29 July, 2011

Dr Uthman Rehat jek- Saya Tawar Diri Bincang Isu Wahhabi-Ahbash



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, wasaalumu 'ala manittaba'alHuda.

Daripada: Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary (019-3801979)

Kepada: (digelar) Wahhabi Malaysia

TAJUK : TAWAR DIRI UNTUK DISKUSI ISU WAHHABI

Saya dengan ini menawarkan diri untuk berdiskusi/berdebat isu Wahhabi, Pengganas & Pemikiran Melampau setelah pihak yang digelar Wahhabi menawarkan debat/diskusi kepada Dr. Ustaz Uthman El-Muhammady dengan mereka. Memandangkan faktor usia beliau, suara dan beliau juga telah pernah berdiskusi dengan Wahhabi sebelum ini juga meneliti faktor-faktor lain seperti menjernihkan penuduhan Wahhabi ke atas saya sebagai Al-Ahbash juga penuduhan Ahbash kepada sesiapa sahaja yang menentang Wahhabi juga kaitan kata-kata saya kepada mereka sebagai Wahhabi maka saya sendiri dengan rendah hati menawar diri berdiskusi dalam isu-isu ini secara terbuka atau tertutup atau apa-apa kaedah pun yang mampu membantu ketengangan isu Wahhabi-Ahbash yang lama ini diringankan.

Diskusi mestilah dengan adab dan akhlak yang mulia dari semua pihak juga ilmiah yang berbukti demi mencari kebaikan untuk umat Islam dan boleh juga bertukar-tukar pandangan untuk kebaikan kedua-dua pihak. Tokoh yang dikatakan Wahhabi juga mengatakan saya sebagai Al-Ahbash. Sudahlah. Mari kita duduk semeja berbincang demi kebaikan ummah.

Jika pihak-pihak yang digelar Wahhabi itu bersetuju maka boleh mengubungi saya di talian 019-3801979.
_____________

Mufti Perlis Juanda Jaya hukum Dr Uthman SESAT, SESAT AKIDAH,MENYELEWENG&BAHAYA:

Al-Wahhabi Mufti Perlis Juanda Jaya bukan sahaja seorang yang kuat melatah menghukum orang lain sebagai Khawarij tetapi Mufti Perlis ini turut menghukum tokoh-tokoh ilmunh Islam sebagai sesat akidahnya, musyrik, kafir dan sebagainya.

Juanda Jaya yang memegang jawatan mufti hasil dari lobian beberapa pihak yang cenderung kepada fahaman Wahhabi telah menghukum tokoh Ma'al Hijrah dan ilmuan negara (Dr.) Muhammad Uthman El-Muhamamdy sebagai SESAT, SESAT AKIDAH dan pelbagai lagi. Bukan itu sahaja. Mufti Perlis tersebut turut menghukum Dr Uthman sebagai menyeleweng dan bahaya.Inilah padahnya memilih mereka yang pening menjadi orang yang ada sedikit autority dalam negeri. Habis semua ulama dihentamnya. Dr. Uthman El-Muhammady dikafirkannya dengan menghukum akidah beliau sebagai sesat atas alasan yang entah apa-apa. Mereka yang suka menghukum orang Islam lain sesat dan kafir tidak lain adalah Wahhabi.

Kini Mufti Perlis terbaru Juanda Jaya pula..Lihat dan nantikan ulama mana lagi akan kena tibai dek dia. Pastikan kenyataan ini akan dibuktikan oleh dirinya sendiri.


Hidup Ahli Sunnah Wal Jamaah di bumi Melayu dan serata dunia!

Abu Syafiq.

Bukti Kesesatan Wahhabi







26 July, 2011

Asri Wahhabi Pengganas Palsukan Sijil Kepada Pejabat Mufti & USM?

Klik Pada Gambar Untuk Besarkan BUKTI

Mohd Asri Wahhabi mencanangkan kepada umum bahawa dia memperolehi Ijazah Sarjana Muda (B.A) Bahasa Arab/SYARIAH.
Penambahan oleh Mohd Asri perkataan SYARIAH pada Ijazah Sarjana Muda tersebut adalah pembohongan yang nyata berdasarkan dari sijil yang dia paparkan sendiri.


(klik pada gambar untuk besarkan)

Mari kita lihat/kaji.
1- Dengan jelas lagi bersuluh bahawa sijil Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Jordan tersebut tertulis yang bermaksud IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA dan...sama sekali bukan IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA ARAB/ SYARIAH seperti yang didakwa/dicanang oleh Mohd Asri.
Disinilah yang dipertikaikan oleh ramai para ustaz bekas penuntut di Jordan. Apa yang sering didakwa Mohd Asri bahawa dirinya mempunyai B.A Ijazah Sarjana Muda dalam B.Arab danSYARIAH adalah suatu pembohongan jelas. Sebenarnya Ijazah Sarjana Muda (B.A) tersebut adalah hanya pada SASTERA.

Mari lihat biodata Mohd Asri yang dia sendiri catatkan mengenai pendidikannya dilaman internetnya sendiri;

PENDIDIKAN FORMAL:
  • Sek Men Agama Al-Irsyad, S. Perai, P.Pinang
  • Kolej Islam Klang
  1. B.A (hons) B. Arab/Syariah University Of Jordan

(klik pada gambar untuk besarkan)

Perhatikan pada dakwaan/pengakuan Mohd Asri sendiri bahawa dia mempunyai Ijazah Sarjana Muda (BA hons) B.Arab/SYARIAH. !

Sekarang kita tanya pula mereka yang lebih berautoriti menterjemah sijil Ijazah Sarjana Muda tersebut iaitu Institut Terjemahan Negara dan terjemahan dari Institut Terjemahan Negara adalah seperti berikut;


(klik pada gambar untuk besarkan)

Amat jelas terjemahan sijil Ijazah Sarjana Muda (B.A) tersebut adalah pada SASTERA dan sama sekali BUKAN sijil Ijazah Sarjana Muda B.Arab/SYARIAH seperti yang dicanang oleh Mohd Asri.

Dengan ini pembaca Yang Arif dapat menilai pembohongan tokoh Wahhabi Mohd Asri ini bukan sahaja pada fakta agama tetapi jua pada sijilnya sendiri.

2- Sepekara lagi, pada isu sijil Asri ini juga, jika pembaca budiman Yang Arif amati secara terperinci dan fokus maka seseorang yang teliti akan nampak secara jelas pembohongan tokoh Wahhabi Mohd Asri dalam isu sijil ini.

Bagaimana? ok! Mari kita teliti dan amati lagi.
Mohd Asri tokoh Wahhabi ini beria-ria dan bersungguh benar memanggil wartawan dan seluruh alam untuk melihat dan menayangkan sijil dan secara terang Mohd Asri BIN Zainul Abidin mendakwa sijil yang ditayangnya itu adalah sijil miliknya. Cukup BANGGA Mohd Asri BIN Zainul Abidin merakamkannya dengan video dan dipaparkan gambar sijil tersebut.


(sila perhatikan molek-molek pada nama pemilik sijil tersebut)



PERSOALAN dan terkantoi yang melucukan disini adalah ! ;
Sijil yang ditayangkan itu dan didakwa pula oleh tokoh Wahhabi ini (Mohd Asri BIN Zainul Abidin) ia adalah sijil miliknya,
Persoalannya! adakah benar itu sijilnya atau ia sijil orang lain yang bernama Mohd Asri Zainul Abidin BIN Uthman (anak kepada pak Uthman) ?!

Pembaca Yang Arif sekalian boleh melihat dengan jelas pada gambar sijil, video yang ditayangkan oleh Asri sendiri dan juga pada terjemahan sijil tersebut amat JELAS ianya adalah milik seorang lelaki anak kepada Uthman dan bukan anak kepada Zainul Abidin.
Sedangkan pabila kita perhatikan pada nama tokoh Wahhabi ini adalah MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN yang mana ayahnya bernama Zainul Abidin dan bukan MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN BIN UTHMAN yang ayahnya bernama UTHMAN, manakala yang ditayangkan sijil itu milik seorang lelaki bernama Mohd Asri Zainul Abidin BIN Uthman (iaitu anak kepada pak Uthman).

Alahai...kesiannyalah anak pak Uthman tu sijilnya dicuri oleh Asri Wahhabi ini kemudian Asri Wahhabi ni panggil pula beberapa orang bodoh untuk diperbodohkan lagi tunjuk kononnya itu sijil miliknya. Wahai Asri Wahhabi..tolonglah pulangkan sijil yang kau tayangkan itu kepada pemiliknya yang sebenar iaitu anak kpd Pak Uthman yang nama penuhnya adalah Mohd Asri Zainul Abidin BIN Uthman ! plzzz! Ya! Nama pemilik sijil tersebut hampir mirip dengan nama Asri Wahhabi cuma ia berBINkan orang lain.

Nama kau adalah Mohd Asri BIN Zainul Abidin. Ayah kau bernama Zainul Abidin dan BUKAN UTHMAN seperti dalam sijil yang kau tayang-tayang tu.

Dalam sijil tersebut tertulis ianya adalah milik seorang yang seakan-akan namanya mirip Asri Wahhabi:

محمد عصري زين العابدين بن عثمان
terjemahannya : MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN BIN UTHMAN

Dialah pemilik sijil tersebut. Anak kepada pak Uthman itulah pemilik sijil tersebut! dan bukan Asri Wahhabi ini yang namanya wujud seakan-akan nama pemilik asal sijil tersebut.

Lihat nama sebenar Asri Wahhabi ini yang dia sendiri nyatakan dalam laman sesawangnya adalah MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN محمد عصري بن زين العابدين ;


lagi;

lagi bukti Asri Wahhabi bernama Mohd Asri BIN Zainul Abidin;




Manakala dalam sijil tersebut adalah nama orang lain iaitu MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN BIN UTHMAN
محمد عصري زين العابدين بن عثمان


Sudahkah pembaca Yang Arif faham? saya percaya pembaca yang arif lebih cerdik dari pemalsu sijil ini.

*Percayalah wahai pembaca Yang Arif sekalian ! kemudian kelak Asri Wahhabi ini juga tidak segan silu menyalahkan pula Universiti Jordan yang terkemuka itu.
Mustahil sebuah universiti terkemuka seperti Universiti Jordan SALAH menulis nama pemilik sijil yang dikeluarkannya. Nantikan bayaran yang mahal untuk pembelian sijil atas nama sebenarnya pula.Nantikan Asri Wahhabi ini akan berkata : "Oh! Universiti Jordan TERSILAP tulis nama pada sijilnya" atau nantikan Asri Wahhabi ini memusing/memperbodohkan orang ramai dengan mendakwa: "nama saya ada pelbagai BIN ...BIN itu ...BIN ini...macam-macam adaaa..."

Saya mahu tuan2&puan Yang Arif sekalian mengamati sebenar-benarnya tunjukan sijil dan ayat-ayat Asri Wahhabi yang diperkatakan dalam video di atas dengan bangganya. Kemudian bayangkan/ bezakan dengan kenyataan-kenyataan yang akan keluar dr mulut Wahhabi Asri ini.

Nantikan Asri Wahhabi ini akan menyalah Universiti Jordan dan nantikan juga siapa sebenarnya ayah kepada Asri Wahhabi ini? Wahai Asri Wahhabi..Siapa nama ayah kau??! Abdul Talib?? Zainul Abidin??! atau apa nama sebenar ayah kau? kau ada ayah ke? jika ada apa namanya? Apa nama sebenar ayah kau? UTHMAN ke ZAINUL ABIDIN??

Pembaca sekali pasti teringat satu fatwa yang dikeluarkan oleh Mohd Asri BIN Zainul Abidin ini iaitu dia MENGHARAMKAN seseorang merubah atau menukar nama bapanya. Subhanallah! Allah nak tunjuk! Jika Allah tunjukan keatas Syiah yang menuduh Saidatuna Aisyah isteri nabi melakukan zina ..tub tub..tiba-tiba perkara tersebut berlaku pula dan kembali secara hina kepada mereka iaitu mereka Syiah mengamalkan Mut'ah dan ia adalah zina.
Maka jika Asri Wahhabi ini sering mencari publisiti murahan dengan fatwa entah apa-apanya maka jelas ia terpalit kepada dirinya sendiri. Yang jelas sijil yang ditunjukkan Asri Wahhabi itu BUKAN sijil miliknya sendiri tetapi sijil milik orang lain yang namanya seakan-akan seperti nama Asri Wahhabi ini.

Sebahagian "penyembah" Asri Wahhabi ini mendakwa kononnya seluruh universiti negara arab tidak menulis perkataan BIN kepada ayah si pemilik sijil dengan itu bagi mereka sijil Asri Wahhabi ini tidak di BIN kan kepada ayahnya kerana itu sistem seluruh universiti. Inilah satu lagi pembohongan "penyembah" & pengikut Asri Wahhabi.

Tuan-puan pembaca Sila lihat sijil yang dipaparkan dibawah oleh Adun Kerdau Ustaz Syed Ibrahim BIN Syed Ahmad. Jelas universiti negara arab mencatatkan dan menulis BIN kepada bapa pemilik sijil.


Sekian. Oleh anak pak UTHMAN......."pulangkan sijilku yang kau curi tu...! "

" نحن أنصار دين الله - كفى هذا قيمة "

Tulisan bukti ini dipetik dari: (klik)

25 July, 2011

MASUK ISLAM & SERONOK BERPUASA


Manusia yang mencari kebenaran pastinya menemui Islam adalah agama yang benar. Seluruh orang-orang yang cerdik pandai, baik lagi mulia memilih Islam sebagai agama untuk dianutinya. Nabi Musa agamanya Islam menyembah Allah yang Maha Esa, Lihat juga pada nabi Isa Bin Maryam juga beragama Islam. Ya! Isa Al-Masih TIDAK dan BUKAN beragama Kristian seperti dakwaan palsu golongan/ajaran sesat ganas Wahhabi. Nabi Isa menyembah Allah yang Maha Esa dan tidak pernah mengaku dirinya anak tuhan. Maryam ibunya juga bukan anak tuhan. Adam dan Hawa juga bukan anak tuhan. Allah yang mencipta segalanya.



KEBAIKAN BERPUASA
Bulan Ramadhan iaitu bulan yang diwajib berpuasa merupakan bulan yang amat ceria dan mengembirakan hati ramai manusia. Ramai manusia berseronok dengan melakukan ibadah. Jika ada manusia yang tidak suka kepada bulan Ramadhan maka itu tandanya hati dia amat lemah keimananyan. Dia perlu melalui banyak proses untuk memperbetulkan dirinya.

TIDAK boleh/tidak harus berpuasa bagi yang belum Islam. Sesiapa yang bukan Islam atau tidak memeluk agama Islam atau menjadikan agama lain sebagai anutannya maka dia TIDAK BOLEH berpuasa dengan niat ibadah pada bulan Ramadhan ini.

Untuk berpuasa seseorang itu mesti muslim (beragama Islam) kerana ibadah berpuasa tidak akan diterima dan tidak ada pahala juga tiada lebihan kebaikan jika ia dilakukan oleh orang yang BELUM / BUKAN Muslim. Untuk mendapat seluruh kebaikan dalam berpuasa di bulan Ramadhan seseorang itu mestilah masuk agama Islam dan KEKAL di dalam Islam selama-lamanya. Ya! Dia mesti tinggalkan agama yang lain dan memilih Islam sahaja agama yang dianutinya dan MESTI dia KEKAL menjadi seorang yang beragama Islam selama-lamanya sehingga dia mati.

CARA MASUK ISLAM
Cara untuk masuk Agama Islam adalah SANGAT MUDAH iaitu dengan melafazkan Dua Kalimah Shahadah (Ash-Shahadatain) dalam apa-apa bahasa sekalipun asalkan ianya difahami oleh individu yang ingin memeluk Islam tersebut.

Ucapan Dua Kalimah Shahadah

Bahasa Arab (Paling Afdhal) :

أَشْهَدُ أَن لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ أشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ اللهِ

Bahasa Melayu :

Aku Bersaksi Bahawa
Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah
dan Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah

Bahasa Inggeris :

I bear witness that no one deserves to be worshiped except Allah
and I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah

( Bahasa Tamil, Bahasa Cina, Bahasa Urdu, Bahasa Jerman, Bahasa Jepun dan lain-lain bahasa sedang dalam pencarian - bagi saudara-suadara pembaca seIslam daripada pelbagai bangsa yang boleh membantu dan tahu terjemahan dua kalimah Shahadah dalam bahasa-bahasa lain boleh hubungi terus saya Abu Syafiq 0193801979 atau ke www.facebook.com/AbuSyafiq1 -Bersama Memperjuangkan Islam Tercinta! )

Sesudah urusan Mengucap dua kalimah shahadah dan urusan penerangan serta pemberifahaman tentang asas2 Aqidah dan Syariat Islam yang sebenar juga mengenali Allah dan RasulNya dan mempercayai bahawa Allah yang disembah tidak sama dengan makhluk atau manusia dan yakin bahawa Allah ada/wujud tidak memerlukan kepada tempat,langit atau aras kerana Allah Maha Berkuasa. Hindari ajaran yang merosakkan kebaikan nama agama murni ini seperti ajaran sesat Wahhabi, Syiah, Hizb Tahrir dan ajaran-ajaran songsang yang lain) maka selepas itu bolehlah :

1.Buat urusan pendaftaran masuk Islam dengan pihak berkuasa yang berkenaan seperti Jabatan Agama Islam Negeri atau Daerah yg berhampiran selalunya di Bahagian Saudara Baru - (sebaiknya dibawa bersama 2 orang saksi utk sesi tajdid shahadah dan pendaftaran di hadapan pegawai Jabatan Agama), atau di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).Kad Saudara Baru akan diberikan sebaik sahaja segala urusan pendaftaran selesai.

1.1 Bagi foreigner atau warga asing yang ingin berdaftar perlulah membawa bersama pasport (sekiranya tidak disimpan oleh majikan) atau salinan asal pasport (sebaiknya ada pengesahan dari pegawai kelas A atau sesiapa yg berkelayakan)

- Bawa bersama gambar berukuran pasport 1-2 keping,(nak bwk lebih pun takpe)


2.Buat kad pengenalan baru untuk pertukaran status agama di Jabatan Pendaftaran Negara yg berhampiran ( agar tidak timbul sebarang dakwaan atau tuntutan dikemudian hari + bukti kukuh pengislaman )

Tips : sekiranya kedapatan sebarang masalah dlm apa juga bentuk seperti ugutan ataupun saudara baru yg masih di bwh umur eloklah dirahsiakan terlebih dahulu identiti dan pengIslaman mereka sebagai langkah berhati2. Bagi saudara baru di bawah umur sekiranya timbul masalah elok dirahsiakan pengIslaman sehingga berusia 21 tahun.

Nasihat Untuk Diri, Saudara Baru & Saudara SeIslam Semua :

HENDAKLAH BERTETAPAN DALAM ISLAM, jangan keluar masuk Islam seperti biskut Choc Fudge (sekejap ada sekejap tak ada)

CARA PUASA YANG MENYERONOKKAN
Definisi Puasa

Puasa ialah menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbitnya fajar sadiq[1] hingga terbenamnya matahari dengan niat.



Cara Menentukan Awal Ramadan

Awal Ramadan ditentukan dengan melihat hilal (anak bulan) di ufuk barat selepas terbenamnya matahari hari 29 Syaaban iaitu pada waktu Maghrib. Jika hilal kelihatan maka bermulalah 1 Ramadan dan Syaaban hanya 29 hari. Jika hilal tidak kelihatan maka wajib mengenapkan bulan Syaaban dengan 30 hari.



Syarat-syarat Wajib Puasa

Puasa diwajibkan ke atas setiap;

1. muslim yang
2. baligh,
3. berakal dan
4. mampu berpuasa.



Oleh itu, puasa tidak sah untuk dilakukan oleh orang kafir asal dan juga orang murtad. Selain itu, puasa juga tidak sah untuk dilakukan oleh perempuan yang sedang mengalami haid atau nifas.



Puasa tidak diwajibkan ke atas kanak-kanak. Meskipun begitu, ibu bapa atau penjaga diwajibkan supaya mengajar dan menyuruh anaknya berpuasa selepas genap berusia tujuh tahun. Seterusnya, apabila genap usia sepuluh tahun maka anak itu hendaklah dipukul oleh ibu bapa atau penjaga kerana meninggalkan puasa dalam keadaan dia mampu berpuasa dan si anak itu tidak wajib mengqada'kan puasa yang ditinggalkan itu. Demikian juga puasa tidak diwajibkan ke atas orang gila dan tidak wajib mengqada'kan puasa yang ditinggalkannya.



Selanjutnya, puasa yang dilakukan secara tunai tidak diwajibkan ke atas orang sakit yang jika puasa boleh memudaratkannya, tetapi dia diwajibkan qada' puasa pada hari yang lain selepas sihat. Selain itu, puasa tunai juga tidak diwajibkan ke atas orang yang bermusafir dengan perjalanan sejauh dua marhalah, tetapi dia diwajibkan qada' puasa jika dia meninggalkan puasa. Musafir yang mahu meninggalkan puasa hendaklah keluar dari kampungnya sebelum terbitnya fajar dengan niat bermusafir.



Puasa juga tidak diwajibkan ke atas orang tua yang tidak larat berpuasa iaitu yang dibimbangi kebinasaan dan kematian.



Rukun-rukun Puasa

1. Niat; iaitu tempat niat ialah di dalam hati dan masa niat bagi puasa fardu atau wajib ialah dari terbenamnya matahari sehingga sebelum terbitnya fajar sadiq. Niat puasa fardu Ramadan wajib pada waktu malam bagi setiap hari dalam bulan Ramadan dengan menentukan jenis puasa. Puasa tidak sah tanpa niat di dalam hati, tetapi puasa tetap sah tanpa lafaz niat dengan lidah jika sudah diniatkan di dalam hati.



Perempuan yang terputus darah haid atau darah nifas pada waktu malam hendaklah berniat untuk berpuasa untuk hari esok meskipun dia belum mandi wajib. Ini kerana mandi wajib adalah syarat sah solat bukannya syarat sah puasa. Perbuatan makan, tidur dan jimak selepas niat dan sebelum terbitnya fajar tidak membatalkan niat dan puasa.



Sesiapa tidur pada waktu malam dan dia belum berniat untuk berpuasa hingga dia sedar selepas terbitnya fajar, maka dia diwajibkan menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa dan diwajibkan qada' puasa yang ditinggalkan itu.



2. Menahan diri; iaitu menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbitnya fajar sadiq sehingga terbenamnya matahari.



Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa

1. Memasukkan sesuatu benda dengan sengaja[2] ke dalam rongga sama ada rongga untuk makanan dan selainnya kecuali mata. Batas rongga-rongga tersebut adalah seperti berikut;

a) Mulut; tempat keluar huruf ha' (ha' pedas) seperti menelan sesuatu walaupun sedikit sehingga melampaui tempat selepas tempat keluar huruf ha' kecuali air liurnya[3] yang sedia ada di dalam mulutnya. Jika air liurnya dikeluarkan ke luar mulut kemudian dia menelannya maka puasanya batal.

b) Hidung; khayshum, iaitu hujung hidung di tempat yang ada tulang. Jika sesiapa memasukkan sesuatu ke dalam hidungnya hingga sampai ke khayshum maka puasanya batal.

c) Telinga; lubang telinga.

d) Kemaluan; had qubul lelaki ialah suatu yang melampaui tempat keluar (lubang) air kencing, dan had qubul perempuan ialah suatu yang melampaui farajnya seperti keadaan farajnya ketika duduk di atas dua kakinya untuk buang air. Had dubur ialah suatu yang melampaui bahagian yang terbuka ketika istinjak meskipun sedikit.



2. Jimak.



3. Mengeluarkan air mani dengan sengaja seperti beronani.



4. Keluar darah haid dan nifas[4].



5. Muntah dengan sengaja.



6. Hilang akal walaupun seketika.



7. Pengsan keseluruhan siang.



8. Murtad, iaitu dengan salah satu daripada tiga sebab berikut:

a) pegangan yang kufur seperti beriktikad bahawa Allah berada di atas langit atau duduk di atas Arasy (inilah akidah Wahhabiyyah), atau

b) perbuatan yang kufur seperti memijak al-Quran atau sujud terhadap berhala, atau

c) perkataan yang kufur seperti perkataan yang menghina Allah, para nabi dan rasul-Nya, kitab-kitab-Nya dan semua yang bersangkutan dengan hukum dan syiar Islam. Contohnya, kata-kata ini: "Allah pun letih juga", "Cintaku kepadamu melebihi cintaku kepada Nabi", "Al-Quran ketinggalan zaman", "Solat lima waktu tidak wajib" dan "Hukum Allah tidak sesuai pada zaman sekarang"



Tuntutan-tuntutan Ke Atas Orang Yang Tidak Berpuasa (Bulan Ramadan)

1. Qada' sahaja ke atas;

a) orang yang tidak puasa atau membatalkan puasa dengan sengaja (tidak lupa) tanpa sebarang keuzuran dan bukan kerana jimak,

b) orang yang puasanya terbatal kerana haid dan nifas,

c) orang yang tidak berpuasa ketika dalam perjalanan yang jauh,

d) orang yang tidak berpuasa kerana sakit yang masih diharapkan sembuh,

e) wanita yang hamil atau yang menyusu yang tidak berpuasa bukan kerana bimbang terhadap anaknya seperti untuk kemudahan dalam perjalanan, atau tidak berniat sesuatu pun, atau kerana bimbang terhadap dirinya sendiri.



2. Qada' dan fidyah ke atas;

a) perempuan hamil yang meninggal puasa kerana bimbang terhadap anaknya,

b) perempuan menyusu yang meninggalkan puasa kerana bimbang terhadap anaknya.



3. Fidyah sahaja ke atas;

a) orang tua yang tidak mampu berpuasa atau puasa membawa kepada kesulitan yang bersangatan,

b) orang sakit yang tidak diharapkan sembuh.



4. Qada' dan kaffarah ke atas lelaki yang bersetubuh pada siang Ramadan secara sengaja dengan ikhtiarnya dalam keadaan ingat kepada puasa meskipun air mani tidak keluar.



Definisi Qada', Fidyah dan Kaffarah Puasa

1. Qada' puasa; mengantikan puasa yang pernah ditinggalkan atau puasa yang pernah batal pada hari di luar Ramadan.
2. Fidyah puasa; mengeluarkan satu cupak (satu mudd) makanan asasi bagi sesuatu negara bagi setiap hari puasa Ramadan yang ditinggalkan dengan sebab-sebab yang tertentu..
3. Kaffarah puasa; denda ke atas lelaki yang bersetubuh dengan sengaja pada siang Ramadan dengan membebaskan hamba mukmin sama ada lelaki atau perempuan. Jika tidak mampu, maka dia hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut tidak termasuk hari puasa yang diqada'kan. Jika tidak mampu berpuasa maka dia hendaklah memberi makan kepada enam puluh orang miskin; iaitu bagi setiap seorang miskin satu cupak makanan asasi.



Beberapa Kelebihan Bulan Ramadan

1. Ramadan adalah penghulu segala bulan yang ibadah puasa difardukan padanya.
2. Bulan yang al-Quran diturunkan padanya sekaligus di Baytul-^Izzah di langit dunia.
3. Segala pintu syurga dibuka dan segala pintu neraka ditutup.
4. Syaitan dibelenggu.
5. Awal Ramadan adalah rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka.
6. Sebarang amalan sunat diganjarkan dengan amalan fardu di bulan yang lain, manakala satu amalan fardu diganjarkan dengan tujuh puluh amalan fardu di bulan yang lain.
7. Pada Ramadan ada Malam al-Qadar (Laylatu`l-Qadr) yang lebih baik daripada seribu bulan.



Suatu Nasihat

Sambutlah Ramadan kerana iman dan dengan ilmu, bukan sekadar adat kebiasaan. Jadikanlah Ramadan sebagai tetamu teristimewa yang menjengah kita setahun sekali. Oleh itu, hormatilah "tetamu teristimewa ini" dengan bertaqwa kepada Allah iaitu dengan melakukan suruhan Allah (terutama yang wajib) dan meninggalkan larangan-Nya (terutama yang haram).



Antara suruhan Allah yang wajib ialah menuntut ilmu (terutama ilmu agama). Oleh itu, janganlah pula menjadikan puasa atau keletihan berpuasa sebagai alasan untuk tidak menghadiri majlis ilmu agama. Ingat! Sesuatu ibadah itu - termasuk puasa - tidak sah jika diamalkan tanpa ilmu yang dipelajari daripada guru. Seseorang yang berpuasa itu wajib mempelajari dan mengetahui syarat wajib dan rukun puasa serta perkara yang membatalkan puasa dan pahala puasa.



Seterusnya, meriahkanlah Ramadan dengan membanyakkan ibadah bukannya dengan membanyakkan juadah. Ramadan adalah suatu tempoh latihan untuk kita mengurangkan kecap nikmat dunia dan mengutamakan nikmat syurga.



“Bulan Ramadan sangat istimewa

Bagi mereka yang bertaqwa,

Pahala berganda dapat dibawa,

Di syurga nanti gembira ketawa…”

“Bagi mereka yang utuh aqidah,

Ramadan disambut tanpa bergundah,

Bahkan gembira dengan ibadah,

Bukannya ghairah dengan juadah…”


WaLlahu a^lam…

[1] Fajar sadiq ialah cahaya matahari yang muncul secara melintang di sebelah ufuk timur selepas kemunculan fajar kadhib iaitu cahaya matahari yang muncul secara menegak atau mencapah di sebelah ufuk timur.



[2] Jika seseorang itu memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga dalam keadaan lupa, atau dipaksa (dengan ugutan yang mengancam nyawa), atau jahil kerana baru memeluk Islam atau jahil kerana sangat jauh dari tempat pengajian ilmu agama, maka puasanya tidak batal.



[3] Iaitu air liur yang tidak bercampur dengan benda lain atau tidak bercampur najis



[4] Antara masalah haid yang jarang diketahui ialah: Jika seorang perempuan didatangi haid 7 hari misalnya, kemudian pada hari ke 8 dan ke 9 darah haid tidak keluar dan dia berpuasa, dan seterusnya pada hari ke 10 dan ke 11 dia didatangi haid lagi, maka puasanya pada hari ke 8 dan ke 9 itu tidak sah kerana kedua-dua hari itu termasuk dalam tempoh haid.

14 July, 2011

Dr Asri Kafirkan BERSIH, UMNO & PAS





Asri Wahhabi sering membawa kenyataan lama untuk diletakkan hukum pada peristiwa yang baru berlaku. Apabila Asri Wahhabi hendak menghukum dengan sembrono akan sesuatu perkara maka dia akan petik kenyataan para ilmuan lama pada peristiwa lama berlaku pada mereka untuk dijadikan hukum baru pada kes/peristiwa yang baru kini pula. Sebagai contoh Asri Wahhabi dakwa dahulu ulama A menghukum sesat ulama B kerana ulama B bersama orang kafir dalam berlawan dengan orang Islam lain.Hukum yang umum diambil olehnya untuk menghukum pula pada peristiwa khas yang berlaku zaman kini. Kerana itulah apabila Asri Wahhabi mempergunakan separuh lafaz hadith yang berbunyi "Semua Bid'ah Itu Sesat" maka Wahhabi mengumumkan hukum membid'ahkan orang pada semua perkara-perkara baru tanpa terkecuali termasuk perkara yang tidak pernah berlaku dahulu tetapi ia baik tetap dihukum sesat oleh Wahhabi.



ASRI WAHHABI MENGHUKUM PAS&UMNO SEBAGAI KAFIR

Jika kita lihat sekarang ini di tanah air kita terdapat beberapa parti politik yang diterajui oleh orang beragama Islam dan dianggotai oleh orang-orang muslim juga. Waktu yang sama secara jelas parti-parti besar tersebut seperti PAS,UMNO juga PKR berkerja sama, bersatu, menolong, membantu & bersetuju dengan orang kafir yang sepastinya BUKAN bahkan musyrik untuk menyerang&memusuhi umat Islam lain iaitu pihak lawannya, begitulah juga sebaliknya.

Semua begitu. PAS (orang Islam) bersama DAP (orang kafir) dan selainnya dalam memusuhi orang Islam UMNO, UMNO juga bersama beberapa parti politik orang kafir turut memusuhi orang Islam PAS. Gabungan dalam Pakatan Rakyat PR yang didalamnya terdapat kafir musyrik dan muslim juga. Barisan Nasional BN yang didalamnya juga ada orang kafir musyrik dan muslim masing-masing berpakat menentang,memusuhi,memerangi lawanya yang juga terdiri dari orang Islam.

Kemudian ada beberapa pertubuhan seperti terbaru iaitu BERSIH yang ketuai oleh orang kafir musyrik berpakat dengan beberapa NGO terpasuk parti politik yang terdiri dari orang Islam agar bangkit menentang orang muslimin. Secara jelas BERSIH yang diketuai kafir musyrik menentang dan memusuhi orang islam atau kaum muslimin yang berada dalam parti UMNO dan selainnya.


Yang sebenarnya saya ingin nyatakan adalah Asri Al-Wahhabi telah menghukum keadaan begini sebagai haram bahkan Asri Wahhabi juga turut menghukum KAFIR&MURTAD ke atas mana-mana umat Islam yang menolong dan membantu orang kafir musyrik memusuhi umat Islam lain. Dengan jelas kenyataan Asri Wahhabi itu membawa kepada makna jika DAP yang memusuhi/memerangi UMNO maka PAS yang bersama membantu DAP dikira kafir lagi murtad.

Kata Asri Wahhabi dalam bukunya & ceramahnya berjudul 10 PERKARA BATAL ISLAM & APA ITU SYIRIK :

" Antara perkara yang membatalkan Islam...Kelapan ialah membantu dan menolong golongan musyrikin untuk memusuhi kaum muslimin...Maka perbuatan menolong golongan kafir untuk menyerang masyarakat Islam atau memusuhi umat Islam, berpakat dengan golongan kuffar adalah perbuatan yang murtad atau riddah yang menjadikan pelakunya murtad. Fenomena ini sangat serius jika kita lihat apa yang berlaku di dalam dunia Islam, apabila ada umat Islam yang boleh membiarkan musuh menyerang tanahair Islam sedangkan perbuatan itu menjadikan mereka terkeluar daripada agama ". Mukasurat 33.

Amati pentakfiran Wahhabi ini keatas umat Islam secara jelas dan Asri telah mengumumkankan hukum tersebut dan tidak dinyatakan perbezaan antara kafir harbi atau kafir zimmi.

Untuk pengetahuan semua negara Arab Saudi membantu dan mebiarkan musuh Islam Amerika membunuh orang Islam di Iraq dan selainnya. Begitu juga PAS & UMNO sehingga sekarang masih bersatu juga membantu orang kafir dari DAP juga MCA untuk memusuhi/memnentang lawan masing-masing yang terdiri dari orang Islam/ kaum muslimin.

Natijahnya jelas Wahhabi adalah ajaran Takfir yang suka menghukum orang Islam sebagai kafir,sesat,bid'ah dan macam-macam lagi. Hindari Wahhabi yang sedikit ini dari parti-parti dan NGO-ngo Islamkerana mereka akan merosakkan bukan mengislahkan dan marilah bersatu dalam fahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah sebenar.


Ditulis oleh: Assalaperlis0422300230@yahoo.com

11 July, 2011

KAFIR & SYIRIK jika minta Syafaat- Fatwa MEDIU Wahhabi


Sebuah universiti yang ditubuhkan bertujuan membawa fahaman baru yang menghukum umat Islam yang tidak sependapat dengannya sebagai SESAT lagi kafir telah pun berdiri menjalankan aktiviti mereka di tanah air kita di Malaysia. Itulah pusat pendidikan bahaya lagi melampau bernama Al-Madinah International University atau MEDIU.

Antaranya MEDIU mendakwa sesiapa sahaja yang meminta syafaat maka dia telah syirik dan telah jadi kafir serta batal Islam. Begitu cepat MEDIU menghukum umat Islam yang meminta syafaat tersebut sebagai KAFIR. Mari kita kaji pasal mohon syafaat ini (dibawah video ini);



Terdapat hadis yang menegaskan bahawa beberapa orang sahabat telah meminta syafaat daripada Nabi Muhammad. Baginda tidak pernah mengatakan: "Bahawa meminta syafaat daripadaku adalah syirik. Maka pohonlah terus daripada Allah dan jangan sesekali kamu menyekutukan Tuhan kamu dengan sesuatu.

" Sebagai contoh, Anas ibnu Malik r.a pernah berkata: "Wahai Nabi Allah! Syafaatkanlah aku pada hari Kiamat. " Maka Rasulullah bersabda: "Aku akan melakukannya." (riwayat al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Qiayamah).

Sawaad ibnu Qaarib juga pernah berkata di hadapan nabi SAW: "Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan sesungguhnya engkau dipercayai atas segala yang ghaib; Sesungguhnya engkau adalah Rasul yang mempunyai wasilah paling hampir kepada Allah, wahai anak keturunan orang-orang yang mulia dan baik!

" Hingga dia juga mengatakan: "Maka jadilah engkau pemberi syafaat bagiku, pada hari tidak ada yang mempunyai (hak) syafaat, selain engkau yang boleh menyelamatkan Sawad ibn Qarib." (riwayat al-Baihaqi dalam Dalaail, Ibnu ‘Abd al-Barr, dan Ibnu Hajar dalam Fathul Bari).

Rasulullah memperakuinya dan tidak mengingkari perbuatannya memohon syafaat daripadanya.

Sahabat lain yang pernah memohon syafaat daripada baginda ialah Mazin ibnu al Ghadhubah setelah dia memeluk Islam. Dia bernasyid: "Kepadamu, wahai Rasulullah! Bergerak kenderaanku merentasi padang pasir dari ‘Uman ke ‘Araj. Agar engkau dapat mensyafaatkanku, wahai sebaik-baik manusia yang memijak batu-batu kecil. Maka aku diampunkan oleh Tuhanku, lalu aku pun pulang dengan membawa kejayaan." (riwayat Abu Nu’aim dalam Dalaail al-Nubuwwah, ms: 77)

‘Ukkasyah ibnu Mihsan juga termasuk sahabat yang pernah memohon syafaat daripada Nabi Muhammad. Ketika baginda menyebut bahawa 70,000 orang akan masuk syurga tanpa hisab. ‘Ukkasyah berkata: "Berdoalah kepada Allah supaya aku termasuk di kalangan mereka itu.

" Rasulullah SAW terus bersabda: "Engkau termasuk di kalangan mereka.

"Kita sedia maklum, bahawa tiada seorang pun yang menerima nikmat syurga, kecuali setelah diberi syafaat atau ditolong oleh Rasulullahmelalui Syafaat Kubra (terbesar), bagi orang yang sedang berada di Padang Mahsyar sebagaimana telah dijelaskan jelas dalam beberapa hadis mutawatir. Perkara ini dikategorikan sebagai memohon syafaat.

Riwayat seperti ini banyak terdapat di dalam kitab-kitab hadith yang mulia. Semua hadith tersebut menunjukkan keharusan memohon syafa’at daripada Rasulullah SAW semasa di dunia. Di antara mereka, ialah sahabat yang memohon dengan menentukan permohonannya, “Berilah aku Syafa’at!” Ada yang memohon supaya dapat masuk syurga, atau memohon termasuk dari kalangan orang-orang yang dahulu masuk syurga, atau memohon supaya dapat meminum air telaga Kauthar, atau dapat menjadi teman Baginda SAW di dalam syurga sebagaimana yang dikecapi oleh Rabi’ah al Aslami RA yang pernah berkata, “Aku memohon kepadamu supaya aku dapat menemanimu di syurga!” Lalu Rasulullah SAW menunjukkannya jalan untuk mencapai cita-citanya itu. Rasulullah SAW bersabda, “Bantulah aku untuk (menyempurnakan hajat)mu itu dengan memperbanyakkan sujud.

”Baginda SAW tidak pernah bersabda kepadanya atau kepada sahabat yang memohon masuk syurga, atau memohon dapat bersama Baginda SAW, atau bercita-cita menjadi ahli syurga, atau memohon dapat meminum air telaga Kauthar, atau tergolong di kalangan orang yang mendapat keampunan, “Sesungguhnya permohonan seperti ini adalah haram dan ia tidak boleh diminta sekarang, kerana waktunya belum tiba, dan tunggulah hingga Allah mengizinkan aku untuk memberi syafa’at, atau memasukkan seseorang ke dalam syurga, atau untuk memberi minuman dari Telaga al Kauthar.” Padahal, sebenarnya semua yang diminta oleh para Sahabat RA itu hanya akan terjadi setelah adanya Syafa’at Terbesar.

Dengan demikian, jelaslah bahawa apa yang mereka minta itu ialah meminta Syafa’at. Nabi Muhammad SAW menggembirakan mereka dengan perkara tersebut dan menjanjikan mereka dengan apa yang menyedapkan hati dan menyejukkan mata mereka. Mustahil jika perkara tersebut suatu perkara yang dilarang, kemudian tidak dijelaskan kepada mereka hukumnya kerana bersikap manis di mulut sahaja atau berputar belit. Rasulullah SAW tidak sekali-kali bersikap penakut atau takut cacian dalam prinsipnya menegakkan kebenaran. Baginda SAW menyambut permohonan mereka dengan meriangkan hati mereka dan menjanjikan perlaksanaannya itu sesuai dengan tuntutan kebenaran dan berasaskan dari asal-usul agama, serta sangat jauh dari segala kebatilan dan kemunafiqan.

Apabila telah sah memohon Syafa’at daripada Rasulullah SAW di dunia, sebelum di akhirat, bererti, Syafa’at yang diminta daripadanya di dunia, benar-benar akan diperolehi apabila tiba waktunya nanti, iaitu hari Kiamat, dan setelah Allah SWT mengizinkan para pemberi Syafa’at untuk memberikan Syafa’at mereka. Bukan bererti orang yang memohon Syafa’at daripada Nabi Muhammad SAW ketika di dunia akan menerimanya sebelum sampai masanya.

Permasalahan ini sebenarnya sama seperti khabar gembira daripada Rasulullah SAW tentang syurga yang dijanjikan kepada kebanyakan orang Mukmin. Maknanya, mereka akan masuk syurga dengan sebenar-benarnya pada masanya iaitu hari Kiamat, dan setelah Allah SWT mengizinkan mereka memasukinya pada waktu yang telah ditentukan. Bukan bererti bahawa mereka akan memasuki syurga di dunia, atau di alam barzakh. Kita percaya bahawa tiada di sana terdapat umat Islam awam yang berakal mempunyai keyakinan dan kepercayaan yang bercanggah dari itu.

Wallahu a'lam. (kredit untuk Yayasan Sofa)

10 July, 2011

Wahhabi sembah guru mereka yang telah mati & hancurkan pula rumah Nabi




Semua umat Islam perlu ingat bahawa kerjaaan Saudi Arabia bukanlah kerajaan yang dipersetujui oleh semua umat Islam. Kerajaan yang bernama Saudi Arabi baru sahaja mencapai hampir usia 150tahun. Sebelum itu tidak ada langsung perkataan SAUDI di dalam mana-mana puak berkerajaan di tanah arab. Wahhabi yang mengkafirkan ulama Islam dan umat Islam sering mendakwa jika dikatakan mereka (Wahhabi) sesat mengapa Mekah dan Madinah dua tanah suci ini berada dalam pemerintahan mereka (Wahhabi). Kata-kata begini bertujuan untuk memperbodohkan orang Islam awam yang tidak mengetahui sejarah Mekah dan Madinah.

Ketahuilah Wahhabi MENGKAFIRKAN dan MENGHUKUM SESAT umat Islam yang berada di Mekah dan di Madinah pada permulaan serangan dan peperangan mereka dalam menakluki dua kota suci ini. Soalan ! jika Wahhabi dakwa mereka tidak sesat atas alasan kononnya mereka menguasai ke atas Mekah dan Madinah sekarang, maka bagaimana pula dengan ulama Islam dan umat Islam di Mekah dan di Madinah yang Wahhabi KAFIRKAN, HUKUM SESAT, HALALKAN DARAH dan membunuh mereka ketika penaklukan Wahhabu Sa'ud ke atas dua tanah suci ini, Bukankah yang memerintah cukup lama sebelum kerajaan yang bernama Saudi itu adalah umat Islam dan pemerintah Islam?! Bukankah mereka yang mulanya menjaga Mekah dan Madinah cukup lama sebelum Wahhabi Sa'udi?!. Jika kamu (Wahhabi) dakwa kamu tidak sesat kerana menguasai Mekah dan Madinah so mengapa kamu kafirkan dan sesatkan pemimpin Islam yang menjaganya sebelum kamu?! Mekah dan Madinah BUKAN milik Wahhabi Sa'udi tetapi milik umat Islam seluruhnya!

Setelah Wahhabi Sa'udi menakluki Mekah dan Madinah banyak kesan-kesan Islam dan sejarah Nabi Muhammad diHANCURKAN. Wahhabi berdusta kononnya ia dihancurkan kerana mungkin orang buat benda syirik disitu. Inilah alasan yang gila. Adakah jika orang buat syirik di Ka'abah maka kamu nak hancurkan Ka'abah?!

Dibawah ini saya paparkan secebis bahagian sejarah Islam dan Nabi Muhammad yang dihancurkan oleh Wahhabi Sa'udi waktu yang sama mereka bina MUZIUM kesan-kesan sejarah tokoh-tokoh Wahhabi yang telah mati dan menjaganya dengan cukup rapi. So masaalah sebenarnya adalah kebencian mereka ke atas Nabi Muhammad yang dicintai oleh seluruh umat Islam.

_________

WAHHABI HANCURKAN NABI MUHAMMAD KEMUDIAN WAHHABI SEMBAH PULA TOKOH MEREKA

Kesan Islam rumah Nabi Muhammad bersama Saidatuna Khadijah yang dihancurkan oleh Wahhabi Saudi di Mekah:





Setelah Wahhabi menghancurkan kesan Islam rumah Nabi Muhammad mari kita lihat Wahhabi membina tempat ambil berkat dan sembahan tokoh-tokoh mereka yang telah mati. Mereka bina satu istana besar untuk tokoh Wahhabi yang telah mati dan menyimpan dan memelihara serta menjaga kesan-kesan yang terbit dari tokoh-tokoh Wahhabi yang telah mati. Antaranya tokoh Wahhabi bernama Soleh Al-Uthaimien. Lihat dibawah:

Wahhabi memelihara rapi PEN terakhir ditulis oleh tokoh guru ajaran mereka bernama Soleh Al-Uthaimien sebelum dia mati. Waktu yang sama kesan-kesan Rasulullah dihancurkan pula oleh Wahhabi. WAHHABI membenci Nabi tetapi pula SEMBAH tokoh mereka



Wahhabi memelihara rapi untuk tabarruk kesan tokoh mereka Soleh Al-Uthaimien yang telah mati seperti jamnya, cincinnya, gelangnya dan lain-lain kesan peninggalan tokoh mereka bernama Al-Utaimien. Waktu yang sama mereka dakwa umat Islam yang menyimpan rambut Nabi & bertabarruk dengannya sebagai KAFIR&MUSYRIK pula.


Lihat kesan tokoh Wahhabi yang telah mati seperti kaca mata, bekas simpan kaca mata dan lain-lain kesannya dipelihara molek oleh Wahhabi waktu yang sama Wahhabi bakar pula kesan-kesan Islam dan kesan-kesan sejarah Nabi Muhammad dan sahabat baginda


Lihatlah Wahhabi membina tugu khas untuk tokoh mereka. Tugu peringatan ini tidak syirik pula disisi Wahhabi!!! Tersergah indah mereka bina istana tempat peringatan tugu tokoh mereka yang telahpun mati. Mereka membinanya selepas tokoh mereka tersebut mati




Semoga Allah ta'ala memberi kemenangan ke atas pejuang Ahli Sunnah Wal Jama'ah sebenar.

Wassalam. Say No To MEDIU & WAHHABI !

07 July, 2011

Video Ceramah Bongkar Wahhabi

Wahhabi 3 T



Wahhabi Kafirkan MEDIU?


Wahhabi Syak/Ragu Kewujudan Allah?


BERSIH. Bahaya Wahhabi

04 July, 2011

"Hadiah" Buat MEDIU. Fatwa Mufti Wilayah BAHAYA SALAFIAH WAHHABIAH



Menjadi kebiasan golongan Wahhabi akan melobi orang-orang kenamaan dan jabatan-jabatan tertentu untuk menyebarkan fahaman melampau mereka yang amat extrem ke atas umat Islam di Malaysia sehingga Wahhabi termasuk Rektor Al-Madinah Internasional University iaitu Muhammad At-Tamimi (dari bani tamim) sering menghukum bahawa masyarakat Islam Ahli Sunnah Al-Asya'irah SESAT AQIDAH lagi kafir. Rektor MEDIU tersebut menghukum umat Islam Al-Asya'irah sebagai SESAT akidahnya dalam banyak kenyataannya sedangkan umat Islam di Malaysia adalah berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Asya'irah. Waktu yang sama diajar fahaman yang cenderung secara jelas kepada akidah Tashbih yang menyamakan Allah dengan makhluk. Ramai yang cuba dilobi secara halus oleh Wahhabi antaranya mantan-mantan Perdana Menteri dan beberapa orang kenamaan untuk menarik lagi ramai ahli anggota fahaman ajaran bahaya ini. Kerana itu Mufti Wilayah Malaysia berkata mengenai Salafiah Wahhabiah: "Pada kebiasaannya pembawa fahaman seperti ini mengambil pendekatan tadarruj atau berperingkat dengan membawa perkara yang lebih ringan terlebih dahulu dan menyembunyikan perkara yang lebih berat sehingga kedudukan mereka kukuh".

Jika perkara ini dibiarkan akan jadilah generasi yang lahir dari MEDIU yang akan mengkafir sana mengkafir sini...itu kafir ini kafir habis semua ulama Islam dan umat islam kesemuanya mungkin dikafirkan. Kemudian suka pula menghukum amalan umat Islam yang ada dalil sebagai itu bid'ah ini bid'ah itu sesat masuk neraka dan pelbagai macam hukum lagi.

Kerana itulah Mufti Wilayah iaitu Datul Hj Wan Zahidi bin Wan Teh memberi peringatan kepada umum akan bahayanya pemikiran Salafiah Wahhabiah ini jika dibiarkan. Mohon dengan fatwa atau kenyataan Mufti Wilayah ini agar tindakan tegas diambil ke atas MEDIU kerana cuba melahirkan generasi yang melampau dan bahaya.

Petikan Fatwa @ Kenyataan Mufti Wilayah Malaysia perihal Bahaya Fahaman Salafiah Wahhabiah;
_______________________________________________


SUMBANGAN PENGANUT AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DI ASIA TENGGARA KEPADA TAMADUN – KEMAJUAN KESELAMATAN DAN KEAMANAN : PENGALAMAN MALAYSIA
Oleh
Datuk Hj Wan Zahidi bin Wan Teh
Mufti Wilayah Persekutuan

CABARAN-CABARAN SEMASA
Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia sedang berhadapan dengan beberapa cabaran fahaman, aliran dan puak yang bertentangan dengan pegangannya, dan boleh menimbulkan perpecahan dan pergaduhan sesama umat Islam yang bakal membawa kepada kelemahan dan kehancuran ummah. Antara cabaran-cabaran tersebut ialah :

a. Syi’ah ;
Sejak Syiah berjaya menubuhkan negara di Iran, Malaysia tidak terkecuali daripada terkena tempias apa yang mereka namakan sebagai “mengekspot revolusi” yang membawa maksud menyebarkan faham Syiah di negara-negara yang majoriti penduduknya terdiri daripada pengikut Ahli Sunnah. Bagi menghadapi gelombang pensyiahan ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang diadakan pada 24 – 25 September 1984 memperakukan bahawa “Ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain dairpada pegangan Ahli Sunnah Wal Jammah adalah dilarang”.
Namun demikian mereka bergerak secara sulit dan berjaya mempengaruhi sebahagian pengikut Ahli Sunnah. Dengan menggunakan senjata “taqiyah”, para pendakyah syiah menjalankan kegiatan mereka dengan menyamar sebagai peniaga, pelajar dan sebagainya.


b. Assalafiyyah :
Pada hakikatnya gerakan ini adalah merupakan fenomena umum yang menimbulkan masalah di banyak negara dan komuniti Islam di seluruh dunia. Misalnya, Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim menulis risalah khusus bagi menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan oleh gerakan ini di Mesir yang berjudul “ Gerakan Aslafiyyah masa kini “ Hendak ke mana?”. Dalam risalah berkenaan antara lain beliau menulis:
“ Kita sekarang sedang berhadapan dengan satu gelombang taufan yang melanda secara membuta tuli, dengan pelbagai dakwaan dan dakyah yang memaklumkan bahawa sebahagian besar umat Islam terkeluar daripada agama Allah ..... hingga memporak-perandakan keluarga, anak menuduh bapanya kafir dan syirik, anak perempuan menderhaka kepada bapa dan menganggapnya ahli bid‟ah dan fasik. Ada juga berlaku wanita berkahwin dengan lelaki lain tanpa perceraian yang sah dengan suaminya kerana percaya bahawa perkahwinan dengan suami pertamanya tidak sah disebabkan dia seorang kafir ......”

Gejala-gejala “ghuluw” atau ekstrem dalam pemikiran kelompok ini dapat dilihat dalam tulisan-tulisan berikut :

1. Dr. Nasir Bin Abdul Karim al-Agl dalam bukunya ( Islamiah La Wahhabiah ) membuat dakwaan berikut :
- Orang yang bertawasul dengan orang-orang soleh dalam memohon hajat kepada Allah adalah melakukan syirik besar, serta halal darah dan hartanya.

- Mereka yang berkumpul untuk membaca ratib dan bertawasul boleh diperangi;

2. Muhammad Ahad Basymil menyatakan dalam bukunya ( Kaifa Nafham Tauhid ) bahawa Abu Jahl dan Abu Latib lebih mentauhidkan Allah daripada orang Islam yang bertawasul dengan para ambiya” dan salihin :

3. Salih Fawzan bin Abdullah Al-Fawzan menyatakan dalam bukunya ( Min Masyahir ) bahawa : Asyariyyah dan Maturidiyyah bukan daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah :

4. Ali bin Muhamad Bin Sinan dalam bukunya ( AlmAjmuk AlmAdid ) menyeru supaya dipercayai tariqat-tariqat sufi sebelum memerangi Yahudi

5. Dr. Salih Bin Fawzan Al-Fawzan dalam bukunya ( Kitab Tauhid ) menyatakan bahawa:

- Merayakan Maulud Nabi s.a.w. adalah bid‟ah dan menyerupai orang-orang Kristian, serta dilakukan oleh ulama yang menyesatkan.

- Merayakan Isra‟ dan Mi‟raj dan tahun Ma'al Hijrah adalah bid‟ah (m/s 120)

- Membaca Fatihah untuk orang mati adalah bid‟ah (m/s 120)


Demikianlah kita lihat bagaimana pemikiran-pemikiran seperti ini bukan sahaja bertentangan dengan prinsip wasatiyyah yang menjadi roh kepada akidah dan pegangan Ahli Sunnah tetapi juga boleh menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, seterusnya membawa kepada pergolakan hingga menyebabkan berlaku pergaduhan di antara orang-orang Islam.


Di Malaysia, isu-isu yang ditimbulkan oleh kelompok ini masih berlegar di sekitar perkara furuk dan khilafiah seperti membaca tahlil, membaca surah yassin malam Jumaat, menyebut lafaz niat sembahyang, perayaan-perayaan Maulud Nabi s.a.w. dan sebagainya. Namun pada hemat saya gerakan ini tidak boleh dipandang ringan. Ia boleh dianggap seperti syararah atau percikan bunga api, yang boleh membesar dan membakar jika tidak di tangani lebih awal kerana tokoh-tokoh yang disebutkan di atas adalah sumber rujukan kelompok ini di luar negara. Pada kebiasaannya pembawa fahaman seperti ini mengambil pendekatan tadarruj atau berperingkat dengan membawa perkara yang lebih ringan terlebih dahulu dan menyembunyikan perkara yang lebih berat sehingga kedudukan mereka kukuh.


PENUTUP
Daripada pembentangan di atas dapat disimpulkan bahawa Islam di Malaysia adalah paduan daripada manhaj Asyariyyah, Shafiiyyah dan Sufiyyah. Ketiga-tiga unsur ini menjadi asas kepada kekuatan umat dalam menempuh gelombang pasang surut serta jatuh bangun kerajaan-kerajaan Melayu Islam sebelum merdeka, serta cabaran-cabaran terhadap akidah daripada gerakan Mubalikh Kristian dan Komunisme.
Jika kita menoleh kembali ke salah satu periode dalam sejarah Islam ketika umat Islam berusaha merampas kembali Baitulmaqdis daripada tangan tentera salib maka formula inilah juga yang digunakan oleh pemerintah Ayyuby. Usaha pertama yang dilakukan oleh Solahuddin ialah mengembalikan mesir kepangkuan Sunni dengan Mazhab Asyariyyah dalam akidah dan Syafiyyah dalam fikah. Beliau sendiri adalah Asyariyyah Syafiiyyah. Sheikh Qutbuddin Annisaburi mengarang kitab khusus untuknya dalam akidah Asyariyyah. Salahudin sentiasa membacanya dan mengajarkan kepada anak-anaknya. Bagi mengukuhkan mazhab Sunni, beliau menubuhkan madrasah-madrasah Syafiiyyah Asyariyah seluruh negara. Antaranya yang terpenting ialah “Madrasak Assalahiyyah” berhampiran makam Imam Syafii. Dengan usaha ini, fikrah umat dapat disatukan. Namun demikian Sultan Solehuddin tetap menghormati mazhab-mazhab Sunni yang lain. Ini terbukti dengan penubuhan “Madrasah Ass‟uyufiyyah untuk pengikut Mazhab Hanafi di samping Madrasah Assalahiyyah. Dan salah seorang penasihat penting beliau ialah Muwaffaquddin Abdullah Bin Qudamah, seorang ulama besar Mazhab Hambali.
Sultan Solahuddin memberi perhatian kepada madrasah Sufiyyah dalam pembinaan Syakhsiah Muslim. Para pembantunya dalam bidang pengurusan negara dan ketenteraan terdiri daripada mereka yang mendapat latihan daripada madrasah-madrasah yang ditubuhkan oleh pengikut-pengikut Al-Qadiriyyah dan Ar-Rafriyyah. Manakala beliau sendiri mengamalkan cara hidup sunyi.

31
Demikianlah serba sedikit coretan pengalaman Ahli Sunnah di Malaysia yang berteraskan fahaman Asyariyyah, Syafiyyah dan Sufiyyah. Kombinasi ini telah berjaya mempertahankan akidah, mengharungi pasang surut dan jatuh bangun pemerintahan dan membina tamadun bagi menjamin keselamatan, kelangsungan dan kedaulatan umat pada masa kini dan akan datang.

Kuala Lumpur : 11 Rabiul Akhir 1432H
16 Mac 2011
_________________________________


Rujuk teks penuh Mufti Wilayah tersebut di laman rasmi Kementerian Agama Brunei : klik sini

Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?