11 August, 2011

Isu JAIS-Gereja. Warkah Terbuka Buat Dua Insan Mulia : YANG DI-PERTUAN AGONG & SULTAN SELANGOR



Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Dan

Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

MOHON TITAH PERINTAH ISU JABATAN AGAMA ISLAM (JAIS) MENYELAMATKAN BEBERAPA UMAT ISLAM DI GEREJA

Kehebatan Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor sebagai pemimpin amatlah disanjung dan dijulang. Kehaibatan Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor menyelesaikan apa-apa isu yang timbul sememangnya bernas dan dinilai ia berdasarkan ketegasan mempertahankan Islam sebagai agama yang mulia mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah (Allah Exists Without A Place). Patik insan yang faqir disisi Robnya sukacita merujuk kepada perkara di atas

2- Isu di Selangor berkaitan pemeriksaan JAIS baru-baru ini ke atas beberapa individu muslim di sebuah gereja yang tidak berdaftar telah memperhangatkan bualan masyarakat dan timbul perasaan dan tindakan tidak senang dari pelbagai lapisan pemikiran masyarakat. Pelbagai cara dikaitkan dengan isu ini demi kepentingan kemasyhuran masing-masing dan tujuan selainnya sehingga ia kelihatan dipolitikkan demi kepentingan pihak tertentu yang mungkin boleh membawa kepada pertelingkahan dan perbalahan yang besar antara masyarakat.

3- Pandangan dari saf kepimpinan Islam dilantik negara dalam isu agama ini seolah tidak lagi dilayan bahkan diherdik dan dikritik dengan tidak beradab sehingga boleh menjejaskan nama baik Islam itu sendiri. Sekalipun jabatan agama negeri atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri yang memberi pandangan dalam isu ini untuk kebaikan umat sejagat ia tetap dipandang serong oleh beberapa pihak yang mempunyai kepentingan kumpulan masing-masing.

4- Justeru itu patik mewakili umat Islam yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jam'ah sebenar (Al-Asya'irah bukan Musyabbihah moden) memohon titah perintah dari tuanku berdua dalam menangani isu ini dengan selamat dan ia akan dipatuhi. Sebelum ini titah tuanku telah banyak menyelesaikan masaalah yang timbul. Segala titah perintah tuanku berdua dalam isu ini sememang akan menmbuahkan hasil penyelesaian yang terbaik berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah.

5- Setelah warkah pertama patik yang tidak seberapa ini dibaca tuanku berdua. Dimohon agar titah perintah Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor berkaitan isu ini kelak dihebahkan kepada media untuk disalurkan titah perintah tersebut kepada masyarakat umum.

Sekian, ampun tuanku.

Wassalam.

Patik Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary (019-3801979)

www.abu-syafiq.blogspot.com

11-Ogos-2011 Jam 10.00pagi.

No comments:


Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?