07 August, 2011

2 Khalid Murtad?


Kekuatan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor semakin goyah. Banyak sebab dan puncanya. Kebanyakan ia terbit berpunca dari gabungan PR juga. Terlalu banyak isu yang jelas memperlihatkan kelemahan PR terutama bila ia disuarakan oleh mereka-mereka yang jahil namun diangkat sebagai pemimpin.

Isu berkaitan dengan agama Islam juga amat rapuh ditangani oleh PR. Samaada ia berkaitan dengan penggunaan nama ALLAH oleh agama Kristian di gereja, lesen judi, premis arak, pusat-pusat yang haram dan apa-apa aktiviti yang jelas bercanggah dengan Islam bahkan ditolak juga oleh agama lain.

Terbaru isu berkaitan siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja bernama Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang mengadakan program di tempat ibadah salah tersebut atas alasan jamuan makan yang dihadiri oleh ramai juga orang yang asalnya beragama Islam dan dipercayai untuk disebarkan agama Kristian kepada mereka.




Setelah Exco Agama Selangor Dato Dr. Hasan Ali mempertahankan tindakan JAIS menyiasat apa sebenarnya berlaku di gereja tersebut pada Rabu 3 Ogos 2011 itu maka keluarlah dua suara yang hanyir mula berbicara. Masing-masing mengaku ia adalah suara RASMI Parti Islam Semalaysia PAS dan suara RASMI Parti Keadilan Rakyat PKR. Bukti kenyataan mereka berdua ini merupakan kenyataan rasmi parti masing-masing adalah apabila mereka berkata memberikan kenyataan menggunakan tiket nama parti masing-masing walaupun kajian rapi belum dilaksanakan. Amat sedih dua suara songsang ini mempertikaikan JAIS dan Exco Agama Selangor kononnya atas alasan tiada usul periksa/mengkaji dahulu sebelum bertindak waktu yang sama dua orang ini jugalah menherdik/menghina/mengelar tindakan JAIS & Exco Agama juga tanpa kaji selidik dan usul periksa dahulu.

Dalam Undang-undang Negara (Malaysia)
Perkara 11. Kebebasan beragama.

(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.

(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—

(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;

(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan

(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.




KHALID IBRAHIM & PADERI GEREJA
Amat sedih apabila Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim menghubungi paderi gereja tersebut Daniel Ho dan meminta maaf dan menyesal serta tidak mempersetujui tindakan JAIS menyiasat mereka. Padahal paderi gereja tersebut dengan jelas juga mempersetujui konsep 1 Malaysia (UMNO pun x blh pakai juga)yang ditolak oleh PKR & Khalid Ibrahim. Tidakkah dapat dirasakan bahawa apa yang diperkatakan oleh paderi tersebut hanya alasan juga membawa kepada melaga-laga umat Islam dan meraih simpati atas program yang telah terkantoi kerana terdapat unsur penyebaran agama selain islam kepada orang Islam.

Khalid Ibrahim sepatutnya berbincang dengan JAIS dan Exco Agama Selangor dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan dan kenyataan. Itu yang bijak. Tetapi apa yang berlaku adalah sesuatu yang bodoh mengucar-kacirkan lagi keadaan khususnya sesama Islam.



KHALID SAMAD & GEREJA KRISTIAN
Mencemuh tindakan JAIS dan mengutuk Exco Agama Selangor oleh Timbalan PAS Selangor sendiri iaitu Khalid Samad dalam isu ini amatlah memalukan dan menyedihkan. Bandingan yang diberi juga amat rapuh serapuh PilihanRaya Umum ke 13 PRU 13 kelak. Khalid Samad bercakap langsung tidak mengikut displin ilmu agama ditambah dengan perbandingan yang jauh dengan kaitan isu. Sudahlah nama Allah 'dijualnya' kepada gereja Kristian termasuk beberapa pemimpin Barisan Nasional BN. Kini mengutuk pula satu Jabatan penting di negeri sendiri termasuk bekas Persuruhjaya PAS Selangor sendiri.

Khalid Samad mendakwa atas alasan pergi ke gereja tidaklah murtad maka dikutuk/dihina JAIS&Exco Agama dalam isu ini. Saya mahu tanya. Apa hukum seorang muslim pergi ke gereja? Halal? Halal apa? halal JAKIM or JAIS yang ko kutuk tuh? Seorang muslim yang tidak kuat sangat pegangan agamanya pergi pula ke gereja dalam program yang terdapat penyebaran agama Kristian secara jelas, disebar buku Al-Kitab Kristian, cd-cd menghina Islam dan Nabi Muhammad. Halalkah dia pergi ke majlis sedemikian tanpa apa-apa alasan yang diterima syarak? Haram? Haram apa pula? ke hanya tidak patut? Apa pun alasan kau ia tidak menghalalkan ke atas kau mengutuk JAIS &Exco agama dalam isu ini. Bukankah jika dibawa berbincang dengan JAIS & Exco Agama Selangor sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi kau tu lebih baik untuk kedamaian umat sejagat?. Sungguh tidak bijak tindakan Ahli Parlimen Shah Alam ini!

bersambung...

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?