19 March, 2012

Surat Terbuka Kepada Berita Harian ISU SYIAH-JAKIM


MOHON KEPADA BERITA HARIAN MEMBETULKAN KENYATAAN SEBENAR KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) DATO OTHMAN MUSTAPHA PADA ISU SYIAH AL-JA'FARIAH DAN SYIAH AZ-ZAIDIAH DALAM BERITA HARIAN BERTARIKH 17. MAC. 2012 PADA HALAMAN 6 PADA TAJUK : Lagi pertubuhan haram dikesan JAKIM sahkan pantau kumpulan Syiah, batiniah elak mudarat negara.

Mohon perhatian kepada wartawan Berita Harian bernama Shaarani Ismail, Haika Khazi dan Haspaizi Mohd Zain.

Dalam rencana berita tersebut Berita Harian melaporkan kononnya Ketua Pengarah JAKIM kini Yang Berbahagia Dato Othman Mustapha pada bahagian akhirnya menyatakan :

" Mengenai pengharaman ajaran Syiah, Othman berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan hanya membenarkan dua ajaran Syiah tidak ekstrem diamalkan di negara ini iaitu Syiah al-zaidiyah dan jaafariah ". - BHarian ms 6 Sabtu 17.3.2012.

Saya (Ustaz Abu Syafiq) mengatakan : Nukilan tersebut tidak benar sama sekali dan langsung tidak tepat.

Ia bercanggah dengan Keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 May 1996 telah membincangkan Syiah Di Malaysia.

Muzakarah telah memutuskan bahawa: Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut :” Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.” Dimansuhkan. - Rujuk laman rasmi e-fatwa pada keputusan tersebut di Klik sini

Perhatikan pada perkataan DIMANSUHKAN itu. Ini jelas bahawa kini di Malaysia, kesemua fahaman Syiah termasuk Syiah Al Ja'fariah dan juga Syiah Az Zaidiyah adalah TIDAK DIBENARKAN / TIDAK DITERIMA untuk diamalkan di Malaysia. Bukan sahaja tidak dibenarkan dan tidak diterima untuk disebarkan tetapi langsung tidak di boleh diamalkannya samaada Syiah Zaidiyah atau Syiah Ja'fariyah.

Saya memohon juga kepada pihak JAKIM agar memperbetulkan hal ini. Ini kerana berdasarkan ketegasan KP JAKIM sendiri menyatakan kepada saya sebentar tadi bahawa: "Wartawan tesebut SALAH mengambil kenyataan beliau".

Kesalahan nukilan tesebut dipergunakan oleh Syiah melayu malaysia untuk membenarkan ajaran mereka.

Hakikatnya Syiah dan Wahhabi merupakan ajaran yang bahaya ke atas umat Islam di Malaysia.

Untuk pembuktian sila layari: Klik Sini www.facebook.com/AbuSyafiq1

No comments:


Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?