22 August, 2016

Abu Syafiq Sanggah Wahhabi MAZA (1)

SANGGAHAN KE ATAS PENIPUAN / PENDUSTAAN MAZA MUFTI PERLIS
(MAZA Tuduh Mazhab Syafie tidak melakukan Iqamah di Masjid Nabi; Bahagian 1)
Oleh: Abu Syafiq 0192713781
1- Mohd Asri Bin Zainul Abidin (MAZA) terbaru telah mempergunakan Jabatan Mufti Perlis untuk mencetak buku tulisannya sendiri berjudul "Fanatik Mazhab Fekah & Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat".
Lepas Kuliah Maghrib saya tadi saya telah dihubungi oleh beberapa kenalan bertanyakan perihal buku tersebut yang boleh dimuat-turun dilaman web rasmi Jabatan Mufti Perlis.
2- Maka saya diberikan naskhah rasmi buku tersebut dan saya amat terkejut apabila mula membeleknya saya dapati terlalu banyak penipuan dan pendustaan fakta dilakukan oleh MAZA Mufti Perlis dalam bukunya tersebut.
Bukan niat saya mahu memburuk-burukkan MAZA namun tulisanya dalam buku tersebut sarat dengan agenda jahat dan nukilan yang sekerat-sekerat lalu dia cuba mengambarkan kepada pembaca fikrah tidak sihat yang ada padanya itu kononnya ia adalah juga pegangan ulama-ulama Islam.
3- Izinkan saya mengkritik satu-persatu secara ringkas penipuan MAZA tersebut dari akhir tulisannya kerana dalam buku itu bahagian akhir MAZA mengkritik seorang ulama Islam terkenal bermazhab Syafie iaitu Syeikh Tajuddin Abdul Wahhab bin Ali Bin Abdul Kafi As-Subki (771H) dan cuba memburuk-burukkan beliau sedangkan MAZA langsung tidak memahami tulisan Imam Tajuddin As-Subki sehingga bukan sahaja membawa kepada tuduhan kononnya Mazhab Syafie meninggal amalan Iqamah selama lebih ratusan tahun di Masjid Nabi tetapi MAZA turut salah menterjemah kata-kata Imam As-Subki tersebut.
Setelah MAZA salah terjemah kemudian mengkritik pula Imam As-Subki. Siapakah MAZA yang salah menterjemah itu jika mahu dibandingkan dengan Imam As-Subki ulama Islam yang mahu diperlekehkannya?
4- Mukasurat 56 MAZA mendakwa Imam As-Subki berkata Mazhab Syafie meninggalkan Iqamah Solat di Masjid Nabi sejak 563H.
Sedangkan Imam As-Subki tidak mengatakan sedemikian.
Apa yang dinyatakan oleh beliau dalam kitab Tobaqat Asy-Syafi'iyyah Al-Kubro itu adalah : Semenjak 563 tahun sehingga zaman beliau umat Islam yang bermazhab Syafie dilantik sebagai Khatib & Imam di Mekah dan di Madinah. Ulama-ulama Mazhab Syafie itu berkhutbah dan umat Islam bersolat didalam Masjid Nabi mengikut Imam dan cara Mazhab Syafie dengan mereka melakukan Qunut Subuh, men'jahar'kan bacaan Bismillah dan men'tafrid'kan Iqamah.
Kasihan MAZA tidak jumpa terjemahan dan jahil pada perkataan يفردون الإقامة dalam kitab Imam As-Subki itu sehinggakan salah menterjemahkannya lalu mengakibatkan tuduhan keatas Mazhab Syafie kononnya meninggalkan Iqamah Solat.
Kesalahan ini bukan sahaja kerana kesalahan terjemahan MAZA tetapi dalam memahami displin penulisan MAZA sepatutnya merujuk kepada ahlinya bukan pakai tibai aja sehingga membawa kepada kesalahan besar.
Makna يفردون الإقامة adalah mereka membaca bacaan Iqamah itu satu kali sahaja pada kebanyakan daripada lafaz Azan. Ia lawan kepada perkataan Syafa' yang bacaan diulang 2 kali.
Kan Azan kita ulang 2 kali. Iqamah seluruh Mazhab Syafie pula satu kali pada beberapa lafaz daripada Azan itu.
Itulah Mazhab Syafie kerana ada mazhab lain pada Iqamah mereka baca 2 kali daripada kebanyakan lafaz Azan yang hampir sama seperti Azan. Ini kerana mazhab lain yang mengulangi 2 kali pada bacaan Iqamah itu mereka berdalilkan dari cara Saiduna Abi Mahzurah melakukannya. Manakala Mazhab Syafie juga sebahagian mazhab lain membaca sekali sahaja pada Iqamah.
Contoh dalam Azan kita Mazhab Syafie sebut "Asy-hadu Alla Ilaaha Ilallaah" sebanyak 2 kali tetapi dalam Iqamah kita sebut 1 kali.. Itulah namanya TAFRID. Bukan makna 'tafrid' itu MENINGGALKAN IQAMAH seperti dakwaan Asri Al-Jahili.
5- Banyak lagi penipuan dalam buku MAZA tersebut yang bakal saya bongkarkan demi mempertahankan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenar dan mempertahankan perjuangan ulama Islam sebenar. Jika terjemah pun tak reti ada hati nak kutuk ulama.
Bertaubatlah wahai Wahhabi & Syiah. Belajarlah secara berguru bukan terjemahan guna SS Pak google and SF Pak yahoo sahaja.
Kata Imam Abdullah Al-Harari dan selainnya:
" Ilmu Ini Adalah Agama Maka Lihatlah Dengan Siapa Kamu Mengambil Fahaman Agama Ini ".
berhati-hati dijalan raya..

No comments:


Klik Gambar Untuk Cepat

APA ITU WAHABI SEBENARNYA ?

AKIDAH ISLAM

AKIDAH ISLAM
INILAH AKIDAH ISLAM YANG RIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM DALAM SOHIHNYA

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI : PAKAR HADITH ZAMAN KINI & PEJUANG AQIDAH ISLAM ZAMAN KINI
Pakar Ilmu Hadith Zaman Kini Adalah Seorang Ulama Yang Beraliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Iaitu Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari. Wahhabi Yang Memusuhi Islam Dan Wahhabi Yang Membawa Ajaran Mujassimah Sangat Benci Terhadap Semua Ulama Islam Dan Mengkafirkan Umat Islam

Syeikh Abdullah Al-Harari

  • http://www.youtube.com/watch?v=3XfsIPzC4S8&NR=1

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY

SYEIKH SAYYID 'ALAWI AL-MALIKY
Beliau merupakan ulama ASWJ yg dikafirkan oleh Wahhabi. Beliau mengajar di Masjid Al-Haram Mekah di Bab As-Salam mengenai ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah. Kemudian beliau dihalau oleh Wahhabi dan dimaki oleh Wahhabi sebagai Thogout Babis Salam. Wahhabi adalah Yahudi dan pembunuh ulama Islam.

Blog Ini Telah Mencecah Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam Masa 10 Bulan Dari Pembukaan

Min Aina Yanzuruna Ilaina?