20 June, 2011

Wahhabi Buat Hal Lagi. Rekrut budak sekolah pulak


Asri Wahhabi Kaitan/Hubungan Hebat Dalam Mengrekrut Pelajar Terrorist BOM BOM?

First, Wahhabi bukan pengikut Sunnah sebenar bahkan tidak layak dinamakan sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana sering menghukum ulama&umat Islam sebagai KAFIR dan Wahhabi turut menyamakan Allah dengan makhluk.

Antara tempat bertaraf Ma'ahad atau sekolah yang cuba diserapkan pemikiran pelampau Wahhabi ini secara langsung dan sengaja memang kelihatan wujud di beberapa kawasan.



Tidak cukup mengkafirkan umat Islam kini Wahabi tidak lagi solat sebagai makmum dibelakang mana-mana imam masjid kecuali tokoh ajaran mereka sahaja. Setelah beberapa fatwa jahat Mohd Asri yang mendakwa banyak solat jumaat dilakukan tidak mengikut sunnah bahkan ia satu bid'ah katanya maka ada beberapa pengikut ajaran sesatnya sekarang sudah berani tidak menunaikan solat jumaat kecuali di tempat khas mereka sahaja. Antara tempat markaz ajaran mereka adalah bernama Ma'ahad Ittiba' Sunnah yang bertopengkan nama SUNNAH bagi menipu masyarakat yang dahagakan Islam. Bagi mereka (wahabi), dengan menggunakan nama SUNNAH mereka juga dapat menipu orang-orang kenamaan yang banyak duit bagi membantu penyebaran dakwah ajaran sesat mereka.


Bukti bahawa Wahabi Di Malaysia Telah Difatwakan SESAT:






Maahad, sekolah agama terlibat

Oleh FARABI SHEIKH SYED AL-JABRI dan WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

Gambar bahagian hadapan maahad.

SEREMBAN 19 Jun – Selepas pendedahan mengenai sebuah maahad di negara ini yang merekrut belia berasaskan ideologi pemimpin militan Jemaah Islamiah (JI), gerakan yang sama itu juga dikatakan aktif mempengaruhi belia seawal usia 16 tahun di beberapa sekolah agama dan maahad di Negeri Sembilan.

Lebih memeranjatkan, belia yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat dan lima di sekolah agama di negeri ini turut dihasut membenci dan menumbangkan kerajaan dengan alasan jihad bagi menegakkan negara Islam.

Antara modul yang diajar gerakan haram yang dipercayai beroperasi sejak beberapa tahun lalu adalah kaedah dan persiapan untuk menyertai perhimpunan haram.

Gerakan haram itu dipercayai ‘dibawa masuk’ oleh golongan guru sekolah dan maahad terlibat.

Menurut seorang pelajar yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 18, gerakan itu cuba menarik seramai mungkin pelajar menyertai kumpulan usrah.

Katanya, mereka kemudian secara halus menerapkan unsur-unsur jihad bagi menegakkan negara Islam ke dalam pemikiran pelajar.

“Lebih membimbangkan, pelajar-pelajar yang cemerlang turut terpengaruh dengan ideologi gerakan haram itu,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mingguan Malaysia dalam laporan eksklusif hari ini menyiarkan kegiatan sebuah maahad yang merekrut belia berasaskan ideologi pemimpin JI di Indonesia, Abu Bakar Bashir yang dikenali sebagai Salafiah Jihadiah.

Pelajar-pelajar yang direkrut di maahad itu dipercayai dihantar menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan Filipina.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di sebuah maahad yang dipercayai menjalankan kegiatan tersebut di Kuala Pilah hari ini mendapati, terdapat beberapa individu berada di kawasan maahad sedang menunggu untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Ahmad dalam pada itu mendakwa terpengaruh dengan gerakan tersebut selepas diajak oleh seorang rakan untuk menyertai kumpulan usrah di sekolahnya pada tahun 2009.

Katanya, pada awal pembabitannya dalam kumpulan usrah yang terdiri daripada 10 orang ahli, mereka hanya membincangkan masalah-masalah berkaitan agama sambil dipantau oleh seorang ustaz yang mengajar di sekolah.

“Bagaimanapun, selepas setahun menyertai usrah itu, ustaz terbabit mula membangkitkan soal politik tanah air dan secara halus menghasut supaya menentang kerajaan kerana tidak menegakkan syiar Islam.

“Kami juga diminta berjihad menegakkan negara dan undang-undang Islam malah guru terbabit menggunakan ayat-ayat al-Quran serta hadis untuk mempengaruhi pemikiran kami,” katanya.

Ahmad yang memperoleh 6A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini memberitahu, setiap kali cuti sekolah dia akan menyertai aktiviti gerakan iaitu bengkel dan seminar di beberapa lokasi di sekitar negeri ini.

Ujarnya, biasanya seminar tersebut turut disertai kira-kira 200 peserta dari beberapa sekolah di negeri ini.

“Aktiviti ini dijalankan tanpa pengetahuan pihak pengurusan sekolah dan saya hanya memberitahu ibu bapa bahawa kami menyertai kem motivasi sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan.

“Dalam seminar tersebut, beberapa orang panel akan menyampaikan ceramah dan ia akan diselitkan dengan unsur menumbangkan kerajaan,” jelasnya.


Maahad dikesan merekrut JI

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS (pengarang@utusan.com.my)

KUALA LUMPUR 18 Jun - Sebuah maahad swasta di negara ini dikesan dijadikan pusat merekrut belia berasaskan ideologi pemimpin militan Jemaah Islamiah (JI), Abu Bakar Bashir yang dikenali sebagai fahaman Salafiah Jihadiah.

Malah pelajar yang direkrut di maahad atau pusat pembelajaran agama Islam itu dipercayai dihantar menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan Filipina.

Kegiatan itu dikesan beroperasi selepas maahad tersebut dipercayai dijadikan lokasi mesyuarat antara Abu Bakar Bashir dan Abdullah Sungkar bagi menubuhkan JI selepas berlaku krisis kepimpinan Darul Islam, Anjengan Masduki.

Menurut sumber risikan anti keganasan, hasil kerjasama bersama pengendali maahad itu antara 1985 dan 2000, kumpulan militan yang menjadikan negara ini sebagai transit merekrut kira-kira 100 rakyat tempatan dan Indonesia sebelum dihantar menjalani latihan ketenteraan di kem Al-Qaeda di Afghanistan dan kem Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di selatan Filipina.

Fahaman ekstrem Salafiah Jihadiah dikatakan merupakan pegangan utama kumpulan Al-Qaeda, JI serta para pengikutnya.

"Maahad itu sehingga kini dipercayai masih aktif digunakan untuk menyebarkan fahaman tersebut kepada kaum muda. Terdapat beberapa tokoh fahaman ini sama ada di luar atau dalam negeri giat menyampaikan ceramah di maahad tersebut.

"Akhir tahun lalu, tiga pelajar maahad berkenaan ditahan oleh pihak berkuasa kerana menunaikan sembahyang Jumaat berasingan atas alasan masjid-masjid lain mengamalkan bidaah," kata sumber itu ketika ditemui di sini.

Menurut sumber itu lagi, antara ciri fahaman Salafiah Jihadiah adalah mendakwa mereka ahli Sunnah sebenar, menolak Ijmak dan Qias, mendakwa perayaan Maulidur Rasul adalah haram serta menganggap orang Islam yang tidak mengikut mereka adalah bidaah dan sesat, terkeluar daripada Islam dan wajib diperangi.

"Fahaman ini giat disebarkan di kalangan penuntut universiti, profesional dan masyarakat umum. Sekiranya tidak dibendung, akan mendorong lebih ramai umat Islam terutamanya belia terpengaruh untuk menyertai kumpulan militan dan melancarkan serangan ganas.

"Satu lagi yang bahaya fahaman ini adalah mereka menolak sistem demokrasi dan pilihan raya kerana mereka menganggap kaedah jihad perang adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk menubuhkan negara Islam," katanya lagi.

Difahamkan pada April 1985, Abu Bakar, Abdullah Sungkar, Mohd. Iqbal Abdul Rahman, Hambali dan 16 anggota kanan kumpulan Darul Islam dari Solo, Jawa Tengah melarikan diri ke Malaysia selepas pemerintahan Presiden Suharto melancarkan operasi besar-besaran untuk membanteras ancaman kumpulan Darul Islam di Indonesia.

"Mereka menaiki bot dari Tanjung Balai Indonesia dan mendarat di Pelabuhan Klang, Selangor. Setibanya di negara ini, mereka dikatakan terus berlindung di maahad tersebut," katanya.

Mahkamah Indonesia pada 16 Jun lepas menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas Abu Bakar setelah didapati bersalah membiayai kumpulan pengganas di republik itu.

AWAS !!! Bahaya Wahhabi merosakkan semua parti politik dan NGO Islam. Wahhabi cuba menyebarkan ajaran melampau mereka ke dalam UMNO,PAS&PKR serta dalam NGO-NGO Islam lain

No comments:


Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?