23 February, 2012

MEDIU hukum umat Islam Malaysia KAFIR?



Saya memohon agar dirujuk penulisan saya sebelum-sebelum ini berkaitan Al-Madinah International University (MEDIU) yang berada kini di Malaysia.

Ini merupakan satu dari ratusan bukti bahaya MEDIU kepada umat Islam di Malaysia dan saya mohon perhatian kepada MQA, JAKIM, BUKIT AMAN dan selainnya termasuk mereka yang di lobi oleh MEDIU kemudian dilantik sebagai orang besar MEDIU untuk kepentingan orang asing yang jenis merosakkan negara Malaysia dengan membawa fahaman mengkafirkan umat Islam Ahli Sunnah Wal Jama'ah di Malaysia tanpa disedari.

Saya tahu bahawa MEDIU melobi pemimpin-pemimpin negara dan beberapa orang seperti Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan agar pusat pengajian mereka yang tidak disedari itu yang sebenarnya berjenis mengkafirkan umat Islam dan ulama Islam dilihat dari mata kasar sebagai tempat pusat pengajian yang normal sahaja sedangkan ia tempat mengrekrut pelampau yang akan dan bakal memusnahkan negara Malaysia dengan pertelingkahan yang baka timbul kelak. Jika tidak sayang Islam sayangilah umat di tanah air kita ini pelihara mereka dari terpengaruh dengan dakyah MEDIU yang amat melampau.

MEDIU HUKUM UMAT ISLAM AHLI SUNNAH SEBAGAI SESAT AKIDAH

Jelas selain bukti2 lain MEDIU mengajar pelajarnya di Malaysia agar menganggap Ahli Sunnah Wal Jama'ah di Malaysia ini adalah SESAT AQIDAH di sila lihat buktinya di bawah:



Segala pembuktian yang lain anda boleh dapati dalam blog ini yang akan dipaparkan dengan fakta ilmiah bukti kukuh dari semasa ke semasa demi menjaga keharmonian umat Islam di Malaysia.

22 February, 2012

MEDIU. Surat Terbuka Buat MQA,JAKIM & Imigresen Malaysia


Sila klik LiKe pada Facebook untuk nampak paparan bukti kesesatan universiti Wahhabi: Klik Sini Facebook

Al Madinah International University MEDIU merupakan sebuah institut pengajian tinggi ASING yg ditubuhkah di Shah Alam, Malaysia bertujuan menyebarkan fahaman ganjil mengkafirkan ulama dan umat Islam Ahli Sunnah Wal Jama'ah Malaysia dan ia akan membawa kepada perpecahan umat khususnya di Malaysia.

Buat pengetahuan semua terutama Malaysia Qualifications Agency (MQA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia & Imigresem Malaysia bahawa MEDIU merupakan pusat mengrekrut anak anak muda di Malaysia supaya menjadi seorang manusia yang membid'ahkan, mengkafirkan dan menghina Ahli Sunnah Wal Jama'ah di Malaysia yang akan membawa kepada perpecahan umat Islam khususnya di tanah air kita. Bukankah sudah belambak Institut Pengajian Tinggi yang tersedia untuk anak-anak kita di tanah air kita? Dikatakan..Mengapa perlu kepada MEDIU yang langsung tidak memberi apa-apa faedah kepada pembangunan modal insan bahkan membawa ajaran Wahhabi yang mengkafirkan dan menghina para ulama Islam Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Kepada MQA, pihak tuan perlu tahu bahawa MEDIU dilihat banyak melanggar beberapa syarat kepentingan kebaikan umat Islam dan jangan hanya dengan bayaran wang duit kita jadi kabur sehingga menjual maruah Islam dan perpaduan kita dan beberapa dokument yang meragukan.

Kepada JAKIM, pihak tuan sepatutnya bersuara lantang dalam hal ini kerana MEDIU dengan jelas menghidupkan fahaman mengkafirkan dan menghina ulama dan umat Islam terutama fahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah di Malaysia ini.

Kepada pihak Imigresen Malaysia, pihak tuan juga perlu tahu bahawa kewujudan MEDIU di Malaysia adalah bertujuan untuk membawa kepada kemudahan visa bagi warga asing yang entah apa latar belakang mereka. Perkara ini diakui sendiri oleh pelajar MEDIU di Malaysia bahawa MEDIU di Malaysia ditubuhkan untuk memberi pas lawatan ikhtisas bagi warga asing agar boleh lepak di Malaysia dan BUKAN untuk ilmu kerana MEDIU seolah tiada ilmu yang hendak disampaikan.

Maka dengan ini saya (Abu Syafiq) warganegara Malaysia yang prihatin menjemput MEDIU, MQA, JAKIM dan mana2 pihak untuk bersua muka menjelaskan bahaya pemikiran MEDIU ini kepada umat Islam di Malaysia kerana MEDIU mengkafirkan, menghukum sesat ulama dan umat Islam Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Pihak tuan juga boleh hadir ke Majlis Khas menjelaskan bahaya MEDIU ini pada hari Sabtu 25.02.2012 jam 7.30mlm - 8.30mlm di Masjid Jamiatus Solahiah, Sg Tua, Gombak atau anda boleh terus menghubungi HP saya ditalian 019 3801979 tiada bayarn dikenakan semuanya free off cash demi kebaikan dan perpaduan umat Islam di Malaysia.



Sila klik LiKe pada Facebook untuk nampak paparan bukti kesesatan universiti Wahhabi: Klik Sini Facebook

14 February, 2012

Program Ahli Sunnah Wal Jama'ah di JOHOR


"PROGRAM MAHABBATUR RASUL"
Maulidur Rasul Mencintai Nabi Menurut Perspektif Ahli sunnah Wal Jama'ah (Edisi JOHOR)

Bersama Geng-geng FACEBOOK ( www.facebook.com/AbuSyafiq1 )

Penceramah&Pembentang: Ustaz Abu Syafiq Rasyiq Alwi

Tarikh: 02.03.2012. Hari: Jumaat. Masa: 7.45malam - 9.45malam

Tempat: Masjid Sultan Ismail, Universiti Teknologi Malaysia UTM, Skudai, Johor Bahru, Johor DT.

Tel: 019-3801979 (PERCUMA)

2- Pada 03.03.2012 Sabtu Jam 7.00malam - 9.00malam Ceramah dan Zikir di Masjid An-Najah Taman Daya, JB.

FaceBook: Facebook Abu Syafiq Klik Sini
______________

13 February, 2012

Program Ahli Sunnah Wal Jama'ah 25.02.2012


"DISKUSI SANTAI" Soal-Jawab Ahli Sunnah Wal Jama'ah & Bahaya Syiah Melayu & Universiti Wahhabi(Edisi SELANGOR)

Bersama Rakan2 Facebook ( www.facebook.com/AbuSyafiq1 )

Ustaz Abu Syafiq Rasyiq Alwi

Tarikh: 25.02.2012. Hari: Sabtu. Masa: 7.45malam-9.00malam

Tempat: Masjid Jamiatus Solahiah Sg. Tua Gombak, Selangor.

Jamuan Disediakan. PERCUMA

Tel: 019-3801979

Semua Dijemput Hadir Dan Berkongsi Ilmu Juga Bertanyakan Soalan (Ini Sesi Khas Untuk Soal-jawab).

08 February, 2012

Masjid Negeri Selangor- Dr. Syeikh Salim Alwan Al-Husainiy

RAKAMAN OLEH MASJID NEGERI SELANGOR



Masjid Negeri Selangor- Dr. Syeikh Salim Alwan Al-Husainiy

Wasiat Dari Ahlil Bait Rasulillah Kepada Seluruh Umat Islam Di Malaysia.
Tempat: Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor.
Tajuk: Ahli Sunnah Wal Jama'ah Dan Maulidur Rasul Serta Soal-Jawab Agama.


Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?