23 June, 2011

Wahhabi Membohongi Imam Al-'Iraqi?



Terasa sedih apabila wujud beberapa golongan yang mendakwa diri sebagai pakar hadith, mahir hadith terror hadith dan hebat dalam ilmu hadith nabi tetapi pada hakikatnya adalah pembohong besar dan penjenayah ilmiah.

Orang awam yang kurang mahir akan selok belok ilmu hadith dan cara licik jahat Wahhabi memutar belitkan fakta ulama Islam akan tertipu dengan beberapa penulisan mereka.

Terlau banyak di luar sana pengamal agama batil Wahhabi melakukan jenayah ilmu ke atas buku-buku dan tulisan para ulama.

Untuk kali ini saya ingin tunjukkan satu sahaja contoh bagi mereka yang TIDAK mengaku sebagai Wahhabi tetapi sebenar hakikatnya hanya Allah lebih mengetahui halnya. Saya TIDAK menuduh melulu penulis buku ini sebagai berfahaman Wahhabi dan mungkin dia sendiri tidak mengaku atau juga tidak mempersetujui Wahhabi pun. Wallahu 'alam bihalihi.

Didalam bukunya berjudul 20 PERSOALAN ASAS TENTANG HADIS terdapat banyak perkara yang bercanggah dengan fahaman yang tepat lagi benar dan sering juga kenyataan di dalamnya mengangkat mereka yang tidak belajar hadith dan ilmu hadith secara berguru tetapi dipuji penulis tersebut bak dipuja kononnya Muhaddith Terbaik Zaman Moden sedangkan beberapa tokoh fahaman Salafiah sendiri pun menjelaskan bahawa Nasruddin Al-Albani tidak menjadikan dirinya selalu belajar dengan berguru tetapi dengan hanya banyak membaca sendiri-sendiri tanpa berguru yang siqah.

Untuk kali ini saya akan fokuskan pada perkara yang ada kaitan dengan Imam Al-Hafiz Al-'Iraqi seorang ulama Islam yang hebat dalam ilmu hadith yang turut diperkotak-katikkan kenyataannya oleh beberapa orang yang tidak alim tapi mengaku tahu.

1- Imam Hafiz Zainuddin Abdul Rahim Bin AlHusain Al Iraqi (w 806H) merupakan ulama hadith Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menolak fahaman Tajsim dan Tashbih yang menyamakan Allah dengan makhluk. Jika dilihat fahaman Wahhabi adalah Tashbih/Tajsim yang jelas sejak dahulu Imam Al-Iraqi telah menolak fahaman sebegini.

2- Beliau Al-Iraqi juga merupakan penulis satu bahagian kitab berjudul Al Mauridul Hani Fi Maulidun Nabi yang mempersetujui sambutan Maulid Nabi Muhammad yang mana amalan Maulid ini pula dihukum Wahhabi sebagai SESAT, SYIRIK dan ke neraka bagi sesiapa yang sambut maulid.

3- Beliau mempunyai anak yang bernama Abu Zur'ata Al-Iraqi dan mendidiknya dengan ilmu yang hebat akhirnya juga terkenal dengan ulama Islam yang terkemuka. Al-Iraqi (anak) pernah menjelaskan kepada umum bahawa Ibnu Taimiah bercanggah dan keluar dari Ijmak Ulama pada PULUHAN masaalah agama termasuk masaalah ASAS AKIDAH. Wahhabi termasuk pengata aluan (Asri) dalam buku 20 ASAS itu kerap mendakwa kononnya Ibnu Taimiah adalah MUJTAHID PILIHAN TUHAN. Nak tanya juga mana nas quran atau hadith qudsi Allah firman Dia memilih Ibnu Taimiah sebagai MUJTAHID?

* Dalam buku 20 PERSOALAN ASAS TENTANG HADIS tadi penulisnya bernama Adlan Abd Aziz mendakwa Hafiz Al-Iraqi menghukum dan melabelkan hadis "Kebersihan itu separuh daripada iman" sebagai amat/sangat lemah (dho'if jiddan). Apabila dirujuk kepada kitab asal yang diletakkan tandanya di nota kaki pada takhrij hadith bernombor 278 didapati dakwaan penulis itu ke atas Imam Al-Iraqi adalah suatu pembohongan @ kesilapan yang perlu diisytiharkan taubatnya. Adlan juga mendakwa TIDAK ADA HADIS menyatakan "Kebersihan itu separuh daripada iman". Inilah antara sebahagian sikap yang membawa kepada jenayah ilmiah dalam menukilkan kenyataan ulama sepatutnya secara amanah.


klik pada gambar untuk besarkan


klik pada gambar untuk besarkan

1- Adlan mendakwa kononnya Al-Iraqi hukum hadith yang berbunyi "Kebersihan itu SEPARUH daripada iman" adalah hadith yang sangat lemah (dhoif jiddan) sedangkan Imam Al-Iraqi tidak menyatakan sedemikian pada hadith tersebut.

2- Adlan mendakwa "Kebersihan itu separuh daripada iman" BUKAN HADITH bahkan didakwa TIDAK ADA HADITH yang demikian. Sedangkan para ulama hadith meriwatkannya cuma pada sanadnya ada perbincangan.

3- Adlan mendakwa Imam Al-Iraqi menghukum hadith "Kebersihan itu separuh daripada iman" sebagai DHOIF JIDDAN (amat lemah) pada/ketika takhrij hadith Ihya bernombor 278 dalam kitab Hafiz Al-Iraqi berjudul Al Mughni An Hamli al Asfar – susunan Abu Muhammad Asyraf Bin Abd. Maqsud – Maktabah Dar al Thabariyyah, Riyadh.

Apabila kita merujuk pada cetakan yang sama terbukti lagi pembohongannya. Sememangnya tidak wujud langsung hadith yang berbunyi "Kebersihan itu separuh daripada iman" pada takhrij hadith bernombor 278, yang wujud adalah matan hadith yang lain yang berbunyi "Annazofah Tad'u Ilal Iman" dan pada inilah yang dikatakan Hafiz Al-Iraqi bahawa sanadnya dhoif jiddan dan BUKAN pada hadith "Kebersihan itu separuh daripada iman". Ingat! Adlan menyatakan TIDAK ADA HADITH yang menyebut "Kebersihan itu separuh daripada iman". Saya mahu tanya... Siapa yang kata tidak ada hadith yang sedemikian? Dan bila serta dimana pula Al-Iraqi kata hadith dengan matan tersebut adalah Dho'if Jiddan???! 'Kasfhaf' Muhammad bin Abd Wahhab atau Tajdid Ibnu Taimiah "pilihan tuhan" itu?


Banyak lagi penyelewengan dalam buku2 tulisan orang sedemikian. Insya Allah akan dipaparkan kelak. Usah cepat percaya dengan mereka yang sering dakwa diri sebagai teliti dalam hadith atau pakar hadith. Ramai Wahhabi diluar sana tulis buku disertai nota kaki sebagai rujukan konon-kononya nak tunjuk dirinya amanah dan ilmiah dalam kajian tetapi apabila dirujuk sumber asal memang HAMPEH Wahhabi2 nih..penipu besar!

No comments:


Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?