membenteras gejala khalwat atau permulaan zina di hotel-hotel.
Asri telah berfatwa bahawa : "Tindakan Jabatan Agama Islam merisik bagi membenteras gejala khalwat di hotel-hotel adalah bertentangan dengan islam".

Subhanallah. Siapakah orang atau dalang yang dipertahankan oleh Asri ini?!
Kalaulah tindakan Jabatan Agama Islam membenteras gejala khalwat di hotel-hotel tidak dianggap sebagai Nahi mungkar?
apakah yang dianggap sebagai nahi mungkar oleh Asri Al-Wahhabi ini?!.
Adakah Asri mahu menunggu sehingga zina berlaku di tepi-tepi jalan depan mata baru nak ambil tindakan?!

Kenyataan Asri ini amat disokong oleh golongan Liberal atau yang Asri
sendiri namakan sebagai Islam Liberal.
Mereka ini gemar mengamalkan perkara terkutuk di dalam hotel-hotel berdasar penangkapan jabatan agama islam.

Kenyataan Asri tersebuat amat bertentangan dengan konsep islam dan Hadith Nabawi.
Sekiranya islam mengesyorkan amalan merisik dari rumah ke rumah untuk mengamalkan amal ma'ruf seperti pergi ke rumah-rumah yang dirasakan ahli rumah tersebut memerlukan bantuan bagi menghulurkan bantuan yang sememangnya amalan ini dianggap amal ma'ruf dan amalan yang baik,
begitu jugalah tidak salah sekiranya pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Agama Islam merisik tempat-tempat seperti hotel untuk mencegah kemungkaran.

Seperti mana pihak bertanggungjawab tidak menunggu ribuan fakir miskin keluar terpampang depan mata meminta bantuan bahkan pihak bertanggung jawab pergi merisik tempat-tempat yang dirasakan kewujudan mereka untuk menghulurkan bantuan (amal ma'ruf),

Nah!
begitu jugalah Jabatan Agama Islam tidak perlu menunggu maksiat terpampang depan mata baru nak ambil tindakan.
Dan hadith Nabawi riwayat Muslim yang terkenal bermaksud : "Barangsiapa diantara kamu yang mengetahui wujudnya kemungkaran, hendaklah dia mencegahnya".
"Roa" dalam hadith tersebut bererti 'alima iaitu mengetahui. Macama mana nak tahu kalau tidak mencari.

Sekiranya Jabatan Agama Islam tidak merisik untuk menangkap pengkhalwat di hotel-hotel, maka kenyanglah orang yang berduit untuk buat maksiat di hotel-hotel bersama mana-mana pelacur yang diidamkan.
Adakah mereka ini yang dipertahankan oleh Asri?!.

Setelah banyak pembentangan ilmiah bahawa bercanggahnya Asri
dengan konsep islam dan Hadith Nabi, maka jelaslah tugas dan fatwa Mufti Wahhabi tersebut tidak ubah ibarat
" Menjilat danur demi memuaskan nafsu anjing yang menjaganya".

Inilah tugas Wahhabi. Apa sahaja pangkat yang dipegang pasti akan merosakkan dan memalukan serta menghina islam itu sendiri.

Semoga kita diselamatkan oleh Allah daripada fitnah golongan Wahhabiyyah. Amin ya Robbal ?lamin.

Asri Wahhabi Halalkan Liwat? Asri Suka Gay Elton John



Klik DISINI Untuk Borak Dan Komen

CERAMAH PERDANA BERTAJUK : KRITIKAN ILMIAH KE ATAS MANTAN “TALIBAN” YANG MEMPERTAHANKAN “GAY”

TARIKH : 1.11.11 ( SELASA)
MASA : 7.30 MALAM
TEMPAT : SURAU AL-FALAH, BANDAR TASIK SELATAN, KL.


Datanglah beramai-ramai.


Asri Wahhabi berbohong kononnya ulama Islam menghalalkan liwat. Kini apabila pengaku liwat yang bernama Elton John yang mendakwa nabi Isa itu juga Gay seperti dia mahu datang ke Malaysia untuk mempromosikan Gay nya dengan usaha beberapa pihak maka umat Islam yang tidak setuju dengan kedatangan Elton John Al-Gay itu menyatakan penolakan tetapi wujud pula suara dari Asri Wahhabi mempertahankan kaki liwat nih.

Selepas ini Asri Wahhabi akan bangkitkan peristiwanya dilarang/disekat Jabatan Agama Islam Pahang JAIP dari menyampaikan ceramah Wahhabi-nya di Pahang sedangkan program ceramah tersebut tetap berjalan. Asri juga akan berkata jika tidak mahu Elton John datang ke Malaysia maka tahan aje dia di airport. Inilah kebodohan Asri dalam memahami keadaan dan dia akan terus dengan kenyataan-kenyataannya yang dah nampak amat mengarut. Inilah akibatnya jika terpengaruh dengan Wahhabi yang selalu terkait dengan kes liwat.

31 October, 2011

Syiah, Wahhabi Sudah Murtad?


SEMUA DIJEMPUT KE TAKLIMAT KHAS/CERAMAH

KISAH TURUNNYA NABI ISA MEMBAWA AKIDAH SALAF, BAHAYA SYIAH DAN WAHHABI TELAH MURTAD?

PADA 31/10/2011 HARI ISNIN JAM 7.30 MALAM

DI MASJID SAIDINA OTHMAN IBNU AFFAN BANDAR TUN RAZAK KL.


Peta klik sini">

“Bahaya Murtad, Syiah & Wahhabi Kepada Ummah”



Taklimat Khas / Ceramah “Bahaya Murtad, Syiah & Wahhabi Kepada Ummah”

TEMPAT : MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR (DEWAN SEMINAR).
MASA : 31.10.2011. ISNIN. JAM: 2.50 PTG – 4.00 PTG.
SEMUA DIJEMPUT HADIR TERUTAMA MUSLIMAT.

28 October, 2011

SYIAH. Satu Sudut Pandang



SEMUA DIJEMPUT HADIR

TAKLIMAT KHAS / CERAMAH BERKAITAN

"SYIAH, DIMANA SALAHNYA? DAN USAH MENGHINA AHLUL BAIT NABI MUHAMMAD"

PADA : 29. 10. 2011

HARI : SABTU

MASA : 7.30 MALAM

TEMPAT : MASJID LAMA KG. AYER BAROK, DAERAH JASIN, MELAKA.

SUNNI, PENCINTA SEBENAR AHLUL BAIT, MUSLIMIN&MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.

CERAMAH BERBENTUK MINI SEMINAR MENJELASKAN TENTANG SYIAH MENURUT PANDANGAN TERBARU YANG SEBENAR DAN ISU BERKAITAN WAJARKAH TAQRIB ANTARA SUNNI DAN SYIAH.

-ADMIN

27 October, 2011

Bahaya MEDIU Kepada Umat Islam Di Malaysia



Di tanah air kita sudah terlalu banyak institut-institut pengajian tinggi termasuk universiti Islam. Tiba-tiba datang sebuah institusi luar mahu melebarkan sayap yang 'bersenjata' mahu menebarkan satu ajaran yang membawa kepada ganggu-gugat perpaduan umat Islam khususnya di Malaysia (seperti difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan). Bertopenglah ia dengan kewujudan fakulti teknologi dan sebagainya bagi menutup tujuan asal mereka mengrekrut remaja kearah fahaman yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah dengan membawa pelbagai alasan dan kalisan. Wujud pihak mempergunakan nama tempat bersemadinya insan termulia junjugan besar Nabi Muhammad iaitu kota Madinah yang tercinta. Sekejap dinamakan Universiti Islam Madinah, ditempat lain pula dinamakan Universiti Antarabangsa Madinah dan pelbagai nama lagi bagi mengaburi pihak berkuasa dan orang awam yang terletak kini di Plaza Shah Alam, Seksyen 9 Shah Alam Selangor. Walaupun ditempat pelbagai dan dikatakan kelak di Cyberjaya pula namun tujuannya sama iaitu menyebarkan fahaman yang melampau, takfir dan membahayakan perpaduan umat islam di Malaysia.

Kepada pihak berwajib juga kepada seluruh umat Islam di Malaysia yang rindukan kebenaran kepadamu kujelaskan pembuktian-pembuktian ringkas ini:

1- MEDIU dengan jelas mengajar dalam silibus pengajian mereka sesuatu yang bercanggah dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah dengan mendakwa orang kafir musyrik itu beriman kepada Allah dan bertauhid kepada Allah. MEDIU turut membawa fahaman akidah yang baru iaitu mendakwa seseorang manusia itu tidak dikira muslim selagi tidak percaya dengan tafsiran tauhid yang dibawa MEDIU sebagai tauhid Uluhiyyah mengikut tafsiran mereka sendiri kononnya jika seseorang manusia itu bertauhid kepada Allah (Rububiyyah) maka dia bukan muslim bahkan KAFIR MUSYRIK disisi MEDIU. Ini fahaman yang bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah kerana nabi Muhammad tidak pernah meletakkan syarat untuk dihukum seseorang itu muslim hendaklah dia bertauhid dengan tauhid yang banyak dan pelbagai seperti ajaran MEDIU itu Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Asma Was Sifat dan selainnya. Dalam Islam tauhid hanya satu. Sesiapa yang mengucap dua kalimah Syahadah dengan benar dan tidak melakukan kesyirikan kepada Allah maka dia telah dikira muslim dan jika dia mensyirikkan Allah maka dia dikira tidak beriman kepada Allah. Merupakan satu kesalahan besar denga menganggap orang kafir musyrik itu beriman dan BERTAUHID kepada Allah sedangkan namanya sahaja telah kafir muysrik/menyekutukan Allah... mana mungkin pula dinamakan orang yang tidak mentauhidkan Allah itu sebagai seorang bertauhid kepada Allah....

IKUTI PEMBONGKARAN KESESATAN-KESESATAN M.E.D.I.U INI DI FACEBOOK: KLIK SINI

26 October, 2011

Takziah Buat Saudi


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah Tuhan sekalian alam yang wujud tanpa bertempat dan arah, Selawat dah salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad, para sahabat dan ahli keluarga baginda.

Saya Al-Faqir IlaRobbihi Ustaz Hj Abu Syafiq Al-Asy'ary bersama beberapa Ahli Sunnah Wal Jama'ah (Al-Asya'irah dan Al-Maturidiah) mewakili umat Islam di Malaysia mengucapkan ta'ziah di atas kemangkatan Sultan Bin Abdul Aziz Aaliy Sa'ud Putera Mahkota Arab Saudi yang telah mangkat meninggalkan kita pada 22.10.2011.

Beliau yang merupakan Wali 'Ahd Putera Mahkota Arab Saudi selaku Naib Majlis Menteri Arab Saudi juga Menteri Pertahanan & Pengangkutan Udara juga Menteri Penyelian Am banyak berjasa kepada umat termasuk penduduk di Saudi Arabia. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar dalam membentuk ummah yang sejahtera.

Dan kami mengucapkan sekali lagi khususnya buat umat Islam di Saudi Arabia yang mulia juga kepada keluarga Aaliy Sa'ud dengan penuh keikhlasan ucapan ta'ziah serta memohon kepada Allah agar merahmati beliau dan ditempatkan roh beliau bersama orang-orang yang mulia didalam syurga.

Al-Fatihah.

Oleh: Abu Syafiq (Handphone) : 006 019 3801979

Sesungguhnya Allah ta'ala telah memberi kami peluang berkenalan secara dekat/rapat dengan ramai orang arab dari negara Saudi Arabia yang baik-baik dan mulia juga berfahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah dan bukan Wahhabi.



------------------------------------------------------------------------------

11 October, 2011

Majlis Ilmu Bersama Ulama Berketurunan Nabi Muhammad & Mufti Darul Fatwa Australia

SEMUA DIJEMPUT KE MAJLIS ILMU BERSAMA ULAMA BERKETURUNAN RASULULLAH (MASJID AL-FALAH USJ 9. KHAMIS. 13.10.2011. SELEPAS MAGHRIB)

TOKOH ULAMA : DR. AL-'ALLAMAH SYEIKH SALIM 'ALWAN AL-HUSAINIY (CHAIRMAN DARUL FATWA OF AUSTRALIA)


Ketika Tabadul Fatwa War Ro'i Bersama

TAJUK : KESATUAN UMMAH DALAM AQIDAH & ISU-ISU ISLAM SEMASA

TEMPAT : MASJID AL-FALAH USJ 9. (Pusat Bandar USJ9, Persiaran Kewajipan, 47630 Subang Jaya, Selangor, Malaysia)

TARIKH : 13.10.2011 KHAMIS.

MASA : 7.30 MALAM (SELEPAS SOLAT MAGHRIB)

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Segala pertanya boleh menghubungi saya di 019-3801979

07 October, 2011

Teguran Abu Syafiq Buat Abu Anas (Dr Abd Basit)



Assalamu'alaikum.

Saya ditanya banyak kali antaranya melalui email berkaitan seorang yang bergelar Ustaz Abu Anas yang mana beliau adalah bernama Abdul Basit Bin Abdul Rahman bekas pelajar di negara Saudi Arabia ini adakah dia seorag Wahhabi atau Sunni kerana dilihat penyoal dia mengajar kitab-kitab pondok Ahli Sunnah tetapi memasukkan unsur-unsur fahaman Wahhabi.

Maka saya akan hanya menjawab secara ringkas berkaitan lelaki ini dan saya ingin menegaskan bahawa saya TIDAK menuduh dia seorang Wahhabi Musyabbihah atau Pelampau Wahhabiyah secara melulu.

ABU ANAS ABDUL BASIT BIN ABDUR RAHMAN DAKWA BERDOA MENGHADAP KE KUBUR NABI KETIKA ZIARAH BAGINDA ADALAH BID'AH SESAT



Kenyataan Abu Anas Abd Basit Abd Rahman
Untuk kali ini (1) saya ingin membetulkan tanggapan dan kenyataan Abu Anas tersebut yang mendakwa (perbuatan menziarahi kubur atau makam Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi Wasallam dan berdoa di makam baginda sambil menghadap ke arah makam baginda adalah perbuatan salah & BID'AH yang sengaja diada-adakan). Rujuk juga tulisannya dalam buku berjudul PANDUAN ms 82 nom 53.

Ulasan saya Abu Syafiq:

1- Antara fahaman melampau adalah gemar menghukum bid'ah ke atas amalan umat Islam yang mempunyai dalil keharusannya. Kelihatan Abu Anas terlau cepat menghukum atau menyatakan sesuatu itu sebagai sesat (bid'ah) tanpa merujuk kepada dalil yang mengharuskan perbuatan berdoa mengHadap ke makam Nabi dan Abu Anas turut TIDAK menyatakan satu dalilpun menyokong penghukumannya juga tiada pula dinukilkan kenyatan ulama muktabar pun yang menyatakan perbuatan berdoa menghadap makam Nabi itu sebagai Bid'ah sesat.

2- Berdoa kepada Allah dengan menghadap ke makam Nabi bagi yang menziarahi baginda adalah perbuatan yang tidak ada larangan dan juga ia TIDAK wajib maka jika dilakukan ia harus bahkan mustahab (digalakkan). Dalam Mazhab Maliki, Hambali dan Asy-Syafie' digalakkan berdoa menghadap makan Nabi Muhammad sollallahu alaihiwasallam dan juga dalam Musnad Abu Hanifah pada kitab Haji daripada Nafi' bin Umar Radhiyallahu 'anhu berkata adalah sesuatu dari Sunnah dengan kamu menghadap ke kubur Nabi. Maka jika sesorang muslim itu melakukannya maka tidak boleh dihukum sebagai bid'ah sesat seperti perbuatan fahaman Wahhabi yang mendakwa perbuatan berdoa kepada Allah menghadap ke kubur itu adalah SYIRIK.



3- Abu Anas yang belajar di Saudi melaLui biasiswa Saudi juga perlu tahu bahawa Raja Abdullah Raja Saudi Arabia juga berdoa menghadap kubur Nabi Muhammad dalam keadaan membelakangi kiblat dihadapan seluruh tokoh pimpinan Saudi dan para 'ulama' Saudi. Jika benar Abu Anas mahu menolak Bid'ah yg didakwanya ini maka ABu Anas perlu berhadapan dengan Raja Saudi dan bagitau dia bahawa perbuatannya itu merupakan Bid'ah !.



Dengan penuh sifat mahabbah saya menyeru agar Abu Anas bertaubat dari kenyataannya tersebut yang menghukum perbuatan berdoa dengan menghadap ke makam Nabi ketika menziarahi baginda sebagai SALAH & BID'AH yang SESAT.

Wassalam.
Ustaz Abu Syafiq 019-3801979 (Abu Anas boleh call saya untuk diskusi secara ilmiah dan beradab)

04 October, 2011

07 September, 2011

Sanggahan Ke Atas Khalid Samad. Isu hina keadilan cucu Nabi


Saya adalah penduduk Shah Alam. Sedih dengan YB Shah Alam Khalid Samad ini yang kelihatan 'pening' tentang ilmu Islam. Saya nasihatkan kau wahai Khalid Samad agar pergi banyak belajar ilmu agama lagi tapi jangan belajar dengan ajaran sesat seperti Wahhabi nanti kamu mereng.



KHALID 'MENGHINA' CUCU RASULLULLAH DENGAN BERBOHONG KONONNYA SAIDINA HASAN DAN HUSAIN BUKAN SAKSI YANG ADIL

1- Pabila Khalid Samad sedaya upaya cuba "mempertahankan" gereja kini dia pula menyandarkan perkara yang tidak benar kepada cucu Nabi kita iaitu Hasan dan Husain kononnya sebagai saksi yang tidak adil dan tidak boleh diterima walaupun kepada bapa mereka sendiri. Ini suatu penghinaan kepada cucu Rasulullah. Sedangkan kesaksian para sahabat bahkan para ahli bait nabi adalah adil. Kesaksian para sahabat adalah diterima dan mereka adil dalam pensaksian mengikut puluhan dalil Hadith dan kesepakatan jumhur ulama Islam. Dan kisah yang BATIL yang lagi Dho'if serta PALSU tidak harus dijadikan sandaran untuk menolak penerimaan kesaksian para sahabat.

2- Kisah yang dijadikan sandaran oleh Khalid Samad ini adalah kisah yang TIDAK BENAR bahkan ia BATIL dari segi makna dan sanad. Mengapa kamu mahu cakap pasal agama di surau dan masjid di Selangor tapi bawa pula kisah yang TIDAK benar dan dijadikan pula sebagai bukti dakwaan kenyataan kamu itu?!

Kisah berkaitan Saidina Ali yang dikatakan meminta dikembalikan baju besinya yang berada ditangan seorang Yahudi dengan membawa kes tersebut kepada Tuan Qadhi Syuraih lalu Saidina Ali membawa saksi bahawa baju itu kepunyaan baginda dan saksi tersebut adalah Saidina Hasan dan Husain kemudian dikatakan kesaksian kedua-duanya adalaah TIDAK adil dan tidak diterima kerana kedua-duanya merupakan anak Saidina Ali...
KETAHUILAH BAHAWA KISAH ATAU ATHAR INI ADALAH TIDAK BENAR, BATIL DAN TIDAK BOLEH DIJADIKAN SANDARAN DALAM HUKUM kerana:

- Kerana...Keadilan penyaksian para sahabat adalah diterima dan adil sekalipun penyaksian kepada bapa sendiri. Saidina Hasan dan Husain merupakan sahabat Nabi waktu yang sama adalah ahli bait dan cucu baginda. Mana mungkin mereka tidak adil seperti dakwaan sesetengah orang yang jahil ilmu agama!.

- Kerana... kisah tersebut adalah batil dan tidak benar sekalipun kita selalu membacanya atau mendengarnya seperti menarik perhatian orang-orang awam yang tak tahu. Bukan semua yang diriwayatkan itu adalah benar belaka inikan pula nak dijadikan sandaran hukum. Al-Jauzaqoniy ketika meriwayatkan kisah tersebut beliau meriwayatkan dalam kitab Al-Abatil iaitu mengenai riwayat-riwayat yang BATIL/TIDAK BENAR dan dengan jelas beliau menyatakan selepas membawa kisah tersebut bahawa ia adalah kisah yang BATIL dan hadith mauquf tersebut (athar) adalah MUNGKAR. Begitu juga Imam Ibnu Jauzi dalam Al-'Ilal Al-Mutanahiy menyatakan tentang peristiwa yang sama dan menghukum kisah atau hadith (hadith mauquf) tersebut adalah BATIL/TIDAK BENAR. Az-zahabi turut menolak periwayatan berkaitan kisah tersebut dalam Mizan Al-'I'tidal.

Maka berhati-hatilah dan belajar banyak lagi sebelum mengajar.

Keadilan sahabat Nabi usah dipertikaikan TETAPI keadilan Parti Keadilan Rakyat harus dipertikai.

Abu Syafiq 019-3801979 .Khalid samad ! call lah saya. saya takde nom u.tq

* Al-Athar para sahabat harus di itlaqkan sebagai Hadith. Pabila dinyatakan sesuatu Athar itu maka boleh dinamakan ia juga sebagai Hadith iaitu Hadith Mauquf -Rujuk Imam Nawawi, Imam Az Zarkasyi dan ulama2 hadith.

04 September, 2011

Pembohongan Pusat Zakat Pada Isu Asnaf "Fisabilillah"




Fi Sabilillah merupakan asnaf yang layak menerima zakat. Mengikut Mazhab Empat(Syafie',Maliki,Hanafi dan Hambali) dan Jumhur Ulama, Fi Sabilillah bererti mereka yang berjuang atau berjihad di jalan Allah. Cuma pada ijtihad Imam Ahmad mengharuskan tambahan dari asnaf ini kepada menunaikan haji dan ia ada dalil dari hadith yang jelas tetapi tidak ada seorang pun dikalangan ulama mazhab menyatakan asnaf Fisabilillah itu adalah untuk seluruh perkara yang baik.

Namun Pusat Zakat di Malaysia termasuk Baitul Mal di Perlis sering menipu umat Islam dalam isu asnaf Fisabilillah ini sehinggakan asnaf Fakir dan Miskin masih lagi terabai dan tidak diurus dengan baik waktu yang sama asnaf FiSabilillah pula TERPALING banyak dapat zakat saban tahun dengan cara memperluaskan secara berlebihan erti asnaf tersebut sehingga bercanggah dengan mazhab empat.

Pada kali ini untuk kali per 1, saya akan bongkarkan pembohongan Pusat Zakat di Malaysia berkaitan asnaf Fi Sabilillah kononnya meluaskan makna asnaf tersebut kepada Kesemua Amalan Kebaikan sehinggakan yang tidak layak pun dapat zakat juga dengan jumlah yang amat besar.




PUSAT ZAKAT BOHONGI HUKUM IMAM AR-RAZI DALAM ASNAF ZAKAT FI SABILILLAH

Pusat zakat dengan rasminya dalam video di atas menjelaskan kononnya asnaf Fi Sabilillah adalah UMUM termasuk semua perkara kebaikan dengan membohongi kenyataan sebenar hukum para ulama Islam tersebut. Pusat Zakat termasuk pembentang kertas kerja isu asnaf ini iaitu Hainani Muji Tahir yang digambarkan kononnya sebagai ulama hebat Msia dalam isu zakat pabila menjelaskan asnaf ini cuba mengambarkan kepada umum kononnya HUKUM pengagihan zakat kepada asnaf FiSabilillah itu umum kepada "seluruh perkara kebaikan" merupakan hukum yang dinyatakan oleh Imam Ar-Razi. Benarkah Imam Ar-Razi dan selainnya menyatakan hukum itu sedemikian?


Klik Gambar Untuk Bukti Dari Kitab Tafsir Imam Ar-Razi

1- Imam Ar-Razi apabila mentafsirkan asnaf ke tujuh itu menyatakan tafsiran para ulama pada ayat asnaf zakat Fisabillah adalah beerti Orang yang berjuang/berjihad dijalan Allah iaitu Al-Ghuzat muslimin yang berperang. Kemudian Imam Ar-Razi menukilkan hukum sedemikian adalah juga pandangan Imam Syafie, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah.

2- Imam Ar-Razi kemudian menyatakan ZAHIR pada ayat FiSabilillah tidak WAJIB dihadkan kepada kesemua pejuang/mujahid dan kemudian beliau sekadar menukilkan nukilan Al-Qaffal Al-Syashi yang didakwa oleh Al-Qaffal ianya daripada sebahagian fuqoho' yang tidak langsung dikenali merekalah yang dikatakan mengharuskan pengagihan sedekah-sedekah (Ash-Shodaqoot) kepada SEMUA jenis perkara-perkara KEBAIKAN. Apabila fuqoho yang didakwa itu TIDAK dikenali maka hukum yang diputar belit tidak sepatutnya diguna pakai selain ia bercanggah dengan mazhab empat.

3- Jika diperhatikan dalam kitab tafsir Imam Ar-Razi yang berjudul Mafatihul Ghaib tersebut pabila menukilkan nukilan Al-Qaffal daripada fuqoho yang TIDAK DIKENALI beliau hanya menyebut perkataan "As-Sodaqot" itulah yang harus diberikan kepada apa-apa perkara kebaikan dan BUKAN perkataan ZAKAT atau As-Sodaqoot Wajibah yang bererti zakat. Pada bahagian yang sama Imam Ar-Razi membezakan antara As-Sodaqot yang Mandub iaitu sedekah pemberian sunat yang bukan zakat dengan As-Sodaqot yang Wajib iaitu zakat itu sendiri yang wajib. Bahkan secara jelas Imam Ar-Razi menggunakan perkataan ZAKAT pada menjelaskan asnaf Fi Sabilillah itu bermaksud pejuang/mujahid BUKAN semua perkara kebaikan.


Klik Pada Gambar Untuk Pembuktian Dari Fahaman Kitab Tafsir Imam Ar-Razi

4- Bagi ulama yang benar-benar belajar tafsir Imam Ar-Razi ini secara Talaqqi berguru maka dia akan dapati dalam perbincangan ini sebenarnya Imam Ar-Razi TIDAK mengharuskan zakat itu diberikan kepada "seluruh perkara kebaikan" tetapi yang diharuskan untuk diberi "kepada seluruh perkara kebaikan" adalah dari hasil SEDEKAH sunat dan BUKAN dari hasil zakat yang wajib itu.
Bahkan Al-Qaffal menyatakan dalam kitabnya sendiri berjudul Hilyatul Ulama bahawa: Pengagihan zakat kepada asnaf Fi Sabilillah adalah beerti mujahid dan pejuang dan TIDAK kelihatan langsung Al-Qaffal mempersetujui zakat itu diberi kepada seluruh perkara kebaikan.

5- Pembohongan pusat zakat pada kenyataan Imam Ar-Razi dalam isu asnaf Fisabillah ini adalah satu niat jahat mengumumkan/mengluaskan erti asnaf zakat Fisabillillah dengan pengluasan erti yang melampau-lampau dan BERCANGGAH dengan mazhab empat termasuk Mazhab Syafie yang diamalkan di Malaysia. Saya bersangka baik mungkin pusat zakat tidak dapat membezakan antara kenyataan Imam Ar-Razi pada As-Sodaqot Mandubah yang mana ia bererti sedekah sunat bukan zakat DENGAN As-Sodaqot Wajibah iaitu zakat yang wajib sehingga keliru dalam pembahagian zakat wajib kepada asnaf fisabilillah dengan sedekah am untuk kebaikan umum.

Insya Allah saya akan bongkarkan lagi bagaimana Pusat Zakat juga menipu dan membohongi kenyataan penulis tafsir Al-Manar iaitu Rasyid Redha dan membohongi puluhan kenyataan para ilmuan lain dalam tafsiran asnaf fisabilillah ini. Nantikan.

Soalan! Adakah pembahagian zakat yang berjumlah TERPALING BANYAK kepada asnaf Fisabilillah yang telah diperluaskan ertinya secara berlebih lebihan sehingga yang tidak layak pun dapat zakat itu mampu mengurangkan kadar Fakir & Miskin dengan meningkatkan ekonomi mereka&umat Islam?

www.abu-syafiq.blogspot.com

Asnaf FISABILILLAH "Lesen" Besar Korupsi Zakat


8 Yang Layak Menerima Zakat
Allah berfirman dalam surah al-Taubah ayat 60 yang bermaksud:
“Sesungguhnya sadaqah (zakat) itu hanya tertentu untuk orang (1)fakir, (2)miskin, (3)para ‘amil yang mengurus zakat, (4)orang mu’allaf yang dijinakkan hatinya, (5)hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, (6)dan untuk orang-orang yang berhutang, (7)orang yang berjuang pada jalan Allah (FISABILILLAH), (8)dan untuk orang musafir (yang kehabisan bekalan) dalam perjalanan. (Hukum yang sedemikian itu) sebagai kewajipan fardu yang ditetapkan Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

1- Mazhab Syafie, Mazhab Maliki, Mazhab Hanafi dan Mazhab Hambali mengikut kenyataan empunya mazhab masing-masing sendiri menyatakan asnaf zakat yang ke-7 iaitu Fisabilillah adalah bererti untuk mujahid/pejuang yang berjihad dijalan Allah berperang dengan orang kafir bagi menegakkan kalimah Allah. Cuma Mazhab Hambali yang menyatakan bahagian asnaf tersebut (fisabilillah) boleh juga digunakan pada menunaikan fardhu haji. Malangnya pusat zakat atau baitul mal di Malaysia yang mengaku bermazhab Syafie atau mengambil salah satu dari mazhab empat itu kelihatan dalam agihan zakat pada asnaf Fisabilillah ini secara jelas tidak mengikut mana-mana mazhab mu'tabar tersebut tetapi hanya sekadar mengikut pandangan-pandangan yang berlainan dengan mazhab 4. Ingatlah bahawa bukan semua pandangan itu boleh digunapakai kecuali pandangan yang mencukupi syarat ikutannya sahaja harus diambil pakai.

2- Pusat Zakat di Malaysia terlalu mengumumkan/meluaskan sangat erti Fisabilillah tersebut sehingga merangkumi apa sahaja/keseluruh perkara kebaikan termasuk yang tidak sepatutnya dimasukkan dalam asnaf ini seperti kenderaan-kenderaan khas untuk Majlis Agama dan Pusat Zakat, gaji mereka, elaun itu elaun ini, program itu, projek ini, bangunan itu, pembagunan ini dan bermacam-macam lagi sedangkan pengagihan tersebut terkeluar dari hukum yang ditetapkan Mazhab 4 yang muktabar pada asnaf Fisabilillah itu sendiri. Waktu yang sama fakir dan miskin masih ramai di Malaysia sehingga ada yang murtad termasuk di Perlis.

3- Dalam sistem pengagihan zakat di M'sia yang diamalkan oleh pusat zakat dan baitul mal mereka menetapkan asnaf Fisabilillah hanya mendapat 1/8 dari pembahagian zakat dan fakir/miksin mendapat 6/8 dari pembahagian zakat tetapi yang realiti berlaku adalah SEBALIKNYA. Seluruh negeri di M'sia bahagian yang TERPALING banyak mendapat zakat adalah bahagian Fisabilillah yang telah diperluaskan tafsirannya secara berlebihan mengalahkan dan menandingi pembahagian kepada dua asnaf penting dan utama iaitu Fakir dan Miskin. Bagaimana hasrat mengurangkan kemiskinan negara boleh tercapai jika begini?!.

4- Dalam fatwa di Malaysia sendiri menetapkan bahawa asnaf Fisabilillah tidak harus dibanyakkan peruntukan agihan zakat baginya sehingga mengatasi asnaf-asnaf yang lain. Malangnya saban tahun asnaf Fisabilillah inilah yang paling banyak mendapat bahagian dari kutipan zakat. Adakah kerana asnaf ini amat mudah dikorupsikan? Jawapanya: Mungkin ada sekarang ini, atas alasan mereka yang tidak munasabah iaitu kesemua amalan kebaikan semua boleh dapat zakat.
Waktu yang sama mereka lupa bahawa zaman Nabi dan para Khulafa Rasyidin sendiri wujud banyak bahkan terlalu banyak amalan kebaikan mendekatkan diri kepada Allah tetapi mereka TIDAK pula gunakan zakat pada asnaf Fisabilillah untuk tujuan kebaikan tersebut. Sahabat nabi tulis wahyu, mereka juga menulis hadith dan mengajar sahabat2 yang lain akan ilmu2 Islam tetapi tidak mengambil dan tidak diberikan zakat dari asnaf Fisabilillah ini pun bahkan mereka tidak menerima mana-mana zakat atas amalan kebaikan yang dilakukan kecuali jika dari 8 asnaf yang ditetapkan.

5- Persoalannya sekarang mengapa fakir dan miskin di Malaysia masih ramai termasuk dibandar-bandar dan mengapa mereka tidak diberikan zakat secukupnya? sedangkan keutamaan adalah kepada mereka. Mengapa pula ramai sangat orang-orang kaya, sihat dan kuat dapat menggunakan hasil kutipan zakat dengan jumlah yang paling banyak bertopengkan asnaf Fisabilillah?. Patutkah definisi asnaf Fisabilillah yang ditakrifkan dengan amat luas merangkupi keseluruhan perkara kebaikan oleh pusat zakat dan baitul mal di Msia itu dipertikaikan? Sedangkan ta'rifan mereka pada asnaf tersebut berbeza dengan Mazhab Empat(Syafie,Maliki,Hanafi&Hambali) serta bersalahan dengan Jumhur Ulama. Pengertian sebenar serta pembahagian zakat bagi asnaf Fisabilillah di Malaysia memang patut dikaji semula agar asnaf Fakir dan Miskin tidak terabai dan dapat diuruskan dengan cantik lagi berkesan.

Oleh: Ustaz Abu Syafiq 006-0193801979.
___________________________________________________________












Artikel luar dipetik sebagai bahan bacaan:

Fisabilillah merupakan gelaran dan sejenis perlakuan yang dianggap mulia dalam Islam. Sejak dahulu lagi Fi sabil Allah yang menjadi polemik di antara ulama. Ada yang menyempitkan makna fi sabil Allah dan ada yang meluaskan pemahamannya. Perbincangan ini bukanlah hanya untuk menyenaraikan pendapat-pendapat yang bercanggah di antara ulama tetapi lebih kepada analisa yang kritis bagi memastikan kebenaran yang tulen yang perlu dipatuhi dan merupakan perbincangan yang melibatkan keharusan talfiq selagi sesuatu masalah itu masih kabur dan tidak nyata. Perbincangan juga melibatkan maslahah yang menjadi alasan dan senjata utama bagi mereka yang mengeluarkan hukum tanpa asas, tanpa memahami dengan mendalam maksud sebenar maslahah dalam Usul Al-Fiqh. Ramai golongan yang suka bercakap mengenai Fiqh tapi tidak didasarkan pada asas sebenar Fiqh itu iaitu usul Al-Fiqh. Realitinya amalan peluasan makna fi sabil Allah memang dipraktikkan di Malaysia tanpa diambil kira asas sebenar syariah. Pemberian zakat kepada mangsa bencana alam, adakah menepati makna fi sabil Allah atau tidak? Pendapat-pendapat ulama terhadap saham fi sabil Allah
A.Golongan yang menyempitkan makna fi sabil Allah.
Mazhab Hanafiyy
Imam Abu Yusof berpendapat bahawa makna fi sabil Allah bermaksud tentera-tentera Islam yang tidak berkeupayaan menyertai perang disebabkan kemiskinan yang dialami, ini merupakan maksud yang mula terlintas di fikiran (al-Kasani 1997 : jil. 2,472).
Imam Muhammad al-Hassan pula berpendapat fi sabil Allah bermaksud orang yang tidak cukup kelengkapan menunaikan haji dengan beralaskan kepada satu hadis bahawa seorang lelaki hendak menyerahkan seekor unta untuk tujuan perang tetapi Rasulullah menyuruh beliau menyalurkannya untuk tujuan haji (al-Kasani 1997 : jil.2,472).
Al-Kasani dalam Badai’ al-sanai’ menjelaskan bahawa maksud fi sabil Allah adalah semua bentuk amalan mendekatkan diri dan ketaatan kepada Allah (Ibn ‘Abidin 1994 : jil.3,289). Ibn Nujaym dalam al-Bahr mengatakan bahawa unsur kefakiran mestilah ada pada setiap bahagian (Ibn Nujaim 1997 : jil.2,422).
Disyaratkan pemilikan harta zakat pada asnaf, maka tidak boleh disalurkan untuk pembinaan masjid, kafan serta pembayaran hutang mayat, pembinaan jambatan, terusan, pembinaan jalan, haji dan jihad yang tiada kaitan dengan pemilikan harta (Ibn Abidin 1994 : jil.3,291).
Ringkasnya ulama Mazhab Hanafi mentakrifkan fi sabil Allah sebagai amalan-amalan yang mendekatkan diri dan ketaatan kepada Allah serta mensyaratkan wujudnya sifat kefakiran bagi bahagian fi sabil Allah kecuali bahagian amil dan berlakunya pemilikan harta, maka tidak harus disalurkan zakat pada pembinaan masjid, pembinaan jambatan, tali air, jalan dan sebagainya.
Mazhab Malikiyy
Ibn al-Arabi dalam Ahkam al-Quran meriwayatkan daripada Imam Malik bahawa maksud fi sabil Allah banyak maknanya, tetapi tiada perselisihan pendapat tentang makna perang pada jalan Allah (Ibn al-Arabi 1967 : jil.2,957).
Muhammad Ibn al-Hakam mengatakan bahawa zakat boleh disalurkan bagi mendapatkan binatang dan senjata bagi kegunaan perang, bagi menahan kemaraan musuh kerana semuanya untuk maslahah perang berhujahkan pada satu hadis yang menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W pernah menyalurkan zakat dalam bentuk seratus ekor unta kepada jajahan kekuasaan Sahal Ibn Abi Hathmah bagi meredakan penentangan (Ibn al-Arabi 1967 :jil.2,957).
Al-Dardir menjelaskan dalam Syarh ala Matan Khalil bahawa zakat diberikan kepada tentera-tentera dan keperluan mereka seperti senjata dan kuda (pengangkutan), walaupun tentera itu kaya kerana ia menerima zakat melalui bahagian jihad bukan kefakiran. Diberikan juga kepada pengintip-pengintip walaupun seorang kafir tetapi tidak boleh disalurkan pada pembinaan benteng negara dan dalam perkara yang mempunyai kaitan sebahagian sahaja dalam perang.
Dalam tafsir al-Qurtubi dinyatakan bahawa maksud fi sabil Allah adalah tentera-tentera serta kelengkapan yang berkaitan sama ada miskin kaya dan ini adalah mazhab Maliki (al-Qurtubi 1996 : jil.8,172).
Ringkasnya, makna fi sabil Allah dalam Mazhab Maliki bermakna bagi tujuan peperangan, jihad dan yang berkaitan dengannya, tidak hanya tertakluk pada tentera tetapi lebih meluas pemahamannya merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan persediaan perang dan boleh disalurkan zakat walaupun pada orang kaya.
Mazhab Syafi’iyy
Al-Nawawi dalam Minhaj al-Talibin menjelaskan bahawa maksud fi sabil Allah bermakna tentera-tentera yang tidak menerima gaji daripada kerajaan, iaitu bermakna tentera yang sukarela menyertai peperangan (al-Nawawi 2000 : jil.2,403).
Al-Syafi’iyy menjelaskan dalam al-Umm bahawa bahagian fi sabil Allah disalurkan kepada tentera yang berada dalam kawasan sesuatu zakat yang disalurkan, sama ada pada yang kaya atau miskin kecuali diperlukan sebaliknya (al-Syafie 1993 : jil.2,97).
Ringkasnya, Mazhab Syafi’iyy memfokuskan makna fi sabil Allah hanyalah untuk jihad, tentera yang tidak menerima gaji dan yang berkaitan dengannya walaupun ia kaya.
Mazhab Hanbaliyy
Mazhab Hanbaliyy sama dengan Mazhab Syafi’iyy dalam mentakrifkan fi sabil Allah iaitu dengan makna tentera-tentera sukarela yang tidak menerima gaji daripada kerajaan atau yang menerima gaji tetapi tidak mencukupi keperluan mereka untuk berperang walaupun ia kaya. Al-Bahuti menjelaskan bahawa tidak harus disalurkan zakat selain daripada yang disebutkan oleh Allah seperti pembinaan masjid, jambatan, terusan, pembinaan jalan, kafan mayat dan semua bentuk kebaikan untuk keredaan Allah kerana lafaz امنإ dalam ayat zakat tersebut bermakna hanya (al-Bahuti 1982 : jil.2,283).
Terdapat dua riwayat Imam Ahmad berkaitan dengan haji :
1.Haji termasuk dalam fi sabil Allah berdasarkan pada hadis Umm Mi’qal al-Asadiyyah bahawa suaminya menyerahkan seekor unta untuk tujuan jihad tetapi beliau ingin menggunakannya untuk tujuan haji lantas meminta unta tersebut daripada suaminya tetapi enggan, maka perkara ini diadukan pada Rasulullah dan baginda memutuskan supaya diberikan pada Umm Mi’qal dengan sabda : “Haji dan Umrah itu termasuk fi sabil Allah”.
2.Haji tidak termasuk fi sabil Allah seperti pendapat majoriti ulama. Ibn Qudamah dalam al-Syarh al-Kabir menjelaskan bahawa ini lebih tepat kerana fi sabil Allah bermakna jihad merupakan maksud yang pertama terlintas di fikiran kerana sebahagian besar ayat al-Quran yang menggunakan perkataan sabil Allah membawa erti jihad, ini merupakan zahir ayat (Ibn Qudamah 1995 : jil.4,104).

28 August, 2011

Solat Raya Di Surau Al-Musyrikin - Anjuran Asri Wahhabon & 40 Ularmak Muda

http://www.youtube.com/watch?v=HocUXlkssBE&feature=youtube_gdata_player

Diberitakan Surau Al-Musyrikin mungkin akan mengadakan program raya puasa 2011m/1432h besar-besaran beserta solat fardhu raya 'iedulfitri dan khutbah akan disampaikan oleh pengkhutbah hebat ketua 40 Ularmak Muda. (disisi wahhabi solat hari raya adalah fardu ain ke atas semua termasuk wanita).

Ketua 40 Ularmak muda mungkin menyatakan takbir raya yang akan dikumandangkan di Surau Al-Musyrikin tersebut tanpa alunan berlagu kerana berlagu itu adalah bid`ah sesat masuk neraka disisi fahaman wahabon.
Surau yang dinamakan Al-Musyrikin tersebut walaupun namanya bunyi macam arab tapi tidak beramal dengan bid'ah tahlil, maulid dan yasin kerana dianggapnya sesat.

TV 3 telah pun melaporkan wujud surau yang bernama Al-Musyrikin (kafir) yang dipengerusikan oleh ahli UMNO dan antara ahli UMNO adalah beberapa Ularmak Muda UMNO yang menyerahkan borang keahlian taat setia pada UMNO kepada Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib.

Jabatan Agama Islam seperti JAINS, JAIS dan selainnya perlu memantau program disurau seperti nama berikut kerana ia mungkin dihadiri oleh mereka yang mahu murtad dan menyekutukan Allah serta menyamakan Allah dengan manusia.

DEFINISI

- Al-Musyrikin : Orang-orang kafir yang menyekutukan Allah dengan makhluk/binatang seperti fahaman ajaran Wahhabi dan selainnya.

- Ularmak Muda : Orang jahil murakkab yang mengaku diri mereka alim dan pandai dari semua orang.

Oleh: shahidankossomberlisnoiblis@yahoo.com

-

25 August, 2011

Seruan Buat Bukan Islam Di Malaysia. MASUKLAH ISLAM


Dengan ini saya menyeru kepda wargenegara Malaysia yang terdiri dari mereka yang beragama BUKAN Islam agar memeluk dan masuk kedalam agama Islam kerana itu satu kewajipan dan kewajipan juga kepada umat Islam di Malaysia beramal dengan Islam dengan ikhlas

Wahai penduduk Malaysia
Yang beragama Kristian
Yang beragama Hindu
Yang beragama Buddha
Yang beragama apa-apa sahaja selain Islam saya menyeru dengan tegas supaya anda semua memeluk agama Islam dan KEKAL di dalamnya selama-lamanya.

Cara masuk Islam amat mudah sahaja (rujuk bawah). Yang penting mesti kekal dalam agama Islam ini selama-lamanya sampai mati dan tidak melakukan, mempercayai dan menuturkan perkataan yang boleh membatalkan Islam secara jelas.


CARA MASUK ISLAM

Cara untuk masuk Agama Islam adalah SANGAT MUDAH iaitu dengan melafazkan Dua Kalimah Shahadah (Ash-Shahadatain) dalam apa-apa bahasa sekalipun asalkan ianya difahami oleh individu yang ingin memeluk Islam tersebut.

Ucapan Dua Kalimah Shahadah

Bahasa Arab (Paling Afdhal) :

أَشْهَدُ أَن لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ أشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ اللهِ

Bahasa Melayu
:

Aku Bersaksi Bahawa
Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah
dan Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah

Bahasa Inggeris
:

I bear witness that no one deserves to be worshiped except Allah
and I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah

( Bahasa Tamil, Bahasa Cina, Bahasa Urdu, Bahasa Jerman, Bahasa Jepun dan lain-lain bahasa sedang dalam pencarian - bagi saudara-suadara pembaca seIslam daripada pelbagai bangsa yang boleh membantu dan tahu terjemahan dua kalimah Shahadah dalam bahasa-bahasa lain boleh hubungi terus saya Abu Syafiq 0193801979 atau ke www.facebook.com/AbuSyafiq1 -Bersama Memperjuangkan Islam Tercinta! )

Sesudah urusan Mengucap dua kalimah shahadah dan urusan penerangan serta pemberifahaman tentang asas2 Aqidah dan Syariat Islam yang sebenar juga mengenali Allah dan RasulNya dan mempercayai bahawa Allah yang disembah tidak sama dengan makhluk atau manusia dan yakin bahawa Allah ada/wujud tidak memerlukan kepada tempat,langit atau aras kerana Allah Maha Berkuasa. Hindari ajaran yang merosakkan kebaikan nama agama murni ini seperti ajaran sesat Wahhabi, Syiah, Hizb Tahrir dan ajaran-ajaran songsang yang lain) maka selepas itu bolehlah :

1.Buat urusan pendaftaran masuk Islam dengan pihak berkuasa yang berkenaan seperti Jabatan Agama Islam Negeri atau Daerah yg berhampiran selalunya di Bahagian Saudara Baru - (sebaiknya dibawa bersama 2 orang saksi utk sesi tajdid shahadah dan pendaftaran di hadapan pegawai Jabatan Agama), atau di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).Kad Saudara Baru akan diberikan sebaik sahaja segala urusan pendaftaran selesai.

1.1 Bagi foreigner atau warga asing yang ingin berdaftar perlulah membawa bersama pasport (sekiranya tidak disimpan oleh majikan) atau salinan asal pasport (sebaiknya ada pengesahan dari pegawai kelas A atau sesiapa yg berkelayakan)

- Bawa bersama gambar berukuran pasport 1-2 keping,(nak bwk lebih pun takpe)


2.Buat kad pengenalan baru untuk pertukaran status agama di Jabatan Pendaftaran Negara yg berhampiran ( agar tidak timbul sebarang dakwaan atau tuntutan dikemudian hari + bukti kukuh pengislaman )

Tips : sekiranya kedapatan sebarang masalah dlm apa juga bentuk seperti ugutan ataupun saudara baru yg masih di bwh umur eloklah dirahsiakan terlebih dahulu identiti dan pengIslaman mereka sebagai langkah berhati2. Bagi saudara baru di bawah umur sekiranya timbul masalah elok dirahsiakan pengIslaman sehingga berusia 21 tahun.

Nasihat Untuk Diri, Saudara Baru & Saudara SeIslam Semua :

HENDAKLAH BERTETAPAN DALAM ISLAM, jangan keluar masuk Islam seperti biskut Choc Fudge (sekejap ada sekejap tak ada) dan tuntutlah ilmu Islam dari usta/ustazah yang arif dan jangan mengikut ajaran sesat seperti AyahPin bin Pon atau Syiah atau agama Wahabi kerana sesungguhnya mereka bahaya.

18 August, 2011

Sekat Bible Di Hotel Malaysia [Kuasa Perlembagaan Malaysia 11 (4) ]

Jika kita sering ke hotel-hotel bertaraf 5 Bintang di kebanyakkan negeri-negeri di Malaysia terutama di Selangor dan Kuala Lumpur amat kerap kita dapati terdapat buku agama kristian sengaja diletakkan di dalam laci bilik hotel tersebut. Tidak kiralah yang check-in hotel itu seorang melayu muslim atau arab muslim atau sesiapa sahaja pastinya akan terjumpa atau tahu wujudnya buku Bible Kristian ini di dalam laci yang disewanya.

Inilah dakyah Kristian ingin memurtadkan umat Islam secara terang-terangan dalam penyebaran agama mereka kepada muslim dan selainnya di Malaysia sejak sekian lama tanpa diambil apa-apa pun tindakan oleh pihak berkuasa Malaysia atau negeri atau jabatan yang bertanggung-jawab.




PIHAK BERKUASA MESTI AMBIL PERHATIAN BIBLE KRISTIAN SEBAR DAKYAH DI HOTEL-HOTEL MALAYSIA


Melihat pengalaman yang pelbagai dalam kejelasan Kristian menyebarkan agama mereka di Malaysia secara terang-terangan maka saya (Abu Syafiq) menggesa agar seluruh pihak berwajib mengambil serius hal ini dan bertindak mengikut undang-undang kuasa yang sedia ada yang telah pun tertera pada Perlembagaan Malaysia pada Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan: "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya".

Artikel 11(4) seterusnya memperuntukkan bahawa "undang-undang Negeri dan di Wilayah-Wilayah Persekutuan Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau MENYEKAT pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara penganut agama Islam".


Berdasarkan sejarah dan Undang-undang Perlembagaan Malaysia dilihat pada Artikel 3 bahawa "Agama Islam adalah agama bagi Persekutuan" membuktikan prinsip atau pegangan Melayu sejak sekian lama orang Melayu bergelar Muslim.

Berdasarkan kuasa yang diberi di bawah Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, sembilan badan perundangan negeri telah menggubal undang-undang untuk mengenakan sekatan terhadap agama-agama bukan Islam. Negeri-negeri di Malaysia yang telah mengubal undang-undang tersebut adalah ;

(1) Terengganu: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Terengganu, 1980 (Enakmen No 1/1980)
(2) Kelantan: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Kelantan, 1981 (Enakmen No 11/1981)
(3) Kedah: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Kedah, 1988
(4) Melaka: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Melaka, 1988 (Enakmen No 1/1981)
(5) Perak: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Perak, 1988 (Enakmen No 10/1988)
(6) Selangor: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor, 1988 (Enakmen No 1/1988)
(7) Pahang: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Pahang, 1989 (Enakmen No 5/1989)
(8) Negeri Sembilan: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Negeri Sembilan, 1991
(9) Johor: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Johor, 1991 (Enakmen No 12/1991)

Negeri dan wilayah lain setakat ini belum mengubal undang-undang tersebut termasuk PERLIS yang sering didalangi oleh mereka yang berfahaman Wahhabi tidak pula mengubal undang-undang ini sedangkan ia penting untuk kebaikan umat Islam. (Wahhabi jenis melampau adalah : ajaran yang menyamakan Allah dengan makhluk seperti agama Kristian yang menyamakan Allah dengan makhluk).

Maka dengan ini kita mengharap dakyah agama selain Islam seperti kristian ini tidak diberi peluang untuk disebarkan sewenang-wenangnya lagi di negara kita Malaysia dan Islam yang tercinta ini dan ia mestilah diambil tindakan oleh pihak berwajib dengan segera !!.


Dakyah Kristian di Malaysia turut disebarkan melalui komik.

Wassalam.

Ustaz Abu Syafiq 019-3801979. 10pm after Terawih. 18 Ramadhan 1432H Shah Alam.

Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?