SELAMAT BERPUASA DI BULAN MULIA RAMADHAN AL-MUBARAK AL-KARIM
1433H/2012M DARI USTAZ ABU SYAFIQ AL-ASY'ARY
PUASA (maklumat asas)
1- Setiap muslim yang
mukallaf wajib berpuasa pada bulan Ramadhan.
2- Adapun orang yang sedang haid atau
nifas, puasanya tidak sah dan keduanya wajib mengqada puasa yang mereka
tinggalkan.
3- Bagi orang musafir
dalam perjalanan yang mencapai jarak qasar (قصر), dia boleh berbuka [tidak berpuasa]
walaupun perjalanan tersebut tidak memberatkannya, demikian juga bagi orang
yang sakit, hamil atau ibu yang menyusukan anak jika berasa berat dan sukar
apabila dia berpuasa, maka mereka boleh berbuka tetapi wajib mengqada puasa
yang mereka tinggalkan.
4- Diwajibkan
bagi orang yang berpuasa hendaklah berniat pada setiap hari. Niat tersebut
wajib dilakukan pada malam hari[1]
dan wajib ditentukan niatnya.
5- Orang yang berpuasa wajib menahan diri daripada:
1. Melakukan
jimak,
2. Istimnak
/ Onani, [mengeluarkan mani dengan tangan].
3. Muntah
dengan sengaja,
4. Murtad,
5. Memasukkan
sesuatu sampai ke dalam kerongkong kecuali air liur yang suci dalam mulutnya,
6. Tidak
gila, walaupun seketika,
7. Tidak
pengsan selama satu hari penuh.
6- Tidak sah
puasa yang dilakukan pada dua hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, hari-hari
tasyriq 11, 12, 13 Zulhijjah, separuh terakhir dari bulan syaaban, pada hari
syak [30 syaaban], kecuali dia menyambung puasa yang biasa dilakukan pada
hari-hari sebelumnya, atau kerana puasa qada atau nazar atau puasa yang biasa
dia lakukan seperti puasa isnin dan khamis.
7- Orang yang
membatalkan puasanya pada bulan Ramadhan tanpa ada kelonggaran yang diberikan oleh
syarak (رخصة) dengan melakukan jimak, maka dia berdosa
dan wajib mengqada puasa tersebut dengan segera setelah Aidil Fitri serta
diwajibkan kepadanya membayar kafarah seperti kafarah Zhihar, iaitu
memerdekakan hamba, apabila dia tidak mampu maka berpuasa dua bulan
berturut–turut, apabila dia tidak mampu maka dia perlu memberi makan 60 orang
miskin, masing–masing sebanyak satu mud biji gandum atau makanan asasi di
daerah tersebut. Satu mud adalah bersamaan dua tapak tangan orang yang
sederhana.

No comments:
Post a Comment