22 August, 2016

Abu Syafiq rad MAZA (2)




SANGGAHAN FITNAH MAZA MUFTI PERLIS KEATAS ULAMA SYAFIE.
(MAZA tuduh & memburukkan Imam As-Subki Ulama Mazhab Syafie; Bahagian 2)
Oleh ; Abu Syafiq 0192713781
1- Alhamdulillah sanggahan Bahagian 1 saya telah diakui kesalahannya oleh MAZA sendiri dan dia mendakwa akan memperbetulkannya.
Walaupun ayat selepas itu dia maki dan kutuk saya setelah mengaku bersalah namun perangai begitu memang dari dulu saya dah tahu meleket setiap masa padanya. Biarlah dia maki dan hina saya asalkan kerana Allah saya berjaya membetulkan kejahatan dia keatas fahaman Islam dan ulama Islam. Ibarat kalau kita nak selamatkan anjing yg tersepit dia marah kita pun takpe asal dia selamat.
2- Namun kesalahan lain lebih buruk dilakukan oleh MAZA dalam buku tersebut ("Fanatik Mazhab Fekah & Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat") sangat banyak dan bahaya.
Bahkan MAZA kelihatan mengambil peluang dengan cetakan Jabatan Mufti Perlis itu untuk menghina dan memburukkan ulama mazhab Syafie iaitu Imam Tajuddin As-Subkiy.
Saya tidak tahu mengapa dalam ramai-ramai tokoh ilmuan yg dinyatakan dia berkali-kali mengkritik Imam As-Subkiy bahkan orang yg paling diumpamakan olehnya sebagai Fanatik Mazhab itu adalah Imam As-Subkiy. Sedangkan Imam As-Subkiy tidak begitu.
Why? mengapa? Saya tidak pasti namun yang pasti Imam As-Subki adalah ulama yg sangat alim juga kerap membongkar perihal Ibnu Taimiah. Adakah kerana imam As-Subkiy menegur Ibnu Taimiah maka menjadi halal bagi kamu menuduh dan menghina beliau. Dahlah terjemah pun salah. Bukan saja salah pada terjemahan tersebut bahkan pada teks tersebut pasal tahun pun anda salah.
Disebut oleh As-Subkiy adalah "Orang ramai semenjak 563 tahun lagi berkhutbah dan sembahyang mengikut Mazhab Syafie". Tapi MAZA terjemah lain dan salah " Orang ramai semenjak 563 HIJRAH..". Ada beza makna yang besar antara perkataan Semenjak 563 tahun dengan Semenjak 563 Hijrah.
Inilah kejahilan MAZA yg cuba burukkan ulama Islam. Kerana itu jangan buruk-burukkan ulama jika kitapun banyak salah ketika memaki ulama.
Untuk pengetahuan semua MAZA seorang yg Ta'assub dengan Ibnu Taimiah dan beranggapan bahawa Ibnu Taimiah adalah Mujaddid yang dipilih Allah sendiri (rujuk teks gambarnya).
Tang mana nas Quran kata gitu saya tak jumpa. Lama dah saya tanya. Kali ini saya ulang lagi..
Wahai MAZA...Dimana dalil Quran dan Hadith menyebut Ibnu Taimiah itu adalah Mujaddid dipilih Allah sendiri seperti kamu dakwa? Sila jawab hok ni nanti ye jangan senyap jek!
3- Buku MAZA tersebut pada mukasurat 55 dan awal 56 sekali lagi dia meghina, mengkritik dan menuduh Imam As-Subkiy kononnya Imam As-Subkiy seorang yg sangat Fanatik Mazhab yang boleh merosakkan pemikiran agama.
Benarkah tuduhan MAZA tersebut??
Akibat gagal memahami nas/teks ulama maka melatah awal golongan Wahhabi mengkritik As-Subkiy.
Dendam mereka terhadap Imam As-Subki hanya kerana Imam As-Subkiy menyanggah secara ilmiah keatas 'firman' mereka iaitu Ibnu Taimiah pada pelbagai isu akidah antaranya isu Alam Ini Qadim, Tajsim dan banyak lagi percanggahan Ibnu Tamiah dengan Ijmak Ulama.
Bagi mereka yang mendalami ilmu Mazhab Syafie dia biasanya akan kerap terjumpa kenyataan Imam As-Subkiy dalam banyak kitab dalam Fiqh Asy-Syafi'iyyah.
Terlalu banyak kata2 dan ungkapa Imam As-Subkiy yang menolak Fanatik Mazhab dan Taqlid buta tanpa displin. Antaranya kata Imam Tajuddin As-Subkiy:
" Dan antara mereka yang mengambil sikap panas dalam masaalah furu' (fekah) pada sebahagian mazhab-mazhab dan mencantumkan perkara yang susah dan tengelam dalam kataksuban/fanatik dan ini adalah antara keburukan akhlak.
Aku telah mendapati dikalangan kumpulan mazhab-mazhab golongan yang berlebihan dalam ketaksuban/fanatik sehinggakan sebahagian mereka tidak mahu solat dibelakang orang lain dan selainnya dari isu yang tidak sanggup dinyatakan.
Wahai!..betapa tidak bagusnya mereka!
dimana mereka dengan Allah ta'ala! Seandainya Imam Syafie dan Imam Abu Hanifah rahimahumallah hidup pasti keduanya akan menyanggah keatas golongan ini (fanatik mazhab)".
- Abdul Wahhab Tajuddin As-Subkiy dalam kitab Mu'iid Ni'am Wa Mubidun Niqam MS 62. Bahkan dalam kitab yang sama As-Subkiy mengkritik banyak kali golongan yang Ta'assub Mazhab (rujuk MS 63).
Maka amat jelas Imam As-Subkiy menolak Ta'assub Mazhab yang membuta tuli bahkan menggalakkan sesiapa yang mempunyai kudrat dan keahlian untuk berijtihad maka silakan selagi ia baik untuk ummah.
Malangnya MAZA menuduh sebaliknya keatas beliau. Bahkan MAZA bertanya pula soalan mencemuh kepada Imam As-Subkiy padahal beliau sudah meninggal dunia sejak hampir 700 tahun yang lalu.
Semoga Allah memberi hidayah kepada mufti perlis ini agar kembali kepada sikap Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenar.

No comments:


Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?