27 June, 2011

Johari Mat Akui Wahhabi, Bohongi Syafi'e



Sebelum apa-apa penjelasan saya meminta pembaca termasuk Johari Mat sendiri membaca tulisan ringkas saya yang disertai dengan bukti ini sehingga habis/tamat. Kemudian saya tawarkan diskusi ilmiah antara saya (Abu Syafiq) dengan Johari Mat ini secara tertutup atau terbuka pada masaalah akidah/isu semasa. Johari Mat boleh menghubungi saya sendiri ditalian 019-3801979 untuk debat/perbincangan ilmiah dan beradab/berakhlak demi kebaikan ummah. Ok!

First, didapati Johari Mat telah menyatakan banyak perkara yang tidak benar dan lebih tampak seperti seorang yang amat mahu memperjuangankan ajaran Wahhabi. Ramai Wahhabi diluar sana menjadikan Johari Mat sebagai idola/rujukan dan sebagainya tetapi amat malang terlalu banyak fakta bohong dan pendustaan ke atas akidah Islam dan para ulama dilakukan olehnya antaranya ;

1- Johari Mat (JM) mendakwa akidah yang dibawanya adalah akidah Imam Syafie. Bila kita perhatikan rupa-rupanya akidah itu adalah akidah Tashbih yang menyamakan Allah dengan makhluk. Johari Mat mendakwa kononnya Allah bersifat berjari, dua tangan, bertempat, sifat berkaki, kaki Allah masuk neraka dan macam-macam lagi. Amat mustahil seorang ulama bergelar Imam Syafie berakidah seperti itu. JM telah melakukan pembohongan besar ke atas akidah Imam Syafi'e dan menokok tambah dengan terjemah yang tidak benar. Kenyataan jahat Johari Mat tersebut boleh dirujuk dalam artikelnya bertajuk AL-IMAM AL-SYAFI'I - PEGANGAN DALAM ALIRAN AKIDAH.



(klik pada gambar untuk besarkan)

(klik pada gambar untuk besarkan)


2- Johari Mat (JM) mengakui Muhammad Bin Abdul Wahhab itu adalah AL-WAHHABI.

Ada Wahhabi di luar sana tidak mengaku diri mereka sebagai Wahhabi tetapi jelas nampak mereka membawa fahaman akidah Wahhabi yang menyamakan Allah dengan makhluk. Sekarang Johari Mat sendiri yang merupakan dari aliran semacam itu menyatakan Muhammad Bin Abdu Wahhab itu adalah AL-WAHHABI. Ingat! bukan hanya menyatakan pengikut Muhammad Bin Abd Wahhabi itu sebagai Wahhabi tetapi JM menyatakan Muhammad bin Abd Wahhab itu sendiri sebagai AL-WAHHABI. Lihat bukti dibawah.



3- Johari Mat (JM) ubah nama Imam Syafi'e.
Johari Mat bukan sahaja melakukan jenayah ilmiah dan pembohongan serta pendustaan keatas akidah Imam Syafie tetapi turut mengubah dan menukar nama Imam Syafie iaitu Muhammad Bin Idris. JM juga yang mendakwa dirinya sebagai pakar akidah dan sejarah rupa-rupanya amat jahil tentang Imam Syafie. Sudahlah menuduh Imam Syafi'e berakidah seperti akidah Tashbih sekarang akan dibukti bahawa Senator JM ini sebenarnya jahil tentang Imam Syafie'. Samalah juga ramai Wahhabi di luar sana yang mengaku alim tetapi tidak kenal Imam Syafi'e dan mendustai serta membohongi pula para ulama. JM mendakwa nama penuh Imam Syafi'e sebenarnya adalah ABDULLAH MAHMUD. Sedangkan dalam buku sejaran bahkan semua sedia maklum bahawa nama Imam Syafie itu adalah Muhammad bin Idris dan BUKAN ABDULLAH MAHMUD...alahai...namapun kau tak kenal nak bicara berseminar pulak pasal Imam Syafi'e...addoi!. Lihat bukti;
(klik pada gambar untuk besarkan)


Last, saya (Abu Syafiq) yang faqir ilalLaah dan yang tidak alim ini sudah membetulkan kesalahan Johari Mat yang bangga dengan pangkatnya sendiri. Saya mohon JM terima teguran saya dan berubah menjadi Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Saya tidak mahu apa-apa dari kamu kecuali kebaikan untuk kamu. JM jangan lupa INSYTIHARkan taubat dan rujuk dari kesalahan besar anda ini dihadapan khalayak ramai kerana kesalahan yang anda lakukan itu adalah dihadapan ramai dan dibaca oleh semua insan.

Satu lagi nasihat aku pada kamu janganlah menyebarkan ajaran songsang begini dengan pendustaan yang jelas dan jangan ikut ajaran Wahhabi serta kembalilah kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah&Al-Maturidiah sebenar. You can call me in my private number 019-3801979 (Orang lain terutama Wahhabi jangan menyebok masuk campur hal ini).
TQ Wassalam.

No comments:


Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?