14 July, 2011

Dr Asri Kafirkan BERSIH, UMNO & PAS





Asri Wahhabi sering membawa kenyataan lama untuk diletakkan hukum pada peristiwa yang baru berlaku. Apabila Asri Wahhabi hendak menghukum dengan sembrono akan sesuatu perkara maka dia akan petik kenyataan para ilmuan lama pada peristiwa lama berlaku pada mereka untuk dijadikan hukum baru pada kes/peristiwa yang baru kini pula. Sebagai contoh Asri Wahhabi dakwa dahulu ulama A menghukum sesat ulama B kerana ulama B bersama orang kafir dalam berlawan dengan orang Islam lain.Hukum yang umum diambil olehnya untuk menghukum pula pada peristiwa khas yang berlaku zaman kini. Kerana itulah apabila Asri Wahhabi mempergunakan separuh lafaz hadith yang berbunyi "Semua Bid'ah Itu Sesat" maka Wahhabi mengumumkan hukum membid'ahkan orang pada semua perkara-perkara baru tanpa terkecuali termasuk perkara yang tidak pernah berlaku dahulu tetapi ia baik tetap dihukum sesat oleh Wahhabi.



ASRI WAHHABI MENGHUKUM PAS&UMNO SEBAGAI KAFIR

Jika kita lihat sekarang ini di tanah air kita terdapat beberapa parti politik yang diterajui oleh orang beragama Islam dan dianggotai oleh orang-orang muslim juga. Waktu yang sama secara jelas parti-parti besar tersebut seperti PAS,UMNO juga PKR berkerja sama, bersatu, menolong, membantu & bersetuju dengan orang kafir yang sepastinya BUKAN bahkan musyrik untuk menyerang&memusuhi umat Islam lain iaitu pihak lawannya, begitulah juga sebaliknya.

Semua begitu. PAS (orang Islam) bersama DAP (orang kafir) dan selainnya dalam memusuhi orang Islam UMNO, UMNO juga bersama beberapa parti politik orang kafir turut memusuhi orang Islam PAS. Gabungan dalam Pakatan Rakyat PR yang didalamnya terdapat kafir musyrik dan muslim juga. Barisan Nasional BN yang didalamnya juga ada orang kafir musyrik dan muslim masing-masing berpakat menentang,memusuhi,memerangi lawanya yang juga terdiri dari orang Islam.

Kemudian ada beberapa pertubuhan seperti terbaru iaitu BERSIH yang ketuai oleh orang kafir musyrik berpakat dengan beberapa NGO terpasuk parti politik yang terdiri dari orang Islam agar bangkit menentang orang muslimin. Secara jelas BERSIH yang diketuai kafir musyrik menentang dan memusuhi orang islam atau kaum muslimin yang berada dalam parti UMNO dan selainnya.


Yang sebenarnya saya ingin nyatakan adalah Asri Al-Wahhabi telah menghukum keadaan begini sebagai haram bahkan Asri Wahhabi juga turut menghukum KAFIR&MURTAD ke atas mana-mana umat Islam yang menolong dan membantu orang kafir musyrik memusuhi umat Islam lain. Dengan jelas kenyataan Asri Wahhabi itu membawa kepada makna jika DAP yang memusuhi/memerangi UMNO maka PAS yang bersama membantu DAP dikira kafir lagi murtad.

Kata Asri Wahhabi dalam bukunya & ceramahnya berjudul 10 PERKARA BATAL ISLAM & APA ITU SYIRIK :

" Antara perkara yang membatalkan Islam...Kelapan ialah membantu dan menolong golongan musyrikin untuk memusuhi kaum muslimin...Maka perbuatan menolong golongan kafir untuk menyerang masyarakat Islam atau memusuhi umat Islam, berpakat dengan golongan kuffar adalah perbuatan yang murtad atau riddah yang menjadikan pelakunya murtad. Fenomena ini sangat serius jika kita lihat apa yang berlaku di dalam dunia Islam, apabila ada umat Islam yang boleh membiarkan musuh menyerang tanahair Islam sedangkan perbuatan itu menjadikan mereka terkeluar daripada agama ". Mukasurat 33.

Amati pentakfiran Wahhabi ini keatas umat Islam secara jelas dan Asri telah mengumumkankan hukum tersebut dan tidak dinyatakan perbezaan antara kafir harbi atau kafir zimmi.

Untuk pengetahuan semua negara Arab Saudi membantu dan mebiarkan musuh Islam Amerika membunuh orang Islam di Iraq dan selainnya. Begitu juga PAS & UMNO sehingga sekarang masih bersatu juga membantu orang kafir dari DAP juga MCA untuk memusuhi/memnentang lawan masing-masing yang terdiri dari orang Islam/ kaum muslimin.

Natijahnya jelas Wahhabi adalah ajaran Takfir yang suka menghukum orang Islam sebagai kafir,sesat,bid'ah dan macam-macam lagi. Hindari Wahhabi yang sedikit ini dari parti-parti dan NGO-ngo Islamkerana mereka akan merosakkan bukan mengislahkan dan marilah bersatu dalam fahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah sebenar.


Ditulis oleh: Assalaperlis0422300230@yahoo.com

No comments:


Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?