25 July, 2011

MASUK ISLAM & SERONOK BERPUASA


Manusia yang mencari kebenaran pastinya menemui Islam adalah agama yang benar. Seluruh orang-orang yang cerdik pandai, baik lagi mulia memilih Islam sebagai agama untuk dianutinya. Nabi Musa agamanya Islam menyembah Allah yang Maha Esa, Lihat juga pada nabi Isa Bin Maryam juga beragama Islam. Ya! Isa Al-Masih TIDAK dan BUKAN beragama Kristian seperti dakwaan palsu golongan/ajaran sesat ganas Wahhabi. Nabi Isa menyembah Allah yang Maha Esa dan tidak pernah mengaku dirinya anak tuhan. Maryam ibunya juga bukan anak tuhan. Adam dan Hawa juga bukan anak tuhan. Allah yang mencipta segalanya.



KEBAIKAN BERPUASA
Bulan Ramadhan iaitu bulan yang diwajib berpuasa merupakan bulan yang amat ceria dan mengembirakan hati ramai manusia. Ramai manusia berseronok dengan melakukan ibadah. Jika ada manusia yang tidak suka kepada bulan Ramadhan maka itu tandanya hati dia amat lemah keimananyan. Dia perlu melalui banyak proses untuk memperbetulkan dirinya.

TIDAK boleh/tidak harus berpuasa bagi yang belum Islam. Sesiapa yang bukan Islam atau tidak memeluk agama Islam atau menjadikan agama lain sebagai anutannya maka dia TIDAK BOLEH berpuasa dengan niat ibadah pada bulan Ramadhan ini.

Untuk berpuasa seseorang itu mesti muslim (beragama Islam) kerana ibadah berpuasa tidak akan diterima dan tidak ada pahala juga tiada lebihan kebaikan jika ia dilakukan oleh orang yang BELUM / BUKAN Muslim. Untuk mendapat seluruh kebaikan dalam berpuasa di bulan Ramadhan seseorang itu mestilah masuk agama Islam dan KEKAL di dalam Islam selama-lamanya. Ya! Dia mesti tinggalkan agama yang lain dan memilih Islam sahaja agama yang dianutinya dan MESTI dia KEKAL menjadi seorang yang beragama Islam selama-lamanya sehingga dia mati.

CARA MASUK ISLAM
Cara untuk masuk Agama Islam adalah SANGAT MUDAH iaitu dengan melafazkan Dua Kalimah Shahadah (Ash-Shahadatain) dalam apa-apa bahasa sekalipun asalkan ianya difahami oleh individu yang ingin memeluk Islam tersebut.

Ucapan Dua Kalimah Shahadah

Bahasa Arab (Paling Afdhal) :

أَشْهَدُ أَن لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ أشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ اللهِ

Bahasa Melayu :

Aku Bersaksi Bahawa
Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah
dan Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah

Bahasa Inggeris :

I bear witness that no one deserves to be worshiped except Allah
and I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah

( Bahasa Tamil, Bahasa Cina, Bahasa Urdu, Bahasa Jerman, Bahasa Jepun dan lain-lain bahasa sedang dalam pencarian - bagi saudara-suadara pembaca seIslam daripada pelbagai bangsa yang boleh membantu dan tahu terjemahan dua kalimah Shahadah dalam bahasa-bahasa lain boleh hubungi terus saya Abu Syafiq 0193801979 atau ke www.facebook.com/AbuSyafiq1 -Bersama Memperjuangkan Islam Tercinta! )

Sesudah urusan Mengucap dua kalimah shahadah dan urusan penerangan serta pemberifahaman tentang asas2 Aqidah dan Syariat Islam yang sebenar juga mengenali Allah dan RasulNya dan mempercayai bahawa Allah yang disembah tidak sama dengan makhluk atau manusia dan yakin bahawa Allah ada/wujud tidak memerlukan kepada tempat,langit atau aras kerana Allah Maha Berkuasa. Hindari ajaran yang merosakkan kebaikan nama agama murni ini seperti ajaran sesat Wahhabi, Syiah, Hizb Tahrir dan ajaran-ajaran songsang yang lain) maka selepas itu bolehlah :

1.Buat urusan pendaftaran masuk Islam dengan pihak berkuasa yang berkenaan seperti Jabatan Agama Islam Negeri atau Daerah yg berhampiran selalunya di Bahagian Saudara Baru - (sebaiknya dibawa bersama 2 orang saksi utk sesi tajdid shahadah dan pendaftaran di hadapan pegawai Jabatan Agama), atau di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).Kad Saudara Baru akan diberikan sebaik sahaja segala urusan pendaftaran selesai.

1.1 Bagi foreigner atau warga asing yang ingin berdaftar perlulah membawa bersama pasport (sekiranya tidak disimpan oleh majikan) atau salinan asal pasport (sebaiknya ada pengesahan dari pegawai kelas A atau sesiapa yg berkelayakan)

- Bawa bersama gambar berukuran pasport 1-2 keping,(nak bwk lebih pun takpe)


2.Buat kad pengenalan baru untuk pertukaran status agama di Jabatan Pendaftaran Negara yg berhampiran ( agar tidak timbul sebarang dakwaan atau tuntutan dikemudian hari + bukti kukuh pengislaman )

Tips : sekiranya kedapatan sebarang masalah dlm apa juga bentuk seperti ugutan ataupun saudara baru yg masih di bwh umur eloklah dirahsiakan terlebih dahulu identiti dan pengIslaman mereka sebagai langkah berhati2. Bagi saudara baru di bawah umur sekiranya timbul masalah elok dirahsiakan pengIslaman sehingga berusia 21 tahun.

Nasihat Untuk Diri, Saudara Baru & Saudara SeIslam Semua :

HENDAKLAH BERTETAPAN DALAM ISLAM, jangan keluar masuk Islam seperti biskut Choc Fudge (sekejap ada sekejap tak ada)

CARA PUASA YANG MENYERONOKKAN
Definisi Puasa

Puasa ialah menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbitnya fajar sadiq[1] hingga terbenamnya matahari dengan niat.



Cara Menentukan Awal Ramadan

Awal Ramadan ditentukan dengan melihat hilal (anak bulan) di ufuk barat selepas terbenamnya matahari hari 29 Syaaban iaitu pada waktu Maghrib. Jika hilal kelihatan maka bermulalah 1 Ramadan dan Syaaban hanya 29 hari. Jika hilal tidak kelihatan maka wajib mengenapkan bulan Syaaban dengan 30 hari.



Syarat-syarat Wajib Puasa

Puasa diwajibkan ke atas setiap;

1. muslim yang
2. baligh,
3. berakal dan
4. mampu berpuasa.



Oleh itu, puasa tidak sah untuk dilakukan oleh orang kafir asal dan juga orang murtad. Selain itu, puasa juga tidak sah untuk dilakukan oleh perempuan yang sedang mengalami haid atau nifas.



Puasa tidak diwajibkan ke atas kanak-kanak. Meskipun begitu, ibu bapa atau penjaga diwajibkan supaya mengajar dan menyuruh anaknya berpuasa selepas genap berusia tujuh tahun. Seterusnya, apabila genap usia sepuluh tahun maka anak itu hendaklah dipukul oleh ibu bapa atau penjaga kerana meninggalkan puasa dalam keadaan dia mampu berpuasa dan si anak itu tidak wajib mengqada'kan puasa yang ditinggalkan itu. Demikian juga puasa tidak diwajibkan ke atas orang gila dan tidak wajib mengqada'kan puasa yang ditinggalkannya.



Selanjutnya, puasa yang dilakukan secara tunai tidak diwajibkan ke atas orang sakit yang jika puasa boleh memudaratkannya, tetapi dia diwajibkan qada' puasa pada hari yang lain selepas sihat. Selain itu, puasa tunai juga tidak diwajibkan ke atas orang yang bermusafir dengan perjalanan sejauh dua marhalah, tetapi dia diwajibkan qada' puasa jika dia meninggalkan puasa. Musafir yang mahu meninggalkan puasa hendaklah keluar dari kampungnya sebelum terbitnya fajar dengan niat bermusafir.



Puasa juga tidak diwajibkan ke atas orang tua yang tidak larat berpuasa iaitu yang dibimbangi kebinasaan dan kematian.



Rukun-rukun Puasa

1. Niat; iaitu tempat niat ialah di dalam hati dan masa niat bagi puasa fardu atau wajib ialah dari terbenamnya matahari sehingga sebelum terbitnya fajar sadiq. Niat puasa fardu Ramadan wajib pada waktu malam bagi setiap hari dalam bulan Ramadan dengan menentukan jenis puasa. Puasa tidak sah tanpa niat di dalam hati, tetapi puasa tetap sah tanpa lafaz niat dengan lidah jika sudah diniatkan di dalam hati.



Perempuan yang terputus darah haid atau darah nifas pada waktu malam hendaklah berniat untuk berpuasa untuk hari esok meskipun dia belum mandi wajib. Ini kerana mandi wajib adalah syarat sah solat bukannya syarat sah puasa. Perbuatan makan, tidur dan jimak selepas niat dan sebelum terbitnya fajar tidak membatalkan niat dan puasa.



Sesiapa tidur pada waktu malam dan dia belum berniat untuk berpuasa hingga dia sedar selepas terbitnya fajar, maka dia diwajibkan menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa dan diwajibkan qada' puasa yang ditinggalkan itu.



2. Menahan diri; iaitu menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbitnya fajar sadiq sehingga terbenamnya matahari.



Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa

1. Memasukkan sesuatu benda dengan sengaja[2] ke dalam rongga sama ada rongga untuk makanan dan selainnya kecuali mata. Batas rongga-rongga tersebut adalah seperti berikut;

a) Mulut; tempat keluar huruf ha' (ha' pedas) seperti menelan sesuatu walaupun sedikit sehingga melampaui tempat selepas tempat keluar huruf ha' kecuali air liurnya[3] yang sedia ada di dalam mulutnya. Jika air liurnya dikeluarkan ke luar mulut kemudian dia menelannya maka puasanya batal.

b) Hidung; khayshum, iaitu hujung hidung di tempat yang ada tulang. Jika sesiapa memasukkan sesuatu ke dalam hidungnya hingga sampai ke khayshum maka puasanya batal.

c) Telinga; lubang telinga.

d) Kemaluan; had qubul lelaki ialah suatu yang melampaui tempat keluar (lubang) air kencing, dan had qubul perempuan ialah suatu yang melampaui farajnya seperti keadaan farajnya ketika duduk di atas dua kakinya untuk buang air. Had dubur ialah suatu yang melampaui bahagian yang terbuka ketika istinjak meskipun sedikit.



2. Jimak.



3. Mengeluarkan air mani dengan sengaja seperti beronani.



4. Keluar darah haid dan nifas[4].



5. Muntah dengan sengaja.



6. Hilang akal walaupun seketika.



7. Pengsan keseluruhan siang.



8. Murtad, iaitu dengan salah satu daripada tiga sebab berikut:

a) pegangan yang kufur seperti beriktikad bahawa Allah berada di atas langit atau duduk di atas Arasy (inilah akidah Wahhabiyyah), atau

b) perbuatan yang kufur seperti memijak al-Quran atau sujud terhadap berhala, atau

c) perkataan yang kufur seperti perkataan yang menghina Allah, para nabi dan rasul-Nya, kitab-kitab-Nya dan semua yang bersangkutan dengan hukum dan syiar Islam. Contohnya, kata-kata ini: "Allah pun letih juga", "Cintaku kepadamu melebihi cintaku kepada Nabi", "Al-Quran ketinggalan zaman", "Solat lima waktu tidak wajib" dan "Hukum Allah tidak sesuai pada zaman sekarang"



Tuntutan-tuntutan Ke Atas Orang Yang Tidak Berpuasa (Bulan Ramadan)

1. Qada' sahaja ke atas;

a) orang yang tidak puasa atau membatalkan puasa dengan sengaja (tidak lupa) tanpa sebarang keuzuran dan bukan kerana jimak,

b) orang yang puasanya terbatal kerana haid dan nifas,

c) orang yang tidak berpuasa ketika dalam perjalanan yang jauh,

d) orang yang tidak berpuasa kerana sakit yang masih diharapkan sembuh,

e) wanita yang hamil atau yang menyusu yang tidak berpuasa bukan kerana bimbang terhadap anaknya seperti untuk kemudahan dalam perjalanan, atau tidak berniat sesuatu pun, atau kerana bimbang terhadap dirinya sendiri.



2. Qada' dan fidyah ke atas;

a) perempuan hamil yang meninggal puasa kerana bimbang terhadap anaknya,

b) perempuan menyusu yang meninggalkan puasa kerana bimbang terhadap anaknya.



3. Fidyah sahaja ke atas;

a) orang tua yang tidak mampu berpuasa atau puasa membawa kepada kesulitan yang bersangatan,

b) orang sakit yang tidak diharapkan sembuh.



4. Qada' dan kaffarah ke atas lelaki yang bersetubuh pada siang Ramadan secara sengaja dengan ikhtiarnya dalam keadaan ingat kepada puasa meskipun air mani tidak keluar.



Definisi Qada', Fidyah dan Kaffarah Puasa

1. Qada' puasa; mengantikan puasa yang pernah ditinggalkan atau puasa yang pernah batal pada hari di luar Ramadan.
2. Fidyah puasa; mengeluarkan satu cupak (satu mudd) makanan asasi bagi sesuatu negara bagi setiap hari puasa Ramadan yang ditinggalkan dengan sebab-sebab yang tertentu..
3. Kaffarah puasa; denda ke atas lelaki yang bersetubuh dengan sengaja pada siang Ramadan dengan membebaskan hamba mukmin sama ada lelaki atau perempuan. Jika tidak mampu, maka dia hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut tidak termasuk hari puasa yang diqada'kan. Jika tidak mampu berpuasa maka dia hendaklah memberi makan kepada enam puluh orang miskin; iaitu bagi setiap seorang miskin satu cupak makanan asasi.



Beberapa Kelebihan Bulan Ramadan

1. Ramadan adalah penghulu segala bulan yang ibadah puasa difardukan padanya.
2. Bulan yang al-Quran diturunkan padanya sekaligus di Baytul-^Izzah di langit dunia.
3. Segala pintu syurga dibuka dan segala pintu neraka ditutup.
4. Syaitan dibelenggu.
5. Awal Ramadan adalah rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka.
6. Sebarang amalan sunat diganjarkan dengan amalan fardu di bulan yang lain, manakala satu amalan fardu diganjarkan dengan tujuh puluh amalan fardu di bulan yang lain.
7. Pada Ramadan ada Malam al-Qadar (Laylatu`l-Qadr) yang lebih baik daripada seribu bulan.



Suatu Nasihat

Sambutlah Ramadan kerana iman dan dengan ilmu, bukan sekadar adat kebiasaan. Jadikanlah Ramadan sebagai tetamu teristimewa yang menjengah kita setahun sekali. Oleh itu, hormatilah "tetamu teristimewa ini" dengan bertaqwa kepada Allah iaitu dengan melakukan suruhan Allah (terutama yang wajib) dan meninggalkan larangan-Nya (terutama yang haram).



Antara suruhan Allah yang wajib ialah menuntut ilmu (terutama ilmu agama). Oleh itu, janganlah pula menjadikan puasa atau keletihan berpuasa sebagai alasan untuk tidak menghadiri majlis ilmu agama. Ingat! Sesuatu ibadah itu - termasuk puasa - tidak sah jika diamalkan tanpa ilmu yang dipelajari daripada guru. Seseorang yang berpuasa itu wajib mempelajari dan mengetahui syarat wajib dan rukun puasa serta perkara yang membatalkan puasa dan pahala puasa.



Seterusnya, meriahkanlah Ramadan dengan membanyakkan ibadah bukannya dengan membanyakkan juadah. Ramadan adalah suatu tempoh latihan untuk kita mengurangkan kecap nikmat dunia dan mengutamakan nikmat syurga.



“Bulan Ramadan sangat istimewa

Bagi mereka yang bertaqwa,

Pahala berganda dapat dibawa,

Di syurga nanti gembira ketawa…”

“Bagi mereka yang utuh aqidah,

Ramadan disambut tanpa bergundah,

Bahkan gembira dengan ibadah,

Bukannya ghairah dengan juadah…”


WaLlahu a^lam…

[1] Fajar sadiq ialah cahaya matahari yang muncul secara melintang di sebelah ufuk timur selepas kemunculan fajar kadhib iaitu cahaya matahari yang muncul secara menegak atau mencapah di sebelah ufuk timur.



[2] Jika seseorang itu memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga dalam keadaan lupa, atau dipaksa (dengan ugutan yang mengancam nyawa), atau jahil kerana baru memeluk Islam atau jahil kerana sangat jauh dari tempat pengajian ilmu agama, maka puasanya tidak batal.



[3] Iaitu air liur yang tidak bercampur dengan benda lain atau tidak bercampur najis



[4] Antara masalah haid yang jarang diketahui ialah: Jika seorang perempuan didatangi haid 7 hari misalnya, kemudian pada hari ke 8 dan ke 9 darah haid tidak keluar dan dia berpuasa, dan seterusnya pada hari ke 10 dan ke 11 dia didatangi haid lagi, maka puasanya pada hari ke 8 dan ke 9 itu tidak sah kerana kedua-dua hari itu termasuk dalam tempoh haid.

1 comment:

ali assegaf said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?