28 August, 2011

Solat Raya Di Surau Al-Musyrikin - Anjuran Asri Wahhabon & 40 Ularmak Muda

http://www.youtube.com/watch?v=HocUXlkssBE&feature=youtube_gdata_player

Diberitakan Surau Al-Musyrikin mungkin akan mengadakan program raya puasa 2011m/1432h besar-besaran beserta solat fardhu raya 'iedulfitri dan khutbah akan disampaikan oleh pengkhutbah hebat ketua 40 Ularmak Muda. (disisi wahhabi solat hari raya adalah fardu ain ke atas semua termasuk wanita).

Ketua 40 Ularmak muda mungkin menyatakan takbir raya yang akan dikumandangkan di Surau Al-Musyrikin tersebut tanpa alunan berlagu kerana berlagu itu adalah bid`ah sesat masuk neraka disisi fahaman wahabon.
Surau yang dinamakan Al-Musyrikin tersebut walaupun namanya bunyi macam arab tapi tidak beramal dengan bid'ah tahlil, maulid dan yasin kerana dianggapnya sesat.

TV 3 telah pun melaporkan wujud surau yang bernama Al-Musyrikin (kafir) yang dipengerusikan oleh ahli UMNO dan antara ahli UMNO adalah beberapa Ularmak Muda UMNO yang menyerahkan borang keahlian taat setia pada UMNO kepada Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib.

Jabatan Agama Islam seperti JAINS, JAIS dan selainnya perlu memantau program disurau seperti nama berikut kerana ia mungkin dihadiri oleh mereka yang mahu murtad dan menyekutukan Allah serta menyamakan Allah dengan manusia.

DEFINISI

- Al-Musyrikin : Orang-orang kafir yang menyekutukan Allah dengan makhluk/binatang seperti fahaman ajaran Wahhabi dan selainnya.

- Ularmak Muda : Orang jahil murakkab yang mengaku diri mereka alim dan pandai dari semua orang.

Oleh: shahidankossomberlisnoiblis@yahoo.com

-

25 August, 2011

Seruan Buat Bukan Islam Di Malaysia. MASUKLAH ISLAM


Dengan ini saya menyeru kepda wargenegara Malaysia yang terdiri dari mereka yang beragama BUKAN Islam agar memeluk dan masuk kedalam agama Islam kerana itu satu kewajipan dan kewajipan juga kepada umat Islam di Malaysia beramal dengan Islam dengan ikhlas

Wahai penduduk Malaysia
Yang beragama Kristian
Yang beragama Hindu
Yang beragama Buddha
Yang beragama apa-apa sahaja selain Islam saya menyeru dengan tegas supaya anda semua memeluk agama Islam dan KEKAL di dalamnya selama-lamanya.

Cara masuk Islam amat mudah sahaja (rujuk bawah). Yang penting mesti kekal dalam agama Islam ini selama-lamanya sampai mati dan tidak melakukan, mempercayai dan menuturkan perkataan yang boleh membatalkan Islam secara jelas.


CARA MASUK ISLAM

Cara untuk masuk Agama Islam adalah SANGAT MUDAH iaitu dengan melafazkan Dua Kalimah Shahadah (Ash-Shahadatain) dalam apa-apa bahasa sekalipun asalkan ianya difahami oleh individu yang ingin memeluk Islam tersebut.

Ucapan Dua Kalimah Shahadah

Bahasa Arab (Paling Afdhal) :

أَشْهَدُ أَن لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ أشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ اللهِ

Bahasa Melayu
:

Aku Bersaksi Bahawa
Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah
dan Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah

Bahasa Inggeris
:

I bear witness that no one deserves to be worshiped except Allah
and I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah

( Bahasa Tamil, Bahasa Cina, Bahasa Urdu, Bahasa Jerman, Bahasa Jepun dan lain-lain bahasa sedang dalam pencarian - bagi saudara-suadara pembaca seIslam daripada pelbagai bangsa yang boleh membantu dan tahu terjemahan dua kalimah Shahadah dalam bahasa-bahasa lain boleh hubungi terus saya Abu Syafiq 0193801979 atau ke www.facebook.com/AbuSyafiq1 -Bersama Memperjuangkan Islam Tercinta! )

Sesudah urusan Mengucap dua kalimah shahadah dan urusan penerangan serta pemberifahaman tentang asas2 Aqidah dan Syariat Islam yang sebenar juga mengenali Allah dan RasulNya dan mempercayai bahawa Allah yang disembah tidak sama dengan makhluk atau manusia dan yakin bahawa Allah ada/wujud tidak memerlukan kepada tempat,langit atau aras kerana Allah Maha Berkuasa. Hindari ajaran yang merosakkan kebaikan nama agama murni ini seperti ajaran sesat Wahhabi, Syiah, Hizb Tahrir dan ajaran-ajaran songsang yang lain) maka selepas itu bolehlah :

1.Buat urusan pendaftaran masuk Islam dengan pihak berkuasa yang berkenaan seperti Jabatan Agama Islam Negeri atau Daerah yg berhampiran selalunya di Bahagian Saudara Baru - (sebaiknya dibawa bersama 2 orang saksi utk sesi tajdid shahadah dan pendaftaran di hadapan pegawai Jabatan Agama), atau di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).Kad Saudara Baru akan diberikan sebaik sahaja segala urusan pendaftaran selesai.

1.1 Bagi foreigner atau warga asing yang ingin berdaftar perlulah membawa bersama pasport (sekiranya tidak disimpan oleh majikan) atau salinan asal pasport (sebaiknya ada pengesahan dari pegawai kelas A atau sesiapa yg berkelayakan)

- Bawa bersama gambar berukuran pasport 1-2 keping,(nak bwk lebih pun takpe)


2.Buat kad pengenalan baru untuk pertukaran status agama di Jabatan Pendaftaran Negara yg berhampiran ( agar tidak timbul sebarang dakwaan atau tuntutan dikemudian hari + bukti kukuh pengislaman )

Tips : sekiranya kedapatan sebarang masalah dlm apa juga bentuk seperti ugutan ataupun saudara baru yg masih di bwh umur eloklah dirahsiakan terlebih dahulu identiti dan pengIslaman mereka sebagai langkah berhati2. Bagi saudara baru di bawah umur sekiranya timbul masalah elok dirahsiakan pengIslaman sehingga berusia 21 tahun.

Nasihat Untuk Diri, Saudara Baru & Saudara SeIslam Semua :

HENDAKLAH BERTETAPAN DALAM ISLAM, jangan keluar masuk Islam seperti biskut Choc Fudge (sekejap ada sekejap tak ada) dan tuntutlah ilmu Islam dari usta/ustazah yang arif dan jangan mengikut ajaran sesat seperti AyahPin bin Pon atau Syiah atau agama Wahabi kerana sesungguhnya mereka bahaya.

18 August, 2011

Sekat Bible Di Hotel Malaysia [Kuasa Perlembagaan Malaysia 11 (4) ]

Jika kita sering ke hotel-hotel bertaraf 5 Bintang di kebanyakkan negeri-negeri di Malaysia terutama di Selangor dan Kuala Lumpur amat kerap kita dapati terdapat buku agama kristian sengaja diletakkan di dalam laci bilik hotel tersebut. Tidak kiralah yang check-in hotel itu seorang melayu muslim atau arab muslim atau sesiapa sahaja pastinya akan terjumpa atau tahu wujudnya buku Bible Kristian ini di dalam laci yang disewanya.

Inilah dakyah Kristian ingin memurtadkan umat Islam secara terang-terangan dalam penyebaran agama mereka kepada muslim dan selainnya di Malaysia sejak sekian lama tanpa diambil apa-apa pun tindakan oleh pihak berkuasa Malaysia atau negeri atau jabatan yang bertanggung-jawab.




PIHAK BERKUASA MESTI AMBIL PERHATIAN BIBLE KRISTIAN SEBAR DAKYAH DI HOTEL-HOTEL MALAYSIA


Melihat pengalaman yang pelbagai dalam kejelasan Kristian menyebarkan agama mereka di Malaysia secara terang-terangan maka saya (Abu Syafiq) menggesa agar seluruh pihak berwajib mengambil serius hal ini dan bertindak mengikut undang-undang kuasa yang sedia ada yang telah pun tertera pada Perlembagaan Malaysia pada Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan: "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya".

Artikel 11(4) seterusnya memperuntukkan bahawa "undang-undang Negeri dan di Wilayah-Wilayah Persekutuan Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau MENYEKAT pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara penganut agama Islam".


Berdasarkan sejarah dan Undang-undang Perlembagaan Malaysia dilihat pada Artikel 3 bahawa "Agama Islam adalah agama bagi Persekutuan" membuktikan prinsip atau pegangan Melayu sejak sekian lama orang Melayu bergelar Muslim.

Berdasarkan kuasa yang diberi di bawah Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, sembilan badan perundangan negeri telah menggubal undang-undang untuk mengenakan sekatan terhadap agama-agama bukan Islam. Negeri-negeri di Malaysia yang telah mengubal undang-undang tersebut adalah ;

(1) Terengganu: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Terengganu, 1980 (Enakmen No 1/1980)
(2) Kelantan: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Kelantan, 1981 (Enakmen No 11/1981)
(3) Kedah: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Kedah, 1988
(4) Melaka: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Melaka, 1988 (Enakmen No 1/1981)
(5) Perak: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Perak, 1988 (Enakmen No 10/1988)
(6) Selangor: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor, 1988 (Enakmen No 1/1988)
(7) Pahang: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Pahang, 1989 (Enakmen No 5/1989)
(8) Negeri Sembilan: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Negeri Sembilan, 1991
(9) Johor: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Johor, 1991 (Enakmen No 12/1991)

Negeri dan wilayah lain setakat ini belum mengubal undang-undang tersebut termasuk PERLIS yang sering didalangi oleh mereka yang berfahaman Wahhabi tidak pula mengubal undang-undang ini sedangkan ia penting untuk kebaikan umat Islam. (Wahhabi jenis melampau adalah : ajaran yang menyamakan Allah dengan makhluk seperti agama Kristian yang menyamakan Allah dengan makhluk).

Maka dengan ini kita mengharap dakyah agama selain Islam seperti kristian ini tidak diberi peluang untuk disebarkan sewenang-wenangnya lagi di negara kita Malaysia dan Islam yang tercinta ini dan ia mestilah diambil tindakan oleh pihak berwajib dengan segera !!.


Dakyah Kristian di Malaysia turut disebarkan melalui komik.

Wassalam.

Ustaz Abu Syafiq 019-3801979. 10pm after Terawih. 18 Ramadhan 1432H Shah Alam.

17 August, 2011

5 Juta Duit Zakat Perlis ' Hilang ' (bukti)



- Pada satu tahun sahaja iaitu pada 2007 sahaja lebih RM 5,000 000.00 duit zakat Perlis telah 'hilang'. Ketika itu Asri Wahhabi menjadi mufti bagi KERAJAAN negeri Perlis. Bayangkan tahun2 sebelumnya dan selepasnya yang kadar kutipan berbeza dan meningkat.

- Kita mahu pihak yang bertanggung jawab menyiasat perkara ini dan selainnya. Tetapi siasatan hendak telus dan amanah kerana kita tahu Wahhabi mampu mengupah sesiapa sahaja untuk memadam rekod-rekod yang meng'aibkan mereka.

- Ketika itu (2007) hampir 60peratus sahaja dari duit kutipan zakat Perlis diagihkan manakala lebihan duit iaitu hampir 40peratus lagi daripada kutipan zakat adalah TIDAK diagihkan. Kemana perginya?

- Di Perlis berlaku murtad keluar dari Islam dan Perlis juga merupakan penduduk TERMISKIN di Malaysia (Tun Badawi).



- Dikatakan beserta bukti pada tahun yang sama (2007) Asri Wahhabi ini bersama puluhan pengikut ajarannya termasuk Mufti Perlis sekarang Junda Jaya telah melancong berhari-hari ke luar negara menggunakan duit zakat Perlis (BaitulMal Perlis) waktu yang sama fakir dan miskin di Perlis masih banyak walaupun penduduknya hanya 200 ribu orang sahaja.

- Perlis juga sering tiada rekod agihan zakat sejak sekian lama walaupun kutipannya juga banyak dan boleh pula dinyatakan. Manakala rekod rekod agihan zakat sering TIADA. Dengan itu kita meminta PERLIS dan selainnya untuk menunjukkan rekod pungutan dan agihan secara detail kepada umum setelah banyak jutaan RM keluar masuk tanpa dijelaskan rekodnya.

- Ketika Asri Wahhabi jadi Mufti Perlis agihan zakat kepada asnaf fakir lebih sedikit/kurang berbanding dari agihan kepada amil zakat. Amil zakat Perlis yang terdiri dari pihaknya mendapat agihan duit zakat lebih banyak dari agiha asnaf fakir. Mengapa?

- Selain mereka mengambil duit zakat Perlis dari asnaf amil mereka turut mengambil dari asnaf fisabilillah untuk kegunaan mereka yang dilaporkan ia tidak pula direkodkan, sedangkan fakir miskin hanya diberi dari 1 asnaf masing-masing.

Paku Dulang Paku Serpih Mengata Orang Rupanya Dia Yang Lebih

Bukti 2 klik sini

Wahai Asri Wahhabi...pulangkanlah duit zakat yang kau 'curi' tuh.


Oleh: anakperlislondosia7875745445@yahoo.com

15 August, 2011

Isu Baca Quran Sebelum Subuh. Tukar Aje Dengan Azan Pertama


FATWA RASMI MUFTI PULAU PINANG YANG MASIH TIDAK BERUBAH JELAS MENYATAKAN BAHAWA MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA MEMPERDENGARKAN AYAT-AYAT SUCI ALQURAN SEBELUM SUBUH ADALAH TIDAK DILARANG
Rujuk Fatwa Rasmi Pulau Pinang tersebut : klik

MALANGNYA FATWA RASMI TERSEBUT TELAH DICANGGAH DAN DITOLAK MENTAH-MENTAH OLEH EXCO AGAMA PULAU PINANG ' KAKI MODEL WANITA "BOGEL" ' DENGAN HELAH YANG PELBAGAI / MEMPERGUNAKAN NAMA-NAMA ORANG-ORANG TERTENTU UNTUK DIPERBODOHKAN.

MALIK KASSIM JUGA TERKENAL ANTARA ORANG YANG MEMUJA BAK MENYEMBAH RADZI WAHHABI UNTUK DIANGKAT MENJADI MUFTI PULAU PINANG BAGI PENYEBARAN AJARAN WAHHABI YANG TELAH DIFATWAKAN MENGANGGU GUGAT PERPADUAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA.




Hukum Dan Arahan Di Atas Tidak Menyelesaikan Masaalah Bahkan Menambahkan Lagi Kemelut Akibat Dengar Cakap Orang Wahhabi Jahil.
__________________

Majlis Fatwa Pulau Pinang telah mengHARAMkan dan meLARANG seluruh masjid dari membaca Al-Quran dengan menggunakan pembesar suara sebelum subuh. Apabila dilihat hujjahnya amat dangkal dan tidak tepat. Mungkin terdapat Radzi Wahhabi yang menguti-gutip hukum hanya dari internet lalu dijadikan rujukan oleh beberapa pihak dan menyebarkannya tanpa tapisan dan kajian rapi menyeluruh. Inilah padahnya jikalau ada sekor dua pencinta Wahhabi dalam satu-satu majlis yang mengistinbatkan hukum. Punah ranah semua. Kemudian mereka berhubung dan ber SMS sesama mereka agar masing-masing menyuarakan persetujuan fatwa yang dikeluarkan sedangkan ia tidak tepat dan menyalahi konsep fatwa itu iaitu ia bukan hanya untuk menghukum tetapi lebih kepada menyelesaikan masaalah ummah dengan baik dan harmoni.

Isu ini kelihatan ada sesetengah mereka lebih menjaga hati orang-orang yang bukan Islam dan mereka yang memusuhi Islam tanpa memberi panduan bernas untuk menyelesaikan masaalah ini. Akhirnya umat Islam yang jadi mangsa termasuk pak bilal, imam dan penduduk Islam bertelagah.

Setelah melihat ada pihak beri-ria sangat menolak bacaan Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara maka disini saya (Abu Syafiq) ingin sarankan kepada Majlis Fatwa Pulau Pinang dan Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang akan beberapa perkara berkaitan;

1- Tukarkan bacaan Al-Quran sebelum Subuh yang menggunakan pembesar suara itu dengan Azan Pertama sebelum Subuh dengan menggunakan pembesar suara.


a- Azan pertama itu usahlah disebut "As-solatu Khairum Minan Naum" lagi, memadai ia dilaungankan seperti biasa sahaja. Ia bertujuan memberi peringatan kepada umat agar siap bersedia bahawa Subuh sudah makin hampir maka bolehlah umat Islam bersedia apa-apa yang patut, jika seseorang itu sedang solat maka bolehlah dia melakukan witir, jika sedang tidur maka bolehlah dia bangun atau jika berpuasa pada esoknya maka bolehlah dia bersedia untuk sahur.

Maka Azan pertama tersebut (sebelum masuk subuh) itu adalah lebih bertujuan memberi peringatan untuk bersedia apa-apa yang patut sebelum masuk waktu fajar sodik/subuh.

b- Kemudian apabila tiba waktu subuh barulah dilaungkan azan kedua iaitu Azan Subuh yang lengkap dengan lafaz "As-solatu Khairum Minan Naum" bagi memastikan sememangnya subuh telah masuk bermula pada azan kedua tadi.

Pada zaman Nabi Muhammad telahpun terdapat seruan atau azan sebelum azan subuh untuk memberi peringatan kepada ummat agar bersedia sebelum masuk waktu subuh.

Rasulullah bersabda yang bermaksud : " Usahlah kamu semua tidak bersahur kerana mendengar azan Bilal, sesungguhnya dia menyeru atau azan pada malam (sebelum subuh) adalah bertujuan mengembalikan orang-orang yang qiyam dikalangan kamu dan mengejutkan orang-orang yang tidur". Riwayat Muslim dan selainnya kecuali Tirmizi.

Dalam sahih Al-Bukhari diriwayatkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: " Sesungguhnya Bilal melaungkan azan pada malam (sebelum subuh) maka makanlah dan minumlah kamu semua sehingga mendengar pula azan Ibn Ummu Maktum". Imam Ibnu Hajar apabila mensyarahkan hadith ini beliau menyebut : Hadith ini adalah dalil ke atas keharusan seruan azan sebelum subuh
.

Dua hadith di atas merupakan dalil yang jelas wujudnya seruan yang dilaungkan sebelum subuh didengari umum sebelum waktu subuh. 1 seruan azan dilaungkan secara kuat beberapa minit sebelum subuh dan yang ke 2 pula seruan azan subuh yang menunjukkan telah pun masuk waktu subuh.. Dalam Mazhab Syafie juga menyebut tentang keharusan seruan azan sebelum subuh ini begitu juga mazhab-mazhab Islam lain (Rujuk Bulughul Maram).

Dengan mengantikan bacaan ayat Al-Quran beberapa minit sebelum waktu subuh dengan azan pertama dilaungkan sebelum subuh (ia adalah SUNNAH) maka kita dapat menyelesaikan masaalah ranting ini dan kita dapat tahu siapakah yang sebenarnya mempunyai penyakit jahat mempergunakan sebahagian nas demi kepentingan tertentu bertopengkan secara jahat nama Islam atau Salaf. Laknat Allah ke atas Yahudi yang bersungguh-sungguh merosakkan Islam dari dalam mempergunakan pelbagai nama yang nampak cantik.

Sebenarnya seruan atau sebutan dan bacaan yang lain dilaungkan secara kuat sebelum azan subuh memang berlaku pada zaman para pemimpin terhebat seperti pada zaman Sultan Salahuddin Al-Ayyubi. Beliau pernah memerintah agar setiap masjid melaungkan perkataan tauhid antaranya ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT sebelum azan subuh dimenara-menara masjid . Dengan itu kita lihat akhirnya kebanyakan akidah umat Islam ketika itu menjadi mantap sehingga pada zaman beliau Palestin dan Masjid Al-Aqsa dapat ditawan oleh umat Islam (Rujuk Tobaqot Syafi'yyah Al-Kubra).

2- Bacaan atau seruan menggunakan pembesar suara yang dilaungkan sebelum subuh itu (samaada azan pertama dan ia lebih baik atau bacaan doa atau selainnya) hendaklah tidak terlalu kuat sangat dan ia boleh dikumandangkan 10 atau 15 minit sebelum azan subuh/masuk waktu subuh untuk kebaikan yang besar juga bagi mengelakkan kemudaratan tidak menunaikan subuh oleh sebahagian umat Islam dek terlewat. Dengan ada peringatan awal yang didengarkan itu maka kemudaratan meninggalkan solat subuh itu mungkin boleh dielakkan.

3-
Saya juga menyarankan kepada Majlis Fatwa Pulau Pinang agar berhati-hati ketika memberi apa-apa hukum jangan sampai ia diperkotak-katikkan oleh sebahagian insan yang mempunyai kepentingan tersendiri. Elakkan dari mengambil mereka yang berfahaman Wahhabi kerana kemudaratan yang terbit dari wahhabi ini mengalahkan / mengatasi kemanfaatan (jika ada) dan perbanyakkan perbincangan dengan ahli masjid dan penduduk setempat kerana tujuan kita bukan menghukum tetapi menyelesaikan masaalah yang timbul.

Wassalam.

15 Ramadhan 1432H. Jam 5.00pagi time sahur. Shah Alam

Ustaz Abu Syafiq 019-3801979

11 August, 2011

Isu JAIS-Gereja. Warkah Terbuka Buat Dua Insan Mulia : YANG DI-PERTUAN AGONG & SULTAN SELANGOR



Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Dan

Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

MOHON TITAH PERINTAH ISU JABATAN AGAMA ISLAM (JAIS) MENYELAMATKAN BEBERAPA UMAT ISLAM DI GEREJA

Kehebatan Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor sebagai pemimpin amatlah disanjung dan dijulang. Kehaibatan Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor menyelesaikan apa-apa isu yang timbul sememangnya bernas dan dinilai ia berdasarkan ketegasan mempertahankan Islam sebagai agama yang mulia mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah (Allah Exists Without A Place). Patik insan yang faqir disisi Robnya sukacita merujuk kepada perkara di atas

2- Isu di Selangor berkaitan pemeriksaan JAIS baru-baru ini ke atas beberapa individu muslim di sebuah gereja yang tidak berdaftar telah memperhangatkan bualan masyarakat dan timbul perasaan dan tindakan tidak senang dari pelbagai lapisan pemikiran masyarakat. Pelbagai cara dikaitkan dengan isu ini demi kepentingan kemasyhuran masing-masing dan tujuan selainnya sehingga ia kelihatan dipolitikkan demi kepentingan pihak tertentu yang mungkin boleh membawa kepada pertelingkahan dan perbalahan yang besar antara masyarakat.

3- Pandangan dari saf kepimpinan Islam dilantik negara dalam isu agama ini seolah tidak lagi dilayan bahkan diherdik dan dikritik dengan tidak beradab sehingga boleh menjejaskan nama baik Islam itu sendiri. Sekalipun jabatan agama negeri atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri yang memberi pandangan dalam isu ini untuk kebaikan umat sejagat ia tetap dipandang serong oleh beberapa pihak yang mempunyai kepentingan kumpulan masing-masing.

4- Justeru itu patik mewakili umat Islam yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jam'ah sebenar (Al-Asya'irah bukan Musyabbihah moden) memohon titah perintah dari tuanku berdua dalam menangani isu ini dengan selamat dan ia akan dipatuhi. Sebelum ini titah tuanku telah banyak menyelesaikan masaalah yang timbul. Segala titah perintah tuanku berdua dalam isu ini sememang akan menmbuahkan hasil penyelesaian yang terbaik berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah.

5- Setelah warkah pertama patik yang tidak seberapa ini dibaca tuanku berdua. Dimohon agar titah perintah Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor berkaitan isu ini kelak dihebahkan kepada media untuk disalurkan titah perintah tersebut kepada masyarakat umum.

Sekian, ampun tuanku.

Wassalam.

Patik Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary (019-3801979)

www.abu-syafiq.blogspot.com

11-Ogos-2011 Jam 10.00pagi.

09 August, 2011

Mufti Wahhabi Makan Duit Zakat, Miskin&Murtad Di Perlis



PERLIS PALING MISKIN TAPI DUIT ZAKAT TERLALU BANYAK (Pengurusan Zakat Perlis "TeRRBAEiK" Pada Zaman Asri Wahhabi Jadi Mufti Perlis ! Kantoi lagi !)

Melihat statistik kemiskinan di Malaysia. Perlis merupakan antara negeri yang paling tinggi kadar purata kemiskinannya berbanding seluruh negeri-negeri di Malaysia, demikian menurut (RMK-9) projek Wilayah Ekonomi Koridor Utara. Jika anda ke Perlis pasti akan kelihatan pembangunan pesekitarannya juga amat kelu. Peruntukan yang diberikan oleh Perdana Menteri juga amat banyak untuk Perlis tetapi kemana perginya untuk pembangunan sebenar atau disimpan untuk agihan pada 'satu masa kelak'.

Bukti penduduk Perlis paling miskin (klik gambar utk besarkan)


Penduduk Perlis yang berjumlah hanya 200 ribu orang sahaja itu juga terdapat penduduknya yang fakir & miskin tegar dan juga yang murtad keluar dari Islam. Sedangkan pendapatan zakat bagi negeri Perlis hampir RM 40 Juta setahun. Walaupun begitu banyak pendapatan zakat Perlis ia kelihatan tidak diagihkan secara telus. Selain fakir-miskin terdapat juga asnaf-asnaf yang lebih layak juga tidak mendapat perhatian sepenuhnya. Perlis terus menjadi negeri yang tinggi kadar purata kemiskinannya walaupun duit zakat teramatlah banyaknya. Semua ini juga berlaku ketika Asri Wahhabi dan Juanda Jaya menjadi mufti Perlis.

Zakat Perlis hampir RM 40 Juta setahun (klik gambar utk besar)

MUFTI-MUFTI PERLIS MAKAN DUIT ZAKAT & BEKAS MB PERLIS SEKAT ZAKAT BIASISWA PELAJAR BAITULMAL PERLIS

Walaupun penduduk Perlis ramai yang miskin berdasarkan pengakuan Rancangan Malaysia Kesembilan tadi. Duit zakat Perlis yang banyak kelihatan tidak diagihkan secara amanah sehingga ada rakyat Perlis yang murtad. Kemana perginya pembelanjaan duit zakat Perlis yang banyak itu. Mari kita rungkai...;

Ketika Mohd Asri Wahhabi menjadi Mufti Perlis dia bersama Mufti Perlis sekarang Juanda Jaya dan bekas MB Perlis Shahidan Kassim dikatakan mengunakan duit BaitulMal Perlis untuk mengadakan dan menganjurkan program menyebarkan fahaman yang didakwa mereka kononnya sebagai Sunnah / Salaf. Program yang menggunakan duit zakat Perlis itu bukan sahaja digunakan di Perlis tetapi wang kumpulan zakat di BaitulMal Perlis tersebut turut dipergunakan untuk program yang didakwa mereka Sunnah/Salaf di luar negara (Ogos 2007).
(klik pada gambar utk besarkan)Asri Wahhabi ketika menjadi Mufti Perlis bersama Juanda Jaya Mufti Perlis sekarang dan geng-geng mereka (Wahhabi) menganjurkan seminar LUAR NEGARA selama beberapa hari (ogos 2007) sambil diselitkan dakyah fahaman Wahhabi mereka menggunakan wang zakat BaitulMal Perlis. Program itu dianjurkan oleh BaitulMal Perlis berdasarkan pengakuan rasmi berbukti pemimpin-pemimpin besar Perlis sendiri

Jika mereka mengatakan ia ada peruntukan zakat dari BaitulMal buat mereka, mengapa waktu yang sama masih ramai orang miskin bahkan penduduk Perlis antara yang paling tinggi kadar kemiskinannya di Malaysia ini di biarkan pula??Bahkan ada di Perlis yang murtad!
Dimana keutamaan? Meng"wahhabi"kan orang ramai atau bantu fakir-miskin tegar Perlis? Rakyat Perlis juga ada yang murtad keluar Islam kerana tidak dibantu sepenuhnya.

Bahkan bekas MB Perlis Shahidan Kassim sendiri menyekat zakat biasiswa Baitulmal Perlis kerana memilih bulu setelah kurang manusia menyokongnya.

x- MB Perlis tahan zakat biasiswa BaitulMal (klik gambar)


MURTAD, GEREJA, JABATAN AGAMA, ASRI WAHHABI MUHASABAH LAH DIRIMU


Tidak boleh dinafikan murtad (keluar dari Islam) memang berlaku di Perlis. Gereja yang membaptiskan orang juga banyak di Perlis ketika Asri Wahhabi menjadi mufti Perlis. Orang miskin tidak dipenuhi keperluan mereka malangnya waktu yang sama Asri Wahhabi ini ketika menjadi Mufti Perlis menggunakan wang zakat BaitulMal Perlis untuk diri dan geng-gengnya. Ku ingatkan buat Asri Wahhabi dan kuncu-kuncunya yang suka buat komen bodoh bila timbul apa-apa isu...

Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Tak Pandai Urus Zakat, Rupa-rupany dia yang lebih.


oleh: fan Ustaz Abu Syafiq

08 August, 2011

Mufti Perlis 'rasis'. Wahhabi suka Ego


Mufti Perlis rukuk buat PM UMNO? atau ego berada di atas?

Juanda Jaya yang amat suka dan gembira dengan jawatan yang diberi kini gemar menghukum dengan pelbagai cambahan yang tidak menentu. Selain seorang yang cenderung kepada fahaman Wahhabi yang biasanya mendakwa Allah itu serupa dengan makhlukNya (na'uzubillah) duduk/berada tempat atas Arasy sedangkan akidah Islam tidak begitu dia (juanda) juga sering kelihatan membangga diri seolah yang lain hina belaka. Pandang diri mulia/sunnah sedangkan dirinya terjebak dengan bid'ah waktu yang sama membid'ahkan orang lain pula...ini adalah sesuatu yang 'rasis'.

Contoh...

- Juanda Jaya mendakwa amalan Maulid Nabi adalah Bid'ah, nabi tidak pernah buat dan Perlis tidak melakukan amalan Maulid Nabi- katanya. Juanda Juga menghina amalan Maulid Nabi dengan melukis gambar kartun seseorang menyanyikan lagu "Happy Birtday To You Nabi Muhammad" dengan gambaran menghina secara jelas amalan Maulid Nabi (sambutan kelahiran Nabi Muhammad) itu (rujuk bukunya Jom Akidah).Juanda dan Shahidan Kassin kelihatan memang nak sangat pegang bahawa amalan Maulid Nabi itu Bid'ah sesat masuk neraka. Bagi mereka amalan Bid'ah ini perlu di tolak/banteras habis-habisan. Ok sekarang mari kita renung dengan mata hati apa yang berlaku;


Di Airport sebelum meneruskan lawatan lanjut dalam Perlis

Pada 23 Julai 2011 Perdana Menteri kite Dato Seri Najib Tun Abd Razak melawat Perlis. Setibanya di airport Sultan Abd Halim beliau disambut dengan potongan kek hari jadinya yang ke 58 dan doa ketibaannya dibaca oleh Mufti Perlis Juanda Jaya dan kemudian nyanyian Selamat Hari Jadi Heppy Birtday To You buat Perdana Menteri sejurus itu majlis memotong PULUT KUNING dua tingkat dan kemudian doa lagi.

Persoalannya disini jangan dibandingkan dengan orang lain kerana mybe Wahhabi akan berkata mufti negeri selain Perlis juga ada buat doa selamat dan sambut hari jadi orang lain.

Persoalannya bukan itu. Persoalannya Mufti Perlis ini yang berlagak kononnya menolak bid'ah serta menolak amalan Maulid Nabi mengapa dia tidak menolak sambutan hari jadi Perdana Menteri UMNO ini?! adakah kerana PM orang UMNO maka menyambut hari jadinya menjadi harus bagi mufti perlis waktu yang sama Juanda ini menghukum pula amalan Maulid Nabi sebagai bid'ah dan memperlekehkannya dengan melukis kartun pelbagai?! Mengapa RASIS?!


Shahidan Kassim tidak berani kata sambutan Hepy besday ini adalah Bid'ah sesat di Perlis walaupun Wahhabi anggap pula sambutan Maulid Nabi Muhammad bid'ah sesat masuk neraka. Takout ke shahidan?!

Tidak ketinggalan juga Shahidan Kassim dengan jelas menyambut hari jadi Perdana Menteri kite ini sedangkan bagi mereka amalan ini adalah bid'ah sesat walaupun jika menyambut kelahiran Nabi (Maulid Nabi). Subhanallah. Perlis Darul Sunnah?? Sunnah apa?? sunnah sayyiah?? Sunnah Wahhabi ke? Sunnah ikut mana suka ke? sunnah kamu sahaja yang lain tidak sunnah? La Hawlawala Quwwata Illah billah.

Mufti seperti inikah yang hendak berdialog dengan Dr Uthman El-Muhammady? Juanda yang 'dayus' mempertahankan "sunnah"nya dalam menolak "bid'ah" didepana matanya? Mengapa kamu tidak kata sahaja sambutan hari jadi Perdana Menteri itu bid'ah sesat masuk neraka sepertimana Wahhabi biadap menghukum amalan Maulid Nabi sesat Bid'ah masuk neraka?! Juanda kerap mengatakan: "di Perlis tidak diamalkan Maulid Nabi Muhammad" (rujuk seminarnya)

Subhanallah tetapi di Perlis harus/boleh menyambut hari jadi Perdana Menteri pula? Soalan aku pada kamu. MANA DALILNYA? sila kemukakan dalil nabi kata harus sambut Maulid untuk pemimpin tetapi tidak bagi baginda.. Mana dalil? hah ! jawablah "anak'anak pak wahab"!.


Dalam majlis potong kek di Perlis ini juga Mufti Perlis yang hina Maulid Nabi jadi tukang baca doa untuk kesejahteraan PM kite.

Setelah majlis hari jadi di airport tadi majlis hari jadi untuk Perdana Menteri DS Najib juga diadakan untuk kali kedua pula di Dewan 2020 Kangar Perlis. Kali ini juga Mufti Perlis Juanda Jaya membaca doa dalam program di dewan tersebut. Malangnya dalam majlis yang dinanti-nantikan oleh ahli UMNO Perlis itu tidak mendapat sambutan hangat walaupun PM amat jarang turun ke Perlis. Ingatkan PM turun ramailah meraikannya. Rupa-rupanya sambutan kedatangan PM dan VVIP lain kelihatan dingin. Bayangkanlah majlis rasmi besar-besaran peringkat negeri Perlis yang dihadiri oleh PERDANA MENTERI bersama menteri-menterinya yang lain terdapat banyak ruang-runag kerusi-kerusi yang kosong. Adakah ini balasan atas pemilihan beberapa orang yang mengaku Salafi tetapi sebenarnya Wahhabi RASIS ke atas amalan cinta Nabi Muhammad?. Subhanallah. fikir-fikirkan mengapa ulama Islam menolak Wahhabi?.


Inilah kehadiran yang didakwa Wahhabi terlalu ramai jika Mufti Perlis turun.Banyak ruang kerusi kosong lupa geng Wahhabi "malas" datang kot.

Amalan Maulid Nabi Muhammad bukanlah wajib dan hendak diperbincangkan sangat tetapi cara Wahhabi and tokoh2 Wahhabi yang gemar/suka menghukum orang lain bid'ah itu yang dipertikaikan.
Say no to Wahhabi say Yes&perjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenar.

07 August, 2011

2 Khalid Murtad?


Kekuatan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor semakin goyah. Banyak sebab dan puncanya. Kebanyakan ia terbit berpunca dari gabungan PR juga. Terlalu banyak isu yang jelas memperlihatkan kelemahan PR terutama bila ia disuarakan oleh mereka-mereka yang jahil namun diangkat sebagai pemimpin.

Isu berkaitan dengan agama Islam juga amat rapuh ditangani oleh PR. Samaada ia berkaitan dengan penggunaan nama ALLAH oleh agama Kristian di gereja, lesen judi, premis arak, pusat-pusat yang haram dan apa-apa aktiviti yang jelas bercanggah dengan Islam bahkan ditolak juga oleh agama lain.

Terbaru isu berkaitan siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja bernama Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang mengadakan program di tempat ibadah salah tersebut atas alasan jamuan makan yang dihadiri oleh ramai juga orang yang asalnya beragama Islam dan dipercayai untuk disebarkan agama Kristian kepada mereka.




Setelah Exco Agama Selangor Dato Dr. Hasan Ali mempertahankan tindakan JAIS menyiasat apa sebenarnya berlaku di gereja tersebut pada Rabu 3 Ogos 2011 itu maka keluarlah dua suara yang hanyir mula berbicara. Masing-masing mengaku ia adalah suara RASMI Parti Islam Semalaysia PAS dan suara RASMI Parti Keadilan Rakyat PKR. Bukti kenyataan mereka berdua ini merupakan kenyataan rasmi parti masing-masing adalah apabila mereka berkata memberikan kenyataan menggunakan tiket nama parti masing-masing walaupun kajian rapi belum dilaksanakan. Amat sedih dua suara songsang ini mempertikaikan JAIS dan Exco Agama Selangor kononnya atas alasan tiada usul periksa/mengkaji dahulu sebelum bertindak waktu yang sama dua orang ini jugalah menherdik/menghina/mengelar tindakan JAIS & Exco Agama juga tanpa kaji selidik dan usul periksa dahulu.

Dalam Undang-undang Negara (Malaysia)
Perkara 11. Kebebasan beragama.

(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.

(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—

(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;

(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan

(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.




KHALID IBRAHIM & PADERI GEREJA
Amat sedih apabila Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim menghubungi paderi gereja tersebut Daniel Ho dan meminta maaf dan menyesal serta tidak mempersetujui tindakan JAIS menyiasat mereka. Padahal paderi gereja tersebut dengan jelas juga mempersetujui konsep 1 Malaysia (UMNO pun x blh pakai juga)yang ditolak oleh PKR & Khalid Ibrahim. Tidakkah dapat dirasakan bahawa apa yang diperkatakan oleh paderi tersebut hanya alasan juga membawa kepada melaga-laga umat Islam dan meraih simpati atas program yang telah terkantoi kerana terdapat unsur penyebaran agama selain islam kepada orang Islam.

Khalid Ibrahim sepatutnya berbincang dengan JAIS dan Exco Agama Selangor dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan dan kenyataan. Itu yang bijak. Tetapi apa yang berlaku adalah sesuatu yang bodoh mengucar-kacirkan lagi keadaan khususnya sesama Islam.



KHALID SAMAD & GEREJA KRISTIAN
Mencemuh tindakan JAIS dan mengutuk Exco Agama Selangor oleh Timbalan PAS Selangor sendiri iaitu Khalid Samad dalam isu ini amatlah memalukan dan menyedihkan. Bandingan yang diberi juga amat rapuh serapuh PilihanRaya Umum ke 13 PRU 13 kelak. Khalid Samad bercakap langsung tidak mengikut displin ilmu agama ditambah dengan perbandingan yang jauh dengan kaitan isu. Sudahlah nama Allah 'dijualnya' kepada gereja Kristian termasuk beberapa pemimpin Barisan Nasional BN. Kini mengutuk pula satu Jabatan penting di negeri sendiri termasuk bekas Persuruhjaya PAS Selangor sendiri.

Khalid Samad mendakwa atas alasan pergi ke gereja tidaklah murtad maka dikutuk/dihina JAIS&Exco Agama dalam isu ini. Saya mahu tanya. Apa hukum seorang muslim pergi ke gereja? Halal? Halal apa? halal JAKIM or JAIS yang ko kutuk tuh? Seorang muslim yang tidak kuat sangat pegangan agamanya pergi pula ke gereja dalam program yang terdapat penyebaran agama Kristian secara jelas, disebar buku Al-Kitab Kristian, cd-cd menghina Islam dan Nabi Muhammad. Halalkah dia pergi ke majlis sedemikian tanpa apa-apa alasan yang diterima syarak? Haram? Haram apa pula? ke hanya tidak patut? Apa pun alasan kau ia tidak menghalalkan ke atas kau mengutuk JAIS &Exco agama dalam isu ini. Bukankah jika dibawa berbincang dengan JAIS & Exco Agama Selangor sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi kau tu lebih baik untuk kedamaian umat sejagat?. Sungguh tidak bijak tindakan Ahli Parlimen Shah Alam ini!

bersambung...

04 August, 2011

Aizam pegawai JAKON sebar akidah pelik? KP JAKIM sanggah?



Bukan kesemua perkataan atau apa-apa perkara disandarkan kepada Allah itu adalah sifat Allah. Tidak. Dalam nas-nas Al-Quran dan Al-Hadith terdapat banyak sandaran sesuatu kepada Allah. Tetapi bukanlah setiap sesuatu yang disandarkan kepada Allah itu adalah sifatNya. Tidak. Contoh : Allah menyandarkan pada dirinya perkataan ROH tetapi tidak boleh kita katakan sifat Allah itu berroh atau zat Allah mempunyai roh. Begitu juga perkataan-perkataan yang lain yang disandarkan kepada Allah seperti RUMAH Allah, LUPA dan selainnya walaupun ia disandarkan kepada Allah tetapi ia BUKAN lah ia sifat bagi Allah.

Perkara ini perlu di tadqiq / diteliti dengan displin ilmu akidah yang mendalam. Bukan dengan hanya seseorang itu menjumpa nas yang menyandarkan sesuatu kepada Allah lantas secara melulu didakwa perkara itu adalah sifat Allah pula. Allah melarang kita menyatakan sesuatu pada Allah apa yang kita tidak tahu.

Sedihnya ada beberapa manusia yang mengaku sebagai pegawai penyelidik akidah yang hebat malangnya menyandarkan pada Allah itu sifat yang tidak layak bagiNya seperti sifat berKAKI, sifat beranggota dan sebagainya.

Sedangkan Ketua Pengarah JAKIM sendiri (mantan) Dato Wan Mohamed menyatakan bahawa KAKI & sifat-sifat anggota yang lain bukanlah sifat bagi Allah yang maha Esa bahkan beliau menafikan sama sekali sifat KAKI itu bagi Allah dan ini adalah penafian yang benar. Bukti:




Klik pada gambar untuk besarkan

Rujuk UTUSAN


Aizam pegawai JAKON sebar akidah pelik

Setelah penjelasan mantan Ketua Pengarah JAKIM Dato' Wan Mohamed tentang sifat Allah tadi dengan penjelasan yang baik walaupun pada isu yang berbeza maka didapati pula ada pegawai JAKON yang mengaku hebat dalam skop kerjanya dengan sewenang-wenangnya kerap menghukum orang lain sebagai pelampau/berlebih lebihan/perlu ditentang dan sebagainya atas alasan kononnya fahaman lain adalah tidak sesuai dengan keadaan Islam. Ok. jika fahaman yang berlainan dengan kamu itu tidak sesuai, mengapa pegawai JAKON ini menghukum pula ke atas jemaah Islam lain dengan hukum yang bukan-bukan? Adakah disebabkan kamu seorang pegawai maka dengan senang-mudah menghukum fahaman Islam yang tidak selari dengan kamu agar disekat??

Ok.Sekarang mari kita lihat pula sejauh mana fahaman dan penyebaran ajaran yang dilihat ganjil lagi pelik yang disampaikan oleh pegawai JAKON ini. Akibat pegawai JAKON ini suka menghukum orang lain tiba-tiba didapati pegawai JAKON inilah pula yang mengajar akidah pelik lagi ganjil.


Gambar Hiasan semata-mata (tiada kaitan langsung)

Aizam pegawai JAKON ini dipercayai dengan jelas kerap menyebarkan fahamannya di masjid-masjid & surau-surau antaranya;

1- Mengajar satu fahaman yang telahpun difatwakan menyeleweng oleh Dar Ifta Mesir iaitu dia mengajar Tauhid 3 mengikut fahaman yang salah (bukan pemahaman yang betul).

2- Mendakwa orang kafir dan musyrik kebanyakannya beriman kepada Allah. Sedangkan Allah ta'ala sendiri menyatakan orang kafir dan musyrik itu TIDAK beriman pun.

3- Mendakwa sesiapa yang mentakwil Istawa bagi Allah itu kepada Istiila (menguasai) maka orang itu tidak sah iman & menjadi kafir.


Sumber dipetik dari ajaran buku yang diajar oleh pegawai tersebut.

Maka dengan ini diminta agar semua pihak berhati-hati agar jangan biarkan orang yang dikatakan membawa fahaman yang pelik dan ganjil ini bersenang-lenang menghukum orang dengan melampau/ganas/perlu disekat dan sebagainya tetapi waktu yang sama dia sendiri pula dipercayai menyebarkan fahaman yang ganjil lagi pelik berbeza dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah di Malaysia.

Wassalam.

Oleh: pegawaibetul098796675@yahoo.com

02 August, 2011

Bahaya Kerajaan SAUDI Pengganas - Fatwa Mufti Perlis


Apabila diteliti secara berhemah. Majlis Keselamatan Negara tidak pernah mendakwa seluruh negara Arab Saudi sebagai pengganas. Yang menghina negara Arab Saudi dan mengecop negara Saudi sebagai merbahaya adalah Mufti Perlis Juanda Jaya Al-Wahhabi sendiri.
Beberapa berita palsu yang dilapor portal kononnya Majlis Keselataman Negara (MKN) mendakwa negara Saudi Arabia itu adalah terorist dan pengganas. Rupa-rupanya MKN tidak menyatakan sedemikian.

So siapa yang dakwa negara Saudi itu sebagai BAHAYA ??
Jawapannya Mufti Perlis Juanda Jaya lah yang mendakwa negara Saudi sebagai MERBAHAYA dan bukan MKN yang kata. Tetapi cerita benar ini menjadi terbalik dan dipusing-pusingkan faktanya demi melaga-lagakan hubungan diplomatik antara negara Malaysia dan negara Saudi. Betapa jahatnya agenda Wahhabi.

Mungkin antara kita mengatakan Osama Ben Laden itu pengganas dari Saudi Arabia tetapi ia tidak bermakna kita mengatakan negara Saudi itu seluruhnya pengganas. Berbeza dengan Mufti Perlis yang Wahhabi ini dengan jelas dia sendiri mendakwa/menghukum negara SAUDI adalah BAHAYA.


Dalam satu kenyataan rasmi Pejabat Mufti Perlis dengan jelas menyatakan berkaitan BAHAYA KERAJAAN ARAB SAUDI.

Mungkin kerana inilah Majlis Keselamatan Negara tidak menjemput Mufti Perlis @ pejabat mufti perlis bagi menghadiri taklimat khas isu fahaman wahhabi oleh MKN beberapa minggu yang lalu. Kerana Mufti Perlis lah yang mendakwa Saudi itu BAHAYA dan ini boleh mengganggu hubungan Malaysia-Saudi.

Dikatakan surat jemputan taklimat MKN sengaja difakskan oleh seseorang agen Wahhabi kepada Pejabat Mufti Perlis sedangkan Perlis tidak dijemput. Kemudian seorang agen Wahhabi bernama Fadhlan Othman datang ke taklimat tersebut tanpa dijemput/tidak diundang dan mengaku dirinya kononnya sebagai "wakil Perlis". Fadhlan Othman turut menyamar dirinya sebagai Dr. Fadhilah Othman bagi mengaburi dan menutupi identiti sebenarnya. Turut hadir tanpa diundang dalam taklimat tersebut seorang pegawai bawahan penyelidikan "JAKON" cuba merisik membongkar rahsia negara bernama Aizam dan mereka inilah yang dipercayai menebarkan berita-berita palsu kepada media sehingga melaga-lagakan antara Malaysia dan Saudi. Sedangkan dalam taklimat itu tidak menyatakan negara Saudi itu PENGGANAS pun (rujuk berita kenyataan setiausaha MKN)tetapi yang menukar berita itu & memburuk-buruk MKN dipercayai dilakukan oleh antara mereka yang tidak diundang tetapi hadir dengan helah yang licik.

Diminta kepada pihak Keselamatan Dalam Negeri memberi tumpuan kepada bahaya penyebaran berita palsu oleh mereka yang tidak diundang tersebut. Sudahlah tidak diundang, oklah jika kau nak makan free jek lari dari tugasan asal kau tetapi yang kau pergi sebar berita palsu kononya MKN tuduh Saudi itu pengganas apa pasal?! Yang menghukum negara Saudi sebagai BAHAYA/pengganas adalah Al-Wahhabi Mufti Perlis bukan MKN pun berdasarkan dari bukti di atas.

WAHHABI MUFTI PERLIS JUANDA JAYA YANG HUKUM/DAKWA NEGARA SAUDI ARABIA ITU BAHAYA/PENGGANAS

Oleh: takpandairisik90778565@yahoo.com

__________________________

Mufti Perlis Juanda Jaya hukum Dr Uthman SESAT, SESAT AKIDAH,MENYELEWENG&BAHAYA:

Al-Wahhabi Mufti Perlis Juanda Jaya bukan sahaja seorang yang kuat melatah menghukum orang lain sebagai Khawarij tetapi Mufti Perlis ini turut menghukum tokoh-tokoh ilmunh Islam sebagai sesat akidahnya, musyrik, kafir dan sebagainya.

Juanda Jaya yang memegang jawatan mufti hasil dari lobian beberapa pihak yang cenderung kepada fahaman Wahhabi telah menghukum tokoh Ma'al Hijrah dan ilmuan negara (Dr.) Muhammad Uthman El-Muhamamdy sebagai SESAT, SESAT AKIDAH dan pelbagai lagi. Bukan itu sahaja. Mufti Perlis tersebut turut menghukum Dr Uthman sebagai menyeleweng dan bahaya.Inilah padahnya memilih mereka yang pening menjadi orang yang ada sedikit autority dalam negeri. Habis semua ulama dihentamnya. Dr. Uthman El-Muhammady dikafirkannya dengan menghukum akidah beliau sebagai sesat atas alasan yang entah apa-apa. Mereka yang suka menghukum orang Islam lain sesat dan kafir tidak lain adalah Wahhabi.

Kini Mufti Perlis terbaru Juanda Jaya pula..Lihat dan nantikan ulama mana lagi akan kena tibai dek dia. Pastikan kenyataan ini akan dibuktikan oleh dirinya sendiri.

01 August, 2011

Tolak Wahhabi Hapus Kouta Haji -Fatwa bodoh Wahhabi UMNO



Antara cara jahat golongan UMNO adalah menipu rakyat secara terang-terangan. UMNO melalui media rasmi islamik mereka mendakwa jika umat Islam di Malaysia yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah menolak fahaman Wahhabi atau tidak mahu beramal dengan ajaran Wahhabi maka kouta haji bagi rakyat melaysia akan banyak dihapuskan.

Pihak berwajib Arab Saudi telah dihubungi mengenai isu kouta haji adakah kekurangan kouta haji bagi mana-mana- negara itu ada kaitan dengan hizbiah, fahaman-fahaman yang berlain dalam Islam atau tidak? Dengan jelas pihak berwajib menyatakan kouta haji TIADA kaitan dengan puak-pauk dalam agama atau perbezaan fahaman. Tetapi yang sedihnya..........

UMNO mendakwa jika umat Islam tanah air (Ahli Sunnah Wal Jama'ah) enggan beramal dengan fahaman Wahhabi maka digambarkan kedahsyatan besar akan berlaku iaitu umat Islam tanah air TIDAK DIBENARKAN untuk menunaikan haji atas alasan banyak kouta dihapuskan. Jahat sunggah cara UMNO. Berbohong besar atas nama ularmak muda UMNO. Mari kita bongkar pembohongan dan cara menakut-nakutkan rakyat dilakukan oleh UMNO ini ;


1- Iran antara pengamal fahaman Syiah terbesar di dunia. Mereka masih diberi kouta haji yang amat banyak jumlahnya bahkan jumlahnya mengalahkan beberapa negara-negara kerajaan berfahaman sunni yang lain. Kita sedia maklum bahawa Syiah dan Wahhabi apabila Wahhabi bertopengkan nama Sunni banyak peperangan/pembunuhan antara mereka terjetus di beberapa negara. Fahaman Syiah telah difatwakan SESAT oleh tokoh-tokoh Wahhabi di Saudi. Tetapi kouta haji bagi rakyat Iran tidaklah dihapuskan sepertimana yang ditakut-takutkan oleh UMNO. Bahkan jika kita menunaikan haji terlalu banyak juga kita dapati mereka yang berfahaman Syiah menunaikan haji di Mekah. Maka dakwaan UMNO & orang-orang jahil kononnya jika kita tolak fahaman Wahhabi maka kouta haji banyak akan dihapuskan merupakan dakwaan yang memperbodohkan rakyat bakal menerima kejatuhan besar di Pilihanraya Umum 13 kelak. (Syiah adalah sesat disisi Islam).

2- Beberapa jemaah umat Islam yang mewakili puluhan juta yang menolak fahaman Wahhabi secara teran-terangan tetap diberi kouta diberi izin menunaikan haji di Mekah dengan izin kerajaan Saudi. Tiada sebarang masaalah kepada mereka untuk menunaikan haji walaupun mereka tidak menerima fahaman Wahhabi bahkan mereka menolak secara terangan dan keras dengan hujjah ilmiah ke atas fahaman Wahhabi. Beberapa tokoh ilmuan terkenal juga yang menolak fahaman Wahhabi tidak mempunyai apa-apa masaalah untuk menunaikan haji.

Maka momokan UMNO dari lidah rasmi islamikal mereka kononnya kouta haji akan dihapuskan banyak kerana kita tidak beramal dengan fahaman Wahhabi adalah satu kejahatan besar menakut-nakutkan rakyat yang bakal menggundang kejatuhan besar dlm PRU 13 kelak.



3- Apa dosa rakyat makcik tua pakcik berumur yang beramal dengan tahlilan&yasinan untuk tidak dapat menunaikan haji atas dasar kononnya kouta dikurangkan disebabkan kebanyakan umat islam di Malaysia tidak mengikut/tidak beramal dengan Wahhabi?! apa kaitannya? bukankah ini pembohongan besar Wahhabi UMNO secara jelas!

Yang pasti pemimpin-pemimpin UMNO dan pemimpin-pemimpin parti lain kerap dan banyak kali menunaikan haji saban tahun dapat pergi haji...mengapa kouta kamu-kamu semua itu tidak diberikan kepada pakcik2 & makcik2 dikampung yang saban tahun asyik menunggu gilirannya dan dilewatkan atas dasar kononnya kouta dah habis! penipu besar! Pakcik&makcik orang-orang yang hidup tidak sesenang kamu tidak pandai menulis di blog, facebook dan selainnya kamu perbodohkan dengan alasan KOUTA?! jika benar kouta dah habis mengapa terlalu ramai yang pergi haji baginya haji yang ke 5 atau ke 6 kali? dimana amanah dalam pembahagian kouta ini?! sebab pakcik makcik tu bukan Wahhabi ke so mereka tak dapat pergi haji lagi? UMNO nak tunggu pakcik makcik yang dah tua tu jadi Wahhabi dahulu macam gerakan kuat dalam ularmakmuda UMNO dan bekas MB baru nak bagi mereka pergi haji?! di mana keadilan?! di mana Satu Malaysia rakyat didahulukan itu?! Maka dakwaan kononnya kouta haji akan banyak dihapuskan dan dilenyapkan kerana umat Islam menolak Wahhabi adalah taktik kotor UMNO menakut-nakutkan rakyat. Tunggulah di PRU 13 kelak perubahan kejatuhan besar akan berlaku kepada UMNO kerana fatwa-fatwa mengarutnya dalam isu hapus banyak kouta haji jika tidak Wahhabi.

MAKA JELAS DAKWAAN BODOH WAHHABI UMNO KONONNYA KOUTA HAJI BAGI MALAYSIA AKAN BANYAK DILENYAPKAN DAN DIHAPUSKAN KERANA MENOLAK WAHHABI ADALAH DAKWAAN MEMPERBODOH-BODOHKAN RAKYAT BERTUJUAN JELAS MEWAHABIKAN RAKYAT.

Hidup Ahli Sunnah Wal Jamaah ! Say No To Wahhabi & MEDIU !


Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?