27 June, 2011

Johari Mat Akui Wahhabi, Bohongi Syafi'e



Sebelum apa-apa penjelasan saya meminta pembaca termasuk Johari Mat sendiri membaca tulisan ringkas saya yang disertai dengan bukti ini sehingga habis/tamat. Kemudian saya tawarkan diskusi ilmiah antara saya (Abu Syafiq) dengan Johari Mat ini secara tertutup atau terbuka pada masaalah akidah/isu semasa. Johari Mat boleh menghubungi saya sendiri ditalian 019-3801979 untuk debat/perbincangan ilmiah dan beradab/berakhlak demi kebaikan ummah. Ok!

First, didapati Johari Mat telah menyatakan banyak perkara yang tidak benar dan lebih tampak seperti seorang yang amat mahu memperjuangankan ajaran Wahhabi. Ramai Wahhabi diluar sana menjadikan Johari Mat sebagai idola/rujukan dan sebagainya tetapi amat malang terlalu banyak fakta bohong dan pendustaan ke atas akidah Islam dan para ulama dilakukan olehnya antaranya ;

1- Johari Mat (JM) mendakwa akidah yang dibawanya adalah akidah Imam Syafie. Bila kita perhatikan rupa-rupanya akidah itu adalah akidah Tashbih yang menyamakan Allah dengan makhluk. Johari Mat mendakwa kononnya Allah bersifat berjari, dua tangan, bertempat, sifat berkaki, kaki Allah masuk neraka dan macam-macam lagi. Amat mustahil seorang ulama bergelar Imam Syafie berakidah seperti itu. JM telah melakukan pembohongan besar ke atas akidah Imam Syafi'e dan menokok tambah dengan terjemah yang tidak benar. Kenyataan jahat Johari Mat tersebut boleh dirujuk dalam artikelnya bertajuk AL-IMAM AL-SYAFI'I - PEGANGAN DALAM ALIRAN AKIDAH.



(klik pada gambar untuk besarkan)

(klik pada gambar untuk besarkan)


2- Johari Mat (JM) mengakui Muhammad Bin Abdul Wahhab itu adalah AL-WAHHABI.

Ada Wahhabi di luar sana tidak mengaku diri mereka sebagai Wahhabi tetapi jelas nampak mereka membawa fahaman akidah Wahhabi yang menyamakan Allah dengan makhluk. Sekarang Johari Mat sendiri yang merupakan dari aliran semacam itu menyatakan Muhammad Bin Abdu Wahhab itu adalah AL-WAHHABI. Ingat! bukan hanya menyatakan pengikut Muhammad Bin Abd Wahhabi itu sebagai Wahhabi tetapi JM menyatakan Muhammad bin Abd Wahhab itu sendiri sebagai AL-WAHHABI. Lihat bukti dibawah.



3- Johari Mat (JM) ubah nama Imam Syafi'e.
Johari Mat bukan sahaja melakukan jenayah ilmiah dan pembohongan serta pendustaan keatas akidah Imam Syafie tetapi turut mengubah dan menukar nama Imam Syafie iaitu Muhammad Bin Idris. JM juga yang mendakwa dirinya sebagai pakar akidah dan sejarah rupa-rupanya amat jahil tentang Imam Syafie. Sudahlah menuduh Imam Syafi'e berakidah seperti akidah Tashbih sekarang akan dibukti bahawa Senator JM ini sebenarnya jahil tentang Imam Syafie'. Samalah juga ramai Wahhabi di luar sana yang mengaku alim tetapi tidak kenal Imam Syafi'e dan mendustai serta membohongi pula para ulama. JM mendakwa nama penuh Imam Syafi'e sebenarnya adalah ABDULLAH MAHMUD. Sedangkan dalam buku sejaran bahkan semua sedia maklum bahawa nama Imam Syafie itu adalah Muhammad bin Idris dan BUKAN ABDULLAH MAHMUD...alahai...namapun kau tak kenal nak bicara berseminar pulak pasal Imam Syafi'e...addoi!. Lihat bukti;
(klik pada gambar untuk besarkan)


Last, saya (Abu Syafiq) yang faqir ilalLaah dan yang tidak alim ini sudah membetulkan kesalahan Johari Mat yang bangga dengan pangkatnya sendiri. Saya mohon JM terima teguran saya dan berubah menjadi Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Saya tidak mahu apa-apa dari kamu kecuali kebaikan untuk kamu. JM jangan lupa INSYTIHARkan taubat dan rujuk dari kesalahan besar anda ini dihadapan khalayak ramai kerana kesalahan yang anda lakukan itu adalah dihadapan ramai dan dibaca oleh semua insan.

Satu lagi nasihat aku pada kamu janganlah menyebarkan ajaran songsang begini dengan pendustaan yang jelas dan jangan ikut ajaran Wahhabi serta kembalilah kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah&Al-Maturidiah sebenar. You can call me in my private number 019-3801979 (Orang lain terutama Wahhabi jangan menyebok masuk campur hal ini).
TQ Wassalam.

23 June, 2011

Wahhabi Membohongi Imam Al-'Iraqi?



Terasa sedih apabila wujud beberapa golongan yang mendakwa diri sebagai pakar hadith, mahir hadith terror hadith dan hebat dalam ilmu hadith nabi tetapi pada hakikatnya adalah pembohong besar dan penjenayah ilmiah.

Orang awam yang kurang mahir akan selok belok ilmu hadith dan cara licik jahat Wahhabi memutar belitkan fakta ulama Islam akan tertipu dengan beberapa penulisan mereka.

Terlau banyak di luar sana pengamal agama batil Wahhabi melakukan jenayah ilmu ke atas buku-buku dan tulisan para ulama.

Untuk kali ini saya ingin tunjukkan satu sahaja contoh bagi mereka yang TIDAK mengaku sebagai Wahhabi tetapi sebenar hakikatnya hanya Allah lebih mengetahui halnya. Saya TIDAK menuduh melulu penulis buku ini sebagai berfahaman Wahhabi dan mungkin dia sendiri tidak mengaku atau juga tidak mempersetujui Wahhabi pun. Wallahu 'alam bihalihi.

Didalam bukunya berjudul 20 PERSOALAN ASAS TENTANG HADIS terdapat banyak perkara yang bercanggah dengan fahaman yang tepat lagi benar dan sering juga kenyataan di dalamnya mengangkat mereka yang tidak belajar hadith dan ilmu hadith secara berguru tetapi dipuji penulis tersebut bak dipuja kononnya Muhaddith Terbaik Zaman Moden sedangkan beberapa tokoh fahaman Salafiah sendiri pun menjelaskan bahawa Nasruddin Al-Albani tidak menjadikan dirinya selalu belajar dengan berguru tetapi dengan hanya banyak membaca sendiri-sendiri tanpa berguru yang siqah.

Untuk kali ini saya akan fokuskan pada perkara yang ada kaitan dengan Imam Al-Hafiz Al-'Iraqi seorang ulama Islam yang hebat dalam ilmu hadith yang turut diperkotak-katikkan kenyataannya oleh beberapa orang yang tidak alim tapi mengaku tahu.

1- Imam Hafiz Zainuddin Abdul Rahim Bin AlHusain Al Iraqi (w 806H) merupakan ulama hadith Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menolak fahaman Tajsim dan Tashbih yang menyamakan Allah dengan makhluk. Jika dilihat fahaman Wahhabi adalah Tashbih/Tajsim yang jelas sejak dahulu Imam Al-Iraqi telah menolak fahaman sebegini.

2- Beliau Al-Iraqi juga merupakan penulis satu bahagian kitab berjudul Al Mauridul Hani Fi Maulidun Nabi yang mempersetujui sambutan Maulid Nabi Muhammad yang mana amalan Maulid ini pula dihukum Wahhabi sebagai SESAT, SYIRIK dan ke neraka bagi sesiapa yang sambut maulid.

3- Beliau mempunyai anak yang bernama Abu Zur'ata Al-Iraqi dan mendidiknya dengan ilmu yang hebat akhirnya juga terkenal dengan ulama Islam yang terkemuka. Al-Iraqi (anak) pernah menjelaskan kepada umum bahawa Ibnu Taimiah bercanggah dan keluar dari Ijmak Ulama pada PULUHAN masaalah agama termasuk masaalah ASAS AKIDAH. Wahhabi termasuk pengata aluan (Asri) dalam buku 20 ASAS itu kerap mendakwa kononnya Ibnu Taimiah adalah MUJTAHID PILIHAN TUHAN. Nak tanya juga mana nas quran atau hadith qudsi Allah firman Dia memilih Ibnu Taimiah sebagai MUJTAHID?

* Dalam buku 20 PERSOALAN ASAS TENTANG HADIS tadi penulisnya bernama Adlan Abd Aziz mendakwa Hafiz Al-Iraqi menghukum dan melabelkan hadis "Kebersihan itu separuh daripada iman" sebagai amat/sangat lemah (dho'if jiddan). Apabila dirujuk kepada kitab asal yang diletakkan tandanya di nota kaki pada takhrij hadith bernombor 278 didapati dakwaan penulis itu ke atas Imam Al-Iraqi adalah suatu pembohongan @ kesilapan yang perlu diisytiharkan taubatnya. Adlan juga mendakwa TIDAK ADA HADIS menyatakan "Kebersihan itu separuh daripada iman". Inilah antara sebahagian sikap yang membawa kepada jenayah ilmiah dalam menukilkan kenyataan ulama sepatutnya secara amanah.


klik pada gambar untuk besarkan


klik pada gambar untuk besarkan

1- Adlan mendakwa kononnya Al-Iraqi hukum hadith yang berbunyi "Kebersihan itu SEPARUH daripada iman" adalah hadith yang sangat lemah (dhoif jiddan) sedangkan Imam Al-Iraqi tidak menyatakan sedemikian pada hadith tersebut.

2- Adlan mendakwa "Kebersihan itu separuh daripada iman" BUKAN HADITH bahkan didakwa TIDAK ADA HADITH yang demikian. Sedangkan para ulama hadith meriwatkannya cuma pada sanadnya ada perbincangan.

3- Adlan mendakwa Imam Al-Iraqi menghukum hadith "Kebersihan itu separuh daripada iman" sebagai DHOIF JIDDAN (amat lemah) pada/ketika takhrij hadith Ihya bernombor 278 dalam kitab Hafiz Al-Iraqi berjudul Al Mughni An Hamli al Asfar – susunan Abu Muhammad Asyraf Bin Abd. Maqsud – Maktabah Dar al Thabariyyah, Riyadh.

Apabila kita merujuk pada cetakan yang sama terbukti lagi pembohongannya. Sememangnya tidak wujud langsung hadith yang berbunyi "Kebersihan itu separuh daripada iman" pada takhrij hadith bernombor 278, yang wujud adalah matan hadith yang lain yang berbunyi "Annazofah Tad'u Ilal Iman" dan pada inilah yang dikatakan Hafiz Al-Iraqi bahawa sanadnya dhoif jiddan dan BUKAN pada hadith "Kebersihan itu separuh daripada iman". Ingat! Adlan menyatakan TIDAK ADA HADITH yang menyebut "Kebersihan itu separuh daripada iman". Saya mahu tanya... Siapa yang kata tidak ada hadith yang sedemikian? Dan bila serta dimana pula Al-Iraqi kata hadith dengan matan tersebut adalah Dho'if Jiddan???! 'Kasfhaf' Muhammad bin Abd Wahhab atau Tajdid Ibnu Taimiah "pilihan tuhan" itu?


Banyak lagi penyelewengan dalam buku2 tulisan orang sedemikian. Insya Allah akan dipaparkan kelak. Usah cepat percaya dengan mereka yang sering dakwa diri sebagai teliti dalam hadith atau pakar hadith. Ramai Wahhabi diluar sana tulis buku disertai nota kaki sebagai rujukan konon-kononya nak tunjuk dirinya amanah dan ilmiah dalam kajian tetapi apabila dirujuk sumber asal memang HAMPEH Wahhabi2 nih..penipu besar!

al-ahkam.net !!! JOM Diskusi Ilmiah Beradab&Berakhlak



Pemilik & puak-puak www.al-ahkam.net pernah menghina dan menuduh saya dengan pelbagai tuduhan. Mereka juga pernah memburuk-buruk saya & ulama dengan fitnah yang direka oleh musuh saya.Gambar diedit buruk,screenshot,print screen dari yg palsu kemudian dituduh saya pula dan pelbagai lg. Saya LUPAKAN itu semua tetapi utk kebaikan bersama dengan ini saya menawarkan debat/diskusi ilmiah secara tertutup/terbuka kpd al-ahkam.net atas tajuk2 akidah&selainnya.Sila call saya sendiri 019 3801979. Ayyuh demi kebaikan ummah!

FaceBook berkaitan sila komen sini

20 June, 2011

Wahhabi Buat Hal Lagi. Rekrut budak sekolah pulak


Asri Wahhabi Kaitan/Hubungan Hebat Dalam Mengrekrut Pelajar Terrorist BOM BOM?

First, Wahhabi bukan pengikut Sunnah sebenar bahkan tidak layak dinamakan sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana sering menghukum ulama&umat Islam sebagai KAFIR dan Wahhabi turut menyamakan Allah dengan makhluk.

Antara tempat bertaraf Ma'ahad atau sekolah yang cuba diserapkan pemikiran pelampau Wahhabi ini secara langsung dan sengaja memang kelihatan wujud di beberapa kawasan.



Tidak cukup mengkafirkan umat Islam kini Wahabi tidak lagi solat sebagai makmum dibelakang mana-mana imam masjid kecuali tokoh ajaran mereka sahaja. Setelah beberapa fatwa jahat Mohd Asri yang mendakwa banyak solat jumaat dilakukan tidak mengikut sunnah bahkan ia satu bid'ah katanya maka ada beberapa pengikut ajaran sesatnya sekarang sudah berani tidak menunaikan solat jumaat kecuali di tempat khas mereka sahaja. Antara tempat markaz ajaran mereka adalah bernama Ma'ahad Ittiba' Sunnah yang bertopengkan nama SUNNAH bagi menipu masyarakat yang dahagakan Islam. Bagi mereka (wahabi), dengan menggunakan nama SUNNAH mereka juga dapat menipu orang-orang kenamaan yang banyak duit bagi membantu penyebaran dakwah ajaran sesat mereka.


Bukti bahawa Wahabi Di Malaysia Telah Difatwakan SESAT:






Maahad, sekolah agama terlibat

Oleh FARABI SHEIKH SYED AL-JABRI dan WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

Gambar bahagian hadapan maahad.

SEREMBAN 19 Jun – Selepas pendedahan mengenai sebuah maahad di negara ini yang merekrut belia berasaskan ideologi pemimpin militan Jemaah Islamiah (JI), gerakan yang sama itu juga dikatakan aktif mempengaruhi belia seawal usia 16 tahun di beberapa sekolah agama dan maahad di Negeri Sembilan.

Lebih memeranjatkan, belia yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat dan lima di sekolah agama di negeri ini turut dihasut membenci dan menumbangkan kerajaan dengan alasan jihad bagi menegakkan negara Islam.

Antara modul yang diajar gerakan haram yang dipercayai beroperasi sejak beberapa tahun lalu adalah kaedah dan persiapan untuk menyertai perhimpunan haram.

Gerakan haram itu dipercayai ‘dibawa masuk’ oleh golongan guru sekolah dan maahad terlibat.

Menurut seorang pelajar yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 18, gerakan itu cuba menarik seramai mungkin pelajar menyertai kumpulan usrah.

Katanya, mereka kemudian secara halus menerapkan unsur-unsur jihad bagi menegakkan negara Islam ke dalam pemikiran pelajar.

“Lebih membimbangkan, pelajar-pelajar yang cemerlang turut terpengaruh dengan ideologi gerakan haram itu,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mingguan Malaysia dalam laporan eksklusif hari ini menyiarkan kegiatan sebuah maahad yang merekrut belia berasaskan ideologi pemimpin JI di Indonesia, Abu Bakar Bashir yang dikenali sebagai Salafiah Jihadiah.

Pelajar-pelajar yang direkrut di maahad itu dipercayai dihantar menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan Filipina.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di sebuah maahad yang dipercayai menjalankan kegiatan tersebut di Kuala Pilah hari ini mendapati, terdapat beberapa individu berada di kawasan maahad sedang menunggu untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Ahmad dalam pada itu mendakwa terpengaruh dengan gerakan tersebut selepas diajak oleh seorang rakan untuk menyertai kumpulan usrah di sekolahnya pada tahun 2009.

Katanya, pada awal pembabitannya dalam kumpulan usrah yang terdiri daripada 10 orang ahli, mereka hanya membincangkan masalah-masalah berkaitan agama sambil dipantau oleh seorang ustaz yang mengajar di sekolah.

“Bagaimanapun, selepas setahun menyertai usrah itu, ustaz terbabit mula membangkitkan soal politik tanah air dan secara halus menghasut supaya menentang kerajaan kerana tidak menegakkan syiar Islam.

“Kami juga diminta berjihad menegakkan negara dan undang-undang Islam malah guru terbabit menggunakan ayat-ayat al-Quran serta hadis untuk mempengaruhi pemikiran kami,” katanya.

Ahmad yang memperoleh 6A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini memberitahu, setiap kali cuti sekolah dia akan menyertai aktiviti gerakan iaitu bengkel dan seminar di beberapa lokasi di sekitar negeri ini.

Ujarnya, biasanya seminar tersebut turut disertai kira-kira 200 peserta dari beberapa sekolah di negeri ini.

“Aktiviti ini dijalankan tanpa pengetahuan pihak pengurusan sekolah dan saya hanya memberitahu ibu bapa bahawa kami menyertai kem motivasi sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan.

“Dalam seminar tersebut, beberapa orang panel akan menyampaikan ceramah dan ia akan diselitkan dengan unsur menumbangkan kerajaan,” jelasnya.


Maahad dikesan merekrut JI

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS (pengarang@utusan.com.my)

KUALA LUMPUR 18 Jun - Sebuah maahad swasta di negara ini dikesan dijadikan pusat merekrut belia berasaskan ideologi pemimpin militan Jemaah Islamiah (JI), Abu Bakar Bashir yang dikenali sebagai fahaman Salafiah Jihadiah.

Malah pelajar yang direkrut di maahad atau pusat pembelajaran agama Islam itu dipercayai dihantar menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan Filipina.

Kegiatan itu dikesan beroperasi selepas maahad tersebut dipercayai dijadikan lokasi mesyuarat antara Abu Bakar Bashir dan Abdullah Sungkar bagi menubuhkan JI selepas berlaku krisis kepimpinan Darul Islam, Anjengan Masduki.

Menurut sumber risikan anti keganasan, hasil kerjasama bersama pengendali maahad itu antara 1985 dan 2000, kumpulan militan yang menjadikan negara ini sebagai transit merekrut kira-kira 100 rakyat tempatan dan Indonesia sebelum dihantar menjalani latihan ketenteraan di kem Al-Qaeda di Afghanistan dan kem Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di selatan Filipina.

Fahaman ekstrem Salafiah Jihadiah dikatakan merupakan pegangan utama kumpulan Al-Qaeda, JI serta para pengikutnya.

"Maahad itu sehingga kini dipercayai masih aktif digunakan untuk menyebarkan fahaman tersebut kepada kaum muda. Terdapat beberapa tokoh fahaman ini sama ada di luar atau dalam negeri giat menyampaikan ceramah di maahad tersebut.

"Akhir tahun lalu, tiga pelajar maahad berkenaan ditahan oleh pihak berkuasa kerana menunaikan sembahyang Jumaat berasingan atas alasan masjid-masjid lain mengamalkan bidaah," kata sumber itu ketika ditemui di sini.

Menurut sumber itu lagi, antara ciri fahaman Salafiah Jihadiah adalah mendakwa mereka ahli Sunnah sebenar, menolak Ijmak dan Qias, mendakwa perayaan Maulidur Rasul adalah haram serta menganggap orang Islam yang tidak mengikut mereka adalah bidaah dan sesat, terkeluar daripada Islam dan wajib diperangi.

"Fahaman ini giat disebarkan di kalangan penuntut universiti, profesional dan masyarakat umum. Sekiranya tidak dibendung, akan mendorong lebih ramai umat Islam terutamanya belia terpengaruh untuk menyertai kumpulan militan dan melancarkan serangan ganas.

"Satu lagi yang bahaya fahaman ini adalah mereka menolak sistem demokrasi dan pilihan raya kerana mereka menganggap kaedah jihad perang adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk menubuhkan negara Islam," katanya lagi.

Difahamkan pada April 1985, Abu Bakar, Abdullah Sungkar, Mohd. Iqbal Abdul Rahman, Hambali dan 16 anggota kanan kumpulan Darul Islam dari Solo, Jawa Tengah melarikan diri ke Malaysia selepas pemerintahan Presiden Suharto melancarkan operasi besar-besaran untuk membanteras ancaman kumpulan Darul Islam di Indonesia.

"Mereka menaiki bot dari Tanjung Balai Indonesia dan mendarat di Pelabuhan Klang, Selangor. Setibanya di negara ini, mereka dikatakan terus berlindung di maahad tersebut," katanya.

Mahkamah Indonesia pada 16 Jun lepas menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas Abu Bakar setelah didapati bersalah membiayai kumpulan pengganas di republik itu.

AWAS !!! Bahaya Wahhabi merosakkan semua parti politik dan NGO Islam. Wahhabi cuba menyebarkan ajaran melampau mereka ke dalam UMNO,PAS&PKR serta dalam NGO-NGO Islam lain

07 June, 2011

Al-Arqam Al-Wahhabi Tubuh Kelab Isteri Itu Seperti PELACUR



Ajaran sesat seperti Al-Arqam, Wahhabi, Hizbu TahrOr memang suka memburukkan nama Islam waktu yang sama akidah mereka langsung tidak selari dengan Islam. Apa yang sering difokuskan oleh mereka adalah benda dan perkara nafsu dan seks serta kemasyhuran.

1- Al-Arqam merupakan ajaran songsang yang juga bersetuju dengan fahaman Wahhabi dalam banyak perkara terutama akidah. Ini merupakan bukti ketidak-kematangan mereka dalam ilmu akidah Islam sehingga boleh mengiyakan beberapa fahaman Wahhabi.

2- Al-Arqam dengan menggunakan nama Global Ikhwan Sdn Bhd dan menubuhkan beberapa kelab untuk mengajak manusia mengfokuskan kepada seks seperti dilihat Ularmak Muda 40 Wahhabi UMN* itu yang bersekongkong dengan penularan spa-spa, rumah-rumah urut seks dan sebagainnya. Fokuslah pada akidah sebenar bukan pada seks wahai Arqam & Wahhabi.

3- Al-Arqam sebenarnya mengajak wanita islam agar menjadi hina seperti pelacur. Buktinya adalah Al-Arqam Al-Wahhabi ini sendiri mengajak agar para isteri untuk menjadi PELACUR kelas atasan. Saya mahu tanya. Mana ayat Quran atau Hadith Nabi atau kata-kata ulama Islam supaya isteri melayan suami SEPERTI pelacur? Mana?! Bukankah bila kamu suruh isteri layan seks seperti pelacur apa kelas pun kamu telah menaikkan martabat pelacur yang hina itu ke derajat tertinggi. Adakah isteri-isteri Rasulullah kamu mahu katakan mereka SEPERTI pelacur melayan suami mereka? Laknat Allah ke atas penghina isteri-isteri nabi Muhamamd. Dahlah Imam Wahhabi hina sahabat Nabi Muhammad di Masjid Haram, kamu pula si Al-Arqam Al-Wahhabi hina isteri-isteri Nabi?! Bertaubatlah!

4- Iyyapun sangat nak suruh galakkan pengekalan perkahwinan dan mengelakkan penceraian dengan layanan terbaik seks isteri kepada suami janganlah sampai samakan apa-apa pun pada para isteri muslimah dengan apa-apa pun taraf pelacur. Jijik sangat lah bunyinya. Lebih baik korang buat Kelab Banteras Pelacur dari kau orang buat Kelab Isteri "Jadi Pelacur" yg hina ini. Orang bukan islam pun dah pandang buruk pada Islam sebab korang galakkan layanan PELACUR kelas atasan ala-ala Al-Arqam Al-Wahhabi.

5- Nasihat aku kepada Al-Arqam Al-Wahhabi ini TARIK BALIK kenyataan mengajak isteri agar melayan suami SEPERTI PELACUR KELAS ATASAN... Tarik Balik !!! kalau tidak teruklah kau orang dan memang memalukan Islam! Fokuslah pada akidah Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenar dan jangan asyik fokus pada seksskskks aje...Last sekali bertaubatlah segera dari kesesatan sebelum ajal menjemput kamu wahai "pelacur-pelacur kelas atasan" iiee gilliie memalukan menjijikkan.....


Wajah "Pelacur-pelacur Kelas Atasan"?

Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?